APPLY SAFETY REGULATION
DAC 14403 AMALAN TEKNOLOGI PEMBINAAN Page 3
(
A ) PAKAIAN KESELAMATANPakaian yang dipakai semasa amali mestilah kemas,sesuai dan selamat untuk semua amali. Pakaian juga mestilah tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Ini kerana jika pakaian terlalu longgar, ia boleh menyebabkan kemalangan kerana mudah tersangkut pada pada peralatan dan juga mesin, terutamanya pada mesin yang sedang bergerak. Halini akan menyebabkan kecederaan. Pakaian yang terlalu ketat pula menyukarkan pergerakan dan membuatkan pemakai berasa tidak selesa.Bagi pelajar lelaki,rambut mestilah pendek dan kemas. Tali leher hendaklahdisisip kemas ke dalam apron atau baju. Bagi pelajar perempuan yang berambut panjang pula,rambut mestilah diikat supaya tidak tersangkut pada mesin yang sedang berputar.Bagi yang bertudung, sisipkan tudung ke dalam apron atau baju.
Rajah 1.1.1 Pakai pakaian sesuai.