Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
8Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
CERITA RAKYAT

CERITA RAKYAT

Ratings: (0)|Views: 534 |Likes:
Published by RosBT

More info:

Published by: RosBT on Feb 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/07/2013

pdf

text

original

 
SASTERA RAKYATKonsep Sastera RakyatSastera rakyat merupakan sastera yang hidup di kalangan rakyat atau sastera yang menjadi hakmilik masyarakat. Disebabkan ia hidup di kalangan rakyat, jadi, ia bolehlah dikatakan sebagaisebahagian daripada kebudayaan sesebuah masyarakat. Ia disampaikan secara lisan ataupunpertuturan oleh si tukang cerita atau orang yang hafal cerita. Si tukang cerita ini boleh berupagolongan professional seperti Tok Selampit di Kelantan, Penglipur Lara di Perak, AwangBelanga di Kedah dan Pendiangdangan di Brunei dan golongan bukan professional sepertirakyat biasa yang terdiri daripada ibu bapa dan nenek (1994:42). Secara ringkasnya, dapatlahdirumuskan bahawa Sastera Rakyat merupakan sastera yang berkembang secara turuntemurun, dari satu generasi ke generasi berikutnya dengan mempunyai pelbagai fungsi.Genre Sastera RakyatSebagai salah satu dari cabang kebudayaan, sastera rakyat sudah setentunya merupakan satubidang yang luas dan merangkumi pelbagai genre. Dalam hal ini, terdapat percanggahanpendapat mengenai penggolongan genre. Walau bagaimanapun, dapatlah diambil kesimpulanbahawa sastera rakyat itu boleh dibahagikan kepada tiga genre yang besar berdasarkanpendapat Jan Harold Brunvand (1986:21-22) iaitu sastera rakyat berbentuk lisan, separuh lisandan bukan lisan. Ketiga-tiga genre ini boleh lagi dibahagikan kepada sub-sub genre yang lebihkecil.Bagi sastera rakyat yang berbentuk lisan, sub-sub genrenya ialah seperti bahasa rakyat,ungkapan tradisional, pertanyaan tradisional, puisi rakyat, prosa rakyat dan nyanyian rakyat.Sastera rakyat separuh lisan pula ialah seperti kepercayaan dan tahyul, permainan dan hiburanrakyat, drama rakyat, tari, adat kebiasaan, upacara-upacara dan pesta-pesta rakyat. Manakala,sastera rakyat bukan lisan pula bersifat material dan bukan material. Materialnya adalah sepertiarsitektur rakyat, seni kerajinan tangan, pakaian serta perhiasan, ubat-ubatan rakyat, makanandan minuman, alat-alat muzik, peralatan dan senjata. Manakala, yang bukan materialnya ialahseperti isyarat dan musik.CERITA JENAKACerita jenaka ialah sebahagian dari sub genre prosa rakyat. Ia merupakan cerita sederhanayang mempunyai struktur yang sederhana disampaikan secara santai dengan menggunakanbahasa pertuturan harian. Ia mempunyai fungsi untuk memberi hiburan, petunjuk dan sindiran.Sebagai cerita jenaka, ia sudah setentunya menimbulkan rasa geli hati bagi sesiapa yangmendengarnya. Rasa geli hati ini timbul apabila adanya unsur-unsur kelucuan yang terdapatpada perilaku watak, isi cerita dan gaya bahasanya.NUJUM PAK BELALANGSeorang lelaki duda bernama Pak Belalang bersama anak lelakinya, Belalang tinggal di negeriBeringin Rendang. Pak Belalang ini pemalas orangnya. Dia asyik tidur saja di pondokburuknya. Kalaulah tidak ada Belalang yang membanting tulang mencari rezeki, tak tahu apalahakan jadi kepada Pak Belalang. Belalang bekerja mengambil upah mencuci periuk belanga,mengambil air, membelah kayu, membasuh perahu, memanjat dan mengambil buah kelapa danbermacam-macam lagi. Pak Belalang seperti biasa asyik membuta (tidur) saja di pondokusangnya.
 
Pada suatu hari sewaktu pulang selepas bekerja, Belalang terserempak dengan duapenyamun (Nyawa dan Badan) yang sedang membawa dua ekor lembu dan dua ekor kambingyang baru dicuri oleh mereka. Semasa mereka sedang membahagi-bahagikan binatang tersebut,Belalang menyamar sebagai anak jin yang mahukan darah manusia sehingga menyebabkanmereka itu lari lintang pukang dan meninggalkan hasil yang di rompak itu. Belalang lalumembawa lembu dan kambing itu pulang ke rumah, tetapi kerana kejujurannya Pak Belalangmenyuruh Belalang memulangkannya kepada tuan empunya. Disebabkan, mereka tidak tahusiapa tuan empunya lembu dan kambing tersebut, Belalang mencadangkan agar Pak Belalangmenjadi ahli nujum. Kalau ada sesiapa datang ke rumah Tok Penghulu mengadu binatangternakan mereka hilang, Belalang akan mencadangkan agar mereka berjumpa dengan PakBlalang dan mengatakan yang lembu dan kambing itu ada di tempat yang akan disembunyikanoleh Belalang. Ini telah dipersetujui oleh Pak Blalang walaupun dengan perasaan berat hati.Apabila Buntal dan Jambul mengadu kepada Tok Penghulu tentang kehilangan binatangternakan mereka, Belalang yang berada di situ mencadangkan mereka supaya berjumpa denganPak Belalang yang kononnya seorang ahli nujum yang boleh menilik tentang keberadaan lembudan kambing yang hilang itu. Tok Penghulu termakan dengan kata-kata Belalang. Dia bersamaBuntal dan Jambul serta beberapa orang penduduk kampung pergi ke pondok buruk PakBlalang. Atas panduan Belalang, lembu dan kambing ditemui semula dan diserahkan semulakepada Buntal dan Jambul.Setelah gagal memperolehi lembu dan kambing, Badan dan Nyawa pergi pula merompakdi istana Sultan dengan menggunakan pukau. Sultan begitu murka dengan kehilangan mahkotakebesarannya, kalong pusaka anakandanya dan hartanya. Sultan membuat tawaran kepadasesiapa saja yang mendapatkan semula barang yang dirompak itu akan diberi kurnia. Apabilapemberitahuan tersebut sampai ke pengetahuan Tok Penghulu Hujung Jambatan, dia pun pergimenemui Pak Belalang dan terus membawanya ke istana untuk membuat tilikan dan ramalan.Di istana Pak Belalang mahu menyatakan keadaan dirinya yang sebenar tetapi TokPenghulu yang terlebih-lebih dan memandai-mandai. Oleh yang demikian Pak Belalangmeminta tempoh selama tujuh hari bagi mendapatkan semula harta baginda yang dicuri itu.Sebenarnya dia mahu melarikan diri tetapi Belalang mencadangkan supaya bersembunyi di guaBukit Tunggal. Kebetulan pula, di dalam gua tersebut dua perompak (Badan dan Nyawa)sedang membahagi-bahagikan harta Sultan yang dirompak. Sedang Pak Belalang merintih-rintih tentang nasib malangnya yang ada menyebut badan dan nyawa, Badan dan Nyawa punketakutan. Apabila Pak Belalang menyatakan yang dirinya akan dipancung Sultan, duaperompak itu bertambah takut lalu bersuara meminta ampun sehingga diambil kesempatan olehPak Belalang untuk menyamar dan menyuruh mereka lari dengan menyatakan Sultan akanmengampunkan mereka. Tidak membuang masa Badan dan Nyawa pun melarikan diri.Kemudian, Pak Belalang pun pergi menemui Sultan bagi meneruskan tilikannya sebagai ahlinujum.Apabila semua harta Sultan yang hilang itu ditemui kembali termasuk mahkotakebesaran, Pak Belalang telah dilantik oleh Sultan Shahrul Nizam sebagai Ahli Nujum Negara.Dengan itu, kehidupan Pak Belalang dan Belalang pun berubah. Mereka hidup mewah. Rumahyang dulunya usang dan buruk kini bertukar menjadi cantik dan kemas.Tuan Puteri Si Bujur Sireh pula dalam diam-diam telah jatuh hati kepada Pak Belalang.Dalam usaha untuk bertemu dengan Pak Belalang Tuan Puteri berpura-pura jatuh gering (sakit).Ketika Pak Belalang datang merawat, Puteri Si Bujur Sireh memberitahu dirinya bukan sakittetapi ingin menemui Pak Belalang. Tuan Puteri juga menyatakan yang dia tidak dapatmelupakan wajah Pak Belalang. Puteri Si Bujur Sireh meminta Pak Belalang mengambilnyasebagai isteri.
 
Setelah masalah Puteri Si Bujur Sireh selesai, timbul pula masalah baru apabila musuhSultan (Sultan Masai) datang ke Beringin Rendang. Walaupun bermusuh, Sultan Masai telahdisambut dengan penuh hormat oleh Sultan Shahrul Nizam kerana kedatangan merekabertujuan baik. Ketika pertemuan dengan Sultan Beringin Rendang, Sultan Masai (yang inginmenakluki Negeri Beringin Rendang secara halus di samping mahu menguji sejauh manakemampuan Ahli Nujum Negara) mencadangkan agar kepandaian Pak Belalang dengan AhliNujumnya sendiri diuji. Sultan bersetuju walaupun Negara Beringin Rendang menjaditaruhannya.Perjanjian pun dibuat dan empat soalan dikemukakan oleh Ahli Nujum Sultan Masaikepada Pak Belalang. Keempat-empat soalan berserta huraian (termasuk satu soalantambahan) dapat dijawab dengan sempurna oleh Pak Belalang atas pertolongan Belalangsecara kebetulan. Dengan itu sahlah Negara Masai menjadi hak milik Sultan Shahrul Nizam.Badan dan Nyawa buat hal lagi dengan datang menemui Baginda Masai untukmembantu mendapatkan semula Negara Masai. Mula-mula kedua mereka mengajak BagindaMasai berserta pengikut-pengikutnya ke gua Bukit Tunggal. Dengan menggunakan ilmu pukau,mereka masuk ke istana Sultan Shahrul Nizam lalu menculik Puteri Si Bujur Sireh untukdijadikan tebusan. Pak Belalang dititahkan oleh Sultan mengembalikan semula puteri bagindadengan selamat. Apabila diketahui di mana tempatnya, Pak Belalang, Sultan, Permaisuri, DatukPerdana Menteri berserta askar-askar baginda pun berangkat ke gua Bukit Tunggal. Setelahberlaku pertarungan, Baginda Masai dan pengikut-pengikutnya akhirnya ditangkap dan dihukumpenjara seumur hidup. Badan dan Nyawa pula dihukum ² kepala mereka di pancung. PakBelalang dan Puteri Si Bujur Sireh juga terpaksa dihukum (dikehendaki berkahwin) keranadidapati bermesra-mesraan oleh baginda Sultan.PAK BELALANGNegeri Pak Belalang, Halban Chondong dilanda kemarau. Hasil tanaman tidak menjadi. PakBelalang berangan-angan mahu hidup senang. Namun, dia tidak mahu bekerja keras ataubersusah payah. Pada suatu hari, dia terlihat seekor kerbau dan dua ekor lembu ditambat dibawah pohon nangka. Pak Belalang pun memanggil anaknya, Belalang. Ia lalu mengarahkananaknya agar dapat menyembunyikan kerbau dan lembu-lembu yang ada di bawah pohonnangka itu di dalam semak. Apabila tiba pada waktu petang, tuan empunya binatang itu mahumemasukkan kerbau dan lembu mereka ke dalam kandang. Mereka menjadi gempar apabilamelihat binatang mereka hilang. Seperti yang sudah dirancang, Belalang segera memberitahumereka konon ayahnya pandai bertenung dan merupakan seorang ahli nujum. Beramai-ramailah mereka pergi berjumpa Pak Belalang. Pak Belalang pun melihat ke dalam air di dalamsebuah mangkuk. Sambil mengerut-ngerutkan dahinya, Pak Belalang pun memberitahu bahawakerbau dan lembu mereka berada dalam semak di belakang rumahnya. Apabila merekamendapati kata-kata Pak Belalang benar, mereka pun memberi Pak Belalang sagu hati sepertibuah-buahan dan sayur-sayuran.Berita tentang Pak Belalang pandai bertenung itu tersebar ke seluruh pelosok negeriHalban Chondong sehinggalah sampai ke pengetahuan Raja. Baginda segera memanggil PakBelalang ke istana. Baginda menitahkan Pak Belalang untuk melihat siapakah gerangan yangtelah mencuri tujuh tempayan wang emas baginda. Jika Pak Belalang berjaya, Pak Belalangakan dikurniakan hadiah oleh baginda, namun, jika sebaliknya, kepala Pak Belalang akandipenggal. Pak Belalang pun pulang ke rumah. Setibanya di rumah, hari sudah malam.Perutnya berasa lapar. Kebetulan pula Raja telah membekalkannya tepung dan gula. Dia lalumenyuruh isterinya membuat kuih cucur. Setelah siap dibancuh dan dikacau, kuih itupundigoreng. Setiap kali kuih itu masuk ke dalam kuali, ada bunyi ´curµ. Pak Belalang pun mengira jumlah ´curµ sampailah tujuh kali. Kebetulan ketika itu tujuh orang pencuri wang emas baginda

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Li Wen Tan liked this
Aidil Adrie liked this
Aidil Adrie liked this
Kakang Abidal liked this
Nazhatul Shima liked this
Sheldon Yi liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->