Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
69Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Industri Kayu-kayan

Industri Kayu-kayan

Ratings:

4.88

(8)
|Views: 11,739 |Likes:

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Mohd Faizal Bin Yahaya on Aug 20, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
Soalan 3
: Berdasarkan contoh yang sesuai, bincangkan impak industri terhadap pembangunan di negara ini.
1.0 PENDAHULUAN
Industri secara umumnya adalah kelompok perniagaan tertentu yang memiliki teknik dankaedah yang sama dalam menghasilkan keuntungan. Misalnya, industrimuzik , industrikenderaan, industriternak , industri kayu-kayan dan sebagainya. Definisi pembangunanmembawa maksud kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atau di bawah tanah ataumembuat sesuatu perubahan tentang penggunaan sesuatu tanah atau bangunan. Hulme D& Turner. M (1990) pula mendefinisikan pembangunan sebagai memimpin objektif kerajaan-kerajaan iaitu pembangunan adalah sinonim dengan perubahan ekonomi, sosialdan politik. Seers (1977) mendefinisikan pembangunan sebagai merealisasikan potensi personaliti manusia iaitu gabungan daripada tiga matlamat yang khusus. Pertama, jaminan ke atas bekalan keperluan asas. Kedua, kewujudan bidang pekerjaan dan yangketiga adalah sebagai pengurangan ketidakadilan.Menurut Kadt E. D (1974) dalam
Sociology and Development 
, dalammenerangkan pembangunan daripada kaca mata Leninism, Rejim Soviet ini cuba melihat jumlah perubahan ke atas individu-individu kepada keperluan dalam dunia persaingan bagi industri iaitu pembangunan yang berkisar di atas landasan nilai-nilai materialismesecara kuantitatif. Berger G. (1992) telah menyatakan bahawa pembangunan bolehdifahami daripada kebiasaan ekonomi dan bukannya daripada perspektif politik, etika,ideologi atau daripada kriteria-kriteria yang lain. Pembangunan tidak hanya dilihat1
 
daripada faktor-faktor ekonomi iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha tetapi juga lebihkepada perkembangan ekonomi. Kadir H. D. (1996) pula menyatakan bahawa pembangunan adalah satu proses membuka sesuatu yang “berbungkus” iaitu membukaserta mendedahkan apa yang ada di dalam sesuatu “bungkusanitu. Walau bagaimanapun, kadang-kadang ia “membungkus” bukan untuk menyembunyikan tetapiuntuk melindungi dan menjaga. Dalam erti kata yang lain, pembangunan adalah suatu proses mendedahkan “benih” yang berada di dalam sesuatu ke arah perkembangan ataumenggilapkan lagi. Menurut beliau lagi, pembangunan adalah suatu proses membuka danmemperkembangkan roh kemanusiaan, membuka hati manusia, membuka danmendedahkan manusia ke arah kemuncak ketuhanan supaya dapat berkembangsepenuhnya secara beransur-ansur dan ke arah yang lebih baik dalam konteks kehebatanalamiah.
2.0 DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
Strategi Pelan Induk Perindustrian telah mengenal pasti 12 sektor-sektor industri yang patut diberikan penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor tersebut adalah yang berasaskankepada sumber-sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan kepada getah, kelapasawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran-keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan kepadasumber iaitu elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan,logam-logam ferus, tekstil dan pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskankepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan lagi asas industri negara.2
 
3.0 IMPAK INDUSTRI BERASASKAN KAYU
Kayu-kayan merupakan hasil hutan yang penting dan bahan ini telah digunakan untuk  pelbagai tujuan. Ia merupakan bahan api atau bahan bakar yang sudah lama digunakanuntuk keperluan rumah tangga dan juga dalam kilang-kilang. Kira-kira 40% daripada jumlah hutan dunia digunakan sebagai bahan api. Kebanyakan negara di kawasan tropikamempunyai kadar penggunaan balak yang tinggi sebagai bahan api yang diperolehidaripada hutan-hutan semulajadi. Negara-negara yang menjalankan sektor perhutananseperti Sweden, Kanada dan Finland telah menyumbangkan sejumlah wang yang besar daripada pertukaran wang asing negara-negara tersebut.Sektor perhutanan dan kayu-kayan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sosio ekonomi di Malaysia. Sumber-sumber bekalan kayu-kayan telahmemberi sumbangan yang besar terhadap pertambahan pendapatan tukaran wang asing, pertumbuhan KDNK, hasil kerajaan dan peluang pekerjaan. Malaysia adalah negara pengeksport utama kayu keras dunia. Kayu-kayu ini banyak dieksport ke Jepun, KoreaSelatan, Taiwan, India, Eropah dan Asia Barat. Jenis-jenis kayu keras yang berharga dinegara ini adalah termasuk meranti, cengal, kapur keriung, nyatuh dan bakau.Pada tahun 2004, eksport produk-produk berasaskan kayu adalah berjumlahRM19.8 bilion (US$5.2 bilion), iaitu pertambahan sebanyak 18.9% yang melebihi tahun2003 iaitu sebanyak RM16.6 bilion. Produk-produk utama yang dieksport adalah seperti papan lapis (RM5.6 bilion), perabot (RM5.5 bilion), pertukangan kayu dan tanggam pembina (RM1.1 bilion) dan papan gentian (RM1 bilion).3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->