menjalankan urus tadbirnya berdasarkan kuasa-kuasa yang diperuntukkan didalam undang-undang. Tugas utama Pihak Berkuasa Tempatan adalah untukmemastikan kesejahteraan dan kelestarian masyarakat dengan menjalankantugas merancang, melaksana, mengawal perancangan dengan baik danmemberikan perkhidmatan yang tulus dan adil.Sistem Kerajaan Tempatan ataupun Pihak Berkuasa Tempatan inimerupakan kesan daripada penjajahan Britsh yang memerintah Tanah Melayusebelum Negara mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos lagi. Kebanyakkanundang-undang dan peraturan yang wujud ketika itu lebih berorentasikanundang-undang Inggeris. Jika diteliti pada masa kini PBT telah berjaya bebasdaripada pengaruh dan unsur-unsur British. Ia lebih mencerminkan sosiobudaya masyarakat Malaysia di dalan perjalanan urus tadbirnya di Malaysia.Struktur Pihak Berkuasa Tempatan dilihat meliputi Yang Dipertua atau DatukBandar dan Tidak Kurang daripada Lapan (8) dan tidak lebih daripad dua puluhempat (24) orang Majlis dan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.Kedudukan Majlis Pihak Berkuasa Tempatan boleh dikategorikan sebagaiµpenasihat¶ yang berbentuk menasihati dalam perundingan, bertanggungjawabmembuat keputusan, membenarkan dan mengarahkan kakitangannya untukmenyempurnakan sesuatu tugas. Majlis mempunyai Yang Dipertua sebagaiketua utama diikuti oleh Setiausaha dalam hierarki organisasi. Anggota Majlisterdiri dari kumpulan profesional dan pegawai kumpulan pentadbiran. Majlisbergerak melalui sistem jawatankuasa. Terdapat jawatankuasa kewangan,perlesenan, perancangan, lalulintas dan keindahan Bandar Pihak BerkuasaTempatan boleh dengan kuasanya melantik kumpulan pentadbir dibawahkendaliannya bagai mengurus dan menjalankan peranan yang telahdiperuntukkan kepadanyanya.