You are on page 1of 2

Arahan Asas Kawad Statik

1. MEMBENTUK SKUAD – JADIKAN TIGA BARISAN


Kata Perintah - ”Tiga barisan dihadapan saya......gerak”
Pergerakan :
1. Anggota dengan pantas berlari beratur membentuk barisan bertiga-tiga.
2. SEDIA
Kata Perintah - “Skuad, skuad…..sdia”
Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet), kedudukan tangan
di belakang punggung dengan sebutan ”up”.
2. Hentakan kaki kiri dan jatuhkan tapak kaki supaya terdapat satu bunyi sahaja serentak dengan
kiraan ”satu”.
3. SENANG DIRI
Kata Perintah - “Senang…………………..dri”
Pergerakan :
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki, kedudukan tangan masih
lagi rapat dibelakang penjahitan seluar dengan sebutan ”up”.
2. Angkat dan hentak kaki kiri, jatuhkan tapak kaki. Pada masa yang sama bawa kedua-dua tangan
ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat dihadapan tapak tangan kiri dan ibu jari
bersilang dengan kiraan ”satu”.
4. REHATKAN DIRI
Kata Perintah - “Rehatkan…….dri”
Pergerakan : 1. Tangan dinaikkan ke atas punggong serentak dengan kiraan “satu”.
5. MEMBETULKAN SKUAD
5.1 KE KANAN LURUS
Kata Perintah - “ Ke kanan…….lurus”
Pergerakan :
1. Orang nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam. Semua anggota lain dengan pantas
hentakkan kaki kiri ke hadapan selangkah dan letakan tapak ke bumi dengan kiraan “satu”.
2. Kemudian angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dengan hentak
disebelah kaki kiri, pada masa yang sama palingkan muka memandang ke kanan kecuali orang
pada kedudukan paling kanan barisan dan anggota barisan hadapan angkat tangan kanan separas
bahu dengan kiraan ”dua”.
3. Setelah itu angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentakkan
disebelah kaki kanan dan terus hentak kaki kanan dan kiri berturut-turut mengambil lurus
sehingga mendapat kedudukan lurus
4. Setelah mendapat kedudukan lurus semua anggota diam dan tunggu kata perintah seterusnya
”Pandang Depan”.
5.2 PANDANG DEPAN
Kata Perintah - “ Pandang……..depan “
Pergerakan:
1. Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke hadapan dan turunkan tangan
kanan ke sebelah rusuk balik ke kedudukan sedia.
6. NOMBOR
Kata Perintah - “Da..........ri Kanan, Nombor”
Pergerakan:
1. Anggota barisan hadapan sahaja menyebut bilangan nombor (membilang) dari kanan ke kiri.
7. HENTAK KAKI - DALAM STATIK
Kata perintah dengan nombor - ”Hentak kaki dengan nombor, dari kiri…..hentak”
Pergerakan:
1. Apabila mendapat perintah hentak kaki, dengan pantas mengangkat kaki kiri dan hentak
bergilir dengan kaki kanan.

1
8. BERPUSING
8.1 BERPUSING KE KANAN
Kata Perintah - “Bergerak ke kanan, kanan……….sing “
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas, pusing ke kanan dengan menggunakan tumit
kaki kanan dan hujung kaki kiri, pusing ke kanan 90 darjah dengan kiraan ”satu”.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan
hentak disebelah kaki kanan denan kiraan ”dua”.
8.2 BERPUSING KE KIRI
Kata Perintah - “ Bergerak ke kiri , kiri ……..sing “
Pergerakan :
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kiri dengan menggunakan tumit kaki
kiri dan hujung kaki kanan, pusing ke kiri 90 darjah dengan kiraan ”satu”.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet)
dan hentak disebelah kaki kiri dengan kiraan ”dua”.
8.3 BERPUSING KE BELAKANG
Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada
disebelah kiri;
Kata Perintah - ” Bergerak ke kiri, belakang........sing”

Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada di
sebelah kanan;
Kata Perintah - ”Bergerak ke kanan, belakang......sing”

Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke hadapan;


Kata Perintah - ”Menghadap ke belakang, belakang.......sing”

Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke belakang.


Kata Perintah - ”Menghadap ke hadapan , belakang.....sing”

Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke belakang dengan menggunakan tumit
kaki makna dan hujung kaki kiri, pusing ke belakang 180 darjah berpusing mengikut
sebelah kanan dengan kiraan ”satu”.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet)
dan hentak disebelah kaki kanan dengan kiraan ”dua”.
9. BERJALAN
Kata Perintah : - ”Da......ri kiri, cepat jalan”
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah dengan kaki kiri ke hadapan pacak tumit
ke bumi dengan kiraan ”satu” dan seterusnya.
10. KELUAR BARIS
Kata Perintah - ”Keluar .......... baris”
Pergerakan :
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kanan iaitu 90 darjah dengan kiraan
“satu”
2. Angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak di sebelah kanan
balik kedudukan sedia dengan kiraan “dua”.
3. Kemudian melangkah keluar dengan kaki kiri dengan kiraan “satu” terus ke hadapan tiga
langkah dengan kiraan “dua”,”tiga” dan seterusnya bersurai

You might also like