You are on page 1of 1

BELALANG DAN BELATUK

Pengenalan:

Permainan belalang dan belatuk merupakan permainan tradisional yang telah lama
diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Permainan ini sering dimainkan oleh oleh kanak-
kanak yang berusia lingkungan enam hingga dua belas tahun. Aspek yang amat
penting untuk permainan ini ialah kecekapan pendengaran dan ketangkasan peserta.
Dua kumpulan akan diwujudkan untuk mawakili pasukan belalang dan pasukan belatuk.
Pengadil akan menyebut nama kumpulan dan kumpulan tersebut perlu menangkap ahli
pasukan pihak lawan. Oleh itu, permainan ini meningkatkan mutu kepekaan
pendengaran dan ketangkasan peserta. Permainan ini sangat sesuai untuk kanak-
kanak kerana ia amat menyeronokkan.

Matlamat:

Matlamat permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pendengaran dan


ketangkasan peserta untuk menangkap ahli pihak lawan. Kecekapan pendengaran
peserta dapat dilihat ketika arahan diberikan. Pemahaman terhadap peraturan yang
ditetapkan sangat diperlukan bagi mengelakkan kekeliruan. Ketangkasan peserta dapat
ditingkatkan ketika pasukan yang disebut namanya menangkap pasukan lawan.

You might also like