You are on page 1of 10

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH

PENDANDANAN RAMBUT
DAN PENJAGAAN MUKA

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2003.

1
Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM

PENDAHULUAN

Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di
sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini
membekalkan murid dengan kemahiran dalam solekan dan rawatan muka serta dandanan dan
rawatan rambut. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke
arah persediaan murid sebagai tenaga kerja yang berketrampilan dalam menempuh alam pekerjaan
di industri kosmetik dan kecantikan.

Mata pelajaran ini merangkumi dua unsur utama iaitu penjagaan muka dan dandanan rambut. Dalam
penjagaan muka, murid mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan beberapa jenis solekan muka,
rawatan dan rawatan khas muka untuk kulit normal, berminyak, kering dan kombinasi. Dalam
dandanan rambut pula, selain daripada pensyampuan, murid menguasai kemahiran beberapa jenis
penggayaan, guntingan dan keriting rambut. Kemahiran ini juga termasuk rawatan, pewarnaan dan
pelurusan rambut. Daya kreatif murid diberi penekanan dalam bidang penjagaan muka dan
dandanan rambut. Di samping itu aspek pengiraan kos diberi penekanan semasa murid menjalankan
amali.

Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai kecenderungan dan minat
menceburkan diri dalam institusi kecantikan. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperoleh,
murid boleh menjalankan perniagaan sendiri, bekerja sebagai jurusolek dan pendandan rambut,
sebagai tenaga pengajar atau perunding kecantikan selepas tamat persekolahan atau melanjutkan
pelajaran di institusi pengajian tinggi.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut adalah untuk melahirkan murid
yang kreatif dan berkemahiran dalam kerja solekan dan rawatan muka, dandanan dan rawatan
rambut dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan
perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam industri kosmetik
dan kecantikan.

OBJEKTIF

Kurikulum Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut adalah untuk membolehkan murid :

1. Menyolek muka waktu siang, waktu malam dan untuk majlis tertentu

2. Membuat rawatan asas dan rawatan khas muka

3. Mensyampu, menggaya, menggunting, mengeriting dan mengeset rambut

4. Merawat rambut dan kulit kepala

5. Mewarna dan meluruskan rambut

6. Mereka cipta fesyen rambut yang kreatif untuk majlis tertentu

7. Memilih, menyedia dan menggunakan alat dan bahan yang sesuai untuk penjagaan muka
dan dandanan rambut

8. Menguruskan kerja dengan baik dan mengamalkan langkah keselamatan dan kebersihan
semasa melakukan tugas

9. Membuat pengiraan kos dalam perkhidmatan penjagaan muka dan dandanan rambut

1
Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM

10. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi dengan berkesan.

ORGANISASI KANDUNGAN

Mata pelajaran Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut diolah dalam lapan bidang pembelajaran.
Setiap bidang pembelajaran dibahagikan kepada unit pembelajaran yang mengandungi beberapa
tajuk. Deskripsi dan senarai unit pembelajaran dalam lapan bidang pembelajaran ini adalah seperti
berikut :

1. Pengurusan

Pengurusan salun dan tempat kerja yang sistematik diberi penekanan dalam bidang
pembelajaran ini. Murid mematuhi dan mengamalkan langkah keselamatan semasa
menjalankan aktiviti dan belajar cara memberi pertolongan cemas. Mereka dilatih cara
menjaga kebersihan peralatan sebelum dan selepas digunakan serta cara menyimpan rekod
rawatan. Di samping itu murid mengamalkan etika kerja, peraturan dan undang-undang kerja
serta berusaha memelihara alam sekitar dalam institusi kecantikan.

1.1 Pengurusan salun

a. Langkah keselamatan
b. Pertolongan cemas
c. Pensterilan
d. Penyimpanan rekod rawatan

1.2 Pengurusan di tempat kerja

a. Pengurusan yang baik


b. Etika dan budaya kerja
c. Peraturan dan undang-undang kerja
d. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri kecantikan

2. Solekan Muka

Murid menguasai kemahiran solekan muka pada waktu siang, waktu malam dan untuk
majlis tertentu. Mereka melakukan kerja solekan muka dengan mengikut prosedur mulai
dengan analisis kulit muka, persediaan peralatan dan bahan, pembersihan, penyegaran dan
pelembapan muka. Di samping itu murid dilatih membuat pengiraan kos mengikut jenis
solekan muka.

2.1 Solekan muka waktu siang

a. Analisis kulit muka


b. Persediaan peralatan dan bahan
c. Pembersihan muka
d. Penyegaran muka
e. Pelembapan muka
f. Prosedur menyolek muka
g. Pengiraan kos

2.2 Solekan muka waktu malam

2
Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM

a. Analisis kulit muka


b. Persediaan peralatan dan bahan
c. Pembersihan muka
d. Penyegaran muka
e. Pelembapan muka
f. Prosedur menyolek muka
g. Pengiraan kos

2.3 Solekan muka untuk majlis tertentu

a. Bentuk muka
b. Persediaan peralatan dan bahan
c. Pembersihan muka
d. Penyegaran muka
e. Pelembapan muka
f. Prosedur menyolek muka
g. Pengiraan kos

3. Rawatan Asas Muka

Murid memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran memberi rawatan asas pada
muka yang berjenis kulit normal, berminyak, kering dan kombinasi. Mereka mempraktikkan
proses rawatan yang berbeza dan sesuai mengikut jenis kulit muka. Di samping itu murid
membuat pengiraan kos mengikut jenis kulit muka.

3.1 Rawatan asas muka untuk kulit normal

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Pembersihan muka
c. Urutan muka
d. Pupur muka
e. Penyegaran dan pelembapan muka
f. Pengiraan kos

3.2 Rawatan asas muka untuk kulit berminyak

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Pembersihan muka
c. Pengewapan muka
d. Pengeluaran bintik
e. Urutan muka

3
Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM

f. Pupur muka
g. Penyegaran dan pelembapan muka
h. Pengiraan kos

3.3 Rawatan asas muka untuk kulit kering

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Pembersihan muka
c. Pengewapan muka
d. Pengeluaran bintik
e. Urutan muka
f. Pupur muka
g. Penyegaran dan pelembapan muka
h. Pengiraan kos

3.4 Rawatan asas muka untuk kulit kombinasi

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Pembersihan muka
c. Pengewapan muka
d. Pengeluaran bintik
e. Urutan muka
f. Pupur muka
g. Penyegaran dan pelembapan muka
h. Pengiraan kos

4. Rawatan Khas Muka

Murid memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran memberi rawatan khas muka
dengan menggunakan peralatan rawatan. Mereka mempraktikkan proses pemilihan rawatan
khas dengan menggunakan alat frekuensi tinggi, alat sedut vakum dan mesin galvanik. Murid
juga membuat pengiraan kos mengikut jenis rawatan khas

4.1 Rawatan khas muka kulit berminyak menggunakan alat frekuensi tinggi terus

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Pembersihan muka
c. Pengewapan muka
d. Pengeluaran bintik
e. Rawatan frekuensi tinggi terus
f. Urutan muka
g. Pupur muka
h. Penyegaran dan pelembapan muka
i. Pengiraan kos

4
Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM

4.2 Rawatan khas muka kulit kering menggunakan alat sedut vakum

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Pembersihan muka
c. Pengewapan muka
d. Pengeluaran bintik
e. Rawatan sedut vakum
f. Pupur muka
g. Penyegaran dan pelembapan muka

h. Pengiraan kos

4.3 Rawatan desinkrustasi menggunakan mesin galvanik

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Pembersihan muka
c. Pengewapan muka
d. Pengeluaran bintik
e. Rawatan desinkrustasi
f. Urutan muka
g. Pupur muka
h. Penyegaran dan pelembapan muka
i. Pengiraan kos

4.4 Rawatan iontoforesis menggunakan mesin galvanik

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Pembersihan muka
c. Pembersihan muka dengan skrub
d. Pengewapan muka
e. Pengeluaran bintik
f. Rawatan iontoforesis
g. Urutan muka
h. Pupur muka
i. Penyegaran dan pelembapan muka
j. Pengiraan kos

5. Pensyampuan dan Penggayaan Rambut

Dalam bidang pembelajaran ini, murid menguasai kemahiran mensyampu, mengeset dan
menggayakan rambut. Mereka mempraktikkan beberapa teknik pengeringan dan
penggayaan rambut serta pengiraan kos.

5.1 Pensyampuan rambut

5
Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Prosedur mensyampu rambut
c. Pengiraan kos

5.2 Pengeringan dan penggayaan rambut dengan cara tiup kering

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Teknik meniup kering dan menggayakan rambut
c. Pengiraan kos

5.3 Pengeringan dan penggayaan rambut dengan cara kering sendiri

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Teknik kering sendiri dengan menggunakan alat elektrik
c. Pengiraan kos

5.4 Penggayaan rambut dengan pengetak elektrik

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Teknik menggayakan rambut dengan pengetak elektrik
c. Pengiraan kos

5.5 Penggayaan rambut dengan pengikal elektrik

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Teknik menggayakan dengan pengikal elektrik
c. Pengiraan kos

5.6 Set dan penggayaan rambut

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Teknik membahagi dan menggulung rambut
c. Pengeringan rambut
d. Teknik memberus dan menggaya rambut
e. Pengiraan kos

5.7 Penggayaan rambut dengan sanggul

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Prosedur mengeset rambut
c. Pembahagian rambut
d. Teknik menyikat songsang
e. Prosedur membuat sanggul
f. Pengiraan kos

6
Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM

5.8 Penggayaan rambut dengan jalinan

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Prosedur menjalin rambut
c. Pengiraan kos

6. Guntingan dan Keriting Rambut

Murid menguasai kemahiran menggunting rambut mengikut stail selapis, lapisan terhad dan
berlapis. Mereka juga mempraktikkan teknik mengeriting rambut melalui cara keriting dingin
asas dan keriting susuk. Di samping itu murid membuat pengiraan kos mengikut jenis
guntingan dan keriting rambut.

6.1 Guntingan rambut stail selapis

a. Persediaan peralatan
b. Pembahagian rambut

c. Pengguntingan stail selapis


d. Penggayaan stail rambut
e. Pengiraan kos

6.2 Guntingan rambut stail lapisan terhad

a. Persediaan peralatan
b. Pembahagian rambut
c. Pengguntingan stail lapisan terhad
d. Penggayaan stail rambut
e. Pengiraan kos

6.3 Guntingan rambut stail berlapis

a. Persediaan peralatan
b. Pembahagian rambut
c. Pengguntingan stail berlapis
d. Penggayaan stail rambut
e. Pengiraan kos

6.4 Keriting dingin (cold waving) asas

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Prosedur mengeriting rambut
c. Penggayaan stail rambut
d. Pengiraan kos

7
Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM

6.5 Keriting susuk (body perm)

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Prosedur mengeriting rambut
c. Penggayaan stail rambut
d. Pengiraan kos

7. Rawatan, Pewarnaan dan Pelurusan Rambut

Dalam bidang pembelajaran ini, murid menguasai kemahiran merawat rambut dan kulit
kepala jenis normal, berminyak, kering dan berkelemumur. Murid juga mempraktikkan
prosedur mewarna dan meluruskan rambut. Pengiraan kos dibuat untuk setiap
jenis perkhidmatan.

7.1 Rawatan rambut dan kulit kepala jenis normal


a. Persediaan peralatan dan bahan
b. Analisis rambut dan kulit kepala
c. Prosedur merawat rambut dan kulit kepala jenis normal
d. Penggayaan stail rambut
e. Pengiraan kos

7.2 Rawatan rambut dan kulit kepala jenis berminyak

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Analisis rambut dan kulit kepala
c. Prosedur merawat rambut dan kulit kepala jenis berminyak
d. Penggayaan stail rambut
e. Pengiraan kos

7.3 Rawatan rambut dan kulit kepala jenis kering

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Analisis rambut dan kulit kepala
c. Prosedur merawat rambut dan kulit kepala
jenis kering
d. Penggayaan stail rambut
e. Pengiraan kos

7.4 Rawatan rambut dan kulit kepala berkelemumur menggunakan arus frekuensi tinggi
terus

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Analisis rambut dan kulit kepala
c. Prosedur merawat rambut dan kulit kepala
berkelemumur
d. Penggayaan stail rambut

8
Sukatan Pelajaran Pendandanan Rambut dan Penjagaan Muka KBSM

e. Pengiraan kos

7.5 Pewarnaan rambut dengan pewarna kekal

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Ujian kulit
c. Prosedur mewarna rambut dengan pewarna kekal
d. Penggayaan stail rambut
e. Pengiraan kos

7.6 Pelurusan rambut

a. Persediaan peralatan dan bahan


b. Prosedur melurus rambut
c. Penggayaan stail rambut
d. Pengiraan kos

8. Keusahawanan dan Projek Kerjaya

Murid merancang perniagaan yang mudah dan mengenal pasti peluang kerjaya yang
terdapat dalam industri komestik dan kecantikan. Mereka mempraktikkan teknik berkomunikasi
dengan berkesan dan membuat keputusan. Di samping itu mereka dapat menonjolkan ciri
keusahawanan dan daya kreativiti melalui projek kerjaya.

8.1 Keusahawanan

a. Kemahiran berkomunikasi
b. Kemahiran membuat keputusan
c. Rancangan perniagaan
d. Agensi yang membantu usahawan
e. Promosi perkhidmatan
f. Peluang kerjaya dalam industri kecantikan

8.2 Projek kerjaya

a. Rawatan muka
b. Rawatan rambut dan kulit kepala
c. Peragaan fesyen rambut dan solekan

You might also like