You are on page 1of 17

AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

1 Pendahuluan
Nuklear merupakan senjata paling dahsyat yang dicipta oleh manusia .Senjata nuklear
adalah senjata yang mendapat tenaga dari reaksi nuklear dan mempunyai kuasa
pemusnah yang besar - sebiji bom nuklear mampu memusnahkan sebuah bandar. Bumi
kami telah menyaksikan kuasa kemusnahan yang dihasilkan oleh senjata nuklear melalui
pengeboman terhadap bandar Jepun Hiroshima and Nagasaki semasa Perang Dunia II
oleh Amerika Syarikat.

Kuasa nuklear yang diisytihar adalah Amerika Syarikat, Russia, United Kingdom,
Perancis, Republik Rakyat China, India dan Pakistan. Baru-baru ini, Korea Utara telah
mengistihar bahawa negaranya memiliki kuasa nuklear. Selain itu, negara Israel
dipercayai mempunyai senjata nuklear, walaupun tidak diuji dan Israel enggan
mengistiharkan sama ada ia memiliki senjata nuklear ataupun tidak.

Senjata nuklear kini dapat dilancarkan melalui pelbagai cara seperti melalui kapal
terbang pengebom, peluru berpandu, peluru berpandu balistik, dan peluru berpandu
balistik jarak benua. Dengan kata lain, senjata nuklear dapat memusnahkan sesebuah
negara dengan menekan sebiji butang sahaja.
Rentetan daripada peristiwa pada jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1994, bom atom pertama
di dunia meletup dengan sinaran cahaya yang paling hebat di atas bangunan Dewan
Galakan Industri. Ledakan itu dengan serta-merta merubah bandar Hiroshima menjadi
padang jarak padang tekukur.
Bencana nuklear yang pertama di muka bumi ini pada jam 8.15 pagi hari ini, 44
tahun yang lalu, sukar untuk dilupakan. Kepada segolongan manusia, ledakan bom akibat
tindak balas bahan utama satu kilogram uranium 235, adalah mimpi yang menakutkan
dan tidak munasabah. Bagi yang lain, malapetaka daripada bom yang digelar Little Boy
seberat 4,100 kilogram itu adalah suatu impian yang diharapkan.
Tiga hari kemudian, bandar Nagasaki pula menjadi `padang jarak padang tekukur',
dengan 78,000 orang dilaporkan terkorban akibat tindak balas bahan plutonium 239.
Daripada dua peristiwa ini, tidak boleh dinafikan bahawa kuasa nuklear adalah ancaman
terbesar kepada kewujudan manusia di muka bumi serta mampu manjadi faktor yang

1
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

menjejaskan keamanan dunia. Sebaliknya, teknologi ini penting dan mempunyai nilai
yang tinggi, dengan faedah besar bagi ekonomi perusahaan.

2 Kebaikan Teknogi Nuklear Kepada Manusia


Walaupun teknologi nuklear pernah mendatangkan kebinasaan dari segi pengorbanan
manusia dan kemusnahan persekitaran akan tetapi teknologi nuklear juga mendatangkan
kebaikan dalam bidang:
a) penjana elektrik
b) pertaniaan
c) perubatan
d) perindustrian
e) Arkeologi

2.1 Penjana elektrik


Kita tidak dapat menafikan bahawa kuasa nuklear sebagai sumber alternatif tenaga.
Senjata nukler perlu diwujudkan bagi memastikan setiap perancangan negara tidak
bergantung kepada bahan elektrik semata mata. Kita tidak boleh terus membakar bahan
api daripada fosil seperti arang batu, gas dan minyak. Perlu disedari bahawa bekalan
minyak di bumi ini tidak akan kekal selamanya. Bagi arang batu, ia menyebabkan
pencemaran udara, memendekkan nyawa dan mewujudkan hujan asid.

Dewasa ini, tenaga nuklear menjadi pilihan akhir sebagai sumber selepas kuasa hidro,
gas, minyak dan arang batu. Tetapi dari segi ekonomi penghasilan elektrik dengan tenaga
nuklear lebih murah berbanding kos penjanaan dengan menggunakan arang batu.

Penyelidikan mengenai perlakuran nuklear cara baru masih lagi dalam peringkat
pembangunan. Walaupun masih ada keraguan ke atas dakwaan beberapa pihak bahawa
kuasa boleh dihasilkan melalui perlakuran sejuk (cold fusion), tetapi adalah diharapkan
semua itu akan menjadi kenyataan satu hari nanti kelak. Ini kerana proses dan teknologi
perlakuran sejuk lebih mudah disediakan daripada kaedah yang ada sekarang dan ia tidak
menghasilkan sisa radioaktif.

2
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

Sisa daripada nuklear masih perlu dibuang dengan sempurna. Hingga kini, masih
belum ada penemuan baru dalam teknologi pembuangan sisa untuk menjadikannya lebih
selamat. Sebaliknya dari segi lain, pelbagai kemajuan telah dicapai hingga penjanaan
elektrik menggunakan kuasa nuklear semakin selamat dewasa ini. Dalam pada itu,
kemalangan yang dilaporkan berlaku di beberapa stesen janaelektrik di dunia sukar untuk
diterima sebagai controh menperjelaskan bahawa kuasa nuklear tidak selamat.

Nahas di stesen jana elektirk


Nahas yang berlaku di stesen jana elektrik Chernobyl di Soviet Union pada April
1987 meninggalkan kesan buruk ke atas hidupan serta tanaman di kawasan sekitarnya
dan di tempat lain pula dihujani oleh bahan radioaktif daripada loji berkenaan. Harus
disedari bahawa kemalangan itu berpunca daripada kecuaian manusia dan penggunaan
teknologi serta kelengkapan yang lama.

Daripada maklumat yang dikutip oleh pihak berkuasa nuklear Amerika Syarikat,
sebanyak 33,475 kemalangan dilaporkan dalam tempoh 10 tahun lalu. Kemalangan yang
dilaporkan di negara itu sejak kejadian buruk di stesen jana elektrik Pulau Three Mile
(TMI) di Pensylvania disebabkan oleh punca yang paling kecil seperti skru kelengkapan
tertanggal hingga ke kebocoran radioaktif.

Memang diakui kemalangan yang berlaku semakin meningkat sejak selepas kejadian
di TMI, iaitu 2,310 kes di 67 stesen berlesen pada 1979 (purata 34 kes bagi setiap stesen)
menjadi lebih 5,000 kes di 82 stesen pada 1983 (purata 61 kes bagi setiap stesen).

Bagaimanapun, stesen janakuasa nuklear dikatakan lebih selamat sekarang daripada


keadaannya 10 tahun lalu. Kadar kemalangan yang dilaporkan semakin menurun, ekoran
kemajuan teknoloji bidang berkenaan. Tahun lalu, hanya 2,296 kemalangan,
kebanyakkannya kes-kes kecil, dilaporkan di 108 stesen berlesen. Ini menjadi purata 21
lapisan untuk setiap stesen, berbanding 34 kes pada 10 tahun lalu.

3
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

2.2 Bidang pertanian

2.2.1 Teknik Biak Baka Mutasi Aruhan

Pelbagai teknik penghibridan atau kacukan terhadap tanaman hiasan dilihat banyak
membantu dalam penghasilan baka yang bermutu tinggi dan menarik.

Tanaman hasil kacukan juga memberi kelebihan dari segi tempoh hayat, ketahannya
dari sebarang serangan penyakit dan penghasilan bunga berbanding tanaman benih asal.
Antara teknik penghibradan atau kacukan terbaru yang berjaya diterokai ialah menerusi
teknik nuklear biak baka mutasi aruhan. Penemuan baru itu didedahkan oleh Institut
Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) selepas menghasilkan 12 kultivar baru tanaman
hiasan menerusi teknik berkenaan.

Kaedah biak baka mutusi aruhan itu terhasil melalui teknologi penyinaran dengan
menggunakan punca gamma atau sinaran-X bagi mempengaruhi perubahan genetik pada
tumbuhan.Perubahan genetik yang berlaku ditahap molekul itu diekpres sebagai
perubahan pada ciri-citi 'fenotip'tumbuhan yang tersinar.

Antara ciri tumbuhan yan sering berubah hasil daripada teknik itu ialah seperti warna
bunga dan daun, ketinggian serta pertumbuhan pokok.Teknologi penyinaran itu juga
boleh digabungkan dengan teknik pembiakan lazim digunakan secara keratan,
percambahan biji benih, pembahagian rizom, dan teknik kultur tisu bagi mempercepatkan
penghasilan kultivar baru.

Teknologi nuklear dapat memainkan peranan dan kegunaan positif dalam bidang
pertanian.Dua jenis pokok bunga raya yang dihasilkan menerusi itu dilancarkan serta
dinamakan sebagai Siti Hasman PinkBeauty dan juga Siti Hasmah RedShine.Selain
daripada pokok bunga raya yang berjaya dihasilkan menerusi teknik terbaru itu tanaman
hiasan lain yang turut dapat menghasilkan kultivar baru adalah pokok kekwa dan orkid.

Di MINT misalnya, beberapa jenis kultivar baru tanaman hiasan sudah diperolehi
melalui penggunaan gabungan teknologi-teknologi berkenaan. Perubahan yang

4
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

membabitkan warna bunga, saiz bunga, warna dan bentuk daun, ketinggian pokok sudah
diaruhkan pada pelbagai jenis tanaman seperti orkid, cordylines, duranta, bunga raya,
canna, alpinia dan heliconia.

Pada dasarnya, penggunaan teknologi itu boleh diperluas untuk menghasilkan kultivar
baru untuk semua jenis tanaman.

2.2.2 Mengkaji kesan resapan nutrient oleh tumbuhan

Selain daripada Teknik Biak Baka Mutasi Aruhan, teknik nuklear juga dapat
digunakan untuk mengkaji kesan resapan nutrient oleh tumbuhan. Fosforus-32
digunakan untuk mengkaji kesan resapan nutrient oleh tumbuhan.

2.3 Bidang Perubatan

2.3.1 Kegunaan radiologi perubatan nuklear


Perubatan nuklear adalah satu pengkhususan bidang perubatan/radiologi yang
menggunakan bahan radioaktif di dalam badan untuk mendiagnosis atau merawat
penyakit.

Pemeriksaan perubatan nuklear boleh dijalankan pada sebarang usia. Pemeriksaan


jenis ini cukup berguna kerana memberi maklumat atas fungsi satu organ atau sistem
yang khusus. Ini berbeza dengan pengimejan radiologi yang menyediakan maklumat
mengenai anatomi sesuatu organ. Pemeriksaan nuklear dapat menunjukkan
ketaknormalan paling awal di dalam satu penyakit sebelum masalah itu dapat dikesan
dengan pemeriksaan jenis lain. Dalam sesetengah kes, pemeriksaan jenis perubatan
nuklear mungkin adalah satu-satunya ujian yang akan dapat memberi maklumat sama ada
satu organ tertentu atau sistem berfungsi dengan sempurna. Antara beberapa sistem
dalam badan yang perubatan nuklear dapat menilai fungsi termasuk jantung (untuk sakit
dada atau akibat serangan jantung), hati, buah pinggang, tulang-tulang dan tiroid.

5
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

Suatu bahan kimia, yang mengandungi sedikit bahan radioaktif, diberikan kepada
pesakit sama ada dengan menyuntik ke dalam vena, meminumnya atau dengan
menghidunya ke dalam paru-paru. Bahan-bahan kimia ini khusus dirumuskan supaya
mereka tertumpu dalam organ atau sistem khusus. Setelah bahan ini masuk ke dalam
badan, pesakit mungkin diminta untuk menunggu seketika sebelum prosedur bermula.
Tempoh menunggu ini adalah perlu kerana bahan kimia tersebut akan memerlukan
tempoh masa berlainan untuk 'berkumpul' dalam organ yang ingin diskan. Beberapa ujian
mungkin juga menghendaki skan berganda yang diambil pada waktu-waktu yang
berlainan.

Ujian tersebut dan waktu dijangka terlibat akan dijelaskan kepada pesakit oleh
kakitangan perubatan nuklear sebelum peperiksaan. Dalam kebanyakan kes,persediaan
khas tidak diperlukan. Doktor itu perlu diberitahu tentang semua ubat yang diambil oleh
pesakit, atau jika pesakit mengandung. Umumnya perubatan nuklear tidak dinasihati bagi
pesakit-pesakit hamil. Doktor itu juga harus diberitahu jika pesakit sedang menyusukan
bayinya.

Pesakit akan diskan dengan satu pengimbas khas, yang akan dapat mengesan sinaran
yang dipancar oleh bahan radioaktif dalam badan pesakit. Pengimbas khas ini adalah
dipanggil kamera gamma. Semasa diimbas/skan, kamera akan ditempatkan rapat kepada
bahagian badan yang sedang diperiksa dan sebilangan gambaran yang berlainan akan
direkod. Komputer akan memproses imej yang diambil oleh kamera gamma. Hasil skan
nuklear perlu dibanding dengan ujian-ujian diagnostik lain pesakit itu untuk mencapai
diagnosis yang lebih tepat. Pakar perubatan nuklear kemudiannya akan menyediakan satu
laporan mengenai penemuan pemeriksaan tersebut.

Apakah risiko pemeriksaan perubatan nuklear?


Tatacara perubatan nuklear cukup selamat kerana hanya sedikit bahan radioaktif adalah
diperkenalkan ke dalam badan semasa prosedur diagnostik perubatan nuklear. Faedah-
faedah awal dan diagnosis yang tepat jauh melebihi risiko menerima sedikit bahan

6
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

radioaktif. Kebanyakan daripada bahan-bahan radioaktif disingkirkan dengan cepat


(semula jadi melalui perkumuhan badan) dalam tempoh beberapa jam atau paling lama
dalam beberapa hari. Meminum banyak air atau cecair selepas satu pemeriksaan akan
membantu untuk menghapuskan bahan radioaktif dengan lebih cepat dari badan.
Berbanding dengan ujian perubatan lain yang melibatkan radiasi, perubatan nuklear
berbanding baik dengan kebanyakan ujian yang melibatkan X-ray. Kesan sampingan dari
perubatan nuklear adalah sangat jarang.

2.3.2 Kegunaan terapeutik perubatan nuklear


Terapi (rawatan) yang menggunakan perubatan nuklear adalah satu cara berkesan,
selamat dan agak murah untuk mengawal, dan dalam sesetengah kes menyingkir
penyakit-penyakit tertentu seperti kelenjar tiroid terlalu aktif, kanser tiroid dan artritis.
Pesakit-pesakit yang menjalani terapi perubatan nuklear selalunya akan diminta tinggal di
hospital untuk beberapa hari.

Ini bukan kerana sebarang risiko kepada kesihatan pesakit tetapi kerana doktor-doktor
hendak memastikan yang bahan-bahan radioaktif dalam badan pesakit dikumuhkan dari
tubuh dengan selamat. Dalam kebanyakan kes, aktiviti-aktiviti harian pesakit tidak akan
terjejas. Jika pesakit diperlukan untuk berhenti sementara pengambilan ubat, atau jika dos
biasa ubat adalah berubah sebelum pemeriksaan, pesakit harus meminta jika dan bila
pengambilan ubatnya boleh disambung semula. Kesan sampingan kecil seperti berasa
mual atau bengkak kelenjar-kelenjar liur mungkin berlaku dalam rawatan perubatan
nuklear.

2.3.3 Pengimbas PET (Positron Emission Tomography)

Pengimbas PET menghasilkan imej dengan menggunakan komputer untuk membina


semula imej berdasarkan maklumat yang diperoleh. Dari segi ini, PET sama dengan

7
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

skanner (pengimbas) CT dan MRI. Kesamaannya, walau bagaimanapun berhenti di sini.


Skan PET dikelaskan sebagai skan perubatan nuklear.

Pengimbas PET direka untuk mengambil kesempatan pancaran serentak 2 foton


pemusnah apabila sesuatu positron mencapai tahap kuasa kosong. Proses ini juga dikenali
sebagai pereputan positron. Bahan radioaktif yang boleh mengeluarkan positron termasuk
isotop karbon, oksigen, nitrogen dan florin. Ini semua adalah isotop elemen yang penting
dalam sistem biologi. Oleh itu, PET membolehkan kajian ke atas kompaun ini di dalam
badan kita. 

PET FDG adalah Tomografi Pancaran Positron menggunakan florin-18


flurodeoksiglukos sebagai bahan pengimejan (kompaun pengesan). Radionuklid
memancar positron mempunyai hayat separuh (half life) yang singkat. Oleh itu, untuk
sesebuah pusat membekalkan perkhidmatan PET, pusat itu patut dibekalkan dengan
sebuah alat siklotron (Pemecut Partikel - cyclotron), ahli fizik nuklear, pakar komputer,
juru radiofarmasi, pakar isotop dan doktor. Jika sebuah pusat tidak mempunyai sebuah
siklotron, radionuklid ini perlu di hantar ke pusat tersebut.

Dalam tahun kebelakangan ini, PET sedang melalui pembaharuan yang menakjubkan.
Di mana-mana dalam badan yang melalui perubahan biokimia boleh diperhatikan melalui
PET. PET sangat berguna dalam penyakit neurologi/saraf, terutamanya di otak (penyakit
serebrovaskular, epilepsi, dan tumor serebrum). PET juga penting dalam kajian dan
kemajuan ubat termasuk untuk mengesan dan mencari tumour serta setakat mana tumour
tersebut merebak di dalam badan. PET telah dibuktikan berguna terutamanya untuk
pengimejan limfoma serta kanser paru-paru “non-small cell”.

Pada masa kini, pengimbas PET dipasangkan dengan pengimbas CT (multislice) untuk
memastikan pengimejan anatomi dalam CT dipasangkan dengan maklumat fungsi asas
dari skan PET . Ini telah meningkatkan mutu maklumat yang dibekalkan oleh skan PET
biasa.

8
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

2.4 Bidang Perindustrian

2.4.1 Kaedah Meradiasi Makanan

Meradiasi makanan kini menjadi satu cara untuk mengawet makanan. Ia dilakukan
dengan meletakkan sesuatu makanan kepada pancaran gamma, samalah seperti
menjalankan X-ray ke atas makanan. Tujuannya ialah untuk melanjutkan tempoh
ketahanannya dengan membunuh serangga, bakteria dan mikroorganisma lain.

Makanan di dalam keranjang atau bungkusan plastik dimasukkan ke dalam sebuah


bilik bertutup di mana ia dipancarkan dengan radiasi gamma daripada satu sumber
radioaktif (isotop radioaktif seperti kobalt-60 atau sesium-137 atau daripada satu
pancaran elektron).

Dos bergantung kepada jenis makanan:

 Buahan dan sayuran boleh didedahkan kepada 100,000 rad.


 Daging ayam itik sehingga 300,000 rad (atau bersamaan 30 juta X-ray dada).
 Rempah sehingga 3,000,000 rad (atau 300 juta X-ray).

Proses itu lebih sihat kerana penyinaran menjadikan makanan tahan lebih lama tanpa
memerlukan pengawet kimia, racun makhluk perosak, pengasapan dan proses-proses lain
yang diketahui membahayakan.

Bergantung kepada dos, sinaran itu boleh membunuh bakteria, virus, cendawan dan
kulat serta organisma kecil lain yang merosakkan makanan. Ia juga membasmi kuman
malah membunuh serangga kecil yang menghurung rempah dan bijirin, dengan itu
mengurangkan bilangannya.

Tetapi makanan itu boleh dijangkiti semula kecuali ia dibungkus di dalam bungkusan
yang tidak boleh dimasuki serangga (amat mahal), disejukkan atau dimasak.

Sesetengah bakteria juga tidak boleh dibunuh pada dos radiasi lebih rendah. Ini
termasuk kuman berbahaya yang menyebabkan botulisme, satu bentuk keracunan

9
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

makanan yang biasanya membawa maut. Lebih buruk lagi, bakteria yang boleh
membentuk ketahanan baru yang kebal terhadap radiasi. Misalnya, di dalam persekitaran
makmal, para penyelidik telah menghasilkan jenis kuman salmonella yang kebal (yang
menyebabkan keracunan makanan atau demam kepialu) melalui dos radiasi berulangan.

Satu lagi masalah ialah sejumlah besar bakteria atau virus dibunuh, yang terselamat
akan bebas membiak dengan cepat, kerana ia tidak dihalang lagi oleh pesaing.

Masalahnya, anda tidak akan mengetahui kerosakan teruk pada makanan. Di dalam
kes-kes biasa, makanan rosak mempunyai bau, rasa atau tekstur yang tidak
menyenangkan, dihasilkan oleh pelbagai bakteria perosak. Di dalam kes kuman
berbahaya, tiada bau yang dapat menyedarkan kita kerana kebanyakan bakteria biasa
telah lenyap.

Radiasi juga tidak akan menyingkirkan toksin yang dihasilkan oleh bakteria. Paras
toksin akan meningkat dengan radiasi. Misalnya, kulat yang menghasilkan aflatoksin
(toksin yang dikaitkan dengan kanser hati) tidak dibunuh oleh radiasi. Apabila kulat yang
bersaingan dibunuh, kulat ini membiak dengan cepatnya. Jadi paras aflatoksin meningkat.

Adakah makanan radiasi selamat?

Proses radiasi memusnahkan kebanyakan vitamin - terutamanya vitamin A, C, E dan


tiamina. Bergantung kepada vitamin, jenis makanan dan dos radiasi, kehilangan berlaku
dari 20% hingga 80%. Jus buah kehilangan lebih banyak vitamin daripada buah-buahan,
yang kehilangan lebih banyak daripada sayur-sayuran dan bijirin, yang sebaliknya,
kehilangan lebih banyak daripada daging.

Memandangkan makanan yang menjalani proses radiasi dihasilkan untuk disimpan


bagi tempoh lebih panjang, ini bermakna lebih banyak kehilangan vitamin. Sesetengah
vitamin seperti B1 telah dipercepatkan kehilangannya semasa penyimpanan makanan
radiasi.

10
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

Melalui kaedah radiasi, struktur kimia makanan diubah. Molekul tidak stabil atau
"radikal bebas" yang terbentuk berbeza daripada molekul yang terbentuk melalui kaedah
memasak lain. Ia boleh merosakkan sel-sel tubuh dan menggalakkan kanser. Di samping
menjadi pencetus kanser, ia mungkin menyebabkan penuaan kulit dan tubuh lebih awal.

Radikal bebas itu juga boleh bergabung dengan bahan-bahan lain lalu membentuk
kimia baru yang beracun.

Di India, satu kajian mengenai kanak-kanak yang kekurangan zat makanan diberi
makan gandum yang menjalani proses radiasi menunjukkan empat daripada lima kanak-
kanak itu menghasilkan keganjilan kromosom yang boleh menyebabkan leukemia.

Ujian-ujian yang dijalankan ke atas haiwan telah menunjukkan perubahan keadaan


sebelum kemunculan kanser yang sama. Tikus yang diberi makan makanan radiasi
kekurangan berat badan, mengalami kematian semasa lahir dan mati lebih awal daripada
yang diberi makanan biasa. Kajian-kajian juga menunjukkan haiwan-haiwan yang diuji
mengalami tumor testis, kerosakan buah pinggang dan keganjilan kromosom.

2.4.2 Kawalan Mutu Keluaran

Melalui teknologi nuklear, mutu keluarkan dapat dikawal melalui pengimbas


menghasilkan imej dengan menggunakan komputer untuk membina semula imej
berdasarkan maklumat yang diperoleh. Daripada pengimbas dapat menentukan sama ada
keluaran yang dikeluarkan memenuhi kualiti yang ditetapkan.

Dengan cara ini, proses kawalan kualiti akan dijalankan lebih cepat dan tepat. Dengan
menggunaan pengimbas kos pengeluarkan akan semakin rendah. Tambahan pula,
teknologi ini tidak merosakkan bahan keluaran.

11
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

2.5 Arkeologi

Teknologi nuklear juga memberi sumbang kepada bidang arkeologi. Kaji purba
menggunakan karbon-14 untuk menentukan umur bahan purba. Teknik ini dinamakan
sebagai “Pentarikhan Karbon”. Ini merupakan teknologi yang amat berguna dan
bermakna kepada ahli kaji purba. Dengan menentukan umur bahan purba yang dijumpai
mereka dapat mengkaji lebih dalam lagi sejarah bahan purba yang dijumpai.

3 Kesan Letupan Nuklear


3.1 Kesan Segera Daripada Letupan Nuklear Kepada Manusia dan Persekitaran
Pada jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1994, bom atom pertama di dunia meletup dengan sinaran
cahaya yang paling hebat di atas bangunan Dewan Galakan Industri. Ledakan itu dengan
serta-merta berubah bandar Hiroshima menjadi padang jarak padang tekukur.
Kesan letupan bom itu secara mendatar, 550 meter di atas kubahnya tidak memusnahkan
terus bangunan itu. Rangkanya kini menjadi saksi tunggal hingga ke hari ini terhadap
malapetaka itu. Akan tetapi kira-kira 137,000 orang dilaporkan terkorban di Jepun pada
pagi itu.

Tiga hari kemudian, bandar Nagasaki pula menjadi `padang jarak padang tekukur',
dengan 78,000 orang dilaporkan terkorban akibat tindak balas bahan plutonium 239 yang
dimuatkan dalam Fat Man. Ledakan bom akibat tindak balas bahan utama satu kilogram
uranium 235, dapat membunuh berpuluh-puluh orang dan memusnahkan alam
persekitaran dengan sekelip mata sahaja.

Kejayaan penyelidikan selama tiga tahun di The Manhattan Project di Los Alamos,
Amerika Syarikat dalam mencipta bom atom, meninggalkan catatan hitam yang
memilukan.

Daripada dua peristiwa ini, tidak boleh dinafikan bahawa kuasa nuklear adalah
ancaman terbesar kepada kewujudan manusia di muka bumi serta mampu manjadi faktor
yang menjejaskan keamanan dunia.

12
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

3.2 Kesan Kemudian Daripada Letupan Nuklear Kepada Manusia Dan


Persekitaran
Sejak akhir-akhir ini negara Peranchis dan China berlumba-lumba menguji senjata
nuklear mereka untuk mengetahui sejauh mana kekuatan dan kelebihan senjata tersebut.
Namun kesan selepas ujian tersebut menimbulkan pelbagai kesan negatif ke atas alam
sekitar mahupun manusia.

Bahaya ujian ini jelas dapat dilihat dari peningkatan paras sinaran radioaktif seperti
iodin 131 yang terhasil daripada ujian nuklear, seterusnya menjejaskan kesihatan
manusia. Oleh itu adalah sepatutnya kita meningkatkan lagi kesedaran dan ilmu
pengetahuan kita kepada bahaya ujian nuklear yang dijalankan oleh mana-mana pihak.
Pengukuran sinaran radioaktif dilakukan dalam unit metrik yang dikenali segarai gray
(Gy). Satu (1) Gy merujuk kepada tenaga 1 joule yang diserap oleh 1 kg tisu.

Dewasa ini, tenaga nuklear menjadi pilihan akhir sebagai sumber selepas kuasa
hidro, gas, minyak dan arang batu. Tetapi dari segi ekonomi penghasilan elektrik dengan
tenaga nuklear lebih murah berbanding kos penjanaan dengan menggunakan arang
batu. Dalam pada itu, sebahagian besar negara di dunia mula menilai semula kuasa
nuklear berikutan suhu bumi yang semakin meningkat. Ini antara lain disebabkan oleh
pembakaran bahan api fosil, terutama di stesen jalanelektrik. Bukan sahaja proses
pembakaran itu meningkatkan suhu dunia ini, malah ia turut mengeluarkan karbon
dioksida dan gas lain yang mencemarkan udara.Kejadian tumpahan minyak dari kapal
tangki Exxon Valdez di barat baru- baru menwujudkan kerosakan keapda ekosistem alam
sekitar di bandar Valdez. Persekitaran yang rosak itu dijangka mengambil masa berpuluh
tahun untuk pulih semula. Begitu juga dengan kerosakan akibat nahas nuklear yang akan
pulih seperti sediakala selepas beberapa dekad. Ringkasnya, nuklear tidak seburuk seperti
yang telah sengaja diperbesarkan.  

Penyelidikan mengenai perlakuran nuklear cara baru masih lagi dalam peringkat
pembangunan. Walaupun masih ada keraguan ke atas dakwaan beberapa pihak bahawa
kuasa boleh dihasilkan melalui perlakuran sejuk (cold fusion), tetapi adalah diharapkan
semua itu akan menjadi kenyataan satu hari nanti kelak. Ini kerana proses dan teknologi

13
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

perlakuran sejuk lebih mudah disediakan daripada kaedah yang ada sekarang dan ia tidak
menghasilkan sisa radioaktif.

Banyak pihak akan mendapat menfaat daripada kuasa nuklear jika ia digunakan
dengan sebaiknya. Begitu juga sebaliknya, ramai yang akan menjadi korban jika nuklear
disalahgunakan oleh negara yang saling mencurigai antara satu dan lain. Adalah
diharapkan supaya kesilapan di Hiroshima dan Nagasaki tidak akan berulang lagi.

3.2.1 Kesan sinaran radioaktif ke atas manusia


Sinaran radioaktif boleh menyebabkan molekul di dalam sel-sel hidup terus menjadi
ion. Bentuk ion kemudiannya bertindak balas dengan ataom lain di dalam sel untuk
menghasilkan kerosakan. Pada dos sinaran yang rendah seperti sinaran radioaktif yang
kita terima dari alam sekitar, sel-sel berupaya memperbaiki kerosakan yang berlaku.
Pada dos sinaran yang tinggi (sehingga 1 gy), sel tidak berupaya memperbaiki kerosakan
sehingga menyebabkan sel-sel mati atau tak normal. Sel tak normal kemudiannya
membahagi untuk membentuk lebih banyak sel-sel lain. Dalam sesetengah keadaan, salah
satu kesan dari pendedahan sinaran radioaktif ialah risiko untuk mendapatkan penyakit
kanser adalah lebih tinggi.

3.2.2 Organ
Pada dos melebihi 1 Gy, sel yang rosak tidak dapat diganti dengan cepat untuk
menyebabkan sesetengah organ seperti saluran penghadaman tidak dapat berfungsi
sepenuhnya. Apabila keadaan seperti ini terjadi, penyakit yang berlaku dikenali sebagai
penyakit sinaran radioaktif. Antara gejala penyakit yang dapat diperhatikan dalam
penglibatan saluran penghadaman adalah seperti loya, muntah dan lemah anggota badan
yang terhasill akibat saluran pemakanan tidak dapat berfungsi untuk menyerap sumber
pemakanan. Pada dos melebihi 4 Gy pula, fungsi ketahanan badan yang menentang
jangkitan akan terjejas dan kebanyakan mangsa akan mati akibat jangkitan kuman.
Merurut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, setiap orang dewasa menerima
sejumlah 0.36 Gy untuk keseluruhan tubuh setiap tahun.

14
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

Kebanyakan sinaran radioaktif ini datangnya dari sumber radioaktif yang terdapat di
sekeliling kita. Sumber sinaran radioaktif latar ini termasuklah sinaran kosmik (sinaran
partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas), sinaran yang
diinduksikan oleh sinaran kosmik (seperti pembentukan C danH di dalam atmosfera oleh
sinaran kosmik) dan sinaran semulajadi yang terdapat di dalam bumi (seperti uranium,
thorium dan radon). Sinaran radioaktif latar ini merupakan lebih kurang 82% dari dos
sinaran tahunan yang diterima oleh manusia.

Kanser merupakan penyakit paling utama berlaku akibat terdedah kepada sinaran
radioaktif. Untuk kanak-kanak, kanser yang paling cepat berlaku selepas dedahan
sinaran radioaktif yang tinggi ialah leukemia terutama sekali mielositik akut dan kronik.
Biasanya kanser ini muncul antara 2 hingga 4 tahun selepas dedahan dan risiko
kemunculan penyakit akan kekal dalam tempoh masa 10 tahun selepas dedahan pertama.
Selain daripada leukamia, kanser otak dan buah pinggang juga telah dilaporkan apabila
kanak-kanak terdedah kepada sinaran radioaktif yang tinggi.
Untuk orang dewasa, kanser yang kerap berlaku ialah kanser paru-paru, usus, pundi
kencing, tulang dan kulit.
Bagi wanita, kanser buah dada sering dilaporkan. Oleh kerana sinaran radioaktif latar
ini tidak dapat dicegah, maka usaha untuk menghalang sebarang kejadian yang akan
meningkatkan sinaran latar ini seperti ujian-ujian nuklear dan loji-loji nuklear perlu
diharamkan.

4 Tanaga Nuklear Satu sumber Tenaga Yang Mempunyai Impak Paling Rendah
Kepada Persekitaran
Daripada dua peristiwa ini, tidak boleh dinafikan bahawa kuasa nuklear adalah
ancaman terbesar kepada kewujudan manusia di muka bumi serta mampu manjadi faktor
yang menjejaskan keamanan dunia. Sebaliknya, teknologi ini penting dan mempunyai
nilai yang tinggi, dengan faedah besar bagi ekonomi perusahaan.

Dalam pada itu, pelbagai reaksi akan wujud apabila perkataan nuklear disebut.
Walupun ia telah mengalami pelbagai peristiwa menarik sejak lebih 40 tahun lalu, agak

15
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

menghairankan mengapa ramai yang masih takut dengan kematian yang disebabkan
olehnya, sedangkan kematian berlaku di mana-mana. Lombong arang batu pernah
membunuh beratus-ratus pekerja manakala kemalangan jalanraya meragut beribu-ribu
nyawa setiap tahun.

Perlu disedari bahawa bekalan minyak di bumi ini tidak akan kekal selamanya. Bagi
arang batu, ia menyebabkan pencemaran udara, memendekkan nyawa dan mewujudkan
hujan asid.

Walaupun wajar kita meragui nuklear adalah satu sumber tenaga yang amat
merbahaya, tetapi perlu disedari bahawa bahaya itu wujud sebagai satu kemungkinan.
Mungkin sebahagiannya kerana ketakutan mengenai perang nuklear. Secara tidak
langsung, kegunaan nuklear secara aman ditafsirkan sebagai satu punca bahaya yang
amat membimbangkan.

Mengenai bantahan yang banyak dikemukakan, terutama daripada pertubuhan alam


sekitar, ketakutan dan tunjuk perasaan yang diadakan nampaknya lebih tertumpu kepada
stesen janaelektrik berkuasa nuklear dan bukannya kemusnahan menyeluruh yang
disebabkan oleh nuklear. Harus disedari bahawa stesen janaelektrik tidak boleh meletup
seperti sebutir bom.

Dalam pada itu, sebahagian besar negara di dunia mula menilai semula kuasa nuklear
berikutan suhu bumi yang semakin meningkat. Ini antara lain disebabkan oleh
pembakaran bahan api fosil, terutama di stesen jana elektrik. Bukan sahaja proses
pembakaran itu meningkatkan suhu dunia ini, malah ia turut mengeluarkan karbon
dioksida dan gas lain yang mencemarkan udara.

Tenaga nuklear bukanlah sesuatu yang menakutkan tetapi bahan mentah yang lain
seperti minyak juga membahayakan persekitaran. Kejadian tumpahan minyak dari kapal
tangki Exxon Valdez di barat baru- baru menwujudkan kerosakan kepada ekosistem alam
sekitar di bandar Valdez. Persekitaran yang rosak itu dijangka mengambil masa berpuluh

16
AZIYAH BINTI SURIP 730804015836001 SBSC4203

tahun untuk pulih semula. Begitu juga dengan kerosakan akibat nahas nuklear yang akan
pulih seperti sediakala selepas beberapa dekad. Ringkasnya, nuklear tidak seburuk seperti
yang telah sengaja diperbesarkan.

Penutup
Yang perlu diragui ialah alat dan kelengkapan kuasa nuklear untuk tujuan pemusnahan
dan dilonggokkan dengan banyaknya oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan
Soviet Union. Jika perang nuklear meletus, tiada stesen janaelektrik yang akan meletup,
sebaliknya bumi ini. Jumlah penuh senjata yang telah dihasilkan kini beribu kali ganda
daripada kekuatan bom atom yang meledak di Hiroshima dan Nagasaki. Buat sementara,
kita masih boleh hidup dengan aman selagi negara yang saling mencurigai itu belum
membuat kesilapan.

Dalam pada itu, sikap pemimpin dunia mengenai senjata nuklear amat menyedihkan
sejak kebelakangan ini. Selain pergeseran antara kuasa besar ,walaupun beberapa
persetujuan perlucutan senjata dicapai dan belum terlaksana, negara dunia ketiga
sebaliknya tidak mahu ketinggalan untuk membuat senjata nuklear. Dalam masa mereka
berusaha mencapai impian, sebahagian besar rakyat terpaksa menghadapi kemiskinan dan
kelaparan. Contohnya ialah India dan Pakistan.

Walaupun menghadapi masalah kewangan, kedua-dua negara berlumba menghasilkan


peluru berpandu buatan sendiri dengan keupayaan membawa bahan pemusnah berkuasa
nuklear. Rakyat yang malang di kedua-dua negara itu makin terdedah kepada bahaya
yang sengaja diwujudkan.

Seperti kuasa dan bahan api yang lain, kuasa nuklear juga mempunyai bahaya dan
risiko. Bagaimanapun, semuanya telah sengaja diperbesarkan sehingga menenggelamkan
kemampuan dan manafaatnya.

17

You might also like