Professional Documents
Culture Documents
21 FEBRUARI 2011
Melalui ,
Tuan,
Dimaklumkan bahawa Kelab Karate-do Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum telah mengadakan
aktiviti latihan karate-do pada setiap hari Rabu pada pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang dan setiap hari
Sabtu pada pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang.
2. Setelah bermesyuarat dengan Jawatankuasa INDUK Persatuan Okinawa Goju-Ryu Karate-do Negeri
Melaka dan Persatuan Karate-do Daerah Jasin, kami berharap agar mendapat sedikit peruntukkan
daripada kerajaan negeri untuk menampung kos membeli peralatan dan keperluan sukan sewaktu seisi
latihan.
3. Hal ini demikian kerana kelab kami telah bergiat aktif daripada dahulu lagi tetapi kami berlatih dalam
keadaan yang serba kekurangan. Oleh yang demikian, hal ini adalah teramat sukar untuk pihak kami
membentuk dan melatih ahli-ahli kelab untuk mewakili SUKMA pada masa akan datang walaupun
potensi mereka adalah amat menonjol.
4. Sehubungan itu, kami ingin memohon sedikit peruntukan untuk peralatan / keperluan sukan yang
sememangnya telah diklasifikasikan sebagai keperluan. Berikut adalah dirujuk:
4. Harapan kami agar permohonan kami diluluskan supaya mencapai objektif kami disamping
memperkenalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum sebagai sekolah cemerlang luar bandar
yang mampu meraih kecemerlangan bukan sahaja dari segi akademik, malah dari segi kokurikulum
berlandaskan dasar baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dasar 1 Murid,
1 Sukan.
Di atas kesudian tuan yang diberikan, kami mendahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
…………………………………………………
(AHMAD ZABIDI BIN ABD. MALEK)
Guru Penasihat Kelab Karate-do
Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum
77300 Merlimau,
Melaka.
Disokong oleh,
…………………………………………………
(HJH MASNAH BINTI MD NOR)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum
77300 Merlimau,
Melaka.
Diluluskan oleh,
…………………………………………………
( )