You are on page 1of 21

Pengenalan:

Perkataan ekonomi sememangnya tidak asing lagi di kalangan kebanyakan orang.


Hampir setiap hari kita mendengar perkataan ekonomi. Bukan itu saja, malahan ada yang
menyatakan bahawa maju mundurnya sesebuah negara, atau stabil atau tidak stabil politik negara
berkenaan sangat bergantung pada keadaan ekonominya. Oleh itu amat penting
bagi kita untuk mengkaji dengan lebih mendalam apa yang dimaksudkan dengan ekonomi.

Menurut Prof. P. A. Samuelson dan W. D. Nordhaus dalam bukunya, Economics, mereka


mendefinisikan ekonomi sebagai suatu kajian tentang bagaimana individu dan masyarakat
membuat pilihan untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad yang mempunyai banyak
kegunaan dalam usaha untuk mengeluarkan berbagai-bagai barangan dan mengagihkannya untuk
penggunaan, sama ada masa sekarang atau masa depan di kalangan pelbagai individu dan
kumpulan dalam masyarakat.

Dakwaan bahawa Malaysia tidak banyak mencapai perkembangan ekonomi merupakan


satu persepsi umum dan tidak menggambarkan realiti di negara ini. Mengikut Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Y.B. Datuk Mustafa Mohamed yang bertanggungjawab dalam Perancangan
Ekonomi Negara berpendapat bahawa ekonomi Malaysia berada dalam landasan yang betul.
Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang amat memberangsangkan di bawah pimpinan
Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berbanding dengan beberapa negara di Asia.

1
Situasi Ekonomi Malaysia Kini:

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 6.3% (Suku 1 2008: 7.1%) pada
suku kedua 2008. Pertumbuhan disokong oleh permintaan luar negeri yang kukuh manakala
permintaan dalam negeri berkembang pada kadar yang lebih sederhana.

Permintaan dalam negeri berkembang dengan lebih sederhana pada suku kedua, namun
masih kukuh pada 7.8% (S1 08: 10%). Penggunaan swasta meningkat 9% (S1 08: 11.7%) dalam
persekitaran harga pengguna yang lebih tinggi dan sentimen pengguna yang sederhana.
Perbelanjaan bagi emolumen, pertahanan, bekalan dan perkhidmatan yang lebih tinggi
menyokong pertumbuhan perbelanjaan awam (7.1%, S1 08: 10.5%). Aktiviti pelaburan terus
mampan dan meningkat 5.6% (S1 08: 6%), disokong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing
yang berterusan, terutamanya ke dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan, dan juga
perbelanjaan pembangunan Kerajaan yang lebih tinggi. Meskipun kebanyakan penunjuk
pelaburan menyarankan perbelanjaan modal akan terus berkembang, kos aktiviti pelaburan yang
meningkat telah mengurangkan perbelanjaan pelaburan dalam nilai benar.

Kesemua sektor utama menyumbang secara positif kepada pertumbuhan, kecuali sektor
perlombongan. Sektor perkhidmatan meningkat 7.6% (S1 08: 7.9%), didorong oleh pertumbuhan
kukuh subsektor perdagangan borong dan runcit serta prestasi subsektor komunikasi,
pengangkutan dan penyimpanan; dan juga kewangan dan insurans yang menggalakkan.

Sektor perkilangan mencatat pertumbuhan sebanyak 5.6% (S1 08: 7%), dipacu oleh
industri berorientasikan dalam negeri, khususnya industri kelengkapan pengangkutan, makanan
dan berkaitan pembinaan. Industri berorientasikan eksport meningkat dengan lebih sederhana
terutamanya disebabkan oleh pengeluaran komputer dan alat ganti yang lebih rendah dan
kemerosotan dalam pengeluaran industri petroleum dan kimia. Pertumbuhan sektor elektronik
dan elektrik (E&E) keseluruhan telah disokong oleh permintaan luar negeri terhadap keluaran
elektrik dan separa konduktor. Sementara itu, industri berasaskan sumber terpilih seperti industri
pemprosesan di luar estet dan keluaran getah terus menyokong industri berasaskan eksport.

2
Pertumbuhan sektor pertanian (5.9%; S1 08: 6.3%) disokong oleh peningkatan dua angka
dalam pengeluaran minyak sawit mentah. Sektor pembinaan pula meningkat dengan sederhana
(3.9%; S1 08: 5.3%) berikutan kenaikan kos bahan binaan. Sementara itu, sektor perlombongan
menguncup sedikit disebabkan oleh pengeluaran gas asli yang lebih rendah.

Kadar inflasi, seperti yang diukur oleh perubahan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP),
meningkat kepada 4.8% pada suku kedua (S1 08: 2.6%). Kadar inflasi yang lebih tinggi pada
suku ini mencerminkan kenaikan harga runcit petrol dan diesel pada 4 Jun 2008 berikutan
penstrukturan semula subsidi, di samping harga makanan yang meningkat. Harga bahan api dan
makanan meningkat berikutan harga komoditi dan tenaga global yang lebih tinggi. Inflasi
dijangka kekal tinggi mulai bulan Jun 2008, sebelum menjadi sederhana menjelang pertengahan
tahun 2009.

Dalam sektor luaran, imbangan perdagangan mencatat lebihan tertinggi sebanyak


RM40.8 bilion pada suku kedua (S1 08: RM26.8 bilion), hasil daripada eksport komoditi dan
eksport perkilangan berasaskan sumber yang kukuh. Eksport kasar pula mencatat peningkatan
yang memberangsangkan sebanyak 20.8%, terutamanya disebabkan oleh pertumbuhan kukuh
eksport pertanian dan mineral yang berterusan. Kedua-dua eksport tersebut khususnya mendapat
manfaat daripada harga komoditi yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, eksport perkilangan
juga meningkat (+12.3%; S1 08: -1.9%), disokong oleh kenaikan harga keluaran berasaskan
sumber dan separa konduktor.

Import kasar meningkat 9.8% pada suku kedua, mencerminkan pertumbuhan lebih kukuh
dalam semua kategori import. Import barangan pengantara meningkat 10.2% sejajar dengan
eksport perkilangan yang lebih tinggi. Aktiviti pelaburan yang berterusan mendorong permintaan
yang lebih tinggi terhadap import barangan modal. Pertumbuhan import barangan penggunaan
yang kukuh sebanyak 21.1% sebahagian besarnya mencerminkan aktiviti penggunaan yang
berterusan dan harga makanan dan minuman diproses yang tinggi.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM410.9 bilion (bersamaan


dengan USD125.8 bilion) pada 30 Jun 2008. Rizab berjumlah RM403.9 bilion (bersamaan

3
dengan USD123.7 bilion) pada 15 Ogos 2008. Kedudukan rizab ini memadai untuk membiayai
9.7 bulan import tertangguh dan ialah 5 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Persekitaran ekonomi dan kewangan antarabangsa dijangka menjadi lebih mencabar pada
masa hadapan. Pertumbuhan global diunjurkan semakin lembap dengan beberapa ekonomi maju
dijangka mengalami kelembapan yang berlarutan dan ekonomi sedang pesat membangun
menghadapi sedikit penyederhanaan. Walaupun harga komoditi dan tenaga telah mengalami
sedikit penyelarasan berikutan tanda-tanda pertumbuhan global yang lebih perlahan, harga masih
pada paras yang tinggi. Sementara itu, pasaran kewangan antarabangsa terus lembap.

Ekonomi dalam negeri dijangka terjejas oleh kesemua perkembangan di luar negara
tersebut. Di samping itu, kesan kenaikan harga dan kos komoditi dan bahan api akan terus
memberikan kesan deflasi terhadap permintaan dalam negeri, selain mempengaruhi sentimen
pengguna dan perniagaan. Walaupun terdapat tanda-tanda pertumbuhan semakin sederhana,
dengan asas ekonomi yang teguh dan sektor perbankan yang berdaya tahan, ekonomi Malaysia
berpotensi untuk terus mencatat pertumbuhan yang kukuh.

Malaysia merupakan antara negara membangun termaju hari ini. Banyak projek
pembangunan telah dilaksanakan di negara ini dan ia telah mendapat pengiktirafan daripada
pelbagai pihak. Kepesatan pembangunan yang berlaku di negara ini sebenarnya adalah ekoran
perancangan menyeluruh yang telah diambil oleh pihak kerajaan di bawah pemerintahan Barisan
Nasional (BN) terutamanya dalam bidang ekonomi. Secara langsung, langkah kerajaan ini telah
banyak menyumbang kepada kemajuan negara. Kestabilan ekonomi dan politik yang dikecapi,
Malaysia kini telah menarik ramai pelabur asing untuk melabur di negara ini.

4
Soalan (a):

Kos melepas adalah pilihan penggunaan yang terpaksa dilepaskan. Definisi yang sesuai
bagi kos melepas adalah nilai faedah yang boleh diperolehi daripada pengeluaran atau
penggunaan sesuatu barang lain tetapi terpaksa dilepaskan bagi mengeluarkan atau menggunakan
sesuatu barang yg lain.

Contoh: 3 tahun belajar di Politeknik untuk mendapatkan diploma bagi pelajar akan
menimbulkan kos melepas, mungkin kalau mereka bekerja di kilang/firma, mereka mendapat
pendapatan yang lumayan tetapi sekiranya dalam tempoh ini mereka mengganggur beliau tidak
mengalami kos melepas.

Masalah pilihan akan menyebabkan kos melepas . Kos melepas bermaksud barangan
kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barangan yang terbaik . Kos lepas
timbul akibat daripada faktor-faktor pengeluaran yang terhad .

5
Barang
X

 H
.B

C
0 Barang Y

Kekurangan di tunjukkan oleh sebarang kombinasi yang berada di luar Keluk


Kemungkinan Keluaran (KKP). Misalnya, titik H , merupakan kombinasi keluaran yang tidak
boleh di capai kerana faktor-faktor pengeluaran yang tidak mencukupi.

Pilihan di tunjukan oleh pergerakkan di sepanjang KKP yang merupakan pilihan


kecekapan. Konsep kecekapan merujuk kepada kecekapan teknologi dan ekonomi. Contohnya
dari titik A ke B.

Masyarakat boleh memilih sama ada hanya menghasilkan satu barang sahaja seperti
kombinasi A, atau C.ataupun kombinasi 2 barang seperti titik B. Pilihan masyarakat ini adalah
penting untuk menentukan corak pertumbuhan ekonomi pada masa depan.

Kecekapan teknologi merujuk kepada penggunaan faktor pengeluaran yang dimiliki bagi
menghasilkan output yang paling maksimum tanpa sebarang pembaziran. Masyarakat atau
ekonomi dikatakan mencapai kecekapan teknologi jika ia menghasilkan output yang maksimum
dengan menggunakan faktor pengeluaran yang minimum. Kecekapan ekonomi melibatkan
kecekapan dalam:

6
 pemilihan barang yang hendak dikeluarkan .
 pemilihan faktor pengeluaran
 pengagihan faktor pengeluaran yang terhad.

Pengagihan hasil yang dikeluarkan kepada pengguna. Kecekapan ekonomi tercapai


apabila barang yang paling penting dan sesuai telah dipilih untuk dikeluarkan dengan cara
pengeluaran yang paling murah dan cekap. Masyarakat yang mengeluarkan kombinasi barangan
di atas KKP dikatakan telah mencapai kecekapan teknologi dan ekonomi kerana:
 Mencapai guna tenaga penuh.
 Pengangguran dihapuskan.
 Pengeluaran maksimum dengan kos yang minima.

Masalah ekonomi akan timbul akibat daripada kehendak manusia yang tidak terhad
berbanding dengan faktor-faktor pengeluaran yang terhad. Kehendak manusia yang tidak terhad
dan sentiasa melebihi apa yang dapat diciptakan oleh faktor-faktor pengeluaran akan
mewujudkan tiga masalah asas ekonomi iaitu :-

Apakah jenis  Masalah ini sangat berkaitan dengan konsep kos lepas. Ini kerana
barang yang harus ia melibatkan pemilihan antara dua barang yang hendak
dikeluarkan. dikeluarkan.
 Oleh itu masyarakat terpaksa menentukan jenis barang yang
hendak dikeluarkan dan jenis barang yang sanggup dilepaskan
pada suatu ketika.
 Ini disebabkan oleh ketidakmampuan sumber-sumber ekonomi
yang sedia ada untuk memenuhi kehendak kehendak manusia
yang tidak terhad.
 Selain membuat pilihan tentang jenis barang yang harus
dikeluarkan, masyarakat juga terpaksa menetukan jumlah setiap
jenis barang yang akan dikeluarkan.
 Ini sangat penting kerana semakin banyak sesuatu barang yang

7
dikeluarkan maka semakin kurang barang lain yang dapat
diciptakan

Bagaimanakah cara  Apabila jenis barang yang hendak dikeluarkan telah ditentukan,
hendak masyarakat harus membuat pilihan bagaimana hendak
mengeluarkan mengeluarkannya.
barang tersebut ?  Biasanya terdapat beberapa cara samaada dengan cara
pengeluaran yang berintensifkan buruh atau berintensifkan
modal dan teknologi.
 Masyarakat juga harus menetukan sumber-sumber gabungan,
sumbr-sumber ekonomi yang harus digunakan untuk
mengeluarkan barang-barang itu.
 Walaubagaimanapun masyarakat akan memilih cara paling cekap
untuk mengeluarkan barang-barang itu supaya kos pengeluaran
diminimumkan.

Untuk siapakah  Masalah seterusnya ialah bagaimanakah barang-barang tersebut


barang-barang itu harus diagihkan kepada pelbagai golongan dalam masyarakat.
dikeluarkan ?  Biasanya ia diselesaikan melalui corak pengagihan kekayaan dan
pendapatan.
 Golongan berpendapatan tinggi cenderung menikmati lebih
banyak barang berbanding golongan yang berpendapatan
rendah.Untuk menjamin seluruh masyarakat dapat menikmati
barag-barang tersebut satu system pengagihan pendapatan yang
optimum harus diperkenalkan oleh sesebuah kerajaan.

Masalah-masalah asas ekonomi dihadapi oleh setiap masyarakat tetapi penyelesaiannya


berbeza-beza antara sistem-sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara
Soalan (b):

8
Kerajaan tidak campur tangan dalam ekonomi individu dan sector swasta bebas
menjalankan kegiatan ekonomi. Sistem ini berfungsi dibwah makanisme harga , melalui
perubahan harga pasaran, masalah lebihan permintaan dan lebihan penawaran diatasi. Harga
keseimbangan pasaran keluaran dan faktor tercapai apabila permintaan sama dengan penawaran.
Masalah asas ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga.

Individu dibenarkan memiliki harta dan harta yang dimiliki itu boleh diwarisi. Dengan
perkataan lain individu berhak memiliki dan menggunakan sumber ekonomi. Kebebasan
berusaha iaitu :-
 Individu bebas mamilih pekerjaan tertakluk kepada undang-undang masyarakat.
 Individu bebas menggunakan harta dan asset sendiri.
 Pengusaha bebas menjalankn sebarang jenis perniagaan.

Persaingan bebas diantara firma-firma, pekerja dan para pengguna. Kebebasan


penggunaan, iaitu individu bebas membeli barang mengikut citarasa dan kemampuannya.
Sebagai akibat kegiatan permintaan dan penawaran, ekonomi tersebut dapat menentukan jenis,
kuantiti, harga barang yang dikehendaki masyarakat, ini adalah kerana bila permintaan barang
dan perkhidmatan bertambah maka sektor firma akan meminta lebih banyak faktor-faktor
pengeluaran dari sektor isi rumah.

Masalah apa yang dikeluarkan dan berapa banyak yang dapat diselesaikan oleh
mekanisme pasaran melalui kuasa permintaan dan penawaran. Soalan bagaimana hendak
dikeluarkan adalah ditentukan oleh persaingan diantara pengeluar. Oleh sebab tujuan pengeluar
ialah memaksimumkan keuntungan maka mereka akan memilih kaedah pengeluaran yang paling
cekap dengan kos pengeluaran yang paling rendah. Soalan tentang untuk siapa barang-barang
dan perkhidmatan dikeluarkan adalah ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Semakinkaya
seseorang individu semakin besar kuasa belinya keatas barang dan perkhidmatan.

Kebaikan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas:

9
i. Pasar memberi maklumat yamg tepat kepada pengeluar.
 Para pengeluar melakukan kegiatan pengeluaran dengan tujuan untuk mencari
keuntungan. Maka mereka harus pilih jenis barangan yang dapat dihasilkan secara
menguntungkan. Dalam hal ini, pasar memberikan maklumat yang tepat tentang jumlah
permintaan dan harga pelbagai jenis barang.

ii. Pasar menggalakkan penggunaan barangan dan faktor pengeluaran secara cekap.
 Harga sesuatu barang dalam pasaran bebas ditentukan oleh kuasa permintaan dan
penawaran. Semakin tinggi permintaan atau semakin rendah penawaran akan
menyebabkan semakin tinggi harga.

iii. Pasar memberikan kebebasan yang luas kepada anggota masyarakat melakukan
kegiatan ekonomi.
 Individu bebas membeli faktor pengeluaran kepada pengeluar dan mereka juga bebas
membeli barang yang mereka kehendaki. Para pengeluar juga bebas memilih faktor
pengeluar yang dikehendaki untuk menghasilkan barang yang dipilihnya.

iv. Pasar menggalakkan perkembangan teknologi dan inovasi.


 Untuk menandakan pengeluaran dan keuntungan para pengeluar digalakkan untuk
menggunakan teknologi yang lebih moden dan teknik serta pengurusan yang lebih cekap.

Keburukan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas:

i. Naik turun yang hebat dalam kegiatan ekonomi.


 Pada masa tertentu inflasi akan berlaku tetapi pada masa berikut penguguran akan
terjadi. Ketidakstabilan ekonomi ini akan menyebabkan kerugian yang besar kepada
masyarakat.

ii. Kebebasan yang luas menyebabkan kerugian golongan tertentu.

10
 Sistem ekonomi ini membawa kerugian kepada golongan yang lemah dan minority
persaingan yang hebat menyebabkan firma besar menghalang firma kecil untuk
berkembang dan golongan kaya menindas golongan miskin.

iii. Gagal menyediakan barangan mewah.


 Barangan awam adalah barangan dan perkhidmatan yang harus ditawarkan kepada semua
orang. Contohnya seperti pertahanan negara, perkhidmatan polis, pembinaan jalanraya
dan sebagainya.

iv. Menyebabkan kesan luar yang merugikan.


 Kesan luar yang wujud dalam sistem ini ialah pencemaran udara, kesesakkan lalulintas
dan lain-lain.Kesan ini menjelaskan perbezaan antara keuntungan perseorangan dan
social. Contohnya proses pengeluaran untuk memaksimunkan keuntungan
mengakibatkan pencemaran maka keuntungan perseorangan adalah positif tetapi
keuntungan social adalah negative yang merugikan.

v. Menggalakan kuasa monopoli.


 Sistem ini akan menggalakkan firma besar menguasai pasaran dan dapat keuntungan
yang besar. Contoh, beberapa perusahaan raksasa di A.Syarikat dan Jepun menguasai
pasaran dan mempunyai kuasa yang besar dipasaran dalam menentukan harga dan jenis
barang yang ditawarkan. Kadangkala kuasa monopoli mereka dalam ekonomi dapar
mempengaruhi keputusan politik yang dibuat oleh kerajaan.

11
Soalan (c):

Permintaan boleh didefinisikan sebagai keinginan dan kesanggupan seseoarang pengguna


untuk mendapat sesuatu barang pada suatu tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu.
Kesanggupan pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang bergantung kepada tingkat harga
barang tersebut. Jika harga barang mahal, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang
sedikit dan sebaliknya jika harga murah, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang
banyak. Ini dinamakan hukum permintaan.

Untuk memahami konsep permintaan dengan lebih jelas lagi, kita boleh gunakan
persamaan permintaan, iaitu:

                       Qdx = a – bP
Di mana,       Qdx = kuantiti barang x yang diminta

                            a = kuantiti barang x yang diperolehi ketika harga sifar.

                            b  = kecerunan keluk permintaan.

                            P = harga barang.

12
Contoh persamaan permintaan ialah Qdx = 10 – 2P. Dengan menggantikan nilai Qdx dan
P kita dapat membentuk jadual permintaan, yang menunjukkan hubungan di antara harga barang
dengan kuantiti barang yang diminta. Hubungan ini juga dapat ditunjukkan melalui gambar rajah
yang dipanggil keluk permintaan.

Keluk permintaan mempunyai cerun yang negatif, iaitu ia mencerun dari kiri ke kanan.
Ada beberapa sebab mengapa ia berbentuk demikian:

a) kesan penggantian.
b) kesan pendapatan benar.
c) utiliti sut berkurangan.

Permintaan individu ialah keinginan dan kesanggupan seorang individu untuk membayar
bagi mendapatkan sesuatu barang. Ia menunjukkan hubungan di antara tingkat harga dengan
kuantiti barang yang diminta oleh seorang pengguna. Hubungan ini dapat ditunjukkan melalui
keluk permintaan individu. 

Permintaan pasaran pula menunjukkan keinginan dan kesanggupan membayar oleh


beberapa orang pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang di pasaran. Hubungan ini juga
dapat ditunjukkan melalui keluk permintaan pasaran. 

Untuk melukiskan keluk permintaan pasaran, kita perlu membentukan satu jadual
permintaan pasaran. Jadual ini diperolehi dengan menggabungkan kuantiti barang yang diminta
oleh beberapa orang pengguna untuk mendapatkan suatu barang pada suatu tingkat harga.
Contoh jadual adalah seperti berikut:

13
Jadual 1: Permintaan individu dan permintaan pasaran

  Harga Permintaan Permintaan individuPermintaan


(RM) individu A (unit) B (unit) pasaran (unit)
50 10 5 15

40 20 15 35

30 30 25 55

20 45 35 80

10 65 45 110

  Dari jadual di atas, keluk permintaan individu dan keluk permintaan pasaran dapat dilukiskan
seperti berikut: 

Rajah 2: Permintaan pasaran 

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi permintaan, iaitu:

a) harga barang itu sendiri.              

b) harga barang lain.                        

c) pendapatan

14
d) citarasa

e) penduduk

Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan adalah berbeza di antara satu
dengan lain. Perubahan kuantiti diminta berlaku disebabkan oleh perubahan harga barang itu
sendiri, manakala perubahan permintaan berlaku disebabkan oleh faktor lain selain daripada
faktor harga barang itu sendiri. Ia dapat ditunjukkan dalam ganbar rajah berikut: 

  Rajah 4: Perubahan permintaan


  Rajah  3: Perubahan kuantiti diminta

Selain daripada itu, perubahan kuantiti berlaku pada keluk permintaan yang sama tetapi
pada harga yang berlainan. Perubahan permintaan pula merupakan pergerakan keluk, samada ke
kiri atau ke kanan pada tingkat harga yang sama.

Penawaran adalah kesanggupan pengeluar untuk mengeluarkan sesuatu barang pada


tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Semakin tinggi tingkat harga, semakin banyak barang
yang sanggup dikeluarkan oleh pengeluar. Ini dikenali sebagai ‘Hukum Penawaran’.

15
Hubungan di antara harga barang dengan kuantiti barang yang sanggup ditawarkan oleh
seorang pengeluar dapat ditunjukkan melaui persamaan berikut, iaitu

                    Qsx = a + bP.

Dimana,       Qsx = kuantiti penawaran barang x

                         a = kuantiti penawaran ketika harga adalah sifar.

                         b = kecerunan keluk penawaran.

                         P = tingkat harga.

Contoh persamaan penawaran ialah, Qs = 200 + 3P. Dengan menggantikan nilai Qs dan P
dalam persamaan tersebut kita dapat membentuk satu jadual penawaran. Hubungan antara
tingkat harga dengan kuantiti barang yang ditawarkan dapat juga digambarkan melaui keluk
yang dinamakan sebagai keluk penawaran. 

Penawaran individu ialah kesanggupan seorang pengeluar untuk menawarkan sesuatu


barang pada satu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.  Penawaran pasaran pula ialah,
kesanggupan beberapa orang pengeluar untuk menawarkan sesuatu barang pada satu tingkat
harga. 

Keluk penawaran pasaran diperolehi dengan menjumlahkan kuantiti yang ditawarkan


oleh setiap orang pengeluar secara mendatar pada suatu tingkat harga. Faktor yang
mempengaruhi penawaran adalah seperti berikut:

a) harga barang itu sendiri              

b) harga barang lain                

c) kos input                                        

16
d) matlamat pengeluar                    

e) teknologi

f)  dasar kerajaan

g) jangka masa

h) bilangan pengeluar 

Perubahan kuantiti ditawarkan dan perubahan penawaran.

 Rajah  5: Perubahan kuantiti ditawarkan   Rajah  6: Perubahan penawaran              

   Perubahan kuantiti ditawarkan adalah disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri
dan perubahan kuantiti berlaku pada keluk penawaran yang sama. Manakala perubahan
penawaran adalah disebabkan oleh perubahan faktor-faktor lain yang mempengaruhi penawaran.
Perubahan penawaran merupakan pergerakan keluk penawaran samada ke kiri atau ke kanan
pada tingkat harga yang sama.

17
Keseimbangan pasaran ialah suatu keadaan di mana kuantiti permintaan sama dengan
kuantiti penawaran di pasaran. Keseimbangan pasaran dapat ditentukan melalui jadual, gambar
rajah dan persamaan. Secara jadual keseimbangan pasaran dapat ditentukan apabila jumlah
kuantiti permintaan sama dengan jumlah kuantiti penawaran pada suatu tingkat harga.

Melalui keluk pula, keseimbangan dapat ditentukan apabila keluk permintaan bersilang
dengan keluk panawaran di pasaran pada suatu tingkat harga. Secara persamaan, keseimbangan
pasaran dapat ditentukan dengan menyamakan persamaan permintaan dan persamaan penawaran.

18
Rajah 7: Penentuan keseimbangan secara rajah

Penutup:

Bidang ekonomi ialah satu bidang sains sosial yang mengkaji gelagat individu dan
masyarakat dalam memperuntukkan faktor-faktor pengeluaran yang terhad untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan. Barang dan perkhidmatan ini
boleh dikeluarkan dengan menggunakan faktor-faktor pengeluaran – tanah, tenaga
buruh, modal dan keusahawanan. Bidang ekonomi ini terbahagi kepada dua iaitu mikroekonomi
dan juga makroekonomi.
Kepentingan subjek ini amat besar peranannya dalam menyediakan modal sumber insan
yang berkemampuan menghadapi cabaran arus globalisai yang sentiasa berubah dan kian

19
mencabar. Bidang ekonomi merupakan tunjang kepada kutuhan dan kestabilan sesebuah negara.
Dalam memastikan kepesatan pembangunan Negara tidak terjejas maka usaha untuk
melengkapkan generasi muda negara dengan ilmu serta kepakaran dalam bidang ini amatlah
perlu dititikberatkan.

Matapelajaran ini memberi kefahaman serta melengkapkan pelajar dengan kemahiran


menganalisis ekonomi. Kefahaman mikroekonomi diperlukan untuk membolehkan individu
mahupun organisasi membuat keputusan yang rasional dan menafsir kesan dasar kerajaan.
Kefahaman mikroekonomi merupakan asas kepada pemahaman ekonomi makro ataupun
pengajian mengenai ekonomi secara menyeluruh.

Bibliografi:

http://www.tutor.net.my/tutor/diskusi/index.php?showtopic=2761&mode=threaded

http://www.fssk.ukm.my/prasiswazah/teras%20pusat%20ppspp.pdf

http://www.utusan.com.my/

http://www.lppkn.gov.my/bm/artikel_ogos.pdf

20
http://www.jalantelawi.com/esei-pencerahan.htm

http://edu.joshuatly.com/Downloads/STPM%202008/Sabah%20Excel%202008/Ekonomi
%201%20ans%20Sabah%20STPM%202008%20Excel%20%5Bedu.joshuatly.com%5D.pdf

21

You might also like