You are on page 1of 7

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN

740715055499001 BEME
2.3.2 Pembelajaran Pasukan Pelajar

Teknik Pembelajaran Pasukan Pelajar dibentuk oleh pengkaji dari Universiti Johns Hopkins. Konsep utama di dalam

teknik ini ialah ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya.

2.3.3 Jiqsaw

Teknik Jiqsaw yang asal diperkenalkan Aronson (Slavin (1990)). Teknik ini mengandungi dua jenis kumpulan iaitu

kumpulan pembelajaran dan kumpulan pakar. Di dalam kumpulan pembelajaran, setiap ahli dipertanggungjawabkan

untuk menguasai satu tajuk kecil yang berbeza antara ahli. Di dalam kumpulan pakar mereka akan belajar bersama-

sama untuk menguasai tajuk tersebut. Setelah itu setiap ahli kembali kepada kumpulan pembelajaran masing-masing

untuk mengajar rakan kumpulan.

2.3.4 Penyiasatan Kumpulan

Teknik Penyiasatan Kumpulan adalah berdasarkan falsafah yang dikemukan oleh John Dewey yang mana beliau

berpendapat kerjasama di dalam kelas merupakan syarat asas bagi menghadapi masalah hidup yang kompleks di

bawah demokrasi. Perlaksanaannya bergantung kepada latihan dalam kemahiran berkomunikasi dan bersosial.

2.3.5 Pendekatan Berstruktur

Pendekatan Berstruktur berdasarkan kajian yang menunjukkkan tingkahlaku manusia dipengaruhi keadaan

persekitaran (Brandt, 1989). Jika ia merangsang kea rah koperatif, manusia cenderung bersikap koperatif.

Pendekatan ini dikatakan berstruktur kerana guru boleh memilih pendekatan yang dicadangkan mengikut situasi atau

aktiviti di dalam kelas.

12
PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN
740715055499001 BEME
2.4
Langkah-langkah Pembelajaran Koperatif

Terdapat 6 fasa atau langkah utama di dalam Pembelajaran Koperatif (Arends, 1997:113). Pembelajaran dimulai

dengan guru menyampaikan tujuan pembelajaran dan motivasi kepada pelajar untuk belajar. Fasa ini diikuti oleh

pelajar dengan penyajian informasi dalam bentuk teks bukan verbal. Seterusnya, pelajar dibahagikan kepada

beberapa kumpulan belajar. Pada tahap ini guru memainkan peranan sebagai pembimbing semasa pelajar

bekerjasama menyelesaikan tugasan mereka. Fasa terakhir dari Pembelajaran Koperatif ialah penyampaian hasil

kerja kumpulan, kuiz dan memberi penghargaan kepada kumpulan dan individu. Keenam fasa pembelajaran

koperatif dirangkumkan pada jadual 1 ini.


Jadual 2.1:
Langkah-langkah Pembelajaran Koperatif
Fasa
Kegiatan Guru
Fasa 1
Menyampaikan tujuan dan
memotivasikan pelajar.

Guru menyampaikan semua tujuan pembelajaran yang


ingin dicapai pada pelajaran tersebut dan
memotivasikan pelajar uuntuk belajar.

Fasa 2
Menyajikan informasi
Guru menyajikan informasi kepada pelajar dengan
demonstrasi atau teks.
Fasa 3

Mengorganisasikan pelajar ke
dalam kumpulan-kumpulan
belajar

Guru menjelaskan kepada pelajar bagaimana caranya


membentuk kumpulan belajar dan membantu setiap
kumpulan agar melakukan perubahan yang efisien.

Fasa 4
Membantu kerja kumpulan
Guru membimbing kumpulan-kumpulan belajar
semasa mereka menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Fasa 5
Menguji Isi pelajaran
Guru menguji isi pelajaran atau kumpulan
membentangkan hasil mereka.
Fasa 6
Memberi penghargaan
Guru Memberikan cara-cara untuk menghargai baik
upaya maupun hasil belajar individu dan berkumpulan.
13
PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN
740715055499001 BEME
2.5
Kajian – kajian Lepas

Kajian Jamilah Karim (1993) mendapati Kelas Tingkatan 1 Pembelajaran Koperatif mendapat skor yang lebih tinggi

dari pencapaian kelas Tingkatan 1 tradisional. Pelajar menyatakan mereka seronok belajar dalam kumpulan tetapi

tidak mahu hanya teknik ini saja terus menerus. Penulis semasa memerhati kelas ini berjalan mendapati guru berjaya
mengimplimentasikan teknik STAD ini dan murid juga selepas dua minggu dapat menyesuaikan diri dengan teknik

ini. Pelajar yang terdiri dari pelbagai etnik boleh bekerjasama dalam kumpulan.

Di dalam tahun 1996 Khairiah telah menjalankan kajian yang sama tetapi disebuah sekolah di ibu kota. Kajian tidak

menunjukkan perbezaan di antara Pembelajaran Koperatif dan pembelajaran tradisional. Namun bila murid di

temubual mereka mengatakan mereka seronok belajar dalam kumpulan. Nilai murni seperti bekerjasama, toleransi,

berani, sayang pada kawan-kawan, kebolehan interaksi dengan pelbagai etnik dapat diperhatikan.

Dapatan kajian Alimah (1996) bagi sebuah sekolah rendah di Kajang menunjukkan bahawa kaedah Pembelajaran

Koperatif ini berkesan untuk pelajar pemulihan Tahun 3 dari aspek pencapaian Bahasa Melayu. Pelajar lebih berani

bercakap, memberi pendapat, berkeyakinan diri, dan dapat bergaul dengan pelajar yang lebih pandai.

Kajian Yee Cheng Teik (1995) berbeza dengan kajian di atas dari segi teknik. Kaedah yang digunakan ialah

JIGSAW dan Circle Of Learning (COL). Namun dapatannya menyokong dapatan bahawa Pembelajaran Koperatif

dapat meninggikan prestasi matematik pelajar Tingkatan 4 di sekolahnya. Penyelidik ini adalah guru di sekolahnya

di Perak dan telah menjalankan kaji selidik dalam keadaan sebenar di sekolah tersebut.

Salmiah Sidek ( 2003 ) telah membuat penyelidikan mengenai kemahiran belajar secara koperatif bagi

meningkatkan prestasi pelajar di SMK Alor Akar, Kuantan . Kajian dijalankan berikutan kebanyakan pelajar beliau

bersikap pasif semasa pengajaran dan

14
PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN
740715055499001 BEME
pembelajaran berlangsung. Dengan membina bahan yang bersesuaian dengan kaedah
Jigsaw dan STAD , beliau mendapati –
i.
peratus pelajar yang dapat mengingat dengan lebih cepat
ii.
peluang bertanya untuk mendapatkan maklumat adalah lebih tinggi dari
sebelumnya.
iii.

Meriam Ismail ( 1997 ) telah mengkaji kesan strategi Team – Games Tournament(TG

You might also like