You are on page 1of 40

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana

guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam

huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-

murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu

bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari

atas ke bawah. (www.bakalguru.com, 2009).

Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej

atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir

melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang

berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan

pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap penguasaan bacaan ini terdapat

beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca. Setiap tahap boleh

disimpulkan seperti berikut:

Kaedah Abjad (Tahap prabacaan). Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah

huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh

guru untuk mengajar bacaan. Murid-murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan

mengecam huruf abjad.

Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem

ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih

dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam
(1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak.

Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama

dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u.

Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta

bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan.

Murid dilatih tubi membaca suku kata itu.

Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada,

dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan

dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku

kata itu. Misalnya untuk perkataan “buku”, mula-mula disebut nama

huruf bi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata “bu”; kemudian disebut nama

huruf ke dan yudikuti penyebutan bunyi suku kata “ku”, dan akhir disebut perkataan

“buku”.

Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem

ejaan bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong

ai, umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja. 

Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku

kata itu terhasil dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu konsonan

dengan satu vokal atau diftong. dengan satu vokal atau diftong. 

Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah
dikenal pasti. Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila

murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid

dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun

mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan

murid asas yang kukuh untuk membaca. 

Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak.

Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan

dengan menggunakan sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan

kesungguhan dan kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada

mana-mana kumpulan sasar dengan menggunakan kaedah ini. 

Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini berpandukan buku dan dengan

menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad perkataan. (http://mohdisa-

abdrazak.blogspot.com, 2009).

Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis). Kaedah ini lebih menekankan amalan

membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan

kurang memberi tumpuan kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf

secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf lain untuk

membentuk suku kata dan perkataan. Contoh lambang ‘b’ bukannya ‘bi’ tetapi disebut

‘beh’, ‘a’ disebut ‘ah’ dan begitulah seterusnya.


Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri

daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka

yang baru belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru.

Menurut Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-murid mempelajari sejumlah

perbendaharaan kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang sama dalam

perkataan-perkataan tersebut, dan kemudiannya membuat satu kesimpulan umum

mengenai bunyi-bunyi yang terdapat dalam perkataan-perkataan yang telah dipelajari.

Contohnya, selepas murid-murid diajarkan perkataan-perkataan yang dimulakan

dengan bunyi yang sama seperti mana, mama, makan, baju, bapa, bawa, mereka

diajar melihat dan mengenal bahawa perkataan-perkataan itu bermula dengan huruf

dan suku kata yang sama tetapi memberi makna yang berbeza-beza.

Kaedah Seluruhan Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman). Kaedah

inijuga dikenali dengan ‘kaedah perkataan’, ‘kaedah rangkai kata’, dan ‘kaedah ayat’.

Kaedah ini lebih menumpukan kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan

bantuan gambar untuk merujuk kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan

bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu.

Kanak-kanak dilatih untuk melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu

menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap

rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang dilabelkan berhampiran

dengan perkataan tersebut, kanak-kanak boleh menyebut perkataan untuk mewakili

maksud yang terdapat di dalam gambar tersebut.


Kaedah Frasa. Seperti kaedah perkataan, kaedah ini pun mementingkan unsur-

unsur yang bermakna semasa permulaan pengajaran membaca. Kaedah ini

berasaskan andaian bahawa frasa merupakan unit yang lebih besar daripada

perkataan, dan dengan ini lebih menarik minat murid-murid daripada perkataan.

Frasa-frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga perkataan yang

mudah, contohnya:

Ini meja

Ini kerusi

Itu buku

Itu bola

Frasa-frasa ini kemudiannya dipanjangkan untuk membentuk ayat-yat mudah,

misalnya:

Ini meja saya

Ini kerusi guru

Itu buku saya

Itu bola Ahmad


Semasa mengajar, guru akan memilih frasa-frasa yang sesuai agar terdapat

peningkatan dalam proses pengajaran, daripada yang senang kepada yang susah.

Dengan cara ini juga perkataan-perkataan yang baru dapat diperkenalkan.

Kaedah Kalimat. Menurut kaedah ini, murid-murid terlebih dahulu diperkenalkan

kepada kalimat-kalimat atau ayat-ayat yang pendek dan bermakna. Guru akan menulis

dan membaca satu kalimat daripada pertuturan beberapa kali. Kemudian murid-murid

disuruh mengulangi membaca kalimat tersebut. Sesudah itu perhatian murid-murid

ditarik kepada perkataan-perkataan yang membentuk kalimat itu. Perkataan-perkataan

yang dipelajari kemudian disisipkan ke dalam kalimat-kalimat baru.

Selepas itu barulah unsur-unsur suku kata dan huruf dalam perkataan

diperkenalkan. Pengetahuan mengenai unsur-unsur kemudiannya digunakan untuk

membentuk kemampuan mengenal perkataan baru secara tepat dan berdikari.

http://notapismp.blogspot.com/2009/10/prabacaan.html 10.54pm
Membaca boleh ditakrifkan sebagai satuperlakuan mendapatkan maklumat melalui
lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses,
iaitu;
 
(a) menterjemahkan lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa.
 
(b) Mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa 

Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca


 
1. Keadaan fizikal
 
(i) Penglihatan (ii) Pendengaran (iii) Pertuturan (iv) Umur (v) Jantina
 
2.Pengalaman dan persekitaran
 
Pendedahan bahan bacaan di rumah
 
3. Emosi dan motivasi
 
(ii) Adakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi?
(iii) Adakah kanak-kanak bersikap negatif terhadap buku?
 
4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif
 
(i) Daya kecerdasan (ii) Kebolehan mental secara keseluruhan
 
Aktiviti prabacaan
 
a. Mengenal gambar yang berlainan seperti membulatkan gambar yang berlainan
 
b. Mengenal bentuk yang berlainan.
 
http://terasbacaan.blogspot.com/2009/08/prabacaan_27.html 10.56pm
Merujuk buku Asas Kemahiran Berbahasa KBSR: Jilid 3, kemahiran membaca
bolehdikategorikan kepada tiga iaitu prabacaan, bacaan mekanis, dan bacaaan
dan kefahaman.
a) Tahap prabacaan
Ia adalah tahap penyediaan murid untuk membaca di mana guru perlulahmenyediakan
pengalaman bahasa, iaitu belajar mengenal dan mengecam huruf.Murid perlu
didedahkan kepada aktiviti yang boleh mendorong murid-muriddalam
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pengdengaran. Ia perlubagi membentuk
kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.
b)Tahap bacaan mekanis
Ialah adalah di mana murid-murid boleh membunyikan huruf, suku kata,perkataan,
frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh mnyebut perkataanyang mengandungi
suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan.

Berikut adalah kaedah-kaedah yang telah dicadangkan oleh KBSR:


(1) Pandang dan sebut
(2) Kaedah terus
(3) Bunyi kata
(4) Abjad atau mengeja
ii)Kesesuaian bahan bacaan
Kebolehan murid perlu disesuaikan dengan bahan bacaan berdasarkan
mudah atau kompleknya bahan itu.
iii)Alat bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai
Alat bantu asas dan alat bantu pengukuhan yang sesuai adalah alat bantu
yang menjadikan pembelajaran menjadi lebih berkesan
iv)Iklim bilik darjah
Mengadakan pemeran bahan, sudut pembelajaran atau pustakaan mini boleh
menerapkan minat membaca murid
(1) Mengumpul maklumat dan makna hasil dari pembacaan
(2) Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya bacaan.
Murid-murid perlu menguasai kosa kata agar boleh membantu mereka
dalammemahami bacaan dan isi penting yang ingin disampaikan.
Gurubertanggungjawab membantu dan meluaskan kosa kata dalam mengajar
bacaan dan kefahaman.
Berikut adalah perkara-perkara yang boleh membantu murid-murid jika dapat
menguasai kosa kata, iaitu:

Mampu menghubungkaitkan perkataan baru dengan pengalamansedia ada
(akomodasi) di mana murid-murid boleh memahami, maknaperkataan baru dengan
pantas dan berkesan serta mengekalkanperkataan itu lebih lama.

Mampu membina pengetahuan tentang makna perkataan dengan luas
dan rapi.

Mampu mengkaji perkataan untuk membuat perbandingan, penelitian
hubungkait perkataan dan menggunakannya dalam konteks.

Mampu menggalakkan penglibatan secara aktif di mana murid akanmemberi respon
melalui sumbang saran, soal jawab ataumenggunakan perkataan dalam ayat.

Membina strategi pembelajaran perkataan dan konsep secara bebas dimana murid
perlu berusaha sendiri tanpa dibimbing atau dibantu oleh guru.

http://www.scribd.com/doc/8004856/AnalisisBacaan 11.pm
10 PRABACAAN
Prabacaan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :-
1. Pengamatan penglihatan
2. Pengamatan pendengaran
3.Pergerakan tangan dan mata
Prabacaan merupakan kesediaanmurid untuk membaca. Pada
peringkatawalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat
bagimenyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap
ini,murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong
merekamempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. konsep
kesediaanmembaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran
sebelumbacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran
membacasecara khusus dan berterusan.
Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada
dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaanmeliputi
kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatanpeglihatan, aktviti
koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, danlatihan bahasa
pertuturan.Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca
ayat.
Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula,tahap
prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca.Dengan kata
lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membacaadalah sama. Pada tahap
ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yangboleh mendorong mereka
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .
Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti pramembacaboleh
dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata danperkataan untuk
mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Guru hendaklahmenjalankan aktiviti melukis
garisan-garisan tertentu yang menyerupai huruf.
Garisan-garisan ini hendaklah dimulakan dengan garisan lurus atau bentuk-
bentuk yang seimbas dengan huruf yang diperkenalkan kepada murid.
Di akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan-laporan yang menyatakanramai
murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidakboleh membaca
atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasaMelayu). Tentu banyak
sebabnya perkara ‘tidak boleh membaca’ ini berlaku.Tetapi bagi mencari penyelesaian,
elok dikaji semula antara lain, kaedahmengajar Bahasa Melayu di peringkat awal
(Darjah 1 atau 2), dan menggubalcara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan.
Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapatmembaca
bahan-bahan bacaan yang ‘senang’ pada akhir Darjah 1 persekolahanmereka, jika
pengajaran membaca dibuat secara sistematik dengan mengambilkira hal-hal berikut:
a)Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik – ertinya ada
hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali
dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu).
b)Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika
dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain –dengan bahasa Inggerismisalnya). Kedua-
dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnyasudah dapat meyakinkan kita
bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambilterus kaedah mengajar membaca
bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat awal.
c)Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu)
yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasaMelayu dan
mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang
mencukupi untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinyamereka belajar
bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagaibahasa kedua (misalnya
bahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajarmembaca bahasa Inggeris (sebagai
bahasa kedua) untuk mengajarmambaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan
membawa kepayahan dan kelambatan untuk murid-murid kita belajar membaca bahasa
kita.

Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakanoleh


guru-guru kita – ‘kaedah abjad’ , ‘kaedah fonik’, ‘kaedah pandang dansebut’, ‘kaedah
eklektik’ dan sebagainya. Bahan-bahan untuk murid berlatihmembaca sendiri adalah
penting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyaibahan-bahan atau buku yang
boleh mereka membaca di masa lapang atau dirumah, pembinaan kemahiran
membaca akan terencat. Ini terutamanya akanberlaku di kalangan murid-murid di luar
bandar atau daripada keluarga miskin dimana bahan-bahan bacaan di rumah sangat
kekurangan. Agak munasabahkenyataan bahawa murid-murid akan menambah
kecekapan membaca denganterus diberi kemudahan untuk mereka membaca.
Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti,kejayaannya –
dari segi matlamat supaya semua murid dapat membaca, menulisdan mengira –
bergantung besar atas faktor adanya bahan-bahan dan buku-buku yang sesuai,
beragam dan mencukupi untuk murid-murid membaca.Bahan-bahan itu haruslah
menarik dan berisi : berbagai ‘ilmu pengetahuan’,mesej moral, dan sebagainya.
1.1 KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID MEMBACA DI PERINGKAT AWAL
Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapatmembaca
dengan cekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru.Hanya sejak beberapa
tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatianyang lain, dan daripada
beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak serius.
Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca (termasuk menulis dan
mengira) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru-guru,dan ibu
bapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga-tiga kemahiran itumenjadi alat
yang asas untuk kanak-kanak mempelajari Ilmu Sains, Ilmu Alam,Sejarah,
Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan, Pertanian, Seni Perusahaan, mata
pelajaran Teknikal, Agama serta pengetahuan dan kemahiran

lain.
Kemahiran 3M adalah ‘alat’ asas untuk seseorang meneroka ilmu,mencipta, dan
membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapandalam menguasai 3M
amat diperlukan, lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupansehari-hari. Maksudnya,
definisi had minimum dalam kemahiran membacasetakat ‘mengenal huruf’ sudah tidak
memadai lagi. Taraf minimum yang harusdianggap sebagai ‘functionally literate’ di
Malaysia hari ini harus didasarkan padakeupayaan seseorang itu membaca dan
memahami tulisan di dalamsuratkhabar, dan menulis surat-surat urusan harian sendiri.
Taraf pencapaianminimum inilah yang harus dapat dicapai oleh 90% daripada murid-
muridsekolah apabila mereka sampai ke Tingkatan 3.
Untuk mencapai taraf kemahiran ini, asas-asas yang kukuh perlu dibinasecara
progresif dari awal. Barangkali bagi 90% daripada kanak-kanak dalamnegara kita, mula
mengenal huruf hanya apabila mereka menjejakkan kaki dibangku sekolah.
Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kitabersekolah. Hal ini sengaja
ditekankan kerana sudah diterima sebagai ‘biasa’bahawa di antara tugas utama guru-
guru di sekolah dasar ialah mengajar kanak-kanak supaya dapat membaca dan
menulis.
Jika ini belum dicapai, apa pun sebab-sebab yang mungkin diberikan,tugas guru
belum dikira sempurna. Masyarakat kita sentiasa mengharapkansistem persekolahan
kita memberikan kecekapan membaca, menulis danmengira kepada anak-anak, dan
jika ramai yang tidak mendapat kemahirantersebut, maka sistem persekolahan itu
dianggap gagal, dan harus dikaji semula serta dipulihkan.
Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yangbesar di
dalam sistem pelajaran kita, hanya sekadar untuk meninjau beberapa
kaedah mengajar di peringkat awal : (beberapa definisi dan andaian asas)
a)Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkatpermulaan membaca
yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-muridDarjah 1, di sekolah-sekolah dasar
kita;
b)Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah ‘normal’ dari segi keupayaan
atau kebolehan mereka belajar;
c)Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan(walaupun mungkin
dalam bentuk dialek), menguasai perbendaharaankata yang ‘mencukupi’ akibat
daripada lahir di dalam keluarga Melayu,atau bercampur-gaul dengan orang-orang
Melayu. Dengan kata lainmereka belajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa
pertama.
1.2 KAEDAH PENGAJARAN YANG BIASA DIBUAT
1.2.1 Kaedah abjad
Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-namahuruf
yang digunakan dalam tulisan Melayu; a,b,c…hingga z. Murid-murid diajarmenghafal
nama-nama huruf ini mengikut aturannya a,b,c,…z. kadang-kadangada nyanyian yang
menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya. Setelah beberapaminggu barulah
disebutkan huruf-huruf vokal: a,e,i,o,u. Selepas itu dibina suku-suku kata “ba – tu”, “ka –
ki” dan sebagainya, dan diikuti pula dengan mengejaperkataan-perkataan. Kemudian
barulah diberi latihan membaca ayat-ayat yang pendek.
Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebihuntuk
mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat .Kaedahabjad yang
begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurangbermakna bagi kanak-
kanak. Memulakan pengajaran membaca denganmenegaskan pengenalan dan hafalan
nama-nama huruf, sebenarnyamenegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid-
murid. Saya kira kaedahini mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid
itu dapat merasa gembira atau puas.

b)Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah ‘normal’ dari segi keupayaan


atau kebolehan mereka belajar;
c)Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan(walaupun mungkin
dalam bentuk dialek), menguasai perbendaharaankata yang ‘mencukupi’ akibat
daripada lahir di dalam keluarga Melayu,atau bercampur-gaul dengan orang-orang
Melayu. Dengan kata lainmereka belajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa
pertama.
1.2 KAEDAH PENGAJARAN YANG BIASA DIBUAT
1.2.1 Kaedah abjad
Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-namahuruf
yang digunakan dalam tulisan Melayu; a,b,c…hingga z. Murid-murid diajarmenghafal
nama-nama huruf ini mengikut aturannya a,b,c,…z. kadang-kadangada nyanyian yang
menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya. Setelah beberapaminggu barulah
disebutkan huruf-huruf vokal: a,e,i,o,u. Selepas itu dibina suku-suku kata “ba – tu”, “ka –
ki” dan sebagainya, dan diikuti pula dengan mengejaperkataan-perkataan. Kemudian
barulah diberi latihan membaca ayat-ayat yang pendek.
Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebihuntuk
mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat .Kaedahabjad yang
begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurangbermakna bagi kanak-
kanak. Memulakan pengajaran membaca denganmenegaskan pengenalan dan hafalan
nama-nama huruf, sebenarnyamenegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid-
murid. Saya kira kaedahini mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid
itu dapat merasa gembira atau puas.
1.2.2 Kaedah ‘Pandang dan Sebut’ (look and say)

Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan namaKaedah
Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksikepada
kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itulebih bermakna
daripada Kaedah Menghafal ‘nama setiap huruf itu’. Misalnyabatu, rumah, sekolah,
budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh
adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahantiap-tiap hurufnya. Jadi Kaedah
Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat)ini dijadikan asas untuk mengajar
murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh
perkataan-perkataan
seiring
dengan
gambar-gambar
yangdi
lambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar
rumah,perkataan pensel, dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan kad-kad
imbasanyang menunjukkan gambar dan perkataan.
Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba ‘mengenal’ keseluruhan lambang-
lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa
puluh‘lambang perkataan’ sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru
diajarmengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya.
Pada ketika dahulu (bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidiksekarang pun)
kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. Mereka kuatdipengaruhi oleh ahli-
ahli pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris. Disebalik menggunakan kaedah ini
untuk mengajar, bahasa Inggeris ialah bahasayang tidak mempunyai sistem ejaan
fonemik yang sempurna, bercelaru dari segisymbol-sound relationship. Kecelaruan ini
menyebabkan ahli-ahli pendidikbahasa menganggap kaedah Pandang dan Sebut itu
lebih sesuai dan bermaknauntuk mengajar permulaan membaca. Tetapi, sejak
beberapa tahunkebelakangan ini kaedah ini dikritik semula, sebab didapati ramai murid
biasa(terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca.
Kemahiran murid-murid ‘mengenal’ perkataan-perkataan tidak dapatmenjelma dengan
cepat. Bahkan ramai yang menghafal ‘perkataan-perkataan’berdasarkan gambar
daripada ‘mengenal’ perkataan-perkataan, dan murid-muridini sukar mengenal
perkataan-perkataan yang ‘baru’. Jadi, baru-baru ini timbulsemula hujah-hujah dan
kajian-kajian yang membuktikan bahawa kaedah fonik
mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada kaedah Pandang dan Sebut untuk
mengajar permulaan membaca bahasa Inggaris.
Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajarbahasa-
bahasa yang memakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagilogografik) seperti
sistem ejaan bahasa Cina, yang melambangkan sesuatubenda, idea, dan sebagainya
(satu morfem) dengan satu perkataan.
Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satuhuruf
boleh dikatakan melambang satu ‘bunyi’ – lebih fonemik daripada misalnyasistem ejaan
bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah bagi KaedahPandang dan Sebut
ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasaMelayu, terutama mengajar
murid-murid Melayu. Kaedah ini akan menyusahkandan melambatkan lagi murid-murid
mencapai kemahiran membaca bahasa Melayu.
1.2.3 Kaedah Fonik
Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihathubungan
di antara simbol (huruf) dan ‘bunyi’ (grapheme phoneme relationship)supaya kemudian
mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataanbaru yang mereka
hadapi.
Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar ‘bunyi-bunyi’ huruf.Ertinya
lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya ‘a’ dibunyikan‘aa…’, ‘t’ – ‘tah’,
‘s’ –‘ss’. ‘u’ – ‘uu…’, ‘z’ – ‘zz…’, dan sebagainya. Setelahmereka tahu hubungan tiap-
tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina.Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’, ‘ka’, ‘lu’, ‘mi’
dan sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-
perkataan – ‘dada’, ‘batu’,‘kata’, ‘lalu’, dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi
latihan membacaayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini.
Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik,(iaitu
ada hubungan yang agak teratur di antara ‘huruf’ dan ‘bunyinya’), dan olehsebab suku
kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonikini sesuai sekali
digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-
perkataan Melayu. Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah
danmungkin lebih berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang
dan Sebut.
Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-muridmenghafal bunyi
huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Danbiasanya masa yang agak
panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyihuruf dan suku kata sebelum
mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat- ayat yang bermakna.
1.2.4 Kaedah Eklektik
Kaedah ini adalah kaedah Campuran – campuran kaedah-kaedahmengikut
kesesuaian murid, situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yangdigunakan. Ada
yang menggunakan penujuan sintetik, ada penujuan analitik danada pula penujuan
sintetik-analitik.
Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa Melayu,kesan
yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini, ialahseolah-olah
mereka memikirkan Kaedah ini adalah yang paling sesuai untukmengajar membaca
bagi kanak-kanak Melayu kita.
Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara Kaedah ini diterapkan, agakbanyak
yang mengajar kurang sistematik. Jadi kerap kali Kaedah ini menjadiakedah
cacamurba, kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan.
Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar ‘eklektik’tetapi
sistematik, yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaanbahasa Melayu,
struktur suku-katanya, dan tatabahasanya di suatu pihak, dankeadaan pembelajaran
murid-murid Melayu di pihak lain. Maksudnya kita harusmenciptakan Kaedah Eklektik
yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama; tetapi
Kaedah itu haruslah sistematik 1.3 KAEDAH GABUNGAN YANG
DICADANGKANKaedah gabungan untuk mengajar membaca bahasa Melayu
kepadamurid-murid peringkat awal (prabacaan) yang dicadangkan di sini
berasaskan hal-hal berikut:
a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik –
ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya.
b)Suku kata perkataan-perkataan Melayu adalah jelas (jika dibandingkan
dengan bahasa-bahasa lain – dengan bahasa Inggeris misalnya).
c) Ciri-ciri yang baik daripada ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan
sebut’ boleh digabungkan.
d)Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke Darjah 1 rata-ratatelah pun
mempunyai perbendaharaan bahasa Melayu yang mencukupiuntuk terus belajar
membaca.
Kaedah yang dicadangkan ini menegaskan yang kita bolehmenggabungkan
terus ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan sebut’ dalamsatu pelajaran membaca,
pada peringkat awal. Kita tidak perlu menunggu murid-murid mengetahui semua nama
huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelummereka disuruh membaca perkataan-
perkataan atau ayat. Malahan kita tidakbegitu perlu memperkenalkan dan mengajar
abjad dan bunyi huruf dari a, b, c…sampai z secara tertib biasa.
Kaedah gabungan ini mencadangkan biar murid-murid diperkenalkankepada
bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terusmembunyikan suku kata
dan perkataan-perkataan yang bermakna, dalam satudua pelajaran. Dengan cara
begini dalam dua, tiga pelajaran saja mereka akanterus dapat membaca beberapa
perkataan dan ayat, dan merasa bangga yangmereka boleh membaca serta faham
akan yang dibaca.
Untuk menjelaskan kaedah ini secara konkrit, terdapat beberapa contoh:
a)Mulakan dengan perkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal:

a o u dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan


membunyikan huruf ini beberapa kali, selang-seli.
b)Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya:
d k m dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih-tubi beberapa kalisupaya
semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas.
c)Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi
suku kata:
da di du
ka ki k u
sa si su
Seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna, misalnya:
ba ba bababu bu bubuda da dadaku ku kuku
Ulangkan ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi
ayat dan latihan murid-murid membacanya:
baba bubu
dada kuku
d)Perkenalkan gabungan lain:
a ku aku
a da ada
i ni ini
i tu itu
bu ku buku
ba ba baba
bu ka buka
ba ju baju
Seluruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa
perkataan di atas:
aku ada buku

aku buka baju


ini buku aku
itu baju aku
Kemudian gantikan‘aku’ dengan‘ba ba ’ dan ulang membacanya.
Seterusnya baca ayat-ayat ini pula:
buku dia
buku baba
buku aku/ku
Gantikan‘buk u’ dgn ‘baju’, ‘baju’, dan ‘kuku’ dan ulang bertubi-tubi dengan
kad imbasan.
e)Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.
i bu ibu
bu di budi
u da uda
budi ibu
budi ibuku
budi uda
di a dia
ka ki kaki
kaki dia
kaki ibu
kaki kuda
Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai
perkataan yang dicipta:
ibu buku
baba uda bubu
udaku ada kuda
dia kaki kuda
Begitulah beberapa contoh kaedah gabungan yang boleh diajar di dalamtiga, empat
hari, sejam sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid bolehmengenal huruf-huruf a,
e, i, o : b, d, k dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk
daripadanya. 1.4 KESEDIAAN MEMBACA

Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk


menerimapengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan
membacamelibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan,
samaada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-
peringkat lain yang lebih tinggi.
Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan
dengansebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan
fizikal,emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. Dari segi
fizikalkemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alatsebutannya
menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanyamengecam bentuk,
dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.
Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi
mintanyaterhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan
bacaan,membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat
melihatorang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar
bacaan,khususnya yang berupa cerita. Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak
dapatdilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu
dankebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.
Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawall umur empattahun dan
ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelahberumur enam tahun.
Selain faktor fizikal, emosi dan mental, factor persekitaranamat mempengaruhi
kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah
dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasamelihat orang di sekeliling
membaca dan ada pula orang yang membacakanbuku cerita untuknya akan lebih cepat
bersedia membaca berbanding dengankanak-kanak sebaya yang tidak mendapat
peluang yang sama. malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-
kanak, ibubapadan guru.” Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini samalah
dengankeadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-
otot tubuh mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka
perlumeniarap, merangkak dan berdiri terlebih dahulu. Kebolehan menggerakkanotot-
otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagaipecahan
kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiranmembaca, Cuma
bentuknya berbeza. Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar
ini dapat kita rumusan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan
peringkat-peringkat bacaan seperti yang di bawah. Meniarap (aktiviti
kesediaanmembaca) merangkak ( aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca)
,berdiri(aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca ,berjalan ( mahir
membacaperingkat rendah) , berlari ( mahir membaca peringkat tinggi)
1.5 AKTIVITI KESEDIAAN MEMBACA
Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca
kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkatprabacaan
meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiranpengamatan penglihatan,
aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkandaya ingatan dan latihan bahasa
pertuturan. Peringkat bacaan meliputikemahiran mengenal abjad hingga membaca
ayat.
Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) pula,tahap
prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca.Dengan kata
lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membacaadalah sama. Pada tahap
ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yangmendorong mereka mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan pendengaran.Penekanan juga perlu diberi kepada
pengalaman yang membolehkan murid
Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan muridmembentuk
kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah :Untuk mencapai tujuan
ini, aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Buku SumberBahasa Malaysia Tahun 1 (1983)
dapat dimanfaatkan oleh para guru. Tiga

kategori aktiviti disediakan, iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan


pendengaran, dan pergerakan tangan dan mata.
1.6 AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN
1.6.1Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1
Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz.
Bahan: Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain.
Aktiviti Murid:
Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru.
Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.
1.6.2 Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2
Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di
papan kenyataan atau di buku skrap kelas.
Bahan: Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang bolehdimakan, benda
yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis- menulis.
Aktiviti Guru/Murid:
1.Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan
hidup.
2. Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai
respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.
3.Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu dipapan kenyataan
mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alattulis-menulis dan lain-lain.
4.Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap
mengikut tajuk tertentu.
1.7 AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN
1.7.1Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1
Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan
mengecam perbezaan bunyinya.
Bahan: Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.
Aktiviti Guru/Murid:
1.Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti
tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu.
2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid
mendengarnya.
3.Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama
ada bunyi benda itu sama atau tidak.
4. Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian
daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.
1.7.2Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2
Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi airmengalir, air
menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak.
Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik,angin kencang,
angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapagambar carta yang dapat
disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan.
Aktiviti Guru/Murid:
1.Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.
2.Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid
menyatakan jenis bunyi itu.
3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang
dinyatakan.
1.8 AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA
1.8.1Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1
Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan
lain-lain.
Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.
Aktiviti Guru/Murid:
1.Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.
2.Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda
atau model yang disukainya.
3.Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.
1.8.2Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2
Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari
atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf.
Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok,model tiang
bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yangmengandungi perjalanan atau
arah yang dibuat dengan garisan putus- putus.
Aktiviti Murid:
1.Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke
kanan dan sebagainya.
2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengantangan kanan dan
menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kirike kanan dan sebaliknya. Teknik
memegang cawan dipelbagaikan.
3.Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang
bendera

Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan
lain-lain.
Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.
Aktiviti Guru/Murid:
1.Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.
2.Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda
atau model yang disukainya.
3.Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.
1.8.2Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2
Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari
atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf.
Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok,model tiang
bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yangmengandungi perjalanan atau
arah yang dibuat dengan garisan putus- putus.
Aktiviti Murid:
1.Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke
kanan dan sebagainya.
2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengantangan kanan dan
menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kirike kanan dan sebaliknya. Teknik
memegang cawan dipelbagaikan.
3.Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang
bendera.
2.0 PRATULISAN
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak
bagimenyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yangditerima
oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuatcontengan di
ataS permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran
16

mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke


atas permukaan benda tersebut.
1)Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas
hingga keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalahbagi kanak-
kanakmendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasimata tangan. Peringkat pra
tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktivitiseperti
menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain- lain

Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk
dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
3)Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke
bawah dan lain-lain.
4)Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
2.1 TULISAN MEKANISME
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah fahamdan
boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisanmekanis
merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid.
Sebagaipermulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanismurid-murid
diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosongtanpa garisan. Setelah
kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula
dengan ruang garisan yang lebar / luasmembawa kepada lembaran bergaris kecil
sempit.
Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

 Kemahiran mengawal dan memegang pensel.

 Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.

 Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

2.2 KEMAHIRAN MENULIS ASAS


Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis asas Hammil dan Mc
Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai kaitan rapat
dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis,
mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna.
Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisantangan ialah
supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepadamemegang alat tulis,
membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betulserta mengekalkan jarak dan
bentuk huruf dengan sempurna. Kanak-kanak yangmempunyai masalah pembelajaran
mempunyai masalah menulis.Mercer
(1985) yang bersetuju pendapat Hidreth (1947) "menyatakan bahawa punca
utama ialah masalah ’psikomotor’, masalah emosi, kegagalan pengamatan
terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah".
Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat,arah
tulisan yang tidk betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget,terlalu menekan
ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis.
2.3 AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRATULISAN
a)Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.
i.--------- ………….…………..…………...…………
b)Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di
rumput tanpa menggunakan alat tulis.
BULATAN BESAR – BULATAN KECIL
Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-
nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.
d)Latihan membentuk garisan lurus

e)Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan


lurus.Dilakukan secara bebas.
f)Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus
dan bulat.
3.0 PEMULIHAN BACAAN
3.1 PENGENALAN
Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkanbentuk
penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahanbertulis itu.
Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap muridyang tidak dapat
menguasai kemahiran ini.
Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat
membaca:
a)Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca)
○ Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti
kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan
pengalaman sedia ada.
b)Faktor yang ada pada bahan bacaan.
○ Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi
perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan,
struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik.
3.2 AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN
Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran
fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan
penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dankonsonan juga
perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alatsebutan bunyi seperti:

 Bibir

 Gigi

 Gusi

 Lelangit keras

 Lelangit lembut

 Anak tekak

 Lidah

 Rongga tekak

 Rongga mulut
Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid. Melaluiaktiviti
pemulihan, guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai danmenghafal huruf
‘a’ sehingga ‘z’ dengan urutan yang betul. . Justeru, guru perlumelaksanakan aktiviti
berikut:

 Nyanyian lagu A,B,C,..

 Menayangkan huruf satu persatu secara berulang


 Padanan abjad

 Menyebut huruf satu persatu secara berulang.


Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perludiajarkan
oleh guru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca.Latihan ini juga
melibatkan penggunaan gambar untuki merangsang murid supaya bertutur.
Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk
menguasaikemahiran membaca. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh
gurutermasuklah permainan yang berbentuk pergerakan, permainan respon
terhadapbunyi huruf, permainan baling dadu untuk membentuk perkataan
yangmempunyai suku kata kv, kvk, kv+kv, dan kv+kvk. Pengolahan bahan pengajaran
merupakan aspek yang penting dalammengajarkan asas kemahiran bacaan. Guru perlu
melalui pelbagai prosessemasa menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan,
memilih bahan,mengolah bahan, membina, menggunakan dan menilai bahan.
Bahanpengajaran pula perlulah menarik, dan memenuhi keperluan pancaindera.
3.3 ANALISIS AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN
Guru sepatutnya dapat mengetahui faktor-faktor yang
mempengaruhikebolehbacaan murid. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut
dapatmembantu perancangan dan penyediaan proses pengajaran. Pengetahuan
danpemahaman guru dapat membantu keberkesanan pengajaran dan
pembelajaranserta meningkatkan kefahaman. Aktiviti pemulihan membaca perlulah
dilakukandengan menggunakan pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai agar
murid-murid mampu menguasai asas kemahiran berbahasa iaitu membaca.
0 PEMULIHAN TULISAN
4.1 CARA-CARA PELAKSANAAN RANCANGAN PEMULIHAN
Pada masa ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di
sekolahditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat
mengikutipengajaran guru bersama murid lain diasingkan, dan seorang guru
pemulihanditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. Beberapa waktu pelajaran
telahdiasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid
ini.Kelas pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam (yang
kebetulannyamembawa berbagai-bagai makna negatif). Guru pemulihan yang
ditugaskan
akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya
pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut.
Peperiksaan penilaian darjah tiga di sekolah rendah pula ialah
bertujuanmengesan kelemahan murid untuk dibetulkan, atau diberi pemulihan
dalamdarjah empat. Setakat mana perkara ini dilaksanakan terpulanglah
kepadakemampuan dan kesanggupan guru-guru darjah empat. Selaras
dengankeperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan
kebolehanmembaca, menulis dan mengira, berikut dikemukakan cara-cara
pelaksanaanrancangan pemulihan dalam 3M.
Sebelum Sesutu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yangpertama
sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yangmemerlukan pengajaran
pemulihan dalam bidang membaca, menulis danmengira. Langkah ini diberi nama
saringan. Kemudian, setelah murid-muridtersebut dikesan dan diasingkan, langkah
yang kedua ialah diagnosis, iaitumenentukan jenis kelemahan secara khusus dalam
sesuatu bidang sahaja,sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini
akan memberipetunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam
pengajarannnyauntuk mengatasi kelemahan murid tersebut.
4.2 SARINGAN DAN DIAGNOSIS
Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis.Kebolehan
menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Gurusangat kenal akan
tulisan buruk, dan selalunya marah kerana ia terpaksamemeriksa beratus-ratus
halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak di- bacanya.
Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan, atau membuatsaringan
mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah ialah denganmelihat tulisan-
tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan.Walau bagaimanapun,
cara ini kurang memuaskan, kerana ada murid yangtulisannya memuaskan jika diberi
masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika
masa ini dihad¬kan. Dengan itu, cara yang

dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik.
Cara berikut untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai
kebolehan menulis mudah digunakan oleh guru bilik darjah.
1.Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan me¬matuhi dua syarat
berikut:
a)Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis
kerana kerumitan mengeja.
b)Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami
oleh murid.
2.Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenalsemua
kandungannya, guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayattersebut lima kali
dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan.
3.Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayatyang sama
seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit.Setelah tiga minit, guru
akan menyuruh mereka berhenti clan mengutip tulisan tersebut.
4.Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara-
perkara berikut:
a)Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.
b)Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa
dan ujian yang menghadkan masa.
c)Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut:
Jumlah perkataan dibahagi dengan masa).
5.Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan.
a)Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian
yang masanya dihadkan.
b)Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak
mengehadkan masa.
c)Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat

Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalu
besar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.
Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti inibiasanya
memadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah denganmenggunakan Skel Tulisan
yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisanbersama dengan kualiti mutunya.
Skel-skel ini telah disediakan berdasarkankajian yang luas, dan dari kajian ini satu skel
purata disediakan yang dapatdiperkait¬kan dengan darjah murid
Dengan menggunakan Skel Tulisan ini, sesuatu darjah dapatdibandingkan
dengannya. Contoh-¬contoh skel ini ialah ‘Thorndike Scale forHandwriting',`Ayres
Measuring Scale for Handwriting (Gettysburg Edition)‘,`American Handwriting Scale',
dan 'Minneapolis Handwriting Scale'.Walaubagaimanapun, skel-skel ini hanya
merupakan alai mengesan (atau saringan)dan tidak dapat menentukan kelemahan
seperti yang dibuat dalam diagnosis.
Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam
penulisandikesan, guru harus dapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah
jeniskelemahan murid tersebut. Cara yang mudah untuk melaksanakan
prosesdiagnosis ini ialah dengan membaca tulisan murid, dan menandakan semuahuruf
yang tidak mudah dibaca, atau yang memerlukan penelitian kali kedua.
Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan kelemahan setiapmurid.
Perkara ini mudah dibuat dengan meng¬gunakan Carta 'The PresseyChart for
Diagnosis of Illegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh disediakanberdasarkan
penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis

tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca.


Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapahuruf
didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecilr,n,e,a,o,s dan
t.menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50%. Hurufyang paling menimbulkan
kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapanyang sering berlaku ialah menulis r
seperti i, n seperti u, menutup e, membuat dseperti cl, o seperti a dan a seperti u. Huruf
besar biasanya mudah dibaca,kecuali huruf L Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu
huruf besar ini

menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaranpemulihan


dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf inidengan betul. Teknik
seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan dikalangan murid sekolah
rendah.
1.3 CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN
Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya
dalamperingkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk
caraserta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengantahap
keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.Guru adalah
model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dancara-cara guru menulis
contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklahdibuat dengan teliti dan betul.
Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakanoleh
guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikanbantuan
individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagimenentukan ketika
sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untukmenggunakan getah
pemadam.
4.4 KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA
Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah
adalahberdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa
bertulismemerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau
dalamfikirannya. Perihal menghubung¬kan bahasa lisan dengan bahasa fikiran
adalahamat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam
amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan
dalampenulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada
kesusahanmembentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah
lebihmudah dipelaj ari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada
umurempat tahun setengah Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah
menggunakanpensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil,
ataukrayon adalah seperti berikut:
1.Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensiltersebut.
Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawamereka sedang mengacau
kuih. Mereka patut mengacau dari kanan kekiri dalam besen yang bulat, dan seluruh
anggota tangan harus dihayun;bukanlah setakat tapak tangan sahaja.
2.Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, muridditunjukkan bagaimana
tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil.pensil harus dipegang dengan ibu jari
dan jari telunjuk.
3.Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakanibu jari dan jari
telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada dikeadaan senang dan selesa.
4.Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir
dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.
5.Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta,
jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu)
di kedudukan yang betul
4.5 LATIHAN SEBELUM MENULIS
Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk denganmenggunakan
jari mereka. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisanyang menggunakan kanji
dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentukdengan jari mereka. Bentuk-
bentuk yang penting dan menjadi asas penulisanialah bulatan, garisan, lengkungan
serta kombinasi lengkungan dan garisanlurus. Titik permulaan harus diberitahu serta
dilukiskan, dan guru harusmemberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid
4.6 RUMUSAN
Murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yangfleksibel dan
inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang samapenting ialah satu
strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembalimaklumat yang diajar agar
proses P & P boleh dianggap berkesan. Walaubagaimanapun, peruntukan masa yang
panjang bagi sesuatu pembelajarandiperlukan supaya mereka benar-benar dapat
menguasai kemahiran tersebut.Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak
memandangkan kumpulansasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan.
Guru juga perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnyadalam peringkat-
peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjukcara serta contoh-contoh
yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengantahap keupayaan murid secara
individu supaya dapat diikuti dengan mudah.Guru adalah model atau contoh yang
menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan

cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklahdibuat
dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerjabertulis perlulah
disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa bolehbanyakkan latihan dan berikan
bantuan individu. Guru juga perlu membuatpertimbangan harus dibuat bagi
menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk
menggunakan getah pemadam.
Jika pengajaran dan pembelajaran guru tersebut menarik, murid-muridakan
tertarik dengan pengajaran guru tersebut dan ini akan meningkatkanmotivasi murid-
murid untuk terus mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya.
BAHAGIAN 5: AKTIVITI PEMULIHAN MENGGUNAKAN KAEDAH BONEKA
5.1 PENGENALAN

Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digeraklakonkan oleh

pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuanmenyampaikan mesej.

Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikanboneka itu pemain akan mencuba

untuk menghidupkan watak sama-adamenerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain

atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog


Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam prosespengajaran dan
pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumatdengan lebih berkesan.
Dengan ini, murid-murid akan lebih menghayati danmemahami sesebuah penyampaian
itu dengan khusyuk di samping melihatkandiri secara tidak langsung melalui
penggunaan boneka. Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid
untukberkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif
dalampenciptaan cerita, dan merangsang imaginasi.Selain daripada itu,
penggunaanboneka juga juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama
secara kumpulan.

Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid

untukberkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif

dalampenciptaan cerita, dan merangsang imaginasi.Selain daripada itu,

penggunaanboneka juga juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama

secara kumpulan.
5.2 JENIS-JENIS BONEKA
5.2.1Boneka Sarung Tangan

Sarung

tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasamenggunakan

boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jaridimasukkan ke dalam sarung

tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

5.2.2Boneka lidi
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi

panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu

yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi

utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota


badan boneka tersebut

5.2 AKTIVITI BONEKA

Guru boleh mengapikasikan teknik bercerita dengan menggunakan bonekabagi

pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lainseperti


mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapatpelbagai jenis boneka

yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita.

Guru mempunyai dua pilihan untuk menggunakan aktiviti ini. Pertama,guru perlu

memilih untuk bercerita terlebih dahulu dengan mencipta skrip,kemudian guru perlu

membina boneka berdasarkan watak-watak dalam ceritatersebut. Kedua, guru

menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi

watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada guru di
samping menggalakkan daya kreativiti pendengaran murid-murid.

Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, guruperlu menulisdalam

bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan ataumemendekkan

skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yangpanjang dan haruslah

disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skripcerita hanyalah dijadikan sebagai

garis panduan pencerita dan boleh diubahsuai sewaktu guru menyampaikan cerita.

Guru perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan bonekasupaya

dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suaraperlu difikirkan

kesesuiannya dengan boneka yang akan digunakan.Penggunaan pentas akan

membantu keberkesanan penyampaian sesebuahcerita. Walau bagaimanapun guru

boleh menggunakan boneka tanpa pentas.Kedudukan pentas boneka boleh

disesuaikan di mana-mana sudut.


5.3 KAEDAH MENCIPTA BONEKA
Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, di antaranya
sarung tangan, sarung kaki, kertas, dan sebagainya.
5.4.1 Contoh cara membuat boneka sarung tangan

Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat, ia mempunyai
bahagian kepala, pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkandengan
sepasang kaki. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentaskhas dimana
pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakalaboneka tangan
hanya dapat ditonton dengan bahagian badan dan kepala sahaja.
http://www.scribd.com/doc/20747438/BONEKA-SIAP 12.06 am

You might also like