Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
ALAM SEKITAR MENGIKUT AGAMA

ALAM SEKITAR MENGIKUT AGAMA

Ratings: (0)|Views: 1,073|Likes:
Published by abjadm

More info:

Categories:Types, Research, Science
Published by: abjadm on Feb 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/19/2014

pdf

text

original

 
Posted by syafiqe on October 19, 2008
Oleh:Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim Jabatan Syariah & Undang-Undang  Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “
invironment 
” membawa maksudkeadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal,maka perkataan “alam sekitaradalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk jugafenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca
. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)
Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “
environmentalisme
“.Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait denganaktiviti manusia. (
 A. Bullock & O.Stallybrass, 1997 
)Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalahkeseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisiini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepadafenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metodeemperikal. (
Mohd Nur Hakimi Razana, 2004
)Dalam menguruskan alam sekitar, Barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam dirimanusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar. Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupayadipraktikkan.Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada Revolusi Industri.Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai kaedah bagimengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas. Namun, walauapapun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal untumenguruskan alam sekitar dengan berkesan. Apa yang pasti, ini disebabkan gejala “pemencilan pengaruh keagamaan” sebagai salah satu faktor penyumbang kegagalan tersebut.
 KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM 
Menurut Islam, “
invironmentalisme
” berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuanyang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai terashubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut sebuah hadis Rasullulah, misi kerasulannyaialah menyempurnakan akhlak yang mulia. (
 Zaini Ujang, 1993
)Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpuncadaripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia sebagaikhalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya makamanusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tandayang tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.
 HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM 
 
Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar kerana manusia dijadikandaripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan kembali seperti asal kejadiannya. Unsur alam lainseperti air juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan daripada manusia. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
 Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai BahawaSesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? makamengapa mereka tidak mahu beriman?”
(
al-Anbiya’, 30
)Bahan makanan manusia juga dijadikan daripada unsur air termasuk juga semua jenis haiwan. Initelah dijelaskan oleh Allah di dalam firmannya yang bermaksud: “
 Dan Allah menciptakan tiap-tiaphaiwan Yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan Dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan Dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja Yang ia kehendaki (selain dari Yang tersebut), keranaSesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
” (
an-Nur, 45
)Menerusi penjelasan dan penerangan berdasarkan dalil-dalil tentang hubungan manusia denganunsur-unsur tadi, dapat dilihat bahawa hubungan manusia dengan alam sekitar adalah sangat eratsaling berkait rapat antara satu sama lain. Malah ada ulama’ yang mengatakan bahawa jasadmanusia dijadikan daripada unsur yang telah bercampur melalui bahan makanan yang didapatidaripada tumbuh-tumbuhan (
Muhammad al-Mubarak, 1973
). Dengan ini jelaslah kepada kita betapa jelas dan kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi.
 PENGURUSAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 
Dalam konteks mengurus alam sekitar, Islam menegaskan supaya manusia tidak melakukankerosakan kepada alam sekitar sebagaimana yang telah kita lihat kini, kerosakan alam sekitar yangdilakukan oleh tangan manusia seperti pembalakan, penarahan bukit dan sebagainya. Dalam hal iniAllah berfirman yang bermaksud: “
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dandi laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian)kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
(
al-Rum, 41
)Sesungguhnya alam sekitar dan segala kekayaan adalah milik mutlak Allah sebagaimana firmanAllah yang bermaksud: “
 Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”
(
al-Maidah, 120
). Jelas, tiadasiapa yang berhak melarang orang lain menceroboh haknya sendiri untuk mencari sara hidup dialam ini. Tetapi perlulah diingat bahawa dalam mengejar kekayaan, alam sekitar tidak patut dicemar atau dimusnahkan. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud: “
 Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalelamelakukan kerosakan di bumi”
(
al-Syu’ara, 183
)Dalam konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai satu pengurusanalam sekitar yang dikehendaki oleh Islam, maka Islam meletakkan 5 konsep penting yang perluditerapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses pemeliharaan dan pemuliharaan alamsekitar.(
Mohd Nur Hakim Razana, 2004
)1.
 Konsep Tauhid 
 Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling ditekankan ialahkonsep tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam Islam. Dalam pandangan tauhid,manusia hanya takut pada satu kuasa dan dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim sahaja,mengadap pada satu kiblat dan menumpukan harapan dan kehendak pada satu sumber sahaja.(
Mohd Zuhdi Marzuki & Amer Saifude Ghazali, 2002
)1.
 Konsep Syariah
 Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Ia merupakan bidang ilmu pengetahuan yang

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Hanna Kham liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->