You are on page 1of 2

P

‫نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذـ باهلل من‬، ‫الـحمد هلل‬


‫شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده هللا فال‬
‫ والصالة والسالم‬، ‫مضل له ومن يضلله فال هادي له‬
. ‫على رسولنا األمين وعلى آله وأصحابه أجـمعين‬
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup
kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat
dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah
memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .
Ya Allah
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-
usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang,
terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan
melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di
akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas


bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui
keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami
yang hadir pada petang ini, agar kami dapat melaksanakan segala
kebajikan
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan
keburukan .

Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara


kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah
kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam
menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir,
guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan


dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah
kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan
kesihatan.

Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi ,

Pada kesempatan ini sudilah kiranya Engkau mencucuri rahmat ke


atas Allahyarham Tun Mohd. Suffian b. Hashim di atas sumbangan
beliau kepada sekolah ini . Mudah-mudahan ia di tempatkan
bersama-sama para Nabi-nabi , para Siddiqin , para Syuhada’ dan
para Solihin di Syurga-Mu Ya Allah.

Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan


yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami
selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara
bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا‬


‫عذاب النار‬
‫وصلى هللا على خير خلق هللا وخاتم األنبياء‬
‫والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬
‫والحمد هلل رب العالـمين‬

You might also like