You are on page 1of 52

ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-

Nya dapat saya menyiapkan tugasan bagi subjek PKU3106 Pentaksiran Dalam

Pendidikan Khas ini dengan selamat. Biarpun pada peringkat awal untuk

menyiapkan tugasan ini saya menghadapi pelbagai kesukaran dan masalah, namun

akhirnya ianya dapat disempurnakan juga, walaupun tidak sebaik yang dipinta.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak

terhingga kepada para pensyarah yang mengajar saya di IPGM Kampus Darulaman.

Terutamanya, khas buat En. Zainal Abidin bin Nasir diatas kesudian membantu dan

membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan ini, sukar bagi

saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Biarpun subjek PKU 3106 ini adalah satu subjek yang agak sukar di mana

ianya merupakan satu subjek baru bagi saya, dimana masa di peringkat diploma

dahulu saya tidak pernah mempelajarinya namun dengan teknik dan skill yang

gunakan oleh En. Zainal Abidin seperti teknik pembentangan dan perbincangan

dapat membantu saya untuk memahami serba sedikit mengenai subjek ini. Ianya

secara tidak langsung dapat membantu saya untuk mengajar murid- murid di sekolah

saya. . Di samping itu juga, ucapan penghargaan terima kasih juga saya rakamkan

buat rakan- rakan sekelas PGSR Pendidikan Khas 2008 , Guru- guru SKDHZ dan

murid- murid PKBP SKDHZ diatas kesudian kalian membantu saya. Bantuan dan

sumbangan kalian amat dihargai. Terima kasih sekali lagi. Sekian, wasallam.

0.0 PENGENALAN

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 1


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji berkaitan kanak- kanak bermasalah
pembelajaran yang mana mereka ini menghadapi gangguan dalam satu ataupun
lebih dari aspek proses asas psikologikal termasuklah dalam bab memahami
ataupun dalam menggunakan bahasa, bercakap atau menulis. Semua ini jelas
menunjukkan ciri ketidaksempurnaan yang terdapat pada seorang murid
contohnya mendengar, berfikir, bercakap, membaca, menulis, mengeja atau
membuat pengiraan matematik. Jangka masa kajian kes ini ialah mengambil
tempoh masa selama 4 minggu. Di dalam kajian ini penulis telah memilih
seorang murid khas dari Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah
Kebangsaan Dato’ Haji Zainuddin, Serdang Kedah sebagai respondan kajian.
Murid ini diklasifikasikan sebagai murid bermasalah pembelajaran kerana
mempunyai masalah Slow Learner Tro Mental Retardation With
Hepatosplenomegaly Cause.

Kanak- kanak bermasalah pembelajaran adalah merupakan kanak-


kanak yang telah dikenal pasti dan telah disahkan oleh pakar professional
klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mana faktor ini boleh mengganggu
proses pembelajaran murid tersebut. Kecacatan yang dialami itu boleh
diketagorikan mengikut tahap kefungsian kanak- kanak dalam kebolehan –
kebolehan berikut :
i) Kebolehan kognitif
ii) Tingkahlaku sosial/ perkembangan social
iii) Penguasaan bahasa lisan/ pertuturan
iv) Penguasaan membaca
v) Kemahiran perkembangan ( development skills )
vi) Kemahiran matematik

Secara umumnya, terdapat banyak ciri – ciri kanak- kanak bermasalah


pembelajaran. Antara ciri- ciri yang mungkin dapat menolong pakar- pakar dalam
proses mengdiagnostik dan guru- guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-
kanak ini ialah :

i) Ciri- ciri fizikal

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 2


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Secara umumnya pengamatan dari aspek bentuk badan


dan ko-ordinasi motor kanak- kanak ini tidak banyak ianya
berbeza dengan kanak- kanak normal. Walaubagaimanapun
kanak- kanak ini mempunyai tahap keupayaan mental yang
rendah disebabkan oleh faktor- faktor tertentu seperti tahap
perkembangan akal mereka tidak seiring dengan tahap
perkembangan umur hakiki. Selain itu juga ada dikalangan
mereka ini yang mempunyai bentuk badan yang lebih kecil
berbanding kanak- kanak normal

ii) Ciri – ciri intelek


Umumnya, terdapat kelewatan di dalam proses
perkembangan dan kematangan serta fungsi- fungsi intelek
tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah.
Contohnya, mereka mempunyai daya ingatan yang rendah,
kebolehan dalam aspek pengamatan dan aspek konsep
serta aspek seni kreatif juga rendah. Selain itu juga tahap
kesediaan belajar dan penerimaan maklumat mereka juga
berbeza dengan dengan kanak- kanak normal. Contohnya,
pada umur 6 tahun mereka baru boleh menguasai aktiviti
pembelajaran kanak- kanak yang berumur dalam lingkungan
3- 4 tahun seperti mewarna bukan di dalam ruang yang
ditetapkan.

iii) Ciri- ciri sosial dan peribadi


Kanak- kanak ini lazimnya mempunyai daya ketahanan atau
tahap tumpuan yang terlalu singkat seperti kalau waktu
untuk satu matapelajaran itu 30 minit, mereka Cuma boleh
memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Cuma 10- 15 minit pertama. Kemudian kanak-
kanak ini akan mula melakukan aktiviti sendiri seperti
bermain, berlari , mengganggu rakan, mengangis, ataupun
melakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian guru.

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 3


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Objektif utama pihak kerajaan memperkenalkan Pendidikan khas Bermasalah


Pembelajaran ini adalah untuk memberi peluang dan bimbingan terhadap golongan
ini agar mereka dapat :

i) Menguasai kemahiran komunikasi


ii) Menguasai kemahiran bergaul
iii) Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin
Tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
iv) Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
v) Menguruskan hal- hal berkaitan kehidupan harian
vi) Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang
positif
vii) Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi memahami
keperluan perkembangan jasmani serta menguasai
kemahiran motor
viii) Menghayati dan mengamalkan nilai- nilai murni
ix) Mengembangkan potensi, bakat dan daya kreatif serta
intelek
x) Fokus utama sekali mereka boleh mengurus diri dan
berdikari

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian pendek. Beberapa


instrument telah digunakan seperti pemerhatian, perbualan, rakaman,
temuduga serta berdasarkan bahan bukti seperti latihan murid dan juga rekod-
rekod perubatan dan peribadi murid.

2.0 Definisi Pentaksiran dalam pendidikan khas


Secara umumnya, Popham(2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian
dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran
melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 4
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam


konteks pendidikan juga, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan
tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam
bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan
kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
Selain itu, satu lagi pendapat yang saya temui melalui internet iaitu web
http://specialed.about.com/od/assessment/a/Aandee.htm iaitu satu laman web
pendidikan khas, matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid
dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat
yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan
meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat
kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Di samping itu, pentaksiran
juga melibatkankan proses pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam
satu tempoh masa tertentu untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti
dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan
beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut
menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan
untuk penempatan.
Berdasarkan pemahaman saya, pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah
untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam
pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga
dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka program
intervensi awalan yang sesuai, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai
mengikut tahap kebolehannya.
Hakikatnya, mempelajari kemahiran asas adalah satu factor yang amat penting
bagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana ia akan membantu
murid untuk mempelajari setiap matapelajaran dengan lebih mudah dan cepat jika
mereka mahir dalam menguasai kemahiran asas. Terdapat beberapa komponen
dalam kemahiran asas. Antaranya ialah kemahiran 3M dan kemahiran pengurusan
diri.

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 5


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Seperti yang kita semua sedia maklum Kemahiran 3M ialah membaca,


menulis dan mengira. Terdapat beberapa kepentingan mempelajari kemahiran ini.
Pertama, kemahiran ini adalah asas utama dalam setiap pembelajaran. Setiap murid
seharusnya mempunyai kemahiran untuk membaca, menulis dan mengira supaya
mereka dapat menjalankan segala proses pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan. Menguasai kemahiran membaca membolehkan mereka membaca
maklumat dan latihan yang diberikan oleh guru. Mereka juga dapat mencari bahan-
bahan pembelajaran dan melakukan ulangkaji pelajaran dengan mudah. Selain itu,
penguasaan dalam kemahiran menulis pula membolehkan murid untuk menulis nota
pelajaran dan melakukan latihan yang diberikan oleh guru. Seterusnya, kemahiran
mengira bukan sahaja penting bagi matapelajaran yang melibatkan kira-kira tetapi ia
juga penting dalam kehidupan seharian mereka.
Di samping itu, Kemahiran pengurusan diri juga tidak kurang pentingnya
kerana ianya melibatkan keupayaan dalam menguruskan diri sendiri. Hal ini meliputi
kemampuan dalam membersihkan diri sendiri, memakai pakaian tanpa bantuan,
makan dengan cara yang betul dan mampu memenuhi kehendak asas diri seperti
membuang air. Kepentingan kemahiran ini adalah supaya murid dapat menjaga
keperibadian diri sendiri dan berupaya menguruskan diri sendiri tanpa pertolongan
orang lain. Dengan ini murid OKU dapat berdikari dengsan sendiri.
Tidak dapat dinafikan juga Kemahiran sosial juga penting untuk mjurid OKU
dan ianya dapat didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk
berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Sesetengah pendidik
merujuk kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai
kejayaan tanpa menggangu orang lain. Selain itu, kemahiran sosial juga dapat
dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang membolehkannya
berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial
iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran
menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi. Tujuan pentaksiran kemahiran sosial
adalah untuk mengenalpasti murid yang mempunyai kelemahan dalam bersosial.
Prosedur pentaksiran kemahiran sosial yang biasa digunakan di luar negara ialah
(a)pengukuran sosiometrik, (b)penilaian oleh guru, (c)ujian ’role-play’ dan
(d)pemerhatian langsung. Penguasaan dalam kemahiran sosial adalah amat penting
kerana ia membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan seharian mereka.
Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 6
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini juga
membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang
melibatkan orang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk
berkomunikasi dengan orang lain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka
dan emosi yang betul. Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan
menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri, mengasingkan diri dari orang lain dan
menyebabkan kemurungan.
Kemahiran tingkah laku ialah melibatkan perangai, kelakuan dan cara
seseorang itu membawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas benda
hidup kerana setiap benda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri.
Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran. Sekiranya
seseorang itu dibesarkan dalam persekitaran yang aman dan harmoni, maka dia
akan berkelakuan baik serta bertamadun. Sebaliknya, sekiranya seseorang itu
dibesatkan dalam suasana berpecah belah seperti peperangan, kemungkinan besar
dia akan menjadi seorang yang kasar dan panas baran. Walaubagaimanapun,
tingkah laku berubah menerusi pembelajaran. Tingkah laku manusia akan berubah
apabila mereka menjadi semakin terpelajar.
Kesimpulannya, Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang
perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras
dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya
pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi
memperkukuhkan,memperbaiki,danmempertingkatkan perkembangan murid- murid
khas di program khas mahupun program pendidikan khas integrasi di Negara ini.
Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan
dan seterusnya dengan keputusan tersebut juga dapat membantu guru
mengembangkan serta mempertingkatkan lagi potensi seseorang murid khas
ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 7


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam beberapa perkara berikut:


i.Mengesan tahap perkembangan seseorang murid secara lebih menyeluruh.
ii.Mengenal pasti pelbagai potensi yang dimiliki oleh seseorang murid secara
menyeluruh.
iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa
kesemasa. .
iv. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
v.Mengesan tahap penerimaan serta keberkesanan pengajaranyang dijalankan oleh
guru..
vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

TUJUAN PENTAKSIRAN
Secara umumnya, tujuan sesuatu pentaksiran dijalankan adalah untuk :
i. Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan
pertumbuhan murid.
iv. Mengesan perkembangan murid secara lebih menyeluruh.
v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke
semasa.
vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN


Dibawah ini saya nyatakan proses- proses yang perlu dilakukan untuk menjalankan
proses pentaksiran iaitu:
a. Merancang: sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah
merancang perkara-perkara berikut:
i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 8


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.


iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.
v. Menentukan tempoh masa pemerhatian.
vi. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

b. Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut:


i. Tujuan yang jelas.
ii. Menepati apa yang hendak dinilai.
iii. Item boleh diukur.
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN
i. Bagaimana pentaksiran dilaksanakan?
ii. Dalam pendidikan prasekolah pentaksiran dan penilaian
dilakukan melalui pemerhatian.
iii. Apa maksud pemerhatian?
iv. Pemerhatian ialah pengamatan kepada pelakuan murid yang bersesuaian dengan
perkembangan mereka. Dalam konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu
kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat clan merekodnya
dengan tepat.
v. Apakah yang diperhatikan?
vi. Pemerhatian dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja seperti
berikut:
1. Tingkah laku.
2. Tingkah laku murid boleh diperhatikan dan dinilai.
Contohnya:-
a. Bermain pondok-pondok bersama rakan-rakan.
b. Menyusun blok bersama rakan atau
c. bersendirian.
d. Mengikat tali kasut.
e. Berlari sambil melompat.
f. Menyelesaikan masalah bersama rakan.
g. Membuat kolaj dalam kumpulan.
h. Perbualan/Interaksi/Lisan Murid.
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 9
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

j. Perbualan/Interaksi/Lisan Murid yang boleh diperhati dan dinilai adalah seperti


berikut:

Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru/murid dengan murid.


-Interaksi murid dengan bahan.
-Main peranan.
-Bersoal jawab.
-Bacaan.
-Nyanyian.
-Hasil kerja murid.
Contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai adalah:
-Lukisan
-Buku skrap
-Kraftangan
-Buku kecil
- Model

MEREKOD MAKLUMAT

Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan


perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.
Contoh rekod seperti berikut:
a. Senarai Semak
b. Skala Kadar
c. Rekod Anekdot
d. Rekod Berterusan (Running Record)

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
i.Senarai Semak.
a.Definisi:
Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.
Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada:

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 10


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

b. Sesuatu tingkah laku/ciri ada atau dapat diperhatikan.


c. Sesuatu perlakuan telah dilakukan.
d. Kekerapan sesuatu tingkah laku.

ii. Prosedur
Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan
senarai semak:
a) Disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat.
b) Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.
c) Digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.
d) Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
e) Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan
tingkah laku yang akan diperlihatkan.
f) Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan
maklumat/amalan yang lebih tepat/ kekal.
g) Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau hasil pembelajaran
atau tingkah laku murid.

CONTOH REKOD
i) Rekod Skala Kadar
a. Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan clan
pencapaian sesuatu tingkah laku murid.
b. Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang
gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.

ii) Rekod Anekdot


Satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang
dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Anekdot ditulis secara objektif
untuk menerangkan apa yang berlaku, bila clan di mana berlaku.
Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk
membuat rekod anekdot ialah:
a. Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
b. Mengenal pasti peristiwa itu penting clan signifikan kepada aspek perkembangan
murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan.
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 11
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

c. Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku.


d. Menulis apa yang dilihat secara objektif.
e. Maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang
menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial
dan kemahiran menyelesaikan masalah murid.

Rekod Berterusan
a. Definisi
Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita "narrative" yang dibuat ke
atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap
perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian.
Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan
minit.

b. Prosedur menyediakan rekod berterusan


i. Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
ii. Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.
iii. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci.
iv. Rekod hendaklah tepat clan paclat.
v. Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

PENYIMPANAN MAKLUMAT

Segala maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan


dan dikumpulkan dalam portfolio.
Definisi Portfolio:
Portfolio adalah untuk merekod pengalaman, usaha, kemajuan dan kejayaan yang
diperolehi murid secara sendirian serta yang diperolehi bersama rakan-rakan lain.
Portfolio boleh dijadikan asas untuk guru menilai pencapaian murid dan dijadikan
panduan untuk menyediakan pembelajaran selanjutnya. Portfolio ini hendaklah
dikongsi bersama ibu bapa murid untuk memaklumkan mereka tentang
perkembangan dan kemajuan anak mereka.
A) Bahan yang perlu ada dalam portfolio ialah
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 12
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

i. Pelaporan Perkembangan Murid


ii. Rekod Peribadi
iii. Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid
iv. Hasil Kerja terpilih
a. Perlu dinilai dan diberi ulasan
b. Pemilihan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian
c. Pemilihan hasil kerja murid perlu dipilih dan dinilai dari setiap komponen
sekurangnya 2bulan sekali.

HASIL KERJA MURID


a. Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan di dalam portfolio.
Pemilihan hasil kerja hendaklah dibuat oleh murid bersama guru. Hasil kerja murid
termasuklah:
i. Gambar atau lukisan
ii. Tulisan
iii. Binaan yang disempurnakan
iv. Cerita yang ditulis
v. Buku skrap

b. Catatan perlu dibuat ke atas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelah
dianalisis dan dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap
kebolehan, contohnya sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf.
Koleksi hasil kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasil kerja yang
melibatkan murid khususnya semasa pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria
pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria untuk menilai dan bukti refleksi
yang dibuat oleh murid.

c. Maklumat daripada hasil kerja murid ini membantu guru memahami murid dari segi

perasaan, sikap dan mengenalpasti kemajuan tahap penguasaan murid terhadap


sesuatu kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni.

REKOD PERIBADI MURID

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 13


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Umumnya, Rekod peribadi murid mengandungi maklumat diri murid, maklumat


keluarga murid dan maklumat fizikal. Guru perlu memastikan segala maklumat yang
hendak diperolehi tepat dan mendapat kerjasama dari ibu bapa atau penjaga. Rekod
peribadi ini akan diserahkan kepada guru Tahun Satu apabila murid masuk ke
sekolah formal. Manakala bagi murid yang bermasalah dari segi kesihatannya maka
Rekod Peribadi ini penting sebagai bahan rujukan untuk guru mengambil tindakan
sewajarnya.

1. Contoh Rekod Peribadi Murid


2. Contoh Maklumat Keluarga
3. Maklumat Kesihatan
4. Maklumat Fizikal
5. Kecemasan Sila Hubungi
Rujuk Buku Pentaksiran dan Rekod Penilaian yang diedarkan oleh BPK.

PELAPORAN
a. Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke
semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan
pencapaian murid.
b. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut:
• Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk
membolehkan guru dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
• Guru seharusnya memerhati perkembangan murid secara berfokus berdasarkan
pelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran
menyelesaikan masalah, potensi yang menyeluruh clan ketrampilan diri mengikut
tahap keupayaan mereka.
• Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang telah diperolehi hasil
daripada analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja murid.

REKOD PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 14


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid merupakan rumusan yang dibuat oleh
guru hasil daripada maklumat yang dikumpul dan dianalisis mengenai
perkembangan diri murid secara menyeluruh dan spesifik. la berbentuk ulasan
berdasarkan item-item yang telah dibina melalui hasil pembelajaran yang hendak
dicapai berasaskan Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan KanakKanak.
Ulasan yang dibuat seharusnya dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian
sebenar diri murid yang boleh diukur melalui keenam-enam komponen berikut:
a. Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi
b. Perkembangan Kognitif
c. Perkembangan Kerohanian dan Moral
d. Perkembangan Sosioemosi
e. Perkembangan Fizikal
f. Perkembangan Kreativiti dan Estetilka
Maklumat yang perlu ada semasa membuat rumusan mengenai perkembangan
murid melalui keenam-enam komponen perlu mengambil kira aspek-aspek berikut:
* Pengetahuan
Aspek pengetahuan murid meliputi:
• Diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat
• Kepelbagaian hidupan di persekitaran
• Kewujudan fenomena alam
• Agama
• Pengalaman berdasarkan multimedia

* Kemahiran
Aspek kemahiran yang telah dikuasai oleh murid meliputi:
• Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
• Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
• Kemahiran motor halus dan motor kasar semasa menjalankan
aktiviti harian dan aktiviti pembelajaran.

* Kreativiti
Kreativiti murid boleh dinilai dalam:
• Menghasilkan objek dengan menggunakan bahan secara kreatif (contoh: bahan
semulajadi, bahan kitar semula
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 15
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

• Merekacipta sesuatu hasilan berdasarkan pengalaman dan fantasi.

* Sikap Dan Sahsiah


Aspek tingkah laku murid yang boleh dinilai adalah:
• Amalan nilai-nilai murni
• Perbuatan menghormati dan mematuhi arahan/peraturan
• Sifat menghargai hasil kerja sendiri, kumpulan dan rakan sebaya

* Komunikasi
Kebolehan berkomunikasi murid yang boleh dinilai adalah seperti:
• Berinteraksi secara sopan, tertib dan teratur
• Melakukan pengucapan bertatasusila menggunakan bahasa yang betul
• Berinteraksi secara `non verbal' (bahasa isyarat) dan boleh difahami
• Memberi pendapat yang boleh diterima pakai.

Tindakan Susulan

• Kelebihan murid dalam pencapaian perlu diperkukuh dan dipertingkatkan melalui


aktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap pencapaian murid perlu dibantu melalui
bimbingan yang sewajarnya.
• Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara
individu, kumpulan dan kelas melalui proses pembelajaran.
• Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi aktiviti
bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan murid
tersebut.
• Guru perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak mereka untuk
memperoleh sokongan tambahan di rumah.

3.0 Maklumat Berkaitan masalah responden

Secara umumnya, murid- murid berkeperluan khas lazimnya terdiri daripada murid
yang mengalami masalah tertentu seperti Down Sindrom, Slow learner, Autisme,
Disleksia ataupun Mental Retardition. Fokus utama saya pada kali ini ialah slow
learner dan mental retardation.
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 16
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Mental Retardition ( Kerencatan Akal )

Salah satu kategori kanak- kanak berkeperluan khas ialah kerencatan mental
atau kurang upaya mental. Lazimnya, ramai orang awam hanya mengetahui serba
sedikit berkaitan kerencatan mental dan ciri- ciri yang dimiliki oleh individu tersebut.
Walaupun kesedaran terhadap kerencatan mental telah bertambah, namun masih
ada atau terdapat ramai golongan yang membuat anggapan salah dan cetek ilmu
berkaitan golongan ini. Contohnya, seseorang yang tidak boleh menyelesaikan
sesuatu masalah atau berkelakuan aneh digelar sebagai “ cacat otak “, “ otak tak
betul” dan sebagainya. Walaupun istilah ini digunakan sebagai gurauan, namun
ianya menggambarkan takrifan masyarakat dengan mudah mengaitkan kegagalan
melakukan sesuatu atau kelakuan aneh dengan kelemahan dan kekurangan mental
Menurut Evans ( 1983) beliau mendefinisikan kerencatan akal atau mental
sebagai individu yang tidak dapat belajar secepat orang yang normal, tidak dapat
menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal serta orang yang tidak dapat
memahami dengan jelas serta sukar menggunakan maklumat yang diperlukan dalam
sesuatu situasi kepada situasi yang lain. Takrifan ini terlalu umum kerana ia juga
memerihalkan kelemahan yang dialami oleh individu biasa atau normal tetap tidak
diketagorikan sebagai kerencatan mental. Selain itu, definisi yang lebih tepat lagi dan
diterima ramai ialah takrifan yang dikemukakan oleh Persatuan Kerencatan Mental
Amerika ( American Association on mental Retardition ) atau dikenali sebagai AAMR.
Persatuan ini ialah organisasi tertua dan terbesar didunia yang terdiri daripada ahli
professional dalam bidang kerencatan mental. Persatuan ini terkenal dengan
peranan yang dimainkan dalam penentuan dasar, penyelidikan, rawatan dan
pencegahan kerencatan mental. Definisi terkini yang dikemukakan oleh AAMR telah
diterima dan digunakan oleh kebanyakkan organisasi ataupun persatuan pendidikan
yang terlibat dengan kerencatan mental di merata dunia iaitu :
“ kerencatan mental ialah suatu kurang upaya yang bercirikan fungsian intelektual
dan tingkah laku adaptif yang terhad. Kerencatan mental lazimnya berpunca
sebelum umur 18 tahun .” ( AAMR , 2002 )
Istilah kefungsian intelektual boleh dimaksudkan sebagai kanak- kanak
kerencatan akal atau mental dikenal pasti sebagai berfungsi pada tahap intelektual di
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 17
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

bawah paras normal. Untuk menentukan tahap ini, ujian kecerdasan lazimnya
digunakan. Manakala tingkah laku adaptasi pula ialah kebolehan kanak- kanak
kerencatan mental dikenal pasti menurut sejauhmanakah mereka Berjaya
menyesuaikan diri dengan alam sekeliling seperti bercampur gaul, menjaga diri
sendiri, berkomunikasi dan sebagainya. Lazimya kanak- kanak ini dapat dikenal pasti
melalui ujian IQ, serta pemerhatian kanak- kanak tersebut dari aspek penguasaan
kemahiran konseptual, kemahiran praktikal dan kemahiran social.

Tahap Kerencatan Mental Ukuran Kecerdasan Mental ( IQ )


 Ringan  50 – 70
 Sederhana  35 – 49
 Teruk  20 – 34
 Sangat Teruk  Bawah 20

Jadual menunjukkan Tahap Kerencatan Mental berdasarkan Skor IQ.

3.1 Sebab- sebab kerencatan mental

Secara amnya, agak sukar untuk menentukan sebab berlakunya kerencatan


akal. Menurut Daryl ( 1983 ) terdapat kira- kira 250 sebab yang menyebabkan
berlakunya kerencatan mental. Secara umumnya, 75 – 80 peratus kes kanak-
kanak yang diklasifikasikan sebagai kerencatan mental tidak dapat ditentukan
puncanya secara khusus. Walaubagaimanapun, AAMR telah mengklasifikasikan
sebab- sebab kerencatan mental kepada tiga ketagori umum yakni prenatal,
perinatal dan postnatal.
i) Sebab- sebab prenatal ( sebelum Kelahiran Bayi )
Umumnya, semasa bayi berada dalam rahim ibu, pelbagai masalah
mungkin timbul yang boleh menjejaskan seorang bayi hingga
menyebabkan ia dilahirkan kerencatan mental:
- Sindrom Down( Down Syndrome )
- Sindrom alcohol Janin ( Fetal alcohol syndrome )
- Sindrom prader – willi ( prader – willi syndrome )
- Mikroorganisma
- kemiskinan

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 18


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

ii) Sebab – sebab Perinatal ( semasa kelahiran bayi )


Lazimnya, pelbagai masalah boleh berlaku ketika proses kelahiran bayi
sehingga menyebabkan ia dilahirkan kerencatan mental:
- Pramatang ( premature )
- Penyakit herpes simplex
- Kekurangan oksigen
iii) Sebab- sebab Posnatal ( selepas kelahiran bayi )
- Penyakit – Encephalitis ( disebabkan oleh sejenis virus yang
menyerang otak dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerencatan
mental.)
- Persekitaran – pencemaran alam sekitar boleh ,menyebabkan
berlakunya kerencatat mental. Contohnya, pengaruh atau kesan
daripada alcohol, rokok, dadah dan ubat- ubatan merbahaya serta
logam berat.

BUTIR PERIBADI RESPONDAN/ MURID

BIODATA MURID

MAKLUMAT MURID

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 19


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

1. Nama : Asyraf Fasihin Bin Hasim


2. Jantina : Lelaki
3. Tarikh Lahir : 15 September 1999
4. No Sijil Kelahiran : AM 43913
5. Umur : 11 Tahun
6. Agama : Islam
7. Alamat : No. 11 Melur 6, Taman Melur, 09800
Serdang, Kedah Darul Aman.
8. Bangsa : Melayu
9. Kategori : Terencat Akal ( Intellectual Impairment)

MAKLUMAT IBU BAPA / WARIS

10. Nama Ibu : Normah binti Saman


11. No K/P : 600401- 08- 6618
12. Pekerjaan Ibu : Suri rumah
MAKLUMAT BAPA/ PENJAGA

1) Nama Bapa/ penjaga : Hasim bin Abdullah

2) No. I/C : 530430 – 07 – 5431

3) Umur : 57 tahun

4) Agama : Islam

5) Pekerjaan : Kaunselor

6) Pendapatan : RM 3704.87

7) Bilangan Anak : 7 orang

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 20


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Gambar Fasihin semasa beratur waktu hendak pulang ( tidak dapat menurut
arahan guru supaya beratur )

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 21


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Gambar Fasihin ( Beliau mudah teransang dengan rangsangan dari


persekitaran )

11.0 LATAR BELAKANG RESPONDAN/ MURID

Adik Ashraf Fasihin bin Hasim adalah anak bongsu daripada 7 adik beradik
iaitu 5 perempuan dan 2 orang lelaki. Bapanya En. Hasim bin Abdullah adalah
seorang Kaunselor di Pusat Serenti, Serdang daerah Kulim Bandar Baharu,
manakala ibunya Puan Normah binti Saman pula adalah seorang surirumah
sepenuh masa. Sejak dari lahir adik Ashraf Fasihin atau lebih dikenali sebagai
Fasihin atau ” Wak Jum ” dikalangan rakan- rakan sekelas telah diserahkan kepada
ibu saudaranya iaitu kakak kepada ibunya yang tinggal di Titi Serong, Perak. Beliau
telah dibesarkan oleh ibu saudaranya sehinggalah beliau berumur 6 tahun. Bermula
dari saat dilahirkan sehingga berumur 5 tahun keluarga ini tidak mengetahui bahawa
anak mereka ini menghadapi sedikit masalah iaitu terencat akal ringan sehinggalah
beliau berumur 6 tahun. Di mana ketika ini beliau tidak boleh mengikuti aktiviti
pembelajaran di tadika biasa. Guru tadika menyatakan kepada ibu saudaranya
bahawa Asyraf Fasihin tidak boleh bersekolah di sekolah biasa apabila beliau tidak

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 22


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

dapat menumpukan perhatian ketika belajar dan menimbulkan pelbagai masalah


tingkah laku negatif.
Bermula dari detik itu, ibu angkatnya telah menyerahkan adik Fasihin kembali
kepada ibu bapanya yang asal. Ibu dan bapanya tidak dapat menerima hakikat
bahawa anak mereka ini menghadapi kekurangan ataupun masalah kerana anak-
anaknya yang lain semuanya cerdik pandai. Mereka telah mendaftarkan adik Fasihin
di sekolah biasa aliran perdana di Sekolah Kebangsaan Dato’ Haji Zainuddin,
Serdang Kedah. Apabila memasuki alam persekolahan yakni tahun satu, beliau
tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau sering merayau-
rayau, mengacau rakan- rakan, berjerit dan sebagainya sehingga mengganggu guru
dan rakan- rakan di dalam kelas. Sehinggalah berlaku satu peristiwa dimana adik
Fasihin telah ke tandas dan ketika ingin pulang ke kelas beliau tidak memakai seluar
dan sampai di hadapan kelas beliau telah memanjat tebing pengadang simen di
hadapan kelas dan menjerit kepada guru besar menyatakan beliau ingin terjun
seperti ” Superman”. Peristiswa ini telah membawa adik Fasihin ke alam kelas khas
bermasalah pembelajaran. Guru besar telah memanggil kedua ibu bapanya dan
menyarankan supaya beliau ditempatkan di kelas khas bermasalah pembelajaran.
Kedua ibu bapanya masih tidak dapat menerima hakikat ini kerana adik Fasihin
menurut mereka boleh membaca dan mengenal huruf.
Apabila dirujuk kepada doktor, iaitu Doktor Abdul Jamil Bin Ahmad, MD
( USM ), M. Med ( Fam. Med), Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu Pakar
Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Serdang, Kedah pada 16 Mac 2006, beliau
telah mengesahkan bahawa adik Fasihin menghidapi masalah terencat akal
( Intellectual Impairment) dan harus ditempatkan di program khas. Bermula dari saat
itulah, barulah kedua ibu bapanya dapat menerima hakikat bahawa anak mereka
menghadapi masalah pembelajaran.

Latar Belakang Sekolah

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 23


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Gambaran bahagian hadapan sekolah SKDHZ

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 24


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Gambar bangunan bekas kelas lama PKBP SKDHZ

Gambaran hadapan kelas PKBP SKDHZ

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 25


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Gambaran dalam kelas respondan ( Kelas Utarid )

Gambar penulis dengan respondan

12.1 Sejarah Kelas PKBP SKDHZ

Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Dato’


Haji Zainuddin ( SKDHZ ) Serdang, Kedah telah dibuka pada 1 Januari tahun
1996. Pada peringkat permulaan ianya dikenali sebagai Kelas Seri Wanti dan
pada tahun 2003 ianya dikenali sebagai PKBP SKDHZ. Pada asalnya ianya
telah diasaskan oleh Puan Norma binti Ibrahim yang telah memainkan peranan
sebagai penyelaras selama beberapa tahun dan kemudiannya diambil alih oleh
Puan Haslina binti Hashim setelah Puan Norma menyambung pelajaran di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangunan asal kelas PKBP SKDHZ ialah

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 26


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

dibahagian hadapan sekolah, iaitu berhampiran pintu masuk utama sekarang,


yakni bekas kantin lama sekolah. Pada awal pembukaannya terdapat seramai 12
orang murid bersama 2 orang guru. Kelas ini merupakan kelas pendidikan khas
bermasalah pembelajaran yang pertama sekali dibuka di daerah Bandar
Baharu. Ianya dibahagikan kepada 3 kelas iaitu Tunas, Sinar dan Mekar.
Sehinggalah pada tahun 2002 kelas PKBP SKDHZ telah dipindahkan ke
bangunan baru di belakang bangunan PKG ( Pusat Kegiatan Guru ) Serdang
dan kekal sehingga kini.
Kini PKBP SKDHZ, dibawah penerajui atau penyelarasnya Puan Siti
Norhasyimah Binti Said telah mempunyai 4 Kelas dan 20 orang murid, 5 orang
guru serta dibantu oleh 3 orang PPM ( pembantu pengurusan murid ). Kelasnya
adalah terdiri daripada 4 kelas yang dibahagikan mengikut tahap kebolehan
murid iaitu:
i) Pluto – Cik Rohaida binti Jaafar
ii) Zuhal- En. Ku Mohd. Saufi bin Ku Sulaiman
iii) Marikh- Pn. Zunaida binti Zainol
iv) Utarid – En. Noor Azman bin Che Rus

PENAKSIRAN TINGKAH LAKU

Lazimnya,bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah


laku,pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak
tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak
tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap
kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain.
Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti
bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara
berkumpulan dan sebagainya.Menurut, David Lambert dan David Lines 2000.
Penaksiran adalah proses pengumpulan,menterjemah, merekod dan menggunakan

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 27


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Manakala menurut,


Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan pengumpulan dan
penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan
intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan penempatan. Menurut
Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah proses pengumpulan data dengan
tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan membuat keputusan
megenai pelajar.
Menurut Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses
mengumpul maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc. Cluhen 1994,
penaksiran kanak-kanak khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang
relevan bertujuan membuat keputusan pembelajaran dan perundangan yang
berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga
meliputi usaha memahami masalah pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yang
memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan perkembangan diri murid dari
berbagai peringkat umur.
Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati
bagi merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency
recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan
skil kadar.
i. Perekodan Peristiwa
Perekodan peristiwa atau perekodan kekerapan bermaksud jumlah sesuatu
tingkah laku diperhatikan dalam tempoh masa yang telah diberikan direkod.
Contohnya jumlah berapa kali seorang murid bercakap-cakap dengan kawan
semasa waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit. Kita boleh merekod
tingkah laku murid berasaskan kekerapan sebenar, kadar kejadian atau kejadian
tersebut dalam peratus peluang sedia ada. Contohnya, Alina telah mengangkat
tangan sebelum menjawab soalan guru hanya sekali dalam waktu mata pelajaran
Bahasa Malaysia selama 30 minit atau kita boleh merekod sebagai Alina
mengangkat tangannya 0.5 per 15 minit atau Alina mengangkat tangannya sebanyak
5% daripada peluang sedia ada untuk menjawab soalan guru (sekiranya guru telah
menyoal sejumlah 20 soalan dalam kelas itu dan murid semua termasuk Alina boleh
sukarela mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru).

ii. Rekod anekdot


PGSR P/K( KOHORT 1) Page 28
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa
dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh
menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar.
Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan di
tempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah
nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan
tindakan guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu
murid itu.
Kegunaan rekod anekdot:
Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan
aktiviti individu dan bagi kes konferensi.
Kebaikan rekod anekdot:
· Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini.
· Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang
beliau dapat saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.
· Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di
mana ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian.
· Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaja dan
melupakan perkara atau tingkah laku lain.

Keburukan rekod anekdot:


· Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkan
kejadian yang diperlukan oleh pemerhati sahaja.
· Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod ini
dibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang
mendalam.
· Kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurang
tepat ataupun digunakan secara berat sebelah.
· Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik.

iii. Persampelan masa


Rekod persampelan masa ini digunakan bagi mencatat pemerhatian ke atas tingkah
laku kanak-kanak dalam satu jangka masa. Guru mengenal pasti kanak-kanak yang
akan diperhatikan dalam satu tempoh masa. Pemerhatian akan dibahagikan kepada
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 29
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

beberapa segmen masa dan kekerapan berlakunya tingkah laku itu dicatat secara
berterusan dan ambil tindakan. Tingkah laku yang hendak direkod ini perlu nyata dan
kerap dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 15 minit.
Kebaikan rekod persampelan masa:
· Menjimatkan masa.
· Memberi maklumat berkenaanjangka masa tingkah laku itu berlaku.
· Maklumat kualitatif ini sesuai bagi analisis menggunakan statistic.
· Lebih objektif dan terkawal kerana tingkah laku adalah nyata dan terhad.
· Pemerhati dapat mengumpul data berkenaan beberapa orang kanak-kanak
ataupun beberapa jenis tingkah laku secara serentak.
Keburukan rekod persampelan masa:
· Ia merekod tingkah laku yang sudah ditetapkan sahaja dan mungkin akan tertinggal
tingkah laku yang berguna.
· Ia hanya merekod bila dan kekerapan tingkah laku itu berlaku sahaja. Catatan
berkenaan tingkah laku, sebab-sebab dan keputusan ia dilakukan tidak dinyatakan.
Ini menyebabkan penilaian menjadi berat sebelah.

iv. Senarai semak


Walaubagaimanapun pemerhatian adalah lebih bermakna apabila guru dapat
mengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak dengan hasil pembelajaran seperti
yang telah ditetapkan. Oleh itu, guru boleh menyediakan satu senarai hasil
pembelajaran dan digunakan sebagai alat atau instrument semakan semasa
membuat pemerhatian untuk setiap murid. Senarai hasil pembelajaran hendaklah
mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor. Senarai semak ini dapat
menyatakan samada murid boleh atau tidak boleh, mencapai atau tidak mencapai
hasil pembelajaran yang diingini. Gambaran yang diperoleh ini tidak jelas bagi
menggambarkan pencapaian murid itu. Ada juga dalam kalangan guru
menggunakan skala pengelasan iaitu ‘belum menguasai, baik, cemerlang’ bagi
memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan pencapaian murid itu.

v. Duration recording
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 30
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Merekodkan jangka masa mengenai tingkah laku dapat dibuat dengan


mencatatkan masa mula dan masa tamat tingkah laku itu terjadi. Teknik ini selalunya
digunakan bagi memerhatikan tingkah laku yang kurang terjadi dan diteruskan bagi
tempoh yang tertentu. Contoh merekodkan jangka masa adalah apabila seorang
pelajar kerap menangis di dalam kelas. Setiap kali pelajar itu menangis, anda
mencatat masa mula dan masa tamat serta membuat pengiraan jangka masa episod
menangis tadi. Contoh-contoh lain merekod jangka masa adalah berapa lama yang
diperlukan oleh seorang pelajar menyelasaikan kerja rumah matematiknya, tempoh
masa yang diambil membersihkan kelas ataupun berapa lama yang dihabiskan bagi
pelajar berkenaan mengetuk penselnya di atas meja secara berterusan. Jadual
dibawah menunjukkan borang jangka masa yang boleh digunakan dalam teknik ini.

vi. Interval recording


Intervalrecording ataupun merekod jarak masa adalah teknik yang mengukur
samada tingkah laku itu berlaku ataupun tidak dalam jangka masa yang ditetapkan.
Jumlah masa pemerhatian dibahagikan dengan jarak masa yang lebih kecil.
Pemerhati mencatatkan samada tingkah laku itu terjadi ataupun tidak dalam masa
itu. Dengan berpandukan pada teknik merekod jarak masa ini, guru dapat membuat
anggaran tentang kedua-kedua frekuensi dan jarak masa tingkah laku pada masa
yang sama. Pemerhati akan mencatat sekali sahaja sekiranya tingkah laku terbabit
berlaku pada bila-bila masa sepanjang jarak masa ini. Merekod jarak masa
memerlukan tumpuan yang tidak berbelah bahagi dari pemerhati memandangkan
pemerhatian dilakukan secara berterusan bagi tempoh yang ditetapkan. Teknik ini
dapat dilakukan dalam beberapa perlakuan seperti ketika kanak-kanak membaling
permainan mereka ketika lapang. Apabila masa lapang ini adalah 15 minit,
bahagikan jarak masa ini kepada selang satu minat. Pada minit pertama, apabila
seorang kanak-kanak membaling alat permainannya, karak masa ditandakan.
Pada minit kedua, jika dia tidak membaling alat permainan itu, maka jarak masa
tidak ditandakan. Walaubagaimanapun apabila kanak-kanak ini membaling tiga alat
permainan yang berbeza pada minit ketiga, jarak masa ditandakan hanya sekali
sahaja.

vii. Skil kadar


PGSR P/K( KOHORT 1) Page 31
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Skil kadar hampir sama dengan frekuensi. Merekodkan kadar tingkah laku
membabitkan pengumpulan maklumat tentang frekuensi tingkah laku yang
diperhatikan dan panjang tempoh pemerhatian itu. Kadar adalah nisbah bilangan
tingkah laku terbabit berlaku dalam masa yang ditetapkan dan tempoh masa.
Kadar dihitung dengan menbahagikan bilangan tingkah laku yang terjadi ini
dengan minit, jam ataupun hari ketika pemerhatian dibuat. Frekuensi ataupun berapa
kali seorag pelajar meninggalkan tempat duduknya ketika kelas matematik dijalankan
dapat dicatatkan sebagai kadar kija tempoh kelas dijalankan ataupun tempoh masa
pemerhatian diketahui. Kadar tingkah laku dapat dikira purata sekiranya pemerhatian
dibuat beberapa kali sepanjang tempoh. Daripada beberapa siri pemerhatian ini,
kadar purata pelajar meninggalkan tempat duduknya dapat ditentukan.

viii. Rekod berterusan


Ia adalah catatan lengkap berkenaan kejadian dan dicatat mengikut urutan
masa kejadian berlaku. Guru atau pemerhati akan duduk ataupun berdiri dari jarak
beberapa meter daripada murid dan mula mencatat apa sahaja kejadian yang
berlaku dalam masa yang telah ditetapkan. Masanya mungkin lima minit ataupun
mungkin diulang beberapa kali pada hari itu. Rekod ini berbeza daripada rekod
anekdot kerana ia merekod semua kejadian yang berlaku bukan hanya kejadian
dipilih ataupun yang diperlukan sahaja. Catatannya juga menggunakan ayat yang
pendek dan ditulis dengan menggunakan ayat yang pendek dan ditulis dengan
menggunakan teknik penulisan ringkas jika boleh.

Kebaikan rekod berterusan:

· Rekod yang lengkap, komprehensif dan tidak terhad kepada satu kejadian sahaja.
· Rekod ini terbuka dan membolehkan guru mencatat apa sahaja yang beliau lihat.
· Guru atau pemerhati tidak perlu mempunyai kemahiran pemerhati yang khusus.
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 32
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Keburukan rekod berterusan:


· Memerlukan banyak masa.
· Sukar merekod semua kejadian dengan lengkap.
· Baik bagi merekod pemerhati individu tetapi sukar merekod pemerhatian secara
kumpulan.

ix. Rekod Spesimen


Hampir sama dengan rekod berterusan, tetapi ia lebih lengkap, lebih jelas dan
kriterianya sudah ditetapkan seperti masa dan kanak-kanak yang terlibat. Rekod ini
selalu digunakan oleh penyelidik yang memrlukan catatan menyeluruh dan lengkap
berkenaan satu-satu tingkah laku. Kebaikan dan keburukannya juga hampir sama
dengan rekod berterusan.

Laporan Pentaksiran Bahasa Melayu

Nama Respondan : Mohd. Ashraf Fasihin bin Hasim


Tempoh Pentaksiran : 3 minggu
( 26 September – 10 Oktober 2010 )
Tempat : Kelas
Kemahiran : Membaca Mekanis, Menulis, dan memahami teks.
Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian, Temubual, Perbualan, Contoh Hasil Kerja
Murid.
Kaedah Merekod : Rekod Anekdot dan Senarai Semak

Minggu Pertama : 26 September sehingga 30 September 2010


Kemahiran : Membaca Mekanis
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 33
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Bahan Bacaan : Buku Cerita Pendek ( Budak Penjual Mancis )

Secara amnya, Adik Ashraf Fasihin adalah seorang murid yang boleh
membaca dengan lancar bahan bacaan yang terdiri daripada sukukata terbuka juga
tertutup. Namun demikian, Adik Ashraf tidak boleh diganggu oleh orang persekitaran
dan sifatnya yang mudah terganggu dengan ganggu luar dan persekitaran boleh
membuatkan pembacaannya tidak lancar, tersekat- sekat serta terhenti
seketika.Tingkah laku negatif beliau yang mudah terganggu dengan bunyi- bunyi di
persekitarannya seperti bunyi lori, kereta, bunyi siren kereta bomba serta siren balai
bomba dan sebagainya menyebabkan beliau sering terhenti – henti dalam
menyiapkan tugasan beliau.
Selain itu juga, adik Fasihin walaupun boleh membavca buku dan bahan
bacaan dengan lancar namun bacaan ada sekata yakni tiada nada dan jeda serta
intonasi. Beliau membaca semua bahan bacaan tidak kira buku cerita, sajak
mahupun pantun dengan nada yang sekata ataupun dengan istilah lain “ mono-
tone”.Bila kita dengan dengan teliti bacaan beliau, saya dapati adik Fasihin juga tidak
tahu peranan penanda bacaan yang terdapat di dalam teks seperti titik, koma, tanda
seruan, tanda soal dan sebagai. Beliau sering kali membaca teks secara terus tanpa
menghirau tanda bacaan tersebut. Apabila beliau membaca teks bacaan atau buku
cerita saya dapati bacaan beliau adalah berterusan tanpa ada berhenti dan nada
sewperti sedih , gembira dan sebagainya.
Di samping itu juga, saya dapati beliau juga bermasalah dari aspek
pemahanan bahan bacaan. Di mana, didapati beliau tidak memahami bahan bacaan
yang di baca oleh beliau. Ini berdasarkan temubual yang saya lakukan terhadap
beliau selepas membaca buku cerita. Apabila disoal kembali berkaitan buku cerita
tersebut seperti nyatakan nama- nama watak yang terdapat di dalam cerita tersebut
dan Apakah tajuk cerita tersebut, beliau tidak boleh menjawab. Menurut Puan Siti
Norhashimah Said, guru Bahasa Melayu beliau, Adik Fasihin tidak memahami bahan
bacaannya, walaupun beliau boleh membaca dengan lancar. Oleh sebab itu, setiap
kali selepas membaca bahan bacaan guru perlu mengulas bacaan tersebut dengan
bahasa yang lebih mudah berulang kali supaya beliau faham isi kandungan bahan.
Sikap beliau yang mudah terganggu menyebabkan beliau sering tertinggal
perkataan maupun melangkau baris semasa membaca bahan bacaan jika tidak
dipantau oleh guru. Ini menyebabkan, jika kita dengari bacaannya dengan teliti
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 34
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

didapati bacaannya tiada kesinambungan serta seolah- olah tergantung dan tiada
makna. Masalah ini sering berlaku jika beliau teransang dengan gangguan di
persekitarannya, contoh bunyi siren bomba. Beliau akan berhenti membaca dan
melarikan diri ke tingkap untuk melihat keadaan diluar dan akhirnya apabila disuruh
menyambung kembali beliau tidak tahu dimana tempat beliau berhenti.

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SKDHZ

REKOD ANEKDOT

Nama Murid : Muhamad Ashraf Fasihin bin Hasim


Tarikh : 30 September 2010 Masa : 8.45 – 9.15 pagi
Aktiviti : Menyalin semula teks pendek ( Kemahiran Menulis )
Guru mengarahkan Adik Fasihin untuk menyiapkan tugasan yakni menyalin
semula teks cerita pendek dari kertas lembaran ke buku kerja. Adik Fasihin mengikut
arahan guru. Tidak sampai lima minit adik Fasihin menyoal guru......” Cikgu.... cikgu...
kerja nie kena buat ke???? Macam mana nak buat??? Guru bergerak ke tempat
Fasihin dan dapati Fasihin belum menyiapkan tugasannnya seperti rakan- rakan
yang lain. Selain itu, adik Fasihin juga mula melakukan tingkah laku negatifnya iaitu
membaling ketulan pemadam keluar melalui tingkap. Apabila ditegur oleh guru, adik
Fasihin mula membuat kerja namun hasilnya, kerja beliau kelihatan comot dan tidak
kemas, tidak mengikut garisan serta bertaburan di dalam satu helaian buku kerja.
Selain itu terdapat juga baris serta perkataan yang tertinggal sehingga menyukarkan
guru untuk membaca kembali isi kandungan teks tersebut. Beliau juga ingin cepat
siap dan cepat hilang daya tumpuan.

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 35


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Ulasan :

Fasihin adalah seorang murid yang sangat periang dan mudah bergaul serta cepat
mesra. Namun demikian beliau memiliki masalah dari aspek tingkah laku dimana
beliau sering menimbulkan tingkah laku negatif seperti mengacau rakan, mudah
hilang daya tumpuan, mudah bosan, cepat terangsang dengan persekitaran dan
sebagainya. Tingkah laku negatif ini menyebabkan beliau sering kali tidak dapat
menyiapkan tugasan dengan sempurna, beliau seolah- olah melepaskan batuk
ditangga apabila disuruh menyiapkan tugasan dan hasilnya tidak memuaskan hati
guru. Oleh sebab itu, guru perlulah memberi perhatian dan bimbingan secara
individu kepada beliau dalam menyiapkan tugasan. Dan arahan yang diberikan perlu
jelas dan satu langkah demi satu langkah dan perlu di pantau.

Minggu Kedua : 30 September – 7 Oktober 2010


Kemahiran : Menulis
Bahan : Teks Karangan Pendek ( Menyalin Semula )

Secara umumnya, saya dapati adik Fasihin adalah seorang yang lemah
dalam aktiviti penulisan. Di mana, apabila diarah untuk menyalin semula bahan
tersebut ke dalam buku atau kertas, beliau mula gelabah dan sering menyoal
berulang kali dengan soalan “ Cikgu... cikgu.. nie kena buat ke???” sehingga dua
tiga kali. Semasa beliau menyiapkan tugasan ini, saya dapati adik Fasihin tidak boleh
menyalin semula dengan cantik. Didapati, kerjanya amat comot, tidak mengikut
urutan, dimana bahan di garisan pertama di campur dengan bahan garis ketiga serta
tidak mengikut garis. Dimana di bahagian atas beliau tidak melangkau satu baris
kemudian melangkau, kemudian tidak dan sebagainya.
Selain itu, beliau juga didapati sering meninggal perkataan, baris serta huruf
semasa menyalin semula. Beliau juga tidak menyalin semula tanda bacaan yang
ada. Keadaan ini menyebabkan beliau sering dimarahi oleh guru. Sikap beliau yang
seringkali ingin cepat siap tugasan yang diberi dan sambil lewa menjalankan tugasan

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 36


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

menyebabkan tugasannya tidak kemas dan cantik dan agak sukar untuk dibaca
semula.
Di samping itu, sikap beliau yang mudah bosan yakni menghadapi masalah
daya tumpuan yang singkat menyebabkan beliau seringkali ingin cepat siap dan
sering menghantar latihan ataupun tugasan yang tidak siap dan sempurna.
Kesimpulannya, adik Fasihin adalah seorang murid yang bermasalah dari aspek
daya tumpuan, yakni beliau hanya boleh mem beri tumpuan kepada sesuatu tugasan
dalam tempoh masa 5 sehingga 10 minit sahaja. Dan selepas jangka masa ini beliau
akan mula gelisah dan melakukan tingkah laku negatif seperti mengacau rakan,
mem baling sesuatu ataupun menarik bulu stocking beliau.

Minggu Ketiga : 10 – 14 Oktober 2010


Kemahiran : Kefahaman
Bahan: Teks Bacaan ( Anak Itik yang hodoh )

Pada minggu ketiga ini saya telah membuat pemerhatian terhadap adik
Fasihin dari aspek kefahaman. Saya telah memberi pada adik Fasihin satu teks
bacaan bertajuk Anak Itik yang Hodoh dan meminta beliau membaca dengan kuat di
hadapan kelas. Kemudian, saya meminta adik Fasihin untuk kembali ke tempat asal
beliau dan meminta beliau untuk membaca kembali teks tersebut sendiri dalam nada
yang perlahan sebanyak 2 kali. Saya dapati Adik Fasihin membaca teks bacaan
tersebut seperti yang diarahkan. Namun tidak sampai 2 minit, adik Fasihin telah
datang kepada saya dan memberi tahu bahawa dia telah sudah membaca dan bila
saya meminta beliau membacanya sekali lagi beliau tidak mahu.
Kemudiannnya, saya mengedarkan lembaran kerja berkaitan lembaran kerja
tersebut kepada beliau untuk menguji kefahaman beliau terhadap teks tersebut.
Keputusannnya, saya dapati adik Fasihin tidak dapat menjawab soalan tersebut
dengan betul di sebabkan beliau tidak memahami kandungan teks tersebut. Menurut
Puan Siti Norhasyimah binti Said, guru Bahasa Melayu kelasnya..... Adik Fasihin
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 37
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

lazimnya tidak dapat menjawab soalan kefahaman secara sendirian, beliau perlukan
bimbingan guru untuk membantunya menjawab satu soalan demi satu soalan. Hal ini
di sebabkan adik Fasihin tidak dapat menghubungkaitkan apa yang dibacanya
dengan soalkan yang dikemukakannya serta sukar mengaplikasikan.

Laporan Pentaksiran Matematik

Minggu Keempat: 17 – 21 Oktober 2010


Subjek : Matematik ( Sifir 2-4 )
Kemahiran : Menghafal Sifir 2 sehingga 4 mengikut urutan dengan lancar.

Pada minggu ini saya membuat pemerhatian dan ujian dianogstik


terhadap adik Fasihin dari aspek Matematik pula iaitu melibat operasi atau
kemahiran Sifir. Operasi sifir adalah tajuk pembelajaran untuk kelas beliau pada
masa kini dan saya adalah merupakan guru matematik beliau. Pada keseluruhannya
saya dapati Adik Fasihin adalah seorang murid yang sangat lemah dalam
matapelajaran matematik. Beliau sangat tidak meminati nombor. Bukannya pada
topik ini yakni sifir beliau tidak meminati.... begitu juga topik- topik lain contohnya
operasi tambah dalam lingkungan 50 , operasi tolak, wang dan sebagainya. Beliau
tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya serta daya tumpuannya yang
singkat. Selain itu, beliau juga tidak boleh dibiarkan sendirian menyiapkan tugasan
kerana beliau akan menjawab apa yang terlintas difikirannya tanpa memikirkannya
dan yang paling penting cepat siap. Kejadian ini sering berlaku ketika dijalankan
ujian atau peperiksaan, orang yang pertama siap menjawab soalan adalah beliau
dan keputusannya.... beliau seringkali menjawab dengan salah.
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 38
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Selain itu, beliau juga tidak boleh menyiapkan tugasannya dengan sendiri
tanpa bantuan guru. Biarpun beliau mengenali nombor dari nombor satu sehingga
seratus dan mengenali setiap tanda dalan operasi matematik seperti “ + , - , x, RM “ dan
sebagainya tetapi beliau tidak boleh mengaplikasinya untuk menjawab soalan yang
diberikan kepadanya. Dengan bantuan guru dengan menunjuk kepadanya dari satu
langkah ke satu langkah serta penggunaan bahan maujud barulah beliau boleh
menyiapkan semua tugasan yang diberikan kepadanya.
Di samping itu juga, adik Fasihin juga sukar menghafal sifir mengikut urutan
contohnya “ 1x 2 = 2, 2 x 2 = 4, 3 x 2 = 6, 4 x 2 = 8 dan 5 x 2 = 10 “. Saya dapati
apabila disuruh untuk menghafal sifir 2 beliau akan membaca seperti berikut “ 1 x 2 =
2, 2 x 2 = 2, 3 x 2 = 2, 4 x 2 = 2...... dan seterusnya” semuanya sama dan kadang-
kadang beliau akan menyebut sahaja apa nombor yang terlintas di mindanya.
Apabila diberi latihan beliau seringkali menjawab dengan jawapan yang salah
dengan menulis sebarang nombor yang terlintas difikirannya ataupun menyalin
semula soalan tersebut kembali.
Kesimpulannya, saya dapati adik Fasihin memang amat lemah dalam subjek
matematik walaupun beliau mengenali nombor dari nombor satu sehingga seratus.
Pada peringkat permulaan saya mengandaikan beliau hanya menghafal nombor
namun bila dilakukan ujian pengecaman beliau mengenali semua nombor- nombor
baik dalam bahasa melayu mahupun bahasa inggeris, namun beliau amat sukar
untuk mengaplikasikannya untuk menyelesaikan sebarang operasi yang melibatkan
latihan ataupun kerja yang berurutan.

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 39


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

BORANG PEMERHATIAN TINGKAH LAKU SOSIAL MURID


KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SKDHZ

Nama Pemerhati : Puan Zunaida Binti Zainol


Nama Murid : Ashraf Fasihin bin Hasim
Aktiviti : Pendidikan Jasmani ( Music chair )
Tarikh : 18 Oktober 2010
Masa : 8.15 – 8.45 pagi
Umur : 12 tahun

Arahan : Tandakan ( / ) jika ya, ( x ) jika tidak dan ( - ) sekiranya tiada respon di
mana perlu.

Fokus : Kesepakatan dan kerjasama semasa menjalankan aktiviti bersama rakan.

Sikap Catatan

1. Mempamerkan sikap kerjasama bersama rakan. X


2. Boleh berkongsi mainan. X
3. Menunjukkan sikap autoritatif -
4. Mengambil barang kawan dengan izin/ tanpa /
izin.
5. Mudah bertolak ansur dengan rakan. X

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 40


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

INSTRUMEN PENENTUAN PENEMPATAN (IPP)


KOMPONEN TINGKAH LAKU (TL)

Arahan: Bulatkan pada petak yang sesuai berdasarkan pemerhatian dan temu
bual dengan ibu bapa dan murid.

RESPON
Ya Tidak
BIL PERLAKUAN
1. Merosakkan harta benda 1 0
2. Mencederakan diri sendiri 0 1
3. Mencederakan orang lain 0 1
4. Berkelahi secara lisan 0 1
5. Berkelahi secara fizikal 0 1
6. Berbahasa kasar dan kesat 1 0
7. Meludah 1 0
8. Cepat marah atau meradang 0 1
9. Menjerit, menangis atau ketawa tanpa sebab 1 0
10. Tidak boleh duduk diam 1 0
11. Ingkar atau tidak menurut perintah 0 1
12. Membuat bising 1 0
13. Perhatian mudah terganggu 1 0
14. Memencilkan diri 0 1
15. Lembap pergerakan 0 1
16. Becakap bersendirian 1 0
17. Mengajuk percakapan 1 0
18. Gelisah 0 1
19. Berkhayal atau termenung 0 1
20. Membuat sesuatu tanpa tujuan 1 0
Jumlah kecil 10 10

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 41


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1. Nama Murid : Ashraf Fasihin bin Hasim

2. Masalah yang dikenalpasti : Tidak boleh duduk diam semasa sesi


pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan.

3. Definisi masalah tingkah laku :

a) Keluar kelas semasa sesi pengajaran


dan pembelajaran tanpa kebenaran
guru.

b) Seringkali berjalan-jalan dalam kelas.

c) Mengusik rakan-rakan lain sehingga


menimbulkan pergaduhan.

4. Objektif / matlamat : Menghilangkan tingkah laku supaya


boleh duduk diam dalam sesi
Pengajaran dan Pembelajaran
selama 5 minit

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 42


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

BORANG DATA FREKUENSI ( MINGGU PERTAMA )

Nama murid : Ashraf Fasihin bin Hasim

Pemerhati : Puan Zunaida binti Zainol

Masa : 8.45 pagi hingga 9.45 pagi

Mata pelajaran : Matematik

Definisi tingkah laku : Keluar kelas tanpa kebenaran guru semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

Masa
Tarikh Kekerapan Jumlah
Mula Akhir
26/9/2010 08:15 09:15 XXXXX XXXXX 14
pagi Pagi XXXX
27/9/2010 08.45 09:45 XXXXX XXXXX 12
Pagi Pagi XX
28/9/2010 10:45 11:45 XXXXX XXXXX 10
Pagi Pagi
29/9/2010 09:15 10:15 XXXXX XXXX 9
Pagi Pagi
30/9/2010 11:15 12:15 XXXXX XX 7
Pagi T/hari

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 43


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

BORANG DATA FREKUENSI ( MINGGU KEDUA )

Nama murid : Ashraf Fasihin bin Hasim

Pemerhati : Puan Zunaida binti Zainol

Masa : 8.45 pagi hingga 9.45 pagi

Mata pelajaran : Matematik

Definisi tingkah laku : Keluar kelas tanpa kebenaran guru semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

Masa
Tarikh Kekerapan Jumlah
Mula Akhir
03/10/2010 08:45 09:45 XXXXX XXXXX 15
pagi Pagi XXXX X
04/10/2010 10.45 11:45 XXXXX XXXXX 10
Pagi Pagi
05/10/2010 09:15 10:15 XXXXX XXXXX 13
Pagi Pagi XXX
06/10/2010 11:15 12:15 XXXXX X 6
Pagi T/hari

BORANG DATA FREKUENSI ( MINGGU KETIGA )

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 44


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Nama murid : Ashraf Fasihin bin Hasim

Pemerhati : Puan Zunaida binti Zainol

Masa : 8.45 pagi hingga 9.45 pagi

Mata pelajaran : Matematik

Definisi tingkah laku : Keluar kelas tanpa kebenaran guru semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

Masa
Tarikh Kekerapan Jumlah
Mula Akhir
10/10/2010 08:45 09:45 XXXXX XXXXX 15
pagi Pagi XXXX X
11/10/2010 10.45 11:45 XXXXX XXX 8
Pagi Pagi
12/10/2010 09:15 10:15 XXXXX XXXXX 13
Pagi Pagi XXX
13/10/2010 11:15 12:15 XXXXX 5
Pagi T/hari
14/ 10/ 2010 11.45 12.45 XXXXX XXX 7

Pagi T/hari

BORANG DATA FREKUENSI ( MINGGU KEEMPAT )

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 45


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Nama murid : Ashraf Fasihin bin Hasim

Pemerhati : Puan Zunaida binti Zainol

Masa : 8.45 pagi hingga 9.45 pagi

Mata pelajaran : Matematik

Definisi tingkah laku : Keluar kelas tanpa kebenaran guru semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

Masa
Tarikh Kekerapan Jumlah
Mula Akhir
17/10/2010 08:45 09:45 XXXXX 5
pagi Pagi
18/10/2010 10.45 11:45 XXXXX XX 7
Pagi Pagi
19/10/2010 09:15 10:15 XXXX 4
Pagi Pagi
20/10/2010 11:15 12:15 XXXX 4
Pagi T/hari
21/10/ 2010 11.45 12.45 XX 2

Pagi T/ hari

 Pemerhatian dilakukan sekurang-kurangnya 5 hari berturut-turut.


 Pemerhatian dilakukan pada tempat yang berlainan.
 Pemerhatian dilakukan pada tingkah laku yang spesifik.

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 46


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

16

14

12

Pertama
10

Kedua
8

Ketiga
6

Keempat
4

Kelima
2

0
Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

Graf Menunjukkan Perbandingan taburan kekerapan Tingkah Laku Fasihin


sepanjang 4 minggu ( 26/09/ 2010 sehingga 21/ 10 / 2010 )

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 47


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

RUMUSAN

Berdasarkan kepada beberapa sumber yang diperolehi seperti


keputusan ujian dianogstik, keputusan ujian atau peperiksaan, pemerhatian, rekod
anekdot, temubual dan sebagainya saya dapati adik Fasihin adalah seorang murid
yang bijak dari aspek bahasa dimana beliau dapat membaca dengan lancar segala
bahan bacaan yang diberi tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Walaupun bahan
bacaan yang merangkumi sukukata terbuka mahupun sukukata tertutup. Beliau
sangat lancar membaca seperti murid- murid normal yang lain. Namun demikian,
saya dapati adik Fasihin menghadapi masalah dari aspek kefahaman serta
memahami teks bacaan. Ini mungkin di sebabkan oleh faktor beliau kurang memberi
tumpuan pada pembacaaannya serta tidak dapat mentaksir serta mengaitkan apa
yang dibacanya dengan maksud yang ingin di sampaikan . Hal inilah yang mungkin
menyebabkan beliau tidak memahami apa yang dibaca olehnya. Ini dapat dibuktikan
berdasarkan Buku Rekod NILAM miliknya. Setiap hari adik Fasihin akan membawa
balik sebuah buku cerita ke rumah untuk di baca, dan keesokkan harinya beliau
dikehendaki membuat rekod atau sedikit ulasan di dalam buku rekod NILAM, namun
beliau tidak mampu menulisnya menyebabkan beliau tidak mahu membuat rekod
tersebut. Begitu juga dengan markah peperiksaan, beliau memperolehi markah yang
kurang memberangsangkan kerana tidak dapat menjawab dengan betul dan tepat.
Kadang- kadang apabila di soal kembali soalan tersebut secara lisan beliau boleh
menjawab dengan betul, namun apabila dikehendaki menulis jawapan yang
ditulisnya adalah lain. Selain itu, satu lagi tabiat adik Fasihin beliau sangat meminati
bidang IT ataupun multimedia dan pandai menggunakan komputer serta melayari
internet dan beliau sering mengulangi sesuatu perkara yang diminatinya. Pada
pendapat saya adik Fasihin juga adalah seorang murid yang menghadapi masalah “
ekolalia “.
Manakala dari aspek tatabahasa dan kosa kata saya dapati beliau boleh
menggunakan tatabahasa serta kosa kata yang betul pada tempat dan situasinya
ketika berbicara, namun apabila melibatkan penulisan dan pemahaman beliau tidak
dapat mengaplikasinya. Bagi mengatasi masalah ini, saya dan guru bahasa beliau
telah mencuba satu aktiviti iaitu “ Bijak Bahasa – Mari Membaca”. Aktiviti ini
dijalankan setiap hari pada waktu pagi selepas perhimpunan pagi, dimana guru
menyediakan kad bacaan dan meminta seorang murid ke hadapan membaca dan
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 48
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

murid lain mengikut bacaan tersebut. Bacaan dimulakan dengan kaedah mengeja
sukukata dan kemudiannya membatang perkataan seterusnya membaca kembali
ayat tersebut. Lazimnya, adik Fasihin sering diminta mengetuai bacaan. Kemudian,
kad tersebut di serah kepada murid lain untuk dibaca dan diikuti oleh murid lain
dalam lingkungan 5 – 10 orang setiap pagi. Kemudian guru akan menyoal murid
berdasarkan kad tersebut. Ianya dilakukan berulang kali sehingga murid- murid
menguasainya.
Manakala, bagi matapelajaran matematik pula saya dapati adik Fasihin
mengenali semua nombor dari nombor satu sehingga nombor seratus serta lancar
mengira nombor- nombor tersebut. Begitu juga bacaan sifir, beliau boleh membaca
sifir dengan betul dan baik jika berpandukan sifir dan dengan bimbingan guru secara
individu. Guru perlu membimbing beliau dari satu peringkat ke peringkat lain. Begitu
juga dengan aktiviti tugasan atau kerja rumah yang diberikan jika tidak dimaklumkan
kepada waris untuk membimbing beliau, pasti hasil dan jawapannya semuanya salah
dan kadang kala beliau hanya akan menyalin semula soalan yang di berikan. Beliau
sangat lemah dalam mata pelajaran matematik tambahan yang melibatkan aktiviti
tambah dan tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Selain itu, beliau juga
menghadapi masalah dalam hal menyalin soalan daripada papan hitam. Beliau
seringkali tertinggal soalan dan nombor, menyalin secara salah, tidak teratur yakni
soalan nombor 1, soalan 4, soalan 3, soalan 5 dan sebagainya tidak secara teratur.
Kadang- kadang soalannya tidak sama dengan solan guru. Selain itu juga beliau
juga tidak boleh menggunakan pembaris untuk membuat garisan di tepi buku dengan
lurus. Beliau selalu meletakkan pembaris di tepi buku namun membuat garisan di
bahagian lain. Tulisan beliau juga agak comot dan tidak kemas dan sukar untuk
membezakan antara nombor 2 dan 5, 3 dan 8. Tulisannya seakan- akan sama dan
kelihatan agak kabur walaupun menggunakan pensil 2B.
Selain itu, adik fasihin juga mempunyai masalah dari aspek sosial. Sekali
pandang dan bertemu dengannya kita dapati beliau adalah seorang murid yang
peramah, mudah mesra, cepat bergaul, tidak malu dan mudah di bawa ke mana-
mana. Namun demikian, ramai rakan yang tidak mahu berkawan dengannya beliau
kerana masalah tingkah laku negatifnya seperti suku membaling benda seperti batu,
kertas dan sebagainya tidak menentu, gemar meludah, mengulangi perkataan yang
sama, dan sebagainya. Saya dapati beliau juga sukar berkongsi barang dengan
kawan- kawan dan mempunyai sikap individualistik. Beliau tidak pandai bermain
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 49
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

dengan rakan dan jika diberi sebiji bola untuk dimain bersama rakan, beliau akan
melarikan bola tersebut dan bermain sendiri dan melakukan aktiviti sendiri, beliau
juga sukar untuk memahami arahan guru.
Beliau juga menghadapi pelbagai masalah tingkahlaku negatif antaranya tidak
boleh duduk diam, daya tumpuan singkat, mudah terpengaruhi dengan persekitaran,
ekolalia, suka melakukan perbuatan yang pelik seperti menarik bulu stoking dan
meniup ke udara serta beberapa tingkah laku lain. Bagi mengatasi tingkah laku ini
contohnya tidak boleh duduk diam dan tumpuan singkat, saya sering menggunakan
kaedah ekonomi token, time- out serta denda untuk mengurangkan tingkah laku
negatif tersebut. Hasilnya, menampakkan pengurangan, namun ianya hanya
bertahan kira- kira 2 hingga 3 bulan dan bila beliau telah melupainya beliau akan
mengulanginya kembali. Tingkah laku negatif beliau ini seringkali mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran beliau di dalam kelas. Hal ini menyebabkan
beliau sukar untuk belajar dan ianya juga mengganggu rakan- rakan lain di dalam
kelasnya. Beliau juga sering menimbulkan masalah tersebut jika mendapati guru
yang mengajar beliau tidak tegas dan garang terhadap beliau, terutamanya guru-
guru baru.
Kesimpulannya, tingkah laku negatif beliau banyak mempengaruhi perjalanan
proses pengajaran dan pembelajaran beliau di dalam kelas. Jika guru bertindak
tegas dan berlakon garang dengan beliau dan memberi tumpuan secara individu
kepada beliau , pasti beliau boleh menguasai pembelajaran pada hari tersebut.

BIBLIOGRAFI

Chua Tee Tee, dan Koh Boh Boon, Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan
Asas ( 1992 ), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 50
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

Julia Jantan, dan Siti Suhaila Samian, HBSE 3303 Perkembangan Dan Ciri- Ciri
Kanak- Kanak Berkeperluan Khas, Open Universiti Malaysia.

Jamila K. A. Mohamed, ( edisi ketiga, 2008 ), Pendidikan Khas Untuk Kanak-


Kanak Istimewa, Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd..

K. A. Razhiyah, ( edisi ketiga, 2009 ), Mengapa Kanak- Kanak Sukar Belajar?,


Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

K. A. Razhiyah, ( edisi kedua, 2008 ), Menjadi Guru Pendidikan Khas, Kuala


Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

K. A. Razhiyah, ( Siri Pendidikan Khas , 2006), Anak Istimewa- Panduan bagi


ibu bapa membesarkan anak istimewa , Kuala Lumpur, PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, Buku Panduan


Pengurusan Tingkah Laku Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah
Rendah & Menengah, ( 2004) , Kuala Lumpur, Percetakan Nasional Malaysia
Berhad.

Surayah Zaidon, dan Haslinda Md. Ali, Penilaian dalam Pendidikan Prasekolah,
( 2009 ), Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

http://www.scribd.com/doc/19075058/PERKEMBANGAN-KANAK2

http://www.scribd.com/doc/21195044/PengurusanTingkah Laku - PBS

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 51


ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546

http://www.scribd.com/doc/22848789/Psikologi Pendidikan-Jenis- Jenis


Tingkah Laku Bermasalah

http://www.scribd.com/doc/15874404 /Tingkah -laku bermasalah- Disruktif

http://www.scribd.com/doc/14907791/PENGENALAN-KEPADA-PENDIDIKAN-
KHAS

http://www.scribd.com/doc/17192915/Punca-Kecacatan-Dan-Pencegahan

http://www.geocities.com/Athens/Agora/3988/kki.html

PGSR P/K( KOHORT 1) Page 52

You might also like