You are on page 1of 3

Pengurusan Permainan Tradisional

Pengenalan Kepada Permainan Tradisional

 Merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi.


 Merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan.
 Konsep permainan tradisional adalah untuk berlipur dan memnuhi masa
lapang pemainnya.
 Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronakan,
ketenangan minda dan merehatkan badan.
 Dalam aktiviti permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang
piawai digunakan dan juga tidak mempunyai masa yang piawai.
 Merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu.
 Berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa.
 Permainan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi
kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual.

Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional

Terdapat pelbagai tujuan permainan tradisional antaranya ialah:-

a) Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi


masa lapang.
b) Permainan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan
yang meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya
menggunakan fikiran dalam menyelesaikan masalah.
c) Permainan tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya
menggunakan kreativiti dalam membina wau.
d) Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita
membina kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti:
i. Kekuatan kardiovaskular
ii. Kelenturan
iii. Daya tahan otot
iv. Kekuatan otot
v. Ketangkasan
vi. Imbangan
vii. Koordinasi
viii. Kuasa
ix. Masa tindak balas
x. Kelajuan

Kebaikan Permainan Tradisional

 Permainan tradisional bersifat sebagai permainan untuk beriadah, ia dilihat


berupaya menangani masalah tekanan hidup harian pengamalnya dan
membentuk kehidupan yang bermotivasi.
 Permainan tradisional sebagai medan yang baik untuk membentuk
komunikasi yang berkesan antara pemain sepasukan dan pemain lawan yang
seterusnya akan merangsang ukhuwah.
 Permainan tradisional dapat akan memudahkan individu untuk menerapkan
kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat.
 Permainan tradisional memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya
untuk membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal.

Jenis Permainan Tradisional

 Permainan tradisional lahir daripada budaya dan sosiologi masyarakat,


permainan tradisional wujud dalam variasi pertandingan yang banyak.
 Dipertandingkan dalam 2 jenis:-
a) Individu (dipertandingkan antara individu dengan individu yang lain)
b) Kumpulan (dipertandingan lebih dari seorang sekumpulan)
Individu Kumpulan
 Congkak  Usung balak
 Dam  Galah panjang
 Wau  Tating lawi
 Gasing  Sorong kereta
 Laga Ayam  Sepak raga bulatan

Kategori Pertandingan

 Permainan tradisional terbahagi kepada dua iaitu pertandingan anjung dan


pertandingan laman.

Permainan Anjung Permainan Berpasukan


Kawasan permainan di dalam ruangan Kawasan permainan di luar rumah atau
rumah contohnya di anjung rumah. di kawasan lapang contohnya di
padang.
Tempat permainan dileparan simen Tempat permainan di ruang tanah,
atau lantai kayu. rumput atau simen.
Tempat permainan melibatkan Tempat permainan melibatkan
kawasan yang tidak luas. kawasan permainan yang luas.
Melibatkan bilangan pemain yang tidak Melibatkan pemain yang ramai dan
ramai. biasanya dalam bentuk kumpulan.

You might also like