You are on page 1of 2

DEFINISI BIMBINGAN

Bimbingan adalah satu proses membantu individu untuk membuat keputusan yang akan memberi
kesan kepada kehidupan mereka. Contohnya ialah seperti memilih gaya hidup yang diingini.
Gladding (2003) menjelaskaan perbezaan ketara antara bimbingan dan kaunseling ialah
bimbingan berfokus kepada membantu individu memilih apa yang paling mereka inginkan dan
hargai. Sementara itu, kaunseling perlu berfokus kepada membantu klien untuk berubah.
Kebanyakan tugas-tugas bimbingan di peringkat awal berlaku di sekolah dan juga pusat kerjaya
di mana seorang yang lebih dewasa dan matang.

DEFINISI PSIKOTERAPI

Secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang
dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak menangani
“recovery of adequancy” (Casey, 1996). Oleh itu, psikoterapi terutama sekali terapi yang bersifat
analitikal menekankan bahawa i.peristiwa lepas lebih daripada peristiwa sekarang, b celik akal
lebih daripada perubahan c,peranan ahli terapi sebagai pakar. Tambahan pula, psikoterapi dilihat
sebagai melibatkan satu perhubungan yang lebih lama iaitu sebanyak (20-40 sesi) atau selama
enam bulan hingga dua tahun. Psikoterapi juga berfokus kepada perubahan yang rekonstruktif
jika dibandingkan dengan perhubungan yang lebih bersifat jangka masa pendek (8 hingga 12
sesi) dan jangka masa kurang daripada 6 bulan.

Psikoterapi juga dilihat sebagai perkhidmatan yang lebih bersifatinpatient.


Bagaimanapun, dewasa ini, perbezaan di antara psikoterapi dan kaunseling agak sukar
ditentukan. Terdapat teori kaunseling yang dirujuk sebagai ahli terapi dan boleh digunakan
dalam seting kaunseling dan terapi.

PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI.

Brown dan Pate (1983) menjelaskan agak sukar untuk membezakan antara psikoterapi
dengan kaunseling. Terdapat banyak persamaan di antara kedua-duanya. Kedua-dua kaunseling
dan psikoterapi adalah proses memberi bantuan yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya
banyak menggunakan teknik dan kaedah yang sama dan pendekatan utama. Psikoterapi telah
diubahsuai ke dalam tugas-tugas kaunselor.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara psikoterapi dan kaunseling. Brown dan
Pate (1983) menjelaskan antara perkara yang membezakan antara kaunseling dan psikoterapi
ialah matlamat dan kaedah. Dari segi objektif, kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan
kebajikan individu dan juga perkembangan psikologikal. Individu dilihat sebagai menjelaskan
proses perkembangan dan perubahan dan berhadapan dengan peringkat dan dugaan dalam
kehidupan.
Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya dan
menemui kebahagian. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif danpromotiona l
bertujuan menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan individu untuk bersifat tidak
bergantung dan mermpunyai arah dalam kehidupan. Kaunseling adalah lebih bersifat orientasi
pertumbuhan lebih dari orientasi masalah.

Sementara itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum.
Psikoterapi wujud keranaame lioration psikopatologi. Ianya berorientasikan masalah dan klien
menghadapi kesukaran masalah dan klien menghadapi kesukaran yang lari dari perkembangan
psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah bersifat debilitaing dan menghalang
kejayaan kehidupan. Psikoterapi memerlukan lebih daripada sumber-sumber individu untuk
menyelesaikan kecelaruan neurotik.

Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi fokus kepada perubahan


personaliti sementara kaunseling memberi fokus membantu individu untuk menggunakan
kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan lebih baik.

Corsini (1995) berpendapat bahawa perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi ialah
terdapat persamaan secara kualitatif tetapi berbeza secara kuantitatif. Ahli terapi lebih banyak
mendengar, kurang memberi nasihat dan penerangan. Seterusnya ahli terapi berhadapan dengan
klien yang menghadapi masalah yang lebih berat dari klien dalam kaunseling.

BPS Division of Clinical Psychology (1979) menjelaskan kedua-dua kaunseling dan


psikoterapi menggunakan kerangka teoritikal yang sama dan menekankan keperluan memberi
penekanan kepada klien sebagai individu. Kedua-duanya mendengar secara sistematik dan
mendengar apa yang dikomunikasikan. Ia juga membentuk keupayaan membantu diri dan
bertanggungjawab.

Ramai ahli psikologi seperti Truax dan Carkhuff (1967) dan Corey (1991) menggunakan
istilah kaunseling dan psikoterapi secara silih berganti.

You might also like