You are on page 1of 11

BAB 4

PERSPEKTIF PEMIKIRAN DAN TEORI KUASA


DAN POLITIK DALAM PENGURUSAN ORGANISASI

PENGENALAN

Organisasi merupakan satu sistem yang rasional dengan matlamat yang telah
ditetapkan. Proses pengurusan organisasi dikuasai oleh proses membuat
keputusan. Ahli-ahli dalam organisasi telah ditetapkan dengan fungsi tertentu melalui
peraturan dan undang-undang. Strukturnya diselaraskan dengan persekitaran
teknologi dan bersesuaian dengan kepakaran ahli-ahlinya.

Perspektif perhubungan manusia melihat organisasi mengarah kepada sistem


yang rasional dan menumpukan terhadap had dan kesukaran individu dalam
melaksanakan autoriti. Tumpuan pemikiran pula adalah terhadap perbezaan dan
ketidaksamaan antara kehendak organisasi dengan kehendak individu. Perspektif
struktur melihat konflik antara individu dengan organisasi sebagai tidak rasional.
Persamaan antara perspektif perhubungan manusia, tumpuan pemikiran dan
perspektif strukur adalah tidak menitikberatkan isu-isu kekurangan sumber dan
kuasa dalam organisasi yang menjadi rebutan dan ancaman terhadap kestabilan
struktur organisasi.

Perspektif kuasa dan politik melihat organisasi sebagai satu pergolakan,


berkembang dan dipenuhi dengan arena perebutan kuasa yang melibatkan pelbagai
gabungan, kumpulan dan puak. Perspektif kuasa dan politik menganggap konflik
dan perebutan kuasa sebagai satu kebiasaan dalam organisasi dan sebagai proses
utama sosial dalam organisasi. Fokus terhadap sistem autoriti terutamanya hak
membuat keputusan yang dikawal oleh golongan tertentu.

4.1 ANDAIAN – ANDAIAN

Terdapat andaian sebagai asas pemikiran dan teori :

1. Sumber jarang-jarang mencukupi dalam organisasi.


- Terdapat isu dalam menentukan bagaimana sumber dibahagikan dalam
pengurusan organisasi.
2. Organisasi merupakan gabungan pelbagai individu dan kumpulan dengan
hierarki yang berbeza-beza.
- Kedudukan, profesionalisme dan kepakaran ahli dalam organisasi adalah
berbeza. Ini menimbulkan konflik dan pertentangan bagi menjamin
kepentingan masing-masing kerana perbezaan hasrat dan matlamat
hierarki ini dalam organisasi.

-1-
3. Individu yang menganggotai organisasi mempunyai perbezaan nilai,
kehendak, kepercayaan, matlamat dan tanggapan terhadap realiti sebenar.
- Tiap-tiap kumpulan mempertahankan kepentingan masing-masing dalam
proses membuat keputusan.
- Perubahan untuk mencapai matlamat tertentu sukar dilakukan tanpa
melalui proses tolak ansur dan tawar-menawar.
4. Organisasi membuat keputusan atau menggubal matlamat dengan cara
perundingan, tolak ansur dan tawar menawar supaya kedudukan tiap-tiap
ahlinya dalam keadaan terjamin dan tidak terancam.

4.2 CIRI – CIRI ORGANISASI

Mengikut perspektif kuasa dan politik, organisasi mempunyai beberapa ciri tertentu :
1. Gabungan dalam Organisasi
- Teori tradisi melihat organisasi sebagai satu kesatuan yang mempunyai
matlamat yang jelas. Matlamat dibentuk oleh pihak atasan setelah
dipersetujui oleh keseluruhan ahli organisasi tersebut.
2. Ciri Perebutan Kuasa dalam Proses Membuat Keputusan
- Proses membuat keputusan adalah usaha untuk menyelesaikan konflik di
samping memenuhi kehendak tiap-tiap ahli.
3. Konflik dalam Organisasi
- Konflik dalam organisasi adalah semulajadi dan tidak dapat dielakkan.
- Punca konflik dalam organisasi disebabkan perkara seperti pembahagian
sumber yang terhad, terlampau banyak kenaikan pangkat di peringkat
atasan atau segelintir pegawai sahaja diberi keistimewaan dalam
membuat keputusan.
- Kajian tentang konflik dalam organisasi dibahagikan kepada tiga kumpulan
teori iaitu teori permainan, teori tawar-menawar dan teori pembentukan
gabungan.
- Teori Permainan merupakan satu set idea apabila digunakan oleh satu
pihak akan mengakibatkan kerugian atau keuntungan kepada pihak yang
lain.
- Teori Tawar-Menawar telah banyak dikaji contohnya Boulding (1962),
Schelling (1960), Dentsch (1973) dan Rubin dan Brown (1975) kerana
teori ini seringkali digunakan dalam perundingan antarabangsa dan
perniagaan. Tawar – menawar merupakan isu utama dalam proses
membuat keputusan mengikut perspektif ahli-ahli teori ini dan sering
berlaku kerana terpengaruh oleh kepentingan kuasa dan politik.
- Teori Pembentukan Gabungan adalah satu strategi yang dilakukan untuk
menyelesaikan konflik dalam pengurusan organisasi dan sebagai langkah
untuk memperoleh kuasa yang lebih. Gabungan dibentuk apabila sumber
yang ada di kalangan pihak yang bersaing tidak mencukupi bagi
memastikan pihak berkenaan akan memperoleh kemenangan.

-2-
4.3 PEMIKIRAN AWAL TENTANG KUASA DAN POLITIK DALAM
PENGURUSAN ORGANISASI

Dalam membincangkan pengurusan organisasi, terdapat 2 orang ahli pemikir yang


membicarakan pemikiran awal tentang kuasa dan politik dalam organisasi iaitu:
a) Nicholo Machiavelli – The Prince
b) Phillip Selznick – TVA

Nicholo Machiavelli – The Prince


Beliau merupakan seorang ahli pemikiran politik dari Itali pada abad ke 15
yang mula-mula melihat penggunaan atau pembabitan kuasa dan politik dalam
pengurusan pemerintahan secara terperinci, berdasarkan Buku II Principe yang
ditulis oleh beliau. Asas pemikiran beliau terhadap penggunaan kuasa dalam
pengurusan pemerintahan bertitik tolak daripada pandangannya bahawa manusia
sememangnya bersikap jahat dan bermoral rendah.
Berdasarkan penjelasan oleh Machiavelli, penggunaan kuasa dalam
organisasi pemerintahan ialah rakyat jelata mudah dibohongi dan dimanipulasi
sokongan mereka menerusi daya tarikan dan pujukan penguasa. Rakyat mudah
diyakini jika membuktikan bahawa penguasaan mempunyai kekuasaan yang kuat.
Disebabkan ini, maka organisasi pemerintah memerlukan kekuatan sebagai unsur
pelengkap dan paling penting dalam politik pemerintahan.
Oleh yang demikian atas kepentingan kekuasaan, politik dan moral bukan
merupakan dua bidang yang terpisah dan tidak ada hubung kait antara satu dengan
lain. Dalam penguasaan pemerintahan, politik kuasa diutamakan dan tidak ada
tempat untuk membicarakan masalah moral kerana yang dipentingkan ialah
bagaimana meraih kejayaan dengan memegang kekuasaan. Pengurusan
pemerintahan yang cekap han lahir daripada motif politik untuk menguatkan dan
meluaskan kuasa.

Phillip Selznick dan Tennessee Valley Authority(TVA)


Kajiannya tertumpu terhadap isu-isu bagaimana matlamat asal program TVA
itu telah berubah, bertukar daripada matlamat asal dan disesuaikan dengan
kepentingan pihak berkuasa tempatan yang terlibat melaksanakan program tersebut.
Selain itu juga kajian ini tertumpu terhadap perebutan kuasa dan kepentingan
antara agensi yang terlibat dalam perencanaan dan pelaksaan program
pembangunan di Lembah Sungai Tennesse.
TVA adalah sebuah agensi Persekutuan yang ditubuhkan untuk mengawal
banjir, sistem pengangkutan dan penjanaan kuasa elektrik di selatan Sungai
Tennesse dan anak-anak sungainya. Walaupun program TVA terjejas disebabkan
oleh kuasa kawalan yang kuat di kalangan pihak berkuasa tempatan berbanding
kerajaan pusat. Ia sedikit sebanyak telah membuka lembaran baru berkenaan
pengurusan organisasi iaitu penggunaan kuasa serta penyesuaiannya dengan
persekitaran politik dalam pengurusan supaya organisasi terus terjamin.

-3-
Selznick menghuraikan peranan kepimpinan secara mendalam sebagai
usaha untuk menstabilkan pengurusan organisasi menjadi institusi yang ahli-ahlinya
mencurahkan taat setia mereka. Selznick membezakan dua jenis organisasi,
pertama, organisasi yang mementingkan proses pentadbiran. Kedua, organisasi
yang aktivitinya tertumpu kepada proses penginstitusian iaitu perkembangan organik
yang bertujuan untuk disesuaikan dengan kehendak dalaman dan nilai yang
terdapat dipersekitaran luar.
Perbezaan antara organisasi dan institusi dapat dijelaskan dalam jadual 4.2.

Perbezaan antara Organisasi dengan Institusi


BIL. ORGANISASI INSTITUSI
1 Ketat dan mempunyai sumber Organisasi Institusi sebagai
nilai ahli-ahli dalam organisasi sebagai alat: satu sebuah politik
alat yang rasional yang nekad
dan teknik. dengan tujuan
Organisasi dan identity yang
dikendalikan oleh jelas untuk
juruteknik memenuhi
kepentingan dan
hasrat ahli-ahli
2 Boleh ubah dan sumber nilai Organisasi yang Institusi yag dapat
daripada masyarakat luar longgar dengan menyesuaikan
kepimpinan tidak dengan kehendak
mempunyai dan nilai
matlamat yang masyarakat
jelas. Kepimpinan
bersifat
opportunism

Kesimpulannya, kepentingan pemikiran Selznick dalam perkembangan teori


pengurusan ialah melihat ciri-ciri politik dan kuasa sebagai faktor utama
mempengaruhi pengurusan sesebuah organisasi. Kepimpinan adalah penting
sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah konflik kuasa dan politik serta
mengawal arah perjalanan sesebuah organisasi.

4.4 GOLONGAN TEORI PERMAINAN DALAM PENGURUSAN ORGANISASI

Ahli-ahli teori menyarankan bahawa konflik merupakan proses utama sosial


yang mempengaruhi matlamat serta pembuatan keputusan. Berdasarkan kepada
ahli teori Pfeffer dan Salancik, menegaskan bahawa sumber adalah faktor utama
yang menentukan kuasa pihak pengurusan, terutamanya dikalangan eksekutif.
Keberkesanan organisasi menggemblengkan kuasa dan politik dalam organisasi
menggemblingkan kuasa dan politik dalam organisasi sebenarnya ditentukan
setakat mana organisasi itu berjaya membina satu institusi eksekutif yang kukuh

-4-
untuk mengawal ketakpastian kewujudan sumber yang terdapat dalam persekitaran
luar organisasi tersebut.
Ahli teori seterusnya ialah Michel Crozier yang mana beliau tertarik dengan
model birokrasi yang diperkenalkan oleh Max Weber yang mengemukakan
pemikirannya bagaimana kuasa danpolitik dapat dijadikan sebagai satu permainan
untuk mengukuhkan struktur pengurusan organisasi. Beliau mempamerkan
beberapa strategi demi memastikan pengurusan organisasi melalui pembabitan dan
tindakan kuasa dan politik. Crozier juga menyarankan bahawa konflik dan
pergelutan kuasa dalam organisasi bukanlah satu gejala yang negetif. Sebaliknya,
konflik dan pergelutan kuasa merupakan satu syarat atau gejala yang positif kea rah
perubahan dan pembaharuan dalam pengurusan organisasi.

Manakala Tannembaum juga menumpukan perhatian kepada hierrarki


struktur kuasa dalam pengurusan, terutamanya soal sistem kawalan. Dalam usaha
mengekalkan kuasa, pihak pengurusan tidak boleh permainan hasil tambah sifar
dengan beranggapan bahawa mereka akan dapat menguasai pengurusan secara
mutlak kerana ini akan menimbulkan tentangan daripada pihak bawahan.
Tannembaum menyarankan bahawa pemegangan kuasa pengurusan tidak
seharusnya tertumpu kepada pihak pengurus atasan sahaja. Sebaliknya beliau
menyarankan perluasan kuasa secara menyeluruh kepada semua ahli dan tahap
hierarki organisasi tersebut. Oleh demikian beliau tidak mempercayai pengurusan
kuasa secara terus dari atas hingga ke bawah.

4.5 TEORI PELAKSANAAN DASAR

Bermula tahun 1960, tidak kira di negara-negara dunia pertama atau ketiga,
pembangunan merupakan isu utama yang selalu dititik-beratkan bagi memastikan
taraf ekonomi dan sosial berada di tahap yang sepatutnya. Sebagai contohnya di
Amerika Syarikat, di zaman pemerintahan Lyndon Johnson melalui program The
Great Society telahpun dilancarkan yang melibatkan semua jentera kerajaan untuk
menjayakan program tersebut. Begitu juga di negara-negara dunia ketiga yang lain
turut melaksanakan program pembangunan yang seumpamanya bagi memastikan
taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan dengan bantuan dari Bank Dunia. Oleh itu,
untuk memastikan pelaksanaan program tersebut berhasil maka, organisasi dan
jentera kerajaan hendaklah memainkan peranan yang terpenting sekali.

Namun begitu, kebanyakan program-program tersebut mengalami kegagalan


untuk dilaksanakan sepenuhnya dan ada yang terbengkalai separuh jalan sahaja. Ini
adalah kerana terdapat perbezaan dari segi matlamat, skop dan haluan program
telah berubah dari yang asalnya (Grindle, 1965; Waterston, 1965). Kajian telah
mendapati punca utama kegagalan tersebut adalah disebabkan oleh kelemahan dan
pertentangan yang wujud serta penglibatan kuasa luar yang telah menyebabkan
matlamat bagi program-program tersebut gagal untuk dilaksanakan dengan jayanya.

-5-
Selain itu, karenah birokrasi yang terlampau cerewet dan ketat juga merupakan
antara penyebab perkara tersebut terjadi.

Di sini, timbul pertanyaan mengapakah sesuatu program yang mendapat


pembiayaan yang mencukupi dan mendapat sokongan padu oleh jentera kerajaan
juga gagal untuk dilaksanakan?. Sehubungan dengan itu, Selznick, 1930-an telah
membuat kajian terhadap satu program yang telah dijalankan oleh kerajaan Amerika
Syarikat iaitu Projek Tannesee Valley Authority (TVA) yang juga telah mengalami
kegagalan. Beliau telah mendapati bahawa faktor utama yang menyebabkan
kegagalan tersebut adalah kerana perebutan dan pembabitan kuasa dan politik yang
wujud di dalam organisasi tersebut.

Pressman dan Wildavsky: “Pelaksanaan sebagai Satu Pengemblengan Politik”

Pada tahun 1973, Pressman dan Wildavsky telah mengkaji program


Economic Development Administration (EDA) di Auckland, California yang bertujuan
untuk meningkatkan taraf ekonomi dan mengurangkan kadar pengangguran yang
juga telah mengalami kegagalan dan terbengkalai. Sehubungan dengan itu, mereka
telah membuat kesimpulan bahawa kegagalan tersebut adalah disebabkan oleh
pertentangan kuasa serta pembabitan dan campur tangan politik oleh pihak-pihak
tertentu telah menimbulkan masalah yang rumit di antara semua agensi yang terlibat
seterusnya menyebabkan semua program yang dirancang telah mengalami
kegagalan walaupun mendapat sokongan dana yang mencukupi.

Antara lain penyebab utama kegagalan dalam organisasi EDA adalah


disebabkan oleh tekanan politik dan pengaruh dari pelbagai agensi berlainan yang
terlibat di dalam pelaksanaanya. Ini kerana, agensi-agensi tersebut mempunyai
perspektif yang tersendiri dan berkepentingan secara peribadi. Mereka telah
mensasarkan matlamat, cara dan operasi secara sendiri maka, konflik dan
pertentangan kuasa telah mula wujud di antara agensi-agensi tersebut. Dengan itu,
faktor-faktor tersebut telah mengagalkan ke semua program yang telah dirancang.

Di antara faktor-faktor yang mewujudkan konflik kepentingan dan perebutan


kuasa adalah:

i) Ketidaksesuaian dengan perjanjian di dalam organsisasi tersebut.


ii) Wujudnya kepentingan yang berbeza.
iii) Terlampau bergantung kepada agensi lain.
iv) Perbezaan pendapat berkenaan kepimpinan dan peranan agensi.
v) Perbezaan peraturan dan pandangan antara agensi terlibat.

-6-
Eugene Bardach, 1978: “Perlaksanaan sebagai Satu Permainan Politik”

Selain itu, Eugene Bardach, 1978 pula telah meluaskan lagi konsep
pelaksanaan yang telah dipelopori oleh Pressman dan Wildavsky di mana
pelaksanaan dasar dan program sebagai suatu proses yang diseliputi oleh
permainan politik dan pertentangan kuasa. Sehubungan dengan itu, bagi
memastikan pelaksanaan dasar yang baik di institut atau organisasi, maka perlulah
wujudnya suatu hubungan yang rapat dan tindak balas baik dengan semua keadaan
samada di dalam bidang politik, organisasi ataupun teknik. Organisasi juga perlulah
boleh mengubah, merombak atau memperbaharui sistem yang sedia ada supaya
segala-galanya berjalan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

Di antara beberapa strategi untuk menghadapi permasalahan tersebut adalah:

i) Menghadapi tekanan politik.


ii) Mengembleng persetujuan.
iii) Melahirkan proses kawalan pentadbiran.
iv) Mewujudkan proses tawar menawar.
v) Mengawal ahli dan sumber.

Donald Warwick: Model Transaksi

Model Transaksi yang telah diperkenalkan oleh Donald Warwick (1977, 1980,
1982) juga telah digunakan untuk mengkaji perencanaan dan pelaksanaan di negara
membangun. Model ini adalah berkenaan dengan peranan dan fungsi organisasi
yang penting dan peka terhadap unsur perilaku, konteks, isu dan politik yang wujud.
Model ini mempunyai 3 aspek utama iaitu:

i) Mencapai kejayaan yang disasarkan berdasarkan matlamat yang


disasarkan.
ii) Usaha yang dilakukan adalah untuk mencari jalan penyelesaian melalui
tolak
ansur.
iii) Tumpuan pengurusan organisasi adalah terhadap hubungan antara dasar,
pelaku dan unsur di dalam persekitaran.

Tumpuan pengurusan organisasi yang baik pula seharusnya menyelesaikan 3 aspek


utama iaitu:

i) Bergerak ke arah pencapaian hasil yang baik.


ii) Bergerak melalui proses perundingan dan taktik untuk menyelesaikan
masalah penting.
iii) Bergerak dengan cara menyelesaikan masalah politik dan kuasa.

-7-
Selain itu, Persekitaran Warwick juga mendapati bahawa, karenah birokratik
yang terlampau ketat dan kompleks telah mewujudkan perbalahan dan pertentangan
di dalam organisasi atau di antara yang terlibat.

Sebagai kesimpulannya, keberkesanan pengurusan organisasi adalah


ditentukan oleh keupayaan sesuatu organisasi dalam mengembleng tenaga kuasa
dan politik yang sentiasa bergolak untuk member faedah kepada organisasi secara
khususnya.

4.6 STRATEGI PENGUKUHAN PENGURUSAN ORGANISASI MELALUI


TINDAKAN KUASA DAN POLITIK

Dalam membincangkan bab ini, banyak cara boleh diguna pakai sebagai
strategi. Jika kita berpandukan kepada teori rasional dan struktur maka, tumpuan
adalah kepada matlamat sistem, fungsi, tugas dan bagaimana sistem organisasi
distrukturkan supaya selaras dengan kehendak ahli-ahlinya. Namun begitu, jika
menggunakan perspektif pemikiran sebagai asas strategi pula, maka tumpuan
adalah terhadap peningkatan kerjasama, proses pembelajaran, iklim kerja dalam
membuat keputusan yang memfokuskan kepada pengurangan konflik antara
individu dan organisasi.

Selain itu, pendekatan melalui kuasa dan politik pula menyarankan bahawa
proses kepentingan peribadi dan penguasaan kuasa merupakan asas pengurusan
organisasi. Dalam realiti sebenar, mengikut perspektif pemikiran dan teori politik,
perubahan dan pertentangan akan sering berlaku dari segi perimbangan kuasa
hingga mencetuskan perubahan dalam organisasi tersebut. Oleh itu, pengurusan
yang ingin membawa perubahan dalam organisasinya perlulah mampu untuk
menguasai dan mengembleng kuasa terlebih dahulu, di samping bersedia
menghadapi cabaran, konflik dan pertentangan dalam melaksanakan perubahan
tersebut.

4.7 PENDEKATAN UNTUK PERUBAHAN DENGAN PEMBAHARUAN


PENGURUSAN ORGANISASI

Menurut Gamson (1961-1968) terdapat golongan yang menentukan


perubahan dalam organisasi, iaitu:-
a. Kumpulan autoriti di peringkat atas hierarki organisasi
b. Kumpulan pemihak di peringkat bawah hierarki organisasi

Terdapat dua arah perubahan boleh berlaku dalam pengurusan organisasi,


iaitu:-
a. Perubahan Dari Bawah Ke Atas

-8-
o Melalui mobilisasi kepentingan ahli-ahli di peringkat bawah yang
mendesak pihak atasan supaya mereka melakukan perubahan dalam
organisasi.
o Contohnya persatuan pekerja yang mendesak pihak pengurusan
supaya meningkatkan kebajikan kaum pekerja malului tindakan tunjuk
perasaan, baikot, protes ataupun mogok.
o Pihak atasan pula menentang dengan menggunakan pelbagai
mekanisme social, peraturan, undang-undang, tindakan mahkamah,
pembuangan pekerja dan menggunakan polis untuk mematahkan
demonstrasi.
o Menurut rekod strategi ini banyak menemui kegagalan kerana pihak
atasan enggan melayani tuntutan pihak bawahan seperti kata pepatah
“kalau hendak pembaharuan, perlu pihak atasan melakukannya
terlebih dahulu” ataupun slogan “Kepimpinan Melalui Teladan”.

b. Perubahan Dari Atas Ke Bawah


o Bergantung kepada kebolehan dan kemampuan pihak atasan
mempengaruhi atau menguasai pihak bawahan supaya menerima
perubahan yang dirancang di dalam organisasi.
o Contohnya, pihak pentadbiran daerah mengetahui wujudnya
peruntukan persekutuan untuk pembangunan pendidikan daerah.
o Kumpulan pentadbir daerah ini merancang kertas kerja secara tergesa-
gesa kerana kesuntukan masa untuk menepati tarikh tutup.
o Apabila peruntukan tersebut diluluskan oleh kerajaan persekutuan dan
seterusnya diperingkat perlaksaan menerima bantahan dan kritikan
dari kaum guru kerana mereka tidak diajak berbincang terlebih dahulu
semasa mengemukakan kertas cadangan itu.

Politik Rekabentuk Organisasi

Disebabkan kelemahan yang terdapat dalam kedua-dua strategi di atas,maka


beberapa ahli teori organisasi seperti Galbraith (1973), Mintzberg (1979) dan
Lawrence de Lorsch (1967) telah mengemukakan beberapa strategi merekabentuk
pengurusan organisasi. Di antara strategi tersebut adalah :-

a. Teori Luar Jangkan


o Struktur organisasi yang baik perlu selaras dengan matlamat asas
organisasi di mana struktur organisasinya boleh ubah dan kurang
birokratik. Lebih kepada bersifat perhubungan kemanusiaan dan
bertimbang rasa

b. Teori Perspektif Politik [Pfeffer 1978]

-9-
o Menitikberatkan proses politik dalam menstrukturkan pengurusan
organisasi seperti melantik wakil pekerja dalam lembaga pengarah dan
wakil tersebut diberi peluang dalam proses membuat keputusan selain
itu wakil pekerja tersebut akan memahami masalah pengurusan.
o Menyentuh 2 strategi yang sering digunakan oleh pihak pengurusan
untuk meredakan konflik yang timbul.
1. Strategi pengurusan berpenyertaan dan penyamaan kuasa dalam
proses membuat keputusan.
2. Strategi pilih lantik dilakukan apabila dirasakan bahawa penyertaan
tidak dapat menjamin kesetiaan pekerja.

4.8 KESIMPULAN: KEKUATAN DAN KELEMAHAN PERSPEKTIF POLITIK

Kekuatan Perspektif Politik


o Machiavelli yang menyarankan bahawa pengurusan pemerintahan
sebenarnya dikuasai oleh motif kuasa dan politik.
o Keberkesanan organisasi melaksanakan program sebenarnya
ditentukan oleh setakat mana pengurusan organisasi berupaya
mengemblengkan kuasa politik bagi memperolehi sokongan yang kuat
dari awal peringkat perencanaan sehingga ke peringkat pelaksanaan.
o Alinsky (1971) mengatakan pendekatan politik dan kuasa adalah
strategi yang paling realistic dan rasional untuk menyelesaikan
masalah pengurusan organisasi.

Kelemahan Perspektif Politik


o Bolman dan Deal (1984) mengatakan Perspektif kuasa dan politik
terlampau memberi tumpuan terhadap isu politik sehingga
mengetepikan pendekatan lain, seperti rasional dan struktur.
o Perspektif politik ini dianggap sinis dan pesimis.
o Perspektif ini terlampau menonjol kepentingan pengaruh konflik,
sebaliknya menhurangkan peranan kerjasama dan perhubungan.

SOALAN-SOALAN (BAB 4)

1. Nyatakan apakah punca-punca utama yang menyebabkan berlakunya


kegagalan di dalam beberapa program pembangunan yang dirancangkan
dengan rapi di dalam sesuatu organisasi?.
2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pertembungan dan perebutan kuasa
di dalam sesuatu institut atau organisasi?.
3. Huraikan jenis-jenis pendekatan untuk perubahan dan pembaruan dalam
pengurusan organisasi?.
4. Nyatakan kekuatan dan kelemahan perspektif politik dalam pengurusan
organisasi?.

-10-
5. Apakah andaian-andaian yang digunakan sebagai asas pemikiran dan teori?.

-11-

You might also like