You are on page 1of 8

TEORI PENTAKSIRAN ASAS

Pengukuran adalah proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai
kuantitatif bagi sesuatu ujian pembelajaran dan di nyatakan dalam unit pernomboran
atau peratusan atau gred
.. mengunakan skala ordinal, skala jeda (interval) bagi menentukan kedudukan dan
pencapaian murid di bilik darjah atau tahap yang sama
.. skala ordinal digunakan untuk pangkatan gred atau kedudukan murid mengikut
pencapaian markah
.. skala jeda (interval) mengandungi unit markah yang sama pemberatan dengan nilai
tersendiri dan digunakan untuk membandingkan gred diantara bilik darjah dan lain-lain
 
Dalam erti kata,
 
skala ordinal menentukan kebolehan murid dengan/dan pencapaian
skala Interval merangkumi markah dan gred bagi membandingkan tahap pencapaian di
antara murid di dalam bilik darjah
 
 Pengujian adalah satu cara sistematik bagi mengukur perubahan sikap
individu   (Gagne. R.M, 1965)
Sesuatu ujian adalah untuk mengukur sikap dan tingkahlaku murid terhadap aktiviti yang
diperolehi
… adalah instrumen pengukuran bagi memperolehi maklumat mengenai  pencapaian
murid dalam bidang atau domain kognitif , psikomotor dan afektif
..  adalah perlu untuk menunjukkan aktiviti murid  dalam perubahan tingkahlaku melalui
pemerhatian atau ujian formal
..  bermula dengan peringkat pembinaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat
pemeringkatan
..  bagi memastikan murid menguasai kemahiran tertentu dan memperolehi pengetahuan
yang di berikan
 
Penilaian di definisikan sebagai proses bagi menentukan , mendapatkan dan
menyediakan maklumat berguna untuk tujuan dan matlamat yang di perlukan
Penilaian adalah satu sistem atau proses yang merangkumi aktiviti mendapatkan
maklumat berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan menganalisa dan
menterjemahkan keputusan
Penialain adalah satu proses kualitatif
Penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, analisis dan penterjemahan
 
Tujuan Pengujian
 
        i)            Menentukan perubahan tingkahlaku murid
       ii)            Menentukan pencapaian murid dalam penbelajaran tertentu
     iii)            Menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian
     iv)            Memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran
      v)            Melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat
 
Tujuan Pengukuran
 
        i)      Menempatkan murid ke aliran yang sesuai
       ii)     Membuat penganalisaan, penterjemahan dan kesimpulan bagi kajian tertentu
   iii)  Pensijilan dalam bentuk pencapaian akademik bagi tahap persekolahan tertentu
   iv)  Digunakan sebagai kriteria oleh penguatkuasa tertentu untuk tujuan tertentu
 
Tujuan Penilaian
 
        i)     Mengumpul maklumat mengenai pencapain murid selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
       ii)    Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran
bagi membolehkan aktiviti pengayaan dan
        pemulihan
     iii)    Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi membolehkan
perancangan strategi pengajaran yang
        lebih berkesan
     iv)    Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi
membolehkan aktiviti rujukan dijalankan
        jika diperlukan
      v)    Mentaksir keberkesana pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM
 
Apa itu Pentaksiran ?
 
Pentaksiran adalah dari perkataan Latin yang bermaksud "duduk bersama" dengan
pembelajar dan mengesahkan respon adalah bermaksud dengan apa yang
dimaksudkan !
 
Dalam kebanyakan perancangan pentaksiran kepastian atau kebolehpercayaan
terhadap pentaksiran adalah amat berkurangan.
 
Kebanyakan pentaksiran dikatakan tidak mempunyai nilai "kesahan" dan
"kebolehpercayaan"  
 
Apa Yang Boleh Di Taksir?  Pengetahuan, Sikap, Kemahiran
 
Perancangan Pentaksiran hendaklah :
 
Bebas dari bersifat berat sebelah atau di pengaruhi oleh .... (bias)
Menunjukkan apa yang telah (atau apa yang sepatutnya) di ajar dan dipelajari
Menyediakan maklumat untuk meningkatkan pengajarab (pengajaran dan.atau
kuikulum)
Memaklumkan ketidak sefahaman
 
(Dipetik dari Adapted from Champagne, Lovitts and Calinger (1990).Assessment in the Service of

Instruction. Washington, AAAS.)

 
Mengapa guru atau pendidik perlu tahu mengenai pentaksiran ?
 
Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid
Memantau kemajuan murid
Memberi dan menetapkan penggredan
Menentukan keberkesanan pengajaran
Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan
Menilai guru dan pendidik
Menjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan pembelajaran
 
Terdapat beberapa jenis pentaksiran yang digunakan bagi pentaksiran berasaskan
sekolah
 
Di antaranya adalah pentaksiran formatif, pentaksiran sumatif, pentaksiran kebolehan,
ujian kertas dan pensil, ujian kecergasan, ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria.
 
Pentaksiran Formatif
•          direka bagi tujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai
kemahiran apa yang dipelajari
•          diajalankan secara informal, seperti pemerhatian, soal jawab, pembacaan, kuiz dan
kerja-rumah
•          kesilapan di perbetulkan serta merta
•          boleh digunakan untuk mentaksir kemajuan pembelajaran melalui ujian pensil dan
kertas
•          keputusan ujian dicatatkan dalam rekod kemajuan murid
•          membuat dan mengambil keputusan berikutan seperti menempatkan kumpulan
pelajar mengikut tahap, menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan
 
Oleh itu, pentaksiran formatif adalah untuk membimbing dan memperbaiki pembelajaran
yang termasuklah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan, membimbing pembelajaran,
penempatan dan pemilihan dan mengenalpasti dan mengesan kemajuan potensi        
 
Pentaksiran Sumatif  
•          meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran selepas beberapa unit pembelajaran dan
pengajaran yang  dijalankan ketika sesi persekolahan, pertengahan tahun dan akhir
tahun
•          biasanya ujian pensil dan kertas yang formal atau ujian bertulis
•          digunakan untuk menentukan dan memberi gred
•          digunakan untuk menentukan pencapaian murid dan keputusan ujian boleh
digunakan untuk tujuan mengadakan aktiviti susulan , pemulihan dan pengayaan
•          di catatkan didalam rekod kemajuan murid, untuk membuat pemilihan dan
penempatan ke aliran kumpulan yang sesuai  
•          dijalankan terutamanya untuk menentukan pencapaian dalam kelas dan membuar
perbandingan diantara satu dengan lain
•          dijalankan pada pertengahan tahun, akhir tahun pengajian seperti UPSR, Penilaian
Berasaskan Sekolah (SBE), PMR, SPM dan STPM
•          Menentukan gred mengikut tahap pencapaian dan sijil diberikan
 
Pentaksiran Kemajuan/Pencapaian
 •         digunakan untuk menguji pencapaian dan kebolehan setiap murid dalam keadaan
sebenar
•          digunakan untuk menentukan sejauhmanakah murid tahu dan berupaya melihat
potensi diri
•          dikenali juga dengan nama pentaksiran auntentik
•          e.g. pentaksiran pembangunan
   - mentaksir kemajuan berdasarkan sikap, tingkah laku, personal dan pembangunan
sosial
   - mengunakan skala pemerhatia dan Likert
•        pencapaian berasaskan persampelan pemikiran
 - menghendaki murid menjawab soalan, menyelesaikan masalah, menulis atau
menjalankan sesuatu akitiviti
•     pameran atau persembahan
 - mengunakan dan memerlukan kompetensi murid tentang menunjukkan kebolehan
visual, persembahan , kemahiran atau lisan•  portfolio
 - pencapaian dan kebolehan berterusan berasaskan  koleksi tugasan sebenar, hasilan
lukisan. penulisan, ujian , kuiz
 
Pentaksiran Pensil dan Kertas  
•          melibatkan kemahiran bahasa
•          murid perlu memperolehi kemahiran membaca dan memahami dan kemahiran
menulis
•          kecuali ujian lisan dan persembahan
•          mengunakan kemahiran kognitif
•          e.g. objektif (dalam bentuk jawapan pendek, melengkapkan atau aneka pilihan
(MCQ) dan ujian subjektif (esei terbuka, fakta dan esei terarah)
 
Pentaksiran Kecergasan 
•          digunakan sebagai ujian kebolehan dalam pendidikan jasmani
•          ujian kelajuan bagi mengukuri kepantasan seperti lari 100 meter , Malaysian
Teacher Selection Test (MTest)
•          ujian ketahanan bagi mengukur tahap ketahan dan kecergasan murid pendidikan
jasmani
 
Pentaksiran Pemerhatian 
•          teknik alternatif yang digunakan sebagai penilaian formatif tnkahlaku murid
•          juga digunakan untuk aktiviti pembelajaran, pentaksiran persembahan,  dan akitviti
amali e.g. PE, bengkel
•          kaedah yang digunakan adalah berstruktur (sistematik), tidak berstrukutur (kritikal)
dan pemerhatian separa struktur
•          mengunakan borang atau senarai semak
 
Pentaksiran Rujukan Norma
 
•          Digunakan untuk membandingkan pencapaian individu dengan individu yang lain
atau diantara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain dengan mengunakan
keputusan dari ujian yang sama
•          Sejenis ujian sumatif
•         e.g. PMR, UPSR, SPM, STPM
•          Aras kesukaran ujian ditetapkan pada tahap  25% mudah,50% sederhana dan  25%
sukar
•          ujian rujukan norma menpunyai kekurangan; keputusan ujian tidak mengambarkan
samada murid adalah bersedia untuk bergerak keperingkat lebih tinggi atau lebih
baik
•          ujian rujukan norma juga tidak sesuai untuk mengukur objekif afektif dan psikomotor
e.g. sikap dan nilai adalah bersifat peribadi , oleh itu, membandingkan diantara murid
lain adalah tidak sesuai; untuk mengukur pembelajaran psikomotor satu ketetapan
keterangan adalah perlu untuk membuat penghakiman keatas sesorang individu
•          ujian rujukan norma mengalakkan persaingan dan perbandingan terhadap skoran  
 
                                
 
 
 Pentaksiran Rujukan Kriteria
•          Digunakan untuk menentukan pencapaian individu mengikut kriteria atau piawai
tertentu yang telah ditetapkan dalam sesuatu bidang dan kemahiran pembelajaran
•          Dijalankan selepas sesuatu kemahiran telah di tunjukkan dan keputusannya
digunakan untuk membanding kriteria yang telah ditetapkan sebelumnya
•         eE.g. ketetapan telah ditetapkan bahawasanya murid harus boleh menjawab
sekurang-kurangnya 4 dari 5 soalan dengan betul tetapi jika murid hanya mampu
menjawab 3 sahaja dari 5 soalan maka murid dianggap gagal untuk menguasai
kemahiran yang telah ditetapkan
•          Ujian yang dijalankan atau di tetapkan kepada objektif pembelajaran dipanggil
sebagai ujian berasaskan atau rujukan objektif
•          Merupakan ujian formatif dan oleh itu memerlukan tindakan pemulihan dan
pengayaan
 
Pentaksiran Diagnostik
 
•          Boleh merupakan pentkasiran formatif atau sumatif
•          Digunakan untuk menganalisa dan menterjemah data yang disediakan oleh
pentaksiran formatif dan sumatif
•          Membuat anggaran kekuatan dan kelemahan murid dan guru agar boleh diambil
tindakan selanjutnya
 

 
 
 
 
•          Pengukuran  — melibatkan data sistematik  yang dikumpulkan mengikut
"peraturan" 
•          Pengujian     — satu bentuk pengukuran spesifik
•          Penilaian      — memberikan penghakiman keatas pengumpulan data
•          Pentaksiran — pengintegrasian data kualitatif dan kuantitatif  yang
dikumpulkan untuk menyediakan maklumat mengenai pembelajar, apa yang
diajar dan bagaimana ianya di ajar
 
Pentaksiran  = Pengukuran+ Pengujian  + Penilaian
http://kheru2006.i8.com/Teori_Pengukuran_Asas.htm

You might also like