You are on page 1of 14

HUBUNGAN ETNIK

WAJ 3106
TUTORIAL 7 :
DASAR EKONOMI BARU (DEB) YANG
DIPERKENALKAN OLEH KERAJAAN PADA TAHUN
1970 MERUPAKAN SATU BENTUK KEJURUTERAAN
SOSIAL. IA DILIHAT BERJAYA MELAHIRKAN
GOLONGAN PERTENGAHAN MELAYU (MALAY
MIDDLE CLASS) YANG AKHIRNYA
MENGENDURKAN JURANG PENCAPAIAN
EKONOMI DENGAN MASYARAKAT BUKAN MELAYU
DI NEGARA INI. BINCANGKAN PERNYATAAN INI.
Oleh :
Nor Khairunnisa Husna bt Kamaruzaman
Nuraini bt Mohd Nasir
Nurul Asma bt Ibrahim
Dasar Ekonomi Baru (DEB)

 Diperkenalkan untuk menangani masalah ketidak


seimbangan ekonomi (“market failure”) di antara
pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan
perpaduan antara kaum dan keamanan negara.
Melalui pengagihan pendapatan dan peluang
ekonomi yang saksama dalam kalangan semua
rakyat Malaysia.
Sasaran:

 30% pegangan ekuti korporat oleh Bumiputera,


penetapan kuota kemasukan pelajar Bumiputera di
universiti dan 30% daripada bilangan pekerja
mestilah Bumiputera.
Pegangan ekuiti korporat

Lebih daripada lima tahun telah berlalu sejak


laporan kajian korporat oleh Asli mendedahkan
bahawa pemilikan ekuiti korporat Bumiputera di
Bursa Saham Kuala Lumpur telah melebihi
matlamat 30 peratus.
 Penemuan-penemuan tentang ekuiti korporat -- dari Laporan Pusat Pengajian Dasar Awam/Centre for
Public Policy Studies (CPSS)

* GLC (syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan) adalah pemegang saham ekuiti korporat yang
utama. Pola operasi GLC kurang sekali mencerminkan keupayaan keusahawanan dan pembikinan.

* Badan penyelia memastikan bahawa 30% daripada ekuiti syarikat yang disenaraikan adalah dimiliki oleh
Bumiputera. Namun begitu, badan-badan ini tidak pula memastikan bahawa Bumputera perseorangan
yang diperuntukkan sebahagian besar ekuiti syarikat yang disenaraikan, terutama saat Tawaran Awam
Permulaan (Initial Public Offering/IPO), mengekalkan pemilikan ekuiti ini.

* Pengagihan saham syarikat yang disenaraikan kepada para pemegang saham minoriti Bumiputera
semasa IPO harus dilakukan dengan cara yang lebih adil dan telus. Pada masa ini, kumpulan elit mendapat
faedah daripada IPO tersebut, dan saham itu dengan cepat dijual semula untuk keuntungan besar.

* Penjualan atau pelepasan saham (divestment) terus menerus oleh pemegang saham Bumiputera
(sebahagiannya untuk kepelbagaian aset) merupakan punca utama apa yang disebut 'kurang prestasi'
Bumiputera berhubung dengan matlamat ekuiti korporat DEB berdasarkan definisi rasmi.

* Bahkan jika penjualan ini tidak dikira, saham Bumiputera dalam ekuiti korporat saat ini jauh melebihi
sasaran 30 peratus, jika metodologi pengukuran yang lebih objektif digunakan.

* Sebenarnya usaha kerjasama intra-etnik di kalangan pengusaha China yang terkemuka amatlah sedikit.
Malah sebaliknya, terdapat semakin banyak bukti tentang kerjasama antara-etnik berdasarkan para rakan
kongsi yang memberikan sumbangan yang sama rata untuk pembangunan sesebuah syarikat.

* Peraturan dan dasar kerajaan, terutama dalam bentuk tindakan DEB, mengekang pembangunan
keusahawanan dan menghalang pelaburan domestik dan asing
Prinsip

 pokok pengstrukturan ini adalah supaya sasaran ini


dapat dicapai dari ekonomi yang sedia berkembang
dan tidak mengambil dari kaum Bukan Bumiputera
untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.
Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi
berserta dengan agihan seimbang telah diakui oleh
berbagai pihak termasuk Bank Dunia
Kejayaan DEB

penurunan kadar kemiskinan


- dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada
tahun 2005
- pendapatan penduduk telah meningkat dan
pengangguran tidak ketara (under employment).
- Kemudahan moden seperti jalan raya, sekolah,
klinik kesihatan, kuasa eletrik dan bekalan air telah
menjadi kemestian.
peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera.

SEK.
BUMIPUTERA SEK. RENDAH
MENENGAH

DALAM
NEGARA
PROFESIONAL UNIVERSITI

LUAR NEGARA
Sebagai contoh:
 Ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital-hospital.
 Banyak syarikat besar di Malaysia sekarang diketuai oleh
golongan profesional Bumiputera.
 Ramai profesional Bumiputera mampu berdaya saing untuk
bekerja di luar negara.
DEB telah melahirkan golongan profesional dan
golongan kelas menengah Bumiputera yang
mempunyai kuasa beli yang kuat.
Misalnya;
pemilikan rumah oleh kaum Bumiputera di
kawasan perumahan kota.
terdapat ibu bapa Bumiputera yang mampu
membiayai anak mereka belajar di universiti di
dalam mahupun di luar negara.
Pegangan ekuiti korperat Bumiputera telah
meningkat dari 2.4% pada tahun 1970 kepada 19%
pada tahun 2000.
dahulu tiada institusi perbankan yang mempunyai
pemilik majoriti Bumiputera, tetapi sekarang
bank-bank utama di Malaysia dimiliki serta
diuruskan oleh Bumiputera.
Golongan peniaga Bumiputera juga telah wujud
walaupun kebanyakannya berstatus industri kecil
dan sederhana.
Merapatkan jurang pendapatan antara kaum
Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Misalnya, nisbah pendapatan Bumiputera kepada
Cina meningkat daripada 1:1.74 pada tahun 1990
kepada 1:1.64 pada tahun 2004.
Sebagai kesimpulan, walaupun terdapat beberapa
kelemahan, DEB telah berjaya membawa
pembangunan ekonomi yang lebih seimbang yang
memastikan kestabilan Negara jangka panjang.
Dan berjaya melahirkan golongan pertengahan
Melayu.
Terima kasih.

You might also like