You are on page 1of 21

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu


usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran , berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan kehidupan
serta menyedari potensi diri sendiri sebagai
seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara
VISI PENDIDIKAN KHAS SK
TAWANG
Menyediakan peluang dan kemudahan
pendidikan untuk murid – murid dengan
keperluan khas untuk mengembangkan
bakat dan potensi serta mampu
mengurus diri dan menguasai 3M
( Membaca, menulis dan mengira ).

MISI PENDIDIKAN KHAS


SK TAWANG
Penyediakan pendidikan yang berkualiti
kepada murid – murid dengan keperluan
khas untuk melahirkan insan yang dapat
berdikari berjaya dalam hidup dan
memberikan sumbangan bakti kepada
masyarakat dan Negara
OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS

SK TAWANG.
 Bimbingan yang berterusan mengikut
keupayaan dan kemampuan murid.
 Mengembangkan bakat dan potensi murid
mengikut minat masing – masing.
 Murid mengamalkan tingkahlaku dan sikap
positif dalam menguruskan kehidupan
seharian yang lebih bermakna.
 Proses pengajaran dan pembelajaran yang
merangsang dan mengekalkan minat muridd
berkeperluan khas kepada pembelajaran.
 Murid mampu mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran di alam persekolahan untuk
digunakan dalam kehidupan seharian.
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang
dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan
murid khas, termasuk penggunaan bahan khas,
peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap
kebolehan & keupayaan pelajar:-
 Perkembangan mental
 Kestabilan emosi
Integrasi sosia

KATEGORI PENDIDIKAN KHAS


Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan
khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk
belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
 Masalah Pembelajaran
 Masalah Pendengaran
 Masalah Penglihatan
KEJAYAAN ORANG-ORANG ISTIMEWA
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika
diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan
memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang
ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan
kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan
kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian
melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan
menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan
tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai
sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak
berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan
yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat
kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam
bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.
Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang
terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan
kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan
pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa
mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan
istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah
kadangkala lebih baik lagi!
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti
dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai
mengalami masalah yang mengganggu proses
pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak
sederhana atau biasa
(1) dalam ciri-ciri mental
(2) keupayaan-keupayaan deria
(3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal
(4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi
(5) dalam keupayaan komunikasi atau
(6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia
memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai,
atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas ,
supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang
maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”,
1993
Disleksia
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun
mereka telah berusaha bersungguh-sunguh.Masalah asasnya adalah perbezaan cara
otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi .Mereka mungkin
mengalami kesukaran membaca ,Menulis ,Memahami ,Mengeja
,Mengira.Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia .Kanak-
kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?


 Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
o Lambat bertutur
o Mengalami kesukaran sebutan atau rima
o Sukar menulis nama sendiri
o Payah mengenal bentuk atau warna
o Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
 
 Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
o Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja
atau mengira
o Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelasss
o Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
o Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
o Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan.
o Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
o Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan
terbalik) :
15 dengan 51
“was” menjadi “saw”
‘b’ dengan ‘d’‘
Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
o Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
o Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan.
Masalah yang mungkin dialaminya
 Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
 Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah
diri
 Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh
menyebabkan
o Gangguan emosi (seperti kemurungan)
o Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku)
o Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)
Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
 Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina
keyakinan diri anak
 Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan
Kurang Daya Tumpuan
 Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
a) Terapi pertuturan
b) Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
c) Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk
membantu pembelajaran)
 Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
 Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi
perkataan/ huruf)
 Merasa pergerakan bibir
 Menulis huruf atau perkataan
 Langkah-langkah pemulihan :
o Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
o Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
o Gunakan video atau kaset untuk belajar
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Sekolah Pendidikan Khas
            Sekolah yang dikhususkan bagi murid-murid berkeperluan khas
bagi kategori Pendengaran dan Penglihatan sahaja. Sekolah tersebut
diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Program Integrasi Pendidikan Khas
Merupakan program yang dibuka di sekolah harian biasa yang
mempunyai kelas pendidikan khas yang diubahsuai. Program yang
ditawarkan merangkumi ketiga-tiga kategori iaitu, Penglihatan,
Pendengaran dan Pembelajaran. Selain itu diwujudkan juga Program
Disleksia dan Autisme di beberapa buah sekolah.
Program Inklusif
Merupakan program di mana murid-murid pendidikan khas yang
berkelayakkan belajar bersama-sama murid-murid aliran perdana di kelas-
kelas biasa, termasuk seolah-sekolah yang mempunyai program integrasi
ataupun sekolah-sekolah yang tidak mempunyai program integrasi.
 Program Pemulihan Khas
Program ini diwujudkan bagi membantu murid-murid yang tidak
mampu menguasai 3M ( Menulis, Mengira dan Membaca), ia dibuka di
semua sekolah rendah.
 
PROSEDUR KEMASUKAN PELAJAR
   
Ambil Borang Pendaftaran Kanak-Kanak
Dengan Keperluan Khas
   
Isi 4 Salinan borang dan Buat Pemeriksaan Bersama
Doktor Pakar di Hospital / Klinik Kerajaan @
Hospital / Klinik Swasta
   
Borang Yang Lengkap Diisi perlu di bawa Ke
Sekolah Berhampiran untuk Pendaftaran
   
Proses Penilaian Kanak-Kanak oleh Pegawai Unit
Pendidikan Khas Bersama Guru Yang Dilantik Bagi
Temuduga
   
Tawaran Penempatan Ke
Program Pendidikan Khas
   
Tempoh Percubaan Penempatan
Selama Satu Bulan
   
Pengesahan Penempatan di
Program Pendidikan Khas
   
Selesai
PALSI SEREBRUM
Istilah serebrum merujuk kepada otak manakala palsi bermaksud
gangguan terhadap pergerakan ataupun postur. Orang yang mengalami
serebrum palsi bermaksud mereka ini tidak dapat menggunakan sebagahian
daripada otot di dalam badan mereka dalam keadaan normal, akibat
kerosakan dalam otak.
Kebiasaannya, kerosakan ini berlaku sebelum, semasa ataupun
selepas kelahiran disebabkan otak yang tdak berkembang dengan baik
ataupun berlaku perkara yang membawa kepada kerosakan otak yang
sedang berkembang seperti kecederaan ataupun kekurangan oksigen.
Palsi serebrum adalah berkaitan dengan ketidakupayaan fungsi
kawalan otak, terutamanya kawalan otot dan koordinasi. Bergantung pada
bahagian otak yang rosak, satu atau lebih daripada yang berikut :

* Ketegangan otot
* Pergerakan tapa diarah
* Gangguan dalam mobiliti
* Sensasi dan persepsi yang abnormal
* Kecacatan dalam penglihatan, pendengaran dan pertuturan
* Sakit secara tuba-tiba.
Sindrom Down?
Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom
tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-
kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat
dalam setiap satu sel.

Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat
lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah
kesihatan yang berkaitan dengannya..
Nota :

 Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang


boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit

 Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr.


Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada
tahun 1866
Apakah kekerapan terjadinya Sindrom Down?
Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran.
Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.
Bagaimanakah Sindrom ini disahkan?
Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak
itu bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21.
Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah,
pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid)
Ciri-ciri fizikal
Ciri-ciri fizikal termasuklah:
 Tubuh yang pendek
 Kepala bersaiz kecil
 Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
 Lidah terjelir
 Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang
pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua
kaki.
 Pertumbuhan yang lambat.
 Kecacatan mental yang ringan atau sederhana

Gambar seorang kanak-kanak Sindrom Down

Masalah-Masalah Kesihatan yang Berkaitan Sindrom Down


dan Rawatan
1. Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur
o Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran
terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.
o Lambat atau sukar dalam pembelajaran
o Lambat dalam pertuturan
.
 Penyakit jantung kongenital
 Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan
dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa

Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk


mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut
jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan.

 Kecacatan pertumbuhan perut


 Intestinal atresia
 Tiada dubur

Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu di bedah. Walaupun
jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak
biasa.

 Mudah mendapat jangkitan


 Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan
doktor segera bila demam atau nampak kurang sihat.

 Masalah pendengaran dan penglihatan


 Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.

 Gangguan fungsi Tiroid


 Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan
hormon, contohnya tiroxin
 Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk
mengawal pengeluaran hormon.

 Barah (kanser)
 Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-
kanak biasa
 Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.
Pencegahan
 Kaunseling keturunan: Risiko untuk mendapat anak berikutnya yang
juga Sindrom Down bergantung kepada jenis kecacatan kromosom
anak dan umur ibu bapanya.
 Kadar risiko kejadian berulang adalah 1%
 Amalan merancang keluarga

Pemulihan
 Program intervensi
 Terapi carakerja
 Terapi pertuturan
 Pendidikan khas
 Latihan kemahiran khas

Tujuan rawatan pemulihan ialah bagi membantu kanak-kanak tersebut


mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari.

Program pemulihan boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti


(PDK) atau di pusat-pusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan.
Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber tempatan seperti:
hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan
Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas).
HIPERAKTIF
kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD)
ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan
kanak-kanak. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :

 Kurang tumpuan
 Hiperaktif
 Menurut kata hati (Impulsiviti)

Tanda & gejala


Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia
mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.

A. Kurang tumpuan
Kanak-kanak sentiasa :

 Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.


 Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
 Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
 Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
 Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap
dengannya
 Tidak berupaya mematuhi arahan
 Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
 Mudah hilang perhatian
 Pelupa
B. Hyperaktif
Kanak-kanak sering :

 Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan


resah di tempat duduknya

 Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di


situ

 Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari


kanak-kanak biasa)

 Bising waktu bermain

 Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)

 Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti)


Kanak-kanak akan :

 Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum


habis

 Tidak sabar menunggu giliran

 Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain

 Tambahan :

o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7


tahun

o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan

o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti
di sekolah, rumah, tempat awam
Komplikasi
 ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan
(Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan
degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.
 Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah
dan rakan rakan.
 Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini
tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Rawatan
 Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini
dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik.
 Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah
diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-
kanak berusia 6 tahun.
 Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan
sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat
badan dan gangguan tidur.
 Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan
kesan sampingannya perlu dipantau.
Pemulihan

Intervensi tingkah laku

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan
mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di
sekolah :

 Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-
kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
 Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini
akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan
spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka
telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
 Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan
yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus
untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
 Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat
menjangka apa yang berlaku setiap hari.
 Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan
menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya
disempurnakan.
 Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya
berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
 Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan
jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
 Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan

You might also like