You are on page 1of 1

Interpersonal pula merujuk kepada aspek hubungan antara seorang individu dengan orang lain.

Ia
termasuklah bagaimana seseorang itu menguruskan tingkah laku, pemikiran dan emosinya ketika
berinteraksi. Aspek ini penting bagi membina kecekapan berkomunikasi dan memegang tanggung jawab
sosial sebagai pemimpin dan anggota masyarakat. Kesimpulannya, EI adalah kemahiran berinteraksi
antara individu dengan diri sendiri dan juga orang lain.

Kemahiran interpersonal pula merujuk kepada enam ciri dan seperti berikut:
a. Penglibatan individu sebagai ahli dalam sesebuah kerja kumpulan. Ia merujuk kepada bagaimana ahli
tersebut memainkan peranannya dengan betul serta memberikan sumbangan kepada kumpulan.
b. Kebolehan individu memberikan tunjuk ajar kepada individu lain bukan sebagai ketua tetapi sebagai
individu yang setara kedudukan sosialnya dengan individu yang diberikan tunjuk ajar.
c. Kebolehan memimpin iaitu kemahiran memimpin organisasi mahu pun sekadar sebuah kumpulan
kecil.
d. Kebolehan berunding dan menyelesaikan masalah.
e. Kemahiran pengurusan pelanggan khusus bagi sektor niaga dan kemahiran bekerja dengan
persekitaran budaya yang pelbagai.
f. Penyesuaian diri dalam sistem sosial.

Kemahiran interpersonal merangkumi elemen kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan dan


kemahiran berpasukan.

Kemahiran antara perorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma


mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk
mencapai kesan atau keputusan tertentu.

Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap,
sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan
dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.

You might also like