Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
13Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Murid Dan Alam Belajar - Perkaitan Iklim Sosial kepada Pengajaran dan Pembelajaran

Murid Dan Alam Belajar - Perkaitan Iklim Sosial kepada Pengajaran dan Pembelajaran

Ratings: (0)|Views: 299 |Likes:
Untuk perkaitan antara iklim sosial dan fizikal kepada proses p&p
Untuk perkaitan antara iklim sosial dan fizikal kepada proses p&p

More info:

Published by: Mohamad Syafie Bin Samsir on Feb 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/01/2012

pdf

text

original

 
1
1.0 Iklim Sekolah
Iklim sekolah didefinisikan sebagai satu keadaan dimana suasana sekolahyang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran sebagaisekolah yang mempunyai iklim yang berkesan. Halpin dan Croft (1963) yangmerupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolahmenggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebutberusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya,Howard (1974) pula menyifatkan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budayasekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.Selain itu, iklimsekolah dipengaruhi oleh banyak pihak termasuk pelajar, ibu bapa, guru-guru,pengetua, peruntukan kewangan dan sebagainya.Manakala, Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolahyang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnyayang berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Di samping itu, sekolah jugadapat mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama pelajar. Selain itu, pihaksekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yangmesra di antara sekolah dan keluarga akan menyumbang bentuk pendidikan yanglebih sempurna bagi pelajar-pelajarnya.
2
.0 Aspek Sosial dalam Iklim Sekolah
2
.0.1 Aspek hubungan guru dan anak murid
 Aspek ±aspek sosial yang dapat dikenalpasti sebagai iklim sekolah ialahhubungan guru dan pelajar. Menurut Sweetland dan Hoy (2000) guru merupakanaspek sosial yang paling asas dan terpenting dalam mempengaruhi keberkesananprestasi para pelajar. Hubungan yang sihat dalam kalangan pelajar dan gurumembantu memastikan keberkesanan suasana yang selesa serta selamat. Gurubukan sahaja sebagai individu yang mengajar namun sebagai pendidik anak-anakmurid tersebut.Guru juga perlu bersifat dominan namun ia secara terancang.Kajian Wubbels & Levy (1993) telah mengenalpasti bahawa aspek dominansebagai ciri penting dalam hubungan guru-murid. Menurut Wubbels, dominan disinibukan bermaksud autokratik tetapi keupayaan guru menyediakan matlamat yang jelas serta bimbingan kepada murid serta tingkah lakunya. Jelas menunjukkan
 
2
 
bahawa guru harus membina sempadan yang bukan menjadi jurang antara muriddan guru, namun, sebagai satu cara untuk memastikan kawalan tingkah laku muridtersebut.Satu kajian yang telah dijalankan oleh Persatuan Pendidikan Kanada (1995)menyatakan, salah satu krateria yang paling asas bagi sesebuah sekolah yangberprestasi tinggi adalah iklim psikososialnya. Pembelajaran akan lebih berkesandan mudah apabila persekitaran sosial sekolah adalah selamat, membantu sertaberfokuskan pembelajaran. Hubungan harmoni antara warga sekolah dapatmewujudkan suasana yang selesa, selamat dan tenteram. Ia sebenarnya merujukkepada keperluan emosi individu. Analoginya, jika kita berada dalam keadaan yangtidak selesa adakah kita dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja yangkita sedang lakukan.
2
.0.
2
Aspek Komunikasi
Kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkansuasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Ee Ah Meng, 1996). "Serulah(manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihatyang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya«.."(An-Nahl : 125). Ayat ini menyebut komunikasi yang baik merupakan sesuatuperkara yang penting dan sesuatu yang dituntut. Intipati ayat tersebut menunjukkanbahawa pentingnya berkomunikasi secara bijaksana dan berhikmah dalam membinakefahaman murid. Ia juga memberi impak kepada proses pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah serta luar bilik darjah.Kita tidak mahu salah faham dan kecelaruan murid dalam menerima ilmusekiranya komunikasi yang tidak berkesan berlaku. Sebagai contoh, guru memintamurid-murid melakukan tugasan untuk hari ini, namun cara penyampaian guru hanyadapat didengari oleh pelajar yang duduk berhampirannya. Jadi apabila perkarasedemikian berlaku akan adalah murid ±murid yang melakukan kesilapan atas sebabkelemahan guru dalam menyampaikan maklumat. Jadi begitu pentingnya guru dalammempraktikkan komunikasi yang baik agar dapat membantu murid dalam memahamiilmu yang dipelajari.
 
3
 
2
.0.3 Aspek Interaksi
Interaksi yang berkesan juga penting dalam membina iklim sosial yang baikdalam diri murid. Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawafaktor percakapan dan panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungandan interaksi guru murid dalam bilik darjah. Guru yang bercakap dengan penuhbertenaga, sebutan yang tepat, jelas, berintonasi serta suara yang menarik lebihcepat menerima respon daripada murid, lebih-lebih lagi apabila diucap dengantatabahasa yang betul dan tersusun. Justeru, guru juga perlu menguasai kemahiranberinteraksi dengan baik agar hubungan dengan murid berkesan.Menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain sepertimotivasi, penggunaan sumber, aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang kearah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Namun demikian, satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapaimatlamat yang dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiridalam beberapa perkara yang disarankan. Antaranya, guru harus sedar akanmasalah murid-murinya secara individu.Selain itu guru juga harus menguasaikurikulum dan teknik pengajaran.Malah, guru juga perlu bermuhasabah bagi menilaipengajaran sendiri dan guru juga perlu meluaskan pengetahuan serta kemahiran.
2
.0.4 Aspek Kemesraan
Seterusnya ialah kemesraan yang perlu wujud bagi membentuk suasanasekolah yang selesa serta ceria. "Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamuberlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhatikasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu"(Al-'Imran : 159). Dariperspektif seorang guru yang mesra serta mudah bertolak ansur merupakan satusikap yang sangat disukai pelajar. Namun, masih perlu dikawal agar tidak menjadiperkara yang sebaliknya. Guru itu tidak sepatutnya untuk ditakuti tapi patutdihormati.Melalui pembinaan sahsiah guru serta emosi yang stabil maka, murid akandapat berada dalam satu zon selamat sepanjang proses pengajaran danpembelajaran.

Activity (13)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Nadia Natra liked this
Susana Khusaini liked this
ramanan70 liked this
aineda_green liked this
armanpkn liked this
Aida Samsuri liked this
Teng Yiang Niang liked this
Siti Rafidah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->