You are on page 1of 2

http://tankantsai.blogspot.com/2010/01/isl1bmm3103-pentaksiran-pengujian-dan.

html

ISL1_BMM3103 (Pentaksiran, Pengujian, Pengukuran dan


Penilaian)
Konsep Pentaksiran

Menurut Popham (2000), istilah-istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara
bersilih ganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan
berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran yang merupakan sebahagian
daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajara bagi sesuatu
tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentasiran dinyatakan dalam
bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayaan untuk memastikan keadilan kepada
pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Konsep Pengujian

Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu
dijawab, atau satu set instrumen bersama atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur
sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970):

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu dan menjelaskannya dengan bentuan skala bernombor atau satu sistem yang
berkategori.”

Menurut Milagros 1981:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid
di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan . Maklumat yang diperoleh daripadanya akan
dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan” (Raminah 1991:2)

Langkah melaksanakan pengujian

1. Perlaksanaan
2. Pentadbiran Ujian
3. Pemeriksaan Skrip Jawapan

Konsep Pengukuran

Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak
mana individu/ pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.
Dalam erti kata lain, pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu
memiliki ciri-ciri tertentu. Pengukuran diwakili dengan angka kepada prestasi seseorang individu
untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut.

Contohnya, Ramli mendapat 60% dalam ujian matematik, Kita tidak memberikan nilai kepada
ukuran tersebut sama ada baik atau tidak sebaliknya nilai tersebut diberikan dalam penilaian.
Pengukuran boleh dibuat melalui pemerhatian, pencerapan, temu bual dll.

Konsep Penilaian

Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam
memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al.
(1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating. Mencari dan memberikan
maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”. Gay (1985)
berpendapat bahawa:

“Penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”

Penilaian membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu
tercapai atau sebaliknya. Sebagai satu untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu
perkara.

Prosedur Penilaian

1. Persediaan ujian
2. Pentadbiran Ujian
3. Pemeriksaan Jawapan Ujian
4. Analisis Ujian
5. Intepretasi dan tindakan susulan

You might also like