You are on page 1of 8

KONSEP ASAS SENI VISUAL

 Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti


pernyataan diri self-expression), pengalaman dan sensasi visual
dan sentuh, 2D dan 3D, komunikasi visual, bahasa seni visual,
isi dan mesej, imej, form, content, benda – subjek, objek
berfungsi/kegunaan, nilai estetik, ciri-ciri kreatif,
pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas seni reka dan
berbagai aspek lain
PERNYATAAN DIRI
 meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir
secara bebas.
 haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya
berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau
digoreskan.
 catan, arca, lukisan merupakan produk hasil daripada
ekspresi diri ini dalam konteks seni visual.
 Kanak-kanak merupakan golongan yang gemar menyatakan
ekspresi diri ini.
 Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka
menyatakan perasaan tanpa sedar dan tanpa diarah oleh
sesiapa. Sebab itu kita kerap melihat kanak-kanak suka
menconteng. Tampakan yang mereka hasilkan nampak
bersahaja dan tidak terkawal.
 Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka
melalui catan, arca atau lukisan. Contoh pelukis seperti Vincent
Van Gogh, Jackson Pollock.
PENGALAMAN 2D/3D (SENSASI VISUAL
DAN SENTUH)
 Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu
yang bersifat 2D atau 3D secara fiziknya.
 Deria sentuh dan deria penglihatan terlibat dalam
konteks ini. Arca, ukiran merupakan produk seni yang
boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D.
 Manakala catan, lukisan, cetakan merupakan produk seni
yang boleh dinikmati dengan deria penglihatan dan
bersifat 2D.
BAHASA SENI (LARAS BAHASA)
 Seni tampak pula mempunyai laras bahasanya sendiri
seperti unsur-unsur seni (warna, jalinan dan lain-lain ),
prinsip rekaan (kontra, harmoni, pergerakan dan lain-
lain), bahan dan alat (berus, plaster, cat minyak dan lain-
lain), teknik dan gayaan (basah atas basah, realistik dan
lain-lain). Tanpa pengetahuan laras bahasa ini, seni
dilihat tanpa makna.
KANDUNGAN/ISI/MESEJ (CONTENTS /
MAKNA)
 Seni Visual juga diertikan sebagai suatu produk yang
mempunyai makna atau isi.
 Sebelum wujudnya fotografi manusia merakam peristiwa
dalam bentuk visual 2D seperti manuskrip, lukisan
dinding, catan dinding dan seumpamanya. Contoh dalam
lukisan dinding di pyramid mesir atau catan lanskap oleh
Abdullah Arif (Ladang Kelapa ).
 seni tampak atau visual juga merakamkan pencapaian manusia
dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap
sosial. Karya seni merupakan rakaman sejarah dan budaya
secara tampak.
 Biasanya mesej atau maksud dalam sesuatu karya seni visual
itu hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu
pengkarya sendiri. Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua
(sekunder) atau pengkritik/audien.

You might also like