You are on page 1of 3

Soalan 1

Mencari dan mengumpul maklumat tentang pendekatan, strategi, kaedah dan


teknik pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Merujuk maklumat
tersebut, huraikan berserta contoh aktiviti yang sesuai bagi melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Penjelasan
hendaklah disokong oleh grafik yang sesuai.

Pendekatan

Salleh Mohd Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mohmood (1977: 99) telah
mendefinisikan ‘pendekatan’ membawa maksud ‘cara penyampaian’.

Menurut Othman Zakariah (1985: 1), pendekatan ialah satu peraturan


pengajaran dan pembelajaran yang diyakini berkesan jika dilaksanakna mengikut
falsafah dan andaian yang tertentu. dari segi pengajaran bahasa, pendekatan itu
boleh mengandungi banyak kaedah.

Khatijah Ab. Hamid (1985: 1), berpendapat bahawa ‘pendekatan’ ialah teori
pendidikan yang biasanya melahirkan pernyataan mengenai strategi pembelajaran
kanak-kanak dan pelajar.

Namun, Mangantar Simanjuntak (1985: 7) mengatakan bahawa ‘pendekatan’


ialah teori bahasa yang menghasilkan teori membaca yang kita anut. Walau
bagaimanapun, ditegaskannya bahawa yang dimaksudkan dengan ‘pendekatan’
dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan asumsi (andaian) yang saling
berkaitan dengan hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa, dan hakikat
pembelajaran bahasa (1982: 70). Jadi setiap ‘pendekatan’ itu baru mencerminkan
satu pandangan (falsafah) mengenai hakikat bahasa, iaitu apakah sebenarnya
bahasa itu, bagaimana bahasa itu diperoleh, bagaimana sebenarnya bahasa itu
diproduksi dan difahami, dan dimana bahasa itu disimpan. Dengan kata lain, setiap
pendekatan harus mencerminkan satu teori bahasa (teori linguistik) yang menjadi
satu kepercayaan satu keyakinan yang mungkin tidak dapat atau sukar untuk
dibuktikan secara empirikal dan satu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa
yang selaras dengan teori bahasa tadi. Dengan kata lain, satu teori pengajaran dan
pembelajaran bahasa tidak boleh bercanggah dengan teori pemerolehan bahasa.
Teori-teori pemerolehan, pengajaran dan pembelajaran bahasa merupakan satu
keselarasan yang tidak boleh dipesongkan dan dipisah-pisahkan.

Oleh itu, sebagai kesimpulannya, ‘pendekatan’ ialah teori bahasa yang


merupakan satu falsafah kita tentang apa sebenarnya bahasa itu dan mempunyai
prosedur pengajaran dan pembelajarrarn yang diyakini berkesan jika dilaksanakan
mengikut andaian yang tertentu, yang biasanya melahirkan penyataan mengenai
strategi pembelajaran kanak-kanak, murid atau pelajar.

Kaedah

Mangantar Simanjuntak (1985: 7-8) berpendapat, bahawa yang dimaksudkan


dengan ‘kaedah’ ialah satu prosedur yang kita ikuti dalam menerapkan pendekatan
tadi. Prosedur ini menentukan langkah-langkah yang harus kita ikuti dan setiap
langkah tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tadi. Kaedah ini boleh juga
menghasilkan beberapa teknik.

Menurut Othman Zakariah (1985: 1) ‘kaedah’ ialah menyampaikan bahan


yang tersusun mengikut kehendak pendekatan yang telah ditentukan. Contohnya
Kaedah Abjad, Kaedah Bunyi atau Kaedah Pandang dan Sebut.

Akhir sekali, Khatijah Abdul Hamid (1985: 1) berpendapat bahawa ‘kaedah’


ialah strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Oleh itu, ‘kaedah’ dapat disimpulkan sebagai satu prosedur yang


mengandungi bahan, yang tersusun, yang kita ikuti dalam menyampaikannya,
berdasarkan kehendak pendekatan yang telah ditentukan, yang akan dilaksanakan
selaras dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Namun, definisi yang ketiga itu adalah lebih tepat bagi membawa maksud khusus
untuk istilah ‘teknik’ atau ‘cara’.
Teknik

Othman Zakariah (1985: 1-2) berpendapat bahawa ‘teknik’ merupakan


pelaksanaan kaedah itu di bilik darjah. Teknik juga ialah strategi yang digunakan
untuk mencapai satu-satu objektif. Contohnya, penggunaan pita rakaman ialah satu
bentuk pengajaran untuk memenuhi keperluan Kaedah Bunyi, Kaedah Pandang dan
Sebut dan sebagainya.

Menurut Mangantar Simanjuntak (1985: 8) ‘teknik’ ini hanyalah merupakan


strategi atau muslihat yang kita pakai di dalam bilik darjah apabila kita bertembung
dengan satu masalah yang tidak dapat dipecahkan oleh kaedah tadi atau apabila
satu masalah muncul sebagai akibat daripada penerapan atau teori dan setiap
teknik harus pula seirama dengan kaedah.

Sebagai kesimpulan, istilah ‘teknik’ membawa maksud strategi amalan yang


kita pakai di dalam bilik darjah.

You might also like