You are on page 1of 7

Permainan Tradisional

Koba
  Permainan ini amat mudah dilakukan dan ia menggunakan dua jenis alat sahaja iaitu sekeping
serpihan batu leper dan kotak rokok. Dalam hubungan ini lazimnya kanak-kanak pada masa
dahulu suka mencari dan mengumpulkan kotak rokok untuk digunakan dalam permainan ini.
Tempat bermain tidak memerlukan kawasan yang luas. Setiap permainan memerlukan
sekurang-kurangnya 2 orang. Bilangan pemain yang paling sesuai ialah 3 atau 4 orang.

Layang-Layang
  Permainan layang-layang atau wau mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli terutama
pada bentuk layang-layang atau wau itu sendiri. Di Malaysia lazimnya permainan layang-
layang dilakukan selepas musim menuai padi atau pada masa nelayan tidak dapat pergi ke laut
menangkap ikan. Antara jenis layang-layang ialah Layang-layang Baruk, Layang-layang
Puyuh, Layang-layang Burung dan yang terkenal ialah Wau Bulan. Terdapat pantun yang
dihubungkan dengan layang-layang iaitu :

Sabung Ayam
  Permainan 'menyabung ayam' disebut juga sebagai 'berlaga ayam'. Berdasarkan pelbagai
peristiwa dan cerita yang tertulis di dalam buku-buku hikayat termasuk juga cerita-cerita mulut,
kononnya 'menyabung ayam' merupakan permainan utama bagi golongan di raja di rantau ini di
zaman lampau. Kononnya pertaruhan antara raja-raja di zaman dahulu dalam permainan
'menyabung ayam' ini hingga ke tahap mempertahankan negeri masing-masing.

Biji Saga
  Permainan ini juga dikenali dengan nama 'main buah saga'. Nama yang lebih tepat ialah biji
saga kerana bahan yang dijadikan alat permainan ini adalah biji saga. Permainan ini sesuai
dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Bagaimanapun ada juga kana-kanak lelaki yang
bermain permainan ini. Tempat bermain yang paling sesuai ialah di atas simen. Lazimnya
apabila permainan ini diadakan, rakan-rakan sebaya akan duduk berhampiran untuk
menyaksikan kecekapan dan kebolehan sesesorang pemain melagakan biji saga yang
diselerakkan di atas lantai.

Berlaga Kerbau dan Lembu


  Kegemaran berlaga lembu atau kerbau terdapat di kalangan masyarakat petani khususnya yang
berusaha menyerjakan sawah padi. Di antara tempat yang kerap diadakan permainan tersebut
adalah Perlis, Kedah dan Kelantan. Menurut keterangan orang tua-tua salah satu tujuan
mengadakan permainan ini adalah untuk menggalakkan orang memelihara lembu atau kerbau
dengan baik. Permainan ini juga adalah untuk hiburan. Bagaimanapun dalam
perkembangannya, permainan berlaga lembu dan kerbau telah menimbulkan gelaja kurang
sihat dalam masyarakat setempat. Temasya tersebut telah menjadi tempat orang mewujudkan
satu jenis perjudian.

Congkak
  Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran
menapak akhir. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam
permainan ini ialah Papan congkak dan cakak. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak
yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9. Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah
Anak diisi cakak.

Batu Seremban
  Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk memungut mata timbangan
terbanyak. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sebelah / sepasukan.
Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Lima (5) uncang (3 cm persegi satu butir).
Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

Ceper
  Permainan ini hampir sama bentuknya dengan 'main koba' tetapi bahan yang digunakan adalah
berbeza. Bahan-bahan yang dijadikan alat permainan ini ialah tutup botol minuman yang
diperbuat daripada timah dan ia dileperkan. Satu lagi alat yang digunakan ialah kepingan
serpihan batu seperti yang digunakan dalam permainan koba.

Dam Aji
  Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengalahkan pihak lawan.
Bilangan pemain ialah dua orang seperlawanan dan satu (1) orang sepasukan. Alatan yang
digunakan di dalam permainan ini ialah Tir dan Papan Dam. Gelanggangnya adalah Permukaan
rata.

Dam Harimau
  Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran
menapak akhir. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam
permainan ini ialah Papan congkak dan cakak. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak
yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9; Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah
Anak diisi cakak.

Galah Panjang
  Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk
mengalahkan pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Pemain terdiri daripada regu
iaitu tiap-tiap regu mestilah mengandungi lima (5) orang pemain ( empat (4) orang pemain dan
satu (1) simpanan ). Perlawanan di dalam permainan ini adalah berkonsepkan ‘Pertahan’ oleh
satu regu dan ‘Penyerang’ oleh satu regu yang lain. Gelanggang Galah panjang di bina di
eprmukaan yang rata dan mendatar.

Gasing
  Permainan gasing merupakan permainan untuk orang lelaki muda dan dewasa. Bagaimanapun
ada juga jenis gasing keciltetapi bentuknya sama dimainkan oleh golongan kanak-kanak.
Gasing kanak-kanak ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu 'gasing Melayu' dan 'gasing Cina'. Pada
masa dahulu permainan gasing merupakan sejenis permainan yang mendapat perhatian umum
dan ramai peminatnya. Di samping bermain sebagai riadah dan memenuhi masa lapang,
permainan ini dimeriahkan melalui perlawanan antara pasukan di peringkat kampung, daerah
dan negeri.

Getah
  Permainan ini dinamakan 'main getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus
berbentuk gelang yang digunakan sebagai pengikat bungkusan atau barang-barang kecil. Ia
sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya mereka bermain di
dalam rumah. Tempat bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang.
Permainan ini merupakan permainan masa lapang terutama di musim hujan kerana pada masa
itu kanak-kanak terpaksa berada di dalam rumah. Untuk meluangkan masa lapangnya mereka
melakukan permainan ini.

Guli
  Permainan guli amat digemari oleh kanak-kanak di merata-rata tempat di Malaysia. Ia tidak
memerlukan ruang atau padang yang luas. Di kampung-kampung, biasanya kanak-kanak
bermain guli di halaman rumah. Permainan ini tidak mempunyai musim tertentu. Alat
permainan ini hanya merupakan benda bulat yang diperbuat daripada batu dan kapur. Lazimnya
2 jenis guli akan digunakan iaitu guli batu dan guli kapur.

Gusti Tangan
  Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk merebahkan tangan lawan.
Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah
Meja. Gelanggangnya adalah Satu ( 1 ) permukaan meja dengan lebarnya antara 0.6 – 0.8
meter; Dilukis dua ( 2 ) lengkang dengan garis pusat 0.1 meter untuk letak siku; Jarak antara
dua (2) lengkang (diukur pada pusat) ialah antara 30 cm – 40 cm

Ketingting
  Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke
padan/ paduk. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3) orang seregu sepasukan.
Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Gundu/ Tagan. Gelanggangnya adalah
permukaan yang rata; dibina Rumah Ketinting yang mengandungi 9 petak segi empat sama
berukuran 40 cm setiap petak iaitu Satu petak – loteng, Dua petak – serambi, Satu petak –
tengah, Satu petak-kelek, Dua petak-lambur, Dua petak-tangga. Jarak paduk dengan tangga 5
meter.

Ketuk Keli
  Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengukur sukat terbanyak.
Bilangan pemain ialah 3 orang seregu sebelah/ sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam
permainan ini ialah Ketuk sepanjang 40 sm, bergarispusat 2 sm, Keli sepanjang 15 sm bergaris
pusat 2 sm. Gelanggangnya adalah Kawasan lapang mengandungi Rumah di sudut berukuran 3
sm lebar X 16 sm panjang, Dua (2) watas bersudut tepat (90) dibina dari pangkal sudut rumah.
Watas lengkok papan berjarak 2.5 meter diukur dari sudut.

Sepak Bulu Ayam


  Di beberapa daerah di negeri Johor permainan ini dikenali dengan nama ' sepak yem'. Ia sangat
digemari oleh kanak-kanak lelaki di peringkat sekolah rendah. Alat yang digunakan dalam
permainan ini ialah serangkai empat helai bulu ayam yang diperbuat. Rangkaian bulu ayam itu
dicacak serta diikat di atas sekeping kertas tebal atau sekeping getah yang berukuran dua inci
garis pusat. Permainan ini ialah menyepak bulu ayam itu ke atas, seberapa kali yang dapat
tanpa jatuh ke tanah.

Sepak Raga Ratus


  Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menimbang bola. Bilangan
pemain ialah beberapa pasukan atau lima (5) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan
di dalam permainan ini ialah Bola raga. Gelanggangnya adalah permukaan rata, dibina
lengkang bulatan bergaris pusat tiga (3) meter.

Sorok-Sorok
  Permainan ini merupakan permainan masa lapang. Di sesetengah tempat ia dipanggil dengan
nama 'main ibu' atau 'main induk'. Permainan sorok-sorok dilakukan oleh sekurang-kurangnya
dua orang dan selebih-lebihnya sepuluh orang. Ia lebih sesuai dimainkan oleh kanak-kanak
lelaki. Namuin demikian, ada juga kumpulan kanak-kanak perempuan yang bermain sorok-
sorok sesama mereka. Tujuan permainan ini adalalah untuk mencari pemain-pemain yang
menyorokkan diri di sesuatu tempat.

Tating Lawi
  Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menating bola lawi.
Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan
di dalam permainan ini ialah Bola lawi. Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

Perayaan
Perayaan Tadau Kaamatan
  Merupakan perayaan masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun iaitu
sehabis selesai menuai padi. Untuk menyambut Tadau Kaamatan mereka menyediakan kuih-
muih dan air tapai. Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berturut-turut.
Malam pertama diadakan upacara ‘magavau’ atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh
‘bobohigan’ dan beberapa orang pembantunya. Pada malam kedua, upacara ‘habot’ iaitu beras
yang diperam diberikan kepada bobohigan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu
akan dihiburkan dengan tarian ‘Sumazau’ dan ‘Megalang’ sambil meminum air tap

Hari Raya Aidil Fitri


  Merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya
Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat
islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya.
Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari
Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung
mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi
mempersilakan tetamu datang berkunjung.

Tahun Baru Cina


  Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang
menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12
binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda,
kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan
tuahnya tersendiri.
Perayaan Deepavali
  Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama
’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan
memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi
kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Perayaan Gawai Dayak


  Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Kuih-
muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak
merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan
upacara membuang sial oleh Tuai Gawai

Perayaan Krismas
  Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai mengingati
kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang
dipasang dengan lampu berwarna warni.

Songkran (Masyarakat Siam)


  Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam. Masyarakat Siam di Kelantan turut
menyambut perayaan tahun baru ini. Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta Songkran.
Songkran disambut berdasarkan kepada Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa
bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas. Sekiranya mengikut kalendar masihi, pesta
Songkran ini disambut pada pertengahan bulan April.

Pakaian
Busana Kaum India
  Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua
India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian
kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman
benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.

Busana Sabah
  Gelaran “Negeri di Bawah" Bayu" membayangkan kedudukan negeri Sabah bukan sahaja dari
sudut geografi tetapi juga keindahan yang tersirat di sebalik negeri yang kaya dengan adat
tradisi, budaya, sejarah dan rupa buminya yang kehijauan serta luas mata memandang.

Busana Kedah
  Kedah juga dikenali dengan nama "Kadaram" dan "Kataha". Pengasas kerajaan Kedah ialah
Raja Merong Mahawangsa yang juga memerintah Patani, Perak dan Siam.

Busana Perlis
  Perlis sebuah negeri yang kecik dari segi keluasan tetapi kaya dari segi adat dan budaya.
Busana tradisional seperti Kebaya Labuh dipadan dengan kain songket diikat kuncup dengan
kepala kain diletak di depan dipadankan juga kain sutera mahupun batik. Tambah anggun
dengan dokoh bertingkat dan cucuk sanggul.

Busana Perak
  Seluar Acheh sutera bertenun benang emas, berkain samping diikat di pinggang dengan tali
pinggang dan pending, berbaju leher cekak musang diserikan dengan selendang panjang
dilampaikan di bahu kanan dan hujung selendang yang sebelah lagi disangkutkan di lengan kiri
merupakan persalinan terkenal Puteri Perak.

Busana Selangor
  Busana bangsawan Bugis banyak mempengaruhi busana tradisional rakyat Selangor. Kain
sarung Bugis terkenal sebagai busana kaum wanita yang dipakai dengan Baju Kebaya Labuh.
Manakala kaum lelaki pula bergaya dengan Baju Sikap sut padanan lima dilengkapi tengkolok,
baju, seluar, bengkung dan kain samping tenunan Bugis bergarus atau bertelepuk perada emas
warisan keluarga bangsawan Bugis.

Busana Wilayah Persekutuan


  Sesuai dengan status dan terdiri dari bandaraya Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Wilayah
Persekutuan menyaksikan kepelbagaian pakaian masyarakat Malaysia. Meskipun dimeriahi
dengan masyarakat majmuk yang dikelilingi arus pembangunan pesat dan menjadi kebanggaan
Malaysia, namun pakaian tradisional masih kekal segar diwarisi masyarakatnya sehingga ke
hari ini.

Busana Melaka
  Jika setiap kaum mempunyai identiti pakaian yang tersendiri, maka negeri Melaka tempat
terhimpunnya budaya pelbagai kaum. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan
kosmopolitan di abad ke-15 menerima bukan sahaja barangan emas, tetapi bahan tekstil seperti
sutera dan broked juga mendapat perhatian.

Busana Johor
  Kedudukan Johor sebagai pusat perdagangan menyaksikan percikan pengaruh luar seperti dari
Bugis, Minangkabau, Aceh dan Jawa bergabung menjadi teras budaya berpakaian Kerajaan
Melayu Johor-Riau. Reka bentuk Baju Melayu Teluk Belanga dan cara memakai samping
dagang luar dan dagang dalam menonjolkan ciri-ciri khas gaya berbusana Melayu Johor.

Busana Pahang
  Riau dan pahang dua buah negeri yang berjauhan namun Bajau Riau Pahang menyingkap
pertalian sejarah antara kedua negeri tersebut. Perhubungan politik dan sosio budaya yang
terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian
Baju Riau Pahang yang dikenali juga sebagai Baju belah atau Baju Kebaya Turki. Potongan
baju ini begitu unik dan istimewa. Berbeza dengan pesak Baju Kurung, kedua-dua bahagian
tepi baju berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat
menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.

Busana Kelantan
  Legenda Cik Siti Wan Kembang, seorang Raja Perempuan yang memerintah negeri Kelantan di
dalam kurun ke-17 menyaksikan keindahan pakaian yang tetap anggun dan manis dipakai oleh
kaum wanita Kelantan. Menggunakan tiga helai kain, sehelai kain sarung songket dipakai di
pinggang, sehelai kain sutera panjang dibelit di dada sebagai kemban, sehelai selendang
songket panjang dilampaikan di bahu dan diperindah pula dengan perhiasan gerek seperti cucuk
sanggul, dokoh, pending, tali pinggang dan gelang tangan.

Busana Sarawak
  Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan
kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pasa pakaian membentuk motif-motif
etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang
sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

Busana Negeri Sembilan


  Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan. Sejarah asal
usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke-15 di
zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan budaya berpakaian dari
Sumatera Barat kekal segar dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini.

Busana Pulau Pinang


  Pulau Pinang negeri yang kaya dengan warisan sejarah ini mempamerkan percikan pengaruh
budaya yang diterima. Sejarah juga menyaksikan orang-orang asing seperti dari China dan
India sebagai pedagang dan mencari kehidupan. Sehingga ke hari ini suasana budaya dan adat
tradisi masyarakat Pulau Pinang dimiliki oleh tiga kaum terbesar di Pulau Mutiara itu iaitu
kaum Melayu, Cina dan India.

Busana Terengganu
  Terengganu sebuah negeri di Panatai Timur, terkenal dengan pembuatan songket selain dari
kaya dengan hasil laut juga perusahaan logam seperti tembaga dan perak. Di sinilah
berhimpunnya seniman-seniman Melayu dahulu yang mencurahkan kreativiti dan kemahiran
dalam menghasilkan kraftangan orang Melayu yang amat membanggakan.

Busana Kaum Cina


  Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat
perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama
bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak
pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.

You might also like