You are on page 1of 3

KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..

Assalamualaikum Semua Warga BP,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak
saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40
hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah . Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran,
lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah
Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke
rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah
hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Mas jid Sri Petaling sebaik sahaja solat
Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan
kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan
tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya
cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir
segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan
darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas
baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah  mati kerana nampak
seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya.
Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan
disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat
menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba
mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang
semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga
untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-
sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang
mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat
berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi
menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain
dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau
beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke
Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun
tapi tiada amalan Islam.   Mas jid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika  mandi di sungai,
beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan
mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan
dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah
s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah telah pasti terselamat
dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.


wassalam

‫السﻼم عليكم‬

Rujukan Hadis 1:

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ” Terdapat 7
golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan
lindungan daripadaNya.

1.      Pemimpin yand adil;

2.      pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT ;

3.      seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;

4.      2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;

5.      lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia
menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;

6.      seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak
mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;

7.      dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya
kerana Allah SWT.” Hadis Riwayat Muslim

Rujukan Hadis 2:

MENINGGAL DENGAN BERPELUH DI DAHI.

Buraidah ibnul Hushaib radhiyallahu ‘anhu ketika berada di Khurasan menjenguk saudaranya yang
sedang sakit. Didapatkannya saudaranya ini menjelang ajalnya dalam keadaan berkeringat di
dahinya. Ia pun berkata, “Allahu Akbar! Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda:

ِ‫ْن‬
‫ِي‬‫َب‬
‫الج‬ ‫َق‬
ْ ِ ‫ِع‬
‫َر‬ ‫ِنِ ب‬
‫ْم‬‫مؤ‬
ُ‫ال‬ ‫ْت‬
ْ ُ ‫مو‬
َ

“Meninggalnya seorang mukmin dengan keringat di dahi.” (HR. Ahmad, An-Nasa`i, dll. Sanad An-
Nasa`i shahih di atas syarat Al-Bukhari) Rujukan Hadis 3:

MENINGGAL DI JALAN ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menyampaikan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

‫من‬
ْ َ ،ِ ‫ل هللا‬
َْ‫َسُو‬‫يا ر‬ َ :‫ْا‬‫َالو‬
ُ ‫ْ؟ ق‬ ‫ُم‬ ‫ِي‬
‫ْك‬ ‫دف‬ َْ ‫ِي‬ ‫ن الشَّه‬ ‫دو‬
َْ ‫تع‬
ُُّ َ ‫ما‬َ
‫ِي‬ ‫مت‬َُّ
‫ءأ‬ َ‫دا‬ َ‫ه‬َُ‫ن ش‬ ‫ إ‬:‫ل‬
َِّ َ‫َا‬ ‫ ق‬.‫د‬ ‫ِي‬
ٌْ ‫َ شَه‬
‫هو‬َُ‫ِف‬ ‫ِ هللا‬
‫ْل‬‫ِي‬‫ِي سَب‬
‫َف‬ ‫ِل‬
‫ُت‬‫ق‬
‫من‬
ْ َ :‫ل‬َ‫َا‬ ‫ِ؟ ق‬‫ل هللا‬
َْ‫َسُو‬
‫يا ر‬ َْ‫هم‬ُْ‫َن‬‫َم‬‫ ف‬:‫ْا‬
‫َالو‬ ُ ‫ ق‬.ٌ ‫ْل‬ ‫َل‬
‫ِي‬ ‫ًا َلق‬‫ِذ‬‫إ‬
‫ِ هللا‬
ِ ‫ْل‬‫ِي‬‫ِي سَب‬ ‫َف‬ ‫مات‬ َْ ‫من‬ََ‫ و‬,‫د‬
ٌْ‫ِي‬
‫َ شَه‬‫هو‬
َُ‫ِف‬ ‫ِ هللا‬‫ْل‬ ‫ِي‬‫ِي سَب‬‫َف‬ ‫ِل‬‫ُت‬‫ق‬
‫من‬
ْ ََ‫ و‬،‫د‬ ٌْ‫ِي‬‫َ شَه‬ ‫هو‬َُ‫نف‬ َْ‫ُو‬‫َّاع‬
‫َ فيِ الط‬ ‫مات‬ َْ ‫من‬ََ‫ و‬،‫د‬ ‫ِي‬
ٌْ ‫َ شَه‬
‫هو‬ ‫ف‬
َُ
‫مات‬
َ َ
‫د‬
ٌْ ‫ِي‬‫ُ شَه‬ ‫يق‬ِْ‫َر‬‫الغ‬ ْ َ‫ و‬،‫د‬ ٌْ‫ِي‬‫َ شَه‬
‫هو‬ ‫ْنِ ف‬
َُ ‫َط‬‫الب‬ ْ ‫ِي‬ ‫ف‬

“Siapa yang terhitung syahid menurut anggapan kalian?” Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah,
siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid.” Beliau menanggapi, “Kalau begitu, syuhada dari
kalangan umatku hanya sedikit.” “Bila demikian, siapakah mereka yang dikatakan mati syahid,
wahai Rasulullah?” tanya para sahabat. Beliau menjawab, “Siapa yang terbunuh di jalan Allah maka
ia syahid, siapa yang meninggal di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal kerana penyakit
tha’un2 maka ia syahid, siapa yang meninggal kerana penyakit perut maka ia syahid, dan siapa yang
tenggelam ia syahid.” (HR. Muslim)

Rujukan Hadis 4:

MENINGGAL KERANA PENYAKIT DI PERUT, KERANA TENGGELAM, DAN DITIMPA RUNTUHAN.

berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

‫َحِب‬
ُ ‫َصا‬‫ُو‬‫ِق‬‫َر‬
‫الغ‬ ‫نو‬
ْ َ ‫ُو‬
ُْ ‫ْط‬
‫َب‬‫الم‬
ْ َ‫نو‬ ‫ُو‬
ُْ ‫ْع‬
‫َط‬ ْ :‫ة‬
‫الم‬ ٌَ‫ْس‬
‫َم‬‫ءخ‬
ُ‫دا‬
َ‫ه‬َُّ‫الش‬
ِِ
‫هللا‬ ‫ْل‬
‫ِي‬‫ِي سَب‬
‫دف‬ ‫ِي‬
ُْ ‫َالشَّه‬‫ِو‬‫دم‬ْ‫ه‬
َ‫ال‬
ْ

“Syuhada itu ada lima , yaitu orang yang meninggal kerana penyakit tha’un, orang yang meninggal
kerana penyakit perut, orang yang mati tenggelam,  orang yang meninggal kerana tertimpa
reruntuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu
Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

You might also like