You are on page 1of 5

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

APA ITU RMT?

Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang


murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Ianya bermaksud untuk
memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan
hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan
usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut.

Murid berstatus “Warganegara Malaysia“ dan daripada keluarga berpendapatan di bawah


paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai
program ini.

SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 7 TAHUN 2002


RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH

1. TUJUAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara penyaluran
bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ke Sekolah Rendah oleh Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN)

2. LATAR BELAKANG

2.1 Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan membantu
meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid sekolah rendah. Program ini yang
pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan pelaksanaan
menurut pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran pada tahun 1979.

2.2 Sejumlah 532,500 murid sekolah rendah daripada “golongan termiskin” (keluarga yang
berpendapatan kurang RM400.00 sebulan atau RM80.00 per kapita) menerima bantuan ini
secara makanan tambahan dan minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari pertama
persekolahan pada setiap tahun. Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20 sehari bagi
negeri-negeri di Semenanjung dan RM1.35 sehari bagi murid di Sabah dan Sarawak.
Jumlah peruntukan semasa yang disediakan berasaskan kepada jumlah murid dan kadar
tersebut adalah RM 123,647,250.00 setahun.

2.3 Bahagian Sekolah telah menyediakan senarai menu makanan tambahan dan sekolah-
sekolah dibenarkan mengambilkira kemampuan dan kesesuaian dengan keadaan tempatan
bagi menyediakan makanan bagi murid-murid yang terlibat.

2.4 Satu kajian tentang penyaluran peruntukan RMT kepada sekolah telah diadakan oleh
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan
Perdana Menteri. Hasil kajian yang dikeluarkan pada bulan Jun 2002 telah melaporkan
bahawa penyaluran peruntukan oleh JPN kepada sekolah adalah terlalu lewat kerana
sekolah perlu membuat tuntutan sebelum bantuan RMT diberikan. MAMPU mengesyorkan
bahawa penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat terus kepada sekolah berasaskan
kepada rekod jumlah murid yang layak pada tahun semasa, tanpa tuntutan daripada

Rancangan Makanan Tanbahan (RMT) | Oleh: Gamtis @ Francis Luntid, Jaggil 1


Apak, Jonias Sulindap, So Sui Gum & Stevon Luntid
sekolah. Dengan cara ini program RMT boleh dimulakan lebih awal dan pada hari pertama
persekolahan.

3. PROSEDUR PEMBAYARAN

Bagi melaksanakan syor yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU prosedur pembayaran
bantuan RMT telah diseragamkan dan penyelenggaraan program RMT hendaklah diawasi
oleh Penyelia Kesihatan di JPN. Prosedur pembayaran yang ditetapkan adalah
seperti berikut:

3.1 Jumlah murid yang sedang menerima bantuan RMT pada 1 Oktober tahun semasa di
setiap sekolah rendah akan menjadi asas perkiraan untuk membayar bantuan RMT bagi
tahun 2003.

3.2 Bagi tahun-tahun berikutnya, perkiraan jumlah penerima bantuan hendaklah dikemaskini
dengan mengambil kira kemasukan murid baru ke tahun satu dan jumlah murid tahun enam
yang tamat sekolah, berserta dengan pertambahan murid bagi sekolah-sekolah yang baru
dibuka.

3.3 Kod dan nama sekolah berserta dengan jumlah penerima bantuan hendaklah
dikemukakan oleh Penyelia Kesihatan dengan menggunakan Format A kepada Unit
Pengurusan Kewangan di JPN sebelum 30 November untuk bayaran secara berkomputer
melalui sistem e-PCG terus kepada akaun kerajaan sekolah-sekolah yang terlibat. Bagi
negeri Sabah dan Sarawak pembayaran hendaklah dibuat secara waran peruntukan kepada
Pejabat Pendidikan Daerah negeri masing-masing.

3.4 Penyelia Kesihatan di JPN hendaklah menyampaikan rekod pengagihan peruntukan


RMT di sekolah sehingga 31hb. Januari tahun berkenaan kepada Bahagian Sekolah.
Bahagian Sekolah pula akan menyediakan laporan pengagihan mengikut negeri kepada
Bahagian Kewangan.

4. PEMATUHAN

Sebarang kelewatan pengagihan peruntukan akan dilaporkan dalam Jawatankuasa


Pengurusan Kewangan dan Akaun di peringkat Kementerian Pendidikan untuk tindakan
yang sewajarnya. Setiap JPN hendaklah menyimpan rekod perbelanjaan peruntukan RMT
dan mempastikan peruntukan ini digunakan sepenuhnya.

Objektif RMT
1. Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama
dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat
sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang
selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
2. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid
yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan
badan dan kekurangan tenaga.
3. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung
dan secara tidak langsung.

Rancangan Makanan Tanbahan (RMT) | Oleh: Gamtis @ Francis Luntid, Jaggil 2


Apak, Jonias Sulindap, So Sui Gum & Stevon Luntid
4. Untuk mengendalikan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan yang
diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam
sekitar.
5. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha
sekolah mengelolakan RMT.

SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2 TAHUN 2008


RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DI SEKOLAH RENDAH

KADAR TUNTUTAN

Mulai Mac tahun 2007, sekolah layak memohon peruntukan RMT mengikut kadar baru
seperti berikut :-

NEGERI KADAR SEDIA ADA KADAR BARU


(RM) (RM)
Semenanjung 1.20 1.80
Sabah, Sarawak dan WP Labuan 1.35 2.05

Berdasarkan bilangan murid yang layak, sekolah menerima bantuan ini bagi tempoh 190
hari mulai hari pertama persekolahan bagi setiap tahun.

PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN

Permohonan peruntukan RMT tahun semasa adalah berdasarkan bilangan murid yang layak
pada 1 Oktober tahun sebelumnya.

Permohonan RMT dikemukakan oleh sekolah kepada JPN/ PPG/ PPD berdasarkan Buku
Panduan RMT di sekolah tahun 2002.

Keperluan peruntukan RMT hendaklah dikemukakan oleh JPN kepada Bahagian Kewangan
sebelum 30 November tahun sebelumnya.

Agihan pertama 80% disalurkan oleh Bahagian Kewangan kepada JPN pada bulan Januari.
JPN mengagihkan peruntukan RMT terus ke sekolah yang melaksanakan sistem geran
dalam tempoh 2 minggu selepas waran diterima. Sekolah mengakaunkan di bawah lajur
pelbagai dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dan menyelenggara Akaun
Subsidiari RMT.

Sekolah yang belum melaksanakan sistrem geran, JPN mengagihkan peruntukan RMT ke
PPG/ PPD/ PPDk dalam tempoh 2 minggu selepas geran diterima. PPG/ PPD/ PPDk
hendaklah mengakaunkan di bawah lajur RMT dalam Buku Tunai Akaun Khas PPG/ PPD/
PPDk.

Peruntukan yang diagihkan hanya boleh digunakan untuk bayaran kepada pengusaha/
pembekal makanan RMT sahaja.

Rancangan Makanan Tanbahan (RMT) | Oleh: Gamtis @ Francis Luntid, Jaggil 3


Apak, Jonias Sulindap, So Sui Gum & Stevon Luntid
PENYELARASAN PERUNTUKAN KEWANGAN

Sekolah yang mempunyai pertambahan murid yang layak RMT boleh memohon peruntukan
tambahan kepada JPN (sekolah yang melaksanakan sistem geran) atau melalui PPG/ PPD/
PPDk (sekolah yang belum melaksanakan sistem geran) sebelum 30 April.

JPN mengemukakan permohonan peruntukan tambahan kepada Bahagian Kewangan


dalam tempoh 2 minggu selepas 30 April.

Jika berlaku pengurangan murid yang layak mendapat RMT atau sekolah mempunyai
lebihan peruntukan RMT, pihak sekolah/PPG/PPD/PPDk dikehendaki memulangkan lebihan
peruntukan kepada Bahagian Kewangan melalui JPN sebelum 30 Oktober tahun semasa.

PELAKSANAAN RMT DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2010


(rujukan : surat KPM Bahagian Kewangan bertarikh 1 Julai 2010)

Penurunan waran peruntukan diagihkan bagi jumlah 190 hari persekolahan. Agihan Januari
bagi 110 hari dan agihan Julai bagi 80 hari (Julai)

BERITA HARIAN BERTARIKH 07 JULAI 2010.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak membuat pengurangan jumlah hari dan
peruntukan bagi Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk tahun 2010 iaitu
selama 190 hari persekolahan.

Peruntukan pertama sebanyak RM138,900,000.00 diagihkan kepada semua Jabatan


Pelajaran Negeri (JPN) di semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) bagi Negeri Sabah dan Sarawak pada 7 Januari 2010. Peruntukan
ini adalah mencukupi bagi menampung perbelanjaan RMT untuk tempoh 110 hari
persekolahan.

Peruntukan kedua RMT sebanyak RM99,032,268.00 telah diturunkan kepada semua JPN di
Semenanjung dan PPD di Sabah dan Sarawak pada 8 Julai 2010. Jumlah peruntukan
tambahan RMT ini diturunkan berdasarkan kepada maklumat keperluan yang diberikan oleh
semua JPN bagi menampung keperluan RMT untuk 80 hari persekolahan seterusnya.

Contoh Kajian Berkaitan RMT

PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR TERHADAP RANCANGAN MAKANAN


TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH KEBANGSAAN.
NOR IZWANI BINTI DAUD
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008

Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi ibu bapa pelajar terhadap Rancangan Makanan
Tambahan (RMT). Hasil kajian menunjukkan persepsi ibu bapa pelajar terhadap RMT bagi
aspek yang dikaji adalah tinggi iaitu dengan min 4.02. Didapati majoriti ibu bapa pelajar
bersetuju supaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan.

Rancangan Makanan Tanbahan (RMT) | Oleh: Gamtis @ Francis Luntid, Jaggil 4


Apak, Jonias Sulindap, So Sui Gum & Stevon Luntid
JENIS BANTUAN PERSEKOLAHAN PERBELANJAAN ANGGARAN BIL. PERUNTUKAN
2008 MURID 2009
(RM’ 000) MENDAPAT (RM’ 000)
FAEDAH
2009
(ORANG)
Elaun Murid Berkeperluan Khas (OKU) 22,200 40,000 72,000
(Peruntukan 2009 meningkat disebabkan
kenaikan kadar RM50 sebulan kepada RM150
sebulan)
Bantuan Geran Perkapita (PCG) 739,200 6,382,020 740,400

Bantuan Makanan Prasekolah 50,500 147,893 53,100


Bantuan Makanan Asrama 977,400 419,453 1,000,000
Yuran Khas Sekolah (YKS) 35,000 5, 942, 027 42,000
Bantuan Kokurikulum Ke Sekolah 81,400 6,382,020 79,800

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 243,500 771,506 270,400

Program Susu Sekolah (PSS) 20,400 621,773 27,400


Skim Bantuan Tuisyen (SBT) 242,400 478,778 245,700
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 123,700 6,382,020 180,000

Bantuan Jaket Keselamatan 2,411 17,000 1,375


Yuran Peperiksaan Awam 209,507 1,510,157 219,982

JUMLAH KESELURUHAN 3,608,618 3,618,197

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia: Bantuan Persekolahan

Rancangan Makanan Tanbahan (RMT) | Oleh: Gamtis @ Francis Luntid, Jaggil 5


Apak, Jonias Sulindap, So Sui Gum & Stevon Luntid

You might also like