You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

“ HULURKAN TANGAN,
RINGANKAN BEBAN”

UNIT BERUNIFORM
KADET REMAJA SEKOLAH

SMK(P) METHODIST
JALAN CENDERASARI
KUALA LUMPUR

PADA
27 JUN 2009

DI
PERTUBUHAN RAHOMA DARUL FAKIR
KUALA LUMPUR
PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
“HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN”

PENDAHULUAN

RIWAYAT At-Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa yang memelihara


seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah
s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat
diampuni. Oleh itu, menjadi satu kewajipan menitikberatkan kebajikan anak-anak yatim.
Dengan kesedaran ini, Kadet Remaja Sekolah ingin menunaikan tanggungjawab sosial
terhadap anak yatim.

Setelah berbincang bersama-sama ahli jawatankuasa, Kadet Remaja Sekolah, SMK(P)


Methodist, KL bercadang untuk mengadakan Projek “ Hulurkan Tangan, Ringankan
Beban ini bersama-sama anak yatim di Pertubuhan RAHOMA Darul Fakir KL selama
satu hari. Seiring dengan tajuk projek ini, kami ingin menyelami penderitaan dan
kesusahan mereka serta membantu meringankan beban mereka melalui aktiviti-aktiviti
yang kami rancangkan.

OBJEKTIF :

1. Memupuk perasaan kasih sayang dan prihatin kepada insan yang memerlukan.
2. Membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka.
3. Memperolehi pengalaman yang berharga merasai kesusahan yang dialami oleh
mereka.
4. Memotivasikan mereka untuk lebih bersemangat menghadapi kehidupan yang serba
mencabar.
5. Berkongsi ilmu untuk mempelajari teknik belajar yang lebih berkesan untuk
kecemerlangan akademik.
6. Beramah mesra dengan mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

TEMA : KEHIDUPAN BERMASYARAKAT

NAMA PROJEK : “HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN

TARIKH / TEMPOH : 1 HARI / 27 JUN 2009 (SABTU)

BILANGAN PESERTA : 30 ORANG PELAJAR


3 ORANG GURU PENGIRING
1 ORANG KAUNSELOR

TEMPAT YANG DICADANGKAN : PERTUBUHAN RAHOMA DARUL FAKIR


KUALA LUMPUR

2
SENARAI URUSETIA PROJEK :

PENAUNG : PN CHIA LOY TIAN,


PENGETUA,
SMK(P) METHODIST, KL

PENASIHAT : CIK LOW MAI KEOK


PK KOKURIKULUM,
SMK(P) METHODIST, KL

PN. NG SIEW KENG


PK PETANG
SMK(P) METHODIST, KL

GURU PENASIHAT : 1. CIK NOOR AZIMA BT CHE OMAR


                          2. PN. FAUZLINA BT ZAKARIA
                           3. PN. ROSNANI BT BAHARUDIN 

PENGERUSI : WAN NUR SYAZWANI BINTI WAN ZAIZIN (5E)


PROJEK
TIMB. PENGERUSI : NOR RABITHAH BINTI JAMALUDIN (5H)
PROJEK
SETIAUSAHA : NUR IZZAMIRA BINTI ABDUL HALIM (5E)
BENDAHARI : NURFARAHATIKA BINTI AZHAR (5H)
AJK TUGASAN : NATASHA ATIQAH BINTI MOHD ZALI (2E)
SITI NURHASHIMAH BINTI ABU SYAIRI (4T)
NUR ANIS AZURA BINTI NORZAM (5T)
NURKHAIRISYAH RENA BINTI DZULKHAIRI (5H)
NURUL HUDA BINTI ROSALAN (3T)
SITI NURFATEHAH BINTI ABDULLAH (3T)

3
CADANGAN ATURCARA PROGRAM :

Sebelum Program: (23 Mac – 26 Jun 2009)

1. Jualan amal
2. Kutipan derma
3. Mencari sumbangan hamper, keperluan asas makanan, peralatan menulis dan
buku-buku rujukan.
4. Mencari sumbangan katering: minum pagi, makan tengahari dan minum petang
5. Mencari sumbangan tambang pengangkutan

Semasa Program: 27 Jun 2009

7.00 pagi : Bertolak dengan bas ke Pertubuhan RAHOMA Darul Fakir KL

7.30 pagi : Tiba di Pertubuhan RAHOMA Darul Fakir KL


Senaman Poco-Poco

8.00 pagi : Pembahagian Kumpulan


Pengenalan kepada fasilitator
Mencari nama kumpulan, motto dan bunyi pengenalan kumpulan

8.30 pagi : Ceramah Motivasi “Belajar Cara Belajar” oleh kaunselor SMK (P)
Methodist, KL

10.00 pagi : Minum pagi

10.30 pagi : Latihan Dalam Kumpulan

12.30 tgh : Makan tengahari

1.00 ptg : Pembentangan LDK

1.30 ptg : Solat Zohor berjemaah

2.00 ptg : AKUJANJI kepada diri/ibu/bapa/guru

3.00 ptg : Indoor Games

4.00 ptg :Majlis Penyampaian Hadiah


Penyerahan sumbangan kepada
Persembahan “Tepuk KRS” daripada ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah

5.00 ptg : Solat Asar berjemaah


Majlis Perpisahan (salam ukhwah)

4
CADANGAN PERBELANJAAN PROJEK

Pengangkutan pergi dan balik RM 300.00


(Sebuah bas)

Perbelanjaan am RM 100.00
(Tag nama, fotostat, fail dan sebagainya)

Hamper RM 100.00
(RM20 x 5 kumpulan)

Katering (minum pagi, makan tengahari dan minum petang) RM 960.00


(64 x RM15)

Target Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim


( 25 x RM50) RM1250.00

Sumbangan kepada Rumah RM 1000.00

__________
Jumlah RM 3710.00

CADANGAN PENDAPATAN PROJEK

Yuran dikenakan kepada peserta RM 300.00


(RM 10.00 x 30)

Mendapatkan tajaan dari pelbagai pihak RM 3410.00


__________
Jumlah RM 3710.00

PENUTUP

Pihak urusetia projek amat berharap agar aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan
lancar. Kami memerlukan sokongan terutama daripada pihak Sekolah dan pelbagai pihak
bagi merealisasikan projek ini. Semua sokongan yang dihulurkan amat kami hargai.

Disediakan oleh:

…………………….
Pn. Rosnani Bt. Baharudin
Guru Penasihat KRS

You might also like