You are on page 1of 1

Laporan Pemerhati : Norhidayah binti Abdul Rani

Pembentangan :(Kumpulan 4 : Tajuk 9- Penyediaan Rancangan Pelajaran

Kemahiran Membaca)

Alhamdulillah selesai sudah pembentangan amali untuk kumpulan yang keempat bagi
tajuk 9. Secara keseluruhannya pembentangan amali kumpulan ini berada pada tahap
yang baik dan memuaskan kerana berjaya memfokuskan kepada satu kemahiran
bahasa yang dibentangkan iaitu kemahiran membaca (fokus utama).

Lumrah kehidupan, sesuatu yang dilakukan manusia pasti akan ada kekuatan dan
kelemahan yang timbul. Kumpulan ini turut mempunyai beberapa kekuatan dan
kelemahan yang dilakukan sepanjang mereka membentangkan amali tersebut.

Kekuatan yang dapat disenaraikan sepanjang pemerhatian saya adalah daripada aspek
keyakinan diri sewaktu membentangkan amali yang mana mereka telah berjaya
menarik minat murid- murid ke arah pengajaran dengan menyediakan satu set induksi
yang menarik perhatian. Aspek seterusnya adalah aktiviti yang bersesuaian dengan
tajuk misalnya teka soalan yang membolehkan murid berlumba- lumba untuk
menjawab soalan sekaligus meningkatkan tumpuan murid ketika membaca teks yang
telah disediakan oleh kumpulan tersebut.

Seterusnya ada beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti semasa kumpulan ini
menjalankan amali mereka iaitu daripada aspek perancangan masa RPH. RPH itu
hanya memakan masa selama 58 minit sahaja. Tambahan pula, pembentangan amali
kumpulan ini kekurangan bahan bantu mengajar sedangkan mereka sepatutnya
menekankan aspek bahan bantu mengajar (BBM) dalam pembentangan amali mereka
ini. Yang terakhir adalah daripada aspek langkah pengajaran yang keempat dan
penutup yang mana langkah tersebut seharusnya digabungkan agar tidak mengelirukan
para pelajar.

You might also like