Sukatan Pelajaran Akuakultur dan Haiwan Rekreasi KBSM
1
PENDAHULUAN
Akuakultur dan Haiwan Rekreasi adalah satu daripada mata pelajaran elektif yang ditawarkan disekolah menengah akademik harian untuk tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah. Murid yang mengikuti mata pelajaran ini berkebolehan menguasai kemahiran asasmenjalankan ternakan akuakultur dan haiwan rekreasi. Mata pelajaran Akuakultur dan HaiwanRekreasi adalah lanjutan dan peluasan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolahmenengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan kearah penyediaan murid sebagai tenaga kerja yang berketrampilan dalam industri pengeluaranternakan akuakultur dan haiwan rekreasi. Mereka ini diharapkan dapat mengamalkan sikap danbudaya kerja yang positif dan peka terhadap isu dan perkembangan dalam industri ini.Dalam bidang ternakan akuakultur, murid mempelajari teknik asas membuat pembenihan, melakukanasuhan anak ikan dan menternak ikan sehingga ianya boleh dipasarkan. Semasa inilah muridmenguasai kemahiran membuat pemilihan ikan untuk dijadikan induk dan pengurusan ternakan.Dalam bidang haiwan rekreasi pula, murid mempelajari teknik asas pemilihan baka, pengurusan danpembiakan haiwan rekreasi. Murid menguasai kemahiran mengendali dan mengekang haiwanrekreasi serta mengenal pasti tanda-tanda haiwan sakit dan membuat rawatan mudah. Mereka jugaperlu menguasai kemahiran menyediakan tempat atau perumahan, makanan, peralatan danaksesori untuk haiwan yang berkaitan.Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai minat dan kecenderungan dalambidang ternakan akuakultur dan haiwan rekreasi. Dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalamanyang diperoleh, murid boleh menjalankan perniagaan sendiri atau bekerja di taman rekreasi, kedaihaiwan, klinik haiwan atau zoo.
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Akuakultur dan Haiwan Rekreasi adalah untuk melahirkan murid yangberkemahiran dan produktif dalam membuat pembenihan, pembiakan, pemeliharaan danpengeluaran ternakan akuakultur dan haiwan rekreasi dengan mengamalkan budaya kerja yang baikdan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbangkepada tenaga kerja mahir di industri ternakan akuakultur dan haiwan rekreasi.
OBJEKTIF
Kurikulum Akuakultur dan Haiwan Rekreasi adalah untuk membolehkan murid:1. Memilih induk ikan untuk pembenihan dan penetasan2. Memelihara dan mengurus ternakan ikan hiasan dan ikan makan3. Memilih jenis dan baka, membiak dan memelihara haiwan rekreasi4. Menyediakan perumahan, makanan, peralatan dan aksesori untuk ternakan akuakultur danhaiwan rekreasi5. Mengesan tanda-tanda awal ikan dan haiwan rekreasi yang berpenyakit dan membuatrawatan mudah6. Mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan amali ternakan akuakultur danhaiwan rekreasi7. Membuat pengiraan kos8. Mengamalkan etika kerja dalam ternakan akuakultur dan pengendalian haiwan rekreasi9. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi dengan berkesan.
Add a Comment