You are on page 1of 11

Contoh Soalan Karangan Bahasa Melayu SPM

1. "Kejadian membuang bayi begitu meningkat pada hari ini". Nyatakan sebab-sebab berlakunya
kejadian tersebut dan cadangkan cara-cara penyelesaiannya.

2. Anda adalah seorang wartawan akhbar tempatan. Anda telah ditugaskan mewawancara Tokoh Warga
Tua sempena Hari Warga Tua. Topik wawancara meliputi perasaan, sumbangan, harapan dan
kepentingan warga tua kepada generasi sebuah negara. Tuliskan wawancara tersebut selengkapnya.

3. Berikan pendapat anda tentang kesan penggunaan komputer dan internet dalam bidang pendidikan.
Tuliskan pendapat anda selengkapnya.

4. Anda menyertai pertandingan perbahasan peringkat daerah. Sebagai pencadang, anda bersetuju
dengan kenyataan "Membeli barang-barang tempatan dapat meningkatkan ekonomi negara". Tuliskan
hujah-hujah anda selengkapnya.

5. Anda menyertai satu pertandingan syarahan anjuran Persatuan Alam Sekitar sekolah anda. Tajuk
syarahan ialah "Kepentingan dan peranan tempat-tempat rekreasi kepada kita". Sediakan teks syarahan
anda selengkapnya.

6. Anda ingin menyertai pertandingan menulis cerpen bagi pelajar tingkatan empat dan lima anjuran
Jabatan Pendidikan Negeri. Tema yang ditetapkan berhubung tentang "Sedikit-sedikit lama-lama jadi
bukit". Tuliskan cerpen tersebut selengkapnya.

Pemantauan perlu diperhebat tangani krisis harga beras (06/05/2008)


Sumber: http://www.bharian.com.my/

KETIKA negara berdepan masalah kesan krisis makanan sedunia dengan harga beras terus
melambung di pasaran antarabangsa, timbul empat persoalan, iaitu apakah kerajaan bersedia
memecah monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas) yang selama ini menjadi pengimport
tunggal beras negara. Kedua, apa tindakan serta perancangan kerajaan, khususnya Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan negeri berhubung ribuan hektar tanah terbiar
yang dulunya tanah sawah padi. Ketiga, sejauh mana pemantauan dilakukan pihak berkuasa
terhadap pemborong yang dikatakan menggred semula beras super tempatan 15 peratus hancur
kepada beberapa gred lain sehingga tercetus kekurangan beras gred itu di pasaran dan keempat,
mengapa pihak berkuasa yang berkaitan tidak membenarkan petani menanam padi lebih dua kali
setahun seperti didakwa berlaku di Selangor. Semua persoalan ini ditimbulkan dalam usaha
mengelak rakyat berdepan tekanan kenaikan harga beras dunia dan inflasi. Laporan akhbar ini
semalam, menyebut bahawa Bernas mengurangkan import hampir 40 peratus dalam tempoh
empat bulan lalu ekoran kenaikan harga di pasaran antarabangsa, menyebabkan berlaku masalah
bekalan beras di pasaran tempatan. Keadaan bertambah buruk apabila Bernas dikatakan mencatu
bekalan kepada pemborong bagi mencapai sasaran bekalan beras dalam Stok Penimbal
Kebangsaan untuk tiga bulan seperti ditetapkan kerajaan.

Sejak Januari hingga bulan lalu, Bernas hanya mengimport kira-kira 300,000 tan beras
berbanding keperluan ideal sekurang-kurangnya 500,000 tan untuk memenuhi permintaan
semasa. Bagaimanapun, Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia mendakwa kekurangan
beras super tempatan 15 peratus hancur adalah gara-gara sikap tidak beretika pemborong. Beras
gred ini adalah dikawal kerajaan berbanding 22 gred beras lain yang ditentukan permintaan
pasaran. Di mana pemantauannya? Malah jika benar berlaku kekurangan, Bernas dan pengilang
swasta seluruh negara hendaklah memastikan pengeluaran beras tempatan gred berkenaan
mencukupi untuk pasaran dalam negara. Bernas hendaklah memastikan bekalan beras gred super
tempatan 15 peratus hancur itu mencukupi dan tidak berlaku kenaikan harga. Bernas diswastakan
pada Januari 1996 dan mengambilalih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai
penjaga industri padi dan beras negara. Selaku badan tunggal, hanya Bernas menentukan harga
padi dibeli daripada petani, menyebabkan tiada konsep tawar-menawar harga antara petani
dengan Bernas kerana harga ditetapkan badan itu. Begitu juga, tiada badan lain dibenar
mengimport beras, selain Bernas menyebabkan tiada persaingan harga. Apakah sudah tiba
masanya kerajaan membenarkan pihak lain mengimport beras dalam keadaan sekarang?

Dalam kemelut seperti sekarang, Kerajaan Terengganu pula mungkin memberi peluang kepada
syarikat Thailand, China dan Taiwan memajukan tanah terbiar dengan tanaman padi secara
usaha sama dengan petani tempatan. Bukan saja di Terengganu yang dikatakan ribuan hektar
kawasan tanaman padi dikesan tidak diusahakan, malah masalah sama dihadapi negeri lain.
Pesawah di Selangor keliru dengan pelaksanaan dasar penanaman padi negara yang tidak
membenarkan menanam padi lebih dua kali setahun atau menjual benih bermutu kepada pesawah
negeri lain. Kita mahu kementerian berkaitan membuat penjelasan kerana tindakan itu jika benar,
akan menyebabkan usaha kerajaan memastikan bekalan makanan negara terjamin dan tidak
berlaku peningkatan harga sukar dilaksanakan dengan menyeluruh.

*******************************************

Cadangan gubal Akta Padi dan Beras bendung kenaikan harga beras
(08/05/2008) Sumber: http://www.bharian.com.my/

PULAU PINANG: Pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 boleh menjadi mekanisme
membendung kenaikan harga beras di negara ini, kata Timbalan Setiausaha bahagian Industri
Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Khamis Mohd Derus.

Beliau berkata setakat ini tidak ada akta yang boleh mengawal pengilang dan pemborong supaya
tidak manipulasi harga padi.

“Pindaan atau penggubalan semula akta itu adalah antara langkah yang dikenal pasti boleh
membendung masalah pengilang dan pemborong memainkan harga beras,” katanya pada Forum
Umum Peningkatan Harga dan Kebajikan Rakyat: Langkah Semasa dan Masa Depan yang
dianjurkan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dengan kerjasama Universiti Sains
Malaysia (USM) di sini hari ini.

Katanya, akta sedia ada hanya mampu mengawal harga beras di peringkat peruncit dan
kelemahannya pula ia hanya mengawal harga beras gred Super Tempatan (ST) 15 peratus.
Khamis berkata, antara faktor lain berlaku kenaikan harga beras ialah disebabkan peningkatan
permintaan terhadap beras ST 15 peratus ekoran harganya yang lebih murah berbanding beras
gred lain.

“Pihak industri terutama pengeluar bihun turut menggunakan beras jenis ini kerana harganya
yang lebih murah berbanding beras hancur,” katanya.

Katanya, harga beras hancur yang dijual oleh pemborong adalah RM2 manakala peruncit
menjualnya pada harga RM2.20 sekilogram.

Selain itu, beliau berkata faktor spekulasi juga menjadi sebahagian daripda punca pengilang
enggan mengeluarkan bekalan beras jenis ST 15 peratus di pasaran atas alasan harga komoditi itu
akan meningkat.

“Kita juga tidak nampak berlaku kegiatan menyorok bekalan beras di negara ini kerana semua
rekod aliran bekalan pengeluaran padi sentiasa dipantau kementerian,” katanya. - Bernama

………………..

Elak makanan terbuang ketika krisis (03/05/2008)


Oleh Mohamad Sofee Razak
Sumber: http://www.bharian.com.my/

DUNIA kini sedang berhadapan dengan polemik krisis makanan global. Fenomena senyap yang
telah lama memberikan isyarat ini dipandang sepi dan dianggap tidak penting ekoran sektor
pengeluaran makanan dianggap sebagai bidang yang primitif dan tidak popular.

Kekayaan dan kemakmuran negara maju dan membangun membolehkan mereka mengimport
terus sumber makanan asasi dari negara luar tanpa perlu bergantung kepada stok domestik,
namun apabila berlaku krisis makanan global ketika ini, banyak negara sedang berhadapan
dengan masalah besar kekurangan makanan.

Pertanian bagi sesetengah negara diabaikan sejak sekian lama memandangkan tumpuan yang
lebih diberikan kepada ledakan teknologi maklumat dan komunikasi, industri pelancongan serta
kepesatan pembangunan sektor perkilangan. Akibatnya kini dunia berdepan dengan kekurangan
sumber makanan asasi.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Amerika Syarikat menjangkakan 37 negara akan berdepan
dengan krisis bekalan makanan terburuk pada abad ini. Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pula dalam satu laporannya
menyatakan harga beras dunia sejak lima tahun lalu meningkat sehingga tiga kali ganda. Jabatan
Pertanian Amerika Syarikat pula dalam kenyataannya memberitahu kenaikan itu adalah tertinggi
sejak dua dekad lalu, sedangkan produktivitinya semakin menurun sejak 1980-an.

Kenyataan rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini bahawa krisis
makanan dunia berada pada tahap serius dan boleh mengancam kempen membasmi kemiskinan
sejagat untuk jangka masa panjang. Pertubuhan itu turut menyeru agar masyarakat dunia bersatu
bertindak secara bersepadu bagi mengelak implikasi politik dan keselamatan yang lebih besar
daripada krisis ini. Situasi ini jika tidak dikawal akan mewujudkan ketegangan dan kekacauan
dalam negara yang boleh membawa kepada masalah kebuluran kronik, demonstrasi, protes dan
keganasan di serata dunia.

Tindakan Thailand, Vietnam dan Myanmar yang menjadi periuk nasi utama dunia menghentikan
eksport beras ke luar negara sehingga 50 peratus akan memburukkan lagi krisis yang sedang
dihadapi ini. Walaupun tindakan mereka adalah bagi menjamin dasar makanan dan pertanian
negara masing-masing akibatnya akan dihadapi oleh negara lain yang bergantung sepenuhnya
kepada import beras seperti Singapura, beberapa negara Arab, Eropah dan sebagainya.

Dalam isu yang sama, Bank Dunia dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Antarabangsa (FAO)
baru-baru ini turut memberi amaran krisis pemakanan global akan berlanjutan terutama di Asia,
Afrika dan Amerika Selatan, berikutan kekurangan bekalan dan kenaikan harga komoditi itu.

Lebih menakutkan apabila Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran harga
makanan yang melambung tinggi boleh membawa kepada kejatuhan kerajaan dan mencetus
peperangan yang mana setakat ini telah berlaku rusuhan besar-besaran di Haiti, Mesir dan
beberapa negara lain akibat krisis ini. Peperangan dan penjajahan dalam bentuk baru tidak
mustahil berlaku sekiranya stok makanan dunia semakin berkurangan dan susah diperoleh.

Dalam hal ini negara miskin dan membangun akan menjadi mangsa keadaan krisis terbaru ini
yang boleh membawa kepada kancah peperangan. Demokrasi juga boleh tergugat dan disalah
guna oleh pihak tertentu bagi memburukkan lagi keadaan di mana boleh mengancam sistem
pemerintahan negara jika fenomena terbaru ini gagal ditangani segera.

Peralihan kuasa secara drastik dan tidak terkawal yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah
yang sedang dialami boleh berlaku pada bila-bila masa di kebanyakan negara apabila rakyat
bangkit bertindak mengikut emosi dan ketika `perut lapar', apa saja sanggup dilakukan sebagai
tanda protes dan balas dendam. Apabila politik tidak stabil dan tidak terurus, struktur ekonomi
dan sosial juga akan terjejas yang mampu memberi impak negatif kepada landskap pembangunan
negara.

Keadaan ini juga boleh membuka peluang dan ruang kepada pihak luar atau orang asing
mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku di dalam negara. Kejadian yang berlaku di luar
negara perlu dihentikan segera dan telah menyedarkan banyak pihak bagi membendung krisis ini
daripada terus membarah, mengganas dan mengancam penduduk dunia.

Langkah kerajaan baru-baru ini mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM4 bilion untuk
pelaksanaan Dasar Jaminan Makanan Negara (DJMN) bagi menjamin bekalan makanan
mencukupi untuk rakyat Malaysia adalah langkah proaktif dan tepat.

Peruntukan itu sebagai jaminan stok penimbal makanan negara, pembukaan kawasan baru
pertanian terutama di Sarawak dan di Semenanjung serta subsidi bagi pengeluaran makanan
racun, teknologi penanaman, peralatan mesin dan sebagainya ke arah kemajuan dan kebaikan
dasar pertanian di negara kita. Ini selaras polisi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak awal pemerintahan beliau yang tekad memperkasa
dan menjenamakan semula sektor pertanian negara seiring dengan industri penjana utama
ekonomi lain.

Dasar yang diperkenalkan diharapkan mampu memastikan bekalan makanan negara mencukupi
pada bila-bila masa, terutama ketika menghadapi kesan krisis makanan dunia yang mulai dirasai
rakyat.

Peruntukan itu juga bagi membolehkan negara bersedia dalam menghadapi inflasi makanan
global yang berlaku sekarang dan kerajaan akan memastikan bahawa Malaysia mampu untuk
memenuhi keperluan makanan sendiri sebanyak 100 peratus berbanding antara 65 peratus hingga
70 peratus sebelum ini.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan juga menetapkan sasaran untuk
mengurangkan duti import beras dengan meningkatkan pengeluaran beras tempatan bagi
memenuhi 90 peratus kadar sara diri berbanding 72.2 peratus pada masa sekarang. Jika kerajaan
berjaya merealisasikan sasaran ini, maka kita tidak perlu lagi mengimport bekalan makanan ini
dan boleh menjimatkan kos import yang boleh digunakan untuk memajukan lagi teknologi
penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertanian negara seperti menggunakan nanoteknologi
dan sebagainya.

Biarpun begitu, Pengarah Pusat Kajian Kemiskinan Pembangunan Universiti Malaya (UM),
Profesor Madya Dr Sulochana Nair, berpendapat sebagai negara sedang membangun, kedudukan
Malaysia dari segi kekayaan bukan berada pada tahap kritikal. Rakyat negara ini tidak perlu
memberi reaksi melampau terhadap isu kenaikan harga beras dunia kerana Malaysia memiliki
banyak pilihan bagi mengelakkan rakyatnya kelaparan dan kebuluran.

Krisis makanan adalah fenomena global yang sedang berlaku di seluruh dunia sama ada di
negara maju atau miskin di mana negara kita tidak terkecuali. Bagi Malaysia, walaupun tiada
beras atau harga beras meningkat sekali pun disebabkan krisis berkenaan, dengan dasar dan
pelan jangka panjang yang ada, kita mempunyai pilihan lain untuk menampung keperluan
makanan pada tahap maksimum. Negara juga bukannya pengimport makanan bersih saja,
sebaliknya kita juga pengeksport makanan dunia. Kewujudan Stok Penimbal Kebangsaan di
bawah Majlis Harga Negara (MHN) iaitu inisiatif baru untuk memperkukuh strategi bagi
memastikan harga barang keperluan terus stabil dan bekalannya sentiasa mencukupi di dalam
negara hendaklah dimantapkan lagi bagi mendepani krisis ini pada masa depan. Stok penimbal
itu akan berfungsi menyimpan barangan komoditi tertentu yang boleh diagihkan untuk kegunaan
rakyat sekiranya berlaku masalah kekurangan bekalan di pasaran.

Penubuhan majlis seperti ini telah dibuat oleh Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom
ketika krisis kenaikan harga minyak dunia pada 1974 dan 1979 apabila kos bahan itu meningkat
daripada AS$2.50 setong kepada AS$30 setong. India juga melaksanakan langkah sama sejak
1950-an khususnya bagi mengawal harga barang pertanian.

Bagaimanapun, melihat kepada senario semasa, rakyat negara ini wajar bijak mengawal
perbelanjaan dan mengatur tabiat pemakanan harian agar tidak menjadi penyumbang kepada
krisis yang sedang berlaku ini. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), dilaporkan
pada 2006, makanan yang terbuang adalah menyamai hampir sebahagian daripada pembuangan
sisa kumbahan negara.

Dalam erti lain, hampir 20,000 tan sisa kumbahan yang dijana setiap hari, 45 peratus
daripadanya adalah makanan terbuang. Situasi seperti ini perlu dihentikan segera dan tidak
sepatutnya dibiarkan terus berlaku di negara kita, lebih-lebih lagi ketika dunia sedang
berhadapan krisis kekurangan makanan ini biarpun rakyat di negara ini hidup dalam keadaan
yang cukup mewah dan belum diuji dengan kekurangan makanan serius.

Pihak kerajaan juga perlu memantau sebarang bentuk kenaikan harga barang komoditi ini agar
rakyat tidak menjadi mangsa keadaan biarpun beras dikategorikan sebagai barangan kawalan di
negara kita. Penguatkuasaan undang-undang yang komited, pelaksanaan dasar yang kompeten
dan sikap masyarakat itu sendiri terhadap masalah ini menjadi penentu kepada kejayaan kerajaan
mengatasi krisis serius ini.

Kementerian terbabit juga perlu membuat kajian mengenai dasar jaminan makanan serta mencari
jalan bagi menstabilkan harga barangan kritikal dan komoditi di samping meneliti secara
terperinci mengenai jumlah stok penimbal yang perlu disediakan termasuk mengadakan
perjanjian jangka panjang dengan negara lain bagi membekalkan komoditi utama seperti beras.

Penulis, lulusan Sarjana Komunikasi Massa dan Sarjana Muda Undang-Undang UiTM kini
berkhidmat sebagai peguam bela dan peguam cara.

………………..

Mencari alternatif beras (08/05/2008)


Oleh LOKMAN ISMAIL
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?
y=2008&dt=0508&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_08.htm&arc=hive

MENGUSAHAKAN penambahan bahan makanan adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah
kekurangan bekalan makanan. Biarpun tidak dinafikan banyak halangan terpaksa dihadapi,
namun itu bukan alasan untuk tidak berusaha meningkatkan pengeluaran makanan negara.

Makanan tidak hanya merujuk kepada beras semata-mata. Inilah budaya masyarakat kita yang
tidak dapat lari daripada nasi sebagai makanan ruji. Tiada beras, maka tiada nasi dan jawapannya
belum makan lagi. Sebab itu, biarpun telah makan mi, pulut, kek atau sesuatu yang
mengenyangkan, kita masih mahu makan nasi juga.

Kita tentu masih ingat atau mengetahui mengenai masalah kekurangan makanan semasa dijajah
oleh tentera Jepun dari tahun 1941 hingga 1945. Disebabkan harga beras yang melambung
(masalah nilai wang) dan kekurangan bekalan, ganti sumber makanan rakyat Malaysia, terutama
di kampung-kampung ialah ubi kayu, keledek, keladi, pisang dan ulam-ulaman.
Penduduk sekarang tidak lagi berminat makan jenis-jenis makanan itu. Malah banyak yang tidak
kenal ubi kayu, keledek dan keladi. Ada yang beranggapan itu makanan golongan miskin atau
penduduk kampung saja. Itulah silapnya apabila sumber makanan yang banyak di negara kita
tidak dihargai.

Jenis makanan itu kaya dengan zat pemakanan untuk kesihatan dan perubatan. Malah, boleh
dijadikan makanan ruji. Penduduk di negara tertentu menjadikan pisang sebagai makanan utama.
Di negara kita sendiri, pada masa lalu, beberapa jenis pisang dijadikan makanan bayi yang kini
telah diambil alih oleh makanan bijirin diproses di kilang.

HasilJenis-jenis tanaman itu bukan sahaja boleh menjadi alternatif kepada beras, tetapi apa yang
lebih penting ialah ia mudah ditanam, hidup subur dan mampu mengeluarkan hasil di negara
kita.

Untuk menanam ubi kayu, keladi, keledek dan pisang tidak memerlukan bendang atau ladang
khas. Kawasan di tepi rumah juga boleh ditanam. Sekarang ini banyak kawasan yang terbiar
ditumbuhi semak samun.

Jenis tanaman itu tidak memerlukan bekalan air, kecuali dalam kadar yang relatif berbanding
padi. Ia boleh ditanam dan membesar sepanjang tahun, kecuali ubi kayu yang tidak tahan apabila
berlaku banjir yang menyebabkan ubinya menjadi buruk.

Paling mudah ditanam ialah pisang. Ada yang asalnya ditanam berpuluh tahun lalu, tetapi terus
mengeluarkan anak baru dan memberikan hasil yang berterusan.

Gambaran yang dinyatakan ini bertujuan supaya rakyat tidak perlu begitu runsing mengenai
krisis makanan yang berlaku sekarang. Apa yang penting ada usaha dilakukan untuk menambah
bekalan makanan pilihan selain beras.

Negara kita mempunyai keluasan tanah pertanian yang mampu untuk menampung keperluan
makanan negara jika betul-betul diusahakan.

Mungkin untuk menambah penghasilan beras secara mendadak sedikit bermasalah kerana
memerlukan sistem pengairan dan pengaliran yang baik. Tetapi, untuk mengusahakan tanaman
lain rasanya tidak begitu sukar.

Apa yang penting, ialah cita rasa rakyat kita kenalah berubah. Jangan hanya mengharapkan nasi
saja sebagai makanan ruji.

Di samping itu, penerapan amalan berjimat atau mengurangkan pengambilan makanan secara
berlebihan juga satu tindakan serampang dua mata iaitu mengatasi masalah kekurangan bekalan
makanan dan pada masa yang sama mengamalkan pemakanan sihat.

Di negara lain, rakyatnya sengsara dan mati kerana kekurangan makanan, tetapi rakyat kita
berpenyakit dan mati disebabkan lebih makan.
Soalan Ramalan Karangan SPM..Punca-punca dan Langkah-langkah
Menangani Isu BULI

Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin
gusar.Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.

Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti
memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh
seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli
yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap
yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa,
kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan
pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”.
Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca
yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup
melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan
perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka
semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga
menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan
bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang
ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan
pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh
ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah
memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar
lain.

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik
yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak
kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes
buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan
Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari
bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan
pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara
mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan
di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada
gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu
inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap
pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi
diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan
untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya
menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan
memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya
pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi
yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar
biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya
minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama.
Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.Di
samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk
membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa
pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar
masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus
berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan
menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli
akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang
disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah
yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus
mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi
perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung
kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya
anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan
ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan
anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya.
Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan
dirinya berjalan senget’. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan
dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak
mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada
mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak
mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi
meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu
bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat
negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat
Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan
menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam
usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh
dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi
muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.
…………

Soalan
Pada era serba moden ini, kesan teknologi maklumat yang berkembang maju boleh dilihat dalam
pelbagai bidang. Bincangkan aplikasi teknologi maklumat dalam kehidupan seharian kita.

1) Perkilangan
- 'Computer aided engineering' atau CAE: mereka bentuk, menguji dan komponen-komponen; bantu
memperoleh maklumat yang mencukupi untuk elak kesilapan yang mungkin timbul sebelum suatu
barang dikeluarkan
- 'Computer aided design' atau CAD: untuk menghasilkan lukisan lengkap reka bentuk suatu
barangan/bangunan; cth: AutoCad
- 'Computer aided manufacturing' atau CAM: mengawal pemasangan & pembuatan barangan;
melibatkan penggunaan robot & mesin automatik; mengurangkan keperluan tenaga manusia

2) Kerajaan, tentera, undang-undang


- pengurusan maklumat
- sidang video untuk mesyuarat
- tentera: pengawalan senjata, peluru berpandu, radar, pesawat terbang, simulasi untuk latihan

3) Perubatan
- Pemantauan keadaan pesakit di ICU (kadar denyutan jantung, pernafasan dan aktiviti otak)
- Sistem diagnostik: pengenalpastian penyakit
- Sistem imaging: penganalisaan jumlah data yang banyak drpd sistem imaging spt x-ray & MRI
4) Pendidikan
- Multimedia interaktif: pengajaran yang dinamik, melibatkan bunyi, animasi, video
- Rangkaian interaktif: Internet, maklumat mudah dicapai dalam CD
- Sidang video & telesidang: Program Pendidikan Jarak Jauh

5) Perniagaan
- Simpankira & Perakaunan: menyimpan rekod aktiviti perniagaan
- Automasi pejabat: mengurangkan tenaga manusia
- Sistem expert: Sistem komputer yang menyelesaikan masalah khas pada tahap kepakaran manusia,
program mampu melakukan proses penganalisaan

6) Peruncitan
- Sistem tempat jualan: Pengimbas kod barangan, cepat & kurangkan kesilapan semasa pembayaran
- Perkhidmatan pelanggan: Memperoleh maklumat ttg produk dgn cepat untuk pelanggan
- Hotel & restoran: menyimpan rekod pelanggan, mendaftar masuk (check in) dan pembayaran semasa
keluar (check out) mudah dan cepat

7) Hiburan
- Grafik yang mengkagumkan untuk filem 'science fiction'
- Realiti maya (virtual reality): persekitaran maklumat yang menggabungkan visual & audio yang
menghasilkan keadaan yang realistik

You might also like