You are on page 1of 20

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

1. Pengenalan

Menurut Kostelnik (1989), “theme teaching involves offering children an array of


activities built arround a central idea.” Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema
adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek atau pun
idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum.
Pendekatan bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema
ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran
dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan
mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep
yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan
tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan
merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-
peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.

Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang
pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum
memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak
dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.

Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama
iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapi tidak
mendalam. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh
dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Soalan 1.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memerlukan suatu bentuk pendekatan
yang menyeluruh. Pengelolaan alat, bahan dan proses pengajaran yang holistik member peluang
kepada guru untuk menghubungkan satu mata pelajaran dengan yang lain. Salah satu pendekatan
yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang
mengekspresi sesuatu tema adalah ‘Pendekatan Bertema’.

Pendekatan Bertema terbahagi kepada 3 tema utama iaitu Tema Persekitaran, Tema
Masyarakat dan Tema Komunikasi. Setiap tema akan diperincikan lagi penerangannya dalam
perenggan seterusnya.

JENIS-JENIS TEMA
1. Tema Persekitaran

Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu
memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak. Persekitaran sosial dipengaruhi oleh
gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan.

Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalah alam semula
jadi, buatan manusia dan teknologi.

1.1 Persekitaran – Alam Semulajadi

Peranan dan kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputi segala


aspek yang berada di persekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan tinggal dan
berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang, mendidik masyarakat
agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam menangani isu-isu alam sekitar dan
memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar.

a) Kelebihan – i) dapat menyemai rasa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.


ii) dapat memupuk rasa cintakan hidupan flora dan fauna.
b) Kekuatan – i) boleh menarik minat pelajar untuk belajar di dalam kelas.
ii) dapat menghubungkaitkan pengalaman persekitaran dengan
pembelajaran di dalam kelas.
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
c) Cabaran – i) pelajar di kawasan bandar mungkin kurang mendapat pendedahan
tentang haiwan dan tumbuhan.
ii) kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran

1.2 Persekitaran – Buatan Manusia

Persekitaran buatan manusia termasuklah rumah, pembinaan bangunan, jentera


pembinaan, perabot dan lain-lain.

a) Kelebihan – i) dapat mengenalpasti kesan bahan kitar semula.


ii) dapat menghasilkan bunyi yang kuat dan lembut (muzik).
b) Kekuatan – i) pelajar dapat mendemonstrasikan sapuan berus mengikut bunyi yang
dikeluarkan di tapak pembinaan (seni visual).
ii) pelajar dapat mendemonstrasikan pergerakan manipulatif
menggunakan bahan-bahan kitar semula (pendidikan jasmani).
c) Cabaran – i) sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas.

ii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang


berbeza- beza.

1.3 Persekitaran – Teknologi

Persekitaran teknologi pula melibatkan tema bercorak globalisasi, dunia tanpa sempadan,
komunikasi melalui internet, pelbagai jenis pengangkutan dan lain-lain. Tema ini boleh
digunakan dalam mengajar topik-topik daripada mata pelajaran lain seperti bahasa, sains,
kajian tempatan dan lain-lain.

a) Kelebihan – i) dapat meneroka pelbagai alat teknologi yang canggih dan terkini.
ii) dapat menghargai sumbangan sains dan teknologi dalam kehidupan
seharian.
b) Kekuatan – i) pelajar dapat meluahkan perasaan mereka secara bebas.
ii) pelajar dapat menggunakan kemahiran IT dalam menghasilkan
tugasan di sekolah.
c) Cabaran – i) pelajar di luar bandar mungkin kurang pendedahan kepada teknologi
maklumat kerana tiada akses internet.
ii) kekurangan infrastruktur di kawasan luar bandar.
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
2. Tema Masyarakat
Manusia telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Kita semua adalah makhluk sosial dan
berkongsi keperluan asas yang sama. Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat.
Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada mereka untuk mencipta aktiviti-aktiviti bagi
memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejak turun-temurun dan menjadi sebati
dalam masyarakat sehingga menjadi budaya.
Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaan mengikut latar
belakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaan menjadikan seseorang
individu itu unik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur, jantina, bangsa, status
sosial agama, saiz dan perwatakan. Kepelbagaian dan perbezaan ini boleh menyeronokkan
dan mengecewakan dalam usaha kita memenuhi kehendak individu, minat dan kebolehan.

a) Kelebihan – i) dapat membantu murid memilih dan memindahkan idea, mengolah,


sintesis dan penghargaan.

ii) memberi peluang secara mendalam untuk memahami peranan yang


dimainkan oleh muzik, seni dan pergerakan dalam kejayaan manusia.

b) Kekuatan – i) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti yang dijalankan.

ii) pelajar dapat memahami bahawa kesenian setiap budaya adalah


dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik, ekonomi dan lain-
lain.
c) Cabaran – i) masyarakat yang pelbagai bangsa, budaya dan agama kadang kala akan
menimbulkan konflik.

ii) sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas.

3. Tema Komunikasi
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk
menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan
memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku dalam konteks
yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikal
sosial dan temporal.
Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna dengan orang lain.
Sistem ini mengandungi aspek verbal (dalam bentuk bahasa) dan bukan verbal (isyarat).
Bahagian verbal adalah bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat . manakala bentuk bukan
verbal merangkumi hubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan
mata, sentuhan dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

a) Kelebihan – i) dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam


proses pengajaran dan pembelajaran.

ii) untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal

b) Kekuatan – i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman


verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual,
prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi.

ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan
kreativiti yang tinggi.

c) Cabaran – i) kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan murid yang


berbeza.

ii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-
beza.
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

Soalan 2.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SAINS

Mata Pelajaran : Sains


Tahun : Empat
Tarikh : 25 Jun 2009
Masa : 60 minit
Bidang : Menyiasat Alam Hidupan
Tajuk : Pengelasan Haiwan Mengikut Tabiat Makanan
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
i) Memahami hidupan makan makanan yang berbeza.
ii) Mengelaskan haiwan mengikut jenis makanannya
iaitu herbivor, karnivor dan omnivor.
KBKK : i) Mencirikan
ii) Mengelas
iii) Membanding beza
iv) Menghubungkait
Penggabung Jalinan
Kemahiran : Melukis, menggunting, berkomunikasi

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui bahawa benda hidup memerlukan
maknanan.
Strategi : Konstruktivisme, pemerhatian
TKP : Verbal Linguistik, Kinestetik, Muzikal
Bahan Bantu Mengajar : Slaid Power Point, radio, gambar haiwan.
Penerapan Nilai : Sikap ingin tahu, berani mencuba, mensyukuri nikmat
tuhan.
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

Langkah Aktiviti P & P Catatan

Set Induksi 1) Murid menyanyikan lagu ‘Bangau Oh Bangau’ SDP:


( 5 minit ) dengan iringan muzik.  Nyanyian

2) Guru minta murid berikan beberapa nama BBM:


haiwan yang terdapat dalam lagu tersebut dan Radio
apakah makanan yang dimakan oleh haiwan itu.
Strategi/TKP:
Verbal-Linguistik
Muzikal

Nilai:
Berani mencuba

Langkah 1 1) Guru menayangkan slaid persembahan MS BBM:


( 10 minit ) PowerPoint yang mengandungi bunyi haiwan, Slaid PowerPoint
dan minta murid meneka nama haiwan tersebut.
Strategi/TKP:
2) Murid diminta memberikan contoh haiwan dan Kontekstual
makanannya. (Cth:- Kambing – rumput, Verbal-Linguistik
Harimau – rusa, Ayam - padi, cacing.)
Nilai:
Berani mencuba

Langkah 2 1) Guru menerangkan bahawa haiwan boleh BBM:


( 20 minit ) dikelaskan mengikut tabiat makanannya iaitu: Slaid PowerPoint
i) Herbivor – makan tumbuhan (rujuk bahan
ii) Karnivor – makan haiwan lain. dalam CD)
iii) Omnivor – makan tumbuhan & haiwan lain. Strategi/TKP:
Kontekstual
2) Guru menunjukkan contoh-contoh haiwan Visual
menggunakan slaid PowerPoint.
Nilai:
3) Murid diminta salin nota yang dipaparkan ke Mensyukuri
dalam buku nota Sains. nikmat Tuhan

Langkah 3 1) Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti. SDP:


( 15 minit )  Melukis
2) Guru menunjukkan gambar haiwan dan murid
diminta melukis gambar haiwan yang mudah BBM :
seperti ayam, ulat beluncas dan ular beserta Gambar Haiwan
makanannya. Strategi/TKP:
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Visual-Ruang
Nilai :
Bersyukur

Penutup 1) Guru minta murid menyanyikan semula lagu SDP:


( 10 minit ) ‘Bangau Oh Bangau’ dan kali ini murid  Nyanyian
dikehendaki melakukan pergerakan mengikut  Pergerakan
watak di dalam lagu tersebut. ( Cth: watak Kreatif
kerbau yang sakit perut kerana makan nasi
mentah) BBM :
Radio
2) Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari
itu dan murid diminta menampalkan gambar Strategi/TKP :
yang siap dilukis tadi ke dalam buku nota. Muzikal
Kinestetik

Nilai :
Berani mencuba
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MATEMATIK

Mata Pelajaran : Matematik

Tahun : Satu

Tarikh : 25 Jun 2009

Masa : 60 minit

Tajuk : Nombor 1 hingga 10

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

i) Menyebut nombor 1 hingga 10 dengan perkataan.


ii) Membezakan nilai nombor kecil dan besar angka 1
hingga 10
iii) Menyusun secara menaik dan menurun nombor 1
hingga 10.
KBKK : i) Menjana idea

ii) Menghubungkait

Penggabung Jalinan
Kemahiran : Menulis, mengira, berkomunikasi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah tahu mengira dalam jumlah yang kecil

di dalam kehidupan harian mereka.

Strategi : Kontekstual, konstruktivisme, perbincangan.

TKP : Visual-Ruang, Logik-Matematik, Verbal-Linguistik

Muzikal

Bahan Bantu Mengajar : Slaid PowerPoint, kad nombor, radio.

Penerapan Nilai : Berani mencuba, keyakinan diri, bekerjasama


HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

Langkah Aktiviti P & P Catatan


Set Induksi 1) Guru menayangkan beberapa slaid Strategi/TKP :
(5 minit) PowerPoint yang mengandungi gambar Visual-Ruang
haiwan dengan jumlah bilangan yang berbeza. Verbal-Linguistik

2) Murid cuba menyebut bilangan haiwan BBM :


tersebut. Slaid PowerPoint

Nilai:
Berani mencuba

Langkah 1 1) Guru menunjukkan kad nombor yang tertulis Strategi/TKP :


(10 minit) nombor 2 dan 5. Kontekstual
Visual-Ruang
2) Murid menyebut dan mengeja dua nombor Verbal-Linguistik
satu digit angka 1 hingga 10. Logik Matematik

3) Murid membandingkan dengan perkataan BBM :


(lebih kecil / lebih besar) nilai dua nombor Kad nombor
satu digit dalam langkah 1)
. Nilai:
4) Murid memilih satu nombor yang disukai dan Berani mencuba
memberikan rasional pemilihannya. Keyakinan diri

Langkah 2 1) Guru membahagikan murid kepada kumpulan Strategi/TKP :


(15 minit) kecil. Perbincangan
kumpulan
2) Dalam kumpulan murid diminta menyusun Visual-Ruang
nombor-nombor yang diberi mengikut Verbal-Linguistik
susunan menaik. Logik Matematik

3) Kemudian murid-murid diminta menyusun BBM :


nombor-nombor mengikut susunan menurun. Kad nombor

Nilai:
Bekerjasama
Keyakinan diri
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

Langkah 3 1) Murid menyanyikan Lagu ‘Ten Little Indian SDP:


(25 minit) Boys’ / ‘Sepuluh Budak Hitam’ sambil  Muzikal
menggayakan dan melakonkan mengikut lirik  Pergerakan kreatif
lagu.
Strategi/TKP :
2) Murid diminta menyenaraikan kegunaan Konstruktivisme
nombor 1 hingga 10 dalam kehidupan Muzik
seharian mereka. Kinestetik
Verbal-Linguistik
3) Murid menulis nombor 1 hingga 10 di dalam Logik Matematik
buku nota. Visual

BBM :
Radio

Nilai:
Keyakinan diri

Penutup 1) Bersama-sama guru, murid diminta SDP:


(5 minit) menyanyikan Lagu 123 beramai-ramai sambil  Muzikal
menunjukkan jari mengikut angka yang
dinyanyikan. Strategi/TKP :
Muzik
Kinestetik
Verbal-Linguistik
Logik Matematik

BBM :
Radio

Nilai:
Keyakinan diri
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Rancangan Pengajaran Harian
Kemahiran Hidup

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup


Tahun : 5 Melur
Tarikh : 25 Jun 2009
Masa : 30 minit
Tajuk : Ikan Hiasan
Sub Tajuk : Penyediaan Bekas/Akuarium
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

i) Menyebut 3 daripada 5 aksesori bekas akuarium


dengan betul.
ii) Menyatakan 3 langkah menyedia dan menghias bekas
akuarium dengan betul.
iii) Melakukan amali penyediaan bekas ikan hiasan dengan
aksesori yang dibekalkan.
KBKK : i) Menjana idea
ii) Menghubungkait
Penggabung Jalinan
Kemahiran : Menyusun atur, berkomunikasi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui jenis-jenis ikan hiasan dan tujuan
memelihara ikan hiasan.

Strategi : Konstruktivisme, pemerhatian.


TKP : Verbal Linguistik, Muzikal

Bahan Bantu Mengajar : Ikan hiasan, bekas akuarium,pam, penapis, batu, poster,
model, kad nama, nota edaran.
Penerapan Nilai : Sikap ingin tahu, berani mencuba, mensyukuri nikmat
Tuhan, bekerjasama.
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

Langkah/
Aktiviti P&P Catatan
Masa
SDP:
 Nyanyian
Set induksi Nyanyian lagu ‘Ikan Kekek’
(3 minit) 1) Guru memaparkan senikata lagu ‘Ikan Kekek’. BBM:
Radio
2) Guru memperkenalkan tajuk pengajaran pada hari ini
iaitu “Penyediaan bekas/akuarium”. Strategi/TKP:
Verbal-Linguistik
3) Murid menyanyikan lagu ‘Ikan Kekek’ bersama-sama.
Muzikal

Nilai:
Berani mencuba

Langkah 1 Langkah-langkah Penyediaan Akuarium Hiasan. BBM:


Ikan hiasan
(7 minit) 1) Guru menerangkan tentang langkah-langkah menyedia
Kad nama
dan menghias bekas akuarium. Bekas akuarium
Tumbuhan hiasan
2) Guru mengingatkan tentang keselamatan dan
kerjasama dalam kumpulan. Strategi/TKP:
Kontekstual
3) Ketua kumpulan mengambil segala peralatan dan
Verbal-Linguistik
aksesori akuarium yang akan dipasang di meja
Nilai:
kumpulan mereka.
Bekerjasama

Langkah 2
Teknik menghias bekas akuarium. BBM:
(10 minit)
Ikan hiasan
1) Guru menerangkan teknik menghias bekas akuarium
Kad nama
menggunakan bahan-bahan yang telah diberi. Bekas akuarium
Tumbuhan hiasan
2) Guru menerangkan teknik-teknik memasukkan ikan
hiasan ke dalam bekas akuarium. Strategi/TKP:
Kontekstual
3) Murid membuat kerja amali selepas diberi
Konstruktivisme
penerangan oleh guru. Verbal-Linguistik
4) Murid memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium
Nilai:
dan melabelkannya dengan kad kumpulan. Bekerjasama
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

Langkah 3 Aktiviti Kuiz Berkumpulan tentang langkah-langkah BBM:


Kad jawapan
(7 minit) penyediaan bekas/akuarium ikan hiasan.
Pen marker
1) Guru memberi markah kepada kumpulan yang berjaya
Strategi/TKP:
menjawab soalan dengan betul.
Verbal-Linguistik
2) Murid menyertai aktiviti kuiz secara berkumpulan.
Nilai:
Bekerjasama

Penutup 1) Rumusan guru tentang isi pelajaran pada hari ini.


(3 minit) 2) Soal jawab tentang langkah-langkah penyediaan
akuarium yang baik.

Rancangan Pengajaran Harian


Pendidikan Seni Visual

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual


Kelas : Tahun 4 Bistari
Tarikh : 25 Jun 2009
Masa : 11.30 – 12.30 tengahari (60 minit)
Bidang Kegiatan : Menggambar – Teknik Kolaj
Tajuk : Rama-rama
Jenis : Kolaj
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah biasa melihat rama-rama yang berwarna-
warni.
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menghasilkan gambar rama-rama dengan menggunakan
teknik kolaj.
2. Menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan untuk
menghasilkan gambar rama-rama dengan teknik kolaj.
3. Menyatakan langkah-langkah untuk menghasilkan
gambar rama-rama dengan menggunakan teknik kolaj.

KBKK : Menjana idea, membuat urutan mengikut keutamaan.

Penggabung Jalinan
Kemahiran : Melukis, berkomunikasi, menggunting.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat rama-rama yang sebenar sebelum
ini.
Strategi : Kontekstual, konstruktivisme, pemerhatian.

TKP : Verbal-Linguistik, Visual-Ruang, Muzikal

Bahan Bantu Mengajar : Kertas lukisan, gunting, kolaj rama-rama, gam, kertas
warna, gambar rama-rama, carta senikata lagu.

Penerapan Nilai : Sikap ingin tahu, berani mencuba, keyakinan diri,


mensyukuri nikmat tuhan.

Langkah/Masa Aktiviti Catatan


Set Induksi 1) Guru meminta murid menyanyi lagu “ SDP:
 Nyanyian
(5 minit) Rama-rama” mengikut guru.
BBM:
2) Guru mengaitkan aktiviti menggambar Radio, carta
rama-rama dengan teknik kolaj.
Strategi/TKP:
Verbal-Linguistik
3) Guru bersoal-jawab dengan murid-murid Muzikal
berkenaan warna-warna yang terdapat
Nilai:
pada rama-rama. Berani mencuba
Keyakinan diri
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

Langkah 1 1) Guru menerangkan aktiviti yang akan BBM:


Gambar rama-rama, kolaj
(5 minit) dilakukan iaitu menggambar dengan
rama-rama yang telah siap
teknik kolaj serta menunjukkan contoh
Strategi/TKP:
karya yang sudah siap.
Penerangan
Kontekstual
2) Guru menerangkan alat dan bahan yang Verbal-Linguistik
Visual-Ruang
diperlukan untuk melakukan aktiviti.

Langkah 2 1) Guru menunjuk cara untuk membuat BBM:


Kolaj rama-rama yang
(5 minit) gambar rama-rama dengan teknik kolaj.
telah siap, gam, gunting,
kertas lukisan, kertas
2) Guru membimbing murid menyiapkan warna,
gambar rama-rama dengan teknik kolaj
Strategi/TKP:
dengan menekankan aspek keselamatan Penerangan
Konstruktivisme
semasa menjalankan aktiviti.
Verbal-Linguistik
Visual-Ruang

Nilai:
Berani mencuba
Keyakinan diri
Sikap ingin tahu

Langkah 3 1) Guru membimbing murid untuk BBM:


Kolaj rama-rama yang
(40 minit) menyiapkan gambar rama-rama dengan
telah siap, gam, gunting,
teknik kolaj. kertas lukisan, kertas
warna,
2) Murid dapat menghasilkan gambar rama-
Strategi/TKP:
rama dengan menggunakan teknik kolaj. Penerangan
Konstruktivisme
Verbal-Linguistik
3) Murid dapat menjalankan aktiviti dengan
Visual-Ruang
lancar di bawah penyeliaan guru.
Nilai:
Berani mencuba
Keyakinan diri
Sikap ingin tahu
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

Penutup 1) Guru membuat rumusan berdasarkan SDP:


 Nyanyian
(5 minit) hasil kerja murid.
 Pergerakan Kreatif

2) Murid menyanyikan semula lagu “Rama- BBM :


Radio , carta senikata lagu
rama” dengan melakukan pergerakan
“Rama-rama”.
seperti rama-rama sedang terbang.

Strategi/TKP :
Muzikal
Kinestetik

Nilai :
Berani mencuba

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


BAHASA MELAYU (PENDIDIKAN KHAS)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 1 Orkid

Tarikh : 25 Jun 2009

Masa : 60 minit

Tema : Haiwan
Tajuk : Haiwan Jinak/ Haiwan Peliharaan.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
i) Menyambung 3 kad huruf daripada 5 kad perkataan
yang diberikan.
ii) Menulis 3 perkataan yang bermakna berkaitan
dengan haiwan.
iii) Menulis 2 ayat mudah mengenai haiwan.

KBKK : i) Menjana idea


ii) Membanding beza
iii) Menghubungkait
Penggabung Jalinan
Kemahiran : Menyanyi, mewarna, simulasi/main peranan,
berkomunikasi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat haiwan-haiwan jinak atau


peliharaan di sekitar ataupun disekeliling rumah mereka.

Strategi : Konstruktivisme, pemerhatian

TKP : Verbal Linguistik, Kinestetik, Muzikal

Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar haiwan, kad nama haiwan, slaid Power Point

Penerapan Nilai : Berani, sayang pada binatang, mensyukuri nikmat Tuhan.

Langkah/
Aktiviti P&P Catatan
Masa

Set induksi 1) Guru minta murid menyebut haiwan peliharaan Strategi/TKP:


mereka di rumah. Soal jawab
( 5 minit) Verbal-Linguistik
2) Murid menyebut haiwan-haiwan peliharaan mereka
Nilai:
di rumah. Berani mencuba
Sayang akan haiwan
3) Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran
hari ini.

Langkah 1 1) Guru menunjukkan kad haiwan. BBM:


Kad gambar haiwan
(10 minit) 2) Murid diminta menyebut nama haiwan dengan Kad nama haiwan
betul.
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Strategi/TKP:
3) Murid diarahkan untuk menyambung titik-titik pada Soal jawab
huruf yang membentuk nama-nama haiwan. Verbal-Linguistik

Nilai:
Berani mencuba

Langkah 2 1) Guru menayangkan slaid persembahan MS BBM:


PowerPoint yang mengandungi bunyi haiwan, dan Slaid PowerPoint
(20 minit) minta murid meneka nama haiwan tersebut.
Strategi/TKP:
2) Pelajar ditunjukkan gambar haiwan kemudian Visual-Ruang
diarahkan untuk menulis huruf dan suku kata yang Verbal-Linguistik
membentuk nama-nama haiwan tersebut.
Nilai:
Berani mencuba

Langkah 3 1) Guru menunjukkan gambar haiwan (kucing). BBM:


Gambar haiwan
(15 minit) 2) Murid kemudiannya diarahkan untuk menulis
Kad perkataan
beberapa perkataan tentang haiwan tersebut.

3) Murid diarahkan untuk menulis ayat mudah Strategi/TKP:


mengenai haiwan tersebut. Konstruktivisme
Visual-Ruang
Verbal-Linguistik

Nilai:
Berani mencuba

Penutup 1) Guru minta murid menyanyikan lagu ‘Bangau Oh SDP:


Bangau’ dan murid dikehendaki melakukan  Nyanyian
(10 minit) pergerakan mengikut watak di dalam lagu tersebut. (  Pergerakan
Cth: watak kerbau yang sakit perut kerana makan Kreatif
nasi mentah).
BBM :
Radio
2) Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari itu.

Strategi/TKP :
Muzikal
Kinestetik

Nilai :
Berani mencuba
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

You might also like