You are on page 1of 47

PROSES PERANCANGAN, PELAKSANAAN

DAN PENILAN PTV


Selepas pelajaran pelajar akan dapat menerangkan;
 Pengajaran dan pembelajaran PTV
- Proses perancangan PTV
- Penjanaan idea dalam konteks PTV
- Pengajaran dan pembelajaran melalui amalan
reflektif kritis
- Perkembangan kemahiran
- Kemahiran perkembangan idea melalui lukisan
 Pembinaan kit pembelajaran
 Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan
kemahiran bagi mata pelajaran RBT di Sekolah
Rendah
- Penilaian secara ujian bertulis
- Penilaian berasaskan rubrik
- Penilaian melalui pemerhatian
- Penilaian portfolio
- Penilaian masteri
- Penilaian Konstruktivis
- Penilaian berasaskan kompetensi
- Penilaian Berasaskan projek
- Penilaian kendiri
1. PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PTV

Proses perancangan PTV

• Menentukan rasional
Sebab perlunya program diadakan. Contoh mewujudkan modal
insan yang berkebolehan dan berketrampilan

b) Visi
merujuk kepada hala tuju yang menjadi matlamat jangka
panjang program mengikut perspektif yang lebih luas

c) Misi:
Sesuatu matlamat yang ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh
tertentu selaras dengan visi yang telah ditetapkan.
d) Matlamat
Matlamat KHSR bertujuan membolehkan memperolehi
kemahiran praktis berasaskan teknologi keusahawanan dan
aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja
buat sendiri serta cenderung berurusniaga dan mereka cipta

e) Objektif:
Objektif merujuk kepada komitmen pengurusan & pentadbiran
untuk mencapai matlamat prestasi serta dalam masa yang telah
ditetapkan – di mana hasil yang dicapai mempunyai hubungan
secara langsung dengan strategi, visi dan nilai asas program
tersebut

f) Isi pelajaran
Kandungan mata pelajaran yang releven dengan keperluan
masyarakat selaras dengan dasar dan falsafah kebangsaan
g) Kaedah penyampaian
Bagaimana isi pelajaran disampaikan dengan lebih berkesan
dan bermakna. Contoh: tunjukcara, bercerita, kajian,simulasi,
sumbang saran,maian peranan, permainan, temu bual, tinjauan
dan lawatan

h) Keperluan Fizikal /Infrastruktur


Penyediaan infastruktur dan kemudahan pembelajaran seperti
bangunan, bengkel, kemudahan-kemudahan bengkel ,
kemudahan P&P,, buku rujukan dsb.

i) Tenaga Kerja
Guru terlatih, pembantu bengkel atau makmal, pembina
kurikulum, penilai
j) Rancangan pelaksanaan
Selaras dengan penekanan MP KHSR kepada penguasaan
kemahiran, pencapaiannya hendaklah dibuat melalui aktiviti.
Pelaksanaan aktiviti mengikut peringkat
a. Peracangan (merancang aktiviti projek, merancang bahan
dan
alatan, merancang kaedah penyampaian)
b. Penyampaian ( Motivasi, tunjuk cara kemahiran, arahan
aktiviti, pelaksanaan, penyeliaan & bimbingan)
c. Penilaian

k) Penilaian
- dapatan dariu segi kemahiran, pengetahuan dan nilai
- hasil kerja
Penjanaan Idea Dalam Konteks PTV

- Penghasilan idea yang kreatif dalam mereka bentuk produk. Ini


dalakukan dalam kerja amali. Ini dilakukan dalam subjek reka
cipta. Bagi KHSR elemen ini merangkumi aspek pendedahan
kepada asas reka cipta, mengenal idea berdasarkan gambar atau
objek, Kajian reka bentuk dan kefungsian produk

Pengajaran dan pembelajaran melalui amalan


reflektif kritis

- P&P dimana mengaitkan masa silam pengalaman pelajar dengan


membuat releksi secara kritis seperti kebolehan untuk menilai
kemunasabahan idea.
2. Perkembangan kemahiran
- perkembangan kemahiran individu dilakukan melalui
proses latihan yang merangkumi kemahiran berfikir,
komunikasi, melakukan aktiviti & tugasan mengikut
spesifikasi, bersosial, penulisan, merancang, analisa,
menilai, belajar, urus diri dsb.
3. Kemahiran perkembangan idea melalui lukisan
- Kemahiran mengeluarkan idea dan berkongsi pandangan melalui
gambar atau lukisan. Ini boleh dilakukan dalam aktiviti Prekaan
Projek contohnya dengan;
• Menghasilkan rupa dan bentuk projek secara lakaran.
• Melakar dari berbagai-bagai sudut pandangan.
• Menghasilkan lakaran awal reka bentuk idea yang telah di pilih.
• Menghasilkan lakaran-lakaran perkembangan idea selanjutnya.
• Menganalisis lakaran-lakaran reka bentuk yang telah
disediakan.
• Menghubung kait lakaran-lakaran idea yang telah dibuat,
bersesuaian dengan idea asal.
4. Pembinaan kit pembelajaran
- Kit pembelajaran ialah alat yang membantu proses
P&P supaya lebih berkesan. Ia boleh dalam bentuk
perisian,, CD ROM model, simulasi atau kit ujikaji.

QuickTime™ and aQuickTime™ and a


TIFF (Uncompressed)
TIFF decompressor
(Uncompressed) decompressor TIFF QuickTime™
(Uncompressed)and a
are needed to see this picture.
are needed to see this picture. are needed to see this decompressor
picture.

TIFFQuickTime™ and a
(Uncompressed)
QuickTime™ and a
TIFF (Uncompressed) decompressor
are needed to see this decomp
picture.
are needed to see this picture.
5. SISTEM PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN DISEKOLAH
 Penilaian dan pentaksiran merupakan suatu proses pengumpulan
maklumat tentang perkembangan dan kemajuan pelajar dengan
menggunakan pelbagai kaedah.

 Penilaian bukan sahaja terhad kepada ujian dan peperiksaan


malah penilaian juga merupakan sebahagaian daripada proses
pengajaran dan pemelajaran.

 Proses ini hendaklah dijalankan secara berterusan. hasil daripada


penilaian ini maka kekuatan dan kelemahan para pelajar  dapat
dikenal pasti.

 Ini membolehkan para guru mengambil tindakan   susulan yang


berkesan, terancang dan lebih strategik.  Memastikan murid
bertambah maju             
 Penilaian dan pentaksiran dijalankan di peringkat sekolah dan
peringkat pusat. Kedua-dua peringkat penilaian ini saling
melengkapi dan bertujuan untuk memastikan matlamat
pendidikan negara tercapai.
 Sebaliknya penilaian menekankan kepada murid dapat
menguasai semua aspek
 Penilaian juga dilakukan terhadap tahap penguasaan dan
pencapaian kemahiran, perlakuan, amalan, pengetahuan,
serta nilai dan sikap murid.
 Ia dilakukan secara pemerhatian aktiviti dan juga projek yang
dijalankan.
 Penilaian perlu dicatatkan.
 Senarai semak adalah satu kaedah merekod maklumat penilaian
 Semua penilaian hendaklah direkodkan kedalam rekod
profil dan buku rekod mengajar.
PENGUJIAN , PENGUKURAN & PENILAIAN
DEFINASI:
 PENGUJIAN – Suatu cara yang sistematik mengubah
tingkahlaku individu. Dilakukan secara lisan, bertulis atau
demonstrasi berkaitan perubahan tingkahlaku tentang
pelajaran yang dipelajari.

 PENGUKURAN – Suatu proses atau sistem yang digunakan


untuk menentukan nilai kuantitif sesuatu benda, perkara atau
keadaan. Dinayatakan dalam nilai angka. Cth Skel ordinal:
menentukan tempat atau kedudukan
Skel selang: menentukan markah atau gred
DEFINASI:
 PENILAIAN – Suatu proses menentukan, mendapatkan dan
memberikan maklumat yang berguna untuk membuat
pertimbangan mengenai tindakan lanjutan.
 Aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti
P&P
 Membuat analisis keputusan dengan tujuan mengambil tindakan
yang sewajarnya seperti merancang aktiviti P & P selanjutnya

 Perbandingan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian


(Rujuk Lampiran)
Prosedur Penilaian
1 2 3

Peringkat Peringkat Peringkat


Persediaan Pentadbiran Pemeriksaan Dan
ujian ujian Pengukuran ujian

5 4

Peringkat Peringkat
Interprestasi Analisis
Dan Tindakan ujian
KAITAN PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN
PENILAIAN

PENILAIAN

PENGUKURAN

PENGUJIAN

Prosedur penilaian mengandungi aspek


pengujian,pengukuran, penganalisa dan penyimpulan.
Pengujian dan pengukuran adalah aktiviti utama penilaian
TUJUAN PENGUKURAN DALAM KBSM & KBSR

1. Sebagai penggerak untuk mendorongkan murid berusaha belajar


2. Menggerakkan murid membuat ulangkaji sebelum ujian
dijalankan
3. Sebagai satu latihan yang formal untuk membantu murid
mengukuhkan konsep atau kemahiran yang dipelajari
4. Keputusan ujian digunakan sebagai kriteria untuk menempatkan
murid dalam kumpulan yang sesuai
5. Keputusan ujian digunakan sebagai rekod prestasi dan profil
6. Keputusan ujian digunakan untuk membuat penilaian
7. Mengumpul maklumat pencapaian pelajar selepas aktiviti P&P
supaya dapat dibuat pentaksiran dan mengambil tindakan
TUJUAN PENILAIAN DALAM KBSM & KBSR

8. Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam pelajaran


sesuatu kemahiran - dapat merancang aktiviti pengayaan dan
pemulihan
9. Menentukan kesan pengajaran guru - Dapat merancang strategi
yang lebih berkesan
10. Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan -
merancang aktiviti P&P akan datang
11. Merekod keputusan penilaian dan Rekod Prestasi & Profil untuk
rujukan
12. Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program
TUJUAN PENILIAAN

PENILAIAN

OBJEKTIF
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN

AKTIVITI AKTIVITI
PENGAJARAN PEMBELAJARAN
CIRI-CIRI UJIAN
1. KEESAHAN - benar dan tepat. Oleh itu keesahan dlam ujian
merujuk kepada darjah sejauh manakah ujian dapat mengukur
apa yang sepatutnya diukur. - lain perkataan memenuhi objektif
2. KEBOLEHPERCAYAAN - merujuk kepada pencapaian calon
adalah tekal apabila mengambil ujian itu beberapa kali dalam
satu jangka masa.
3. KEOBJEKTIFAN - ketepatan seseorang memeriksa jawapan
calon.
4. KEBOLEHTADBIRAN - Sejauh manakah kelicinan proses
pengujian dapat dilaksanakan
5. KEMUDAHTAFSIRAN - setakat mana hasil pencapaian calon
dapat ditafsirkan dengan cara yang boleh memberi maklumat
yang jelas mengikut objektif peniliannya.
AKTIVITI PENILAIAN DALAM KBSM & KBSR
1. Penilaian mengesan penguasaan
- dilakukan semasa guru mengajar
- Tujuan mengesan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu
kemahiran supaya dapat diperbaiki serta merta
2. Penilaian mengesan kemajuan
- dilakukan selepas beberapa kemahiran dalam sesuatu topik
selesai dijarkan.
- Tujuan untuk mengesan kemajuan murid tentang kemahiran
yang dipelajari supaya aktiviti pengayaan dan pemulihan dapat
dilakukan
3. Penilaian Mengesan pencapaian
- dilakukan selepas guru mengajar beberapa topik. Biasanya satu
semester
- Tujuan mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik
untuk menentukan murid dalam kumpulan masing-masing
JENIS PENILAIAN DALAM KBSM & KBSR
Aktiviti penilaian tersebut boleh digolongkan kepada DUA jenis:

• Penilaian Formatif
- digunakan untk mengesan penguasan dan kemajuan
- dilakukan selepas beberapa kemahiran dijalankan
- Cara penilaian berbentuk tak formal seperti pemerhatian,
bersoal jawab secara lisan, latihan, kuiz, memeriksa hasil kerja
murid dikelas atau kerja rumah.
- Biasanya digunakan untuk mengesan penguasaan kemahiran
individu. Oleh itu kerap dijalankan .
- Bagi mengesan kemajuan murid ujian kertas pensil dalam
bentuk formal digunakan untuk menilai.
- Dilakukan selepas beberapa kemahiran dijalankan
- Keputusan direkodkan dalam borang prestasi untuk tindakan
seperti penempatan dalam kumpulan
Penilaian Sumatif
- digunakan untuk mengesan pencapaian murid dalam kelas
atau membuat perbandingan pencapaian murid antara kelas
- Penilaian meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas
beberapa unit pembelajaran, biasanya dalam tempoh semester,
pertengahan semester , genap setahun, peperiksaan awam
(UPSR, PMR, SPM DAN STPM atau Penilaian Kemajuan
Berasaskan Sekolah (PKBS) ) - Untuk persijilan
- Dilakukan secara formal dengan menggunakan ujian kertas
pensil, peperiksaan amali atau bertulis, senarai semak
- Keputusan ujian digunakan untuk merancang aktiviti P & P,
aktiviti pengayaan dan pemulihan, merekod keputusan dan
rekod profil serta penempatan kedudukan murid
- Pencapaian dinyatakan dalam Gred dan markah.

 Perbandingan antara Penilaian Formatif dan Sumatif


(Rujuk Lampiran)
Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan
kemahiran bagi mata pelajaran RBT di SR
SISTEM PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN            

Berdasrkan Huraian Sukatan Pelajaran KHSR terdapat TIGA


kaedah penilaian dan pentaksiran yang biasa dijalankan
di sekolah adalah :

1. Pemerhatian                            
Dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan
     atau melalui kerja bertulis para pelajar . Biasanya penilaian
     dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil kerja  amali,
lukisan, kraf tangan dan sebagainya.
2. Lisan                            
Mengesan secara serta-merta tentang penguasaan
pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran, perlakuan
amalan dan sikap  pelajar. Biasanya penilaian jenis ini
dilaksanakan melalui aktiviti  seperti bersoal- jawab,
perbincangan, kuiz, hafazan, bercerita dan   sebagainya.

3. Penulisan
  Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan
   daripada kerja bertulis para pelajar seperti lembaran kerja
   ujian bertulis, laporan  projek, karangan, taksir graf, peta,
    jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah
dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya secara
 berterusan berdasarkan hasil pemelajaran yang telah ditentukan.
Kaedah menilai dan mentaksir

Terdapat beberapa kaedah penilaian dan pentaksiran


antaranya ialah;
a) Penilaian secara ujian bertulis
b) Penilaian berasaskan rubrik
c) Penilaian melalui pemerhatian
d) Penilaian portfolio
e) Penilaian masteri
f) Penilaian Konstruktivis
g) Penilaian berasaskan kompetensi
h) Penilaian Berasaskan projek
i) Penilaian kendiri
1. PENILAIAN SECARA PEMERHATIAN
 Satu bentuk ujian Bukan bertulis , Teknik pemerhatian
digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri perkembangan
murid daripada bidang efektif dan psikomotor. Antara
subjek ialah Agama Islam, Moral, Muzik, kemahiran Hidup
dan Pendidikan Jasmani
 Aktiviti pemerhatian tingkah laku murid harus dibuat keatas
perlakuan mereka semasa di dalam dan di luar bilik darjah.
 Antara alat yang digunakan untuk merekod prestasi murid
ialah; a) Senarai Semak b) Skala kadar
 Senarai semak untuk merekod tingkah laku murid.
 Skala kadar bagi menunjukan darjah pencapaian tingkah laku
contohnya 5 mata iaitu (1) Amat Buruk (2) Buruk
(3) Sederhana (4) Baik (5) Amat baik
2. PENILAIAN PORTFOLIO

Penilaian portofolio merupakan penilaian berterusan yang


didasarkan pada pengumpulan maklumat /informasi yang
menunjukkan perkembangan kemampuan pelajar dalam satu masa
tertentu.
Informasi tersebut merupakan hasil dapatan/pandangan (hasil
pekerjaan) dari proses pembelajaran yang dianggap terbaik oleh
pelajar, tugasan, ISL yang memaparkan kemampuan dijawab atau
direncanakan (bukan nilai), atau bentuk informasi lain yang berkait
dengan kompetensi tertentu dalam satu mata pelajaran.
Penilaian portofolio pada dasarnya menilai hasil karya-karya pelajar
secara individu pada satu masa untuk suatu mata pelajaran.
PENILAIAN PORTFOLIO

Akhir suatu masa hasil karya tersebut dikumpulkan dan dinilai oleh
guru dan pelajar itu sendiri. Berdasarkan informasi perkembangan
tersebut, guru dan pelajar sendiri dapat menilai perkembangan
kemampuan mereka dan terus melakukan perbaikan.
Dengan demikian, portofolio dapat memperlihatkan perkembangan
kemajuan belajar pelajar melalui karyanya, antara lain: karangan,
puisi, surat, komposisi musik, gambar, foto, lukisan, nukilan buku/
literatur, laporan penelitian, sinopsis, dsb.
PENILAIAN PORTFOLIO

Hal-hal yang perlu diperhatikan dan dijadikan pedoman dalam


penggunaan portofolio di sekolah, antara lain :
a. Karya pelajar adalah benar-benar karya pelajar itu sendiri.
Guru melakukan penelitian atas hasil karya pelajar yang
dijadikan bahan penilaian portofolio agar karya tersebut
merupakan hasil karya yang dibuat oleh pelajar itu sendiri.
b. Saling percaya antara guru dan pelajar
Dalam proses penilaian guru dan pelajar harus memiliki rasa
saling percaya, saling memerlukan dan saling membantu
sehingga terjadi proses pendidikan berlangsung dengan baik,
PENILAIAN PORTFOLIO
c. Kerahasiaan bersama antara guru dan pelajar.
Kerahasiaan hasil pengumpulan informasi perkembangan
pelajar perlu dijaga dengan baik dan tidak disampaikan kepada
pihak-pihak yang tidak berkepentingan sehingga memberi
impak negatif proses pendidikan.
d. Milik bersama (joint ownership) antara pelajar dan guru.
Guru dan pelajar perlu mempunyai rasa memiliki portofolio
sehingga pelajar akan merasa memiliki karya yang
dikumpulkan dan akhirnya akan berupaya terus meningkatkan
kemampuannya.
e. Kepuasan / Motivasi
Hasil kerja portofolio sebaiknya berisi keterangan dan bukti
yang memberikan dorongan pelajar untuk lebih meningkatkan
diri.
PENILAIAN PORTFOLIO
f. Kesesuaian
Hasil kerja yang dikumpulkan adalah hasil kerja yang sesuai
dengan kompetensi yang terkandung dalam kurikulum.
g. Penilaian proses dan hasil
Penilaian portofolio menerapkan prinsip proses dan hasil.
Proses belajar yang dinilai misalnya diperoleh dari catatan guru
tentang kerja dan karya peserta didik.
h. Penilaian dan pembelajaran
Penilaian portofolio merupakan hal yang tak dapat dipisahkan
dari proses pembelajaran. Manafaat utama penilaian ini sebagai
diagnostik yang sangat bererti bagi guru untuk melihat
kelebihan dan kekurangan pelajar.
TEKNIK PENILAIAN PORTFOLIO
Teknik penilaian portofolio di dalam kelas memerlukan langkah-
langkah sebagai berikut:
a. Jelaskan kepada pelajar bahawa penggunaan portofolio tidak
hanya merupakan kumpulan hasil kerja pelajar yang digunakan
oleh guru untuk penilaian, tetapi digunakan juga oleh peserta
pelajar sendiri, dan dapat dinilai dengan wang (mempunyai
nilai tambah produktif). Dengan melihat portofolionya pelajar
dapat mengetahui kemampuan, keterampilan, dan minatnya.
Proses ini tidak akan terjadi secara spontan, tetapi memerlukan
waktu bagi pelajar untuk belajar meyakini hasil penilaian
mereka sendiri.
TEKNIK PENILAIAN PORTFOLIO
b. Tentukan bersama pelajar sampel-sampel portfolio apa saja yang
akan dibuat. Portfolio antara pelajar dengan yang lain.
Misalnya, untuk kemampuan menulis pelajar mengumpulkan
karangan-karangannya. Sedangkan untuk kemampuan
menggambar, pelajar mengumpulkan gambar-gambar yang
diambil. Berbentuk produk berupa kertas kerja, laporan,
produk kerja (baju, masakan, patung dan lain-lain), rakaman
video dan bukti-bukti lainnya sesuai dengan projek yang akan
dilakukan.
TEKNIK PENILAIAN PORTFOLIO
c. Kumpulkan dan simpanlah karya-karya tiap pelajar dalam satu
folder di rumah masing-masing atau loker masing-masing di
sekolah.
d. Catatkan tarikh hasilan pada setiap bahan maklumat
perkembangan pelajar sehingga dapat terlihat perbezaan kualiti
dari masa ke masa.
e. Sebaiknya tentukan aspek-aspek yang akan dinilai dari sampel
portofolio beserta buktinya bersama para pelajar sebelum
mereka membuat karyanya . Bincangkan cara penilaian hasil
pelajar. Contoh; kemampuan menulis karangan aspek yang akan
dinilai, misalnya: penggunaan tata bahasa, pemilihan ayat,
sistematik penulisan. Dengan demikian, pelajar mengetahui
keinginan /keupayaan (standard) guru dan berusaha mencapai
standard tersebut
f. Mintalah pelajar menilai karyanya secara berterusan. Guru dapat
membimbing pelajar tentang bagaimana cara menilai dengan
memberi maklumat tentang kelebihan atau kekurangan. Hal ini
dapat mengelakkan dilakukan pada saat akhir penilaian
portofolio.
g. Setelah hasilan dinilai dan ternyata belum memuaskan Standard
Kompetensian, pelajar dapat diberi kesempatan untuk
memperbaiki lagi. Namun, antara pelajar dan guru perlu
mengadakan “kontrak” atau perjanjian mengenai jangka masa
pembaikan, Misalnya setelah 2 minggu hasil yang telah
diperbaiki harus diserahkan kepada guru.
h. Bila perlu dalam menilai hasil karya pelajar, beri peluang untuk
mempamerkan hasil karya pelajar tersebut dalam (pertunjukan,
pameran dsb) dengan menjemput masyarakat supaya dapat
membantu dan memotivasi pelajar.
 CONTOH PENILAIAN PORTFOLIO (Rujuk Lampiran
3. PENILAIAN BERASASKAN PROJEK (PRODUK)

1. Pengertian Penilaian projek adalah penilaian terhadap


keterampilan dalam membuat suatu produk dan kualiti
produk tersebut.
2. Penilaian projek tidak hanya diperolehi dari hasil akhir saja
tetapi juga proses pembuatannya.
3. Penilaian projek meliputi penilaian terhadap kemampuan
pelajar membuat produk-produk teknologi dan seni, seperti:
makanan, pakaian, hasil karya seni (patung, lukisan, gambar),
barang-barang terbuat dari kayu, keramik, plastik, dan logam.
4. Pengembangan projek meliputi 3 (tiga) tahap dan dalam setiap
tahapan perlu diadakan penilaian iaitu:
a. Tahap Persediaan (Perancangan), merangkumi aspek:
menilai kemampuan pelajar merancang, mendapat dan
mengembangkan idea dan merekabentuk produk.
PENILAIAN BERASASKAN PRODUK

b. Tahap Pelaksanaan (pembuatan produk) merangkumi


aspek:
menilai kemampuan peserta didik menyeleksi dan
menggunakan bahan, alat, dan teknik.
c. Tahap penilaian (appraisal) merangkumi aspek :,
menilai kemampuan pelajar membuat produk sesuai
kegunaannya, memenuhi kriteria yang ditetapkan.
PENILAIAN BERASASKAN PRODUK

2. Teknik Penilaian Produk Penilaian produk biasanya


menggunakan cara holistik atau analitik.
a. Cara analitik: iaitu berdasarkan aspek-aspek produk,
biasanya dilakukan terhadap semua kriteria yang terdapat
pada semua tahap proses perkembangan (tahap: Persediaan
(perancangan), Pelaksanaan (pembuatan) produk, penilaian
produk).
b. Cara holistik : iaitu berdasarkan kesan keseluruhan dari
produk, biasanya dilakukan hanya pada tahap penilaian
produk (appraisal).

Contoh Penilaian Produk (Rujuk Lampiran)


4 . PENILAIAN KENDIRI
Definasi:
Penilaian kendiri adalah suatu teknik penilaian di mana pelajar
diminta untuk menilai dirinya sendiri berkaitan dengan status,
proses dan tahap pencapaian kompetensi yang dipelajarinya
dalam mata pelajaran tertentu berdasarkan kriteria atau standard
yang telah ditetapkan.
Tujuan utama penilaian kendiri adalah untuk membantu atau
memperbaiki proses dan hasil belajar. Meskipun demikian, hasil
penilaian kendiri dapat digunakan guru sebagai bahan
pertimbangan untuk memberikan nilai.
Peranan penilaian kendiri amat penting seiring dengan
pembelajaran berpusat dari guru ke murid yang berdasrkan
daripada konsep belajar sendiri (auonomous learning).
. …samb…..PENILAIAN KENDIRI
Ada beberapa jenis penilaian kendiri antaranya:
a. Penilaian Langsung dan Spesifik: Iaitu penilaian secara
langsung pada masa itu atau setelah selesai melakukan
tugasan. Untuk menilai aspek-aspek kompetensi tertentu
dari suatu mata pelajaran.
b. Penilaian Tidak Langsung dan Holistik: Iaitu penilaian
yang dilakukan dalam waktu yang panjang, Untuk
memberikan penilaian secara keseluruhan.
c. Penilaian Sosio-Afektif: iaitu penilaian terhadap unsur-
unsur afektif atau emosional. Misalnya pelajar diminta
untuk membuat tulisan yang memuat curahan
perasaannya terhadap suatu objek tertentu.
….. sambungan
Penggunaan teknik ini dapat memberi impak positif terhadap
perkembangan keperibadian seseorang. Antara kebaikan
penggunaan penilaian kendiri di kelas :
1) Dapat menanamkan rasa percaya diri pelajar, Kerena
mereka diberi kepercayaan untuk menilai dirinya sendiri;
2) Pelajar menyedari kekuatan dan kelemahan dirinya, Dapat
dilihat ketika mereka melakukan penilaian, Harus
melakukan intersepsi terhadap kekuatan dan kelemahan
yang dimilikinya.
3) Dapat mendorong, membiasakan, dan melatih pelajar untuk
berlaku jujur, karena mereka dituntut untuk jujur dan
objektif dalam melakukan penilaian.
TEKNIK PENILAIAN KENDIRI
Ada kecenderungan pelajar akan menilai diri terlalu tinggi dan
subektif. Kerena itu, penilaian kendiri dilakukan berdasarkan
kriteria yang jelas dan objektif.
Untuk itu penilaian kendiri oleh pelajar perlu melalui langkah-
langkah berikut.
a) Menjelaskan kepada pelajar tujuan penilaian kendiri.
b) Menentukan kompetensi atau aspek kemampuan yang akan
dinilai.
c) Menentukan kriteria penilaian yang akan digunakan.
d) Merumuskan format penilaian, sebagai rujukan penskoran,
daftar senarai semak, atau skala penilaian.
TEKNIK PENILAIAN KENDIRI

e) Meminta pelajar melakukan penilaian diri.


f) Guru mengkaji hasil penilaian, untuk mendorong pelajar
supaya sentiasa melakukan penilaian kendiri secara cermat dan
objektif.
g) Lakukan tindakan lanjutan, antara lain guru memberikan
komen tertulis, guru dan pelajar berbincang bersama proses
dan hasil penilaian
TEKNIK PENILAIAN KENDIRI
Perlu diingat tidak ada satu pun alat penilaian yang dapat
mengumpulkan imaklumat hasil dan kemajuan belajar pelajar
secara lengkap.
Satu penilaian tidak cukup untuk memberikan gambaran/
maklumati tentang kemampuan, keterampilan, pengetahuan dan
sikap seseorang.
interprestasi hasil ujian adalah tidak mutlak dan kekal kerana
murid terus berkembang sesuai dengan pengalaman belajar yang
dialaminya.
Untuk menjamin keobjektifan hasil penilaian, perlu dilakukan
proses verifikasi oleh pemeriksa (verifier) baik pemeriksa
internal mahupun eksternal.
…sambung…TEKNIK PENILAIAN KENDIRI
a. Verifikasi internal
Verifikasi internal sebagai proses penjaminan mutu (Quality
Assurance) dilakukan oleh pentadbir sekolah, biasanya terdiri
guru kanan. ketua penatia dan wakil pentadbir sekolah,
dengan ketentuan sebagai berikut:
1). Memahami tujuan pembelajaran/kriteria kerja yang
harus dikuasai pelajar;
2). Memantau pelaksanaan penilaian yang dilakukan oleh guru;
3). Memverifikasi hasil penilaian;
4). Menguji peserta didik secara sampling melalui bukti yang
terdapat dalam portfolio;
5). Menyusun umpan balik;
6). Mengesahkan hasil verifikasi penilaian kepada guru,
7). Mengajukan hasil verifikasi kepada external verifier.
b. Verifikasi eksternal
Verifikasi eksternal sebagai proses pengendalian mutu (Quality
Control) dilakukan oleh penilai (assessor) yang diakui Lembaga
Persijilan Profesion, (Lembaga Akreditasi) dengan syarat berikut;
1). Memahami tujuan pembelajaran/kriteria tugasan yang harus
dikuasai pelajar;
2). Memantau pelaksanaan penilaian yang dilakukan oleh guru;
3). Verifikasi (Pengesahan) hasil penilaian guru, dan
4). Menguji pelajar secara sampling melalui bukti belajar berupa
portfolio.

You might also like