You are on page 1of 114

PEKELILING-PEKELILING BERHUBUNG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1975: Ruj. KP8548/8/(67) Bertarikh 19 Ogos


1975
- Garis Panduan Untuk Mengenal/ Mengecamkan Orang Yang
Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah.

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1979: Ruj. KP(BS)8786-51/Jld.IV/(20) bertarikh


26 Mac 1979
- Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah
Yang Memerlukan Pertolongan

3. Surat Pekeliling Am Bil. I/1985: Ruj. PPAD(S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari


1985
- Program-Program Mencegah Dan Membasmi Kegiatan Penagihan
Dadah Di Agensi-agensi Kerajaan

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1986: Ruj. KP.(BS)8548/8/1/Jld.III/(13)


bertarikh 29 Disember 1986
- Penyalahgunaan Inhalan

5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988: Ruj.KP(BS)8591/Jld. III/(3) bertarikh 3


Februari 1988
- Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam
sekolah Menengah (SLAD)

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1992: Ruj. KP(BS)8591/Jld.VII/13 bertarikh 27


Julai 1992
- Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di sekolah-
sekolah.

7. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS)8548/23/C/(5) bertarikh


27 April 1995
- Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah Di Sekolah Rendah
Dan Menengah

8. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj.KP(BS/HEP) 8543/064(36)


bertarikh 24 Julai 1998
- Ujian Urin Pelajar Sekolah

9. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS/HEP) 8543/0113/(47)


bertarikh 27 Ogos 1998
- Analisis Pelajar/Guru/Pekerja Yang Terlibat Dengan Dadah/Inhalan/Ubat
Batuk (Borang ADIUB 1A)

10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. I/1979 Ruj. KP(BS)8548/4/Jld.IX/(1) bertarikh 27


Januari 1979
- Senarai Tugas-tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah

11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Ruj. KP(BS)8591/Jld.II(29) bertarikh 2


Januari 1985
- Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah
SURAT- SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI DISIPLIN PELAJAR

1. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/1968.


Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 September 1968.
- Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan
Curang.

2. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968.


Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968.
- Tatatertib di Sekolah-sekolah.

3. Tambahan Kepada Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’


Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/68 dan 8/68

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75)


bertarikh 5 September 1975.
- Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok

5. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975.


Ruj.KP.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975.
- Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru
Besar.

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.9/1975.


Ruj.KP.8543/Vol.2(5) bertarikh 4 November 1975.
- Disiplin Di Sekolah - Peraturan –peraturan Sekolah Untuk Murid-murid

7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975


- Perkara-perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat

8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983.


Ruj.KP(BS)8591/Jld.ll/(17) bertarikh 7hb November 1983.
- Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan
Perbuatan Salahlaku Yang Tidak DinyatakanDalam Peraturan-peraturan
Pelajaran.

9. Lampiran - Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah

10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983


- Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di sekolah-sekolah

11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986


- Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah

12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995


- Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman
Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah

13. Surat pekeliling ikhtisas bil.4/1997:


- Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok
14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1997:
- Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

15. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983


- Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid
Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak
Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran

KOLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS TAHUN 2001 – 2002

1. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001


- Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah

2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001


- Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

3. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001


- Semua Guru Adalah Guru Disiplin

4. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002


- Pelaksanaan Program Sekolah Selamat

SURAT- SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI DISIPLIN PELAJAR

1. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/1968.


Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 September 1968.
- Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan
Curang.

2. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968.


Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968.
- Tatatertib di Sekolah-sekolah.

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75)


bertarikh 5 September 1975.
- Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975.


Ruj.KP.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975.
- Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar.
KOLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS TAHUN 2001 – 2002

1. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001


Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah

2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001


Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

3. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001


Semua Guru Adalah Guru Disiplin

4. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002


Pelaksanaan Program Sekolah Selamat
Garis Panduan Untuk Mengenal/Mengecamkan Orang Yang Menggunakan Atau
Menyalahgunakan Dadah.

I. Pendahuluan

Seorang pengguna dadah akan mencuba seberapa boleh untuk menyembunyikan


tabiatnya. Oleh itu adalah mustahak untuk mengenal tanda-tanda luar dan gejala-gejala
salahguna dadah yang mungkin terdapat pada dirinya. Seseorang itu hendaklah bersedia
mengenali tanda-tanda itu, tetapi adalah mustahak menyedari iaitu masalah dadah itu
adalah sangat kusut hinggakan kadangkala pakar-pakar juga mengalami kerumitan
membuat diagnosa yang tepat. Oleh itu adalah penting kita tidak membuat tindakan
bersendirian kerana ini mungkin akan menyebabkan tuduhan yang salah terhadap
seorang yang tidak bersalah. Ini bermakna kita perlu berhati-hati sebelum membuat
keputusan yang seseorang itu disyaki menyalahgunakan dadah. Kita hendaklah
dapatkan nasihat dan bantuan pakar ikhtisas seperti dari berbagai agensi yang terlibat
dengan masalah-masalah dadah dan juga doktor-doktor.

2. Adalah perlu diingati iaitu seseorang itu mungkin ada sebab-sebab sah yang ia
mempunyai alat penyuntik (mungkin ia seorang pesakit kencing manis) atau mempunyai
tablet dan kapsul (mungkin di bawah arahan doktor). Mempunyai mata yang berair dan
hidung berair mungkin disebakan oleh demam selsema atau kerana alergi (allergy) dan
tidak semestinya kerana dadah. Begitu juga kelakuan yang luar biasa atau aneh mungkin
tiadak kaitan dengan penggunaan dadah.

3. Dadah-dadah selain dari jenis narkotik (narcoties) boleh menyebabkan ketagihan.


Ada orang yang mendapat ketagihan ubat pelena (sedatives) dan ubat pelali
(tranquilizers). Ubat perangsang (stimulants) jika digunakan dengan dos yang banyak
adalah juga mendatangkan ketagihan.

4. Sebagaimana yang telah diterangkan di atas adalah sukar bagi kita untuk
mengetahui sama ada seseorang itu menggunakan atau menyalahgunakan dadah
dengan hanya melihat kedaan diri dan peribadinya pada ketika itu sahaja tanpa
mengetahui latar belakang atau tabiatnya sebelum peristiwa itu berlaku. Oleh kerana itu
maka pendapat atau pandangan seorang pakar atau doktor sangat dipentingkan
sebelum seseorang itu boleh dikatakan bergantung pada dadah (drug dependent) dan
butir-butir tepat (facts) adalah diperlukan sebelum mengesahkan seseorang itu telah
menyalahgunakan dadah. Walau bagaimanapun, kita pasti dapat melihat perubahan
kelakuan pada pengguna dadah itu.

II. Perubahan Kelakuan

Berikut ialah contoh tanda-tanda perubahan kelakuan yang mungkin terdapat


pada seseorang itu sekiranya ia menggunakan dadah atau bergantung pada dadah,
akan tetapi kita perlu juga beri pertimbangan dahulu sebelum membuat keputusan
kerana tanda-tanda ini mungkin disebabkan oleh kemiskinan perasaan tekanan yang
biasa dialami di zaman remaja dan lain-lain.
Kelakuan Seorang Pengguna Dadah Itu Berubah

DARIPADA KEPADA

i) siuman, rajin bercakap dan pendiam, fikiran bercelaru dan


suka menyatakan perasaan menjauhkan diri

ii) cergas, sihat dan penuh bertenaga cemas, kaku dan gelisah

iii) segak, yakin diri dan tabah hati tertekan, terharu dan berasa
bersalah

iv) suka menolong, menumpukan ragu-ragu, kerap lupa, pasif dan


perhatian penuh dan boleh diharap tidak bermaya

v) penuh kemahuan, cergas dan tidak ambil tahu, pasif dan tidak
bersemangat bermaya

vi) tidak berselindung, baik hati dan curiga-mencurigai, mengancam dan


percaya mempercayai tarasing

vii) riang gembira, memandang cerah di menyakiti hati, memandang gelap


masa hadapan/optimistic dan gerak di masa hadapan/pesimistik dan
geri menarik muram

III. Tanda-tanda Biasa Secara Am Bagi Penyalahgunaan Dadah Yang Terdapat


Pada Pengguna Inhalan:

i) Perubahan-perubahan dari segi kehadiran di sekolah atau tempat kerja.

ii) Perubahan dari kebolehan-kebolehan biasa (tabiat kerja, kecekapan dan lain-
lain).

ii) Perwatakan tidak kemas termasuklah pakaian dan kebersihan diri yang tidak
dipedulikan. (Tanda-tanda ini mungkin terdapat apabila seseorang itu telah
betul-betul ketagih dadah. Tanda-tanda ini mungkin tidak ada di peringkat-
peringkat awal).

iv) Berusaha seboleh-bolehnya menutup lengan untuk menyorokkan tanda-tanda


jarum.

v) Selalu ke bilik tandas dan kelakuannya berubah tiap-tiap kali ia berbuat


demikian.

vi) Bercampur dengan pengguna-pengguna dadah yang diketahui.

vii) Mencuri barang-barang yang boleh dijual dengan mudah untuk mendapatkan
wang (menampung tabiat dadah).
IV. Berikut ialah Tanda-tanda Yang Mungkin Terdapat Pada Orang Yang
Menyalahgunakan Dadah-Dadah Tertentu

a) Dadah Penenang (Despresents: - Barbiturates)

i) Seperti orang mabuk minuman keras/arak, tetapi nafasnya tanpa bau


arak.

ii) Berjalan terhoyong-hayang, tidak tetap atau ada kelihatan rupa


mabuk tetapi tanpa bau atau menggunakan arak.

iii) Tertidur ketika bekerja.

iv) Kelihatan tidak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan.

v) Pertuturan yang tidak terang.

vi) Mata hitam yang membesar.

vii) Susah untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu.

b) Dadah Perangsang (Stimulantst – Amphetamines Cocaine)

i) Seseorang itu mungkin nampak terlalu cergas, mudah marah, suka


Bertengkar atau takut.

ii) Menunjukkan keadaan terlalu riang, yuforia (euphoria) dan becok


mulut.

iii) Mata hitam membesar.

iv) Tanpa makan atau tidur untuk waktu yang panjang.

v) Tekanan darah atau kadar denyuatan nadi yang meninggi.

c) Narkotik (Candu Opium), Morfin (morphine), Heroin, Kodin (codeine)

i) Tanda parut (‘tracks’) dilengan atau di belakang tangan disebabkan


oleh suntikan dadah.

ii) Mata hitam mengecil dan tidak bergerak; mungkin ia membesar ketika
berlaku pengunduran dari dadah (withdrawal).

iii) Menggaru-garu tubuh badan dengan kerap.

iv) Hilang selera makan. Selalu makan gula-gula, kuih-kuih dan


minuman-minuman yang manis.

v) Mungkin hidung berair, mata merah dan berair dan batuk yang
menghilang apabila ia mendapat dadah(‘fix’).
vi) Pengguna kerapkali menyimpan alat suntikan. Sudu, kapas, jarum,
tutup botol, logam, alat memberi ubat dan beg plastik didalam laci atau
almarinya.

vii) Pengguna dadah menunjukkan gerak geri malas/letih, mengantuk dan


mungkin tersenggut-senggut (iaitu tidur dan jaga saling berganti).

viii) Ketika pengunduran berlaku, pengguna dadahmungkin berasa mual


dan muntah-muntah. Wajahnya berubah, selalu menguap dan otot-
ototnya bergerak-gerak adalah antara tanda-tanda yang biasa
teradapat pada dirinya.

d) Ganja(Marijuana – sejenis halucinojen (hallucinogen)

i) Di perigkat-peringkat awal penggunaan ganja, pengguna dadah itu


mungkin nampak cergas dengan percakapan dan gelak ketawa yang
cepat dan kuat. Di peringkat kemudiannya ia mungkin nampak
mengantuk.

ii) Mata hitamnya mungkin membesar dan matanya berwarna merah


saga.

iii) Pengamatannya tidak betul dan ia mengalami halusinasi


hallucination).

Pengguna ganja adalah susah untuk dikesan atau dikenali sekiranya


ia tidak sebenarnya di bawah pengaruh dadah iti, dan walaupun
demikian, ia mungkin dapat bekerja dengan baik. Dadah itu mungkin
mengubah pengamatannya dari segi masa dan ruang dan
menyebabkan berbahaya sekiranya ia memandu atau menjalankan
apa-apa jentera.

e) Dadah-Dadah Jenis Halisinojen Yang Lain


(LSD. Meskipun (mescaline) dan lain-lain)

i) Kelakuan dan perasaan hatinya berubah-ubah. Pengguna itu akan


duduk atau bersandar di satu tempat dengan senyap dalam keadaan
khayal ataupun nampak ketakutan atau terperanjat.

ii) Dibeberapa kes mata hitamnya membesar.

iii) Tekanan darah, kadar denyutan jantung dan kandungan gula dalam
darahnya adalah meningkat. (Ada di antara tanda ini hanya diketahui
oleh seorang doktor).

iv) Mungkin mengalami rasa mual, sejuk, wajahnya berubah, pernafasan


tak seimbang, berpeluh dan tanganya mengeletar.

v) Mungkin ada terdapat perubahan-perubahan dari segi deria


penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan masa. Seseorang yang
dipengaruhi oleh LSD akan membahayakan nyawanya sendiri dengan
kelakuan yang tak siuman seperti menganggap ia mempunyai kuasa
boleh terbang dan lain-lain. Biasanya pengguna LSD memerlukan
seorang sahabat untuk mengawal dan mengawasi dirinya ketika ia
menggunakan LSD untuk mengelakkan apa-apa kemalangan.
f) Menghidu Gum (Gula Sniffing)

Perbuatan ini jarang berlaku, akan tetapi penerangan tentang tanda-


tanda untuk mengenal pengguna dadah ini adalah penting
dimasukkan di sini supaya garis panduan ini menjadi komprehensif.

i) Bau barang yang dihidu iti adalah terdapat pada baju/pakaian dan
nafasnya.

ii) Keluaran air dan hingus dari hidung dengan berlebihan dan
matanya adalah berair juga.

iii) Kawalan ototnya adalah tidak baik (terhoyong-hayang) dalam


masa lima minit sesudah terdedah kepada barang itu.

iv) Rasa mengantuk atau rasa rasa tidak sedar diri.

v) Adanya beg-beg jenis kertas atau plastik kain perca mengandungi


gum palastik yang kering.

vi) Pertuturannya yang tidak terang.

vii) Nafas yang berbau busuk.

v. Penutup

Tanda-tanda untuk mengenali pengguna dadah yang diberi ini


bukanlah yang muktamat dan mungkin berbeza antara seorang
pengguna dengan yang lain mengikut keadaan-keadaan yang
mempengaruhi individu itu. Sinderoma (Syndrome) tanda-tanda yang
disenaraikan ini bukan sahaja berbeza antara individu bahkan
mungkin akan menjadi bertambah kusut pada kes-kes di mana
berbagai jenis dadah terlibat (Polydrugs Abuse) dan garis panduan ini
adalah bermaksud digunakan sebagai rujukan oleh guru-guru, Guru
Besar dan Ibu Bapa. Garis panduan am yang diberi ini hendaklah
dijadikan asas untuk tindakan rujukan dan untuk pengesahan oleh
seorang doktor sama ada seorang individu yang disyaki itu
belum/telah menggunakan dadah. Walau bagaimanapun masalah
penyalahgunaan dadah ini adalah masalah manusia di dalam satu
masyarakat yang kusut dan yang sentiasa mengalami perubahan,
maka garis panduan ini adalah penting untuk pengetahuan semua ahli
masyarakat yang bertanggungjawab.

t.t
(ABDULLAH BAKRI)
Ketua Unit Kesihatan
Bahagian Sekolah-Sekolah
Kementerian Pelajaran.
Surat Pekeliling Ikhtisas 2/1979

Laporan Murid-murid Dalam Keadaan Risiko


Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan

Saya adalah merujuk kepada surat Pekeliling Kementerian ini KP(BS) 8786-51 Jld.III(34)
bertarikh 27 hb. Jun 1978 mengenai Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah
di kalangan murid-murid di sekolah. Kerjasama tuan adalah diminta untuk mengarahkan
sekolah-sekolah di negeri tuan supaya meneruskan penghantaran laporan penggal kes-
kes penyalahgunaan dadah mengikut peraturan dan jadual seperti yang telah ditetapkan.

2. Oleh kerana didapati maklumkan tersebut adalah terhadap, iaitu hanya kes-kes
yang disahkan oleh doktor-doktor kerajaan sahaja yang dilaporkan dan memandangkan
keperluan untuk mengkaji kes-kes murid-murid yang dianggap berada di dalam keadaan
risiko penyalahgunaan dadah, maka adalah didapati perlu bagi sekolah-sekolah
membuat laporan tambahan di dalam borang yang dilampirkan bersama ini.

3. Bagi maksud surat Pekeliling Ikhtisas ini, murid-murid seperti yang yang di bawah
ini adalah dianggap sebagai berada di dalam keadaan risiko.

(a) Murid-murid yang mengakui sendiri bahawa ia adalah bergantung kepada


dadah.

(b) Murid-murid yang menerima rawatan/pemulihan daripada pihak-pihak


yang lain daripada agensi-agensi yang ditugaskan oleh Kerajaan
(Misalnya – Doktor Swasta, dukun/bomoh, Sinseh dan lain-lain).

(c) Murid-murid yang kerap kali ponteng dan yang disyaki terlibat dalam
penyalahgunaan dadah.

(d) Murid-murid yang ditangkap oleh pihak penguatkuasa atau pihak sekolah
kerana menpunyai dadah, walaupun belum disahkan oleh Doktor
Kerajaan.

(e) Murid-murid yang bercampur dengan kumpulan luar yang terlibat di dalam
kegiatan penyalahgunaan/pengedaran dadah dan ianya disyaki terlibat
sama.

(f) Lain-lain pengesahkan yang berkaitan dengan garis-garis tersebut di atas.

Guru Panduan adalah diingatkan bahawa adalah menjadi kebiasaan murid-murid yang
berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah ini selalunya mempunyai lebih
daripada satu tanda-tanda pengesahan, oleh yang demikian apabila mengisi ruangan ini
adalah dikehendaki mencatitkan dengan selengkap-lengkapnya.

4. Berkenaan dengan borang yang dilampirkan, ruangan rujukan ialah untuk


mencatitkan tindakan ikhtisas yang telah dijalankan oleh pihak sekolah mengenai kes-
kes tertentu (misalnya: kepada pegawai Kebajikan Masyarakat, Doktor-doktor
Kerajaan/Pakar Ilmu Jiwa, Pegawai Panduan Negeri dan lain-lain).

5. Tuan adalah diminta mengarahkan sekolah-sekolah menengah menengah di


negeri tuan supaya menyediakan laporan tersebut sebanyak tiga kali setahun mengikut
tarikh-tarikh yang ditetapkan di atas borang yang dilampirkan bersama.
6. Laporan itu hendaklan dihantar satu salinan kepada Unit Panduan & Kerjaya
Kementerian Pelajaran dan satu salinan kepada Pengelola Panduan Negeri pada tiap-
tiap penggal untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

Sekian untuk makluman tuan.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

tt

(SYED ABU BAKAR BARAKBAH)


Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.
SULIT MURID-MURID DALAM KEADAAN RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH
YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN

NAMA & ALAMAT SEKOLAH : LAPORAN PENGGAL I (I/I-30/4/19.........)


II (1/5-31/8/19.......)
............................................................................ III (1/9-31/12/19.....)

............................................................................

Jantina Keturunan Tindakan


Ting- Keadaan Tindakan Yang Rujukan Yang Selanjutnya
Bil. Nama Murid Umur
katan L P M C I Risiko Telah Diambil Telah Dibuat Yang
Diperlukan

NOTA
Lapuran Penggal I hendaklah dihantar sebelum 14hb. Mei
Lapuran Penggal II hendaklah dihantar sebelum 10hb. September
Lapuran Penggal III hendaklah dihantar sebelum 14hb. Januari

@ Potong mana-mana yang tidak dikehendaki ....................................................


(Tandatangan Guru Besar)

/II/zi.
SALINAN

JABATAN PERDANA MENTERI


KUALA LUMPUR.

Telefon : 201957
Kawat : PERDANA

Ruj. Kami : PPAD(S)133/883/1

Tarikh : 29 Januari 1985

SURAT PEKELILING AM. BIL. 1 TAHUN 1985

Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan.

Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri.

Ketua-ketua Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Pampasan.

PROGRAM-PROGRAM MENCEGAH DAN MEMBASMI KEGIATAN


PENAGIHAN DADAH DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

PENDAHULUAN

1. Adalah menjadi matlamat Kerajaan bahawa semua Kementerian, Jabatan


dan Badan Berkanun hendaklah bebas dari kegiatan penagihan dadah di kalangan
pegawai dan kakitangan mereka. Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan
kegiatan penagihan dadah ini khususnya dalam perkhidmatan Kerajaan sendiri.
Ketua-ketua Jabatan dikehendaki mengambil tindakan ke atas pengawal dan
kakitangan Kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah mengikut Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1994 bertarikh 25 hb. Oktober 1984.

2. Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan


Kerajaan untuk mengujudkan suasana yang bebas dari penagihan dadah dalam
agensi masing-masing. Untuk mencapai matlamat ini tiap-tiap Kementerian, Jabatan
dan Badan Berkanun hendaklah melaksanakan program-program anti dadah
masing-masing yang meliputi perkara-perkara berikut:

(I) Program Pencegahan: yang bertujuan menanam sikap


membenci dadah di kalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan.

(II) Program Pembasmian: yang bertujuan untuk membasmi


kegiatan-kegiatan penagihan dadah jika berlaku di kalangan pegawai
dan kakitangan kerajaan.
JAWATANKUASA ANTI DADAH

3. Satu jawatankuasa Anti Dadah hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap


Kementerian, Jabatan dan Badan Kerajaan bagi merangka dan
melaksanakanprogram-program ini. Jawatankuasa Kecil hendaklah juga ditubuhkan
di setiap Cawangan atau Bahagian yang terletak berasingan termasuklah di
peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah. Jawatankuasa ini hendaklah merupakan
badan tetap dalam tiap-tiap pejabat.

4. Jawatankuasa ini di peringkat Kementerian,Jabatan dan Badan Berkanun


bolehlah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketau
Pengarah atau Timbalan Pengurus Besar atau jawatan-jawatan setaraf.

5. Keanggotaannya jawatankuasa-jawatankuasa ini seboleh-bolehnya


hendaklah terdiri daripada pegawai dan kakitangan berikut:

(a) Ketua Bahagian Pentadbiran atau pegawai yang bertanggungjawab


mengenai kekitangana di pejabat berkenaan;

(b) Pegawai Kebajikan, jika jawatan ini wujud, atau seorang pegawai lain
yang dipilih.

(c) Salah seorang daripada jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan


atau Badan Agama dalam agensi.

(d) Kerani Besar.

6. Bidang tugas Jawatankuasa Anti dadah tersebut dicadangkan sepertiberikut:

6.1 Merangka dan melaksanakan program mencegah dadah melalui


ceramah-ceramah, poster-poster, risalah-risalah kecil, pameran-
pameran dan tayangan filem mengenai bahaya penagihan dadah.
Program ini bolahlah diselengarakan dengan kerjasama Kementerian
Penerangan di peringkat Persekutuan dan Jabatan-jabatan
Penerangan di peringkat negeri dan daerah.

6.2 Merangka dan melaksanakan program untuk membasmi kegiatan


penagihan dadah yang berlaku di kalangan kakitangan. Program ini
bolehlah meliputi aktiviti-aktiviti berikut:

6.2.1 Mengadakan satu sistem untuk mengenalpasti kakitangan-


kakitangan yang terlibat dengan penagihan dadah:

6.2.1.1 Menyeru supaya mereka tampil ke hadapan secara


sukarela dalam tempoh yang ditentukan oleh
jawatankuasa. Setelah tamat tempoh ini cara-cara
berikut bolehlah digunakan.

6.2.1.2 Menganjurkan supaya diadakan ujian air kencing


secara mengejut ke atas mereka yang disyaki sahaja
dengan kerjasama Pegawai Pemulihan Dadah,
Kementerian Dalam Negeri.
6.2.1.3 Menjalankan pengawasan ke atas kakitangan-
kakitangan dengan cara mengenalpasti tanda-tanda
penagihan. Tanda-tanda penagihan dadah adalah
seperti di Lampiran ‘A’.

6.2.1.3.1 Cara mengesan penagihan dadah melalui


pengawasan bolehlah diasaskan kepada
sistem hirarki yang bermula dari peringkat
kakitangan atasan hingga ke peringkat
bawah. Walau bagaimanapun Ketua-ketua
Jabatan dan Jawatankuasa ini hendaklah
menggalakkan setiap kakitangan
melaporkan sesiapa sahaja yang diketahui
terlibat atau disyaki terlibat dengan
penagihan dadah.

6.2.2 Mereka yang menagih dadah yang tampil ke hadapan secara


sukarela perlu dirujukkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan
Dadah, Kementerian Dalam Negeri seperti di Lampiran’B’ untuk
menjalani ujian-ujian. (Prosedur bagi rawatan dan pemulihan penagih
dadah yang menjalaninya dengan sukarela diperuntukkan dalam Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Seksyen 8(1)).

6.2.3 Mereka yang dikenalpasti atau disyaki menagih dadah seperti


di para 6.2.1.2 dan 6.2.1.3 tetapi tidak tampil ke hadapan secara
sukarela perlu dilaporkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan
Dadah atau mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah
dari Sarjan atau mana-mana pegawai Penjaga Balai Polis (Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983 Seksyen 3(1)).

6.2.4 Mengarah supaya Bahagian Pentadbiran atau pegawai-


pegawai yang bertanggungjawab mengenai kakitangan yang terlibat
kepada Ketua Jabatan atau pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk
apa-apa tindakan yang sewajarnya dari segi perkhidmatan mengikut
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1984.

6.2.5 Merangka dan melaksanakan satu program bimbingan di


kalangan pegawai dan kakitangan untuk memberi khidmat
rundingcara (counselling) kepada kakitangan yang telah tamat tempoh
pemulihan di Pusat Pemulihan atau yang sedang menjalani pemulihan
di bawah pengawasan Pegawai Pemulihan Dadah, Kementerian
Dalam Negeri. Kursus-kursus pendek untuk pegawai dan kakitangan
Kerajaan yang berminat memberi khidmat rundingcara (counselling)
mungkin dapat diadakan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan
Masyarakat.
MAKLUMBALAS DARI AGENSI-AGENSI

7. Ketua-ketua Jabatan hendaklan melaporkan dalam masa tiga bulan


dari tarikh surat ini tentang penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah di dalam pejabat
masing-masing. Ini hendaklah disusuli dengan laporan bulanan mengenai aktiviti-
aktiviti Jawatankuasa Anti Dadah termasuk butir-butir kes-kes penagihan dadah
dengan menggunakan format seperti yang dikembarkan. Laporan-laporan dari
pejabat di peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Keselamatan Negeri masing-masing/Setiausaha Keselamatan Wilayah
Persekutuan. Laporan-laporan bagi Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan dan
Badan-badan Kerajaan di peringkat Persekutuan hendaklah dihantar kepada :

PENGARAH,
PASUKAN PETUGAS ANTI DADAH,
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA,
JABATAN PERDANA MENTERI,
BLOK K-1, JALAN DUTA,
KUALA LUMPUR.

Tel. No. : 942533

PEMAKAIAN SURAT PEKELILING AM INI

8. Surat Pekekliling Am ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya


dikeluarkan. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am ini, maka:

(I) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914 bertarikh 25hb.


Julai, 1977;

(II) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914/4 bertarikh 5hb.


Mei,1978 adalah dibatalkan.

t.t.
(TAN SRI DATO’ SALLEHHUDDIN BIN MOHAMED)
Ketua Setiausaha Negara.
LAMPIRAN ‘A’

PANDUAN UNTUK MENGENALI SESEORANG


PENAGIH DADAH

i) Perubahan atau kemerosotan kehadiran di pejabat, mutu kerja, disiplin,


hasil kerja.

ii) Meradang tidak tentu sebab, selalu mengucap dan tidak bermaya.

iii) Mengelakkan diri dari tanggungjawab.

iv) Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya.

v) Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.

vi) Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan serta dimiliki.

vii) Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair
atau mata yang redup.

viii) Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna akibat
kesan menghisap dadah.

ix) Berdamping dengan mereka yang diketahui menagih.

x) Mengasing diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.

xi) Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang
mudah dijual dari tempat kerja atau kawan-kawan.

xii) Selalu mengunjungi tempat-tempat aneh tanpa sebab seperti bilik-bilik stor,
Bilik kecil, tingkat bawah bangunan (untuk mengambil dadah).
Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar, Telefon : 2922066

KP (BS) 8584/8/1/(29)
29 Disember 1986

Semua Pengarah Pelajaran


Negeri Malaysia.

Y.B. Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1986

Penyalahgunaan Dadah

Seperti Y.B. Datuk/Tuan/Puan maklum, satu gejala salahlaku baru yang terdapat di
kalangan pelajaran sekolah ialah menyalahgunakan “Inhalan”. Kementerian
Pelajaran telah menerima kes-kes ini semenjak tahun 1983 dan didapati bilangan
pelajar yang terlibat telah semakin bertambah. Kementerian Pelajaran amat
memandang berat hal ini kerana perbuatan ini membahayakan diri pelajar
berkenaan; oleh itu langkah-langkah pencegahan/penyekatan dan pembasmian
perlu dijalankan.

2. Bagi tujuan membantu pihak sekolah memahami perkara ini, Pasukan


Petugas Anti Dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dengan
kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Bahagian
Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan Buku Kecil
“PENYALAHGUNAAN INHALAN – Panduan Untuk Para Guru” yang telahpun
dihantar oleh Pasukan Petugas Anti-Dadah ke Jabatan tuan untuk diagihkan ke
sekolah.

3. Untuk tujuan mengendalikan kes penyalahgunaan Inhalan ini, keputusan


mesyuarat Jawatankuasa Anti Dadah Negara adalah menjadi dasar yang mesti
dipatuhi:

3.1 SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI INHALAN SEPERTI BUKU-


BUKU KECIL, RISALAH, POSTER, VIDEO, FILEM DAN
SEBAGAINYA, HENDAKLAH DITENTUKAN TIDAK SAMPAI KE
TANGAN PELAJAR.

3.2 PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN INHALAN YANG TERDAPAT DI


SEKOLAH HENDAKLAH DIKAWAL DENGAN RAPI DAN
DITENTUKAN TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PELAJAR.

3.3 JIKA TERDAPAT KES-KES MENYALAHGUNAKAN INHALAN DI


KALANGAN PELAJAR, IA HENDAKLAH DIKENDALIKAN MELALUI
PROSES MENOLONG DENGAN PENUH HATI-HATI TANPA
DIHEBOH-HEBOHKAN, DI MANA KEBAJIKAN DAN
KESEJAHTERAAN PELAJAR TERSEBUT HENDAKLAH
DIUTAMAKAN.

4. Langkah-langkah berikut selain dari yang terdapat dalam buku kecil tersebut
hendaklah diikuti:

4.1 Ibu bapa/penjaga pelajar mestilah diberitahu SEGERA dan diberi


maklumat yang tepat dan nasihat mengenainya.

4.2 Pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat,


nasihat/kaunseling individu/kelompok, kelompok dinamis/penjelasan
nilai-nilai dan lain-nilai yang bersesuaian untuk mengubah tabiat ini.

4.3 Ibu bapa dan guru-guru hendaklah bekerjasama mengadakan


pengawasan yang rapi.

4.4 Sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai


Kebajikan Sekolah, Rawatan dan Pemulihan, Perubatan, Polis, PIBG,
Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Sekolah/Daerah, PEMADAM dan
lain-lain yang berkenaan.

5. Sila Y.B. Datuk/Tuan/Puan maklumkan Surat Pekeliling ini kepada semua


Pengetua dan mengarahkan untuk :

5.1 Melaporkan kes-kes penyalahgunaan Inhalan ini dengan SEGERA ke


Jabatan Pelajaran Negeri untuk dipanjangkan ke Kementerian
Pelajaran (lihat borang terlampir).

5.2 Membincangkan buku kecil berkenaan dengan semua guru.


Maklumat/pertanyaan (jika ada) sila kemukakan ke Bahagian
Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran (u.p. Unit Bimbingan dan
Kaunseling).

5.3 Membawa perkara ini ke pengetahuan Jawatankuasa PIBG Sekolah


dan membincangkan buku kecil ini dalam mesyuarat PIBG.

Sekian dimaklumkan. Didahului dengan ucapan terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yangmenurut perintah,

tt

(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR)


Bahagian Sekolah-sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.

s.k.
1. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran

2. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

3. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

4. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I

5. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II

6. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran

7. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran

8. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan

9. Pegawai Khas kepada Y.B. Menteri Pelajaran

10. Ketua Unit Hal Ehwal Awam, Kementerian Pelajaran

BAHAGIAN SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Telefon : 2556900
50604 KUALA LUMPUR. Kawat : ‘PENDIDIKAN’

KP(BS)8591/Jld.III/(3)

3 Februari 1988

Semua Pengarah Pendidikan Negeri,

Y.B. Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1988 :


Program Skim Lencana Anti Dadah
Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD)

Sebagaimana Y.B. Datuk/Tuan/Puan sedia maklum Kerajaan memandang serius


terhadap ancaman dadah ke atas golongan belia di negara ini. Kementerian
Pendidikan, sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab merancang
dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang boleh
digunakan bagi menanam perasaan benci, jijik dan jelek dalam jiwa generasi muda
terhadap dadah.

2. Untuk tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan telah melancarkan program


Skim Lencana Anti dadah ini merupakan satu daripada program pendidikan
pencegahan dadah yang telah diperakukan dalam Rancangan Keselamatan Negara,
Jabatan Perdana Menteri. Murid-murid sekolah yang menjadi anggota pasukan
seragam seperti Pengakap, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam, St. John
Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah menjadi sasaran program ini. Mereka
dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah, peraduan melukis
poster, menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh
murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log yang akan diberi secara percuma oleh
Kementerian Pendidikan. Guru penasihat/guru pemimpin persatuan berkenaan akan
menyimpan buku log tersebut. Penyertaan murid-murid dalam aktiviti anti dadah
akan diberi markah tertentu seperti yang disyaratkan dalam Buku Log SLAD, mereka
akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah. Lencana ini memberi pengertian bahawa
murid itu telah bergiat dengan aktif dan berkesan dalam aktiviti Pendidikan
Pencegahan Dadah.

3. Sehingga ini 104 buah sekolah telah menyertai program ini. Seramai 336
orang guru penasihat/guru pemimpin persatuan Pasukan Seragam telah diberi
latihan untuk persatuan menjalankan program ini di sekolah masing-masing. Pihak
Kementerian Pendidikan telah menyediakan Buku Log dan Lencana untuk diedarkan
ke sekolah-sekolah. Buku Log yang akan dibekalkan kepada kepada peserta
hendaklah disimpan oleh guru penasihat/guru pemimpin persatuan. Buku ini hanya
akan diserahkan kepada murid-murid apabila mereka hendak mencatatkan aktiviti
yang telah mereka sertai. Program ini akan diteruskan dan diperluaskan sehingga
meliputi semua sekolah di seluruh negara. Untuk makluman, bagi sekolah-sekolah
yang belum menjalankan program ini, guru-guru penasihat/pemimpin persatuan akan
diberi latihan secukupnya.
4. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah yang sedang dan akan
dilaksanakan program ini adalah diarah untuk memperkemas dan mempertingkatkan
aktiviti-aktiviti seperti yang dirancang dalam Kurikulum Skim Lencana Anti Dadah.
Bagi sekolah-sekolah yang menyertai program ini sejak tahun 1986,
penganugerahan Lencana di jangka akan dibuat seawal-awalnya pada akhir Mac
1988. Dalam hal ini guru penasihat/pemimpin persatuan hendaklah menentukan
segala pengurusan dan pelaksanaan aktiviti dijalankan dengan rapi dan sempurna.
Sekolah-sekolah yang telah menghantar guru penasihat/guru pemimpin persatuan
menyertai latihan untuk program ini dalam tahun 1986 tetapi masih belum
melaksanakan digesa menggerakkan program ini secara secepat mungkin. Bagi
sekolah-sekolah yang memulakan program ini dalam tahun 1988 guru
penasihat/guru pemimpin persatuan hendaklah merancang aktiviti Skim Lencana ini
dari awal penggal persekolah lagi.

5. Dengan ini jasa baik Y.B. Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk


memaklumkan isi kandungan Pekeliling ini kepada semua Pengetua sekolah di
negeri Y.B.Datuk/Tuan/Puan.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

tt
(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR)
Bahagian Sekolah
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan.

s.k. 1. Setiausaha Sulit Kepada


Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia.

2. Setiausaha Sulit kepada


Y.B. Dr. Leo Michael Toyad,
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

3. Setiausaha Sulit Kepada


Y.B. Encik Woon See Chin,
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

4. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK J, PARAS 7, Tel : 03-2556900
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Fax : 03-2543107
50604 KUALA LUMPUR. Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan :
Ruj.Kami : KP(BS)8591/Jld.VII/(13)
Tarikh : 27 Julai 1992

Semua Pengarah Pendidikan Negeri


Malaysia.

Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7/1992:


Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan
(Syringer) Di Sekolah-sekolah

Dimaklumkan bahawa satu ketetapan telah dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri
pada 1 Julai 1992 MENGHARAMKAN pensil berbentuk alat suntikan (syringe)
daripada diimport, diedar, dijual, dibeli atau dimiliki oleh orang ramai.

2. Sila maklumkan pengharaman ini kepada semua sekolah di negeri tuan untuk
mempastikan pensil dalam bentuk sebagaimana dinyatakan di atas tidak digunakan
atau dimiliki oleh pelajar sekolah.

Sekian.

“BERKHIDMATA UNTUK NEGARA”

tt
DATO’ ASIAH BTE ABU SAMAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
BAHAGIAN SEKOLAH,
JABATAN SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Tel : 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR. Fax: 03-256389

KP(BS)8548/23/C/(5)

27 April 1995

Semua Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri.

Y.Bhg. Datuk/Tuan,

PELAKSANAAN PROGRAM CUMA LIMA MINIT


ANTI DADAH DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk. Surat Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia KP(BS)8786/51/Jld.1/(2) bertarikh 23 Mac 1991 adalah berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu sukacita sekiranya Y. Bhg. Datuk/Tuan dapat


mengarahkan semua sekolah rendah dan menengah melaksanakan program ini
sebanyak dua kali setahun sempena dengan Hari anti dadah Kebangsaan iaitu pada
19 Februari dan Hari Anti Dadah Antarabangsa iaitu pada 26 Jun tiap-tiap tahun.
Melalui program ini diharap mesej Anti dadah dapat disampaikan kepada semua
pelajar khasnya dan guru-guru amnya dengan cepat dan secara menyeluruh.

3. Dengan ini matlamat Pendidikan Pencegahan ddah iaitu Sekolah Bebas


Dadah dari dadah berteraskan konsep Modus Operandi Pelaksanaan Program
Cuma Lima Minit Anti Dadah tersebut.

4. Kerjasama dan budi bicara amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
(ABDUL RAHIM BIN BUSU MAT NOR)
Timbalan Pengarah I
Bahagian Sekolah
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

LIMA.DOC/(BA)...lis
BAHAGIAN SEKOLAH,
JABATAN SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Tel : 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR. Fax: 03-256389

KP(BS/HEP)8543/064(36)

24 Julai 1998

SULIT

Semua Pengarah
Jabatam Pendidikan Negeri

Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan,

UJIAN URIN PELAJAR SEKOLAH

Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan mengenai


perkara di atas.

2. Pihak Kementerian Pendidikan dan Agensi Dadah Kebangsaan sedang


menjalankan ujian urin pelajar sekolah melalui kaedah Ujian Pantas Urin (kertas
jalur) dan kaedah makmal. Keadaan ujian pantas urin merupakan ujian saringan
manakala ujian urin kaedah makmal oleh pihak Hospital merupakan ujian
Pengesahan.

3. Bahagian Sekolah juga telah menerima laporan daripada Jabatan Pendidikan


Negeri oleh pihak Agensi Dadah Kebangsaan bahawa terdapat pelajar yang terlibat
mengambil dadah yang dikesan melaui kedua-dua kaedah ini. (Laporan dilampirkan).

4. Mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan Dadah Di Sekolah yang


dipengerusikan oleh YB. Dato Ong Ka Ting pada 18 Jun 1988 telah memutuskan
supaya 537 orang pelajar yang dikesan terlibat mengambil dadah melalui kaedah
ujian pantas urin (saringan) dijadikan kajian kes dan terikat dengan Tatacara Ujian
Pantas Urin Di Sekolah oleh Pengetua /Guru Besar, (sila rujuk tatacara yang
dilampirkan). Kajian Kes ini perlu dikendalikan bersama dengan ADK Negeri.
Manakala bagi 54 orang pelajar yang dikesan melalui ujian pengesahan masih terikat
dengan Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-Kes Penggunaan Dadah Di Kalangan Murid
Di Sekolah. (Salinan Tatacara dilampirkan).
5. Sukacita juga ditekankan supaya segala maklumat berkaitan pelajar yang
dikenalpasti terlibat dengan dadah dan program susulan dikendalikan secara SULIT
dan hanya perlu diketahui oleh Pengetua, Guru Penolong Kanan HEM), Guru Disiplin
dan kaunselor sekolah. Sila kemukakan ke Bahagian ini laporan terkini (sehingga 31
Jun 1998) pelajar yang terlibat mengambil dadah (saringan dan pengesahan) dan
program susulan yang sedang dan akan dilaksanakan.

6. Keprihatinan Y.Bhg. Datuk/Dato’/DatinTuan dalam memerangi masalah


dadah di sekolah amat dihargai.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

tt
(HAJI SABRI BIN SALLEH)
Pengarah
Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia.

s.k. 1. Agensi Dadah Kebangsaan


Kementerian Dalam Negeri.

ARE/ANLURIN DOC (HEP 121)


SULIT

TATACARA UJIAN PANTAS URIN


DI SEKOLAH OLEH
PENGETUA/GURU BESAR

DISEDIAKAN OLEH :

AGENSI DADAH KEBANGSAAN


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

DENGAN KERJASAMA :

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TATACARA UJIAN PANTAS URIN DI SEKOLAH
OLEH PENGETUA/GURU BESAR

1. PENDAHULUAN

1.1 Ujian Pantas Urin di sekolah merupakan salah satu pendekatan


dalam usaha Pendidikan Dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

1.2 Kaedah ini sebagai satu pencegahan awalan secara langsung dan
praktikal yang dilaksanakan oleh Pengetua/Guru Besar terhadap
pelajar yang mempunyai tanda-tanda awal pengambilan dadah.

1.3 Kaedah pengesanan dengan menggunakan ‘kertas jalur’ ini hanya


tujuan mengesan sahaja supaya para pelajar yang terlibat dengan
pengunaan dadah dapat dibantu dan dipulihkan.

2. RASIONAL

2.1 Pencegahan melalui kaedah Ujian Pantas Urin merupakan aspek


penting dalam menangani masalah di sekolah. Ia merupakan strategi
jangka panjang negara dalam membanteras dadah melalui sistem
persekolahan.

2.2 Pencegahan awalan amat penting dalam menghadapi masalah ini


kerana telah terbukti bahawa mereka yang terlibat dengan penagihan
dadah amat sukar untuk menghilangkan ketagihannya.

2.3 Ujian urin di kalangan pelajar dilakukan bukan untuk tujuan diambil
tindakan undang-undang, tetapi adalah untuk tujuan mengenalpasti
secara pantas pelajar yang tersebut dengan dadah agar tindakan
susulan (pencegahan awal) dapat dilakukan dengan segera.

2.4 Dengan jumlah pelajar yang ramai,kaedah ‘ujian pantas urin’ ini
adalah lebih praktikal, lebih murah dan mampu memenuhi
permintaan sekolah untuk membuat pengesanan awal, seterusnya
tindakan serta merta terhadap pelajar yang terlibat dapat diambil.
3. TUJUAN

3.1 Merealisasikan wawasan negara dan matlamat Kementerian


Pendidikan Malaysia yang berteruskan kepada Falsafah Pendidikan
Negara.

3.2 Mengesan pelajar yang terlibat dengan dadah secara pantas agar
tindakan susulan bagi pencegahan awal dapat dilaksanakan secara
berkesan, seterusnya membendung pelajar tersebut daripada terus
terjerumus dengan najis dadah.

4. PRINSIP PELAKSANAAN

4.1 Pelaksanaan pengesanan dadah melalui ujian urin pelajar


menggunakan ‘kertas jalur’ ini hendaklah atas dasar untuk
menolong/membantu pelajar yang terlibat, BUKAN untuk tujuan
menghina atau melebelkan mereka secara negatif.

4.2 Pelaksanaan pengesanan dadah melalui ujian urin pelajar


menggunakan ‘kertas jalur’ ini juga hendaklah dilaksanakan secara
bijaksana dengan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan
pelajar, keluarga serta sekolah yang terlibat.

4.3 Segala maklumat berkaitan pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan


dadah hendaklah dikendalikan secara SULIT dan hanya perlu
diketahui oleh Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan(HEM),
Guru Disiplin dan Kaunselor sahaja.

4.4 Untuk tujuan kesahihan, ujian pantas urin ini perlu dilakukan oleh
Pengetua/Guru Besar dan salah seorang daripada guru berikut :

Guru Penolong Kanan (HEM),


Guru Disiplin,
Kaunselor

4.5 Pengetua/Guru Besar perlu memaklumkan secara bijaksana kepada


ibu bapa bagi pelajar yang diuji positif dengan tujuan untuk
menentukan program pemulihan yang bersesuaian dapat
dilaksakan.

5. TATACARA KERJA

5.1 Penyelarasan Program

5.1.1 ‘Kertas Jalur’ dan peralatan akan dibekalkan kepada


Pengetua/Guru Besar di awal tahun sesi persekolahan tahun
berkenaan.

5.1.1 Pihak Agensi Dadah Kebangsaan akan menguruskan latihan


mengenai kaedah penggunaan ‘kertas jalur’ kepada
Pengetua/Guru Besar.
5.1.2 Setiap Pengetua/Guru Besar boleh mengarahkan pelajar-
pelajar menjalani ujian ini.

5.1.3 Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab memberitahu


ibu bapa pelajar yang positif urinnya bagi setiap kali ujian
pantas urin dilaksanakan untuk membincangkan langkah-
langkah yang perlu diambil bagi membantu pelajar berkenaan.

5.1.4 Setelah menjalani program pemulihan dan empat kali berturut-


turut ujian pantas urin yang menunjukkan positif,
Pengetua/Guru Besar perlu membuat laporan kepada Agensi
Dadah Kebangsaan supaya tindakan selanjutnya mengikut
Akta 283 (Rawatan Dan Pemulihan) boleh diambil.

6. TATACARA TEKNIKAL

6.1 ‘Kertas Jalur’ Ujian Ganja

6.1.1 Sediakan botol yang sesuai, bersih dan kering.

6.1.2 Pastikan ‘kertas jalur’ yang akan digunakan itu belum luput
tarikh ‘sahguna, yang ditetapkan.

6.1.3 Urin yang telah diambil, hendaklah terus dilakukan ujian


dengan ‘kertas jalur’ ini bagi mendapatkan keputusan yang
lebih tepat.

6.1.4 Celupkan ‘kertas jalur’ itu ke dalam bekas urin selama 10


saat. Pastikan celupan itu tidak melebihi had/paras garisan
bawah (iaitu garisan melintang di bawah anak panah) yang
tercetak pada ‘kertas jalur tersebut.

6.1.5 Apabila terdapat serapan urin naik ke atas, ‘kertas jalur’ itu
hendaklah diangkat dan dikeluarkan daripada bekas urin
tersebut dan diletakkan di atas sebarang permukaan landai.

6.1.6 Baca keputusan tepat 5 minit selepas langkah 6.1.5.

6.1.7 Jika SATU garisan terhasil (control line), maka ia adalah


POSITIF.

Jika DUA garisan terhasil (control dan test line), maka ia


adalah NEGATIF.

6.1.8 Contoh rajah ujian menggunakan ‘kertas jalur’ adalah seperti


lampiran ‘B’.
7. PENUTUP

7.1 Ujian pantas urin di sekolah-sekolah dengan menggunakan ‘kertas jalur’


ini adalah penting sebagai alat untuk mengesan penglibatan pelajar di
peringkat awal bagi memudahkan tindakan pencegahan dilaksanakan.

DISEDIAKAN OLEH :

AGENSI DADAH KEBANGSAAN


KEMENTERIAN DALAM NEGERI.

DENGAN KERJASAMA ;

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

13 APRIL 1998

ARE/Gutk Test/HEP
LAMPIRAN ‘A’

TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa


perubahan tertentu seperti rupa, sikap, tabiat dan tingkahlaku. Beberapa tanda
umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:-

1. Kemerosotan kehadiran, disiplin dan atau merosot pencapaian akademiknya.

2. Perubahan sikap dan kelakuan seperti meradang tidak tentu sebab, selalu
menguap dan tidak bermaya.

3. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.

4. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata merah dan berair atau kuyu.

5. Mengelakkan diri daripada bertanggungjawab.

6. Parut atau bekas suntikan di lengan atau hujung jari berjelaga.

7. Mengasingkan diri daripada rakan-rakan sekolah/sebaya atau kegiatan


rekrasi/kokurikulum.

8. Suka meminjam wang atau mencuri barang-barang yang mudah dijual.

9. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil seperti bilik-bilik setor, bilik kecil,


tingkah bawah bangunan dan sebagainya untuk tujuan mengambil dadah.
BAHAGIAN SEKOLAH,
JABATAN SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Tel : 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR. Fax : 03-256389

KP(BS/HEP)8543/0113/(47)

27 Ogos 1998
Semua Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri

Y.Bhg.Dato’/Datuk/Datin/Tuan,

ANALISIS PELAJAR/GURU/PEKERJA
YANG TERLIBAT DENGAN DADAH/
INHALAN/UBAT BATUK (ADIUB I)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Mlaysia menerima laporan


bahawa Jabatan Pelajran Negeri dengan kerjasama Agensi Dadah Kebangsaan
Negeri-negeri sedang melaksanakan aktiviti pengesanan secara aktif ke sekolah-
sekolah. Sila gunakan Borang ADIUB I yang sudah dimurnikan bagi laporan
berikutnya laporan hanya perlu dihantar tiap-tiap empat bulan sekali sebagaimana
berikut :-
i) Laporan Suku Tahun Pertama – Kes yang berlaku di antara 1 Januari
hingga 30 April.

ii) Laporan Suku Tahun Kedua – Kes yang berlaku di antara 1 Mei hingga
31 Ogos.

iii)Laporan Suku Tahun Ketiga – Kes yang berlaku di antara 1 September


hingga 31 Disember.
3. Di samping mengucapkan syabas kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang
mengambil langkah pencegahan melalui aktiviti pengesanan secara aktif ini,
Bahagian Sekolah berharap supaya tindakan susulan bagi menyelamatkan pelajar
yang didapati positif urin dapat diambil secara praktikal dan berkesan.

4. Keprihatinan Y.Bhg.Dato’/Datuk/Datin/Tuan dalam usaha-usaha Pendidikan


Pencegahan Dadah amat disanjungi tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah,


tt
(HAJI SABRI BIN SALLEH)
Pengarah
Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
ANALISIS PELAJAR/GURU/PEKERJA YANG TERLIBAT
DENGAN DADAH, INHALAN DAN UBAT BATUK
BULAN ……………………. HINGGA ……….2001
NAMA SEKOLAH :……………………… KEDUDUKAN SEKOLAH:LUAR BANDAR/PINGGIR BANDAR/BANDAR
1 2 3 4 5 6 7 9
JANTINA BANGSA TINGKATAN JENIS DADAH THP. PNGGUNAAN
BIL NAMA L P M C I LL 1 2 3 4 5 6 G H M C P LL MC T E M TINDAKAN

M = MELAYU 6G = GANJA 7 MC = MENCUBA Jumlah Pelajar Diuji =


C = CINA H = HEROIN T = MENAGIH Bil. Pelajar yang Terlibat =
I = INDIA M = MORFIN E = MENGEDAR
LL = LAIN-LAIN C = CANDU MI = MEMILIKI
P = PIL-PIL
LL = LAIN-LAIN 9 KOD TINDAKAN
1 PELAJAR DIKAUNSELING
RUMUSAN PENGLIBATAN 2 IBU BAPA DIBERITAHU
DADAH = 3 PELAJAR DIGANTUNG SEKOLAH (10 HARI)
INHALAN = 4 PELAJAR DIBUANG SEKOLAH
UBAT BATUK = 5 PROGRAM KHAS
6 DLL
NYATAKAN
B5
KP(BS)8548/4/Jld.IX/(I)
Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur 01-34,

27. Januari, 1979,

Pengarah Pelajaran,
Semua Negeri,
Semenanjung Malaysia.

Tuan,

Surat Pekeliling Iktisas Bil: i/1979


Senarai Tugas-Tugas Guru Panduan
Di Sekolah Menengah

Memandang bahawa kepentingan mengadakan satu perkhidmatan panduan


pelajaran dan kerjaya yang berkesan di Sekolah Menengah, tiap-tiap Guru Besar
Sekolah Menengah adalah dikehendaki meneliti Rancangan Panduan Pelajaran dan
Kerjaya meliputi kegiatan-kegiatan dengan tujuan-tujuan yang berikut:-

(a) Panduan Pelajaran – murid-murid diberi pertolongan untuk memiliki mata


pelajaran pilihan supaya mereka memahami akan implikasi-implikasi
pilihan itu terhadap pelajaran dan pekerjaan pada masa hadapan.

(b) Panduan Kerjaya – murid-murid diberi pertolongan dalam perkembangan


kemajuan pekerjaan melalui kegiatan-kegiatan Kelab Panduan Kerjaya,
mengambil ujian minat pekerjaan, lawatan ke tempat
pekerjaan/latihan/alam pekerjaan, mendapat maklumat mengenai
pekerjaan daripada Papan Kenyataan Pekerjaan, Kutub Khanah dan
sebagainya.

(c) Panduan peribadi – murid-murid diberi pertolongan untuk


mengatasi/menyelesaikan masalah-masalah peribadi, perhubungan
antara murid dengan guru, masalah-masalah dalam pelajaran dan lain-
lain melalui Rundingcara(Counseling Interview) antara murid dan guru
panduan.

(d) Rancangan Mencegah Salahguna Dadah bertujuan untuk

(i) Mengesan murid-murid yang mengalami masalah-masalah


yang mungkin di dalam kumpulan risiko tinggi penyalahgunaan
dadah dapat diberi pertolongan dan diselamatkan.

(ii) Mengesan murid-murid yang terlibat dalam penyalahgunaan


dadah dapat dirujukan kepada agensi-agensi yang berkenaan
untuk mendapat rawatan dan pemulihan.
(iii) Jika sekiranya murid yang telah menjalani pemulihan dapat
diterima semula di Sekolah Kerajaan, diberi tindakan seliaan.

Bersama-sama ini dilampirkan senarai “Tugas-tugas Guru Panduan Sekolah


Menengah” yang ditetapkan kuatkuasa mulai dari Januari, 1979. Guru-Guru Besar
Sekolah Menengah adalah diarah menitikberatkan perkara ini dan mengambil
langkah-langkah sewajarnya untuk menjamin perlaksanaan perkhidmatan Panduan
Pelajaran dan Kerjaya adalah dikelolakan dengan sempurna.

Tuan adalah diminta memberitahu perkara ini kepada tiap-tiap Guru Besar/Guru
Panduan Sekolah Menengah di Negeri tuan. Pengelola Daerah Panduan Pelajaran
Negeri adalah dikehendaki mempastikan supaya Guru-Guru Panduan menjalankan
tugas-tugasnya dengan sempurna.

Saya yang menurut perintah

t.t

(SYED ABU BAKAR BARAKBAH KMN.PSM)


Pengarah Sekolah-Sekolah,
Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pelajaran, Malaysia.
SENARAI TUGAS-TUGAS
GURU PANDUAN DI SEKOLAH MENENGAH

1. Menjalankan rancangan panduan yang berkesan dan bertujuan.

2. Mengelola rancangan orientasi membimbing murid-murid dalam memilih


mata pelajaran, mencadangkan tempat-tempat pelajaran lanjutan tabiat
belajar dan lain-lain kegiatan panduan pelajaran.

3. Mengelola seminar-seminar ceramah-ceramah dan pameran kerjaya di


peringkat sekolah dan mengambil bahagian dalam mengelolakan kursus-
kursus panduan dan sebagainya di peringkat Negeri dan Daerah, jika
dikehendaki.

4. Menolong mengadakan perhubungan di antara dan badan-badan yang


berkenaan seperti Jabatan-jabatan Kesihatan , Buruh dan Tenaga Rakyat,
Kebajikan Masyarakat, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Badan Persendirian,
Persatuan-persatuan Dermawan dan sebagainya.

5. Membuat penentuan kes-kes untuk dirujuk kepada pihak-pihak tertentu, jika


perlu dan membuat susulan.

6. Bertanggungjawab, secara keseluruhan mengenai mengisi, menjaga dan


mengguna Rekod Himpunan dan butir-butir yang berkenaan.

7. Mencatit, mengumpulkan dan menggunakan “Butir-butir Tanpa Ujian” murid-


murid.

9. Mengelola Bilik/Bilik Rundingcara dengan lengkap dan teratur.

10. Mengelola dan mengadakan rundingcara, temuramah dengan murid-murid


/ibubapa (misalnya: masalah peribadi pemilihan matapelajaran kerja,
kesihatan, penyesuaian pergaulan dan lain-lain).

11. Mengelola dan merancang panduan kumpulan pada peringkat sekolah :

(a) Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk membawa


kesedaran kepada semua murid. Menerusi panduan kumpulan dapat
membantu murid-murid untuk mengatasi masalah peribadi,
memperbaiki kebiasaan dan sikap belajar, menjelaskan nilai-nilai,
pembentukan konsep kendiri dan perkembangan secara positif
supaya menjadi dewasa yang bertanggungjawab.

(b) Panduan kumpulan dinamik harus digunakan dalam usaha


mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah-sekolah menengah.

(c) Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk menolong murid-


murid memilih mata-mata pelajaran kesukaan (electives) dengan
lebih teliti lagi selaras dengan perkembangan minat, kemahiran dan
pencapaian mereka dalam mata-mata pelajaran dan lapangan-
lapangan kegiatan yang boleh menentukan kesan-kesan jangka
panjang dalam pemilihan pekerjaan pada satu masa kelak.
12. Mengelolakan aktiviti-aktiviti yang bersabit dengan panduan (misalnya:
Ceramah Kerjaya, melawat tempat-tempat pekerjaan, pelajaran,
latihan, menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang
latihan/pelajaran/pekerjaan, mengelola, pengalaman pekerjaan,
perbincangan pertunjukan filem,cara memohon kerja, kelakuan di temuduga
pekerjaan dan lain-lain), bagi murid-murid sekolah amnya dan bagi murid-
murid yang akan meninggalkan sekolah khasnya.

13. Mengesan sikap, bakat,kebolehan,sahsiah murid-murid melalui Ujian Khas


(Standardised) bila ujian itu ada.

14. Menjalankan projek percubaan / untuk mengkaji sejauh manakah Panduan di


sekolahnya berkesan.

15. Menjalankan penyelidikan/Kajian di atas tindakan yang telah dibuat misalnya:


kajian tindak ikut mengenai perkembangan pekerjaan murid-murid dan
mengumpulkan semua aspek-aspek lain berlainan berkenaan seseorang
murid dan lain-lain.

16. Mengelola dan menyelia kelab Kerjaya sekolah.

17. Mengadakan kegiatan-kegiatan tertentu termasuk panduan kumpulan dengan


kegunaan pendekatan-pendekatan positif untuk mencegah dadah.

18. Bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu (misalnya : PEMADAM, Ibubapa,


Kementerian Kebajikan Masyarakat dan lain-lain) untuk mencegah
kesalahgunaan dadah di kalangan murid-murid.

19. Mengadakan program khas untuk mengesan murid yang dianggap dalam
keadaan risiko menyalahgunakan dadah dan mengambil tindakan
sewajarnya.

20. Menjalankan tindakan mengesan awal untuk mencegah salahgunaan dadah


di kalangan murid.

21. Menentukan saluran rujukan khas untuk menolong murid-murid yang terlibat
dalam kegiatan salahgunaan dadah dan menjalankan tindakan susulan.

22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diberi dari semasa ke semasa oleh Guru
Besar sekolah di mana Guru Panduan itu ditugaskan.
LAMPB/BK 077A

B7

Bahagian Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar,
Kuala Lumpur. Telefon : 922066

KP(BS)8591/Jld.II(29)

2hb. Januari 1985

Semua Pengarah Pelajaran Negeri,


Malaysia.

Y.B.Dato’/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.I/1985

Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

1. Latarbelakang

1.1 Sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah mempunyai banyak


peranan dan tanggungjawab. Peranan dan tanggungjawab utama
sekolah bukan hanya semata-mata kepada menyampaikan ilmu
pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada
pelajar-pelajar, bahkan juga bagi melahirkan pelajar-pelajar yang
dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis,
bersatupadu, bertoleransi, berdisiplin dan bahagia. Justeru itu,
sekolah adalah tempat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang
mempunyai sahsiah yang baik, iaitu yang mempunyai sikap serta
menghayati nilai-nilai hidup berasaskan Prinsip-prinsip Rukunegara.

1.2 Di samping itu, sekolah juga mempunyai peranan bagi mengeluarkan


tenaga mahir untuk pembangunan negara. Ia dapat dilakukan dengan
meluaskan lagi pandangan dan pengetahuan pelajar-pelajar
mengenai bidang-bidang kerjaya.

1.3 Pada keseluruhannya, setakat ini sekolah-sekolah telah dapat


melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang akademik,
melalui kurikulum yang sedia ada. Sungguhpun demikian, melalui
bidang kurikulum sahaja, seperti mata pelajaran Sivik, Sejarah,
Geografi dan Kesusasteraan misalnya, belum boleh menjamin
tercapainya matlamat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang
mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan ketatanegaraan
sepenuhnya atau yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
Sekarang terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pembentukan
sahsiah secara sepenuhnya sepertimana yang diharapkan. Ini terbukti
dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu yang
dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan
guru; pemulauan kelas; merosakkan harta benda awam;
penyalahgunaan dadah; melakukan perbuatan jenayah dan anti
nasional. Terdapat juga segelintir pelajar yang menjadi golongan
pelampau yang menyebar dan mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-
nilai hidup yang bercanggah dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang
murni.

1.4 Sepertimana kurikulum, gerakerja ko-kurikulum juga mempunyai


peranaan dalam pembentukan perkembangan jasmani dan rohani
pelajar-pelajar. Oleh yang berkenaan, ko-kurikulum sekolah juga
seharusnya dapat dititikberatkan oleh sekolah-sekolah. Apa yang jelas
pada masa ini, bahawa gerak kerja ko-kurikulum sekolah kurang
mendapat tempat yang sewajarnya, jika dibandingkan dengan
kurikulum sekolah sehingga menyebabkan pembentukan rohani
pelajar-pelajar kurang berkesan. Ini disebabkan oleh perkara-perkara
berikut:-

1.4.1 Khidmat dan kejayaan dalam bidang ko-kurikulum kurang


mendapat pengiktirafan.

1.4.2 Sekolah-sekolah kurang memberi perhatian kepada


gerakerja ko-kurikulum. Ada juga sekolah-sekolah yang
kurang menitikberatkan gerakerja ini, kerana terlalu
mementingkan pencapaian akademik semata-mata. Ada
juga sekolah-sekolah yang mempunyai kekurangan alatan
dan lain-lain kemudahan bagi menjalankan gerakerja ko-
kurikulum;

1.4.3 Kurangnya penggabungjalinan dan persenambungan di


antara gerakerja ko-kurikulum;

1.4.4 Sebahagian daripada murid-murid tidak/kurang mengambil


bahagian secara aktif dan ini disebabkan oleh banyak
faktor. Di antaranya ialah jenis-jenis gerakerja ko-kurikulum
dan aktivitinya kurang kepelbagaian, sesuai dengan minat
dan kebolehan pelajar-pelajar dan mereka tidak
berpeluang untuk melibatkan diri. Terdapat pula adanya
setengah-setengah ibu bapa yang enggan membenarkan
anak-anak mereka menyertai gerakerja ko-kurikulum ini.

1.4.5 Kurang penglibatan ibu bapa dan masyarakatnya secara


aktif dalam gerakerja kokurikulum. Biasanya mereka
diundang untuk menjadi penonton di dalam sesuatu
temasya seperti sukan tahunan sekolah misalnya.
1.4.6 Anggapan bahawa sekolah hanya sebagai tempat bagi
mendapatkan pendidikan (school as the sole agent for
education). Ini bererti ada setengah-setengah golongan
masyarakat menyerahkan bulat-bulat tugas mendidik anak-
anak golongan masyarakat bulat-bulat tugas mendidik
anak-anak mereka kepada pihak sekolah, tanpa memberi
sumbangan dan penglibatan terhadap perkembangan
menyeluruh anak-anak mereka.

1.5 Sekolah-sekolah yang tidak memberi ketegasan yang sewajarnya


bagi mengimbangkan antara kepentingan gerakerja ko-kurikulum
dengan akademik dan kurang pula menekankan tentang penyertaan
menyeluruh pelajar-pelajar di dalam gerakerja tersebut,boleh
menyebabkan pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai. Tanpa
memberi peluang kepada setiap orang pelajar, khususnya pelajar-
pelajar yang lemah dalam bidang akademik, bererti pelajar-pelajar ini
tidak diberi peluang dan pengiktifan kepada mereka. Keadaan begini
boleh mendorong pelajar-pelajar itu ponteng sekolah atau
menceburkan diri dalam kegiatan –kegiatan yang tidak sihat dan
seterusnya boleh menimbulkan masalah disiplin sekolah.

2. Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memberitahu pihak sekolah supaya
menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) di sekolah
masing-masing.

3. Berikut adalah garis panduan mengenai penubuhan JBPS:

3.1 Tujuan JPBS

Tujuan penubuhan JPBS adalah :-

3.1.1 Mewujudkan suasana yang seimbang di antara


perkembangan mental dengan perkembangan sosial, rohani
dan jasmani pelajar-pelajar.

3.1.2 Mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah supaya pelajar-pelajar


boleh mengisi masa lapang mereka dengan gerakerja yang
bermanfaat dan dengan itu dapat menghindarkan pelajar-
pelajar dari tercebur dalam gerakerja yang tidak diingini
seperti ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, membuang
masa di pusat-pusat membeli belah atau melibatkan diri
dengan kumpulan-kumpulan yang kurang sihat.

3.1.3 Memperkukuhkan lagi interaksi dan intergrasi di antara


pelajar-pelajar berbilang kaum di sekolah.

3.1.4 Memupuk bakat dan minat pelajar-pelajar selain daripada


pelajaran di bilik darjah, memupuk semangat kesopanan,
berdikari, kerajinan bekerja dan semangat berkhidmat,
menyemai dan memperkukuhkan sifat-sifst berdisiplin dan
patuh kepada undang-undang, serta lain-lain nilai dan tabiat
baik yang dikehendaki supaya pelajar-pelajar dapat diasuh
menjadi warganegara yang baik dan berguna sepenuhnya
sepertimana yang diharapkan. Ini terbukti dengan adanya
kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu yang
dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu
bapa dan guru, pemulauan kelas, merosakkan harta benda
awam, penyalahgunaan dadah, melakukan perbuatan jenayah
dan anti nasional. Terdapat juga segelintir pelajar yang
menjadi golongan pelampau yang menyebar dan
mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai hidup yang murni.

3.1.5 Mewujudkan suasana dan tradisi sekolah yang dapat


dibanggakan oleh pelajar-pelajar dan masyarakat.

3.2 Fungsi JBPS

Di antara fungsi JPBS adalah :-

3.2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan gerakerja-


gerakerja ko-kurikulum dengan teratur dan terperinci dengan
menggembelingkan tenaga golongan pelajar, guru, ibu bapa
dan masyarakat.

3.2.2 Berusaha bagi menyediakan kemudahan-kemudahan dan


peralatan-peralatan gerakerja ko-kurikulum.

3.2.3 Berusaha meningkatkan lagi penglibatan pelajar dan


masyarakat setempat dan gerakerja ko-kurikulum sekolah.

3.2.4 Berusaha menerapkan nilai-nilai sosial yang positif, membina


sikap dan tabiat dan budi pekerti yang baik di kalangan
pelajar-pelajar.

3.2.5 Berusaha bagi mewujudkan semangat kekitaan di kalangan


masyarakat sekolah dan masyarakat setempat terhadap
institusi sekolah.

3.2.6 Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang


melibatkan diri dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah.

3.2.7 Menilai keberkesanan gerakerja ko-kurikulum sekolah dari


masa ke semasa.

3.3 Keanggotaan JBPS

Adalah dicadangkan keanggotaan Jawatankuasa ini seperti berikut :


Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan
Setiausaha : Pilihan Guru Besar
Ahli-ahli : Wakil masyarakat
Wakil PIBG
Wakil Lembaga Pengurus/Pengelola Sekolah
Wakil Murid Tua (jika ada)
Wakil-wakil Guru (termasuk guru Agama Islam)
Wakil Murid (ketua murid dan penolong)
(Bagi sekolah menengah bercampur, seorang
lelaki dan seorang perempuan).

(Pihak sekolah hendaklah mensesuaikan keanggotaan jawatankuasa ini


berdasarkan saiz dan peringkat sekolah (rendah dan menengah) dan
keadaan masyarakat tetapi penyertaan wakil PIBG, wakil komuniti dan wakil
persatuan murid tua (jika ada) hendaklah dikekalkan. Guru Besar dibolehkan
menjemput anggota-anggota lain jika perlu).

3.4 Jenis Gerakerja Ko-Kurikulum

Terdapat 3 jenis gerakerja ko-kurikulum di sekolah iaitu:

3.4.1 Pasukan Pakaian Seragam seperti Pasukan Anak Serigala,


Pasukan Pengakap, Pasukan Kadet Polis

3.4.2 Kelab/Persatuan seperti Persatuan Sains dan Matematik,


Persatuan Geografi/Sejarah, Kelab Keselamatan Jalanraya,
Kelab Komputer

3.4.3 Sukan (olahraga dan permaisuri) (sebagai contoh bersama-


sama ini disertakan senarai beberapa gerakerja ko-kurikulum
yang dijalankan di sekolah).

4. Mesyuarat

Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-


kurangnya tiga kali sepenggal (awal, pertengahan dan akhir penggal)
di mana laporan perkembangan tiap-tiap gerakerja itu dikaji dan nilai
untuk diambil tindakan pelaksanaan selanjutnya dengan lebih
berkesan lagi.

5. Penyertaan

5.1 Matlamat gerak kerja ko-kurikulum yang dikehendaki ialah


penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah
mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu
gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau
kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan. Seberapa
yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam
kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan.

5.2 Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi


mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja ko-
kurikulum sekolah.

5.3 Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk


menjalankan gerakerja ko-kurikulum ini hendaklah
menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam
membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat,
bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah, gerakerja-
gerakerja yang menekankan perpaduan kaum,
ketatanegaraan,moral dan sebagainya sesuai bagi pendidikan
menyeluruh dan pembentukan keperibadian.
6. Kemudahan

6.1 Sekolah hendaklah menggunakan secara maksima ruang dan alat-


alat yang sesuai dengan jenis gerakerja yang hendak dijalankan.

6.2 Sekolah hendaklah berusaha mengadakan kemudahan dan alat-alat


untuk gerakerja-gerakerja tersebut mengikut kemampuan sekolah
masing-masing. JBPS hendaklah berikhtiar mengadakan kemudahan-
kemudahan lain bagi menentukan gerakerja kokurikulum berjalan
dengan berkesan.

7. Pengecualian

Pelajar-pelajar yang dalam keadaan seperti berikut bolehlah dikecualikan


daripada menyertai gerakerja ko-kurikulum.

7.1 Kes-kes perubatan – pelajar yang telah disahkan oleh Doktor seperti
menghidap sakit jantung, lelah dan lain-lain penyakit yang boleh
membahayakan diri jika mereka mengambil bahagian.

7.2 Kecacatan – pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan anggota


tubuh yang boleh membahayakan diri mereka jika mengambil
bahagian dalam gerakerja yang sesuai bagi mereka.

7.3 Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas Agama di waktu


pagi/petang, satu penyesuaian terhadap pelaksanaan gerakerja ko-
kurikulum hendaklah diadakan. Untuk tujuan ini, Guru Besar
hendaklah berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan.

8. Tindakan Lanjut

8.1 Oleh kerana perseimbangan antara bidang kurikulum (akademik)


dengan ko-kurikulum ke arah pembentukan peribadi secara total di
kalangan pelajar-pelajar sangat penting, Kementerian Pelajaran
memandang JBPS adalah perlu. Oleh itu, Guru Besar hendaklah
mempunyai kepekaan, inisiatif, bersikap terbuka dan
berpandangan jauh dalam melaksanakan gerakerja ko-kurikulum ini
sesuai dengan konsep pendidikan menyeluruh.

8.2 Sebagai lanjutan daripada penubuhan JBPS, pihak sekolah


hendaklah juga mengambil tindakan berikut bagi mempastikan
keberkesanan gerakerja kokurikulum yang dijalankan.

8.2.1 Merakamkan secara terperinci kedatangan dan penyertaan


pelajar-pelajar di dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah dan
merekodkan gerakerja tersebut ke dalam sijil berhenti sekolah.
8.2.2 Guru Besar hendaklah mengambil peranan utama dalam
pengendalian dan pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan
mengamalkan dan menghayati Konsep Kepimpinan Melalui
Teladan.

8.2.3 Guru Besar dan guru-guru hendaklah menambahkan


pengetahuan serta melengkapkan diri dengan kemahiran-
kemahiran yang membolehkan mereka menjalankan tugas
dalam pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan cekap dan
berkesan.

8.2.4 Memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar


atau orang perseorangan. Penghargaan tidak hanya terbatas
kepada kejayaan/kemenangan semata-mata tetapi hendaklah
juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat
disiplin yang baik.

8.2.5 Mengadakan pertandingan-pertandingan yang melibatkan juga


murid-murid yang kurang berbakat atau yang kurang berminat.

9. Keselamatan Para Pelajar

Pihak sekolah hendaklah mengadakan langkah-langkah tertentu bagi


menentukan keselamatan pelajar-pelajar semasa menjalani gerakerja
ko-kurikulum.

10. Harap dimaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua


sekolah.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

t.t
(TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR)
Ketua Pengarah Pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia.
s.k.

1. Setiausaha Sulit kepada YB Menteri Pelajaran Malaysia

2. Setiausaha Sulit kepada YB Datin Paduka Rosemary Chong Timbalan


Menteri Pelajaran

3. Setiausaha Sulit kepada YB Encik Bujang Haji Ulis Timbalan Menteri


Pelajaran

4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia

5. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pelajaran Malaysia

6. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I, Kementerian Pelajaran Malaysia

7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II, Kementerian Pelajaran Malaysia

8. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran Malaysia

9. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia

10. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran Malaysia

11. Pegawai Khas kepada Y.B. Menteri Pelajaran

12. Ketua Unit Hal Ehwal Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia


LAMPIRAN 2.1

KP.8543/(10)

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

10hb. September. 1968

Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia


Bil.6/68. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 september 1968.
Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang

Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam persidangan Ketua-ketua


pegawai Pelajaran, surat siaran seperti di bawah ini dikeluarkan untuk dijadikan
pimpinan kepada Guru-guru Besar dalam Negeri tuan supaya dapat diadakan satu
persamaan cara tindakan.

2. Ibu bapa/Penjaga murid yang telah dibuang dari sekolah-sekolah telah


membuat pengaduan bahawa mereka tidak diberi tahu oleh Guru Besar tentang
kelakuan curang anak-anak mereka sebelum mereka dibuang.

3. Untuk mengelakkan aduan-aduan seperti itu pada masa akan datang


peraturan-peraturan yang berikut hendaklah diikuti oleh Guru-guru Besar
sebelum seseorang murid dibuang daripada sekolah.

i) Murid dan juga ibu bapa/penjaga mestilah diberi amaran bertulis


berkaitan dengan kesalahan atau kelakuan curang murid-murid itu
dan satu borang jawapan hendaklah disertakan supaya ibu
bapa/penjaga boleh memberi akuan terima atas surat amaran itu.

ii) Jikalau Kelakuan murid itu tidak juga berubah selepas tempoh yang
sepatutnya surat amaran yang kedua dan muktamad hendaklah
dihantar kepada ibu bapa/penjaga memberitahu mereka bahawa
sekiranya kelakuan murid itu tidak bertambah baik, murid itu akan
dibuang tanpa sebarang amaran.

iii) Jika setelah habis tempoh sepatutnya itu, selepas memberi amaran
kedua, dan murid itu tidak juga menjalankan perubahan dalam
kelakuannya. Guru Besar boleh memberhentikan murid itu untuk
sementara waktu dalam seminggu atau dua setinggi-tingginya. Di
sebaliknya jika keadaan tidak membenarkan, murid itu akan dibuang
terus.

iv) Satu salinan semua amaran-amaran penggantungan atau


pembuangan kepada ibu bapa/penjaga murid mestilah dikirimkan
kepada Pendaftar Sekolah-sekolah dan juga kepada Pengerusi
Lembaga Sekolah.
v) Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau
kelakuan curang yang yang memerlukan pembuangan serta-merta
tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan, ugutan-ugutan dan
acaman terhadap murid-murid), Guru Besar hendaklah
memberhentikan murid untuk sementara waktu sementara satu
penyelidikan dibuat. Jikalau penyelidikan itu membenarkan supaya
murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah.

vi) Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan


pembuangan murid itu supaya mereka boleh membuat rayuan
kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar itu.

vii) Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid


itu, persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid
itu boleh diterima masuk semula.

4. Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan


Pelajaran 1959(Tatatertib sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian
dalam pilihanraya atau kegiatan-kegiatan politik. Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah
diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk menggantung
atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini.

tt
(Yap Hong Kuan)
b.p setiausaha Tetap
(Bahagian Sekolah-sekolah)
Kementerian Pelajaran
LAMPIRAN 2.2

KP.8543 02(12)

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

18hb. September. 1968

Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia


Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 september 1968.
Tatatertib di Sekolah-sekolah

Tatatertib di Sekolah-sekolah

Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan
di antaranya didapati menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah
selepas sekolah. Mengikut aduan-aduan itu murid-murid ini adalah datang dari
sekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta lencana
sekolah mereka. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai
potongan rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemas
terutama sekali apabila mereka memakai seluar-seluar ketat.

2. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk


menjadikan mereka warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan
mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani, memahami perhubungan antara
manusia, kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan sains dan
bibitan-bibitannya. Oleh yang demikian, Peraturan-peraturan dan undang-undang
sekolah telah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolah-sekolah.

3. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya
ditakrifkan sebagai tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya
peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah diikuti. Oleh yang demikian
sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa tujuan
dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari
murid-murid belaka.

4. Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan


dalam Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk
membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M.E Circular Professional 6/68, tetapi
peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh digunakan
oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu. Surat
pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guru-
guru bahawa adalah merupakan salah satu dari tugas-tugas mereka untuk
membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah laku yang baik
dan tidak baik. Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah
perseorangan yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang
baik.
5. Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-
masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru
Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat
sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar.

6. Perkara-perkara tatatertib yang berat.

Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau


penggantungan sementara boleh ditimbangkan:

i) Membawa senjata-senjata yang merbahaya, dengan tujuan jahat.

ii) Mengancam penuntut-penuntut yang lain.

iii) Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukkan.

iv) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan


oleh Sekolah dan Pejabat Pelajaran.

v) Merosakkan atau membinasakan harta sekolah.

vi) Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram.

vii) Mencuri

viii) Melawan pihak-pihak yang berkuasa.

Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh


melebihi dari 10 hari.

7. Pakaian

Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai


hendaklah selaras dengan tujuan ini. Rambut juga hendaklah dipotong
baik.Dengan membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di
dalam bilik darjah. Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk
memperkembangan sifat-sifat diri yang baik, yang berguna seumur hidup.
Memandangkan kepada perkara-perkara diatas, kerjasama dari Guru Besar
serta Guru-guru adalah diminta supaya penuntut-penuntut mempunyai budi
pekerti, akhlak dan ketaatsetiaan yang baik.

Sekian,

tt
(Yap Hong Kuan)
b.p Setiausaha Tetap
(bahagian Sekolah-sekolah)
Kementerian Pelajaran
s.k.

Ketua Pegawai Pelajaran,


Semua Negeri.

Bahagian Kewangan.
Bahagian Pentadbiran.
Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan.
Bahagian Biasiswa dan Latihan.
Bahagian Sekolah-sekolah.
Bahagian Latihan Guru-guru.
Bahagian Pelajaran Teknik.
Bahagian Jemaah Nazir.
Bahagian peperiksaan.
LAMPIRAN 2.3

KP.8543/(11)

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

12hb. Oktober. 1968

Ketua Pegawai Pelajaran,


Semua Negeri.

Tuan,

Tambahan Kepada Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’


Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/68 dan 8/68

Saya adalah diarah merujuk kepada ceraian 2(iii) Surat Pekeliling


“Professional” Kementerian Pelajaran Bil. 6/1968 dan ceraian 6, Surat Pekeliling
“Professional” Kementerian Pelajaran Bil.8/1968 dan memaklumkan bahawa
penggantungan murid-murid tidak boleh melebihi dari 14 hari.

2. Saya adalah diarah menyatakan juga bahawa mengikuti 10(2) dalam


Peraturan Pelajaran (Tatatertib Sekolah) ibu bapa atau penjaga boleh membuat
rayuan dalam masa satu bulan selepas tarikh pembuangan itu kepada Menteri
Pelajaran.

Saya yang menurut perintah

tt
(Yap Hong Kuan)
b.p Setiausaha Tetap
Bahagian Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran

s.k
Bahagian Kewangan
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan
Bahagian Biasiswa dan Latihan
Bahagian Sekolah
Bahagian Latihan Guru

LAMPIRAN 2.6

KP.8548/8(75)
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur. 01-34

5hb. September. 1975

Pengarah Pelajaran Negeri,


Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas


Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.
Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara


menghisap rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di
negara ini. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah
namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini.
Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah
mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk
ini dari sekolah-sekolah.

2. Langkah-langkah

i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada


masa perhimpunan diadakan disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang
untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan.Tambahan pula adalah
didapatipenghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu
perkara ini tidak boleh diringankan. Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa
kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid
dari aktiviti yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu.
Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil
terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.

ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa


tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada murid-
murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan
bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu. Selepas tempoh
pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan
menghadapi tindakan disiplin.

iii) Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan


murid-murid yang merokok.

iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah


berikut hendaklah diambil:-

(a) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil.


(b) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa
kerjasamanya boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu
berhentikan merokok.
(c) Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk
perundingan(counceling) dan nasihat. Guru panduan dikehendaki
menyimpan rekod-rekod sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod
itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan.

3. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah
mengenai kandungan surat pekeliling ini drngan segera.

4. Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1975 adalah dibatalkan.
Perbezaan di antara Bil.6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i).

Saya yang menurut perintah,

tt
(KUM BOO)
Bahagian Sekolah-sekolah.
b.p. Ketua Setiausaha
Kementeria Pelajaran

s.k.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y.B. Menteri.
Ketua Setiausaha Kementerian.
Ketua Pengarah Pelajaran.
Timbalan Ketua Setiausaha.

LAMPIRAN 2.7

KP.8548/8/(67)
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

19hb. Ogos 1975

Pengarah Pelajaran Negeri,


Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.

Pengarah Latihan Guru.

Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas


No.7/1975 Ruj.KP.8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975.
Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar

Seperti yang telah diketahui, telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja
atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah. Pada umumnya
polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan
mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan, perawatan dan pemulihan) dan
mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu
supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini. Tindakan disiplin
hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan
untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan
Pengarah Pelajaran Negeri.

2. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil

Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang


tindakan yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai
perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan
menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Garis panduan yang
dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang
murid telah dikenali sama ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau
pengguna dadah tetap.

2.1. Rujukan Sendiri (Self-referral)

2.1.1 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa
Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah. Pada mulanya
menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal).
Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi
penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs).
Lazimnya dalam kes seperti ini, murid-murid meminta perkara ini
dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk
mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada
ibu bapa/penjaga, guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan.
Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuh-
penuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya.
Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau
menyalahgunakan dadah. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada
Guru Panduan. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk
menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada
badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan.

Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang


guru lain, maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2.2
di bawah.

2.1.2 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan


masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah
tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan. Dalam kes seperti ini,
Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan
membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan
Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya
rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga, Guru Besar,
pegawai masyarakat dan lain-lain. Murid itu hendaklah diberi jaminan
bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan
tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika
ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang
sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati. Guru
Panduan mestilah membantu murid untuk bersetuju tentang tindakan
yang akan diambil. Jika murid itu tidak dapat dipujuk, adalah menjadi
tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:-

a) Peraturan sekolah.
b) Kuasa ibu bapa/penjaga.
c) Perbekalan undang-undang (akta Dadah Berbahaya
(pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau
dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang
wajar untuk rawatan/pemulihan).

2.2. Rujukan oleh Guru-Guru/Murid

Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Panduan bahawa ia


mempunyai sebab yang nyata mengesyaki seseorang murid tertentu telah dan
sedang mencuba dadah. Atau seseorang murid lain mungkin dengan sukarela
memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan
dijalankan.

2.2.1 Dalam kes-kes seumpama itu, (setelah diadakan hubungan baik


dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah
memanggilnya untuk ditemuramah. Dalam temuramah itu maka
ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang
berhubung dengan kerja sekolah, sifat sendiri dan lain-lain. Guru
Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang
keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah
ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu
sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah. Jika Guru
Panduan menetapkan bahawa pengesyakkan itu sah, dia haruslah
menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orang-
orang lain akan dibuat dengan tujuan tertentu iaitu untuk menolong
murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan
dihormati.
2.3. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin

Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya


hukuman rotan, penggantungan terhadap seseorang murid kerana
kesalahan, kelakuan tidak senonoh misalnya mencuri, ponteng sekolah, tidak
hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil, murid itu bolehlah
dirujuk kepada Guru Panduan.

2.3.1 Dalam kes seperti ini, guru panduan haruslah menemuramah dan
berbaik-baik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk
menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami
yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak
senonoh. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang
ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan
diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin
merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu.
Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan
mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah,
maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk
bersetuju :-

i) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini


kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga.
ii) Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi
yang wajar untuk rawatan dan pemulihan.

Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut


prospek atau kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada
kemahuan dan azam murid itu sendiri untuk bebas daripada
bahaya itu.

3. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan


Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar.

a) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah.


b) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan.
c) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah
perundingan/temuramah-temuramah.
d) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain.
e) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera
memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid
yang terlibat.
f) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan.
g) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan
murid itu kepada doktor.
h) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu
menyalahgunakan dadah.
i) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai
Kebajikan Masyarakat.
j) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam.
k) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.
l) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah.
4. Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang.

a) Ganja (Marijuana)
b) Heroin (Heroin)
c) Morfin (Morphine)
d) Pil M dan Pil MX (M Pill. MX Pill)
e) Tranquilisers
f) Hallucinogen (Hallucinogens)

5. Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya


(Pindaan) 1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru
Besar.

6. Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah


menengah di bawah sampul SULIT.

Saya yang menurut perintah,

tt
(KUM BOH)
Bahagian Sekolah-sekolah.
b.p Ketua Setiausaha.
Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran
Setiausaha Sulit kepada Y.B Timbalan Menteri.
LAMPIRAN D

Ref: KP.8543/Vol 2(55)

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur. 01-34

4hb. November. 1975

Pengarah Pelajaran Negeri,


Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975


Ref.KP.8543/Vol.2(55) bertarikh 4 Novtember 1975.
Disiplin di Sekolah
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid

Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan-tujuan pelajaran ialah


untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini
bukan tugas dan tanggungjawab Guru Besar sahaja, bahkan tugas dan
tanggungjawab semua Guru lain. Oleh yang demikian semua Guru hendaklah jua
memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk
memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara
kecil pun diserahkan kepada Guru Besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara
biasa sahaja. Sepatutnya kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada
Guru Besar untuk mendapat keputusan.

2. Ordinan-ordinan/ Surat-surat Pekeliling/pekeliling Ikhtisas – Lampiran A

Untuk membaiki disiplin sekolah, adalah mustahak bagi tiap-tiap Guru Besar
dan Guru Penolong mengetahui dan memahami segala Ordinan/Surat Pekeliling/
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan kelakuan dan
disiplin di sekolah-sekolah. Untuk menolong sekolah mencapai tujuan ini. Maka satu
senarai Ordinan/Surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas berkenaan dengan perkara ini
disertakan dalam lampiran A.

3. Perkara-perkara Tatatertib yang Dianggap Berat – Lampiran C

Sebagai panduan kepada Guru-guru Besar dan Guru-guru, satu senarai


perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat, iaitu hasil daripada satu tinjauan
yang dibuat oleh Pejabat-pejabat Pelajaran Negeri di antara lain di mana
penggantungan sekolah sementara dan hukum buang sekolah dijatuhkan adalah
disertakan di Lampiran B.
4. Peraturan-peraturan Sekolah (School Rules) yang bertulis untuk Murid-
murid Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah – Lampiran C

Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah


masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi
maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahui. Satu salinan peraturan
sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan
kenyataan sekolah. Guru- guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik
perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu.
Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefects) mestilah faham
benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan Pengawas ini
mestilah mendapat sokongan dari Guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga
hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak
yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.

4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah
yang bertulis. Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah
sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak
mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru-guru Besar dan Pengetua-
pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan
sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara
yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam
Lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain
yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing.

5. Peraturan-peraturan khas untuk asrama, perpustakaan dan bilik-bilik mata


pelajaran praktikal dan lain-lain.

Guru Besar hendaklah menyediakan peraturan-peraturan Khas untuk asrama


dan perpustakaan dan pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik-bilik
seperti berikut:-

Bengkel Seni Perusahaan


Bilik Sains Rumahtangga
Bilik Makmal Sains
Dewan Pendidikan Jasmani dan lain-lain

6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi teladan budi pekerti


dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi
tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara
tingkahlaku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa
tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat
keputusan yang baik.

7. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu semua Guru-Guru Besar


Sekolah Menengah dan Rendah termasuk sekolah persendirian mengenai
kandungan surat pekeliling ini dengan segera.
Saya yang menurut perintah,

tt
(Kum Boh)
Bahagian Sekolah-sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran

s.k.

Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran


Setiausaha Sulit kepada Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran
Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran
Ketua Pengarah Pelajaran
Timbalan Ketua Setiausaha
Timbalan Ketua Pengarah
Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran
Setiausaha Politik kepada Y.B.M
Pegawai Khas I, II & III kepada Y.B. Menteri
LAMPIRAN B

Ref: KP.8543/Vol 2(55)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975


Perkara-perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat

i) Menjadi Ahli dalam pertubuhan haram.

ii) Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.

iii) Memukul guru-guru.

iv) Mengancam guru-guru atau Guru Besar ataupun Pengetua.

v) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan


oleh sekolah dan pejabat Pelajaran.

vi) Menulis kepada suratkhabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa


sekolah.

vii) Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah.

viii) Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.

ix) Mencuri.

x) Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan merbahaya.

xi) Menghisap rokok dan mengambil dadah (sila lihat Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 6/1975 dan 7/1975)

xii) Berjudi

xiii) Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan


sekolah.

xiv) Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau empat
amaran.

xv) Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru-guru


besar atau pengetua.

xvi) Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan


menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.

xvii) Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut


budi bicara guru besar atau pengetua sebagai pelanggaran tatatertib
yang berat.
BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 12-14, BANGUNAN BANK PERTANIAN
LEBOH PASAR BESAR Telefon : 922066
KUALA LUMPUR. Kawat : ‘PELAJARAN’

KP(BS)8591/Jld.ll/(17)

7HB November 1983

Pengarah Pelajaran Semua Negeri,


Malaysia.

YB. Datuk/Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983.


Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid
Yang Melakukan Perbuatan Salahlaku Yang Tidak
DinyatakanDalam Peraturan-peraturan Pelajaran.
____________________________________________

Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk menarik perhatian Guru-guru Besar dan guru-
guru mengenai hukuman-hukuman yang dikenakan kepada murid-murid yang
melakukan perbuatan-perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan di dalam
Peraturan-peraturan Pelajaran.

2. Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-


kesalahan sepertimana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang
sedia ada seperti Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959. Bagi tiap-
tiap kesalahan yang disebutkan dalam peraturan-peraturan itu, hukumannya juga
ada dinyatakan. Bagi perbuatan-perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam
Peraturan itu, misalnya membuat bising dalam darjah, tidak memberi perhatian
sewaktu guru mengajar, berkeliaran (lotering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak
diingini, tidak disebut dengan jelas akan hukumannya dalam Peraturan tersebut,
sungguhpun Peraturan tersebut memperuntukan secara am kuasa kepada Guru
Besar bagi menjalankan hukuman-hukuman biasa ke atas murid-murid untuk
menjaga disiplin atau ketenteraman sekolah.

3. Banyak aduan telah diterima oleh Kementerian ini mengenai tindakan


hukuman yang dikenakan oleh guru-guru ke atas murid-murid kerana melakukan
perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan itu. Tindakan hukuman itu adalah seperti
mengetuk/ menyekel kepala murid, menampar, mencubit hingga lebam, memulas
telinga, mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga,
mencela, mendera seperti berlari keliling padang, menjemur atau menghukum murid
secara kumpulan atas alasan sipesalah enggan mengaku dan berbagai lagi.
Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh
membawa kepada implikasi-implikasi yang tidak diingini.
Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

tt
(TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR)
Ketua Pengarah Pelajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

s.k.
1. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato’ Khalil bin Yaakob,
Timbalan Menteri Pelajaran.
3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Tang Tiong Hong,
Timbalan Menteri Pelajaran.
4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.
5. Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran.
6. Timbalan Ketua Setiausaha l, Kementerian Pelajaran.
7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l, Kementerian Pelajaran.
8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll, Kementerian Pelajaran.
9. Timbalan Ketua Setiausaha ll, Kementerian Pelajaran.
10. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran.
11. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran.
12. Pegawai Khas I kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
13. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran.
LAMPIRAN 2.15

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

SULIT KP(BS)8786-51 Jld.III (34)


27hb Jun 1978

Pengarah Pelajaran
Semua Negeri Semenanjung Malaysia
Sabah dan Sarawak

Tuan,

Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah

Masalah penyalahgunaan dadah pada masa ini adalah merupakan masalah negara
dan Kementerian Pelajaran memerlukan butir-butir dan kenyataan-kenyataan
kemaskini berhubung dengan murid-murid sekolah yang terlibat dengan perbuatan
ini.

2. Untuk membolehkan Kementerian ini menyimpan butir-butir dan maklumat


itu, saya adalah diarahkan meminta Sekolah-sekolah Menengah Bantuan Penuh di
negeri tuan supaya menghantar laporan tiap-tiap penggal mengenai kes-kes dadah
yang telah disahkan oleh doktor Kerajaan sahaja.

3. Laporan ini hendaklah dihantar tiap-tiap penggal untuk tahun ini dan tahun-
tahun akan datang.

Penggal I, kes-kes yang berlaku diantara


1hb. Januari – 30hb. April
Penggal II, kes-kes yang berlaku diantara
1hb. Mei – 31hb. Ogos
Penggal III, kes-kes yang berlaku diantara
1hb. September – 31hb.Disember

4. Guru Besar adalah diminta supaya berhati-hati apabila membuat Laporan


Penggal ini supaya perkiraan dua kali (double counting) tidak berlaku. Untuk
mengelakkannya, Guru Besar hendaklah menentukan supaya setiap kes itu
dilaporkan hanya satu kali sahaja sepanjang tempuh persekolahan seseorang murid
itu.

Kandungan surat ini sudah dipersampaikan kepada murid-murid yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

tt
(DATO’ HAJI MURAD MOHD. NOOR)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
s.k.

1. S.U.S kepada Y.B Menteri Pelajaran

2. S.U.S kepada Y.B Timbalan Menteri Pelajaran l

3. S.U.S kepada Y.B Timbalan Menteri Pelajaran ll

4. Ketua Setiausaha Kementerian

5. Timbalan Ketua Setiausaha l & ll

6. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l & ll

7. Pengarah Sekolah-sekolah

8. Pengarah Latihan Guru

9. Pengarah Pelajaran Teknik & Vokasional


Bahagian Sekolah-sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Kuala Lumpur. Telefon : 922066

KP.8591/ (99)

25hb Februari 1983

Pengarah Pelajaran
Semua Negeri Semenanjung Malaysia
Sabah dan Sarawak

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983


Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di sekolah-sekolah
_______________________________________________

Sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mendidik, melindungi dan mencegah


murid-murid daripada melibatkan diri dengan amalan merokok kerana merokok boleh
merosakkan kesihatan mereka. Maksud merokok di sini termasuklah menghisap
rokok atau cerut atau menghisap paip.

2. Guru-guru serta kakitangan-kakitangan sekolah mempunyai peranan dan


pengaruh yang kuat dalam menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada
murid-murid. Larangan merokok di bilik-bilik darjah atau di bilik-bilik yang dijadikan
bilik-bilik darjah jelas dinyatakan dalam para 38, ‘The Registration of School
Ordinance, 1950 – School (General) Regulation’. Larangan menghisap rokok ke atas
murid-murid sekolah juga telah ditegaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
6A/1975 bertarikh 5hb. September 1975.

3. Surat siaran ini adalah bertujuan untuk meminta sekolah-sekolah mengambil


langkah-langkah positif bagi menjayakan kempen anti merokok.

4. Berikut adalah garis panduan bagi menjayakan kempen ini.

4.1. Guru-guru dan Kakitangan sekolah

Menghisap rokok di kawasan sekolah dan dalam mesyuarat-


mesyuarat/ majlis-majlis rasmi di sekolah adalah dilarang kecuali di:-

4.1.1. Bilik guru/ bilik rehat bagi guru-guru, (apabila dibilik ini
diadakan mesyuarat rasmi atau diadakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran maka merokok adalah dilarang).
4.1.2. Bilik pekerja atau di tempat-tempat yang terselindung dari
pandangan murid-murid bagi kakitangan-kakitangan sekolah;
dan
4.1.3. Bilik pekerja kantin bagi pekerja-pekerja kantin. Mereka juga
dilarang merokok semasa bertugas.

4.2. Penyimpanan dan Penjualan Rokok di Kantin Sekolah

Menyimpan dan menjual rokok serta memaparkan iklan-iklan rokok di


kantin adalah dilarang.

4.3. Majlis Keramaian (Hari Ibu Bapa , Hari Penyampaian Hadiah, Hari
Sukan dan lain-lain )

Pihak sekolah hendaklah meminta kerjasama daripada pihak ibu


bapa dan orang ramai bagi menjayakan kempen ini. Poster-poster
atau papan-papan tanda dengan menggunakan bahasa yang halus
seperti “Terima Kasih kerana tidak merokok disini” boleh diadakan
dan dipamerkan di tempat-tempat tertentu.

4.4. Kerjasama Ibu Bapa

Untuk menjayakan kempen ini, Guru Besar, melalui PIBG, boleh


meminta kerjasama daripada pihak ibu bapa bagi menyedarkan anak-
anak mereka bahawa amalan merokok itu membahayakan kesihatan
dan membazir wang.

4.5. Sekolah Digunakan Oleh Pihak Luar

Ababila kawasan/ bangunan sekolah digunakan oleh pihak luar,


maka penerangan yang jelas mengenai larangan merokok hendaklah
dinyatakan kepada mereka.

4.6. Untuk menjayakan lagi kempen anti merokok ini, sekolah sekolah juga
adalah digalakkan berusaha mengadakan cara-cara lain yang sesuai
dengan kemudahan yang ada di sekolah dan mengikut keadaan
setempat.

5. Bersama-sama dengan surat siaran ini, disertakan juga Garis Panduan Tata
Susila Untuk membantu menjayakan kempen Anti Merokok’ dari Pekeliling AM
bilangan 12 Tahun 1982 bertarikh 17hb Ogos 1982 adri Jabatan Perdana menteri.

6. Harap maklumkan kandungan surat siaran ini dan Garis Panduan dari surat
Pekeliling Am Bilangan 12 1982 ini kepada semua sekolah di negeri tuan.

Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

tt
(DATO’ HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN)
Bahagian Sekolah-sekolah
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran

s.k. 1. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia.


2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato’ Khalil bin Yaakob,
Timbalan Menteri Pelajaran.
3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Tang Tiong Hong,
Timbalan Menteri Pelajaran.
4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.
5. Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran.
6. Timbalan Ketua Setiausaha l, Kementerian Pelajaran.
7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l, Kementerian Pelajaran.
8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll, Kementerian Pelajaran.
9. Timbalan Ketua Setiausaha ll, Kementerian Pelajaran.
10. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran.
11. Ketua Jemaah Nazir, Kementerian Pelajaran.
12. Pegawai Khas I kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
13. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran
LAMPIRAN 2.32

BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 12-14, BANGUNAN BANK PERTANIAN
LEBOH PASAR BESAR
KUALA LUMPUR Telefon : 2922066

KP(BS)8591/Jil.II/(56)

1 Ogos 1986

Semua Pengarah Pelajaran Negeri,


Malaysia

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986


Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah

Masalah disiplin para pelajar kini menjadi isu hangat dan sering diperkatakan oleh
pelbagai pihak. Bermacam-macam jenis salah laku dilakukan oleh para pelajar, iaitu
dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat, seperti
menyalahgunakan dadah, merompak, memeras ugut, merosakkan harta benda
sekolah(vandalism), mengancam Guru-guru dan murid-murid dan pelbagai lagi.

2. Ada banyak faktor yang menyebabkan mereka melakukan perbuatan-


perbuatan tersebut dan faktor-faktor ini lazimnya dikelompokkan kepada faktor
sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran dan pelbagai lagi. Faktor luar
sekolah ini adalah amat kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita. Oleh
yang demikian, tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang
boleh kita kawal dan ubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah
dan bilik darjah.

3. Surat pekeliling ini adalah siaran awal kepada satu gerakan yang sedang
dirancang oleh Kementerian Pelajaran Pelajaran untuk memperbaiki dan
mempertingkatkan lagi disiplin sekolah di seluruh negara, di samping ia bertujuan
untuk memberitahu dan mengingatkan lagi mengenai langkah-langkah yang perlu
diambil bagi memperbaiki dan mengurangi masalah-masalah disiplin di sekolah-
sekolah. Analisa daripada laporan-laporan yang diterima dan dari sumber-sumber
lain, menunjukkan bahawa ada di antara Pengetua dan Guru Besar serta Guru-
guru yang tidak tahu-menahu dan tidak memahami kuasa-kuasa yang
diperuntukan kepada mereka; prosedur mengambil tindakan disiplin dan jenis
hukuman yang boleh dikenakan. Dalam hubungan ini, terdapat ordinan-ordinan
pelajaran dan pihak Kementerian juga telah memberi panduan-panduan mengenai
disiplin sekolah, surat-surat pekeliling ikhtisas dan surat-surat siaran, sepertimana
tercatat dalam Lampiran l.
4. Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar mempunyai kuasa
bagi mengawal organisasi sekolahnya dan bagi menentukan disiplin, mereka
mempunyai kuasa menjalankan hukuman biasa sekiranya perlu dan difikirkan
munasabah. Oleh hal yang demikian, mereka adalah bertanggungjawab sepenuhnya
dan memastikan usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan lagi mutu disiplin di
sekolah masing-masing. Adalah tidak bijak sekiranya Pengetua atau Guru Besar
menyerahkan bulat-bulat kuasa disiplin ini kepada Guru-guru tanpa mengambil tahu
dan mengawalnya sendiri.

5. Bagi menentukan disiplin sekolah terkawal dan dalam masa yang sama dapat
dipertingkatkan, tindakan berikut hendaklah diambil:-

5.1. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah


hendaklah memastikan bahawa sekolah-sekolah mempunyai ordinan-
ordinan pelajaran, buku-buku panduan dan surat-surat pekeliling yang
berkaitan dan jika perlu membuat salinannya dan diedarkan ke sekolah-
sekolah.

5.2. Memastikan pihak sekolah menjalankan tindakan menyalurkan maklumat


mengenai ordinan-ordinan pelajaran, surat-surat pekeliling dan buku-
buku panduan yang ada kesemua Guru, misalnya dengan
mengadakan perbincangan, perbengkelan dan seumpamanya serta
memastikan semua Guru memahami kandungannya, hak-hak dan
tanggungjawab mereka serta prosedur-prosedur mengambil
tindakan disiplin yang betul. Guru-guru baru yang ditempatkan ke
sekolah-sekolah dari Maktab Perguruan dan Universiti hendaklah juga
diambil tindakan yang sama.

5.3. Menubuh dan menggerakkan Jawantankuasa hal-Ehwal Murid-murid


Peringkat Sekolah (sepertimana yang diarahkan melalui surat siaran
KP(BS)8591/Jld.ll/(16) bertarikh 10.10.1983 dan menentukan fungsi-
fungsi jawantankuasa ini dilaksanakan. Adalah didapati bahawa
terdapat banyak sekolah yang tidak menubuhkan jawatankuasa ini
dan mana-mana sekolah yang telah pun berbuat demikian, didapati
jawatankuasa ini kurang berfungsi. Perlu ditegaskan di sini bahawa
jawatankuasa disiplin sekolah (jika ada) adalah bertujuan bagi
membantu Pengetua atau Guru Besar dalam hal-hal yang berkaitan
dengan disiplin dan Pengetua atau Guru Besar tidak boleh
menurunkan kuasa kepada jawantankuasa ini bagi menjatuhkan
sesuatu hukuman. Pengetua atau Guru Besar hanya boleh
menurunkan kuasa seperti yang diperbekalkan mengikut para 6
‘Education (School Discipline) Regulations’, 1995 kepada Guru-
guru yang berdaftar bagi satu-satu kes sahaja.

5.4. Pihak sekolah hendaklah melaksanakan perakuan 69, 71, 72, 73, 74,
75, 76(a) dan (b), 78,79,80,82 dan 84 dalam Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) seperti yang
tercatat dalam lampiran ll.

5.5 Sekolah-sekolah hendaklah mewujudkan iklim disiplin sekolah yang


berkesan iaitu dengan membentuk orientasi bahawa sekolah adalah
juga sebagai punca masalah disiplin, mengorientasi para guru dan
kakitangan sekolah bahawa sekolah adalah bertanggungjawab bagi
meningkatkan lagi disiplin dan orientasi penyelesaian masalah
disiplin berasaskan kepada maklumat-maklumat sebenar.
5.6. Pejabat Pelajaran Daerah juga perlu berusaha mengambil langkah-
langkah bagi mengurangi masalah disiplin pelajar-pelajar di daerah
masing-masing kerana dalam keadaan yang ada sekarang kebanyakan
masalah disiplin adalah bercorak tempatan. Oleh yang demikian,
pengubahsuaian kepada panduan-panduan yang ada perlu dibuat
mengenai langkah-langkah dan strategi, mengikut kesesuaian keadaan
setempat. Di samping itu, Jawatankuasa Hal-Ehwal Murid-murid
Peringkat Daerah hendaklah juga digerakkan dengan lebih berkesan
lagi dan fungsi-fungsi jawatankuasa ini perlu dilaksanakan.

6. Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar-akhbar,


tuan hendaklah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran dengan segera
mengenai keadaan sebenarnya. Laporan bertulis boleh disusuli kemudian. Imej
buruk mengenai disiplin sekolah yang dipaparkan oleh media massa memberi kesan
negatif di fikiran orang ramai oleh kerana kurangnya usaha yang gigih dari pihak
kita untuk memberi penjelasan atau maklum balas mengenai kedudukan serta
perspektif yang sebenarnya kepada mereka. Oleh yang demikian, pihak tuan
bolehkan secara terus membuat kenyataan pembetulan kepada akhbar
memberitahu orang ramai mengenai gambaran sebenarnya jika perlu seberapa
segera yang boleh.

7. Harap tuan dapat maklumkan surat pekeliling ini kepada semua sekolah dan
Pejabat Pelajaran Daerah di negeri tuan.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

tt
(OMAR BIN MOHD. HASHIM)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

s.k. 1. Setiausaha Sulit Kanan kepada Y.B. Menteri Pelajaran.

2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Encik Bujang Haji Ulis,


Timbalan Menteri Pelajaran.

3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Encik Ng Cheng Kiat,


Timbalan Menteri Pelajaran.

4. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.

5. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,

6. Timbalan Ketua Setiausaha l,


Kementerian Pelajaran.
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KP/(BS)8591/Jld.VIII/(75)

22 Mei 1997

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1997:

Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok

Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.6a/1975: Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok, perkara 2(iv) (a).

2. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah
mengambil tindakan ke atas murid yang di dapati bersalah menghisap rokok dengan
mengenakan hukuman seperti berikut:

Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali

Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali

Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali

Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan


(selama tempoh tidak melebihi 14 hari)

Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah

3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua negeri


Y.Bhg.Dato’/Datuk/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
(DATUK MATNOR DAIM)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KP/(BS)8591/Jld.VIII/(76)

22 Mei 1997

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.5/1997:

Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

Dimaklumkan bahawa ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk


menjadikan bangunan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN
MEROKOK mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau,
1993.

2. Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan, semua


guru, kakitangan, Ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan
sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah.

3. Larangan ini meliputi keselurahan premis sekolah, sama ada di kawasan


terbuka mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari
pandangan murid. Perkara 4.1 dalam Surat Pekeliling Bil.1/1983:
Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-sekolah adalah terbatal.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
(DATUK MATNOR DAIM)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia.
2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato’ Khalil bin Yaakob,
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.
3. Y.B. datuk Dr. Chan Fong Onn,
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.
4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan.
5. Timbalan -Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian.
6. Timbalan - Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan.
7. Ketua –Ketua Bahagian Kementerian.
8. Ketua Unit Perhububgan Awan.
BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 12-14, BANGUNAN BANK PERTANIAN
LEBUH PASAR BESAR
KUALA LUMPUR.
Telefon :922066

Kawat:’PELAJARAN’

KP(SB) 8591/Jil.II/(17)

7 November 1983

Semua Pengarah pelajaran Negeri,


Malaysia

Y.B. Datuk/Tuan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983


Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid
Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak
Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran

Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk menarik perhatian Guru-guru Besar dan Guru-
guru mengenai hukuman-hukuman yang dikenakan kepada murid-murid yang
melakukan perbuatan-perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan di dalam
Peraturan-peraturan Pelajaran.

2. Kesalahankesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-


kesalahan sepertimana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang
sedia ada seperti Peraturan-peraturan Pelajaran(Disiplin) Sekolah 1959. Bagi tiap-
tiap kesalahan yang disebutkan dalam peraturan-peraturan itu, hukumannya juga
ada dinyatakan. Bagi perbuatan-perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam
peraturan itu, misalnya membuat bising dalam darjah, tidak memberi perhatian
sewaktu Guru mengajar, berkeliaran (loitering) dan berbagai lagi perbuatan yang
tidak diingini, tidak disebut dengan jelas akan hukumannya dalam peraturan
tersebut. Sungguhpun peraturan tersebut memperuntukan secara am kuasa kepada
Guru Besar bagi menjalankan hukuman-hukuman biasa ke atas murid-murid untuk
menjaga disiplin atau ketenteraman sekolah.

3. Banyak aduan telah diterima oleh Kementerian ini mengenai tindakan


hukuman yang dikenakan oleh guru-guru ke atas murid-murid kerana melakukan
perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan itu. Tindakan hukuman itu adalah seperti
mengetuk/ menyekel kepala murid, menampar, mencubit hingga lebam, memulas
telinga, mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga,
mencela, mendera seperti berlari keliling padang, menjemur atau menghukum murid
secara kumpulan atas alasan si pesalah enggan mengaku dan berbagai lagi.
Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh
membawa kepada implikasi-implikasi yang tidak diingini.

Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

tt
(TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR)
Ketua Pengarah Pelajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

s.k. 1. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia.


2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato’ Khalil bin Yaakob,
Timbalan Menteri Pelajaran.
3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Tang Tiong Hong,
Timbalan Menteri Pelajaran.
4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.
5. Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran.
6. Timbalan Ketua Setiausaha l, Kementerian Pelajaran.
7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l, Kementerian Pelajaran.
8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll, Kementerian Pelajaran.
9. Timbalan Ketua Setiausaha ll, Kementerian Pelajaran.
10. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran.
11. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran.
12. Pegawai Khas I kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
13. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran.
BAHAGIAN SEKOLAH,
JABATAN SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA Telefon : 03-2556900
50604 KUALA LUMPUR. Fax : 03-2535150
Kawat : “PELAJARAN”

KP(BS)8591/Jld.Vlll(
10)

11 Oktober 1995

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995


Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman
Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah
-------------------------------------------------------------------

Sejak akhir-akhir ini terdapat tindakan dan hukuman yang keterlaluan dikenakan oleh
pihak sekolah sama ada oleh pengetua, guru besar atau guru-guru ke atas pelajar-
pelajar sepertimana yang dilaporkan oleh media massa. Antaranya pelajar dijemur di
tengah panas, melakukan ketuk ketampi yang menyebabkan pengsan, mencubit
hingga berdarah, merotan hingga melukai dan mencederakan, berlari dengan
memakai seluar dalam dan menyuruh murid berbuat sesuatu yang tidak
berperikemanusiaan.

2. Tindakan-tindakan sedemikian telah menjadi pengetahuan masyarakat


umum. Disamping itu terdapat pula kejadian-kejadian yang berlaku di bilik darjah
atau di persekitaran sekolah secara senyap-senyap dan terselindung daripada
penglihatan kita, misalnya pengucapan kata-kata yang kesat dan penyikiran pelajar-
pelajar dengan cara memandang sepi dimana kesemuanya ini merupakan
pemusnahan semangat dan melanggar Tatacara Disiplin Sekolah yang telah
digariskan bagi panduan pengetua, guru besar dan guru-guru.

3. Pelbagai jenis tindakan yang menggambarkan perhubungan buruk antara


guru dengan pelajar akan berterusan dipaparkan di media massa untuk tatapan
masyarakat. Sekolah-sekolah akan terus menjadi sasaran dan maruah profession
perguruan akan terus tercabar dan seterusnya akan menggugat reputasi
Kementerian Pendidikan.

4. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk mengingati pengetua, guru besar
dan guru-guru supaya tindakan yang diambil hendaklah berdasarkan panduan-
panduan seperti yang terkandung dalam:

4.1 Panduan Am Disiplin Sekolah. Kementerian Pelajaran Percetakan


Adabi, Kuala Lumpur 1981.

4.2 Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan Guru


Kementerian Pendidikan. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur 1988.
4.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 bertarikh 17 November 1983 iaitu
mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan
Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-
Peraturan Pelajaran.

5. Antara panduan yang dijelaskan ialah:

5.1 Elak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat
kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu.

5.2 Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti
berbentuk penyeksaan, cacian di khalayak ramai yang memberi kesan
emosi atau lain-lain hukuman liar serta tidak berperikemanusiaan
hendaklah dielakkan.

6. Diharap Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan dapat memaklumkan kandungan Surat


Pekeliling ini kepada semua pengetua, guru besar dan guru.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

tt
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD. ZAHID BIN MOHD. NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia.
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(8)
19 Julai 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001


Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah
____________________________________

Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini .
Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah
seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. Walaupun secara
umum diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kejadian dengan
perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah, namun pentadbiran sekolah harus
memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah, namun pentadbiran
sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah.
Ringkasnya, ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emosi yang
didorong oleh pelbagai sebab. Dalam menanganinya, kita tidak kekurangan
pendapat dan saranan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku
seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah, murid bergaduh dan
bertumbuk di perhimpunan sekolah, dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain
adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan
sosial yang hebat, sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

2. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan


tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan
Bahagian dan Daerah(PPB/PPD), semua Pengetua dan Guru Besar supaya
mengambil langkah- langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan
disiplin di sekolah-sekolah. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah
dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi
pendidikan, iaitu di JPN, PPB/PPD, dan sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan
sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid
yang kemas kini.

2.1 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah

Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat
semula, sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal
murid yang cekap dan berkesan. Sistem tambahan boleh dicipta
sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal
pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik, emosi,
sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah.
Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid, sekolah diminta supaya
memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan
disekolah masing-masing. Profil yang mengandungi maklumat murid
seperti gambar murid, butiran peribadi dan keluarga, rekod disiplin,
prestasi akademik, minat, hobi, pilihan kerjaya dan kemahiran sosial
hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa. Profil ini hendaklah
dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid, sama ada
ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. Kaedah sebegini adalah
bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya
dengan lebih dekat lagi.

Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang


berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit
supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan
terhadap murid berkenaan. Semua rekod disiplin dan profil murid
hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Sekolah
hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam
tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan
persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu.

2.2 Pemantapan Pengurusan Disiplin

Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah


yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan
dengan masalah disiplin di kalangan murid. Dalam masa yang
sama, semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama
dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam
keadaan baik dan terkawal. Guru-guru kelas terutamanya, boleh
memainkan peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi
kumpulan murid-murid di kelasnya.

Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara


mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam kelas
masing-masing. Guru sewajarnya membantu murid yang
bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru
Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-murid
sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam
dalam hati sanubari mereka.

Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran


mengurangkan bilangan waktu mengajar Ketua guru Disiplin
supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan
laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku
murid serta langkah yang wajar diambil untuk memulihkan murid
berkenaan.

2.3 Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah

Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa


mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang
mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan.
Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga
keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan
sepenuhnya.
2.4 Sekolah Penyayang

Konsep “Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa sayang


menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid,
murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa
hendaklah dipertingkatkan lagi. Dengan wujudnya kemesraan ini
maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh
murid dapat dihindar dan dibendung.

Sekolah dengan kerjasama dan permuafakatan Persatuan ibu bapa


dan guru (PIBG) hendaklah merangka program “Lawatan ke Rumah”
(Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar
belakang murid dan keluarganya. Pendekatan ini adalah bertujuan
untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru
dengan ibu bapa. Selain daripada itu, sekolah juga harus
menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa
berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak
mereka dengan guru dari masa ke masa.

2.5 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri

Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang


berkaitan dengan keselamatan diri mereka, sama ada di sekolah atau
di luar waktu sekolah. Pendidikan Keselamatan diri boleh dilakukan
melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab
Pencegahan Jenayah, Pembimbing Rakan sebaya, Skim Lencana
Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain. Melalui
aktiviti kelab-kelab ini, penyebaran maklumat berkaitan dengan
kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk
difahami oleh murid-murid.

Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu


ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak
berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan, iaitu
ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut
amalan biasa seperti tertinggal bas, ibu bapa tidak menjemput seperti
biasa, tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi.

Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan


keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa.
Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan
menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau
kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Bahaya penggunaan alatan
elektrik, bahan kimia, alatan sukan dan permainan serta tingkah laku
yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh
guru-guru. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting
mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta
memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang
boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan.
2.6 Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah dan Masyarakat

Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka


yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Dalam hal ini pihak
sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua
masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Dalam
hal yang sama, ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan
kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka, malah
memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa
kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan
pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat.

Masyarakat sekitar seperti pihak polis. Majlis Perbandaran atau Pihak


Berkuasa Tempatan (PBT), Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK)
dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan
peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada
pelajar dan penduduk setempat. Sekolah perlu mewujudkan program-
program permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak
sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep
“School-Home-Community Partnership’.

2.7 Sekolah Selamat (Safe School)

Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi


keutamaan dalam pengurusan sekolah. Pemeriksaan secara
berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik,
sistem pendawaian elektrik, sistem bekalan gas, atau apa jua
sistem yang boleh mengudang bahaya di sekolah. Jabatan atau
agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan
Penyelamat, Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas, Polis Diraja
Malaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi untuk peperiksaan
segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau
kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru, kakitangan
dan murid-murid di sekolah.

Konsep “Sekolah Selamat” (Safe school) hanya dapat


dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah
laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri,
rakan sebaya serta orang lain. Pengetua/Guru Besar dan guru-
guru mesti selalu mengingatkan tentang kepentingan menjaga
keselamatan diri, harta benda, dan segala peralatan yang ada di
sekolah. Penjagaan serta penyelenggaraan yang baik terhadap
segala kemudahan ini akan menjamin persekitaran yang selamat
di sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk


memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di
bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya.
Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad


Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(9)
23 Julai 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001


Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif
_________________________________________

Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat murid-


murid sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri
dengan kumpulan Black Metal, Skin Head, Punk dan Cyber Cafe yang boleh
menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang
beragama lslam khususnya, kegiatan ini boleh menjejaskan aqidah mereka. Maka,
tindakan awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan
mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan
membabitkan lebih ramai murid.

2. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil


tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus
dalam kegiatan ini. Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memantau dan menyiasat
murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut.
Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan
pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid. Disamping
itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah
(PPB/PPD) dan sekolah mestilah mengadakan program-program khas untuk
memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika mereka terlibat dengan
kumpulan-kumpulan berkenaan.

3. Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadian-


kejadian serius yang berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau
faksimili dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita
sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-langkah Keberkesanan
Disiplin Sekolah (Para 6) :-m

“ Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar-


akhbar, tuan hendaklah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran
dengan segera mengenai keadaan sebenarnya...........................”
4. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan
penyelesaian yang segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negatif
yang melibatkan murid-murid sekolah pada masa kini dan juga masa-masa akan
datang.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad


Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(10)
24 September 2001
Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001


Semua Guru Adalah Guru Disiplin
____________________________________

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah


disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-
guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun
masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh. Perkara
ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya
bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.

2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua
guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah
dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal
yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

i. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968


mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan:
“.......tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari
masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah
diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara
biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada
guru-guru besar.”

ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah.


Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan:
“Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah
untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid
sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja,
bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang
demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar
bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk untuk
memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaklah
perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal
ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan
yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk
mendapat keputusan.”
3. Oleh hal yang demikian, adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan
dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan disiplin yang
tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai
guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa
mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan
berbentuk pencegahan(preventive), didikan(educative), pembetulan (corrective) dan
hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan
terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa sentiasa
mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang,
simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu,
kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin
murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar
perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan
hukuman tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, Y.bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk


memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan
guru besar agar arahan ini dipatuhi.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad


Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha,


Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan,


Kementerian Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan

11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS/HEP)8591/Jld.XVll(4)
14 Jun 2002

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002


Pelaksanaan Program Sekolah Selamat
____________________________________

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat


untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. Tujuan utama
pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga
sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari mana-
mana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam. Aspirasi sekolah Selamat
menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap
individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak, di samping amalan menjaga
keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.

2. Sehubungan dengan ini, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat


Pendidikan Bahagian/daerah, pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya
mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan yang rapi untuk
melaksanakan Program Sekolah Selamat di semua sekolah rendah dan sekolah
menengah.

3. Untuk Pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut


hendaklah diberi perhatian:

3.1 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan


Bahagian/Daerah:

3.1.1 Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekolah rendah
dan menengah di setiap negeri hendaklah melaksanakan Program
Sekolah Selamat dengan mengambil kira bilangan yang sama rata
antara sekolah di dalam bandar dan di luar bandar.

3.1.2 Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah


melaksanakan Program Sekolah Selamat.

3.1.3 Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di


Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah.
3.1.4 Fungsi jawantankuasa ini adalah merancang, menasihat,
memantau dan melapor mengenai pelaksanaan Program Sekolah
Selamat.

3.1.5 Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan


bukan kerajaan yang boleh membantu mempertingkatkan
keselamatan di sekolah.

3.1.6 Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan


kaedah pelaksanaan Sekolah Selamat ke semua sekolah.

3.2 Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah:

3.2.1 Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah,


yang keahliannya terdiri daripada warga sekolah dan juga wakil-
wakil daripada masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan.

3.2.2 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik


sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa ini dan juga berperanan
sebagai penggerak utama Program Sekolah Selamat.

3.2.3 Mendapatkan khidmat nasihat dari Sekolah-Sekolah Projek Rintis


yang ada di setiap negeri.

3.2.4 Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai


maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan.

3.2.5 Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan


bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu
mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program
Sekolah Selamat.

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k.
1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha,


Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan,


Kementerian Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan


PEKELILING-PEKELILING
IKHTISAS
LAMPIRAN 2.1

KP.8543/(10)

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

10hb. September. 1968

Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia


Bil.6/68. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 september 1968.
Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang

Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam persidangan Ketua-ketua


pegawai Pelajaran, surat siaran seperti di bawah ini dikeluarkan untuk dijadikan
pimpinan kepada Guru-guru Besar dalam Negeri tuan supaya dapat diadakan satu
persamaan cara tindakan.

2. Ibu bapa/Penjaga murid yang telah dibuang dari sekolah-sekolah telah


membuat pengaduan bahawa mereka tidak diberi tahu oleh Guru Besar tentang
kelakuan curang anak-anak mereka sebelum mereka dibuang.

3. Untuk mengelakkan aduan-aduan seperti itu pada masa akan datang


peraturan-peraturan yang berikut hendaklah diikuti oleh Guru-guru Besar sebelum
seseorang murid dibuang daripada sekolah.

viii) Murid dan juga ibu bapa/penjaga mestilah diberi amaran bertulis
berkaitan dengan kesalahan atau kelakuan curang murid-murid itu
dan satu borang jawapan hendaklah disertakan supaya ibu
bapa/penjaga boleh memberi akuan terima atas surat amaran itu.

ix) Jikalau Kelakuan murid itu tidak juga berubah selepas tempoh yang
sepatutnya surat amaran yang kedua dan muktamad hendaklah
dihantar kepada ibu bapa/penjaga memberitahu mereka bahawa
sekiranya kelakuan murid itu tidak bertambah baik, murid itu akan
dibuang tanpa sebarang amaran.

x) Jika setelah habis tempoh sepatutnya itu, selepas memberi amaran


kedua, dan murid itu tidak juga menjalankan perubahan dalam
kelakuannya. Guru Besar boleh memberhentikan murid itu untuk
sementara waktu dalam seminggu atau dua setinggi-tingginya. Di
sebaliknya jika keadaan tidak membenarkan, murid itu akan dibuang
terus.

xi) Satu salinan semua amaran-amaran penggantungan atau


pembuangan kepada ibu bapa/penjaga murid mestilah dikirimkan
kepada Pendaftar Sekolah-sekolah dan juga kepada Pengerusi
Lembaga Sekolah.
xii) Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau
kelakuan curang yang yang memerlukan pembuangan serta-merta
tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan, ugutan-ugutan dan
acaman terhadap murid-murid), Guru Besar hendaklah
memberhentikan murid untuk sementara waktu sementara satu
penyelidikan dibuat. Jikalau penyelidikan itu membenarkan supaya
murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah.

xiii) Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan


pembuangan murid itu supaya mereka boleh membuat rayuan
kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar itu.

xiv) Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid


itu, persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid
itu boleh diterima masuk semula.

4. Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan


Pelajaran 1959(Tatatertib sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian
dalam pilihanraya atau kegiatan-kegiatan politik. Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah
diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk menggantung
atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini.

tt tt
(Yap Hong Kuan)
b.p setiausaha Tetap
(bahagian Sekolah-sekolah)
Kementerian Pelajaran
LAMPIRAN 2.2

KP.8543 02(12)

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

18hb. September. 1968

Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia


Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968.
Tatatertib di Sekolah-sekolah

Tatatertib di Sekolah-sekolah

Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan
di antaranya didapati menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah
selepas sekolah. Mengikut aduan-aduan itu murid-murid ini adalah datang dari
sekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta lencana
sekolah mereka. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai
potongan rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemas
terutama sekali apabila mereka memakai seluar-seluar ketat.

2. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk


menjadikan mereka warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan
mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani, memahami perhubungan antara
manusia, kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan sains dan
bibitan-bibitannya. Oleh yang demikian, Peraturan-peraturan dan undang-undang
sekolah telah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolah-sekolah.

3. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya
ditakrifkan sebagai tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya
peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah diikuti. Oleh yang demikian
sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa tujuan
dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari
murid-murid belaka.

4. Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan


dalam Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk
membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M.E Circular Professional 6/68, tetapi
peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh digunakan
oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu. Surat
pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guru-
guru bahawa adalah merupakan salah satu dari tugas-tugas mereka untuk
membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah laku yang baik
dan tidak baik. Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah
perseorangan yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang
baik.
5. Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-
masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru
Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat
sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar.

6. Perkara-perkara tatatertib yang berat.

Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau


penggantungan sementara boleh ditimbangkan:

ix) Membawa senjata-senjata yang merbahaya, dengan tujuan jahat.

x) Mengancam penuntut-penuntut yang lain.

xi) Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukan.

xii) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan


oleh Sekolah dan Pejabat Pelajaran.

xiii) Merosakkan atau membinasakan harta sekolah.

xiv) Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram.

xv) Mencuri

xvi) Melawan pihak-pihak yang berkuasa.

Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh


melebihi dari 10 hari.

7. Pakaian

Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai hendaklah
selaras dengan tujuan ini. Rambut juga hendaklah dipotong baik.Dengan
membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di dalam bilik darjah.
Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk memperkembangan sifat-sifat
diri yang baik, yang berguna seumur hidup. Memandangkan kepada perkara-perkara
diatas, kerjasama dari Guru Besar serta Guru-guru adalah diminta supaya penuntut-
penuntut mempunyai budi pekerti, akhlak dan ketaatsetiaan yang baik.

tt
(Yap Hong Kuan)
b.p Setiausaha Tetap
(Bahagian Sekolah-sekolah)
Kementerian Pelajaran
s.k.

Ketua Pegawai Pelajaran,


Semua Negeri.

Bahagian Kewangan.

Bahagian Pentadbiran.

Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan.


Bahagian Biasiswa dan Latihan.

Bahagian Sekolah-sekolah.

Bahagian Latihan Guru-guru.

Bahagian Pelajaran Teknik.

Bahagian Jemaah Nazir.

Bahagian Peperiksaan.
LAMPIRAN 2.6

KP.8548/8(75)

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur. 01-34

5hb. September. 1975

Pengarah Pelajaran Negeri,


Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas


Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.
Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara


menghisap rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di
negara ini. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah
namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini.
Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah
mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk
ini dari sekolah-sekolah.

2. Langkah-langkah

i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada


masa perhimpunan diadakan disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang
untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan.Tambahan pula adalah
didapati penghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu
perkara ini tidak boleh diringankan. Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa
kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid
dari aktiviti yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu.
Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil
terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.

ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa


tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada murid-
murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan
bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu. Selepas tempoh
pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan
menghadapi tindakan disiplin.

iii) Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan


murid-murid yang merokok.

iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah


berikut hendaklah diambil:-

(d) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil.


(e) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa
kerjasamanya boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu
berhentikan merokok.

(f) Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk


perundingan(counceling) dan nasihat. Guru panduan dikehendaki
menyimpan rekod-rekod sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod
itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan.

3. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah
mengenai kandungan surat pekeliling ini drngan segera.

4. Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1975 adalah dibatalkan.
Perbezaan di antara Bil.6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i).

Saya yang menurut perintah,

tt
(KUM BOO)
Bahagian Sekolah-sekolah.
b.p. Ketua Setiausaha
Kementeria Pelajaran

s.k.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran.

Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y.B. Menteri.

Ketua Setiausaha Kementerian.

Ketua Pengarah Pelajaran.

Timbalan Ketua Setiausaha.


LAMPIRAN 2.7

KP.8548/8/(67)

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

19hb. Ogos 1975

Pengarah Pelajaran Negeri,


Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.

Pengarah Latihan Guru.

Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas


No.7/1975 Ruj.KP.8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975.
Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar

Seperti yang telah diketahui, telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja
atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah. Pada umumnya
polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan
mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan, perawatan dan pemulihan) dan
mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu
supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini. Tindakan disiplin
hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan
untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan
Pengarah Pelajaran Negeri.

2. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil

Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang


tindakan yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai
perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan
menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Garis panduan yang
dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang
murid telah dikenali sama ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau
pengguna dadah tetap.

5.1. Rujukan Sendiri (Self-referral)

2.1.3 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa
Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah. Pada mulanya
menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal).
Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi
penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs).
Lazimnya dalam kes seperti ini, murid-murid meminta perkara ini
dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk
mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada
ibu bapa/penjaga, guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan.
Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuh-
penuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya.
Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau
menyalahgunakan dadah. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada
Guru Panduan. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk
menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada
badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan.

Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang


guru lain, maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2.2
di bawah.

2.1.4 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan


masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah
tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan. Dalam kes seperti ini,
Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan
membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan
Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya
rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga, Guru Besar,
pegawai masyarakat dan lain-lain. Murid itu hendaklah diberi jaminan
bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan
tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika
ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang
sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati. Guru
Panduan mestilah membantu murid untuk bersetuju tentang tindakan
yang akan diambil. Jika murid itu tidak dapat dipujuk, adalah menjadi
tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:-

a) Peraturan sekolah.
b) Kuasa ibu bapa/penjaga.
c) Perbekalan undang-undang (Akta Dadah Berbahaya
(pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau
dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang
wajar untuk rawatan/pemulihan).

5.2. Rujukan oleh Guru-Guru/Murid

Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Panduan bahawa ia


mempunyai sebab yang nyata mengesyaki seseorang murid tertentu telah dan
sedang mencuba dadah. Atau seseorang murid lain mungkin dengan sukarela
memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan
dijalankan.

2.2.2 Dalam kes-kes seumpama itu, (setelah diadakan hubungan baik


dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah
memanggilnya untuk ditemuramah. Dalam temuramah itu maka
ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang
berhubung dengan kerja sekolah, sifat sendiri dan lain-lain. Guru
Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang
keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah
ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu
sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah. Jika Guru
Panduan menetapkan bahawa pengesyakan itu sah, dia haruslah
menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orang-
orang lain akan dibuat dengan tujuan tertentu iaitu untuk menolong
murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan
dihormati.

5.3. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin

Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya


hukuman rotan, penggantungan terhadap seseorang murid kerana
kesalahan, kelakuan tidak senonoh misainya mencuri, ponteng sekolah, tidak
hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil, murid itu bolehlah
dirujuk kepada Guru Panduan.

2.3.2 Dalam kes seperti ini, guru panduan haruslah menemuramah dan
berbaik-baik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk
menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami
yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak
senonoh. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang
ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan
diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin
merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu.
Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan
mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah,
maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk
bersetuju :-

iii) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini


kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga.
iv) Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi
yang wajar untuk rawatan dan pemulihan.

Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut prospek atau


kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada kemahuan dan azam murid itu
sendiri untuk bebas daripada bahaya itu.

3. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan


Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar.

m) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah.


n) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan.
o) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah
perundingan/temuramah-temuramah.
p) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain.
q) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera
memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid
yang terlibat.
r) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan.
s) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan
murid itu kepada doktor.
t) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu
menyalahgunakan dadah.
u) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai
Kebajukan Masyarakat.
v) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam.
w) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.
x) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah.
4. Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang.

d) Ganja (Marijuana)
e) Heroin (Heroin)
f) Morfin (Morphine)
g) Pil M dan Pil MX (M Pill. MX Pill)
h) Tranquilisers
i) Hallucinogen (Hallucinogens)

5. Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya


(Pindaan) 1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru
Besar.

6. Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah


menengah di bawah sampul SULIT.

Saya yang menurut perintah,

tt
(KUM BOH)
Bahagian Sekolah-sekolah.
b.p Ketua Setiausaha.
Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran

Setiausaha Sulit kepada Y.B Timbalan Menteri.


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(8)
19 Julai 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001


Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah
____________________________________

Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini .
Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah
seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. Walaupun secara umun
diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kejadian dengan
perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah, namun pentadbiran sekolah harus
memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah, namun pentadbiran
sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah.
Ringkasnya, ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emosi yang
didorong oleh pelbagai sebab. Dalam menanganinya, kita tidak kekurangan
pendapat dan saranan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku
seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah, murid bergaduh dan
bertumbuk di perhimpunan sekolah, dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain
adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan
sosial yang hebat, sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

2. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan


tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan
Bahagian dan Daerah(PPB/PPD), semua Pengetua dan Guru Besar supaya
mengambil langkah- langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan
disiplin di sekolah-sekolah. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah
dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi
pendidikan, iaitu di JPN, PPB/PPD, dan sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan
sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid
yang kemas kini.

2.3 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah

Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat
semula, sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal
murid yang cekap dan berkesan. Sistem tambahan boleh dicipta
sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal
pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik, emosi,
sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah.
Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid, sekolah diminta supaya
memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan
disekolah masing-masing. Profil yang mengandungi maklumat murid
seperti gambar murid, butiran peribadi dan keluarga, rekod disiplin,
prestasi akademik, minat, hobi, pilihan kerjaya dan kemahiran sosial
hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa. Profil ini hendaklah
dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid, sama ada
ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. Kaedah sebegini adalah
bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya
dengan lebih dekat lagi.

Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang


berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit
supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan
terhadap murid berkenaan. Semua rekod disiplin dan profil murid
hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Sekolah
hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam
tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan
persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu.

2.4 Pemantapan Pengurusan Disiplin

Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi


merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah
disiplin di kalangan murid. Dalam masa yang sama, semua guru
mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan
disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan
terkawal. Guru-guru kelas terutamanya, boleh memainkan
peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan murid-
murid di kelasnya.

Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-murid
yang bermasalah dalam kelas masing-masing. Guru sewajarnya
membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang
berkenaan kepada Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah
supaya murid-murid sedemikian dapat meluahkan apa jua
masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka.

Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu
mengajar Ketua guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa
yang cukup untuk menyediakan laporan atau profil yang lengkap
mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar
diambil untuk memulihkan murid berkenaan.

2.5 Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah

Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat


yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah
daripada guru kelas atau guru tingkatan. Murid-murid berkenaan
perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan
yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya.
2.6 Sekolah Penyayang

Konsep “Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa sayang


menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid,
murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa
hendaklah dipertingkatkan lagi. Dengan wujudnya kemesraan ini
maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh
murid dapat dihindar dan dibendung.

Sekolah dengan kerjasama dan permuafakatan Persatuan ibu bapa


dan guru (PIBG) hendaklah merangka program “Lawatan ke Rumah”
(Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar
belakang murid dan keluarganya. Pendekatan ini adalah bertujuan
untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru
dengan ibu bapa. Selain daripada itu, sekolah juga harus
menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa
berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak
mereka dengan guru dari masa ke masa.

2.7 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri

Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang


berkaitan dengan keselamatan diri mereka, sama ada di sekolah atau
di luar waktu sekolah. Pendidikan Keselamatan diri boleh dilakukan
melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab
Pencegahan Jenayah, Pembimbing Rakan sebaya, Skim Lencana
Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain. Melalui
aktiviti kelab-kelab ini, penyebaran maklumat berkaitan dengan
kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk
difahami oleh murid-murid.

Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu


ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak
berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan, iaitu
ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut
amalan biasa seperti tertinggal bas, ibu bapa tidak menjemput seperti
biasa, tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi.

Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan


keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa.
Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan
menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau
kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Bahaya penggunaan alatan
elektrik, bahan kimia, alatan sukan dan permainan serta tingkah laku
yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh
guru-guru. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting
mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta
memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang
boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan.
2.8 Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah dan Masyarakat

Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka


yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Dalam hal ini pihak
sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua
masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Dalam
hal yang sama, ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan
kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka, malah
memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa
kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan
pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat.

Masyarakat sekitar seperti pihak polis. Majlis Perbandaran atau Pihak


Berkuasa Tempatan (PBT), Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK)
dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan
peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada
pelajar dan penduduk setempat. Sekolah perlu mewujudkan program-
program permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak
sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep
“school-Home-Community Partnership’.

2.9 Sekolah Selamat (Safe School)

Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi


keutamaan dalam pengurusan sekolah. Pemeriksaan secara berkala
hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik, sistem
pendawaian elektrik, sistem bekalan gas, atau apa jua sistem yang
boleh mengundang bahaya di sekolah. Jabatan atau agensi yang
bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan
Bekalan Elektrik dan Gas, Polis Diraja Malaysia dan sebagainya
hendaklah dihubungi untuk peperiksaan segera sekiranya terdapat
tanda-tanda awal kerosakan atau kecemasan yang boleh
membahayakan guru-guru, kakitangan dan murid-murid di sekolah.

Konsep “Sekolah Selamat” (Safe School) hanya dapat dijayakan


sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh
menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri, rakan sebaya serta
orang lain. Pengetua/Guru Besar dan guru-guru mesti selalu
mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, harta
benda, dan segala peralatan yang ada di sekolah. Penjagaan serta
penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan
menjamin persekitaran yang selamat di sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk


memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di
bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya.
Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad


Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(9)
23 Julai 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001


Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif
_________________________________________

Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat murid-


murid sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri
dengan kumpulan Black Metal, Skin Head, Punk dan Cyber Cafe yang boleh
menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang
beragama lslam khususnya, kegiatan ini boleh menjejaskan aqidah mereka. Maka,
tindakan awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan
mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan
membabitkan lebih ramai murid.

2. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil


tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus
dalam kegiatan ini. Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memantau dan menyiasat
murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut.
Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan
pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid. Di samping
itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah
(PPB/PPD) dan sekolah mestilah mengadakan program-program khas untuk
memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika mereka terlibat dengan
kumpulan-kumpulan berkenaan.

3. Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadian-


kejadian serius yang berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau
faksimili dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita
sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-langkah Keberkesanan
Disiplin Sekolah (Para 6) :-m

“ Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar-


akhbar, tuan hendaklah menghubungi pihak Kementeriuan Pelajaran
dengan segera mengenai keadaan sebenarnya...........................”
4. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan
penyelesaian yang segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negatif
yang melibatkan murid-murid sekolah pada masa kini dan juga masa-masa akan
datang.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad


Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(10)
24 September 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001


Semua Guru Adalah Guru Disiplin
____________________________________

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah


disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-
guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun
masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh. Perkara
ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya
bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.

2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua
guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah
dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal
yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

2.1 Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968


mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan:
“.......tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari
masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah
diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara
biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada
guru-guru besar.”

2.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah.


Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan:
“Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah
untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid
sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan
tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian
semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap
mereka itu adalah bertanggungjawab untuk untuk memelihara disiplin
sesebuah sekolah dan janganlah hendaklah perkara-perkara kecil pun
diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara
biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus
diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.”
3. Oleh hal yang demikian, adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan
dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan disiplin yang
tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai
guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa
mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan
berbentuk pencegahan(preventive), didikan(educative), pembetulan (corrective) dan
hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan
terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa sentiasa
mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang,
simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu,
kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin
murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar
perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan
hukuman tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, Y.bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk


memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan
guru besar agar arahan ini dipatuhi.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad


Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian


Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan,


Kementerian Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan

11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900
PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :http://www.moe.gov.my
50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS/HEP)8591/Jld.XV
ll(4)
14 Jun 2002

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002


Pelaksanaan Program sekolah Selamat
____________________________________

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat


untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. Tujuan utama
pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga
sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari mana-
mana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam. Aspirasi sekolah Selamat
menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap
individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak, di samping amalan menjaga
keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.

2. Sehubungan dengan ini, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat


Pendidikan Bahagian/daerah, pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya
mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan yang rapi untuk
melaksanakan Program Sekolah Selamat di semua sekolah rendah dan sekolah
menengah.

3. Untuk Pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut


hendaklah diberi perhatian:

3.3 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan


Bahagian/Daerah:

3.3.1 Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekolah rendah
dan menengah di setiap negeri hendaklah melaksanakan Program
Sekolah Selamat dengan mengambil kira bilangan yang sama rata
antara sekolah di dalam bandar dan di luar bandar.

3.3.2 Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah


melaksanakan Program Sekolah Selamat.

3.3.3 Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di


Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah.
3.3.4 Fungsi jawantankuasa ini adalah merancang, menasihat,
memantau dan melapor mengenai pelaksanaan Program Sekolah
Selamat.

3.3.5 Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan


bukan kerajaan yang boleh membantu mempertingkatkan
keselamatan di sekolah.

3.3.6 Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan


kaedah pelaksanaan Sekolah Selamat ke semua sekolah.

3.4 Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah:

3.4.1 Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah,


yang keahliannya terdiri daripada warga sekolah dan juga wakil-
wakil daripada masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan.

3.4.2 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik


sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa ini dan juga berperanan
sebagai penggerak utama Program Sekolah Selamat.

3.4.3 Mendapatkan khidmat nasihat dari Sekolah-Sekolah Projek Rintis


yang ada di setiap negeri.

3.4.4 Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai


maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan.

3.4.5 Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan


bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu
mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program
Sekolah Selamat.

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k.
1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian


Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan,


Kementerian Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

You might also like