Professional Documents
Culture Documents
DISEDIAKAN OLEH
1
Modul Program Induksi Guru Permulaan
KANDUNGAN
Halaman
1. PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Definisi Program Induksi Guru Permulaan 2
1.3 Rasional 2
1.4 Objektif Program Induksi 5
1.5 Fasa Program Induksi Guru Permulaan 5
2. GURU PERMULAAN
2.1 Definisi Guru Permulaan 11
2.2 Dasar Guru Permulaan 11
4.2 Pementoran 23
4.2.1 Definisi Pementoran 24
4.2.2 Objektif 23
4.2.3 Jenis-Jenis Pementoran 25
4.2.4 Proses Pementoran 26
4.2.5 Kemahiran Mentor 26
4.2.6 Rasional Keperluan Mentor 29
4.2.7 Pemilihan Mentor 23
4.2.7.1 Syarat-syarat asas pemilihan mentor 30
4.2.7.2 Syarat-syarat tambahan pemilihan mentor 30
4.2.8 Tempoh Pementoran 30
4.2.9 Kaedah Pelaksanaan Pementoran 30
2
Modul Program Induksi Guru Permulaan
4.2.10 Kandungan Pementoran 31
4.2.11 Cadangan Pelan Pembelajaran Proses Perhubungan Pementoran 35
4.4 Pentaksiran 45
4.4.1 Objektif 45
4.4.2 Tempoh Pentaksiran 45
4.4.3 Kaedah Pentaksiran 46
4.4.4 Pelaporan 48
4.5 Pemantauan 49
4.5.1 Objektif 49
4.5.2 Kaedah Pemantauan 50
4.5.3 Pelaporan 50
5. PENUTUP 51
6. RUJUKAN 52
7. LAMPIRAN
A Format Laporan Program Orientasi Guru Permulaan 53
B Format Panduan Asas Menyediakan Kertas Cadangan dan 54
Laporan Kajian Tindakan (Peringkat Sekolah Untuk Disimpan
dalam Fail Panitia)
C Format Borang Pelaporan Pementoran Untuk Portfolio 58
Guru Permulaan
D Format Laporan Pemantauan Pentaksiran Berasaskan Sekolah 59
3
Modul Program Induksi Guru Permulaan
1. PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Secara global, faktor guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti pendidikan
yang dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid. Faktor guru juga
banyak diperkatakan dalam keperluan Pendidikan Abad ke-21 yang menghadapi
pelbagai perubahan dan keperluan. Seiring dengan keperluan Pendidikan Abad ke-21
peranan utama Bahagian Pendidikan Guru (BPG) adalah untuk:
i. mengambil guru yang berkualiti;
ii. memastikan penyediaan program induksi yang berkualiti dan pementoran
guru permulaan; dan
iii. menjamin semua guru mendapat peluang pembangunan profesionalisme
berterusan (Continous Professional Development) yang berasaskan kepada
refleksi kendiri, penilaian kendiri dan pendekatan pementoran rakan sebaya.
Oleh yang demikian, BPG sebagai peneraju utama dalam pendidikan guru
bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan insan guru yang
berkualiti. Sehubungan itu, BPG perlu membangunkan satu program induksi guru
permulaan yang berstruktur dan komprehensif dalam merealisasikan agenda baru
pendidikan yang berkaitan dengan melahirkan guru yang berkualiti dan relevan dengan
keperluan pendidikan kini dan akan datang.
Program Induksi Guru Permulaan merupakan salah satu daripada lima belas
(15) inisiatif yang telah dirancang dan dicadangkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru
yang telah diadakan di BPG pada 8 Mac 2010 hingga 2 April 2010. YAB Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah bersetuju terhadap cadangan
semua inisiatif meningkatkan kualiti guru pada 2 April 2010.
Program induksi guru permulaan ini akan memberikan kesan yang positif
terhadap sekolah, guru dan murid. Melalui program induksi yang berkesan, budaya
kerja cemerlang dapat diterapkan kepada guru permulaan agar dapat melaksanakan
4
Modul Program Induksi Guru Permulaan
tugas dan tanggungjawab secara lebih sistematik. Guru akan dibimbing oleh guru
berpengalaman serta pihak pentadbir sekolah untuk melaksanakan pengajaran dengan
lebih berkesan dan profesional. Satu model yang komprehensif dicadangkan dan akan
diguna pakai oleh semua pihak yang terlibat ke arah memartabatkan profesion
keguruan, khasnya guru permulaan di negara ini.
1.3 Rasional
Walaupun sistem latihan perguruan di Malaysia merupakan antara yang terbaik di
dunia, masih tidak terdapat satu program yang formal untuk membimbing guru
permulaan yang baru ditempatkan di sekolah. Ironinya, banyak hasil kajian
menunjukkan tahun pertama merupakan tahun yang paling mencabar untuk guru
permulaan (Humphrey et al., 2007; Norasmah et al., 2007; Russell, 2006).
Masalah utama yang dihadapi oleh guru permulaan yang baru ditempatkan
di sekolah adalah untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar.
Di samping itu, guru permulaan perlu dibimbing untuk melaksanakan tanggungjawab
memenuhi keperluan kumpulan murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar
belakang (Bartell, 2005).
5
Modul Program Induksi Guru Permulaan
mengaplikasi semua pengetahuan yang diperoleh ini secara berkesan kerana kualiti
pengajaran guru merupakan faktor penyumbang utama kepada pembelajaran murid
(Laura et al., 2006).
Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru sebagai
pemangkin utama kecemerlangan murid diberi pendedahan tentang pelbagai
pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program induksi.
Dengan cara ini, profesionalisme guru permulaan itu dapat ditingkatkan bermula
daripada peringkat awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat pertama kali.
Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjaya
memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah,
seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David et al., 2003).
Hasil kajian menunjukkan bahawa guru yang melalui program induksi sepanjang
tahun pertama mereka ditempatkan di sekolah, didapati menunjukkan kualiti pengajaran
yang lebih tinggi dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti pembelajaran murid
(Humphrey et al., 2007). Program induksi menggunakan pendekatan pementoran
untuk membimbing guru-guru baru telahpun diterapkan dalam profesion perguruan di
negara-negara maju untuk meningkatkan kualiti guru permulaan. Amalan ini
seharusnya dilaksanakan untuk meningkatkan profesion perguruan di negara ini.
Tambahan pula, pendidikan yang bersifat dinamik dan global memerlukan guru yang
bersedia meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan secara berterusan.
6
Modul Program Induksi Guru Permulaan
Kebanyakan guru permulaan mengalami kejutan transisi apabila ditempatkan di
sekolah kerana mendapati latihan perguruan adalah berbeza sama sekali dengan
situasi yang mereka lalui semasa mengikuti latihan perguruan dan latihan amali
(Norasmah et al., 2007). Guru permulaan seringkali menghadapi masalah kerana
suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P), persekitaran sekolah serta latar
belakang murid adalah unik dan kompleks dan tidak sama dengan pengalaman yang
mereka lalui semasa mengikuti kursus perguruan.
7
Modul Program Induksi Guru Permulaan
1.4 Objektif Program Induksi
Objektif Program Induksi Guru Permulaan ini adalah untuk:
i. membantu guru menyesuaikan diri dengan budaya, persekitaran, dan
komuniti sekolah;
ii. menyediakan bimbingan yang berkesan untuk guru permulaan dalam
melaksanakan amalan pengajaran sepanjang proses transisi mereka
daripada ’pelajar’ kepada ’mengajar’;
iii. meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid;
iv. menyediakan bimbingan yang berkesan untuk guru melaksanakan aktiviti
kokurikulum;
v. meningkatkan pengetahuan guru tentang aspek sosialisasi organisasi dan
hal-ehwal murid;
vi. meningkatkan amalan profesionalisme, kompetensi diri dan efikasi kendiri
guru permulaan; dan
vii. membangunkan kerjasama secara kolaboratif di antara guru permulaan
dengan semua pihak (stakeholder) yang terlibat di sekolah.
8
Modul Program Induksi Guru Permulaan
9
Modul Program Induksi Guru Permulaan
Program induksi yang dicadangkan ini akan menggunakan konsep pementoran.
Seorang guru berpengalaman akan dilantik sebagai mentor yang akan
dipertanggungjawabkan untuk membimbing guru permulaan di sekolah yang sama.
Waktu pementoran secara formal ditetapkan sebagai dua waktu dan dimasukkan ke
dalam jadual waktu mengajar guru. Pementoran juga dilaksanakan secara tidak formal
mengikut kesesuaian antara mentor dan guru permulaan yang dibimbingnya. Fasa
pementoran adalah proses guru berpengalaman memberikan bimbingan (coaching) dan
nasihat kepada guru permulaan berkenaan amalan profesional (professional conduct)
dan kompetensi perguruan. Program ini adalah berasaskan modul, penilaian dan
maklum balas berterusan sepanjang 12 bulan dijalankan berasaskan sekolah.
10
Modul Program Induksi Guru Permulaan
(1990) mendefinisikan program induksi guru permulaan sebagai “planned programs
intended to provide some systematic and sustained assistance, specifically to beginning
teachers for at least one school year ”( Huling-Austin, L. (1990). Teacher induction
programs and internships. In W. R. Houston, R. Howsam, & J. Sikula (Eds.), Handbook
of research on teacher education. New York: Macmillan, 535-548). Program induksi
guru permulaan merupakan proses sosialisasi kepada profesion perguruan yang dapat
membantu guru permulaan membuat penyesuaian antara ilmu dan kemahiran yang
sedia ada dengan prosedur, sistem sekolah dan penguasaan pengajaran berkesan dan
kemahiran pengurusan bilik darjah.
11
Modul Program Induksi Guru Permulaan
Tempoh Program Induksi untuk Guru Permulaan adalah selama 12 bulan
bermula dari tarikh guru permulaan melapor diri di sekolah. Tempoh ini adalah selaras
dengan tempoh pelaksanaan program induksi di negara-negara maju lain seperti
Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Ireland. Hasil kajian turut mengesahkan
bahawa guru permulaan memerlukan bimbingan dalam tempoh 12 bulan pertama
mereka ditempatkan di sekolah. Jangka masa ini diperlukan untuk mereka membuat
penyesuaian diri dengan budaya sekolah, persekitaran kerja baru, tugas-tugas yang
pelbagai di samping membina hubungan kerjasama dengan rakan-rakan sekerja di
tempat baru (Norasmah et al., 2007). Cadangan Pelaksanaan Program Induksi Untuk
Guru Permulaan ini adalah seperti dalam Rajah 3.
12
Modul Program Induksi Guru Permulaan
Tempoh (bulan) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1
40%
20%
40%
40%
40%
Koku
Kokurikulum/SUSU
Kokurikulum/ • Sukan
Kokurikulum
Kokurikulum/ Penasihat-
/ Penasihat- Pasukan beruniform
Penasihat Kokurikulum Permainan
penasihat Kokurikulm
PeningkatanProfesional
Peningkatan Peofesional
Sosialisasi Organisasi
• Kepimpinan • Pentadbiran •Penerokaan pelbagai
Pengetua / Guru Besar • Pengurusan kewangan & resos pendekatan P&P
Isi kandunga
• Komunikasi • Pengurusan • Mengesan dan memenuhi
Isi Kandungan
konflik • Polisi & Peraturan keperluan profesionalisme
Pengurusan
Profesionalisme Keguruan
Pengurusan Hal Ehwal Murid/Pelajar
Pedagogi
• Mengurus dokumen • Kerjaya meningkatkan
Pedagogi
Penolong Kanan Hal • Mengurus disiplin • Keperluan profesionalisme
Ehwal Murid motivasi
Pengurusan asrama
Pengetahuan
• Pengurusan kebajikan
Pengetahuan
Mengurus kepelbagaian pelajar Kerjasama antara Guru dan
Masyarakat
Koordinator ICT Pengurusan ICT
Pembangunan
komuniti
komuniti sekolah
sekolah
Pengetua / Penolong Pengurusam HalEhwal
Pengurusan Hal EhwalPeribadi
Peribadi
Kanan / Ketua Bidang / •● Pengurusan
Pengurusan stress
stres ●• Teknik
Teknikbelajar
belajar● Motivasi kendiri
• Motivasi kendiri
● Pembentukan sahsiah
Ketua Panitia • Pembentukan sahsiah
Penilaian
Penilaian
• Portfolio
● diserah kepada
Markah portfolio diserahSPP
kepada SPP
Pengesahan
Pengesahan pelantikan jawatan
jawatan (Tahun (Tahun kedua)
kedua)
● 50% berdasarkan portfolio dinilaioleh
• 50% berdasarkan portfolio dinilai olehpentadbir
pentadbir{ Pengetahuan
{ Pengetahuan konten
konten (40%),
(40%), Pedagogi
Pedagogi (40%),
(40%), Profesionalisme
Profesionalisme Keguruan
Keguruan (20%)
(20%) } }
● 50%penilaian
• 50% penilaianoleh
olehSPP
SPP
13
Modul Program Induksi Guru Permulaan
2. GURU PERMULAAN
14
Modul Program Induksi Guru Permulaan
15
Modul Program Induksi Guru Permulaan
16
Modul Program Induksi Guru Permulaan
3.4 Mentor
3.4.1 Tugas
i. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru permulaan berkenaan:
a) jadual waktu
b) sukatan pelajaran,huraian sukatan pelajaran dan buku panduan guru.
c) perancangan tahunan dan persediaan mengajar harian
d) sumber pengajaran dan pembelajaran
e) pengurusan bilik darjah
f) refleksi
g) pengelolaan kokurikulum
ii. Membimbing guru permulaan secara formal dan tidak formal dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran;
iii. Membimbing guru permulaan dengan menggunakan pendekatan refleksi
untuk membina keyakinan diri melalui proses refleksi kendiri;
iv. Membimbing guru permulaan mengaplikasi teori kepada amalan sebenar
di bilik darjah;
v. Melestarikan motivasi guru permulaan supaya mempunyai jati diri dan
menjadi guru yang berkualiti serta beretika;
17
Modul Program Induksi Guru Permulaan
3.4.2 Tanggungjawab
Antara tanggungjawab seorang mentor dalam konteks guru pembimbing kepada
mentee sebagai guru permulaan berdasarkan garis panduan berikut:
i. Memberi peluang kepada guru permulaan memerhati pengajaran guru
berpengalaman yang lain sebagai model pengajaran yang boleh
dicontohi;
i. Membimbing dan memberi nasihat kepada guru permulaan tentang
semua aspek berkaitan pendidikan;
ii. Menjaga dan mengambil berat kebajikan dan kesejahteraan guru
permulaan;
iii. Membantu guru permulaan mengatasi cabaran dan rintangan yang
dihadapi;
iv. Memberi sokongan moral serta bimbingan kepada guru permulaan dalam
menghadapi cabaran dunia pendidikan;
v. Melaksanakan aktiviti kokurikulum sebagaimana yang diarahkan oleh
pentadbir; dan
vi. Membina portfolio untuk CPD.
18
Modul Program Induksi Guru Permulaan
3.5.1 Tugas
i. Melaksanakan tugas sebagai guru seperti:
memasuki kelas tepat pada waktunya
menyiapkan buku rekod pengajaran
mengurus kelas
memeriksa tugasan murid
memastikan kehadiran murid
menyimpan semua maklumat berkaitan latar belakang murid
hal-hal lain yang berkaitan dengan tugas yang diarahkan
ii. Meningkatkan pengetahuan untuk pembangunan profesionalisme
berterusan secara formal dan informal; dan
iii. Menghindari perkara-perkara di luar bidang pendidikan seperti politik,
unsur perkauman, berkelakuan tidak senonoh yang mencemarkan
profesion keguruan dan sebagainya.
3.5.2 Tanggungjawab
i. Memberikan kerjasama terhadap pentadbir dan rakan sekerja yang
memerlukan bantuan;
ii. Menunjukkan sikap keprihatinan kepada keperluan pembelajaran murid.;
iii. Berperanan aktif dalam pembangunan masyarakat terutama masyarakat
sekeliling;
iv. Sentiasa peka terhadap persekitaran sekolah sebagai satu kawasan yang
selesa, selamat, bersih dan ceria yang dapat mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan efektif;
v. Meneroka dan melaksanakan pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran;
vi. Membina jaringan dengan rakan, murid, ibu bapa dan komuniti sekolah;
19
Modul Program Induksi Guru Permulaan
vii. Mengurus hal ehwal peribadi berkaitan pengurusan stres, teknik belajar,
motivasi kendiri dan pembentukan sahsiah;
viii. Mempamerkan tingkah laku yang boleh menjadi model atau contoh bagi
murid;
ix. Menjaga kebajikan dan keselamatan murid;
x. Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa; dan
xi. Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama dengan rakan sekerja.
20
Modul Program Induksi Guru Permulaan
4.1 Orientasi
Orientasi merupakan satu prosedur bagi menyediakan maklumat latar belakang asas
organisasi kepada staf baru (Dessler, 1997). Setiap guru permulaan mesti melalui
peringkat orientasi bagi membolehkan mereka mengenali serta menghayati budaya dan
persekitaran sekolah di samping memahami tugas dan tanggungjawab yang akan
mereka laksanakan. Mereka juga perlu diberi peluang untuk memajukan diri dan
mempertingkatkan profesionalisme keguruan dengan persekitaran sekolah baru.
Orientasi guru permulaan merupakan titik tolak bagi mereka untuk menyesuaikan diri
dengan sistem pendidikan negara selain dapat merancang strategi bagi menghadapi
pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru permulaan.
4.1.1 Objektif
i. memastikan guru permulaan mendapat pendedahan berhubung budaya
kerja sekolah bagi melonjakkan potensi dan pembangunan profesional
guru;
ii. membolehkan guru permulaan mendapat bimbangan daripada guru
berpengalaman untuk meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan
kemahiran profesionalnya;
iii. membina kolaborasi dengan warga sekolah termasuk Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) bagi mengembangkan lagi pembangunan profesional
dan kerjaya secara berterusan;
iv. membangunkan guru yang berpengetahuan dan berkemahiran supaya
dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan Negara; dan
v. memastikan setiap guru permulaan dapat menghayati dan mengamalkan
nilai-nilai keguruan.
21
Modul Program Induksi Guru Permulaan
ii. Dalam tempoh orientasi, guru permulaan akan didedahkan dan diberi
peluang oleh pihak sekolah untuk mengaplikasi perkara-perkara berikut:
a) Pekeliling Perkhidmatan Awam, Pekeliling KPM, Dasar dan program
KPM serta haluan kerjaya keguruan;
b) Budaya, organisasi dan persekitaran sekolah;
c) Pentadbiran dan pengurusan sekolah; dan
d) Pengurusan kurikulum (P&P).
22
Modul Program Induksi Guru Permulaan
23
Modul Program Induksi Guru Permulaan
Minggu Ketiga
1. Pengurusan dan Tugas-tugas
Jawatankuasa Sekolah Sumber maklumat: PK Akademik
2. Polisi dan peraturan sekolah
3. Pengurusan Headcount
Minggu Keempat
1. Pengurusan dan pengendalian Sumber maklumat: PK KOKU
aktiviti kokurikulum
2. Pengurusan ujian dan Sumber maklumat: SU Peperiksaan
peperiksaan Menyediakan senarai nama murid
(BULAN KEDUA)
Minggu Pertama
1. Pengurusan dan prosedur Pembantu Tadbir
kewangan sekolah
2. Pengurusan organisasi, pejabat Pembantu tadbir dan guru inventori
dan inventori
Minggu Kedua
1. Pengurusan dokumen murid Sumber maklumat: PK HEM
Mengumpul bahan berkaitan
2. Pengurusan kerja rumah Sumber maklumat: GKMP/Ketua Panitia
Minggu Ketiga
1. Pendaftaran dan pertukaran Sumber maklumat: PK HEM
murid Mengumpul bahan berkaitan
2. Disiplin murid Sumber maklumat: PK HEM
Mengumpul bahan berkaitan
Minggu Keempat
1. Pengurusan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi Ceramah dan Bengkel: Diuruskan oleh
(TMK) PPD/JPN
2. Refleksi, perbincangan dengan Mengumpul maklumat
guru-guru permulaan
24
Modul Program Induksi Guru Permulaan
(BULAN KETIGA)
Minggu Pertama
1. Kemudahan Perkhidmatan Sumber maklumat: Pembantu Tadbir
Minggu Kedua
2. Pengurusan aktiviti PIBG dan Menerapkan hubungan komuniti dalam
komuniti aktiviti kurikulum atau kokurikulum
Setiausaha PIBG
Melibatkan ibu bapa dalam aktiviti
persatuan/ sukan/ sambutan hari-
hari atau perayaan tertentu
Minggu Ketiga
1. Bimbingan dan Kaunseling
2. Kemahiran Fasilitator
3. Motivasi murid Pertemuan dengan Kaunselor
4. Pengurusan kebajikan murid Mengumpul maklumat
25
Modul Program Induksi Guru Permulaan
4.2 PEMENTORAN
Setiap guru permulaan mesti melibatkan diri secara aktif dalam program pementoran
bagi meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai
berkaitan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Pementoran
merujuk kepada hubungan serta komunikasi secara profesional iaitu seseorang guru
yang lebih berpengalaman atau lebih berpengetahuan membantu guru permulaan yang
baru berkhidmat di sekolah. Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam
tempoh masa yang tertentu antara seorang individu yang berpengalaman,
berpengetahuan serta mempunyai kebijaksanaan yang tinggi (mentor) dengan seorang
yang dianggap kurang berpengalaman, berpengetahuan serta kurang berkemahiran
(menti).
26
Modul Program Induksi Guru Permulaan
4.2.2 Objektif
i. Memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta
mengamalkan nilai profesional keguruan;
ii. Membina daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;
iii. Meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap
murid;
iv. Menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;
v. Menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran;
vi. Menguasai strategi pengajaran;
vii. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan
pembelajaran dan seterusnya memperkembangkan potensi mereka
sebagai guru; dan
viii. Membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru.
27
Modul Program Induksi Guru Permulaan
28
Modul Program Induksi Guru Permulaan
29
Modul Program Induksi Guru Permulaan
i. Kemahiran Mendengar
Semasa pertemuan bersama menti, mentor perlu memberikan fokus dan
mengenepikan segala pemikiran yang tidak berkaitan dengan proses
pementoran. Kesediaan mendengar dengan baik bukan bermakna kita
hanya menerima secara pasif perkara yang disampaikan oleh menti
kepada mentor tetapi mentor juga perlulah memberi respon sama ada
secara lisan atau bukan lisan.
30
Modul Program Induksi Guru Permulaan
sama, menti juga mahu diberikan peluang yang sama daripada mentor
untuk memberikan maklum balas kepada orang lain. Mentor juga perlu
mahir mengendali dan memproses maklum balas dengan berkesan.
Sentiasa memberi peluang dan menggalakkan menti memberikan maklum
balas yang meyakinkan. Maklum balas bukan sahaja dapat digambar
melalui kata-kata tetapi juga melalui perbuatan. Maklum balas positif
yang diberikan oleh mentor menpunyai pengaruh yang kuat ke atas
motivasi menti untuk meneruskan proses pementoran.
31
Modul Program Induksi Guru Permulaan
32
Modul Program Induksi Guru Permulaan
33
Modul Program Induksi Guru Permulaan
34
Modul Program Induksi Guru Permulaan
35
Modul Program Induksi Guru Permulaan
36
Modul Program Induksi Guru Permulaan
37
Modul Program Induksi Guru Permulaan
Objektif a. Menjelaskan kepada menti tentang skop dan peranan kedua-dua belah
pihak.
b. Memastikan kebajikan dan kesejahteraan diri menti sebagai pendidik.
c. Membantu menti menyesuaikan diri dengan persekitaran dan tempat
kerja yang baru.
d. Mentor mengenal pasti kekuatan dan kelemahan menti dalam aspek
pembangunan diri dan kerjaya.
Aktiviti i. Mentor menjalankan sesi perkenalan seperti mengenali peribadi, tempat
tinggal, akademik dan keluarga.
ii. Perbincangan skop peranan mentor dan menti (tugas mentor dan menti
seperti yang terdapat dalam modul).
iii. Menjelaskan kepada menti cara menghasilkan portfolio.
iv. Berbincang dengan menti berkenaan isu-isu peribadi dan kerjaya bagi
membantu menti menyesuaikan diri dengan membincangkan isu-isu
semasa seperti kewangan, kerjaya, sosiobudaya dan tempat tinggal.
v. Mengenal fizikal sekolah seperti pelan sekolah, organisasi sekolah dan
lokasi sekolah.
vi. Mentor membuat penilaian dan pemerhatian awal terhadap menti.
38
Modul Program Induksi Guru Permulaan
BIL.2
Penyediaan Bilik Darjah yang Kondusif, Selesa, Menarik dan Persekitaran
Pembelajaran yang Efisien
BIL.3
Strategi Pengajaran dalam Bilik Darjah
39
Modul Program Induksi Guru Permulaan
BIL.4
Pendedahan Kepada Pelaksanaan dan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum
Objektif a. Mentor mengenal pasti kebolehan dan kelayakan yang ada pada menti.
b. Mentor memantau penglibatan menti dalam aktiviti kokurikulum.
Aktiviti i. Memberi taklimat berhubung aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di
sekolah seperti jadual pelaksanaan aktiviti kokurikulum atau prosedur
lawatan dengan dibantu oleh Penolong Kanan Kokurikulum.
ii. Memberikan tanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti
kokurikulum mengikut kemahiran dan kebolehan yang ada pada menti.
iii. Mendapatkan maklum balas daripada guru penasihat persatuan/ kelab/
badan beruniform/ sukan dan permainan akan kerjasama yang diberikan
oleh menti dalam aktiviti kokurikulum untuk perkembangan diri.
BIL.5
Peningkatan Motivasi dan Penghargaan Kendiri Murid
40
Modul Program Induksi Guru Permulaan
BIL.6
Kaedah Pelaksanaan Penilaian Terhadap Murid
Objektif a. Membantu menti membuat penilaian yang tepat dan berkesan kepada
pelajar berdasarkan kepada pencapaian murid.
Aktiviti i. Mentor memberi garis panduan dan menunjukkan contoh tentang cara
penandaan buku latihan murid.
ii. Menyemak sampel tugasan murid bagi kelas yang diajar oleh menti dan
memberi maklum balas.
iii. Mentor memantau bahan-bahan berhubung Penilaian Berasaskan
Sekolah (PBS) yang dilakukan oleh menti bagi kelas yang diajar.
iv. Mentor memberi panduan kepada menti untuk membuat penilaian murid.
BIL.7
Kajian Tindakan
41
Modul Program Induksi Guru Permulaan
BIL.8
Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Sekolah
42
Modul Program Induksi Guru Permulaan
BIL.9
Meneliti dan Menilai Semula Aktiviti-Aktiviti/ Program-Program yang Telah
Dilaksanakan
43
Modul Program Induksi Guru Permulaan
4.3.1 Objektif
i. Mengenal pasti guru permulaan yang tidak melepasi tahap minima pada
akhir tahun pertama;
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan guru permulaan;
iii. Meningkatkan kompetensi guru permulaan bagi bidang yang perlu diberi
perhatian; dan
iv. Membimbing dan memberi nasihat kepada guru permulaan berhubung
semua aspek pengurusan.
44
Modul Program Induksi Guru Permulaan
45
Modul Program Induksi Guru Permulaan
46
Modul Program Induksi Guru Permulaan
47
Modul Program Induksi Guru Permulaan
4.4 PENTAKSIRAN
Program induksi yang berfokus, berstruktur dan sistematik perlu mempunyai satu
mekanisma pentaksiran untuk menilai keberkesanan program yang dilaksanakan
dapat mencapai objektif yang dihasratkan. Pentaksiran dilaksanakan di peringkat
sekolah oleh pentdbir sekolah. Di samping itu, pentaksiran kendiri turut dilaksanakan
untuk mendapatkan gambaran mengenai kesan program induksi daripada perspektif
guru permulaan.
4.4.1 Objektif
i. Mengumpulkan maklumat/ data/ evidens berkaitan guru permulaan
secara sistematik sepanjang program induksi dijalankan;
ii. Mengenal pasti aspek kekuatan dan kelemahan diri guru permulaan;
iii. Memberi peluang kepada guru permulaan melaksanakan
penambahbaikan terhadap aspek-aspek kelemahan yang telah dikenal
pasti;
iv. Memberi penekanan terhadap amalan-amalan terbaik (best practices)
yang harus diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran;
v. Membimbing guru permulaan membuat amalan refleksi melalui
pembinaan portfolio, jurnal dan catatan atau buku log; dan
vi. Meningkatkan kualiti pendidikan dengan menetapkan standard amalan
profesionalisme yang tinggi.
48
Modul Program Induksi Guru Permulaan
49
Modul Program Induksi Guru Permulaan
3. Pengurusan
i Sosialisasi Organisasi Kepimpinan
Pentadbiran
Pengurusan kewangan
dan sumber
Komunikasi
Pengurusan konflik
Polisi dan peraturan
Pencerapan pengajaran
4. Pembangunan Diri
i. Pengurusan ICT Literasi komputer
Pengajaran bestari
5%
ii. Pengurusan Hal Ehwal Pengurusan stres
Peribadi Teknik belajar
Motivasi kendiri
Pembentukan sahsiah
50
Modul Program Induksi Guru Permulaan
4.4.4 Pelaporan
a) Pelaporan dibuat oleh semua pihak yang terlibat (mentor/ AJK
pemantauan/ pentadbir) menggunakan borang yang disediakan; dan
b) Semua evidens ini akan menyumbang sebanyak 50% kepada
pengesahan perlantikan guru permulaan ke jawatan tetap.
51
Modul Program Induksi Guru Permulaan
4.2 PEMANTAUAN
Pemantauan adalah satu proses yang dilaksanakan secara berterusan sepanjang
Program Induksi untuk memastikan Program Induksi dilaksanakan secara berkesan,
iaitu:
i. mematuhi prosedur
ii. mengikut perancangan yang telah ditetapkan
iii. mematuhi standard induksi
4.5.1 Objektif
i. Memastikan semua aktiviti yang dirancang dalam Program Induksi
dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat;
ii. Memastikan hubungan yang baik dan kerjasama yang erat antara mentor
dengan guru permulaan yang dibimbing;
iii. Memastikan standard dan prosedur induksi dipatuhi;
iv. Meningkatkan kualiti pendidikan melalui sokongan dan bimbingan kepada
guru-guru permulaan di sekolah;
v. Mengekalkan tahap kualiti guru bermula dari peringkat awal;
vi. Membantu guru permulaan melalui transisi tahun pertama mengajar
dengan lancar;
vii. Meningkatkan sahsiah serta tahap profesionalisme guru permulaan;
viii. Menyediakan serta memberi pengetahun tambahan, meningkatkan
kemahiran dan membina sikap positif guru permulaan;
ix. Membantu guru permulaan berdasarkan kepada keperluan serta
kehendak mereka;
x. Meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan
guru permulaan; dan
xi. Memberi bimbingan kepada guru permulaan tentang teknik pengurusan
kelas dan interaksi dengan murid.
52
Modul Program Induksi Guru Permulaan
4.5.3 Pelaporan
i. Hasil pemantauan dibuat secara bertulis dikumpulkan sebagai evidens
dalam portfolio guru permulaan (Lampiran F);
ii. Pelaporan disemak oleh pentadbir sekolah; dan
iii. Guru permulaan yang telah tamat menjalani program induksi akan
menerima evidens/l aporan pemantauan untuk membantu guru permulaan
meningkatkan profesionalisme diri.
53
Modul Program Induksi Guru Permulaan
5 PENUTUP
Selaku peneraju utama pembangunan pendidikan serta peningkatan profesionalisme
keguruan, BPG bertanggungjawab untuk merangka satu program induksi yang
berkesan serta boleh diguna pakai oleh seluruh sekolah di Malaysia. Program Induksi
Guru Permulaan diharap dapat membantu meningkatkan kualiti guru permulaan yang
baru ditempatkan di sekolah. Namun begitu, keberkesanan program ini memerlukan
kerjasama semua pihak.
54
Modul Program Induksi Guru Permulaan
Rujukan
Dessler, G., 1997. Human Resource Management (cet.7). Upper Saddle River, NJ:
Prentice.
Duke, L., Karson, A., Wheeler, J. 2006. Do mentoring and induction program have
greater benefits for teachers who lack preservice training? Jurnal of Public &
International Affairs-Princeton. 17, pg.61-82.
Humphrey, D.C.; Wechsler, M.; Bosetti; K.R. 2007. Teacher induction in Illinois and
Ohio: a preliminary analysis. Commission by the Joyce Foundation, U.S.A.
Norasmah Othman, Mohammed Sani Ibrahim dan Zamri Mahamod. 2007. Penyelidikan
Pendidikan Guru Novis. Profesionalisme Guru Novis: Model Latihan.Ed.Kedua,
m.s 1-24. Fakulti Pendidikan UKM, Bangi.
Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) yang Telah Tamat Mengikuti
Sarjana Muda Pendidikan Bil.2/2010.
Salhah Abdullah & Ainon Mohd. 2007. Guru Sebagai Mentor. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Wong. R. 2004. Induction programs that keep new teachers teaching and improving.
NASSP Bulletin. Vol.88 (638).
55
Modul Program Induksi Guru Permulaan
LAMPIRAN A
1 Tarikh :
2 Masa :
3 Bidang :
4 Aspek :
5 Objektif : 1
6 Aktiviti : 1
7 Penilaian :
8 Rumusan :
.............................. .................................
Tandatangan guru Tandatangan Mentor
56
Modul Program Induksi Guru Permulaan
LAMPIRAN B
FORMAT PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN DAN LAPORAN KAJIAN
TINDAKAN (PERINGKAT SEKOLAH UNTUK DISIMPAN DALAM FAIL PANITIA)
Tajuk : ________________________________
MEREFLEK
Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku murid/semakan latihan murid/ keputusan ujian/ temu
bual (sekurang-kurangnya daripada dua sumber data) di dalam kelas semasa saya mengajar
……………………………………………………………..……………………………………………………………
Berikut analisis/ contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan ujian
…………………………………………………………………………………………………………………………..
Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak .………………..............................................
FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan/ menguasai kemahiran
a) ……………..………………………………………………………………………………………...
b) …………….…………………………………………………………………………………………
Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan terus.……………..………………………….
……..………..…………………………………………………………………………………………………….........
Objektif kajian :-
Secara amnya akan dapat ……………………………………………………………………………………………..
Secara khususnya :-
1. Murid …………………..…………………………………………………………………………………
2. Murid ……………….…………………………………………………………………………………….
3. Murid .……………….……………………………………………………………………………………
4. Guru ……………….……………………………………………………………………………………..
57
Kajian ini melibatkan …………………….orang murid daripada..……………… …………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………………………
Modul Program Induksi Guru Permulaan
MERANCANG
Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini. Bilangan aktiviti/ intervensi adalah bergantung kepada
masalah yang guru hadapi dan cara guru menyelesaikannya. Perkara yang penting, setiap aktiviti/ tindakan/
intervensi yang akan dijalankan perlu diperjelaskan jenis dan pelaksanaannya dengan terperinci.
Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah:
1. ………………………………………………….
2. ………………………………………………….
i. Aktiviti 1 :…………………………………………………………………………………………………..
Langkah 1 : …………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………….........
Langkah 2 : …………….…………………………………………………………………………………….
…………..………………………………………………………………………………………
Langkah 1 :…………………………………………………………………………………………………...
………….……………………………………………………………………………………….
Langkah 2 :………….………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
Langkah 1 :.…………………………………………………………………………………………………..
.………..………………………………………………………………………………………...
Langkah 2 :…………..……………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………..
Langkah 3 :………………..…………………………………………………………………………
……….
58
……………….…………………………………………………………………………………
Modul Program Induksi Guru Permulaan
BERTINDAK
Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini
Melaksanakan perubahan.
(tindakan/rawatan)
Catat segala tindakan dan buat refleksi bagi Sesi rawatan atau tindakan ini mungkin melibatkan beberapa
setiap aktiviti semasa pelaksanaan masa p&p biasa. Dalam waktu pembelajaran (mesti
dilaksanakan oleh guru sendiri.
(Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)
i. Aktiviti 1 :…………………………………………….
Langkah 1 : …………..……………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………...........
Langkah 2 : …………..……………………………………………………………………………………...
.…………………………………………………………………………………………………
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/aktiviti ini ……………..………………………….
……………….………………………………………………………………………………………………………………
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa……………..………………..
…………….…………………………………………………………………………………………………………………
Langkah 1 :…………..……………………………………………………………………………………….
…………..………………………………………………………………………………………
Langkah 2 :…………..………………………………………………………………………………………..
………….…………………………………………………………………………………………
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/aktiviti ini …………….……………………………
………………..………………………………………………………………………………………………………………
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa……………………………….
……………..…………………………………………………………………………………………………………………
Langkah 1 :…………..……………………………………………………………………………………….
………….……………………………………………………………………………………….
Langkah 2 :…………….……………………………………………………………………………………..
…..……………………………………………………………………………………
Langkah 3 :...……………..…………………………………………………………………………………..
………………...………………………………………………………………………………….
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/aktiviti ini ………………………………………….
.……………………………………………………………………………………………………………………………….
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa…………….…………………
…………..…………………………………………………………………………………………………………………… 59
Modul Program Induksi Guru Permulaan
MEMERHATI
Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini
Pemerhatian boleh dilakukan Guru membuat renungan atau Laporan juga ditulis di peringkat
oleh guru sendiri sebagai refleksi terhadap kajian yang ini. Dokumentasi penting.
penyelidik atau guru juga boleh telah dilakukan sama ada Sekiranya program tindakan
meminta bantuan daripada guru berjaya atau tidak. Dapatkan tersebut berjaya, maka bolehlah
lain untuk membuat data sekali lagi dengan disebarkan kepada guru-guru
pemerhatian semasa sesi menggunakan cara mengutip lain. Jika tidak berjaya, perlu
pengajaran guru. Penilaian data yang sama semasa dirancang semula.
mesti dilakukan untuk menilai peringkat awal mereflek. (temu
keberkesanan TINDAKAN bual, soal selidik, pemerhatian)
(Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/ diari)
Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati, teknik ………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang ……………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan
kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh murid. Oleh itu,
saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………… LAMPIRAN C
…………………………………
(PELAPOR) (PENILAI)
60
Modul Program Induksi Guru Permulaan
LAMPIRAN C
BULAN: _______________
TARIKH: ______________
AKTIVITI:
_________________________________________________________________________
KAEDAH PELAKSANAAN:
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
PROSES PELAKSANAAN:
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
REFLEKSI:
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________ 61
Modul Program Induksi Guru Permulaan
LAMPIRAN D
Tarikh :
Nama Pemantau :
Objektif Pemantauan :
DAPATAN PEMANTAUAN
Komen dan Cadangan
1. Kekuatan :
2. Kelemahan :
3. Tindakan :
4. Cadangan :
………………………………………………………… ……………………………………………...
(Nama Penyelaras) (Nama dan cop Sekolah)
Tarikh :
62
Modul Program Induksi Guru Permulaan
63