Proses Asimilasi antara golongan imigran Cina dengan masyarakattempatan dari aspek penyerapan budaya.
Asimilasi merupakan satu proses percampuran kumpulan-kumpulanminoriti ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Kumpulan minoriti akanmempelajari, menyertai, dan mengamalkan cara hidup kumpulan majoriti. Hasildaripada proses percampuran tersebut, kumpulan minoriti akan kehilanganpegangan asal, agama, budaya dan bahasa mereka. Mereka akanmengamalkan kepercayaan, budaya, bahasa, dan agama kumpulan majority.Pada akhir proses asimilasi, akan wujud kelompok yang sama dan seragam.Proses asimilasi ini merupakan satu proses yang sukar dicapai dalammasyarakat Malaysia memandangkan terdapat terlalu banyak jurang perbezaanantara kaum. Tidak mudah untuk kumpulan-kumpulan minority meninggalkanbudaya, bahasa, agama, dan pegangan mereka. Tambahan pula, merekaterpaksa mengamalkan budaya, bahasa, agama dan pegangan kumpulan lain.Namun, di Malaysia proses asimilasi budaya (akulturasi) yang berlaku. Prosesakulturasi merupakan satu proses di mana kumpulan minority mempelajaribudaya kumpulan majority. Hanya aspek budaya sahaja yang diasimilasikan dantidak pada keseluruhan cara hidup. Dengan kata lain, kumpulan minority hanyamempelajari aspek ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral danakhlak, bahasa, undang-undang, adat resam, dan lain-lain kemahiran dalamkumpulan majority.
Add a Comment