You are on page 1of 3

Nor Adila binti Ahmad

147703
Nyatakan kaedah mengukur kebolehpercayaan dan kesahan ujian.

Kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian sangat penting bagi mengukur


tahap ujian, soalan-soalan yang dibina dan juga tahap murid itu sendiri.
Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana tekalnya dua set ukuran yang
mengukur dua perkara yang sama.

Ketekalan itu bermaksud pangkat dimana ukuran yang pertama adalah sama
dengan hasil bagi ukuran kedua. Terdapat beberapa kaedah bagi mengukur
kebolehpercayaan sesuatu ujian antaranya ialah mengulangi ujian yang sama selepas
masa tertentu atau dengan cara uji-ulang (retest). Sebarang manfaat yang didapati
oleh murid-murid daripada ujian pertama akan mengurangkan kebolehpercayaan.
Contohnya dalam ulang uji murid-murid mungkin lebih biasa dengan format , atau lebih
faham dengan item-item ujian. Oleh itu, mereka mendapat skor yang lebih tinggi. Hal ini
menunjukkan betapa perlunya penjelasan yang sempurna sebelum ujian pertama
dimulakan.

Mentadbir secara bergilir-gilir dua ujian yang serupa, yang mengukur domain isi
kandungan yang sama. Ujian ini akan menyebabkan berlakunya perbezaan skor
lantaran perbezaan cara ujian itu ditadbirkan. Selain itu kita juga boleh mentadbir dua
ujian yang serupa yang mengukur domain isi kandungan yang sama bukan secara
bergilir-gilir. Selain itu dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan juga dapat
mempengaruhi kebolehpercayaan sesuatu ujian kerana biasanya semakin bilangan
solan bertambah, maka semakin tepat pencapaian murid itu kerana bilangan soalan
ditambah akan dapat mengurangkan peluang untuk murid meneka

Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur


(Youngman & Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Soalan ujian mestilah relevan,
menguji apa yang hendak diuji, seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub-
tajuk kandungan yang diajar. Justeru, soalan yang dibina mestilah menepati objektif
dan kandungan sesuatu kursus. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah
seperti kesahan kandungan(content validity), kesahan telahan (predictive validity),
kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity)
(Fraenkel & Wallen, 1996).

Kesahan kandungan merujuk sejauh mana sesuatu ujian merangkumi domain


kandungan yang hendak dinilai. Kandungan sesuatu ujian perlu merupakan sampel
‘representative’ kandungan bidang yang ingin diukur. Untuk menentukan ujian yang
digunakan meliputi kandungan bidang yang diuji, pensyarah perlu menakrifkan
kurikulum dan isi pelajaran kursus yang diajar.

Kandungan kursus biasanya luas jadi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) boleh
digunakan bagi menggambarkan kadar tingkah laku yang perlu diuji bagi mewakili
kandungan kursus. Isi ujian ditentukan dengan menilai apakah tujuan ujian itu diadakan,
kandungan sukatan pelajaran, penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk dalam sukatan
pelajaran peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk. Bagi sebarang
ujian bertulis sangat penting bagi guru supaya sentiasa menyedari tujuan utama ujian
itu. Kemudian guru hendaklah memilih atau menyediakan item ujian-ujian yang sesuai.
Jenis-jenis item pula bergantung kepada jenis pencapaian murid-murid, aras
kesukaran, dan peringkat objektif pelajaran yang hendak diuji. Contohnya, item ujian
akhir tahun (ujian sumatif) misalnya tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu, sedangkan
tajuk-tajuk lain diabaikan, maka ujian itu dikatakan tidak sah dari segi isi kerana tidak
meliputi sukatan pelajaran

Kesahan gagasan merupakan sekumpulan konsep yang ada pada fikiran tetapi
kita tidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan
kreativiti. Setiap gagasan mungkin diperlihatkan dalam suatu situasi tetapi tidak pada
situasi lain. Sebab itu, tidak ada satu ujian yang boleh mengukur sesuatu gagasan
dengan tepat. Kesahan gagasan amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana
seseorang itu menunjukkan trait personaliti, tingkah laku, atau trait mental, seperti sifat
peramah, bertanggung jawab, adil, introvert, bermotivasi, kreatif, cergas otak dan
sebagainya. Oleh kerana gagasan tidak dapat dilihat, pengukuran ke atasnya juga tidak
dapat dilakukan secara langsung.

Kesahan berkaitan dengan kriteria merujuk kepada sejauh mana kaitan antara
pencapaian dalam sesuatu ujian dengan kriteria luaran yang berkecuali. Kesahan
berkaitan dengan kriteria mempersoalkan sama ada ujian sah mengukur kriteria yang
hendak diukur. Sekiranya kriteria luaran yang berkecuali sebenarnya sah bagi
mengukur kriteria yang hendak diukur, maka kaitan yang bererti antara ujian dengan
kriteria luaran tersebut menunjukkan kesahan berkaitan dengan kriteria.

Terdapat dua jenis kriteria yang boleh digunakan. Kriteria serentak ialah kriteria
yang ditunjukkan pada masa yang sama atau hampir sama dengan pengukuran yang
dikenakan ke atas kriteria tersebut. Kriteria ramalan ialah kriteria yang ditunjukkan
pada satu selang masa selepas pengukuran dikenakan ke atas ujian tersebut. Sebagai
contoh, ujian Matematik di universiti dikatakan mempunyai kesahan serentak yang
tinggi sekiranya pencapaian pelajar dalam ujian tersebut konsisten dengan pencapaian
cemerlang dalam satu lagi ujian Matematik lain yang menguji kemahiran Matematik
yang sama, yang ditadbirkan serentak. Ujian tersebut juga dikatakan mempunyai
kriteria ramalan yang tinggi sekiranya pencapaian pelajar dalam ujian konsisten dengan
prestasi dalam Matematik sepanjang karier selepas pelajar bergraduat nanti.

Rujukan:

1. hea.ump.edu.my/images/asdc/MODUL%204%204A.doc kaedah mengukur


kebolehpercayaan dan kesahan ujian

2. http://www.scribd.com/doc/6938791/Kesahan-Dan-Kebolehpercayaan

3. http://www.slideshare.net/ramyahya02/bentang-smkbs-kesahan-dan-
kebolehpercayaan

You might also like