You are on page 1of 33

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim……

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala
pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, keluarga para sahabat serta para tabi’in.
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan dengan izinnya, akhirnya saya
dapat menyiapkan tugasan Tamadun Islam dan Aisa Tenggara (TITAS) dalam
tempoh yang ditetapkan. Dalam tugasan ini, saya membincangkan secara lebih
mendalam mengenai Tamadun Islam mengikut teori, ciri-cirinya, objektifnya,
matlamatnya, prinsipnya dan sumbernya. Tugasan juga meliputi kesan globalisasi di
Malaysia dari sudut kekeluargaan, pemakaian, pemakanan dan juga media massa
dama ada media elektronik mahupun media cetak. Tidak ketinggalan juga, saya turut
menghuraikan mengenai konsep Islam Hadari dari segi keimanan dan ketakwaan
kepada Allah dan juga keutuhan budaya dan moral.

Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima


kasih kepada Ustaz Mat Idris bin Zainalabidin selaku pensyarah pembimbing
Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS). Sesungguhnya beliau banyak
membantu saya dalam proses menyiapkan penulisan yang terbaik. Beliau juga
memberi komitmen yang sepenuhnya tehadap penulisan ini dan banyak memberi
nasihat, bimbingan, tunjuk ajar serta teguran yang membina supaya saya dapat
menghasilkan kerja yang terbaik.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan rakan-rakan
kerana memberi sokongan secara tidak langsung kepada saya ketika menyiapkan
tugasan ini. Akhir sekali, sekalung apresiasi kepada semua pihak yang terlibat dalam
menyiapkan tugasan ini kerana banyak membantu saya dari segi mendapatkan
bahan-bahan rujukan sepanjang kerja ini dijalankan.

Justeru, saya mendoakan agar kesemuanya memperolehi kejayaan yang


cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. Sekian. Terima kasih.

1
1.0 PENGENALAN

Tamadun Islam lahir di Makkah pada tahun 610M, serentak dengan kelahiran
agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Allah. Nabi
Muhammad saw berpindah ke Madinah pada tahun 623M. Di sana, tertubuhnya
sebuah Kerajaan Islam yang dipimpin oleh baginda. Kerajaan Islam inilah yang telah
menjadi pendorong dan sebab berkembangnya Tamadun Islam. Tamadun Parsi,
Tamadun India, Tamadun Yunani, Tamadun Mesir dan Tamadun Romawi banyak
mempengaruhi Tamadun Islam yang baru lahir. Skop Tamadun Islam berpusatkan
rohani dan juga jasmani. Dari segi rohani, pembinaan jati diri muslim berasaskan
akidah yang betul dan akhlak yang mulia. Dari segi jasmani pula, pelaksanaan tugas
khalifah memakmurkan dunia berlandaskan syariah dan sifat takwa kepada Allah.
Rumusannya, Tamadun Islam merupakan kemajuan atau pencapaian tertinggi umat
Islam dalam pelbagai bidang kehidupan yang tidak terkeluar daripada batas-batas
syariah dan akhlak Islam. Jadi, Tamadun Islam yang sedari lahirnya sehingga masa
kini seharusnya boleh diterima dari zaman ke zaman dengan ketentuan yang telah di
tetapkan olah ilahi. Namun, kepincangan yang berlaku amat mengecewakan. Hal ini
akan dibincangkan dalam topik 2.0.

1.1 DEFINISI TAMADUN ISLAM

Pelbagai terminologi yang pernah digunakan berkaitan dengan pengertian


tamadun. Hal ini boleh dilihat melalui penggunaannya dalam bahasa-bahasa seperti
Bahasa Inggeris. Pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa
Inggeris berkaitan dengan pengertian tamadun seperti culture, renaissance,
enlightment dan civilization. Dari segi Bahasa Arab sama juga seperti Bahasa
Inggeris, pelbagai terminologi pernah digunakan dalam Bahasa Arab berkaitan
dengan pengertian tamadun. Antaranya ialah al-‘umran, al-bunyan, ath-thaqafah, al-
hadharah, al-madaniyyah dan at-tamaddun. Dalam Bahasa Melayu pula, antara
terminologi yang pernah digunakan ialah kebudayaan, peradaban, tamadun dan
madani. Apabila lahir terminologi al-tamaddun dalam bahasa Arab, maka lahirlah
terjemahannya dalam Bahasa Inggeris iaitu civilization. Bahasa Melayu meminjam
terminologi Arab menjadi tamadun dengan pengguguran satu ‘d’ dan terminologi
yang terakhir inilah yang popular dan dominan penggunaannya dalam bahasa Arab,
Inggeris dan Melayu pada masa kini. Menjelang tahun 1990-an, Bahasa Melayu

2
mula menggunakan terminologi baharu iaitu “madani” sebagai tambahan kepada
terminologi “tamadun”. Ia juga merupakan pinjaman daripada terminologi Arab iaitu
al-madaniah yang diperkenalkan oleh al-Farabi dalam abad ke-11 Masihi yang lalu
seperti mana yang terdapat dalam kitabnya As Siyasah al-Madaniyah. Dr.
Muhammad Baki mengatakan bahawa tamadun ialah segala usaha dan daya cipta
yang membayangkan secara khusus daripada manusia dengan menggunakan akal,
perasaan dan tingkah laku. Syed Muhammad Naqiub al-Attas menurut pendapatnya
tamadun ialah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai
taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya. Abu
Bakar Hamzah pula menyatakan tamadun ialah sesuatu yang lahir dan kembang
bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan- perkembangan
yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun
yang berupa sekala (material). Ibnu Khaldun menyatakan bahawa Tamadun Islam
ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan dan proses
perubahan cara hidup manusia menjadi semakin sempurna, cekap dan berkesan.
Dipetik dari nota kuliah.

1.2 CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam merupakan tamadun yang bersifat kewahyuan. Ianya


bersumberkan anjuran-anjuran al-Quran dan Sunah Rasulullah saw. Penggunaan
wahyu penting terutama dalam menentukan prinsip dan nilai. Dalam Tamadun Islam
bukan hanya sesuatu yang lahir dari akal atau nafsu semata-mata tapi di bawah
bimbingan wahyu. Justeru itu, prinsip dan dasar tamadun Islam bersifat tetap kerana
penentu nilainya iaitu al-Quran dan al-Sunnah bersifat tetap.

Seterusnya, Tamadun Islam berorientasikan kemanusiaan. Hal ini dapat dilihat


bagaimana ianya menfokuskan kepada dalaman seseorang individu manusia
tersebut yang ingin ‘ditamadunkan’ terlebih dahulu sebelum melihat kepada unsur-
unsur diluar diri manusia tersebut. Oleh itu, tumpuan utama pembangunan dalam
Islam adalah untuk membina individu yang sepadu dari segi roh, akal dan jasad yang
akhirnya bukan sahaj membentuk diri yang seimbang juga membangunkan keluarga,
masyarakat dan negara yang sihat. Walaubagaimanapun, aspek-aspek luaran juga
dianggap penting untuk mensejahterakan kehidupan manusia dan memenuhi tututan
fitrah manusia yang inginkan keduniaan.

3
Selain itu, Tamadun Islam merupakan tamadun yang seimbang dan sepadu.
Islam menghormati kecenderungan dan fitrah manusia. Anjuran ini jelas apabila
Islam bukan hanya menekankan kerohanian semata-mata tetapi unsur kerohanian di
ambil kira tanpa menyisihkan unsur kebendaan. Keseimbangan dan kesepaduannya
dapat dilihat dari sudut kepercayaan, ibadah, kerohanian dan kebendaan, individu
dan masyarakat serta batas kebebasan individu.

Bukan itu sahaja, Tamadun Islam ialah tamadun yang menyeluruh (universal)
dan sempuran (syumul). Perkara ini menjurus kepada Tamadun Islam yang bersifat
menyeluruh kepada seluruh umat manusia dan tidak bertitikkan kepada bangsa-
bangsa tertentu sahaja. Ia dibangunkan oleh mereka dari pelbagai bangsa yang
berteraskan dari bangsa Arab kerana di situlah titik tolak permulaan Tamadun Islam.
Manfaatnya pla bukan sahaja keada penganut agama Islam, tetapi kepada semua
manusia yang dipayunginya dan yang berhubung dengannya. Tamadun ini
sempurna sifatnya yang bermaksud ia meliputi semua zaman dan merangkumi
seluruh kejadian dan peringkat kehidupan serta lapangan hidup manusia masa lalu,
kini dan masa akan datang.

Islam adalah "ad-Din" sejagat yang akan memberikan kesejahteraan dan


kebahagiaan kepada semua makhluk. Islam juga adalah agama yang lengkap dan
syumul sehingga akhir zaman dan akan terus dipelihara oleh Allah swt. Firman Allah
swt dalam surah Ali Imran, ayat 19

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.”

Yang terakhir, Tamadun Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun. Ia


bersifat menagmbil dan memberi (give and take). Tamadun Islam mengambil dan
mencedok pengalaman yang berguna dari tamadun-tamadun terdahulu seperti
Tamadun Yunani, Tamadun Parsi dan Rom yang terdahulu dan disesuaikan dengan
unsur-unsur Islam selagi tidak bertentanganm dengan hukum syarak. Maka lahirlah
pencapaian yang bercorak dan berbentuk Islam. Memberi pula bermaksud
mempersembahkan kepada tamadun asing khususnya Barat hasil-hasil serta
pencapaian-pencapaian yang diperolehi. Sifat terbuka ini menjadikan Tamadun Islam
sentiasa berkembang dan maju dan menjamin kewujudannya sepanjang zaman.

4
1.3 OBJEKTIF TAMADUN ISLAM
Objekttif Tamadun Islam boleh terbahagi kepada enam pecahan iaitu yang
pertama ialah menyatupadukan umat manusia dan menerapkan nilai-nilai murni yang
ada pada setiap tamadun yang ada di dunia. Contohnya di Malaysia, objektif yang
terdapat dalam Tamadun Islam dapat diselaraskan serta di adaptasikan nilainya
dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Seterusnya, objektif yang kedua ialah meningkatkan persefahaman dan


menimbulkan rasa hormat antara kaum terutamanya dalam kalangan kita rakyat
Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, bangsa Malaysia terdiri daripada latar
belakang yang pelbagai warna kulit, bahasa, agama dan budaya. Dengan penerapan
nilai yang ada, mampu untuk mewujudkan kesefahaman yang tinggi dalam kalangan
rakyat.

Objektif yang ketiga ialah Tamadun Islam membuka minda tentang tamadun
dunia lain dan memahami aspek-aspek penting ketamadunan. Seperti yang kita
sedia maklum, Tamadun Islam turut mencedok bebrapa perkara daripada tamadun
lain selagi ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak. Oleyh yang demikian,
boleh disimpulkan bahawa tamadun Islam turt memperkenalkna disamping
mengguna pakai nilai-nilai yang terdapat dalam tamadun lain, secara tidak langsung,
kita dapat juga mengenal tamadun lain.

Akhir sekali, Tamadun Islam mensasarkan objektif dalam mendedahkan fikiran


ke arah toleransi, kasih sayang dan keamanan sejagat. Seperti yang terdapat dalam
matlamatnya, iaitu membina hubungan manusia dengan Allah swt, manusia dengan
manusia dan menusia dengan alam menekankan mengenai toleransi, kasih sayang
dan keamanan sejagat. Dengan mempunyai nilai-nilai ini, hubungan yang baik dapat
diwujudkan dalam kalangan kita. Jadi, pendedahan seperti ini mampu memberikan
keamanan dari inistitusi kekeluargaan sehinggalah ke institusi tertinggi iaitu dalam
negara dan seterusnya peringkat global.

1.4 MATLAMAT TAMADUN ISLAM

Hubungan manusia dengan Allah swt. Rukun Islam dan Rukun Iman, ibadah
umum dan ibadah khusus. Seharusnya kita mematuhi syariat yang telah ditetapkan.
Janganlah kita beranggapan bahawa dengan menunaikan perintah Allah itu untuk

5
kesenangan Allah. Allah sesungguhnya tidak mengharapkan kesenangan itu.
Sebaliknya hasil dari amal itu adalah untuk diri kita sendiri. jadi kalau tidak beramal
ibadat (berbuat baik kepada diri kita), maka kita sendirilah yang rugi. FirmanNya

"Sesungguhnya manusia dalam kerugian.Kecuali bagi mereka yang beriman dan


beramal soleh."

Jika kita kembali kepada hakikat manusia dan hakikat Allah, sebenarnya
kedudukan manusia dengan Allah itu saling kait berkaitan. Perhubungan itu seolah-
olah antara dua nama yang mewujudkan satu benda. Perhubungan yang cukup erat,
rapat, intim dan akrab sekali. Umpama perhubungan jasad dengan roh, jika
dipisahkan menyebabkan salah satunya akan pincang dan musnah, seperti lagu
tanpa irama.

Perhubungan manusia dengan Tuhan laksana roh dengan jasad. jika jasad tidak
ada, roh tidak akan wujud (nampak). Begitu juga kalau tidak ada roh, jasad tidak
akan bergerak dan dinamakan hidup. Kerana demikian erat, rapat, intim dan
akrablah maka kedua pihak sangat penting dan saling berhubung dan memerlukan di
antara satu sama lain. Kewujudan Allah tidak akan diketahui tanpa adanya
manusiadan manusia tidak akan ada tanpa wujudnya Allah. Manusia adalah maujud
kepada yang wujud. Di sini menggambarkan (kewujudan) manusia adalah untuk
mengisytiharkan kewujudan Allah. Dan Allah mengkhalaqkan manusia untuk
menunjukkan keadaanNya dan juga kekuasaanNya.

Adapun kenapa Allah yang menjadi Rabbi dan manusia menjadi abdi, ialah
kerana demikian perjanjian asal. Perjanjian awal/asal ini tidak boleh ditukar ganti
ataupun dimansuh-mansuhkan lagi. Kerana perjanjian asal itu bersifat semulajadi
(Baqa'). Sewaktu di alam Loh Mahfuz, (alam roh) manusia sudah berjanji dengan
Allah. Perjanjian itu dinamakan perjanjian di antara Roh dengan Allah. Ataupun
perjanjian di antara Nurullah dengan Nur Muhammad ataupun perjanjian Zat dengan
Sifat. dalam perjanjian atau pengakuan itu, Roh telah bersedia memperakui Zat Allah
sebagai Tuhan dan dia sebagai hamba. FirmanNya surah Al-A'raf ayat 172.

"Apakah Aku ini Tuhan mu, maka jawab sekalian roh bahkan (ya) Engkau Tuhan
ku."

6
Adapun perjanjian ini bukan berat sebelah. Keduanya mendapat keuntungan
bersama. Baik roh maupun zat. Apabila roh telah memperakui yang Zat adalah
Tuhannya, maka secara automatik dia kena mengingati Zat. Di sinilah menyebabkan
roh diberikan sifat (manusia) untuk menzahirkan dirinya. Di sinilah peri pentingnya
perjanjian itu. Tanpa perjanjian itu, roh tidak akan mempunyai sifat dan Zat pula tidak
akan wujud dalam sebutan dan ingatan zahir. Kerana Roh itu diberikan sifat maka ia
hendaklah menjadi penyebut (zikirin) kepada Zat, di mana ia yang wujud memuji
yang ghaib.Sekiranya ianya tidak puji dengan zahir, kewujudan Zat itu tidak nyata. Ia
akan hilang dalam keadaan ghaib begitu sahaja. Di sinilah Allah berfirman

"Jika kamu ingatkan Aku, Aku akan ingatkan diri mu."

Tujuan kita diberikan sifat (dizahirkan) adalah untuk memberi tahu (makrifat)
kepada diri kita sendiri tentang diriNya serta untuk mengenali setiap apa yang wujud
di atas alam ini. Tanpa adanya Sifat diriNya ini, maka mustahil kita akan dapat berdiri
seperti hari ini,makrifat dengan segala ilmunya

Kesimpulannya tujuan kita berzikir, mengingati Allah, melakukan amal ibadat


adalah untuk mengingatkan kepada diri kita sendiri. Kita melakukan kebaikan kepada
diri kita sendiri. Kitalah memuji diri kita sendiri dan memulangkan segala pujian itu
kepada diri kita juga. FirmanNya,

"Dari Allah kau datang, kepada Allah kau dikembalikan."

Matlamat yang kedua adalah memelihara hubungan manusia dengan


manusia. Islam mewajibkan penganutnya menjalin hubungan yang baik sama ada
sesama Muslim ataupun dengan bukan Muslim. Islam juga mengajarkan
penganutnya agar menghindarkan diri daripada mewujudkan permusuhuan,
perseteruan, perselisihan faham yang negatif dan fitnah. Firman Allah swt dalam
Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:

“Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dosa (yang membawa bala
bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kaum
secara khusus, (tetapi akan menimpa kaum secara umum).”

Dengan kekuatan imanlah, orang Islam boleh menjalin hubungan dengan orang
lain, bukannya dengan dasar keturunan atau pertalian darah atau kewarganegaraan

7
semata-mata. Allah swt telah menjelaskan dalam Surah Ali Imran ayat 102 hingga
103, bahawa takwa adalah asas perpaduan sesama Muslim dan dalam konteks
bernegara orang Muslim menjadikan takwa sebagai tunggak untuk menjamin
hubungan etnik yang baik dengan kaum agama lain. Ia adalah satu kemestian dan
kewajipan sepertimana dalam sabda Rasulullah saw yang bermaksud

“Kasih sayang Mukmin itu dengan Mukmin yang lain bagaikan struktur binaan
yang saling mengeratkan.”

Dalam sebuah hadis yang lain, baginda menjelaskan, yang bermaksud

“Orang Mukmin, dalam soal kasih sayang, cinta dan belas ihsan sesama
mereka, bagaikan badan, jika ada anggota yang sakit, maka seluruh badan itu juga
turut berasa sakit, lalu demam dan tidak dapat tidur.”

Hubungan manusia dengan alam sekitar.

“Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya); Dia


mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya; dan gunung ganang
pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu”.

(An-Naziaat: 30-33)

Menurut ramai ulama, menjaga alam sekitar ini adalah fardu kifayah. Namun,
bagi mereka yang digaji dan diamanahkan bekerja dalam pengurusan alam sekitar,
tugas tersebut adalah fardu ain. Allah memberi amaran kepada golongan yang suka
membuat kerosakan di muka bumi dan ini termasuk perosak alam sekitar
sebagaimana firman-Nya.

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan


kebaikan padanya”.

(Al-A'raaf: 56)

Malah ajaran Islam menuntut umatnya memelihara alam sekitar dan bukannya
melakukan kemusnahan. Sebagai manusia kita mempunyai tanggungjawab kepada
alam sekitar. Menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu kebersihan dan keindahan.

8
Hal ini berkaitan dengan sifat manusia yang boleh dibahagikan kepada empat fakulti
sesuai dengan konsep kehidupan yang dianjurkan Islam iaitu minda, rohani, emosi
dan fizikal.

Dalam hal ini saya suka memetik bab pemuliharaan alam semula jadi yang
menjadi prinsip kesembilan Islam Hadhari. Dalam konteks Islam Hadhari, konsep
kehidupan manusia tidak terbatas kepada hubungan dengan Allah dan sesama
manusia tetapi juga hubungan manusia dengan alam tabii (konsep alam tabii lebih
luas daripada konsep alam sekitar dan ekosistem yang biasa kita fahami). Dalam
proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan menguasai dan
mengeksploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan pengetahuan
sains dan keupayaan teknologi. Natijahnya, keseimbangan ekosistem tidak dapat
dikekalkan. Tragedi tanah runtuh, banjir kilat, hujan asid, pencemaran udara, air dan
darat, pemanasan suhu bumi dan sebagainya adalah kesan ketidakstabilan
ekosistem yang berpunca daripada aktiviti manusia yang seringkali dikaitkan dengan
‘pembangunan’.

1.5 PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM

Prinsip Tamadun Islam yang pertama iaitu memelihara agama amat sesuai
diamalkan kerana Islam menjamin suasana selesa bagi memupuk keharmonian
hidup beragama dalam sesebuah masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk tidak
asing bagi Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan


perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak semoga
kamu dapat kenal mengenali antara satu sama lain:”

(Al-Hujurat, ayat 13)

“Dan di antara tanda-tandaNya ialah kejadian penciptaan langit dan bumi dan
kepelbagaian bahasa dan warna kulit di kalangan kamu, sesungguhnya ia adalah
menjadi bukti bagi mereka yang berilmu”

(Al-Rum, ayat 22)

9
“Tidak ada paksaan pada agama. Telah nyata kebenaran daripada kesesatan.”

(Surah al-Baqarah ayat 256)

Prinsip seterusnya yang akan kita bincangkan ialah memelihara nyawa. Islam
mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau
perbuatan yang boleh membahayakan nyawa. Merokok dan menyalahguna dadah
adalah dilarang kerana ia merosakkan kesihatan dan membahayakan nyawa.
Merokok akan merosakkan paru-paru dan hati perokok serta orang-orang yang
terhidu asap rokok. Paru-paru dan hati yang rosak boleh menyebabkan kematian.
Penyalahgunaan dadah akan merosakkan seluruh sistem saraf dan boleh
menyebabkan kematian. Membunuh tanpa sebab merupakan dosa besar.
Membunuh diri juga merupakan dosa besar dan akan ditimpa azab di akhirat nanti.
Perselisihan, perbalahan atau pergaduhan sangat dilarang kerana ia akan
merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan dan kehilangan
nyawa. Justeru itu Islam amat menekankan cara hidup yang harmoni.

Sebagai contoh keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia ialah hasil


peranan Islam sebagai unsur terpenting kerana orang Melayu yang majoritinya
beragama Islam, mempunyai kekuatan rohani dan intelek yang membolehkan
mereka membina kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dengan sesiapa sahaja
termasuk orang asing. Budaya yang berlandaskan Islam telah membentuk ciri-ciri
kelembutan, mudah bersahabat, empati dan bertimbangrasa serta bertolak ansur. Ini
menjamin keamanan dan mengelakkan perbalahan dan peperangan. Keharmonian
dan keamanan menjamin nyawa terpelihara.

Prinsip ketiga Tamadun Islam ialah memelihara akal. Perkara-perkara yang


menyentuh tentang cara serta makanan dan minuman yang baik untuk kesihatan
tubuh badan dan akal fikiran juga diajarkan dalam Islam. Di dalam Al Quran ada
dinyatakan tentang kebaikan pengambilan madu lebah sebagai ubat yang paling
mujarab untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Menjaga kesihatan menjadi
kewajipan umat Islam. Adab makan juga diajarkan di dalam Islam. Contohnya
sebelum makan mestilah mencuci tangan supaya kekotoran pada tangan dapat
dibersihkan. Islam juga mengesyorkan memegang makanan menggunakan tangan
kanan kerana tangan kanan mengandungi kimia yang membantu penghadaman
makanan. Makanan yang mudah hadam menjamin kesihatan tubuh badan

10
seterusnya menyihatkan fikiran dan akal. Tubuh badan yang sihat akan menjamin
akal yang sihat ke arah membina negara dan menegakkan agama.

Makanan yang dimakan atau minuman yang diminum hendaklah yang halal yang
terhasil dari usaha yang halal kerana makanan dan minuman ini akan menjadi darah
dan daging serta menjana minda. Makanan atau minuman yang haram akan
mengotorkan jiwa dan merosakkan akal.

“Hendaklah perut itu dipaksa jangan sampai senang kepada kerakusan, sedikit
sahaja makan dan itupun yang halal sahaja, menjauhi perkara-perkara syubhat dan
dilarang untuk mengikut syahwat sehingga tidak mengenal batas.”

(Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi; Intipati Ihya’


Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin, halaman 1364 )

Contohnya minum arak, ia dilarang kerana boleh menyebabkan mabuk dan


merosakkan akal. Mabuk dan akal yang rosak ini menjadikan manusia tidak siuman
seterusnya menggalakkan mereka melakukan kemudaratan kepada diri, orang lain
serta persekitarannya. Untuk lebih menjamin kewarasan akal, Islam mewajibkan
umatnya menuntut ilmu demi meningkatkan tahap pemikiran. Umat Islam digalakkan
menimba ilmu sebanyak-banyaknya walau di manapun supaya dengan ilmu yang
dimiliki akal akan terpelihara seterusnya menghindar diri dari melakukan perkara-
perkara yang menyalahi norma masyarakat serta ditegah oleh agama. Malah
mencari ilmu itu merupakan satu ibadat dan jihad di dalam Islam. Tidak syak lagi ia
bersesuaian dengan nilai agama lain dan sesuai diamalkan oleh semua orang.

Prinsip Tamadun Islam yang keempat ialah memelihara maruah dan keturunan.
Islam mendidik umatnya untuk sentiasa memelihara maruah dan keturunan. Islam
mengharamkan zina demi mengelakkan keturunan yang tidak menentu nasabnya.
Islam juga mengharamkan zina bagi mengelakkan tersebarnya penyakit berjangkit
yang berkaitan hubungan kelamin secara rambang. Contohnya di Malaysia kini
pasangan Islam yang akan berkahwin diwajibkan untuk mengikuti kursus
perkahwinan dan mulai tahun 2009 mereka perlu menjalani ujian HIV (Warta 12,
RTM 1, 23 Disember 2008). Ini adalah untuk memastikan bakal-bakal suami isteri
mempunyai ilmu yang secukupnya untuk mengendalikan sebuah keluarga

11
seterusnya melahirkan zuriat yang berakhlak mulia, sihat tubuh badan dan akal serta
mampu menegakkan syariat Islam.

Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami namun ia tidak diwajibkan dan


bukan sesuatu yang digalakkan. Poligami dibenarkan adalah demi memelihara
maruah dan keturunan zuriat yang bakal dilahirkan. Ini berbeza dengan fahaman lain
selain Islam. Contohnya di Barat, poligami tidak dibenarkan tetapi undang-undang
membenarkan lelaki dan perempuan hidup bersekedudukan. Akibatnya lahirlah
anak-anak luar nikah yang tidak tentu keturunannya serta merebaknya penyakit
berjangkit seperti AIDS atau penyakit kelamin yang lain. Seterusnya terbentuklah
masyarakat yang rosak akhlaknya dan tidak mendapat pendidikan yang sempurna.
Justeru itu tidak syak lagi prinsip Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam
masyarakat majmuk. Masyarakat bukan Islam boleh juga melaksanakan peraturan
seperti masyarakat Islam negara ini yang mewajibkan pasangan yang bakal
berkahwin mengikuti kursus perkahwinan dan menjalani ujian HIV. Ini akan
memelihara maruah dan keturunan mereka.

Prinsip Tamadun Islam yang terakhir ialah memelihara harta. Setiap individu
berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul
dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-
masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama. Harta atau kekayaan
yang diperoleh dari usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan
dipertahankan. Tiada sesiapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Mereka yang
memelihara hartanya akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.

Di Malaysia yang agama rasminya ialah agama Islam, sistem ekonomi alternatif
yang serasi dengan nilai Islam diperkenalkan. Prinsip dan amalan nilai Islam juga
diterapkan dalam pentadbiran. Usaha membanteras rasuah juga dijalankan. Program
membasmi kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti,
mewujudkan masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan
kepada pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi.
Semua ini adalah usaha ke arah menjamin pemeliharaan harta benda.

Hadis Rasulullah yang bermaksud:

12
”Abdullah bin Omar berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid.”

(Diriwayatkan oleh Bukhari)

Keharmonian dan masyarakat yang bersatupadu, sentiasa bekerjasama serta


saling memahami antara satu sama lain akan menjamin perkembangan intelektual,
politik, kerohanian, sahsiah dan ekonomi sesebuah negara dan masyarakatnya.
Justeru itu Tamadun Islam yang berdasarkan lima prinsip utama iaitu memelihara
agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara maruah dan keturunan
serta memelihara harta yang kesemuanya berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah di
mana dasar utamanya ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati
hak asasi manusia, adalah sangat sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk.
Kesimpulannya Islam mengandungi gabungan nilai-nilai yang merupakan cara hidup
dan bersifat universal sesuai diamalkan oleh semua orang.

1.6 SUMBER TAMADUN ISLAM

Sebuah tamadun yang kuat dan agung seharusnya memiliki sumber yang kuat.
Sumber tersebut haruslah terus diguna pakai dan direalisasikan untuk menjamin
keagungan dan kewujudan sesebuah tamadun itu maka dalam konteks Tamadun
Islam, al-Quran dan al-Sunnah menjadi sumber utama yang mengarahkan
perjalanannya sepanjang sejarah perkembangannya sehingga ke hari ini.

Sumber rujukan utama ialah al-Quran. Al-Quran merupakan firman Allah swt
dalam Bahasa Arab yang bermaksud ‘bacaan’. Ia merupakan kalam Allah yang
mu’jiz yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan malaikat
Jibril as, diriwayatkan secara mutawatir. Mengandungi 114 surah, 30 juzuk dan tidak
kurang dari 6000 ayat. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad
s.a.w. Membacanya merupakan ibadah malah barangsiapa yang mendengarnya,
maka akan diberikan pahala. Di antara mukjizatnya adalah tidak pernah berubah
ayatnya mahupun perkataannya dan tidak mampu dicipta seumpamanya walaupun
satu ayat oleh manusia. Antara ajaran yang terkandung dalam al-Quran iaitu
persoalan akidah, peraturan hidup (syariah) yang meliputi hubungan manusia
dengan Pencipta, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia

13
dengan alam. Manakala persoalan akhlak menganjurkan untuk melakukan kebakan
dan berbuat baik. Begitu juga amar makruf nahi mungkar.

Seterusnya bersumberkan al-Sunah al-Hadith. Apa-apa yang disandaran kepada


nabi muhammad s.a.w samada sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi
rasul.Umumnya al-Sunnah berfungsi sebagai penterjemah amali dan perincian
kepada al-Qur’an. Al-Sunnah atau hadith-hadith Rasulullah saw boleh didapatidi
dalam kitab-kitab hadith antaranya kutub al-Sittah yang terdiri daripada Sahih
Bukhari, Sahih Muslim, Sahih Ahmad b.Hanbal, Sahih Ibn Majah, Sahih, al-Tirmizi
dan Sahih Abu Daud. Fungsinya sebagai pentafsir kepada al-Quran dalam soal-soal
pelaksanaan kehidupan beragama, pelaksanaan syariah Islam dan juga
pelaksanaan akhlak dan kehidupan bertatasusila.

Sumber yang berikutnya dipanggil sumber sekunder iaitu sumber kedua. Yang
pertamanya ialah Al-Jimak (Al-Jima’). Ijma’ ialah kesepakatan seluruh ulamak islam
pada sesuatu masa sesudah kewafatan Rasulullah saw terhadap sesuatu hukum
syara’. Ijma’ adalah hujah atau dalil dalam pembinaan hukum Islam.

Seterusnya, al-Ijtihad. Ijtihad merupakan penetapan hukum syarak oleh para


ulama mujtahidin terhadap terhadap sesuatu perkara baharu yang terjadi dalam
kehidupan umat Islam. Ijtihad ialah pencurahan daya pemikiran secara bersungguh-
sungguh dan habis-habisan untuk mendapatkan sesuatu hukum syara’ mengenai
sesuatu masalah yang tidak terdapat hukumnya dari al-Quran mahupun al-Sunnah
dan ia dilakukan dengan berpandukan kepada dasar-dasar umum yang terkandung
di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Melalui ijtihad beberapa hukum baru disekitar
dasar-dasar umum yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dengan adanya
keluasan yang begini, umat Islam akan terus dapat meghadapi segala perkara dan
masalah yang baru timbul di dalam kehidupan mereka.

Yang akhir sekali ialah sumber dari tamadun-tamadun asing. Islam tidak menolak
segala hasil tamadun-tamadun asing yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam
di mana Islam mempunyai sifat terbuka terhadap semua tamadun. Sehubungan
dengan itu, Prof Muhammad Qutb di dalam bukunya “salah faham terhadap Islam”
menjelaskan bahawa Islam melindungi dan menyuburkan hasil-hasil tamadun yang
dirintis oleh Greek, Parsi, Rom, selagi ia tidak bercanggah dengan konsep
kepercayaan kepada Allah swt dan tidak menyelewengkan manusia dari tugas

14
beribadah kepadaNya. Islam juga tidak menentang kemajuan dan tamadun selama
ia mendatangkan kebajikan kepada manusia, namun Islam akan tampil menentang
tamadun-tamadun palsu dan akan berjuang sedaya upaya untuk melindungi umat
manusia dari kemusnahan.

15
2.0 GLOBALISASI

Secara harfiahnya, globalisasi bermaksud sejagat. Ini bermakna bahawa segala


aspek kehidupan sama ada dari segi budaya, kesenian, ekonomi, sosial dan
sebagainya kini tiada lagi batas sempadan antara satu bangsa, negara atau
peradaban. Secara mudahnya, kini tiada lagi unsur pemisah yang ketara antara
sesebuah kebudayaan, kesenian, strata sosial antara satu bangsa dengan satu
bangsa atau satu negara dengan negara yang lain. Wujud pula satu kampung
kesejagatan untuk seluruh dunia. Maka timbullah sikap saling mempengaruhi antara
satu budaya dengan budaya yang lain. Pada era ini, penapisan menjadi sesuatu
yang amat mustahil.

Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang


menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat. Manakala cendikiawan Barat mentakrifkan
globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi
segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh
seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik
bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Alvin Toffler menerusi bukunya “Third Wave” pula mentafsirkan fenomena


globalisasi sebagai suatu gelombang ketiga:

“…Kita sedang berada pada abad di mana berlaku gelombang ketiga.


Fenomena paling menonjol yang tengah terjadi pada kurun waktu ini adalah
terjadinya proses globalisasi. Perubahan yang demikian menyebabkan terjadinya
pula pergeseran kekuasaan dari pusat kekuasaan yang bersumber pada tanah,
kemudian kepada kapital atau modal, selanjutnya (dalam gelombang ketiga) kepada
penguasaan terhadap informasi (ilmu pengetahuan dan teknologi)…”

Globalisasi pada John Naisbitt menerusi bukunya “Global Paradox” pula melihat
kepada sisi yang lebih positif. Menurutnya, kemajuan ilmu pengetahuan dan
teknologi telah membuatkan peranan kuasa dan ideologi mengalami fasa surut.
Manakala menurutnya lagi, jika dilihat dari sudut ekonomi, semakin besar dan

16
semakin terbuka ekonomi dunia, semakin perusahaan-perusahaan kecil dan
sederhana akan mendominasi pasaran dunia.

Globalisasi dalam era Islam dapat dilihat dalam empat bidang, iaitu bidang ilmu,
bidang ekonomi khususnya perdagangan, bidang agama dan bidang sains dan
teknologi. Ilmu adalah salah satu penggerak utama peradaban Islam. Sikap positif
Islam terhadap semua jenis ilmu pengetahuan telah memungkinkan tercetusnya
gelombang pertama globalisasi ilmu yang pernah disaksikan oleh dunia. Dalam
zaman kemegahannya, institusi ilmu seperti universiti betul-betul telah berperanan
sebagai agen globalisasi ilmu dalam pengertian yang difahami hari ini. Pelajar-
pelajar bukan Islam dari Cina di sebelah Timur dan dari England sebelah Barat
seperti Roger Bacon dari Oxford telah menuntut di pusat-pusat ilmu dunia Islam
untuk menimba ilmu pengetahuan.

Islam mempunyai semangat globalisme dan sangat berminat untuk melihat


segala persoalan kemanusiaan dari perspektif global. Salah satu sumbangan besar
Islam terhadap peradaban dunia ialah semangat globalisme dan kesejagatan yang
telah dipupuknya dan ditiupnya ke segenap penjuru dunia. Semangat inilah yang
telah memungkinkan Islam menjadi pengasas penulisan sejarah dunia, ilmu
perbandingan agama, sosiologi, tradisi sains sejagat, institusi saintifik bertaraf
“antarabangsa” dan penggembaraan dunia. Tanpa terasas semua amalan yang
berdimensi global ini, sudah pasti kemajuan dunia dan proses globalisasi di zaman-
zaman berikutnya lebih perlahan.

Selama empat kurun, iaitu dari kurun kesepuluh hingga ke kurun ke empat belas
Masehi, pelayar-pelayar Islam menjadi ‘raja laut’ yang tidak ada tandingan.
Kemajuan dalam bidang pelayaran berkait rapat dengan kemajuan komunikasi dan
globalisasi perdagangan. Maka bukanlah secara kebetulan sahaja Islam
mendominasi perdagangan dan ekonomi dunia. Globalisasi agama turut berlaku
dalam globalisasi perdagangan tersebut.

Di Malaysia, gelombang globalisasi agak ketara kedengaran semenjak tahun


1990-an. Dari konteks wacana popular, konsep ini digunakan secara meluas oleh
ahli-ahli politik, perniagaan, peneraju industri teknologi maklumat, pusat-pusat

17
pemikir dan media massa. Menerusinya, globalisasi difahami sebagai dunia tanpa
sempadan atau ‘global village’.

2.1 KESAN GLOBALISASI DI MALAYSIA

2.1.1 Dari Sudut Sosial

Gelombang globalisasi yang kini melanda Malaysia telah memberi impak


kepada institusi kekeluargaan di Malaysia, kepada pemakanan dan juga pemakaian.
Melihat dari sudut kekeluargaan, banyak evolusi telah berlaku dek penangan arus
globalisasi. Yang pertamanya, melihat kepada sebuah keluarga yang bahagia.
Bagaimana mereka meraikan majlis hari lahir anak mereka. Bagi mereka yang
mewah, ratusan malahan ribuan ringgit dihabiskan untuk ‘party’ hari lahir anak
kesayangan mereka. Majlis yang diadakan kedangkala mengikut tema dan tema
yang ditetapkan seringkali melanggar batas agama. Malahan dipengaruhi oleh barat.
Beralih pula kepada keluarga yang bahagia kedua yang merupakan keluarga
sederhana. Mereka turut meraikan hari lahir anak mereka. Oleh kerana kekurangan
bajet, restoran-restoran makanan segera menjadi pilihan. Si anak dihidangkan
dengan makanan-makanan dari barat. Dipakaikan pula topi hari lahir, disediakan lagi
kek berserta lilin. Kemudian, dinyanyikan lagu ‘Happy Birthday To You’. Hilanglah
sudah bacaan doa selamat di hari lahir anak mereka. Begitulah kesan yang telah
dibawa oleh barat kedalam sesebuah keluarga. Pun begitu, pihak-pihak yang tidak
menyedari akan mengatakan bahawa mereka keluarga bahagia walaupun tidak
berlandaskan syarak. Menelusuri pula keadaan yang berbeza. Seperti yang kita
sedia maklum, orang Melayu kaya dengan budaya. Bangsa Malaysia kaya dengan
bahasa dan budi bicaranya. Lihat saja dalam institusi kekeluargaan di Malaysia
dahulu tanpa mengira warna kulit, masih tetap punya santunnya tatkala berhadapan
dengan kedua orang tua. Takut untuk membuka mulut apatah lagi mebantah.
Namun, dek kerana dunia tanpa sempadan yang dilaung-laungkan disertakan
dengan hak asasi manusia. Anak-anak kini sudah melanggar segala hukum agama,
santun bicara, adat tradisi dan juga batasan yang ditetapkan. Pulang saja ke rumah,
tiada lagi salam diberi. Hanya terus menapak ke bilik dan membawa haluan sendiri.
Jika diminta tolong, pelbagai alasan dicipta. Tiada lagi tunduk hormat ketika melepasi
kedua orang tua. Sesama adik-beradik pula, tiada lagi panggilan mesra ‘along’,
‘angah’, ‘acik’ mahupun ‘ucu’. Yang tinggal hanyalah ‘kau’ dan ‘aku’. Jadi, sudah

18
terang lagi bersuluh bahawa institusi kekeluargaan di Malaysia telah mengalami
kemodenisasi dek arus globalisasi yang dicipta oleh barat.

Dari sudut sosial yang kedua pula ialah dari segi pemakanan. Seperti yang
kita tahu, restoran-restoran makanan segera kini mencambah ibarat cendawan
tumbuh selepas hujan. Francais-francais makanan segera seperti KFC dan
McDonald semakin melebarkan sayap. Kita sedia tahu akan asal-usul kewujudan
restoran-restoran ini. Tapi, dek arus globalisasi, kita menerima baik kedatngan
mereka tanpa mengetahui pelbagai bahan yang ada di dalamnya mamou untuk
memberi impak negatif kepada tubuh kita. Tapi, apa yang ingin diperkatakan di sini
ialah, dengan wujudnya restoran-restoran ini, wujud pula koloni-koloni atau
penggemar setia kepada makanan seperti ini lantas lahirlah Kentuckynization dan
juga McDonaldization. Tidak ketinggalan, koloni-koloni ini mempromosikan pula
makanan yang terdapat di dalamnya hinggakan mencipta sebuah blog untuk
makanan seperti ini. Sanggup pula menghabiskan duit semata-mata untuk menikmati
juadah yang terdapat di restoran-restoran ini walhal dengan hanya RM3.50 sudah
memperolehi sepinggan nasu ayam dan juga air suam yang berkali ganda lebih
berkhasiat. Dengan kemunculan makanan-makanna segera seperti ini, makanan-
makanan tradisi seperti laksa, nasi dagang, laksam, nasi kerabu, ikan patin masak
tempoyak tidak lagi mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia kini. Masakan
ibu, jauh sekali. Melihat kepada skop yang lebih kecil. Murah dan mudah didapati.
Sandwich dan burger. Sejarah asal makanan ini dari England dan akhirnya telah
menjadi makanan ruji di Malaysia. Sarapan pagi dengan Sandwich manakala makan
malam dengan burger. Inilah fenomena yang berlaku dalam pemakanan seharian
rakyat Malaysia. Globalisasi namanya.

Sudut sosial yang seterusnya ialah dari segi pemakaian. Dari segi
perkembangan pembangunan sosial dunia tanpa sempadan sentiasa terdedah
dengan elemen-elemen yang membawa kekufuran kepada akidah tauhid yang
dibawa oleh negara-negara Barat yang tidak seirama dengan akidah Islam.
Akibatnya Islam menjadi jenama semata tanpa roh dalam tamadun masyarakat yang
membangun. Para wanita berpakaian seperti  mana sewajarnya sebagai seorang
Islam, malangnya ia kelihatan lebih kepada fesyen kerana membungkus badannya
seperti membungkus buah nangka.  Kelihatan bentuk badanya lebih jelas seolah

19
olah tanpa penutupnya. Amat jelek sekali ialah di bahagian kepala dibungkus untuk
kelihatan seperti patung yang tidak mempunyai ekspresi. Namun, apabila ia
membuat persembahan di atas pentas dengan lenggang lengoknya menggerakkan
punggung seolah-olah menaikkan syahwat para penonton. Antara fesyen pakaian
Barat yang menjadi fesyen masyarakat Islam masa kini ialah yang dikenali sebagai
‘low cutting’ di bahagian dada dan juga seluar ‘skinny’. Manakala untuk lelaki,
memakai seluar ‘low cut’ sehingga menampakkan seluar dalam telah menjadi satu
trend untuk menampakkan ‘kemachoan’ mereka kononnya. Apakah yang
ditayangkan dengan fesyen tersebut? Ini bukanlah pakaian yang dihalal oleh Islam
tetapi dihalakan oleh dunia tanpa sempadan. Apabila manusia membuat sesuatu
yang bertentangan dengan kebersihan beragama, ia merasa jijik pada mulanya
tetapi apabila sudah terbiasa dengannya, kejijikan itu akan hilang dalam perasaanya
kerana didorong oleh rakan lain yang berbuat serupa. Mengambil contoh yang
rengan sahaja; semasa Nabi Adam disingkir oleh Allah dari syurga kerana telah
mengkufuri arahan Allah supaya jangan mendekati buah terlarang itu, maka Nabi
Adam turun ke bumi dan merasa amat seksa kerana mencium bau bumi yang amat
menggerunkan perasaannya. Tetapi apa nak buat sudah nasi menjadi bubur
terpaksa diharunginya. Tetapi lama kelemahan bau busuk tanah itu menjadi sebati
dengan perasaan Nabi Adam dan tidak menjadi masalahnya lagi. Demikanlah gejala-
gejala sosial yang bertentangan dengan akidah Islam yang dibawa oleh dunia
globalisasi. Masyarakat Islam terutama sekali para pemimpin menghalalkannya atas
sebab disandarkan kepada dunia moden. Adakah dunia moden yang difahami itu
mempamerkan ciri-ciri tamadun kehidupan masyarakat mukmin ? 

2.1.2 Dari Sudut Media

Realiti dunia yang harus diakui di kala kita menyelusuri abad yang baru ini ialah,
dunia pesat membangun dalam teknologi informasi, teknologi satelit, dan multimedia,
yang memberi impak luar biasa terhadap masyarakat disegenap pelusuk dunia.
Tidak ada yang tidak terkesan dengannya, terutama dizaman ini. Orang yang tidak
ada televisyen dan radio dianggap ketinggalan zaman dan jumud, termasuk
dikampung, malahan suasana sekarang meletakkan perlunya teknologi sebagai
sumber hiburan, seperti Astro. Kehidupan manusia hari ini juga sangat bergantung

20
kepada perkakasan elektronik dan perhubungan, menyebabkan interaksi antara
manusia, mahupun diantara tamadun menjadi lebih mudah dan cepat tersebar.

Perkembangan globalisasi menyebabkan perkembangan dan kemajuan manusia


didalam bidang percetakan dan penerbitan. Dengan akal yang diberi, serta keizinan
Tuhan, menyebabkan berbagai penciptaan teknologi dapat dicipta dalam kehidupan
manusia. Begitulah kekuatan akal, sekalipun manusia itu tidak mengiktiraf kewujudan
Tuhan yang menciptakannya, kasih sayang Tuhan tetap meliputi orang kafir dengan
sifat Rahman-Nya. Dengan kemajuan yang dikecapi, media massa menjadi satu
medium yang penting dalam memberi maklumat dan informasi dunia terkini.
Ditambah lagi dengan kewujudan televisyen dan internet, yang sangat penting
didalam kehidupan manusia, menjadikan kemajuan media massa diambil
kesempatan oleh orang yang tidak bermoral dan berkepentingan, untuk menyebar
fitnah dan bahan-bahan lucah dan keji, kepada masyarakat. Terdedahlah
masyarakat dengan berbagai penipuan, propaganda dan khabar angin, serta fitnah
dan bahan lucah yang tersebar di seluruh alam, tanpa sekatan, perlindungan dan
halangan dari mana-mana pihak. Hasilnya, berbagai masalah timbul ditengah
masyarakat seperti keamanan tidak lagi wujud.

Dari sudut media, pada masa kini, media dalam era globalisasi bukan sahaja
bertindak sebagai agen berita, maklumat, pendidikan, hiburan atau propaganda
tetapi jauh daripada iti ia berperanan untuk menerapkan dan membentuk keperluan
sesuatu produk terhadap khalayak ramai. Pemilik media antarabangsa seperti
Reuters, IFP, AFP, CNN, BBC dan sebagainya yang dimiliki oleh usahawan negara
Dunia Pertama kerap kali bersifat bias dan berunsurkan propaganda terhadap
negara dunia Pertama. Melalui media, budaya makan minum ala barat disokong dan
diamalkan lantaran menghasilkan Coca-colanization, Kentuckynization,
McDonaldization dan seumpamanya.

          Pada masa kini industri hiburan tempatan banyak sekali dipengaruhi oleh
trend-trend budaya hiburan ala Hollywood atau Bollywood yang bersifat keterlaluan
bila diukur dari kacamata agama Islam dan nilai-nilai moral yang murni.  Industri
hiburan swasta di kota-kota besar juga membenarkan minuman keras digunakan
oleh para pelanggan tanpa mempedulikan sama ada mereka itu Muslim atau bukan
Muslim.  Konsert-konsert anjuran pihak industri swasta sering mengundang para

21
penghibur dari Barat atau Timur yang mendedahkan budaya bebas lepas mereka
kepada generasi muda Islam di tanah air kita.  Para penghibur tempatan pula suka
meniru gaya-gaya baru yang dibawa dari luar.  Lambat laun identiti budaya liberal ala
Barat atau Bollywood akan menjadi lebih berpengaruh dalam masyarakat Islam di
kota.  Akhirnya generasi muda Islam tidak lagi tahu menghargai nilai kesederhanaan
dan tata susila Islam dalam berhibur sama ada melalui sukan, nyanyian, tarian,
teater, filem atau TV.

          Saluran-saluran hiburan dan media massa yang dimiliki oleh orang Islam atau
kerajaan yang berpandukan pendekatan hadhari memikul tanggungjawab moral
dalam menghidangkan program atau iklan-iklan hiburan yang tidak melibatkan
perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral. 
Filem-filem dan program-program TV yang dibanjiri oleh filem-filem Hollywood,
Bollywood atau Hong Kong yang membawa mesej keganasan dan keseronokan
nafsu merupakan cabaran kepada keutuhan budaya dan moral masyarakat Islam
hadhari kerana kandungan mesej dan nilai-nilai yang ditonjolkan itu jelas berlawanan
dengan nilai-nilai kesopanan dan ketamadunan dalam pendekatan Islam hadhari. 

Pihak media Barat pula sentiasa menyiarkan laporan berbentuk negatif terhadap
orang-orang Islam dan Asia. Keadaan ini dapat dilihat melalui penonjolan perilaku
para pemimpin Islam yang berkuasa bagi membuktikan yang orang-orang Islam dan
Asia ini tidak bertamadun. Sebagai contoh, Suharto (bekas Presiden Indonesia)
dikatakan telah mengarahkan tentera Indonesia menembak kearah rakyat yang
menunjuk perasaan di Tanjung Periuk dan Acheh kerana dituduh cuba
menggulingkan kerajaan pimpinan beliau. Dalam situasi ini, media barat telah
memutarbelitkan fakta bagi menonjolkan perilaku negatif pemimpin Islam dan Asia.

Satu perkara yang menghairankan berlaku pada hari ini, hasil perkembangan
globalisasi dan teknologi penyiaran moden, lahir satu generasi remaja yang terdiri
dari seluruh dunia, yang amat taksub dan terpengaruh dengan ikon-ikon hiburan
yang terdapat di Barat. Tidak ketinggalan juga diperkatakan mengenai ikon-ikon
bolasepak di Eropah yang menguasai jiwa remaja-remaja di dunia, termasuk yang
beragama Islam.

22
Mesej yang kita perolehi hari ini dari industri hiburan antarabangsa ialah kita
harus ketepikan segala norma dan nilai yang menyekat kebebasan kita untuk
melakukan apa saja yang dapat memberikan keseronokan nafsu kepada kita sama
ada dengan dadah, minuman keras, hubungan seksual atau pergaulan bebas yang
bersifat erotik.  “Just Do It” menjadi slogan baru untuk kebebasan tanpa batas
agama, budaya atau moral.

Konklusinya, wadah globalisasi kini merupakan agenda penyebaran unsur-unsur


dominasi tamadun Barat terhadap pelbagai aspek kehidupan manusia. Kekuatan
Barat yang diterajui oleh Amerika Syarikat berjaya menguasai politik dunia dan
media massa nampaknya semakin mengikis peradaban manusia. Dunia seolah-olah
sedang manunggu penyelamat dan pembimbing seluruh umat manusia bagi
mengeluarkan mereka dari belenggu dan cengkaman pihak kuasa besar Barat yang
tidak tahu menilai dan menghargai erti ketamadunan. Barat mementingkan diri
sendiri dengan melancarkan serangan membuta tuli keatas mana-mana pihak yang
tidak bersengkongkol dengan mereka tanpa menghiraukan nilai-nilai kemanusiaan
dan pandangan semesta masyarakat sejagat.

23
3.0 ISLAM HADHARI

Dari segi istilah, perkataan “hadhari” membawa maksud “yang bertamadun” atau
Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai
“Civilizational Islam”, dan dalam Bahasa Arab sebagai “Al-Islam al-Hadhari”.
Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah “Suatu pendekatan
pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh,
berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam”. Sebagai huraian kepada takrif di
atas bahawa pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan
menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi’e atau terpisah-pisah seperti
Islam bersifat politik (Islam al-Siyasi), Islam bersifat tasawwuf (Islam al-Sufi) dan
seumpamanya.

Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada
kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan
mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti
ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya meterialisme,
krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran. Pendekatan Islam Hadhari, tidak
menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan
hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak
kepada pembinaan tamadun yang luhur. Prinsip Islam Hadhari menekankan
pendekatan baru ke arah pembangunan dan kemajuan masyarakat dan juga negara.
Istilah hadhari (hadir, bertamadun, terkehadapan, maju, terkini dan berkembang)
dalam konteks Malaysia mencakupi pembangunan, pencapaian dan pemerolehan
dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan, yang baik, halus, sopan santun
bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi
individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah
masyarakat atau negara bangsa yang maju dan menyumbang kepada agama,
masyarakat dan negara yang cemerlang, gemilang lagi terbilang.

Malaysia percaya bahawa agama oleh membawa kepada kebaikan,


pembangunan dan kemajuan. Mantan Perdana Menteri Kelima menegaskan bahawa
cara untuk mencapai semua ini adalah melalui satu pendekatan yang dipanggil
“Islam Hadhari” iaitu satu pendekatan ke arah tamadun Islam yang progresif yang

24
akan menjadikan orang Islam faham bahawa kemajuan disuruh untuk diraih oleh
Islam dan Semua nilai-nilai baik itu sudah pun terkandung dalam ajaran Islam yang
mulia. Kerajaan juga mementingkan pembangunan modal insan, pembinaan
keupayaan dan organisasi yang mengamalkan pembelajaran berterusan iaitu
pembelajaran sepanjang sepanjang hayat.

3.1 Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah

Keimanan dan ketakwaan dari segi konsepnya tidak harus dipisahkan antara
satu sama lain dan tidak harus dipisahkan di antara keyakinan atau kepercayaan
dengan amalan baik dan terpuji dan usaha mengupayakan manusia disamping
sentiasa menolak kerja-kerja keji atau tidak bermoral samada terhadap Penciptanya
atau sesama manusia dan alam sekitarnya kerana kedua-duanya mempunyai kaitan
makna yang tidak dapat difahami secara berasingan. Kerana makna keimanan dan
ketakwaan adalah saling melengkapi iaitu kepercayaan yang menghasilkan
pemeliharaan jati diri manusia. Di dalam al-Quran pun didapati firma Allah swt yang
menggabungkan di antara keimanan dan ketakwaan sebagai syarat dan asas untuk
mendapatkan keredhaan Allah, keselamatan hidup dan ganjaran pahala di hari
akhirat, seperti firman Allah swt yang bermaksud

“Sekiranya mereka beriman dan bertakwa, pastilah ganjaran pahala di sisi Allah
adalah lebih baik (bagi mereka)”

(al-Baqarah:103)

Kesimpulan maksud firman Allah swt di atas, secara jelas menghubungkaitkan


keimanan dan ketakwaan dan menjadikan kedua-duanya sebagai dua serangkai
yang tidak dapat dipisahkan termasuk dari sudut pengertian dan pemahamannya.

Dengan demikian, jelaslah bahawa keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt
merupakan prinsip hidup umat manusia yang mempunyai tujuan untuk memperolehi
bimbingan, hidayah, pertolongan Allah swt dalam membangun dan memajukan
kehidupan mereka di atas dunia ini agar mereka mendapatkan kebahagiaan hidup di
dunia dan keselamatan di akhirat. Dari sudut terminologi, iman jika digunakan secara
bersendirian, maka ia mengandungi makna takwa. Begitu juga sebaliknya jika
perkataan takwa diguna secara bersendirian ianya mengandungi makna iman. Dan

25
jika disebut dua-dua maka keduanya mengandungi erti yang berbeza tetapi saling
melengkapi.Dalam konteks umat Islam, sudah tentu makna keimanan dan
ketakwaan kepada Allah swt adalah usaha mengaplikasikan ajaran Islam dalam
kehidupan seharian mereka. Disamping itu, mereka memelihara kemurnian akhlak
dan moral kemanusiaan serta pengiktirafan yang seadil-adilnya sesama manusia
dan makhluk seluruhnya sehingga orang yang bukan muslim pun merasa terhormat
dan terjamin keselamatannya hidup bersama umat Islam.

Penampilan umat Islam yang beriman dan bertakwa sudah tentu selari dengan
konsep “ummatan wasatan” (umat yang bersikap sederhana). Di mana umat Islam
sentiasa memberi contoh yang terbaik dan unggul dalam melaksanakan aktiviti
kehidupan mereka. Amalan dan sikap hidup mereka sentiasa mencerminkan nilai-
nilai murni yang mereka percaya dan beramal dengannya. Manusia yang beriman
dan bertakwa adalah manusia yang sentiasa optimistik, berfikiran terbuka dan
memiliki kekuatan jiwa dan emosi yang terkawal untuk mengerjakan yang terbaik
bagi diri, keluarga, masyarakat, negara dan makhluk sejagat. Disamping itu, mereka
juga memiliki kemampuan menyaring dan menapis semua perkara atau budaya yang
bercanggah dengan norma dan nilai agamanya. Kerana iman dan takwanya kepada
Allah membimbingnya ke jalan yang lurus bagi melakukan perkara-perkara yang
bermanfaat, oleh sebab keimanan itulah menjadi sumber pelbagai kebaikan.
Sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw dalam hadis, riwayat Bukhari dan
Muslim; yang bermaksud

“Keimanan itu memiliki 60 cabang kebaikan, sifat malu adalah satu


daripadanya”.

Disamping rasa malu melakukan kesalahan dan penyelewengan, sifat kasih dan
cinta kepada orang lain adalah juga bahagian yang utama daripada keimanan.
Rasulullah saw pernah menerangkan bahawa

“Tidak beriman di antara kamu melainkan ia mengasihani saudaranya


sepertimana ia mencintai dirinya sendiri”

Oleh yang demikian, manusia yang memiliki keimanan dan ketakwaan kepada
Allah swt akan sentiasa berkata yang benar, hormat kepada orang lain dan
memperbaiki hubungan kemasyarakatannya tanpa mengira unsur keturunan ataupun

26
golongan dan agama, dan sentiasa berusaha tidak akan menjerumuskan diri dalam
kecelakaan dan kesengsaraan. Demikianlah makna keimanan dan ketakwaan
kepada Allah menurut perspektif al-Quran, Hadis dan Ulama Islam ia telah
ditetapkan menjadi prinsip pertama kepada pendekatan Islam Hadhari yang boleh
dipastikan sebagai unsur dalaman manusia dan tindakan luaran secara sepadu yang
perlu difahamai secara luas mengikut kefahaman Islam sebenar.yang perlu difahami
secara benar mengikut kefahaman Islam sebenar. Islam Hadhari memberi tekanan
kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu
peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha
mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan,
pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Mempertingkatkan mutu
kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan
sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi
melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia,
jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.

Islam Hadhari bukanlah agama baru dan bukan juga ajaran baru. Islam Hadhari
bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat
Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis
yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara
ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana
umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab
melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan
dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya
tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan
mengikut masa dan mengikut tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai
pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan
menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi,
diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang
komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk
menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

27
3.2 Keutuhan Budaya dan Moral

Mesej risalah Nabi Muhammad saw menampilkan signifikan manusia berbudaya


positif dan moral yang tinggi. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud

“Bahawasanya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak (budaya dan


moral) yang mulia”.

Prinsip-prinsip Maqasid Al-Syariah pula menumpukan perhatian kepada


penyempurnaan akhlak yang lebih komprehensif termasuk pemeliharaan, keutuhan
dan pembaikan agama, akal, nyawa (jiwa), hartabenda dan keturunan zuriat. Asas
pembentukan dan kemajuan tamadun ialah berakhlak mulia dan berbudi pekerti
tinggi yang selari dengan amalan beragama dan akhirnya membentuk pandangan
semesta masyarakat. Penghayatan beragama memastikan kesinambungan dan
keutuhan tamadun. Melalui pendekatan Islam Hadari, kerajaan memandang serius
kepada gejala sosial pada semua peringkat dalam masyarakat.Nilai-nilai budaya dan
moral yang tinggi amat penting untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang
utuh,kuat lagi berjati diri.Nilai-nilai budaya dan moral disandarkan kepada ajaran
agama islam yang menyeru kepada kebaikan dan menentang keburukan.Melalui
pendekatan Islam Hadhari,kerajaan dibawah pimpinan Mantan Perdana Menteri
Kelima Malaysia Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berusaha agar budaya
dan moral masyarakat dapat dipermantapkan dan menyumbang kepada kemajuan
dan pembangunan negara.Kerajaan bukan sahaja menumpukan perhatian kepada
kemajuan fizikal bahkan mementingkan juga kemajuan spiritual.

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum mestilah bersama-sama memerangi


elemen negatif budaya dan pemikiran Barat yang bertentangan dengan nilai agama
dan ketimuran. Budaya dan moral bangsa Malaysia mestilah dipertahankan demi
keutuhan budaya kebangsaan dan menghalang ia daripada dicemari oleh budaya
yang merosakkan akhlak dan moral serta budi bahasa rakyat Malaysia. Budaya dan
moral yang kuat lagi jitu adalah pemangkin dalam usaha kita menjadi negara maju
dan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Nilai-nilai murni dan budi bahasa rakyat
Malaysia adalah di antara identiti rakyat Malaysia yang mesti dipertahankan
walaupun kita sudah moden dan membangun. Ketua keluarga mestilah memastikan
keutuhan budaya dan moral ahli keluarga masing-masing. Pemimpin masyarakat
pula bertanggungjawab terhadap masyarakat masing-masing. Kerajaan ingin

28
wujudkan masyarakat yang mempunyai personaliti unggul (towering personality)
agar bangsa Malaysia dapat duduk dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa
lain. Personaliti unggul terletak pada diri dengan kekuatan hemah yang tinggi,
berilmu pengetahuan tinggi, tinggi pencapaian, ketokohan dan keintelektualan.

Salah satu prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya
keutuhan budaya dan ketinggian akhlak. Dalam usaha meningkatkan kemajuan
negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan
sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak
yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan
dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu dihormati dan
disegani. Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi akan berjalan seiring
dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum.
Namun gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam
masyarakat Malaysia semasa, merupakan satu cabaran besar kepada pelaksanaan
Pendekatan Islam Hadhari. Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan
ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang
luhur. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan
daripada nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur.

Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan empayar Romawi yang begitu
hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah
dalam masyarakat dan negara. Usaha-usaha bagi memperkasakan budaya harus
seiring dengan nilai-nilai murni yang luhur dan boleh mengukuhkan nilai-nilai
ketamadunan ummah. Dengan itu, Kerajaan telah menubuhkan Institut Integriti
Malaysia (IIM) dan melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dalam usaha
membudayakan integriti di kalangan masyarakat sesuai dengan cabaran keempat
Wawasan 2020 iaitu “..membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan
etikanya,dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang
utuh,dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”

Tuntasnya, pendekatan Islam Hadhari tidaklah bercanggah dengan ajaran islam


bahkan ia membawa kebaikan bukan sahaja kepada pembangunan agama bahkan
pembangunan masyarakat dan negara.Proses pembangunan negara sejak dahuku
sehingalah sekarang mempunyai falsafah pendekatan Islam Hadhari sebenarnya.

29
Pendekatan Islam Hadhari akan menjadi pemankin ke arah pencapaian wawasan
2020 dan melahirkan masyarakat Malaysia yang kuat, bersatupadu dan maju serta
bertamadun tinggi.

30
4.0 RUMUSAN

Konklusinya, Tamadun Islam yang sedari dahulu lagi berkembang pesat


sehingga sekarang telah membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan
seharian umat manusia. Contohnya, kita dapat lihat melalui negara kita sendiri.
Sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, pelbagai agama lain yang bertapak
dan memberi pengaruh yang berbeza. Namun, manusia masih lagi tercari-cari
agama sebenar yang boleh dijadikan satu pegangan yang kukuh. Dengan
kedatangan Islam, membawa satu sinar yang baru yang memandu manusia kepada
kebenaran yang dicari. Maka, segala budaya animisme, ateisme dan agama-agama
lain turut tertarik dengan keindahan yang dibawa oleh Islam. Pada waktu itu juga,
kita dapat lihat bagaimana Islam menjadi tamadun yang gah di dunia. Disamping itu,
tamadun-tamadun lain juga turut menghormati dasar dan prinsiup yang diamalkan
oleh Tamadun Islam. Dasar keterbukaan yang diamalkan disenangi semua pihak

Namun, setelah bermulanya satu proses yang diberi nama globalisasi ataupun
dunia tanpa sempadan. Seolahnya, segalanya menjadi kucar-kacir. Perkara ini turut
dipersetujui oleh pemerhati-pemerhati antarabangsa terutamanya dari kalangan yang
mereka yang cintakan alam. Mereka berpendapat globalisasi telah menjadikan
manusi lupa untuk menjaga alam sekitar dek kerana berlumba-lumba mengejar arus
pemodenan dan pembangunan. Dek arus globalisasi juga, kebnayakan tamadun-
tamadun yang ada semakin runtuh dan pupus dan masyarakat dunia berfokuskan
kepada satu sahaja. Apa yang ketara di sini ialah menuju ke arah barat. Mereka
membaratkan segala apa yang mereka ada. Baik dari susut sosial mahupun media.
Hampir kesemuanya menggunakan acuan barat. Bukanlah untuk mengkritik ataupun
menyalahkan barat seratus peratus. Namun, itulah hakikat yang sedang melanda
negara kita.

Menyedari akan hakikat tersebut, mantan Perdana Menteri kita Dato’ Seri
Abdullah Ahmad Badawi telah mengambil inisiatif memperkenalkan Islam Hadari
yang bertujuan melaksanakan pengurusan negara mengikut landasan yang betul
tanpa melanggar hukum syarak. Sebagai sebuah negara merdeka berdaulat dan
agama Islam adalah agama rasmi, Malaysia ingin menjadi sebuah negara Islam
contoh  yang maju  dalam segala aspek kehidupan mengikut acuan sendiri.
Pelaksanaan Islam Hadhari amat bertepatan dengan objektif ini di mana  ia memberi

31
penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada  peradaban yang
diadun dengan pegangan Islam di smaping memberi fokus kepada usaha
memepertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan,
pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Pendekatan Islam Hadhari yang
diperkenalkan oleh kerajaan merupakan satu perancangan strategik yang tepat
untuk menggembalikan kegemilangan ummah sebagai mana yang dicapai di zaman
kecemerlangan Islam lampau. Kecemerlangan yang dilakukan oleh ulama silam
sehinggakan dikagumi oleh Barat  menunjukkan bahawa Islam berpotensi untuk
mencipta kecemerlangan. Pembangunan modal insan dapat merealisasikan
kejayaan Islam Hadhari dengan disokong oleh kerjasama erat semua pihak.

32
5.0 BIBLIOGRAFI

Rujukan

Ahmad Zaki Abd Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2009), Buku Revisi
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Oxford Fajar Sdn. Bhd, Selangor
Darul Ehsan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1994) Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

Mohd. Liki Hamid. (2002): Pengajian Tamadun Islam: Sejarah, Pencapaian dan
Masa Depannya. PTSPublications & Distributor Sdn. Bhd.

Nota kuliah Tamadun Islam dan Asia Tenggara (TITAS).

Zulkifli Mohamad, Nasruddin Yunos, Mohamad Sabri Haron. (2006): Tamadun Islam
& Tamadun Asia (TITAS). Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Sumber

http://rujuknota.blogspot.com

33

You might also like