Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
salah laku

salah laku

Ratings:

4.67

(3)
|Views: 618 |Likes:
Published by Along

More info:

Published by: Along on Aug 20, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/01/2013

pdf

text

original

Kemelesetan disiplin dan keruntuhan moral pelajar di sekolah, merupakan satu lagi perkara yang mencabar dan membebani semua pihak terutamanya ibu bapa masa kini. Bagi mengatasi masalah ini, ia memerlukan pembabitan pengaruh sekitar untuk menanganinya bersama. Gejala tersebut kian parah berleluasa sehingga terdapat di kalangan pelajar yang sanggup membakar sekolah kerana marahkan guru atau membalas dendam. Kenyataan ini juga turut diakui oleh Kementerian Pendidikan yang menyifatkan salah laku disiplin di kalangan pelajar kian meruncing dengan sekian ramai pelajar menghadapi masalah personaliti dan keluarga. Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah sistem pendidikan di negara kita masih belum mampu mencari formula bagi menangani gejala ini? Atau adakah KBSM masih belum berkesan untuk membentuk keperibadian dan moral pelajar-pelajar? Atau adakah sekolah tidak berperanan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar-pelajar? Atau adakah ibu bapa sendiri tidak memainkan tanggungjawab yang sewajarnya dalam mendidik anak-anak.

Kalau dirujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara, kita dapat merumuskan bahawa kerajaan berhasrat untuk melihat pendidikan di Malaysia sebagai alat untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Begitu juga dengan KBSM, prinsip-prinsip yang digubal jelas menampakkan usaha ke arah kesepaduan ilmu berasaskan konsepJERI dan penekanan nilai-nilai murni. Namun persoalannya, kenapa timbul juga isu keruntuhan moral dan salah laku disiplin di kalangan pelajar? Sebenarnya perkara ini tidaklah menghairankan kita. Seberapa ramai manusia boleh menulis ribuan falsafah dan prinsip-prinsipnya, namun setakat manakah pelaksanaannya dapat direalisasikan secara ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kita tidak menafikan usaha Kementerian Pendidikan menampakkan keikhlasannya seperti memberikan lebih kuasa kepada guru untuk mendisiplinkan pelajar dan sebagainya tetapi memadaikah hanya Kementerian Pendidikan sahaja yang terlibat di dalam menangani kes ini. Dalam senario hari ini, kita dapat melihat bahawa tidak ada kesepakatan dan kesepaduan tindakan di antara kementerian-kementerian kerajaan untuk membendung masalah disiplin di kalangan pelajar. Contoh yang dapat dilihat dengan jelas ialah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan.

KDN tidak sepatutnya bersikap lepas tangan kerana dengan bersikap demikian, gejala tersebut akan menjadi bertambah parah dan boleh menjejaskan imej pendidikan di negara ini. Sebagai contoh, KDN bersikap acuh tak acuh dengan kebanjiran ratusan buku, majalah dan komik berunsur tahyul, seks dan seram yang dikhuatiri boleh meracun minda dan pemikiran pelajar-pelajar yang membanjiri gerai majalah dl sekitar ibu kota. Begitu juga dengan kebanjiran pita video dan cakera padat video (VCD) lucah dan ganas yang terlalu mudah diperolehi oleh pelajar di pasaran-pasaran tempatan. Kemudahan tersebut menyebabkan remaja mudah terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh memberi kesan negatif kepada kelakuan mereka. Jadi, apakah tindakan KDN selama ini?

Peranan Kementerian Penerangan juga dipersoalkan di dalam menangani masalah disiplin pelajar ini. Apakah peranan Kementerian Penerangan terhadap pengaruh siaran media-media elektronik? Apakah selama ini mereka menyajikan saluran yang terbaik untuk tontonan remaja atau sebaliknya? Menurut kajian, media elektronik memainkan peranan penting mendedahkan gejala-gejala negatif yang menjadi ikutan remaja hari ini. Mengapa remaja kini bersikap liar, berpakaian punk dan rock kerana mereka terpengaruh dengan rancangan TV yang menayangkan konsert, video klip kumpulan rock yang berkelakuan dan berpakaian tidak senonoh yang bertentangan dengan budaya kita. Media kita sungguh berani mempamerkan adegan-adegan yang tidak sopan dan aksi-aksi wanita separuh bogel. Sekiranya beginilah sikap Kementerian Penerangan, maka apakah lagi yang dapat diharapkan dari kementerian tersebut untuk membentuk disiplin pelajar.

Terdapat juga pandangan masyarakat yang menganggap sekolah dan guru kurang profesional di dalam mendidik para pelajar. Sejauh manakah kenyataan ini tepat? Berdasarkan kajian sosiologi pendidikan, perubahan persepsi masyarakat masa kini terhadap sekolah disebabkan kerana hakisan pewarisan 'budaya autokratik' sekolah. Budaya autokratik yang menjadi asas utama institusi sekolah mulai hilang. Kerana itulah peranan sekolah sebagai sebuah institusi, penitipan budaya, nilai dan ilmu mula dipersoalkan oleh masyarakat terutamanya oleh ibu bapa. Rata-rata hari ini para pendidik lebih suka menangani masalah disiplin pelajar melalui pendekatan psikologi. Persoalannya, sejauh manakah kaedah ini dapat membendung salah laku pelajar? Pada pandangan penulis, cara ini bukan tidak baik tetapi ada kalanya kita patut juga berkeras dengan pelajar. Semuanya mengambil kira kesesuaian dan tingkahlaku pelajar itu sendiri.

Para pendidik juga disarankan supaya menjalin hubungan yang positif dengan para pelajar, di samping memperluaskan rangkaian hubungan dengan ibu bapa dan masyarakat agar sikap prejudis dan saling tuduh menuduh di antara satu sama lain dapat dielakkan. Hubungan tersebut dapat diwujudkan melalui PIBG ataupun Majlis Pemuafakatan PIBG Nasional, di mana fungsinya amat penting dalam menangani gejala sosial pelajar yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Akhir sekali, peranan ibu bapa amat penting di dalam membentuk sahsiah dan perilaku anak-anak. Ini kerana disiplin pelajar masih di bawah tanggungjawab ibu bapa, manakala guru hanya bertindak sebagai pembantu dalam memberikan ilmu pengetahuan dan disiplin dalaman. Ibu bapa perlu membekalkan anak-anak dengan asas-asas ilmu agama dan membentuk mereka supaya mempunyai \u201cjati diri\u201d serta mempunyai \u201ckawalan diri\u201d. Semuanya berada di tangan ibu bapa, mereka bebas untuk mencorakkan kehidupan dan masa depan anak-anak mengikut resepi masing-masing. Namun halangannya tetap ada kerana pengaruh persekitaran di mana anak-anak berada lebih kuat mempengaruhi gaya hidup mereka. Maka di sinilah terletaknya peranan dan kebijaksanaan ibu bapa.

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nur Farhana liked this
sakinah hassan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->