Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
9Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
P.Vokasional - Hiasan Dalaman Asas

P.Vokasional - Hiasan Dalaman Asas

Ratings:

5.0

(4)
|Views: 11,830|Likes:
Published by Sekolah Portal
P.Vokasional - Hiasan Dalaman Asas
P.Vokasional - Hiasan Dalaman Asas

More info:

Published by: Sekolah Portal on Nov 14, 2007
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

01/20/2011

pdf

text

original

 
 1
 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
SUKATAN PELAJARANKURIKULUM BERSEPADUSEKOLAH MENENGAH
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2003.
HIASAN DALAMAN ASAS
 
 
Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak KBSM
1
PENDAHULUAN
Hiasan Dalaman Asas merupakan satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolahmenengah akademik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran inidigubal untuk membekalkan murid dengan kemahiran asas dalam kerja pembinaan dn pemasangankemasan serta aksesori hiasan dalaman dengan menggunakan teknologi semasa. Mata pelajaran iniadalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolahmenengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah PendidikanKebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negaradengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang hiasan dalaman asas.Dalam mata pelajaran ini murid mempraktikkan kerja pembinaan pemasangan kemasan lantai,dinding ringan dan siling gantung. Kerja amali ini melibatkan pembacaan dan penterjemahan lukisankerja dan lukisan terperinci, penggunaan peralatan dan bahan kemasan, aplikasi pelbagai carapemasangan serta pengiraan kos. Di samping itu kemahiran untuk pemasangan aksesori dekoratif,hiasan perabot dan projek kerjaya juga dititikberatkan untuk mempertingkatkan daya kreatif murid.Penekanan juga diberi kepada amalan keselamatan dan etika kerja.Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai kecenderungan dan minatmenceburkan diri dalam industri alam bina. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperoleh,murid boleh bekerja sebagai kontraktor hiasan dalaman atau juru hias dalaman. Murid juga bolehmenjalankan perniagaan sendiri atau melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Hiasan Dalaman Asas adalah untuk melahirkan murid yang kreatif danberkemahiran dalam kerja pembinaan dan pemasangan kemasan lantai, dinding dan siling sertamempraktikkan teknik hiasan menggunakan aksesori dalaman dengan mengamalkan peraturankeselamatan dan budaya kerja yang baik, serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupayamenjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri alam bina.
OBJEKTIF
Kurikulum mata pelajaran Hiasan Dalaman Asas adalah untuk membolehkan murid :1. Memasang kemasan lantai jubin, lantai kayu, lantai sintetik dan lantai karpet2. Membina dinding ringan, memasang aksesori dinding dan hiasan dinding serta memasangkemasan dinding iaitu kemasan cat, kertas dinding, dinding berpanel dan dinding berjubin3. Membina pemasangan kemasan siling gantung iaitu siling
cement board 
, siling
gypsumboard 
, siling lepa, siling dekoratif, siling papan jalur dan siling logam jalur serta memasangaksesori siling4. Mengenal pasti aksesori hiasan dalaman dan memasang hiasan perabot, kelengkapantingkap dan pintu5. Mentafsir dan menterjemah lukisan kerja, lukisan terperinci serta arahan pembinaan danpemasangan kemasan hiasan dalaman6. Mengguna dan menyenggara peralatan dan mesin pemasangan kemasan7. Mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja
 
Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak KBSM
2
 
8. Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan9. Membuat pengiraan kos kerja hiasan dalaman10. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dalam bidang hiasan dalaman asas.
ORGANISASI KANDUNGAN
Mata pelajaran Hiasan Dalaman Asas ini diolah dalam tujuh bidang pembelajaran. Setiap bidangpembelajaran dibahagikan dalam unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsidan senarai unit pembelajaran ini adalah seperti berikut:
1. Pengurusan Bengkel
Pengurusan bengkel yang sistematik dan amalan peraturan keselamatan diberi penekanandalam bidang pembelajaran ini. Di samping itu murid juga mengamalkan etika kerja,peraturan dan undang-undang kerja serta berusaha memelihara alam sekitar di industri alambina. Murid melakukan kerja penyenggaraan beberapa alatan tangan dan mesin mudah alihserta pengurusan stok.1.1 Organisasi bengkela. Peraturan dan langkah keselamatanb. Rawatan kecemasanc. Mencegah kebakarand. Etika dan budaya kerjae. Peraturan dan undang-undang kerjaf. Pemeliharaan alam sekitar di industri alam bina1.2 Penyenggaraan peralatan dan pengurusana. Penyenggaraan alatan tangan dan mesin mudah alihb. Pengurusan stok
2. Asas Kemasan dan Hiasan Dalaman
Bidang pembelajaran ini merupakan pengenalan kepada kerja hiasan dalaman. Muriddiperkenalkan secara am proses yang terlibat dalam kerja hiasan dalaman, kerja pembinaandan pemasangan. Mereka juga diperkenalkan kepada kemahiran penggunaan bahan danperalatan, mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci serta menterjemah arahanpembinaan dan pemasangan. Murid mempraktikkan latihan membuat pengiraan kos projekhiasan dalaman.2.1 Pengenalan proses aliran kerja dalam bidang hiasan dalaman2.2 Kemahiran mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Subhi Azim liked this
Sofia Syiali liked this
Syirah Id liked this
Mega Donna liked this
fzu_zx liked this
ispiderz liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->