You are on page 1of 10

Bab 3

Aktiviti yang dijalankan oleh saya semasa latihan Industri adalah seperti berikut :

Terdapat pelbagai tugas dan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya
sepanjang Latihan Industri ini iaitu yang berjalan selama 19 minggu.Ianya tertumpu kearah
penyelenggaran,membaikpulih komputer,menjual barangan komputer dan sebagainya.

Pada permulaan Latihan Industi ini,saya telah pun diarah untuk membantu juruteknik.Ini adalah
kerana pihak syarikat ingin menguji kecekapan dan teknik pelajaran yang di ajar oleh IKM .
Dengan cara ini pihak syarikat dapat menilai gerak kerja saya. Antara tugasnya adalah seperti
membersihkan ‘casing’ monitor dan komputer, pemeriksaan fungi pada papan kekunci, tetikus,
suhu dalam komputer. Selain itu juga, pembersihan dalaman komputer bagi mengelakkan
daripada habuk.Saya juga membuat gerak kerja seperti format komputer contoh memasang
Windows XP, U-Buntu Windows 7 dan sebagainya.

Selain dari itu Idea Genius juga memberi peluang kepada saya membuat dan pelajari semua kerja
yang ada di kedai.Sebagai contoh menjaga kaunter depan kedai. Di bahagian ini, pelatih akan
menyambut kedatangan pelanggan dengan layanan yang mesra. Kemudian, komputer pelanggan
akan dihidupkan untuk mengetahui masalah sebenar komputer tersebut. Setelah diperiksa saya
akan mengambil nama dan nombor telefon bagi mendapatkan ‘servis report’. Keratan atas servis
report akan diserahkan kepada pelanggan untuk tuntutan semula setelah komputer miliknya siap.
Keratan bawah pula adalah untuk laporan apa yang telah dibuat oleh juruteknik. Idea Genius
juga akan menghubungi pelanggan dengan segera jika komputer mereka telah siap.Di samping
cas yang berpatutan yang semestinya kepuasan hati pelanggan. Selain itu saya dapat mengetahui
cara menjual barangan komputer,ini membolehkan saya dapat menghafal harga jualan barangan
di pasaran.Menaip surat.Ini salah satu gerak kerja yang sering digunakan pejabat.

1
Proses kerja aktiviti yang dijalankan oleh saya :

Tugas pertama saya semasa menjalani Latihan Industri ini adalah melakukan kerja-kerja yang
tidak berat seperti, membaik pulih perisian komputer.Tugas pada minggu pertama di syarikat ini
ialah cara untuk memasang(Install) Window XP.Tugas-tugas ini juga dilakukan apabila perlu,
sebagai contoh, apabila komputer kedai rosak atau dimasuki “virus”, Kadangkala penyelesaian
kepada masalah tersebut adalah dengan memformat komputer tersebut dan memasang (install)
semula sistem operasinya kembali. Langkah-langkahnya seperti di bawah:

1. Hidupkan komputer dan tekan F2 atau DEL untuk melancarkan BIOS


2. Dalam Phonix Bios,pilih Advanced BIOS Features
3. Pilih Boot Sequence.Dalam urutan Boot sequence tentukan CD ROM ada di atas
4. Tekan F10 untuk simpan dan boleh lah masukkan CD WINDOW
5. Format Hard disk,Press any key to boot from CD
6. Welcome to setup kelihatan.Tekan ENTER dan mula install
7. Window XP Licensing Agreement.Tekan F8
8. Window XP Professional setup tekan Esc
9. Buat Partition dengan menekan btang C
10. Tentukan saiz partition dan tekan butang Enter
11. Pilih NTFS sebagai File System dan tekan Enter
12. Setup mula format,komputer akan restard sendiri
13. Proses install Window bermula.Klik butang next
14. Masukkan nama dan organization dan tekan butang next
15. Masukkan nombor siri
16. Masukkan password bagi Administrator jika perlu dan tekan next
17. Tentukan time, zon, dan tekan next
18. Proses setup telah bermula dan tunggu hingga selesai
19. Mula mengunakan Window klik pada ok
20. Help Protect PC tekan butang not right now
21. Who will use this computer taip nama dan tekan next
22. Klik butang Finish dan Selasai

2
Semasa saya menjalani Latihan Industri ini saya sering kali membuat kerja yang sama iaitu jika
pelanggan ingin ‘memformat’ semula komputer di syarikat Idea Genius kami akan install
software tambahan contohnya, adobe reader, anti-virus avira, gom player, firefox internet, yahoo
massenger dan winrar.

Di Idea Genius mempunyai 34 biji komputer.Setiap sepuluh hari saya akan Ghost komputer yang
di arahkan juruteknik,Dengan menggunakan software jenis ini dapat kembalikan image yang asal
kepada komputer.Cara-cara ghost komputer adalah seperti berikut:-

1. Hidupkan komputer dan masukkan CD Norton Ghost.


2. Pastikan telah mengubah boot sequence kepada CD.
3. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan. Pilih Local > Partition > To Image. Pilihan ini
bertujuan untuk membuat backup untuk partition, dan menyimpannya dalam bentuk fail.
4. Pilih hard disk yang mengandungi partition tersebut. Pilih partition yang hendak backup.
dikehendaki memilih tempat di mana fail Ghost akan disimpan.
5. Pilih folder yang mahu, berikan nama untuk fail Ghost, dan klik Save.
6. Klik OK pada mesej “Proceed with partition image creation?”. Tunggu hingga proses backup
selesai, dan boleh restart semula komputer. Restore Fail Ghost Kepada Partition

Pada minggu pertama juga saya di arahkan menaip surat mengunakan Microsoft Word 2007. Di
Idea Genius menerima surat untuk ditaipkan.Dari itu lah saya juga pelajari menggunakan printer
untuk mencetak surat yang telah ditaip.

Pada minggu ke dua saya menggunakan Nero untuk burn Cd.Cara mengunakan Nero ialah
seperti masukan CD ke CD Rom.Kemudian tekan Nero Start Smart Icon dari layar komputer.
Pilih data tekan Make Data Disc.Kemudian akan tampil informasi dari disc yang telah
dimasukan ke dalam CD Rom Pilik Add, untuk menambah data ke dalam CD.Tunjukanlah ke
lokasi dimana File yang akan di copy tersimpan.Kemudian pilih Folder atau File yang akan di
copy dan tekan Add dikanan bawah kemudian di ikuti memilih Finished dan layer akan kembali
ke CD Content tekan NEXT di kanan bawah, kemudian Click BURN dan tunggu sampai process
selesai. Dilayar akan tampil Informasi bahwa proses Burn telah selesai di lakukan , kemudian
click Ok Kemudian Click ‘NEXT’ maka proses copy/Burn selesai Click ‘Exit’ untuk keluar dari
Nero StartSmart.

3
Dalam minggu ketiga saya juga membaiki komputer pelanggan yang di arah oleh juruteknik
kedai.Kedai saya juga menjual barangan komputer yang belum siap sepenuhnya.Syarikat
menghendaki saya untuk memasang komponen-komponen komputer dengan sendiri. Komputer-
komputer tidak dibeli secara lengkap, sebaliknya dibeli berasingan dan memasangnya dengan
sendiri. Untuk memasang komponen-komponen komputer, secara ringkasnya langkah-langkah
berikut dilakukan:

 Papan utama (motherboard) diambil dan atur posisi konektor "jumper", sesuai dengan
yang tertulis dalam manual. Cabut konektor plastik "jumper" penghubung antara pin yang
ada pada motherboard pindahkan pada posisi lain yang menghubungkan sebuah kaki pin
dengan kaki pin lainnya sesuai dengan apa yang tertulis dalam buku panduan (manual)
papan utama (motherboard). Biasanya buku panduan tersebut akan memberitahu posisi
"jumper" tertentu sesuai dengan jenis processor yang akan dipergunakan. Konektor
"jumper" dipasang sesuai dengan keperluan dengan mengikuti buku panduan (manual)
yang didatangkan sekali dengna papan utama. Sesuaikan posisi jumper tersebut dengan
jenis processor yang akan anda pasang. Pemasangan posisi "jumper" memungkinkan
motherboard memberikan listrik yang tepat dan sesuai dengan keperluan listrik
pemproses (processor) yang dipasang. Jika tersalah pasang boleh mengakibatkan
pemproses rosak.
 Pemproses dipasang pada tempatnya, tanda pada processor harus ditempatkan sesuai
dengan tanda yang ada pada soket tersebut (tidak boleh terbalik). Tangkai pengunci yang
biasanya terdapat disisi soket processor dikunci. Kod titik atau sisi processor dengan
bentuk miring merupakan petunjuk agar bahagian pemproses itu dipasang pada bagian
slot yang memiliki tanda sama. Pemasangan pemproses pada soket ataupun tempat yang
ada di papan utama tidak boleh terbalik karena dapat mengakibatkan papan utama
(motherboard) atau pemproses (processor) rosak.
 RAM dipasang pada tempatnya dengan baik, sudut memori yang biasanya berlekuk harus
ditempatkan pada tempatnya secara hati-hati. Jika terbalik, maka memori akan susah
untuk dimasukan.
 Masukan papan utama (motherboard) ke dalam kotak komputer (casing), pengait plastik
yang biasa disediakan dikaitkan ke dalam lubang yang terdapat pada papan utama
(motherboard).

4
 Kabel khusus dapasangkan pada papan utama (motherboard) yang ada pada sumber
kuasa (power supply). Biasanya dituliskan P8 dan P9. Jika jenis papan induk adalab
ATX, kabel kuasa (power) khusus tersebut dipasang pada slot kuasa ATX yang terdapat
pada papan utama tersebut.
 Cakera keras (hard disk), pemacu disket (floppy drive), pemacu CD-ROM dipasang pada
tempat yang telah tersedia dalam casing CPU, kedudukannya dikuatkan dengan berhati-
hati.
 Kabel dari sumber kuasa ke slot kuasa yang terdapat di cakera keras, pemacu disket dan
pemacu CD ROM disambungkan.
 Kabel pita (kabel data) pada dudukan cakera keras, pemacu disket dan pemacu CD-ROM
disambungkan . Kabel ini berfungsi untuk menghubungkan peralatan tersebut ke papan
utama. Sisi kabel berwarna merah harus ditempatkan pada kaki nombor satu. Jika
terbalik, komputer tidak akan bekerja denganbaik dan dapat merosakkan peralatan-
peralatan tersebut.
 Kabel dari pemacu disket ke slot untuk pemacu disket disambungkan, begitu juga dengan
kabel dari cakera keras ke slot IDE nombor 1, dan kabel dari pemacu CD-ROM ke slot
IDE nombor 2. Kabel berwarna merah harus menepati kaki nombor satu pada tiap slot.
Kad VGA dipasang pada slotnya, jika kad tersebut jenis ISA, ianya harus ditempatkan
pada slot ISA di papan utama. jika kad tersebut jenis PCI, ianya harus ditempatkan pada
slot PCI.
 Konektor kabel penghubung tombol "Reset" ke pin "Reset" yang terdapat pada papan
utama (motherboard) dihubungkan. Konektor kabel penghubung suara (speaker)
dhubugnkan ke pin bertuliskan speaker yang ada pada papan utama (motherboard).
Biasanya ditulis dengan kod LS.
 Kotak komputer (casing) ditutup dan skru dipasang.

Minggu yang berikutnya iaitu pada minggu ketiga saya di arah oleh Puan Irma selaku pegurus
ibu pejabat untuk menjaga konter di hadapan kedai.Di hadapan kedai saya menerima
pengalaman baru iaitu menjadi jurujual dan juga menjaga Casher dan masa yang sama saya juga
berpeluang mengunakan mesin fax

Pada minggu ke empat saya pelajari menggunakan mesin Photostat jenis bizhub C451.

5
Pada minggu ke lima saya membuka Laptop untuk menukar Ram yang baru setelah di lihat dan
disemak oleh juruteknik yang mengatakan ram tesebut rosak disebabkan komputer boleh
dihidupkan tetapi tiada sebarang paparan dimonitor .Oleh itu saya diberi peluang membuka
dalaman laptop kali pertama di kedai tersebut.Caranya seperti,mula-mula lihat di bahagian tapak
laptop. Kenal pasti kedudukan ram.Biasanya skrew untuk membuka casing laptop yang
menempatkan ram ditutup dengan lapik getah. Cungkil lapik getah tersebut dan gunakan pemutar
skrew yang bersesuaian untuk membuka skrew. Tarik kedua-dua kunci ram ke tepi,ram akan
terjungkil dengan sendirinya.Tarik keluar ram tersebut.Masukkan ram tersebut mengikut alur
yang betul.Tekan sedikit supaya kaki ram rapat pada slot ram.Tutup semula penutup casing ram,
dan skrewkan.Uji ram yang baru dengan menghidupkan laptop.

Pada minggu keenam saya dikendaki memasang cartridge (ink printer) ini merupakan satu
tugasan yang amat berhati-hati untuk dijalankan. Ini adalah kerana jika cara pasang ink itu salah
boleh akibatkan catridge rosak.

Pada minggu ke tujuh saya dan pekeja yang lain megira stok barangan-barangan yang di bawa
masuk dan juga menyemak stok yang masih ada.Oleh itu saya dapat mengenal jenis-jenis
barangan komputer serta jenama yang dijual.

Minggu ke lapan saya diarah oleh juruteknik untuk membuat penyelenggaraan komputer
sebanyak 15 biji.Antara aktiviti penyelenggaraan yang dilakukan adalah seperti memasang
aplikasi anti virus dan spyware termasuk update yang terkini scan virus dan spyware dijalankan
membuat proses defragment keatas sistem komputer membersihkan monitor,casing,papan
kekunci,tetikus dan bahagian dalam casing.Semua komputer tersebut di bawa dari sekolah
tertentu untuk penyelenggaraan windows.Cara-cara defragment adalah seperti berikut:-
 Tutup semua aplikasi yang masih terbuka, ini untuk memastikan proses defragment
berjalan dengan sempurna
 Klik menu [Start] – [Programs]- [Accessories] – [System Tools] – [Disk Defragmenter]
 Pada daftar nama volume drive, klik salah satu untuk mengaktifkannya
 Kemudian klik Analyze untuk menganalisa saja atau klik Defragment untuk menganalisa
sekaligus men-defrag volume tersebut.

6
Pada minggu ke Sembilan hingga minggu ke empat belas saya hanya membuat kerja seperti
format komputer,prin document,Photostat,menghantar fax,menaip surat,menjual barangan
hardware dan menjaga cashier.

Pada minggu ke enam belas Idea Genius membuat ubah suai di bahagian bilik juruteknik.Oleh
itu saya dan pekerja yang lain bekerja keras untuk mempercepatkan ubah suai tersebut untuk
mengelakkan kerugian yang di tanggung.Pada masa yang sama saya juga membuat kabel
LAN.Setelah di ukur panjang kabel oleh juruteknik,saya hanya memasang RJ 45.Kabel yang
dibuat adalah jenis straight

Hujung X Hujung Y
 PUTIH – ORANGE  PUTIH – ORANGE
 ORANGE  ORANGE
 PUTIH – HIJAU  PUTIH – HIJAU
 BIRU  BIRU
 PUTIH – BIRU  PUTIH – BIRU
 HIJAU  HIJAU
 PUTIH – COKLAT  PUTIH – COKLAT
 COKLAT  COKLAT

Pada minggu yang berikut iaitu minggu ke tujuh belas hingga minggu akhir iaitu minggu 19 saya
diarah oleh puan Irma menjaga kaunter hadapan kedai.Oleh itu setiap kali barangan komputer
yang telah rosak,ingin di baiki atau ingin di formatkan yang dihantar oleh pelanggan akan
diterima oleh saya,dan kemudian jenis kerosakan yang belaku akan saya yang beritahu kepada
juruteknik.Dengan cara ini juga dapat saya belajar mencari kesalahan dan punca yang berlaku
kepada kerosakan komputer. Di samping itu, saya juga berusaha untuk mencari maklumat
tentang syarikat seperti mana yang diperlukan bagi mengisi laporan ini.

7
Kesesuaian kursus dengan latihan Industri

Idea Genius adalah salah satu syarikat yang sesuai dengan latihan industri dalam bidang yang
saya pelajari.Ini adalah kerana syarikat ini menawarkan perkhidmatan membaiki alatan
komputer, menjual barangan komputer serta perkhidmatan yang mengenai komputer. Syarikat ini
juga mempunyai kakitangan yang mahir dalam bidang teknologi maklumat serta membaiki
komputer. Oleh itu syarikat ini sesuai untuk membuat latihan industri bagi penuntut untuk
menimba pengalaman yang baru.Dengan adanya penuntut menjalani latihan industri, maka
dapatlah mereka mempraktikkan segala pengetahuan dalam bidang yang dipelajari contohnya
mereka dapat membantu dari segi teknikal dan menyelesaikan masalah berkaitan komputer.

Syarikat ini juga sesuai dijadikan tempat latihan industri kerana lokasinya yang terletak di
kawasan bandar Georgetown,Pulau Pinang. Terdapat pelbagai jenis syarikat lain di kawasan
tersebut yang memberi daya saing yang sihat kepada syarikatnya ini. Kemudahan awam seperti
bas dan teksi juga mudah untuk didapati.

Kerjasama dan hubungan baik yang diberikan oleh kakitangan syarikat telah banyak membantu
saya untuk menyesuaikan diri dan seterusnya membolehkan saya menjalankan tugas dengan
baik.

8
Kemahiran/Teknologi baru yang diperolehi oleh saya :

Sepanjang saya menjalani Latihan Indusri banyak pengalaman serta ilmu baru saya pelajari.Di
syarikat ini mempunyai bayak kemahiran serta teknologi baru boleh saya pelajari.Salah satu
teknologi baru yang saya pelajari adalah mengunakan mesin Photostat jenis bizhub C451. Pada
awal tempoh latihan industri saya, saya telah banyak ditegur dan diberitahu oleh juruteknik
supaya membaca dan memahami cara menggunakan mesin Photostat tersebut kerana jika salah
gunakan ini boleh mengakibatkan kerugian setiap kertas yang di buat.

Selain daripada itu saya juga mempelajari menjual barangan kepada pelanggan.Oleh itu saya
dapat menghafal serba sedikit harga-harga barangan komputer pada masa yang sama dapat
pelajari hal mengenai jualan.Saya tidak ketinggalan mempelajari cara menggunakan mesin
cashier.

Saya juga pelajari cara ghost komputer.Software ini digunakan untuk melakukan backup restore
pada satu system. Dengan Norton Ghost, kita boleh membuat backup kepada Windows.
Misalnya, jika baru sahaja format komputer dan install segala macam software yang perlukan,
kita boleh lakukan operasi Ghost terhadap Windows tersebut. Contoh jika Windows mengalami
masalah sehingga tak dapat nak buka langsung. Restore sahaja fail Ghost tadi, dan Windows
akan kembali seperti sediakala, lengkap dengan segala software yang telah install.

9
Bab 4

Cadangan dan Penambahan

Cadangan saya dalam memperbaiki latihan industri ini adalah syarikat perlu memberi jadual dan
penerangan terperinci kepada penuntut mengenai tugas-tugas yang bakal dilakukan terlebih awal
supaya penuntut dapat menilai sama ada syarikat tersebut sesuai untuk dijadikan tempat latihan
industri atau tidak. Jika tugas yang akan diberikan tidak berkaitan langsung dengan kursus yang
diambil, penuntut dapat mencari syarikat lain yang lebih sesuai.Selain itu, adalah diharapkan
supaya syarikat tidak mengambil kesempatan terhadap pelajar-pelajar yang menjalani latihan
industri dengan menyuruh mereka melakukan kerja-kerja yang tidak berkenaan langsung dengan
kursus yang mereka ikuti. Contohnya, kerja-kerja menghantar surat, memasukkan wang ke
dalam bank, mengangkat barang, menyusan kertas dan sebagainya.Jangkamasa latihan juga
seharusnya dilanjutkan, ini akan memberi pengalaman yang luas dan penuntut dapat memahami
serta menyesuaikan diri dalam suasana kerja yang sebenar setelah tamat pengajian.

10

You might also like