You are on page 1of 11

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH

REKAAN DAN
JAHITAN PAKAIAN

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
2002
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung


cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih
erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan


menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

ii
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm

PENDAHULUAN

Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah satu daripada mata pelajaran


elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini digubal
untuk melahirkan murid yang berketerampilan dalam bidang
pembuatan pakaian. Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah lanjutan
dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini
merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah
mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam semangat
keusahawanan di kalangan murid dalam industri pakaian.

Rekaan dan Jahitan Pakaian merangkumi tiga unsur utama iaitu


mereka pakaian, mendraf dan mengubahsuai pola, dan menjahit
pakaian. Penekanan diberi kepada kreativiti murid dalam
menghasilkan pakaian seperti blaus, kemeja, skirt, slek dan baju
tradisional. Murid menguasai kemahiran proses menjahit dan
menggunakan alatan tangan serta mesin jahit. Di samping itu
peraturan keselamatan juga dipatuhi dan diamalkan semasa amali.
Murid mengenal pasti, memilih, mengguna bahan jahitan dan hiasan
pada pakaian serta membuat pengiraan kos.

Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai


kecenderungan dan minat menceburkan diri dalam industri pakaian.
Dengan kemahiran asas yang diperoleh murid boleh menjalankan
perniagaan sendiri sebagai tukang jahit atau bekerja di industri
pakaian.

1
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk


melahirkan murid yang kreatif dan berkemahiran dalam mereka dan menjahit
pakaian dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta
boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi
penyumbang tenaga kerja mahir di industri pakaian.

OBJEKTIF

Kurikulum Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk membolehkan


murid :

1. Menjahit pelbagai jenis pakaian seperti blaus, skirt, seluar dan


baju tradisional

2. Mendraf pola asas badan, lengan dan skirt

3. Mengubahsuai pola asas dan mendraf pola pakaian mengikut


stail pakaian yang direka

4. Memilih fabrik mengikut stail pakaian dari segi corak, warna dan
tekstur

5. Mengaplikasikan bahan jahitan dan hiasan yang sesuai pada


pakaian

6. Membuat pengiraan kos pakaian yang dijahit

7. Menggunakan alatan dan bahan mendraf

8. Mereka bentuk dan menghasilkan pakaian rekaan sendiri

9. Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan


berkesan

10. Menyediakan rancangan perniagaan dalam projek kerjaya.

2
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm

ORGANISASI KANDUNGAN

Mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian diolah dalam empat bidang
pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan kepada unit
pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan senarai
unit pembelajaran dalam empat bidang pembelajaran ini adalah seperti
berikut :

1. Pola Asas Pakaian

Dalam bidang pembelajaran ini murid menggunakan alatan


dan bahan mendraf, mengamalkan teknik mengambil ukuran
badan serta membuat pengiraan pembahagian ukuran mengikut
formula. Murid mendraf pola asas pakaian serta mengenal pasti
dan menggunakan tanda pola.

1.1 Alatan dan bahan mendraf

1.2 Ukuran badan

1.3 Draf pola asas pakaian

a. Pola asas badan

b. Pola asas lengan

c. Pola asas skirt

2. Kemahiran Menjahit Pakaian

Melalui bidang pembelajaran ini murid mempraktikkan kemahiran


menjahit pelbagai jenis pakaian dengan mengikut urutan proses
jahitan. Murid mengubahsuai pola asas dan mendraf pola pakaian.
Mereka mengaplikasikan kreativiti untuk menghias pakaian yang
dijahit mengikut perkembangan fesyen. Murid juga membuat
pengiraan kos bagi setiap pakaian yang dijahit.

3
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm

2.1 Blaus longgar

a. Ciri

b. Draf pola

c. Fabrik

d. Bahan jahitan dan hiasan

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

f. Proses menjahit blaus

g. Pengiraan kos

2.2 Kemeja

a. Ciri

b. Draf pola

c. Fabrik

d. Bahan jahitan dan hiasan

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

f. Proses menjahit kemeja

g. Pengiraan kos

2.3 Skirt berlisu

a. Ciri

b. Draf pola

c. Fabrik

d. Bahan jahitan dan hiasan

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

4
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm

f. Proses menjahit skirt berlisu

g. Pengiraan kos

2.4 Skirt selisih

a. Ciri

b. Draf pola

c. Fabrik

d. Bahan jahitan dan hiasan

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

f. Proses menjahit skirt selisih

g. Pengiraan kos

2.5 Sarung susun

a. Ciri

b. Draf pola

c. Fabrik

d. Bahan jahitan dan hiasan

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

f. Proses menjahit sarung susun

g. Pengiraan kos

2.6 Seluar berkasing

a. Ciri

b. Draf pola

c. Fabrik

5
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm

d. Bahan jahitan dan hiasan

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

f. Proses menjahit seluar berkasing

g. Pengiraan kos

2.7 Slek

a. Ciri

b. Draf pola

c. Fabrik

d. Bahan jahitan dan hiasan

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

f. Proses menjahit slek

g. Pengiraan kos

2.8 Baju tradisional

a. Ciri

b. Draf pola

c. Fabrik

d. Bahan jahitan dan hiasan

e. Susun atur pola dan menggunting fabrik

f. Proses menjahit baju tradisional

g. Pengiraan kos

6
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm

3. Reka Bentuk dan Penghasilan Pakaian

Murid diberi peluang mereka dan menjahit sehelai pakaian


mengikut idea dan kreativiti sendiri. Murid mengaplikasikan
kemahiran yang telah dipelajari dalam bidang pembelajaran
Kemahiran Menjahit Pakaian.

3.1 Rekaan pakaian

a. Stail dan ciri pakaian

b. Fabrik

c. Bahan jahitan dan hiasan

3.2 Proses jahitan

a. Ukuran badan

b. Draf pola

c. Susun atur pola dan menggunting fabrik

d. Proses menjahit pakaian

e. Pengiraan kos

4. Pengurusan dan Keusahawanan

Murid mengurus kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan


berkesan. Mereka menyediakan rancangan perniagaan yang mudah
serta meminati bidang keusahawanan. Murid juga berkeyakinan dan
bersedia menerima tempahan pakaian. Pakaian yang telah dihasilkan
diperagakan semasa hari keraian sekolah.

4.1 Pengurusan di tempat kerja

a. Pengurusan yang baik

b. Etika dan budaya kerja

7
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm

c. Peraturan dan undang-undang kerja

d. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri pakaian

4.2 Keusahawanan

a. Kemahiran berkomunikasi

b. Kemahiran membuat keputusan


c. Rancangan perniagaan

d. Agensi yang membantu usahawan

e. Pemasaran

f. Peluang kerjaya dalam industri pakaian

4.4 Projek kerjaya

a. Tempahan pakaian

b. Peragaan hasil jahitan

You might also like