You are on page 1of 12

SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan

KANDUNGAN

1. Pendahuluan 1
a. Tujuan Program 3

2. Jabatan Terlibat 4

3. Peserta Program / Kumpulan Sasar 4

4. Objektif Program 4

5. Lokasi Program 5

6. Tarikh Program 5

7. Urusetia Program 6

8. Kemudahan Peralatan 7

9. Pengangkutan 7

10. Makanan 7

11. Sumber Kewangan 8

12. Perbelanjaan 8

13. Penutup 9

0 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan

PROGRAM MENINGKATKAN TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT MANGENAI


PENCEGAHAN JENAYAH SERTA CARA-CARA
PENCEGAHAN YANG PERLU DIPELAJARI

1.0 Pendahuluan

Peningkatan kadar jenayah di negara ini mendorong Persatuan Pencegahan

Jenayah Malaysia (PPJM) komited untuk membantu orang ramai terutamanya bagi

mewujudkan kesedaran dan keperihatinan kepada masyarakat dalam mencegah

jenayah melibatkan pelbagai pihak di kawasan bandar dan luar bandar dengan

program yang dilaksanakan.

Memetik kata-kata mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi

semasa program Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2008. Setiap

penjenayah adalah juga anggota sebuah keluarga. Adalah menjadi perkara penting

bagi kita untuk menangani jenayah bermula dengan keluarga. Selain sebagai

Perdana Menteri, saya juga adalah anggota masyarakat. Saya juga bimbang dengan

kes-kes jenayah yang berlaku sekarang. Kita perlu prihatin dan mengambil berat

serta menjaga ahli keluarga kita supaya tidak terlibat dengan kegiatan jenayah atau

menjadi mangsa akibat kegiatan jenayah.

Apa itu jenayah?. Seksyen 2 Kanun Prosedur Jenayah mentakrifkan kesalahan

jenayah sebagai sebarang perbuatan atau ketinggalan yang boleh dihukum oleh

sebarang undang-undang yang sedang berkuatkuasa (any act or omission made

punishable by any law for the time being enforced). Malaysia kini mengalami

transformasi pembangunan dan pemodenan pesat yang mana ianya turut memberi

implikasi kepada perubahan ekonomi, kawalan sosial dan pemikiran masyarakatnya.

1 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Ketidak seimbangan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat antara faktor yang

turut mempengaruhi peningkatan kes-kes jenayah di negara ini.

Kajian statistik oleh pihak polis menunjukkan peningkatan ketara jenayah indeks

negara sejak tahun 1996. Pada tahun 1996 sebanyak 87,902 kes jenayah indeks

dicatatkan berbanding tahun 2006 sebanyak 198,622 kes jenayah indeks dicatatkan

bagi seluruh Malaysia. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 110,720 kes atau

12.6 % peningkatan kes bagi purata setahun. Peningkatan ini mempengaruhi

perubahan sikap masyarakat tentang peranan mereka dalam pencegahan jenayah.

( rujuk buku polis pengarang) Ke arah itu, PPJM membentuk satu program yang

akan mendorong dan merangsang masyarakat untuk turut sama memainkan

peranan dalam mencegah jenayah.

Kajian PPJM membuktikan bahawa pencegahan jenayah merupakan satu

mekanisme yang berkesan dan merupakan cara untuk membendung serta

menghalang dari berlakunya kejadian jenayah. Menerusi kaedah ini, PPJM dapat

mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan peranan yang boleh

dimainkan oleh mereka serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil

dalam usaha mengekang kes jenayah dari berlaku. Keberkesanan program

pencegahan jenayah ini dapat merealisasikan impian masyarakat untuk hidup dalam

keadaan selamat dan tenteraman serta mampu mengawal tahap ketakutan terhadap

jenayah dalam diri masyarakat.

Mencegah jenayah adalah tanggungjawab bersama dan pelbagai program yang

diadakan adalah bersifat komuniti bertujuan mendekati masyarakat dalam usaha

mengurangkan indeks jenayah jalanan seperti ragut dan samun. Inisiatif ini dibuat

bagi menyelamatkan rakyat terutamanya belia Malaysia bebas daripada jenayah

2 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan

selaras dengan usaha perdana menteri mewujudkan rakyat yang menyatu-padukan

penduduk tanpa mengira bangsa dan agama.

2.0 Tujuan Program

Jenayah terus berlaku. Pelbagai masalah dan musibah terhasil akibat jenayah ini. Ia

bukan sekadar menyebabkan kehilangan barang berharga milik mangsa tetapi ada

kalanya ia turut menyebabkan kehilangan nyawa. Seorang warga emas berusia 66

tahun maut setelah terjatuh dari motosikal akibat diragut di Alor Setar, Kedah.

Maknanya sesiapa sahaja dan di mana juga mereka berada di negara ini, mahu tidak

mahu akan terdedah kepada kemungkinan menjadi mangsa jenayah .

Pernah berlaku kes orang awam mahu membantu mangsa ragut mati ditikam

peragut, sampai sekarang penjenayah itu masih bebas. Dalam kejadian di sebuah

kampung di Pendek, Kota Bharu, Kelantan, peragut berjaya diberkas dan dibelasah

teruk oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis. Seorang daripada peragut

itu menemui ajal.

Orang yang menyebabkan kematian peragut berkenaan diburu dan didakwa. Jika

sabit kesalahan, mungkin dikenakan hukuman mati mandatori. Melihat kepada

episod jenayah ini, rata-rata berakhir dengan orang ramai menjadi mangsa. Mereka

kehilangan harta, cedera malah nyawa. Justeru tidak hairanlah kalau orang awam

tidak mahu membantu, apatah lagi peduli tentang kelakuan jenayah kerana banyak

padah daripada faedah yang akan diterima. Antara padahnya ialah boleh terdedah

kepada tindakan balas penjenayah dan keduanya jika penjenayah cedera atau mati

walaupun tanpa disengajakan, penjara dan tali gantung menanti mereka.

3 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Jesteru itu PPJM manganjurkan program seumpama ini bagi memberi kesedaran

dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai cara-cara yang betul serta perlu

diambil dan dipelajari dalam usaha mencegah dan menangani jenayah dengan

berlandaskan undang-undang.

3.0 Jabatan Terlibat

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia (PPJM)

dengan kerjasama bersama Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pengamal

undang-undang.

4.0 Peserta Program / Kumpulan Sasar

Program ini direkabentuk khas untuk disasarkan kepada semua penduduk Kampung

Kerinci dan Pantai Dalam. Sehubungan itu, semua penduduk akan diberi peluang

mengikuti program ini. Bagi peringkat pertama program, ianya dikhaskan untuk 60

orang peserta yang terdiri daripada peserta perempuan dan lelaki. Peserta terdiri

daripada mereka yang berusia 21 sehingga 52 tahun.

5.0 Objektif Program

5.1 Dengan menyertai program, peserta dijangka dapat menjamin

keselamatan serta membentuk jati diri. Boleh mempraktikkan cara berjalan

dengan betul bagi mengelakkan kejadian jenayah terutama jenayah ragut.

5.2 Dapat menilai risiko, iaitu tidak melawan atau jadi hero. Jika

berdepan dengan kejadian jenayah atau menjadi mangsa, melawan kecuali

berkemampuan. Kerana nyawa lebih penting. Bagi kes samun atau

rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh penjenayah.

4 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan

5.3 Dapat membuat laporan polis dengan segera selepas kejadian,

mengenalpasti perkara-perkara penting seperti pengecaman wajah, warna

pakaian, nombor pendaftaran kenderaan atau apa sahaja yang boleh

membantu pihak polis.

5.4 Berkeupayaan untuk membuat rondaan secara berkumpulan

bagi mengurang kan jenayah. Dengan cara ini orang ramai dapat

mengetahui dan terlibat dalam pelbagai program mencegah jenayah yang

diadakan dan memastikan kawasan yang didiami mereka benar-benar

menjadi sebuah kawasan selamat.

5.5 Dapat menyalurkan maklumat melalui ’Skim Pengawasan

Kejiranan’ untuk menyemai semangat kejiranan dalam membendung

jenayah di kawasan tempat tinggal. Pendekatan dalam ’Skim Pengawasan

Kejiranan’ adalah mudah di mana masyarakat bertindak sebagai ’mata dan

telinga’ kepada pihak Polis dalam mengawasi serta melaporkan sebarang

insiden yang melibatkan keselamatan jiran mereka.

5.6 Boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah

dikawasan mereka dan faham supaya tangkapan dibuat secara

berkumpulan dan tidak boleh melampaui batas seperti mencederakan atau

menyebabkan kematian penjenayah. Dapat menghubungi balai polis

berdekatan atau talian hotline.

6.0 Lokasi Program

Lokasi amat penting untuk setiap program yang dijalankan. Lokasi program yang

dipilih adalah amat mudah untuk dikunjungi oleh peserta-peserta. Program ini akan

diadakan di Pusat Komuniti, Kampung Kerinci. Dewan yang besar serta dilengkapi

5 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan

penghawa dingin akan dapat memberi keselesaan kepada peserta semasa program

dijalankan. Ini adalah kerana ia akan mempengaruhi mood peserta sepanjang

program dijalankan. Lokasi yang dipilih amat strategik kerana ianya amat

berhampiran dengan kumpulan sasar dan aktiviti boleh dijalankan sambil menghirup

udara yang lebih segar. Peserta mendapat ketenangan kerana suasana yang jauh

dari kebisingan kota.

Keselesaan dewan latihan amat dititikberatkan kerana peserta banyak

menghabiskan masa menjalankan program di dalam dewan. Susunan tempat duduk

dan peralatan elektrik yang digunakan juga lengkap dan canggih bagi melancarkan

program. Peralatan menulis juga disediakan untuk peserta mencatat nota ringkas

atau poin-poin yang penting semasa ceramah berjalan.

7.0 Tarikh

Program ini akan diadakan selama dua hari iaitu bermula pada 19 hingga 20 Julai

2010.

8.0 Urusetia Program

8.1 Ketua Program : SHAMSAWIE BIN KAWI

8.2 Timbalan Ketua : MARINI BINTI KABOL

8.3 Setiausaha : MASYITAH SYAIRAH

8.4 Penolong Setiausaha : ANIFAH AMAN

8.5 Bendahari : FATIMAH ZAHRAH

8.6 Penolong Bendahari : AIMAN AMANI

8.7 Ketua Urusetia : AHBAS ALI AHMAD

8.8 Ahli Jawatan Kuasa

8.8.1 Pendaftaran : SALIMAH ABU

6 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan

8.8.2 Aktiviti / Buku Program : SITI SITU SINI

8.8.3 Jemputan / Perasmian : ZAHRAN ISMAIL

8.8.4 Persiapan / Teknikal : ALI AHMAD

8.8.5 Hadiah / Sijil : YATIMAH AMIN

8.8.6 Dokumentasi : ZAHRUL ALIA

8.8.7 Keselamatan : ROSHAM ANOR

8.8.8 Makanan / Jamuan : CIK ALIAH BON

8.8.9 Logistik : BASRI SAAT

8.8.10 Publisiti : KARAM SINGH WALIA

9. Kemudahan Peralatan

Segala kemudahan akan disediakan oleh pihak penganjur semasa program.

Penganjur akan menyediakan buku nota, jadual kursus serta peralatan menulis.

10. Pengangkutan

Walaupun kedudukan tempat kursus berhampiran namun bagi memudahkan

pergerakan peserta kursus pengangkutan akan disediakan. Peserta kursus yang

memerlukan pengangkutan diminta berkumpul di Masjid Alsyakirin, Kampung Pantai

Dalam dan Masjid Al-Amin, Kampung Kerinci. Bas akan berada di masjid berkenaan

pada jam 0730 pagi pada 19 dan 20 Julai 2010.

11. Makanan

Sepanjang tempoh program makan dan minum peserta kursus akan disediakan oleh

pihak penganjur.

7 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan

12. Sumber Kewangan

Program ini telah mendapat sumbangan dan pembiayaan sepenuhnya dari

Persatuan Pencegah Jenayah Malaysia serta Pasaraya Maidin.

13. Perbelanjaan

Berikut adalah perbelanjaan bagi program ini.

Jumlah
Bil Perkara
(RM)
1 Sewa Dewan 1,500.00
2 Sijil dan hadiah 500.00
3 Makan dan minum 2,500.00
4 Saguhati fasilitator 1,000.00
5 Pengangkutan 500.00
6 Peralatan 750.00
7 Lain-lain 500.00
Jumlah Besar 7,250.00

14. Penutup

Secara keseluruhannya program ini tidak akan berkesan sepenuhnya jika orang

ramai sendiri tidak dididik dengan langkah pencegahan jenayah yang betul. Usaha

mencegah jenayah akan dapat direalisasikan apabila bidang kepolisan menjadi

bidang yang berorientasikan masyarakat. Menerusi konsep ini masyarakat turut

8 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan

sama memainkan peranan dalam menentukan strategi dan terlibat secara langsung

dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman di kawasan mereka.

Bagi menjayakan program ini, usaha berterusan perlu dilakukan untuk

mengurangkan kadar jenayah dan perasaan takut terhadapnya, disamping

mewujudkan kejiranan dan suasana bandar yang lebih selamat. Agenda untuk

mengawal dan mencegah jenayah memerlukan usaha yang berterusan, bersepadu,

dan bersungguh-sungguh daripada semua pihak. Semua pihak mempunyai peranan

dan tugas untuk dilakukan dalam usaha memerangi jenayah. Melalui program ini,

PPJM berharap dapat melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam

mendidik orang ramai mengenai apa yang mereka perlu lakukan untuk mengelakkan

kejadian jenayah.

Usaha perlu dilakukan sedaya mungkin bagi menghilangkan perasaan takut

kepada jenayah di kalangan masyarakat bagi merealisasikan matlamat rakyat

didahulukan, kerana apabila masyarakat merasa amat selamat maka barulah kualiti

hidup mereka terjamin. Pendekatan perlulah bersifat psikologi yang mampu

mendorong masyarakat untuk turut sama memainkan peranan dalam pencegahan

jenayah. Dengan adanya program seumpama ini ianya akan dapat mengurangkan

kejadian jenayah serta ketakutan terhadap jenayah itu sendiri dan mengatasi dari

menjadi mangsa jenayah.

RUJUKAN

Cegah jenayah keluarga main peranan penting (2008) . In ummatanwasatan (online)


http://ummatanwasatan.net/?p=503 (2008, August 23)

International Law Book Services (1999) Kanun prosedur jenayah (Akta 593) Kuala
Lumpur : Golden Book

9 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Riduan Asli ( 2009 ) . Panduan PTK Polis . Kuala Lumpur :

Aturcara Program dan Ceramah-Ceramah

1. Apa Itu Jenayah ?


 Penceramah : DSP Ahmad Rithaudin Ahmad pegawai Jabatan Siasatan
Jenayah Bukit Aman.
 Menerangkan apa itu jenayah serta serta kejadian jenayah yang sering
berlaku dalam masyarakat Malaysia.
2. Bagaimana Jenayah Boleh Berlaku
 Penceramah : Encik Ahmad Kama Piah pangamal undang-undang.

10 Nombor Matrik :
SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan

 Menerangkan bagaimana kejadian jenayah sering berlaku , punca-punca


serta peluang yang ada.
3. Undang-Undang Jenayah di Malaysia / Cara membuat repot Polis
 Penceramah : ACP Balakrisnan a/l Raju ketua jabatan Risikan Bukit
Aman
 Undang-undang jenayah yang ada di Malaysia, menerangkan
bagaimana membuat repot polis.
4. Bagaimana Mengelakkan Jenayah
 Penceramah : Encik Hussin Lempoyang pegawai Persatuan
Pencegahan Jenayah Malaysia
 Menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi mengurangkan
kejadian serta peluang kepada penjenayah.
5. Jenayah Membawa Padah dan Hukuman
 Penceramah : ACP Abdul Hamid Din pegawai undang-undang Pusat
Latihan Polis, Kuala Lumpur.
 Kesan-kesan keatas mangsa jenayah serta hukuman yang dikenakan
kepada penjenayah.
6. Cara-cara Melawan dan Mengelak Jenayah
 Penceramah : Encik Sahbudin Aladin jurulatih tempur Pusat Latihan
Polis, Kuala Lumpur
 Mengajar cara-cara untuk mengelak serta berjalan dengan betul untuk
mengelakkan jenayah ragut. Asas-asas pertahanan diri.
7. Kepentingan Institusi Keluarga dan Masyarakat dalam Menangani Jenayah
 Penceramah : Encik Zam Harisam pegawai Persatuan Pencegahan
Jenayah Malaysia
 Kepentingan institusi keluarga , peranan ibu bapa, adik-beradik, kawan-
kawan serta masyarakat.

* Peserta digalakkan bertanyakan sebarang soalan semasa ceramah sedang


berjalan.

11 Nombor Matrik :

You might also like