Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Gaya Bahasa
 Jenis GayaBahasaHuraiannya
(a)Personifikasi
Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan.
Membawa maksud tindakan pengarang memberikan
sifat manusia
, samaada daripada
 
segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
Contohnya:
...matahari pagi
bangkit 
daripada selimut gunung,benaknya
mendandan
sejuta persoalan
 (b) Simile
Merupakan unsur yang digunakan untuk
menyamakan
sesuatu objek ataubenda dengan sesuatu benda yang lain. Perbandingan jenis ini lebih mudahdikesan, berbanding unsur perbandingan metafora. Unsur ini menggunakanperkataan
seperti 
,
umpama
,
bak 
, dan
laksana
untuk menunjukkanperbandingan
.
Contohnya:
...marahnya
umpama
api yang merah membakar...
 (c) Metafora
Merupakan
perbandingan
secara
terus
atau
langsung
tanpa menggunakankata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
Merupakan
perbandingan yang menggunakan kata
konkrit (bolehdihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
Contohnya:
 perahu duka, ladang kesabaran
,
 samudera hampa, lautan fikiran
 (d) Hiperbola
Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara
berlebih-lebihan
daripada maksud yang sebenarnya
Contohnya:
 seribu lautan
sanggup diharungi
 (e) Sinkof 
Bermaksud
penyingkatan
perkataan
Contohnya:
"Apa dah jadi ni?" 
 (f) Rima
Bermaksud
bunyi akhir suku kata
pada tempat yang
bersetentang
antaradua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi
 Terdiri daripada
rima awal 
,
rima dalam,
dan
rima akhir
 (g) Asonansi
Merupakan pengulangan
bunyi vokal
yang sama dalam baris-baris sajak
Contohnya: pengulangan vokal “u” dalam baris
 Kerana ak 
u
 penyair k 
u
 penuhi hid 
u
 pk 
u
(h) Aliterasi
Bermaksud pengulangan
bunyi konsonan
yang sama dalam baris sajak
Contohnya: pengulangan konsonan “
m
” 
dalam baris
 M 
e
m
acu
m
enghi
m
 pun kekuatan”
 (i)Pengulangan
Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
anafora
- pengulangan kata
pada awal baris
secara berurutan.
Contohnya:
Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD !Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
epifora
- pengulangan kata
pada akhir baris
.
Contohnya:
...di pundakku ...had sepiku
repitisi
- pengulangan kata
dalam baris yang sama
.
Contohnya,
orang berbunga dia berbunga
 (j)Perlambangan
Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatubenda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain ataumaknanya lebih mendalam.
contohnya:
 senja
 
melambangkan usia tua,
 pagi
 
melambangkan usiamuda(k) Inversi
merupakan gaya bahasa yang menggunakan pembalikan susunan kata dalamkalimat. Biasanya diterapkan dengan matlamat untuk memberi penekananpada bahagian awal ayat (bahagian yang penting).
Contohnya:
 Diperangkapnya kami di tengah jalan.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more