Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
27Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peranan Pendidikan Kepada Negara (HUD)

Peranan Pendidikan Kepada Negara (HUD)

Ratings: (0)|Views: 5,445|Likes:
Published by ct_nurhidayahzul

More info:

Published by: ct_nurhidayahzul on Feb 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

08/16/2013

pdf

text

original

 
Peranan Pendidikan Kepada Negara 
Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan boleh dianggapsebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran serta penduduknya. Merujuk kepada Malaysia, proses awal pembinaan negara bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik. Usaha-usaha secara intensif bagi mencapai matlamat mula dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamatyang lebih jelas pula hanya muncul ekoran pengenalan Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1991. Wawasan yang menekankan terhadap keperluan wujudnya bangsa Malaysia yang mantap mula diberikan perhatian yang lebih serius oleh pelbagai pihak.Pembinaan negara bangsa Malaysia berdasarkan acuan sendiri harus dilaksanakan melalui pelbagai saluran. Salah satu dari saluran terpenting ialah pendidikan memandangkan bidangini berperanan sebagai agenda utama untuk membentuk perpaduan masyarakat dan seterusnyamencorakkan pembentukan negara bangsa. Sehubungan itu, pendidikan sejarah memainkan peranan penting sebagai mekanisme bagi mencapai matlamat tersebut. Memang tidak dapatdinafikan, sejarah ibarat guru kepada seluruh manusia untuk memahami, mempelajari danmengambil iktibar dari kejadian masa lampau. Tanpa sejarah, manusia akan hilang pedomanibarat kapal tanpa nakhoda di tengah-tengah lautan luas. Sejarah juga membolehkan kita bersifat yakin pada diri sendiri serta berbangga terhadap bangsa dan negara. Ahli – ahlisejarah mengangkat kepentingan sejarah sebagai hakikat kepada kesinambungan sesebuahmasyarakat dan ia diperlukan sebagai panduan bagi memastikan perjalanan masa depanmenjadi lebih terarah. Ringkasnya, sejarah berperanan menjadikan seseorang itu berfikir secara sedar tanpa melibatkan unsur-unsur yang melampau dari batas sebenarnya. Pendidikan pula akan dilihat sebagai alat bagi mencapai tujuan tersebut khususnya melalui tinjauanterhadap perkembangan Dasar Pendidikan Negara.Seterusnya ialah peranan pendidikan dalam membangunkan ekonomi negara. MenurutWilliam Schweke di dalam buku nya yang berjudul Smart Money: Education and EconomicDevelopment (2004), menyatakan bahawa, pendidikan bukan sahaja akan melahirkan sumber daya manusia yang berkualiti, memiliki pengetahuan dan keterampilan, serta menguasaiteknologi, tetapi pendidikan juga dapat menumbuhkan iklim peniagaan yang sihat dankondusif bagi pertumbuhan ekonomi di dalam negara.Kerana itu bidang pendidikan bukan sahaja memberi faedah kepada seseorangindividu, tetapi juga memberikan faedah kepada komuniti peniaga dan masyarakat umum.
 
Pencapaian pendidikan pada semua tahap akan meningkatkan pendapatan dan produktivitimasyarakat. Pendidikan merupakan jalan menuju kemajuan dan pencapaian kesejahteraansosial serta meningkatkan ekonomi negara, sedangkan kegagalan dalam pendidikan akanmelahirkan pelbagai masalah dalam negara contohnya seperti masalah pengangguran, peningkatan kes jenayah dan penyalahguaan dadah yang akan menjadi beban kepada kerajaandan menjadi gangguan kepada masyarakat. Negara Korea merupakan contoh terbaik dalammembuktikan peranan pendidikan terhadap pembangunan dan peningkatan ekonomi negara.Pada asalnya Korea merupakan negara yang kurang maju di dalam pertumbuhan ekonomi. Namun, melalui pendidikan,mereka dapat meningkatkan ekonomi negara mereka ke persadadunia.Pendidikan juga berperanan dalam membangunkan sains dan teknologi negara.Penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat perlu. Negara Malaysaia perlu melahirkantenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanyatetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan. Pendidikan sebagai satu institusisosial memainkan peranan yang penting dalam penyediaan tenaga kerja pakar, teknikal dan profesional. Pendidikan juga dapat membentuk sikap, nilai serta set minda seperti bersediauntuk menerima perubahan, inovasi serta penggunaan sains dan teknologi dalam bidang kerjadan kehidupan seharian terutamanya di kalangan generasi muda. Dari segi pembentukansebuah negara, pendidikan menyediakan belia-belia untuk hidup sebagai warganegara yang baik. Melalui pendidikan,sains dan teknologi dapat di sampaikan kepada golongan belia inidan melalui pendidikan juga sains dan teknologi di dalam negara juga akan dapat dikembangkan selain ia dapat digunakan untuk kebaikan negara.Pendidikan bukan sahaja berperanan dalam segi sains dan teknologi sahaja, pendidikan juga berperanan dalam meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi dalamkalangan masyarakat sekali gus dapat melupuskan atau menghilangkan kadar buta huruf masyarakat. Hal ini merupakan peranan terpenting pendidikan kepada negara keranakebolehan membaca dan menulis merupakan asas yang utama dalam menjalani kehidupan dizaman yang serba moden ini. Pada zaman kini, seseorng individu tidak akan mendapat tempatsekiranya mereka tidak tahu membaca dan menulis. Melalui pendidikan, kemahiran membacadan menulis dapat dikembangkan. Setelah kemahiran ini dapat di kuasai, sebarang maklumatatau segala ilmu pengetahuan akan dapat di peroleh dan di fahami dengan mudah. Dengan ini,tidak dapat dinafikan bahawa peranan pendidikan berperanan meningkatkan kadar celik huruf 
 
dalam kalangn masyarakat. Kadar celik huruf yang tinggi dalam kalangan masyarakat jugamelambangkan tahap kebijaksanaan sesebuah negara.Selain itu pendidikan juga berperanan dalam mempengaruhi sosialisasi negara.Permasalahan sosial yang sedang meruncing kini seharusnya mendapat perhatian daripadasemua pihak. Samada secara sedar atau tidak, peningkatan kes-kes yang dikategorikan sebagaigejala sosial kini berada pada tahap yang agak membimbangkan. Ini dapat dibuktikan melalui pendedahan dan laporan harian media massa mengenai peningkatan kes-kes berkenaan. Setiaphari kita akan mendengar atau membaca berita serta liputan mengenai kes-kes gejala sosial.Dalam hal ini pendidikan berperanan dalam mencorakkan perkembangan dan pembentukanwatak seseorang bagi melahirkan individu yang baik. Sekolah adalah institusi penting dalam pembentukan nilai kerana para pelajar menghabiskan masa selama enam hingga lapan jamsehari di situ. Para pelajar tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang mempelajari nilai-nilai baru setiap hari dalam aktiviti yang dilakukan bersama. Mereka belajar tentang peraturan, menghormati, kasih sayang, etika dan kerjasama melalui silibus pendidikan yangdibentuk secara berhati-hati, diajar oleh guru yang terlatih dan melalui proses komunikasisetiap hari. Perkara pokok dalam pembentukan nilai ini ialah pendidikan nilai tidak bolehdihalang oleh sesiapa sahaja walaupun ia cuba berbuat demikian. Sebaliknya nilai ini perludidedahkan dengan sebaik-baiknya.Oleh itu sekolah merupakan institusi pendidikan formal yang menjadi agen bertanggungjawab memindahkan nilai-nilai masyarakat kepada kanak-kanak dan generasimuda. Kekuatan dan kehebatan sesuatu masyarakat dan negara banyak bergantung kepada perubahan nilai yang berlaku. Mahu ataupun tidak, pendidikan adalah faktor utama bagimembina dan menanam nilai-nilai positif yang akan mendorong kepada kemajuan sosialnegara. Pendidikan yang dilihat sebagai agen perubahan sosial wajar berkembang selaridengan perubahan ekonomi, politik dan teknologi semasa supaya nilai-nilai yang sedia ada boleh ikut selari dengan perubahan-perubahan tersebut.Golongan muda harus didedahkan dengan nilai-nilai yang baik dan diterima olehmasyarakat sejak kecil lagi. Walaupun keluarga adalah penentu masa depan anak-anak,dengan peningkatan masalah sosial hari ini yang melibatkan remaja, timbul persoalan samaada keluarga mempunyai cukup kekuatan bagi membentuk adab dan akhlak yang mulia padaanak-anak. Di sinilah peranan kerajaan yang harus bertanggungjawab mengatasi masalahsosial ini melalui pendidikan formal, penguatkuasaan dan pemulihan.

Activity (27)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Zahra Sharif liked this
Dato Ct liked this
Zainuddin Zidene liked this
Frans Chill liked this
chaiteikshen liked this
Apple Yap liked this
Nasir Saharudin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->