/  5
 
 1
 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
SUKATAN PELAJARANKURIKULUM BERSEPADUSEKOLAH MENENGAH
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2003.
PENDAWAIAN DOMESTIK
 
 
Sukatan Pelajaran Pendawaian Domestik KBSM
1
 PENDAHULUAN
Pendawaian Domestik ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengahatas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Murid yang mengikuti mata pelajaranini menguasai kemahiran asas memasang pendawaian rumah dengan aplikasi teori asas yangberkaitan. Pendawaian Domestik adalah lanjutan dan peluasan mata pelajaran Kemahiran HidupBersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usahaKementerian Pendidikan ke arah persediaan murid sebagai tenaga kerja yang berketrampilan dalammenempuh alam pekerjaan di industri pembinaan.Dalam mata pelajaran ini, murid menguasai kemahiran menggunakan alat tangan dan peralatan ujianserta cara melakukan pemeriksaan dan pengujian pendawaian domestik. Penekanan diberi kepadaamali murid dalam pendawaian permukaan, pembuluh dan selongsong. Murid dilatih kemahiranmembaca dan mentafsir cetakan biru serta membuat lukisan skematik pelan rumah. Denganmengaplikasikan prinsip asas pemasangan litar elektrik, mereka melakukan kerja amalimenyambung, memasang dan menyenggara pendawaian serta membaik pulih pelbagai kerosakanlitar. Amalan keselamatan diutamakan dalam segala kerja pendawaian dengan mengikut peraturanantarabangsa Institute of Electrical Engineers(IEE) dan peraturan Akta Bekalan Elektrik 1990 (ABE).Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai kecenderungan dan minatmenceburkan diri dalam bidang pendawaian elektrik. Dengan kemahiran dan pengalaman yangdiperoleh, murid boleh bekerja dalam industri pembinaan sebagai juruelektrik atau memajukan diri diperingkat kemahiran yang lebih tinggi sebagai pendawai fasa tunggal PW1 (q
ualified single phasewireman
) dan pendawai fasa tiga PW3 (q
ualified 3 phase wireman
).
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendawaian Domestik adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiranmemasang, menyenggara dan membaik pulih pendawaian elektrik rumah dengan mengamalkanlangkah keselamatan dan budaya kerja yang baik serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atauberupaya menjadi penyumbang tenaga kerja dalam bidang pendawaian elektrik.
OBJEKTIF
Kurikulum Pendawaian Domestik adalah untuk membolehkan murid :1. Mengenal pasti sistem pendawaian di Malaysia2. Mendawai pendawaian domestik fasa tunggal3. Memasang alat perlindungan pendawaian4. Memasang alat lengkap pendawaian5. Melakukan kerja pemeriksaan dan pengujian pemasangan6. Memeriksa, mengesan dan membaiki kerosakan pendawaian7. Mentafsir dan melukis lukisan elektrik8. Membezakan jenis dan saiz kabel pendawaian9. Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas serta budaya kerja yang baik10. Menyediakan rancangan perniagaan mudah dan berkomunikasi dengan berkesan.
 
Sukatan Pelajaran Pendawaian Domestik KBSM
2
 
ORGANISASI KANDUNGAN
 Mata pelajaran Pendawaian Domestik diolah dalam empat bidang pembelajaran. Setiap bidangpembelajaran dibahagikan kepada unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsidan senarai unit pembelajaran dalam empat bidang pembelajaran ini adalah seperti berikut :
1. Asas Pendawaian Domestik
Dalam bidang pembelajaran ini murid mempelajari sistem pendawaian domestik danpendawaian industri yang terdapat di Malaysia, jenis kabel dan alat lengkap serta perantiperlindungan pendawaian. Seterusnya mereka mempraktikkan pelbagai kerja pendawaian.Penjagaan keselamatan sentiasa diamalkan dengan rujukan peraturan IEE dan STM.1.1 Pengenalana. Perkembangan pendawaian domestikb. Prospek kerjayac. Peranan Institute of Electrical Engineers (IEE) dan Akta Bekalan Elektrik 1990(ABE)1.2 Amalan keselamatana. Kepentingan amalan keselamatanb. Punca dan kesan kemalanganc. Peraturan keselamatan bengkeld. Kod keselamatane. Pertolongan cemasf. Alat pemadam api1.3 Amalan budaya kerjaa. Pengurusan yang baikb. Etika dan budaya kerjac. Peraturan dan undang-undang kerjad. Pemeliharaan alam sekitar dalam bidang elektrik di industri pembinaan1.4 Sistem pendawaian di Malaysiaa. Pendawaian domestikb. Pendawaian industric. Peraturan IEE dan ABE1.5 Jenis dan saiz kabel pendawaian domestika. Pengalir b. Penebatc. Saiz dan kadaran kabeld. Peraturan IEE dan ABE

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...