Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
12Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
bahasa rojak

bahasa rojak

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 1,085|Likes:
Published by esmile92

More info:

Published by: esmile92 on Feb 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

02/08/2014

pdf

text

original

 
Punca penutur guna bahasa rojak
 
Oleh Johan Jaaffar
 
ORANG seperti saya berkemungkinan besar membuat banyak kesilapan bahasa.Saya mendapat pendidikan Inggeris dan banyak menulis dalam bahasaInggeris. Saya juga pernah menjadi Ketua Pengarang sebuah akhbar arusperdana bahasa Melayu dan menulis dalam bahasa Melayu. Pada masa ini,saya menjadi kolumnis untuk akhbar New Straits Times (setiap Sabtu)selain akhbar ini, tentunya menggunakan dua bahasa yang berbeza. Sayaamat sedar kemungkinan saya menulis dalam bahasa Melayu menggunakan poladan gaya bahasa Inggeris atau menulis dalam bahasa Inggeris sambilberfikir dalam bahasa Melayu.Kedua-duanya adalah bahasa yang berbeza dari segi ragam, nahu, strukturayat dan lenggok. Bahasa-bahasa itu juga dicorakkan oleh budaya yangberbeza. Lagi pula bahasa adalah sebahagian daripada sistem budaya dansosial. Bahasa mencerminkan bangsa. Malah, lebih tepat lagi jikalaudikatakan bahasa itu sebenarnya jiwa sesuatu bangsa.Memang sukar untuk berfikir dalam satu bahasa sambil menulis dalambahasa yang lain. Berdasarkan pengalaman, jikalau menulis untuk NST, sayaharus berfikir dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, sementara saya akanberfikir dalam bahasa Melayu apabila menulis untuk akhbar ini. Dalamkajian ilmu bahasa, terdapat konsep yang disebut code-switching. Mungkindalam ilmu bahasa, konsep ini merujuk pada proses pemindahan ataupercampuran unsur bahasa atau language codes antara bahasa-bahasa yangterbabit (dalam konteks kita bahasa Melayu dan Inggeris). Mungkin bagiorang yang menulis dalam dua bahasa seperti saya, proses ini tidak lebihdaripada sekadar menutup satu `paip' pemikiran untuk masuk ke `paip'pemikiran lain.Saya percaya penutur yang menguasai banyak bahasa menggunakan kaedahini. "Berfikir dalam satu bahasa pada satu masa", demikianlah lebihkurang prinsipnya. Sekiranya saya berfikir dalam bahasa Melayu, sayatidak mungkin menulis ayat sebegini dalam salah sebuah rencana saya, "Ifind it perplexing that books by an indefatigable crusader forinter-faith dialogue are deemed disruptive to Muslims in this country."(NST, 30 Jun 2007). Bahasa Melayu mempunyai gayanya yang tersendiri, ataunuansa kebahasaan khusus sesuai dengan nilai dan budaya bahasa itu.Bahasa Inggeris juga mempunyai ciri dan sifat yang khusus.Ada kalanya saya menyedari kesilapan saya kerana dipengaruhi oleh salahsatu daripada bahasa berkenaan. Mungkin ayat bahasa Melayu saya `berbau'Inggeris dan ungkapan bahasa Inggeris saya agak janggal kerana pengaruhbahasa Melayu. Kadangkala beberapa ungkapan yang saya gunakanterang-terang adalah terjemahan literal daripada bahasa Inggeris. Malah,saya juga pernah ditegur agar tidak terlalu `keInggerisan' dari segistruktur ayat bahasa Melayu saya.Maka itu saya amat bersetuju dengan banyak hujah yang diberikan olehDatuk Dr Hassan Ahmad apabila beliau membentangkan kertas kerja berjudulKecelaruan Bahasa Melayu dari Faktor Dalaman dalam Seminar Bahasa Rojakdi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berakhir Khamis lalu. Seminar itubertujuan `untuk mengenal pasti bentuk dan penggunaan bahasa rojak dalammencari kaedah membimbing penggunaan bahasa yang baik dalam pelbagaisituasi dan konteks.'Memang isu bahasa rojak ini banyak diperkatakan akhir-akhir ini. Adapandangan yang mengatakan bahawa kemunculan bahasa rojak tidak dapatdielakkan. Bahasa perlu dinamis untuk berkembang. Bahasa rojak adalah
 
sebahagian daripada akibat langsung `penciptaan semula' bahasa Melayuyang dalam proses perkembangannya yang pesat. Malah, seperti jugabahasa-bahasa utama dunia yang berdepan dengan krisis, ekoran ragambahasa di dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan internet, bahasa Melayuharus juga berdepan dengan masalah kecelaruan berikutan penggunaannyayang meluas dan oleh pelbagai kalangan. Apa yang membezakan bahasa ituialah laras dan ragamnya sesuai dengan taraf penguasaan pengguna atausituasi penggunaannya. Ada yang berpendapat asal bahasa formal dapatdipertahankan, memadailah.Apa yang membimbangkan ialah bahasa rojak begitu meluas digunakan dimedia hingga akhirnya menjejaskan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.Pada akhirnya apa yang dianggap bahasa yang celaru diterima sebagaipemakaian yang betul dalam masyarakat.Dalam kertas kerja itu, Hassan menyebutkan di antara punca utamaberlaku kecelaruan itu ialah kegagalan orang Melayu yang bukan saja tidakmempunyai kecekapan linguistik (linguistic competence) tetapi jugaketiadaan kecekapan berkomunikasi dalam masyarakat (communicativecompetence).Kecelaruan ini banyak dilakukan oleh orang Melayu yang menguasai bahasaInggeris sebagai bahasa kedua. Mereka mungkin secara sedar atau tidak,sering berfikir dalam atau melalui bahasa Inggeris, lantas merekamelakukan kesalahan bahasa baik pada peringkat sistem atau strukturbahasa mahupun pada peringkat leksikal dan bentuk kata.Katanya, masalah kecelaruan lebih jelas apabila bahasa kedua (bahasaInggeris) digunakan sebagai alat pemikiran yang utama. Pada waktu yangsama mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai `bahasa terjemahan.' BahasaMelayu digunakan tidak lebih untuk `menterjemahkan fikiran' yang dibentukdalam bahasa Inggeris. Dalam keadaan itu peraturan sistem bahasa Inggerisyang mewakili cara berfikir dan budaya pengucap asli bahasa itu cubadigunakan atau ditiru dalam bahasa Melayu.Hassan berpendapat bahawa kecelaruan bahasa tidak semestinya berertikesalahan bahasa saja. Kecelaruan ini berlaku `apabila terdapatperaturan-peraturan bahasa, biasanya peraturan yang preskriptif, yangtidak konsisten atau yang tidak sesuai dengan sistem bahasa Melayu yangasli.' Atau lebih jelas apabila bahasa yang digunakan itu menyalahiperaturan bahasa `asli' bahasa Melayu.Katanya, `orang Melayu makin lama makin tidak berfikir atau tidakpandai berfikir lagi dalam bahasanya sendiri.' Lantas mereka menggunakanbahasa kedua, khususnya bahasa Inggeris sebagai `bahasa fikiran' merekadan ini menyebabkan mereka membuat pelbagai kesalahan dalam bahasaMelayu. Apabila `sistem' bahasa Inggeris mempengaruhi pengguna bahasa,ayat dan kata-kata bahasa Inggeris mulai bercampur-baur dengan ayat dankata-kata bahasa Melayu. Apabila orang Melayu mulai bergantung padakata-kata leksikal dalam bahasa Inggeris, maka bahasa rojak akanberleluasa.Bagaimanapun, kata Hassan, tiga perkara harus diambil perhatian apabilakita bercakap tentang bahasa rojak. Pertama, bahasa rojak bukan bahasakacukan seperti bahasa Creol dan Pidgin atau bahasa Melayu pasar. Malah, jikalau dikaji kebanyakan ayat, frasa atau kata-kata yang digunakan tidaksalah dari segi bentuk dan strukturnya. Kedua, bahasa rojak tidaksemestinya digunakan oleh mereka yang lemah bahasa Inggeris atau bahasaMelayunya. Ketiga, bahasa rojak digunakan hanya dalam bentuk komunikasilisan tetapi tidak dalam bentuk tulisan.
 
Jikalau begitu keadaannya, bahasa rojak masih belum terlalu serius danmasih boleh diperbaiki. Paling penting ialah orang Melayu harusmenggunakan bahasa Melayu sebagai alat pemikiran utamanya bagimengelakkan kecelaruan berfikir dan menggunakan bahasa. Beliau jugamencadangkan agar bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah tidak harusditumpukan hanya sebagai sistem linguistik tetapi juga diajar sebagaisistem atau alat pemikiran dan budaya.Saya bersetuju dengan beliau bahawa sekiranya bahasa rojak ini tidakdikawal orang Melayu `akan kehilangan alat yang penting bagi kemajuanpendidikan, fikiran, ilmu dan budaya mereka, yakni bahasa Melayu.' Kedua,bahasa rojak akan menjadikan bahasa Melayu bahasa kacukan seperti bahasaCreol atau Pidgin. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara harusdipertahankan martabatnya sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sikapketerbukaan kita untuk melihat bahasa itu maju dan dinamis jangan sampaimembenarkan ia menjadi bahasa bertaraf rendah dan dicemuh di negaranyasendiri.Hassan mengingatkan penulis dwi-bahasa seperti saya akan bahayanya saya`mencelarukan' bahasa saya sendiri.

Activity (12)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Azam Pillus liked this
marianne_miga liked this
Azizah Omar liked this
Nurul Fezza liked this
KiEra NAa liked this
mine80 liked this
mine80 liked this
GadisNovel liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->