You are on page 1of 161

PENDAHULUAN

Paparan insiden-insiden negatif yang membabitkan warga sekolah kini kerap kali
terpapar di media massa . Biarpun hanya segelintir yang terlibat tetapi ia memberikan
impak yang negatif terhadap dunia pendidikan. Andainya gejala ini dibiarkan berterusan
dikhuatiri kewibawaan dan kepercayaan terhadap dunia pendidikan akan terhakis. Oleh
itu selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran , yang berkehendakkan setiap
sekolah agar mempunyai satu polisi yang menjamin persekitaran yang selamat yang
sekaligus menarik perhatian masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka belajar
di sekolah tersebut , warga sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah ,
Parit telah merangka Satu Polisi Sekolah Selamat untuk diaplikasikan di peringkat
sekolah.

KONSEP

Program-program yang memberi penekanan kepada elemen-elemen keselamatan yang


berfokuskan faktor-faktor iklim dan persekitaran sesebuah sekolah seperti aspek fizikal
sekolah , aspek emosi warga sekolah , aspek aktiviti murid , aspek persekitaran dan
juga aspek bencana alam bertujuan melahirkan persekitaran sekolah yang selamat
Program-program yang dirangka bagi mewujudkan permuafakatan antara warga
sekolah , ibu bapa / penjaga dan komuniti setempat . Ia juga merupakan gambaran
hasrat sekolah dalam menjana idea dan tenaga untuk memastikan persekitaran sekolah
selamat , yang meliputi beberapa elemen tercapai
DEFINISI

Persekitaran kawasan sekolah yang selamat dan bebas yang membolehkan warga
sekolah berasa selamat tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak sama
ada dari segi dalaman mahupun luaran. Persekitaran yang selamat ini akan
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan sekaligus
mengelakkan warga sekolah daripada berhadapan dengan insiden atau kemalangan
yang tidak diingini.

1
RASIONAL

Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas
utama pertimbangan. Warga sekolah terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal,
sosial, emosi, dan teknikal. kurang kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dari
segi keselamatan. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat
terhad tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

MATLAMAT

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara


berterusan dengan permuafakatan dan sokongan warga sekolah , keluarga
dan komuniti setempat
OBJEKTIF

i. Meningkatkan kefahaman tentang tatacara dalam menghadapi sebarang isu


keselamatan , kecemasan , kemalangan , dan malapetaka.
ii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
iii. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat , selamat dan menyeronokkan.
v. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
vi. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu
diambil.
vii. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
viii. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara
positif kepada sekolah
PERANCANGAN SEKOLAH SELAMAT

Perancangan bagi mewujudkan sekolah selamat akan memberi peluang dan ruang
kepada sekolah dan masyarakat sekitar membentuk dan membaca strategi untuk

2
mengatasi isu keselamatan setempat. Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat,
sekolah telah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat ( JKSS).

JAWATANKUASA INDUK SEKOLAH SELAMAT


SMK ISKANDAR SHAH, PARIT

PENAUNG

PENGARAH PELAJARAN PERAK

PENASIHAT
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH, DAERAH PERAK TENGAH

PENGERUSI
TN.HJ.HUSSAIN B.PUTEH
PENGETUA SMKIS

NAIB PENGERUSI 1
TN.HABIB RUSLAN B.HABIB BAHARUM
PK. HEM

NAIB PENGERUSI 2
TN.HJ.MOHD IDRIS B.ISMAIL
YDP PIBD SMKIS
SETIAUSAHA
EN.AHMAD SUHAIMI B.YAHAYA
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

3
SETIAUSAHA 2
EN.ROS EFFENDEE B.MUSA
KETUA GURU DISPLIN

AHLI JAWATANKUASA
( WAKIL)

IBU BAPA : AJK PIBG


GURU : PN.SHAMSIAH BT.MOHD ZAIN
PN.TAJUNIJAH BT.AMS ABOO BACKER
EN.SALIM B.MUHAMUD
EN.AZAHAR B.ABD WAHAB
EN.ZULKIFLI B.MAN
PN.ROHAYU BT.MOHAMAD
EN.ZAINAL ABIDIN B.MOHD NORDIN
PN.ZURAIDA AZURA BT.HASHIM
EN.RAHMAT B.YACOB
K/TANGAN SEKOLAH : PN.HASLINA BT.HASHIM
POLIS : INSPEKTOR MOHD IZHAR B.BAHARUM
BOMBA : PEGAWAI BOMBA PARIT
KESIHATAN : PEGAWAI KESIHATAN KANAN, PK. TENGAH
MAJLIS DAERAH : PENOLONG PEGAWAI DAERAH
BELIA : PEGAWAI BELIA, PERAK TENGAH
PENGHULU : MUKIM BELANJA
KETUA KAMPUNG : KAWASAN BERHAMPIRAN
WAKIL MURID : KETUA UMUM

JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Tn.Hj.Hussain b.Puteh


Pengetua

4
Naib Pengerusi Bersama : Tn.Habib Ruslan b.Habib Baharum
Penolong Kanan HEM
Pn.Hjh Khadijah bt.Mat Lanan
Penolong Kanan Pentadbiran
Tn.Hj.Wan Saiful Baharin b.Wan Ayob
Penolong Kanan Kokurikulum
Tn.Hj.Mohd Idris b.Ismail
Yang Dipertua PIBG
Setiausaha : En.Ahmad Suhaimi Bin Yahaya
En.Ros Effendee b.Musa
Bendahari : Pn.Zibadah bt.Husin
Dokumentasi : Pn. Zuraida Azura bt.Hashim
Mural : En.Abdul Karim b.Abd Rani

KETUA ELEMEN DAN AHLI JAWATANKUASA

BIDANG AKTIVITI MURID


PENYELARAS : Pn.Hjh.Maimunah bt.Musa
1. Kelamatan Diri Murid Semasa Perjalanan Pergi dan Balik Sekolah
 En.Ros Effendee b.Musa (Ketua)
 En.Massrol Hisham b.Hj.Mat Salleh
 Pn.Rohayu bt.Mohamad
 Pn.Noraliza bt.Abd.Latip
 Pn.Tan Gek Lan
 En.Mohd Asri b.Khalid
 Inspektor Mohd Izhar b.Baharum(Polis Perhubungan Sekolah)
 Tn.Hj.Mohd Idris b.Ismail (PIBG)
 Penghulu Mukim Belanja
 Pegawai Kesihatan

5
2. Keselamatan Diri Murid Semasa Kelas Bimbingan PMR dan SPM/ Kelas
Persediaan PREP
 Pn.Nor Azlin bt.Zainal Abidin
 Cik Hjh Faridah Hanim bt.Abdul Rani
 Pn.Yuzilawati bt.Abu Hassan (Warden Asrama)
 Guru yang mengajar

3. Keselamatan Diri Murid Semasa Keluar Ke Pekan ( OUTING)


 En.Mohd Eunzaid b.Alias (Warden Asrama)
 Pengawal Keselamatan Sekolah
 Pn.Haslina bt.Hashim (Penyelia Asrama)

4. Keselamatan Menjalankan Aktiviti Ko-Kurikulum


 En.Salim b.Muhamud
 En.Massrol Hisham b.Hj.Mat Salleh
 Pn.Zuraini bt.Umar
 Pn.Susilawati bt.Bahakuddin
 En.Mohd Nasir b.Nayan

5. Keselamatan Murid Menjalankan Aktiviti Luar


 Pn.Khairoon Nisha bt.Hassan
 En.Rashdan b.Nuruddin
 Semua Ketua penasihat Unit Beruniform, Kelab Dan Sukan Permainan.

BIDANG BENCANA ALAM


Ketua : Pn.Hjh Shamsiah bt.Mohd Zain
6. Kebakaran
 En.Massrol Hissham b.Hj.Mat Salleh
 Pn.Rosmawati bt.Salleh
 En.Mohd Fairus b.MT.Alin
 En.Mohd Asri b.Khalid

6
7. Bidang Wabak Penyakit : Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan
 En.Zulkifli b.Man
 Pn.Rozidah bt.Kamaruddin
 En.Azahar b.Abdul Wahab
 Pn.Mardziah bt.Ramli

BIDANG KESELAMATAN FIZIKAL DAN BANGUNAN SEKOLAH

Ketua : En.Yusof Zaki b.Sulaiman


8. Keselamatan Fizikal Sekolah
 En. Ahmad Hafizi b.Saad
 Pn. Siti Salmah bt.Bedin

9. Keselamatan Pendawaian dan Peralatan Elektrik


 En. Ahmad Hafizi b.Saad
 En. Mior Hazrin b.Mior Hamzah
 En.Ahmad Jailani b.Zainuddin

10. Keselamatan Tandas


 En.Mior Raihan b.Shaari
 Cik Nurain bt.Mion Ahmad
 Cleener Sekolah

11. Keselamatan Peralatan


 Pn.Susilawati bt.Bahkuddin
 En.Salim b.Muhamud
 Pn.Wan Fairus bt.Shazila bt.Wan Daud
 Pn.Nora’lia bt.Mohd Yunus
 Pn.Azlina bt.Abdul Aziz

7
12. Keselamatan Penghuni Asrama
 En.Mohd Eunzaid b.Alias
 Pn.Yuzilawati bt.Abu Hassan
 Pn.Haslina bt.Hashim
 Pengawal Keselamatan Sekolah

13. Keselamatan di Makmal Sains


 En.Mohd Fairus b.MT Alin
 Pn.Suhaila b.Mohd Amin
 Pn.Norazlin bt.Zainal Abidin
 Pn.Jannatun Adnin bt.Abdul Malik
 Semua Pembantu Makmal

14. Keselamatan di Bilik Kemahiran Hidup ( Bengkel, Bilik ERT, dan Stor dan Bilik
Pertanian)
 Pn.Nora’lia bt.Mohd Yunus
 En.Ahmad Hafizi b.Saad
 Pn.Azlina bt.Abd Aziz
 Pn.Zuraida Azura bt.Hashim
 Pn.Rosmawati bt.Salleh

15. Keselamatan di Pusat Sumber


 En.Rashdan b.Nuruddin
 Pn.Yuzilawati bt.Abu Hassan
 Pn.Sharifah bt.Puteh Zahari

16. Keselamatan Bilik SPBT


 En.Mior Hazrin b.Mior Hamzah
 Pn.Sahilas bt.Mokhtar
 Pn.Hairul Bariah bt.Yahaya

8
17. Keselamatan di Padang Permainan
 En. Salim b.Muhamud
 En.Massrul Hisham b.Mat Salleh
 Pn. Maznah bt.Muhammad Yusof
 En.Ahmad Jailani b.Zainuddin
 Pn.Norlyza bt.Ismail

BIDANG SOSIAL
Ketua : Pn.Norleah bt.Majid

18. Keselamatan Dari Gangguan Emosi


 Pn. Norazura bt.Mohamad
 Pn.Puteri A’watif bt.Megat Hassan
 En.Ahmad Suhaimi b.Yahaya
 En.Maktar b.Ahmad
 En.Mohd Asri b.Khalid

19. Keselamatan dari Membuli


 En.Ros Effendee b.Musa
 En.Massrol Hisham b.Mat Salleh
 Pn. Rohayu bt.Mohamad
 En.Mohd Asri b.Khalid

BIDANG PERSEKITARAN DAN LOKASI SEKOLAH

20. Kawasan Air Bergerak(Sungai) / Statik


 En. Rahmat b.Yacob

9
 Pn.Norhayati b.Slamat
 Pn. Sarimah bt.Mat Amin

21. Kawasan Berhampiran Hutan / Tanah Tinggi


 Pn. Rohayu bt.Mohamad
 En.Mior Raihan b.Ashaari
 En.Mohd Eunzaid b.Alias
 Pn.Rani A/P Anthonisamy

22. Kawasan Berhampiran Jalan Raya


 En. Zulkarnain b.Khairani
 En.Ahmad Subki b.Othman

FUNGSI JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT

 Menyediakan peraturan dan tanggungjawab semua warga sekolah


 Menyediakan peraturan dan tanggungjawab pihak lain
 Promosi secara aktif peraturan kepada semua warga sekolah dan komuniti
setempat
 Mendidik dan melatih guru , kakitangan sekolah dan ahli komuniti tentang
prosedur keselamatan
 Memastikan wujud kesedaran di kalangan semua pihak tentang isu Sekolah
Selamat
 Melaksana , menilai dan mengkaji semula dasar dan prosedur Sekolah Selamat
dari semasa ke semasa

MODEL SEKOLAH SELAMAT


SEKOLAH SELAMAT

MURID 10
SELAMAT
KOMUNITI
SELAMAT KELUARGA
SELAMAT

BIDANG AKTIVITI MURID


PENYELARAS : Pn.Hjh.Maimunah bt.Musa

11
1. Kelamatan Diri Murid Semasa Perjalanan Pergi dan Balik Sekolah
 En.Ros Effendee b.Musa (Ketua)
 En.Massrol Hisham b.Hj.Mat Salleh
 Pn.Rohayu bt.Mohamad
 Pn.Noraliza bt.Abd.Latip
 Pn.Tan Gek Lan
 En.Mohd Asri b.Khalid
 Inspektor Mohd Izhar b.Baharum(Polis Perhubungan Sekolah)
 Tn.Hj.Mohd Idris b.Ismail (PIBG)
 Penghulu Mukim Belanja
 Pegawai Kesihatan

2. Keselamatan Diri Murid Semasa Kelas Bimbingan PMR dan SPM/ Kelas
Persediaan PREP
 Pn.Nor Azlin bt.Zainal Abidin
 Cik Hjh Faridah Hanim bt.Abdul Rani
 Pn.Yuzilawati bt.Abu Hassan (Warden Asrama)
 Guru yang mengajar

3. Keselamatan Diri Murid Semasa Keluar Ke Pekan ( OUTING)


 En.Mohd Eunzaid b.Alias (Warden Asrama)
 Pengawal Keselamatan Sekolah
 Pn.Haslina bt.Hashim (Penyelia Asrama)

4. Keselamatan Menjalankan Aktiviti Ko-Kurikulum


 En.Salim b.Muhamud
 En.Massrol Hisham b.Hj.Mat Salleh
 Pn.Zuraini bt.Umar
 Pn.Susilawati bt.Bahakuddin
 En.Mohd Nasir b.Nayan

12
5. Keselamatan Murid Menjalankan Aktiviti Luar
 Pn.Khairoon Nisha bt.Hassan
 En.Rashdan b.Nuruddin
 Semua Ketua penasihat Unit Beruniform, Kelab Dan Sukan Permainan

PENDAHULUAN

Sekolah merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk memperkembangkan


potensi individu.Sehubungan dengan itu,pelbagai aktiviti dijalankan oleh pihak sekolah
samada di dalam atau pun di luar kawasan sekolah bertujuan untuk memberikan
sebanyak mungkin pendedahan dan pengalaman kepada murid.
Walaupun begitu aktiviti yang dijalankan perlu mengambil kira aspek
keselamatan supaya ianya berjalan dengan sempurna dan mencapai matlamatnya.
Oleh itu,pihak sekolah bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid mengutamakan
aspek keselamatan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan.
Apabila aspek keselamatan tidak diberi keutamaan banyak kemalangan boleh
berlaku.Oleh itu,satu tatacara tindakan murid dan juga pihak guru perlu disediakan
supaya semua pihak faham apakah tindakan yang perlu dilakukan supaya kemalangan
boleh dielakkan.
Bagi menjaga keselamatan diri murid-murid semasa menjalankan aktiviti,tiga
perkara utama dibincangkan dalam bidang aktiviti murid iaitu keselamatan pergi dan
balik sekolah,keselamtan menjalankan aktiviti kokurikulum dan keselamatan
menjalankan aktiviti luar.

RASIONAL

Tidak ada satu tatacara tindakan yang mudah difahami oleh semua pihak apabila
menjalankan sebarang kegiatan yang melibatkan aktiviti murid. Warga sekolah kurang

13
peka tentang aspek-aspek keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Murid-murid
mudah terdedah dengan bahaya sekiranya aspek keselamatan sepanjang aktiviti
dijalankan tidak diberi perhatian.

OBJEKTIF
 Mengenalpasti sebarang masalah berkaitan semasa murid menjalankan aktivit.
 Menyedia dan menyebarkan maklumat tenatang tatacara tindkan yang lengkap
 Meningkatkan kesedaran mengenai aspek-aspek keselamatan dalam menjalankan
aktiviti.
 Semua pihak dapat mengambil tindakan berdasarkan semua peraturan yang
disediakan

1.0 KESELAMATAN DIRI MURID SEMASA PERJALANAN PERGI DAN


BALIK SEKOLAH.

1.1 PENDAHULUAN

Keselamatan diri murid dalam perjalanan pergi dan balik sekolah memerlukan perhatian
serius kerana banyak kemalangan boleh berlaku sekiranya semua pihak tidak peka.
Keupayaan pihak sekolah dalam menangani isu keselamatan diri murid pergi dan balik
sekolah adalah terbatas. Oleh kerana terdapat pelbagai cara murid pergi dan balik
sekolah ,maka tatacara dirangka bagi tujuan itu.

1.2 RASIONAL

 Ramai murid yang pergi dan balik sekolah terdedah dengan bahaya akibat
kecuaian ataupun tidak mementingkan aspek keselamatan

14
 Kurang kesedaran daripada keluarga dan masyarakat dari segi menjaga
keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah
 Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan di luar kawasan
sekolah amat terbatas tanpa sokongan keluarga dan masyarakat
 Perlunya pihak sekolah menyediakan persekitaran yang selamat untuk warga
sekolah melalui pendidikan keselamatan diri dalam perjalanan pergi dan balik
sekolah/asrama.

1.3 OBJEKTIF

 Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan


keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah
 Mengenal pasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan pergi dan balik
sekolah
 Semua pihak faham dan bertindak berdasarkan tatacara yang disediakan apabila
melibatkan keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah.
 Mengambil tindakan yang betul berdasarkan peraturan yang disediakan.

1.4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1.4.1 PERANAN MURID

 Anda mesti memastikan kenderaan yang anda naiki untuk pergi dan pulang ke
sekolah adalah selamat. Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai
keselamatan diri dalam perjalanan pergi ke sekolah
 Anda hendaklah sepanjang masa mengamalkan langkah-langkah keselamatan
seperti berikut:
 Sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah ke
atas diri anda.
 Berjalan dalam kumpulan dan menggunakan laluan yang selamat
 Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran mempertahankan diri

15
1.4.2 PERANAN PIHAK SEKOLAH

 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya


keselamatan diri melalui:
+Poster
+Perhimpunan mingguan
+Ceramah
+Bengkel
+Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
+Tayangan video
+Edaran
 Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan
 Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki
mempunyai niat jahat
 Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak berkenaan.
 Menganalisis setiap kejadian.
 Memanfaatkan sepenuhnya jawatankuasa permuafakatan, jawatankuasa
keselamatan dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dalam merancang
langkah keselamatan murid semasa perjalanan ke sekolah.
 Bekerjasama dengan pihak polis dan ibu bapa untuk membuat rondaan di
kawasan yang difikirkan berisiko tinggi dari segi keselamatan.
 Merancang dan melaksanakan program gotong-royong membersihkan
kawasan semak laluan harian yang digunakan oleh murid.
 Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam
perjalanan pergi dan balik sekolah/asrama.
 Membantu menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah.
1.4.3 PERANAN IBU BAPA

 Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan


menguatkuasakan keselamatan murid pergi dan balik sekolah.

16
 Membantu pihak sekolah melaksanakan gotong-royong membersihkan
kawasan semak laluan ke sekolah,meronda dan bergiat aktif dalam
Jawatankuasa Permuafakatan.
 Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah.
 Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri .
 Memastikan anak–anak pergi dan balik sekolah dengan kawan-kawan atau
dalam kumpulan.
 Memastikan kenderaan yang digunakan oleh anak dalam keadaan baik.
 Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang
tidak dikenali.

1.5 TATACARA

1.5.1 TATACARA MURID

PERGI DAN BALIK MENGGUNAKAN KENDERAAN AWAM.


 Kenderaan awam yang dimaksudkan ialah bas, teksi, van, kereta api, sampan,
bot, LRT atau komuter.
 Kenal pasti kenderaan yang biasa dinaiki sama ada melalui nombor plat,
pemandu, kelindan atau identiti khas.
 Memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila turun dan naik
 Berbaris dan tidak berebut /tunggu giliran semasa turun atau naik dan tidak
bertolak-tolak dengan rakan.
 Sekiranya duduk di kerusi, duduklah dengan tertib.
 Sekiranya tiada tempat duduk dan terpaksa berdiri, pastikan berdiri dalam
keadaan stabil dengan memegang pemegang yang disediakan dan jangan
berdiri di tangga.
 Jangan bergurau senda, bermain, melambai tangan keluar, mengeluarkan atau
menjengokkan kepala, mencampak barang keluar atau lain-lain perbuatan yang
boleh membahayakan diri dan orang lain.

17
 Setelah tiba di destinasi, turunlah dari kenderaan yang dinaiki setelah betul-betul
berhenti dan jangan berebut/bertolak-tolak dan terus menuju ke rumah/sekolah.
 Sekiranya perlu menyeberang jalan pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan.
 Apabila berlaku kemalangan, ikut panduan Tatacara Keselamatan.
*Berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua
orang.
*Pelajar perlu ada pengetahuan seni mempertahankan
diri.
*Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik, menjerit
meminta tolong/cuba pertahankan diri/lari
menyelamatkan diri.

DIHANTAR OLEH IBU BAPA/PENJAGA

 Jika menggunakan kereta atau van pastikan pintu kenderaan ditutup sempurna
sebelum kenderaan bergerak.
 Gunakan tali pinggang keledar/topi keledar.
 Jangan bermain / bergurau semasa kenderaan bergerak.
 Memastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun/naik kenderaan.
 Jika perlu melintas jalan, pandang kanan, kiri dan kanan sebelum melintas.

1.5.2 TATACARA SEKOLAH

 Melaksanakan program-program mengenai keselamatan jalanraya seperti


taklimat, ceramah, tayangan video,mempamerkan poster dan lain-lain.
 Memberikan penerangan mengenai keselamatan pergi dan balik sekolah/asrama
kepada ibubapa/penjaga melalui mesyuarat PIBG.
 Menyimpan rekod tentang pengangkutan murid-murid ke sekolah/asrama.
 Menyimpan rekod tentang kenderaan-kenderaan murid ke sekolah.
 Menyediakan tempat letak kenderaan yang sesuai dan selamat untuk murid-
murid.

18
 Menyediakan sistem lalulintas dalam sekolah.
 Menyediakan warden trafik di tempat yang sesuai untuk melintas jalan.
 Mengadakan pemeriksaan ke atas kenderaan murid dengan kerjasama pihak
polis.
 Memastikan murid ada lesen memandu, insurans, cukai jalan dan kenderaan
dalam keadaan sempurna.
 Menyimpan rekod ibubapa/penjaga murid-murid supaya mudah dihubungi waktu
kecemasan.
 Mendapatkan dan menyimpan kebenaran ibubapa / penjaga untuk kegunaan
semasa kecemasan.
 Menyimpan dan mempamerkan nombor telefon pihak-pihak berkuasa untuk
berhubung jika berlaku sebarang kecemasan.
 Mengedarkan tatacara polisi dan tatacara keselamatan kepada semua murid.
 Sekiranya kemalangan,ikut tatacara apabila berlaku kemalangan.
 Meminta pihak berkuasa membersihkan laluan semak berbahaya
supaya selamat bagi murid ke sekolah.

1.5.3 TATACARA IBUBAPA

 Memastikan anak memiliki lesen memandu,insurans,cukai jalan dan


kenderaan berada dalam keadaan sempurna.
 Menemani anak menaiki bas, berjalan kaki dalam keadaan
gelap/hujan/sunyi dan menunggu kenderaan tiba.
 Mengingatkan/menasihat anak supaya sentiasa berwaspada dengan orang
yang tidak dikenali dan berhati-hati semasa pergi dan balik sekolah/asrama.
 Mengambil tahu waktu anak pergi dan balik sekolah dan menghubungi
pihak sekolah sekiranya anak lewat balik.
 Memastikan anak berpakaian cerah atau bahan reflektif jika berjalan dalam
keadaan cuaca gelap.
 Memastikan anak berjalan secara berkumpulan jika melalui kawasan yang
semak/sunyi/gelap.

19
 Elakkan anak dari menaiki bot/sampan yang uzur/rosak.
 Jika cuaca buruk dan berbahaya jangan benarkan anak ke sekolah dengan
cara menaiki bot/sampan.

1.6 KEKANGAN

1. Sikap pelajar yang kurang peka dan lalai terhadap peraturan peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

2. Kurang kerjasama daripada segelintir ibubapa dan penjaga dalam memastikan


hanya anak-anak yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan memandu
kenderaan.

1.7 PENUTUP

Kita merencanakan, tuhan yang menentukan namun selaku manusia kita boleh
merancang dan mengambil beberapa langkah perlu agar kemalangan yang tidak
diingini dapat dihindari. Sejauhmana keberkesanan langkah yang diambil adalah
bergantung kepada kesediaan diri sendiri untuk mengamalkannya tetapi sekiranya
panduan di atas dilaksanakan dengan jayanya.konsep sekolah selamat yang
disarankan pasti mencapai matlamatnya.

2.0 KELAMATAN DIRI PELAJAR SEMASA KELUAR KE PEKAN (OUTING)

2.1 PENDAHULUAN

20
Keselamatan diri pelajar semasa keluar ke pekan memerlukan perhatian serius kerana
banyak kemalangan boleh berlaku sekiranya semua pihak tidak peka. Oleh kerana
terdapat pelbagai cara pelajar keluar ke pekan, satu tatacara telah dirangka.

2.2 RASIONAL

 Ramai pelajar yang keluar ke pekan terdedah dengan bahaya akibat kecuaian.
 Kurang kesedaran daripada keluarga dan masyarakat dari segi keselamatan.
 Perlunya pihak sekolah menyediakan persekitaran yang selamat untuk warga
sekolah melalui pendidikan keselamatan diri.

2.3 OBJEKTIF

 Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan


keselamatan diri murid semasa keluar ke pekan.
 Mengenal pasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan ke pekan
 Semua pihak faham dan bertindak berdasarkan tatacara yang disediakan apabila
melibatkan keselamatan diri murid pergi dan balik dari pekan ( outing).
 Mengambil tindakan yang betul berdasarkan peraturan yang disediakan.

2.4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

2.4.1 PERANAN PELAJAR

 Anda mesti memastikan kenderaan yang anda naiki untuk keluar ke pekan adalah
selamat.
 Anda mesti mematuhi arahan pihak yang mngawal lalu lintas seperti polis.
 Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri. Anda mesti
sedar bahawa :
-kemungkinan berlakunya jenayah ke atas diri anda.
-berjalan dalam kumpulan dan menggunakan laluan yang selamat.

21
-melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran seni
pertahankan diri.
 Mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali dan
menumpangnya.
 Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan.

2.4.2 PERANAN SEKOLAH

 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya


keselamatan.
 Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
 Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki
mempunyai niat jahat.
 Memaklumkan kepada ibubapa dan pihak berkenaan.
 Menganalisis setiap kejadian.
 Memanfatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan. Jawatankuasa
Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan pelajar keluar
ke pekan.
 Bekerjasama dengan pihak polis dan ibubapa untuk membuat rondaan di
kawasan yang dikatakan berisiko tinggi.

2.4.3 PERANAN IBU DAN BAPA.

 Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan menguatkuasakan


keselamatan pelajar.
 Meminta kebenaran warden untuk membawa keluar anak ke pekan.
 Mendidik anak-anak dalam aspek keselamatan diri.
 Memastikan kenderaan yang dinaiki oleh anaknya sama ada selamat atau tidak.

22
 Menasihati anak-anak yang keluar ke pekan supaya tidak berinteraksi dengan orang
yang tidak dikenali.
 Mengelakkan Diri Dari Pergi Ke Kawasan yang dikatakan berisiko tinggi.

2.5 TATACARA

2.5.1 TATACARA PELAJAR.

 Jika kita keluar ke pekan dengan kenderaan awam :


 kenal pasti kenderaan melalui nombor plat, pemandu, kelindan atau identiti
khas.
 sekiranya tiada tempat duduk dan terpaksa berdiri dalam keadaan stabil
dengan memegang pemegang.
 jangan bergurau senda,bermain,melambai tangan keluar atau mengecokkan
kepala.
 setelah tiba di destinasi, turunlah dari kenderaan yang dinaiki setelah betul-
betul berhenti.
 sekiranya perlu menyeberang jalan pastikan tiada kenderaan di kiri dan
kanan.
 berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang.
 sekiranya berlaku kecemasan jangan panik,jerit minta tolong atau cuba
pertahan diri.
 laporkan kejadian kepada guru untuk tindakan selanjutnya.

 Jika keluar dengan ibu bapa :


 jika menggunakan kereta atau van pastikan pintu kenderaan ditutup dengan
sempurna.
 gunakan tali pinggang keledar atau topi keledar.
 memastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun atau naik
kenderaan.

23
2.5.2 TATACARA SEKOLAH

 Melaksanakan program-program mengenai keselamatan jalanraya seperti taklimat,


ceramah, tayangan video dan mempamerkan poster.
 Memberi penerangan mengenai keselamatan keluar ke pekan kepada ibubapa
melalui mesyarat PIBG.
 Menyimpan rekod tentang pengangkutan pelajar ke pekan.
 Mengadakan pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki dengan kerjasama pihak
polis.
 Menyediakan sistem lalulintas dalam sekolah.
 Menyediakan warden trafik di tempat yang sesuai untuk melintas.
 Menyimpan rekod ibubapa supaya mudah dihubungi waktu kecemasan.
 Mengedarkan tatacara polisi dan tatacara keselamatan kepada semua pelajar.

2.5.3 TATACARA IBUBAPA.

 Mengingatkan dan menasihati anak supaya sentiasa berwaspada dengan orang-


orang yang tidak dikenali dan berhati-hati semasa keluar ke pekan.
 Memastikan anak berjalan secara berkumpulan jika melalui tempat yang sunyi.
 Jika cuaca buruk dan berbahaya jangan benarkan anak keluar ke pekan.
 Mengingati anak-anak supaya tidak pergi ke kawasan yang berisiko seperti kawasan
lombong dan sungai.

2.6 KEKANGAN

 Sikap pelajar yang kurang peka dan lalai terhadap peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak berkuasa.
 Kurang kerjasama daripada segelintir ibu bapa dan penjaga dalam memastikan
anak-anak yang mempunyai kebenaran pihak sekolah atau warden sahaja
dibenarkan keluar ke pekan.

24
2.7 PENUTUP

Kita merencanakan, tuhan yang menentukan namun selaku manusia kita boleh
merancang dan mengambil beberapa langkah perlu agar kemalangan yang tidak
diingini dapat dihindari. Sejauhmana keberkesanan langkah yang diambil adalah
bergantung kepada kesediaan diri sendiri untuk mengamalkannya tetapi sekiranya
panduan di atas dilaksanakan dengan jayanya.konsep sekolah selamat yang
disarankan pasti mencapai matlamatnya.

3.0 KESELAMATAN DIRI MURID SEMASA KELAS PERSEDIAAN (PREP)


PETANG DAN MALAM/ BIMBINGAN PMR,SPM & STPM

3.1 PENDAHULUAN

25
Keselamatan diri pelajar semasa di bilik persediaan memerlukan perhatian serius
kerana banyak kemalangan boleh berlaku sekiranya semua pihak tidak peka. Oleh
kerana itu terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

3.2 RASIONAL

 Pelajar terdedah kepada bahaya akibat kecuaian.


 Perlunya pihak sekolah menyediakan persekitaran yang selamat untuk warga
sekolah melalui pendidikan keselamatan diri.
 Kurang kesedaran daripada keluarga dan masyarakat dari segi keselamatan.

3.3 OBJEKTIF

 Mengenalpasti masalah berkaitan keselamatan semasa pelajar menjalankan aktiviti.


 Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan yang lengkap.
 Meningkatkan kesedaran mengenai aspek-aspek keselamatan dalam menjalankan
aktivti.
 Mengambil tindakan yang betul berdasarkan peraturan yang disediakan

3.4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

3.4.1 PERANAN PELAJAR

 Anda mesti memastikan persekitaran yang selamat dan kondusif semasa dalam
kelas.
 Anda mesti mematuhi arahan pihak warden/guru dan pengawas yang bertugas.
 Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri.
 Anda mesti sedar bahawa :
-kemungkinan berlakunya kemalangan ke atas diri anda.
-melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran seni
pertahankan diri.

26
 Mengelakkan diri daripada bermain dengan peralatan elektrik.
 Menjauhkan diri daripada tempat -tempat yang tinggi dan merbahaya.
 Elakkan diri daripada beseloroh dengan kawan-kawan di tempat-tempat yang
merbahaya seperti tempat tinggi dan lain-lain.
 Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat kerosakkan seperti wayar
elektrik

3.4.2 PERANAN SEKOLAH

 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya


keselamatan.
 Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
 Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki
mempunyai niat jahat.
 Memaklumkan kepada ibubapa dan pihak berkenaan.
 Menganalisis setiap kejadian.
 Memanfatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan. Jawatankuasa
Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan pelajar semasa
pergi ke kelas persediaan.
 Bekerjasama dengan pihak polis dan ibubapa untuk membuat rondaan di
kawasan yang dikatakan berisiko tinggi.

3.4.3 PERANAN IBU DAN BAPA.

 Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan menguatkuasakan


keselamatan pelajar.
 Mendidik anak-anak dalam aspek keselamatan diri.
 Mendidik dan mengingatkan anak-anak agar tidak melakukan perkara yang tidak
berfaedah dan merbahaya semasa pergi ke kelas persediaan petang.

3.5 TATACARA

27
3.5.1 TATACARA PELAJAR.

 Jika ke bilik persediaan hendaklah bersama pelajar yang lain dan elakkan daripada
berseorang dalam bilik tersebut kerana jika terdapat kemalangan yang tidak diduga
ada pelajar lain yang boleh melaporkan kepada pihak yang berkenaan

 jangan bergurau senda,bermain, dalam kelas.


 sekiranya berlaku kecemasan jangan panik, jerit minta tolong atau cuba pertahan
diri.
 laporkan kejadian kepada guru untuk tindakan selanjutnya.
 jangan membawa peralatan yang tajam seperti pisau ,skru driver dan
lain-lain ke bilik persediaan.

3.5.2 TATACARA SEKOLAH

 Melaksanakan program-program mengenai keselamatan seperti taklimat, ceramah,


tayangan video dan mempamerkan poster.
 Memberi penerangan mengenai keselamatan kepada ibubapa melalui mesyarat
PIBG.
 Mengadakan pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki dengan kerjasama pihak
polis.
 Menyimpan rekod ibubapa supaya mudah dihubungi waktu kecemasan.
 Mengedarkan tatacara polisi dan tatacara keselamatan kepada semua pelajar.

3.5.3 TATACARA IBUBAPA.

 Mengingatkan dan menasihati anak supaya sentiasa berwaspada setiap masa


semasa di dalam kelas.

28
 Memastikan anak berjalan secara berkumpulan jika melalui tempat yang sunyi
semasa ke kelas persediaan.
 Marahkan anak supaya melaporkan kepada pihak yang berkenaan apabila berlaku
sebarang kejadiaan yang tidak diingini.
 Memastikan anak-anak tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah semasa pergi
ke kelas persediaan.
 Mengingatkan anak-anak supaya tidak membawa peralatan yang merbahaya
semasa pergi ke kelas persediaan.

3.6 KEKANGAN

 Sikap pelajar yang kurang peka dan lalai terhadap peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah dan pihak berkuasa.
 Kurang kerjasama daripada segelintir ibu bapa dan penjaga dalam memastikan
anak-anak mematuhi peraturan yang disediakan.

3.7 PENUTUP

Kita merencanakan, tuhan yang menentukan namun selaku manusia kita boleh
merancang dan mengambil beberapa langkah perlu agar kemalangan yang tidak
diingini dapat dihindari. Sejauhmana keberkesanan langkah yang diambil adalah
bergantung kepada kesediaan diri sendiri untuk mengamalkannya tetapi sekiranya
panduan di atas dilaksanakan dengan jayanya.konsep sekolah selamat yang
disarankan pasti mencapai matlamatnya.

4.0 KESELAMATAN MURID SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI KO


KURIKULUM

4.1 PENGENALAN

29
Aktiviti kokurikulum adalah merupakan aktiviti yang melibatkan kegiatan kerja luar kelas
samada berkaitan dengan subjek ataupun berdasarkan minat yang dijalankan di luar
masa pembelajaran.

4.2 RASIONAL

Oleh sebab terlalu banyak aktiviti kokurikulum yang ditawarkan oleh kerajaan ataupun
NGO maka peluang untuk pelajar mengikuti aktiviti inipun bertambah dan bermakna
bertambahlah juga bebanan guru-guru untuk mengawasi setiap aktiviti pelajar. Maka
satu tatacara yang dapat dijadikan panduan perlu disediakan demi menjaga
kesejahteraan semua pihak. Timbul juga masalah apabila terdapat murid di bawah
jagaan seseorang guru mendapat kemalangan semasa menjalankan aktiviti yang
disebabkan oleh masalah kesihatan pelajar yang sepatutnya dapat dikesan awal.

4.3 OBJEKTIF

Adapun objektif mengadakan program Selamat dalam menjayakan aktiviti kokurikulum


ialah
 Tiada berlaku sebarang kemalangan semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum
 Setiap perancangan aktiviti kokurikulum mestilah memikirkan
keselamatan terlebih dahulu dan juga mematuhi dasar Kementerian
Pendidikan.
 Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara
yang disediakan.

4.4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

4.4.1 PERANAN PELAJAR

30
Setiap pelajar harus mengambil langkah-langkah berikut semasa mengikuti aktiviti;

 Melaporkan taraf kesihatan diri kepada penasihat/ guru


 Mengikuti dan memahami arahan guru semasa mengikuti aktviti
kokurikulum
 Jika timbul sebarang masalah semasa melakukan akitviti kokurikulum
pelajar hendaklah melaporkan segera kepada guru
 Aspek keselamatan adalah perkara utama semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum

4.4.2 PERANAN IBUBAPA

 Mengetahui apa aktiviti kokurikulum yang diceburi oleh anak mereka


 Meneliti dan mengisi borang yang telah disediakan oleh pihak sekolah dan
menandatangi borang kebenaran menjalankan aktiviti
 Memberikan barang-barang keperluan yang dikehendaki oleh unit aktiviti
kokurikulum anak mereka
 Mengenalpasti guru yang menjadi pembimbing aktiviti dan kalau boleh menyimpan
nombor telefon guru berkenaan.

4.4.3 PERANAN SEKOLAH

 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya


keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kurikulum melalui :-
- Poster
- Perhimpunan Mingguan
- Ceramah
- Bengkel
- Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kelas
- Tayangan Video
- Ceramah

31
- Edaran
 Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
 Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki
mempunyai niat jahat.
 Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak berkenaan.
 Menganalisis setiap kejadian.
 Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan, Jawatankuasa
Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa
menjalankan aktiviti kurikulum.
 Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam akticiti
kokurikulum.

4.5 TATACARA

4.5.1 TATACARA MURID

Sukan dan Permainan

Tatacara yang harus diikuti ketika menjalani aktiviti Sukan dan Permainan

 Sebarang penyakit yang memudaratkan hendaklah dilaporkan kepada


 guru sebelum menjalankan aktiviti dari semasa ke semasa.
 Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.
 Sekiranya merasa tidak sihat semasa menjalankan aktiviti hendaklah
 dilaporkan kepada guru dengan segera.
 Sebelum bergerak ke kawasan permainan pelajar hendaklah berhimpun
 dan beratur ke tempat permainan setelah mendapat arahan guru.
 Sebarang aktiviti sama ada fizikal ataupun regangan tidak boleh
 dilakukan sebelum arahan guru.

32
 Sebarang arahan guru hendaklah diikuti dari semasa ke semasa.
 Sekiranya pelajar merasa tidak selesa ataupun tiada berkeupayaan
 melakukan sesuatu aktiviti haruslah berhenti dan melaporkan kepada
 guru.
 Semua aktiviti yang dijalankan hendaklah dilakukkan di kawasan yang
 ditetapkan.
 Sebarang kerosakan alat hendaklah dilaporkan segera kepada guru dan
 sekali-kali jangan menggunakannya.
 Sekiranya ada berlaku kemalangan hendaklah melaporkan segera
 kepada guru.
 Selepas tamat melakukan aktiviti hendaklah berbaris untuk menuju ke
 tempat perhimpunan.

Unit Beruniform

Tatacara yang harus dilakukan bagi menjalani aktiviti unit uniform ialah

 Pelajar haruslah sihat dan memakai pakaian yang bersesuaian dalam


 menjalankan aktiviti .
 Berada di lokasi aktiviti 10 minit sebelum bermulanya aktiviti
 Ketua unit hendaklah mencatat kehadiran dan jika ahli tidak hadir
 hendaklah dilaporkan dengan segera.
 Tunggu arahan guru sebelum menjalani aktiviti samada secara individu
 ataupun kumpulan
 Memastikan alatanyang digunakan adalah sesuai dan tidak rosak, jika
 rosak beritahu guru dengan kadar yang segera.
 Sekira berlakunya kemalangan beri rawatan mengikut tatacara rawatan yang
betul dan mengikut jenis kemalangan.

33
Kelab/ Persatuan

Tatacara menjalani kelab / persatuan;

 Pelajar mesti berada di tempat yang ditetapkan 10 minit sebelum aktiviti bermula
 Kehadiran hendaklah direkodkan oleh setiausaha dan memaklumkan sebab
ketidakhadiran pelajar kepada penasihat.
 Memakai pakaian yang sesuai dan seperti yang ditetapkan oleh sekolah
 Pelajar hendaklah mengikuti arahan guru dari semasa ke semasa
 Sekira berlaku kemalangan berilah rawatan yang sesuai dan tepat mengikut jenis
kemalangan dengan kadar yang segera dan laporkan kepada guru.
 Sekiranya pelajar tidak dapat meneruskan sesuatu aktiviti maka penasihat
hendaklah melaporkan kepada sekolah dan seterusnya melaporkan kepada
ibubapa/ penjaga.

Aktiviti gotong royong

Sebarang aktiviti gotong royong hendaklah mengikut tatacara berikut;

 Melengkapkan borang kebenaran ibubapa/ penjaga


 Memakai pakaian yang sesuai
 Mematuhi arahan dan pembahagian kerja guru dari semasa ke semasa
 Jika mengguna peralatan yang tajam hendaklah mendapat kebenaran dan
pengawasan guru.
 Memaklumkan kepada guru jika ternampak sebarang benda/ binatang yang
ganjil/ berbahaya.
 Sentiasa bekerja dalam kumpulan dan tidak bergurau ataupun bermain-main
semasa menggunakan alatan yang merbahaya/tajam.
 Memastikan peralatan yang digunakan adalah sesuai dan tidak rosak. Jika
sebaliknya beritahu guru dengan segera.

34
 Memulangkan dan menyusun semula alatan gotong-royong yang digunakan.
 Membersihkan diri selepas melakukan aktiviti.

4.5.2 TATACARA GURU

 Peka dan memahami terhadap surat pekeliling yang diedarkan.


 Memahami dan mematuhi tatacara tindakan yang harus dilakukan sebelum,
semasa dan selepas sesuatu aktiviti dijalankan.
 Merekod ,menyimpan dan mengemaskini profil penglibatan murid dalam aktiviti
 Memeriksa semua alatan yang akan dan telah digunakan untuk sesuatu aktiviti
 Mengganti peralatan yang tidak selamat digunakan
 Menyimpan dan menyelenggara stok peralatan dengan baik dan sempurna
 Membuat pemneriksaan murid secara berkala dan mendapatkan surat
pengesahan doktor bagi murid yang menghadapi masalah kesihatan.
 Mengenalpasti pelajar yang tidak boleh menjalankan aktiviti samada tidak sihat
ataupun mendapat pengesahan doktor supaya dapat dikecualikan melakukan
aktiviti
 Menyediakan surat makluman tentang sesuatu aktiviti yang akan dijalankan
kepada ibubapa/penjaga
 Mengedar borang kebenaran kepada ibubapa/ penjaga dan dikumpulkan semua
sebelum sesuatu aktiviti dijalankan.
 Hadir di tempat aktiviti 10 minit sebelum aktiviti dijalankan dan mengawasi murid
supaya tidak berlaku sebarang masalah.
 Mencatat kehadiran murid dan memastikan aktiviti yang dijalanklan mengikut
kemampuan dan kesesuaian murid.
 Membuat penilaian secara pemerhatian, penulisan dan lisan untuk membuat
tindakan susulan dan membuat maklum balas kepada murid, bubapa dan guru
lain
 Memakai kasut dan pakaian yang bersesuaian semasa aktiviti yang dijalankan.
 Memastikan kawasan yang digunakan selesa dan selamat

35
 Memastikan murid beratut sebelum dan selepas menajalankan aktiviti dan
mendapatkan maklumat tentang jumlah murid yang ada.

4.5.3 TATACARA IBU BAPA / PENJAGA

 Menadatangani surat kebenaran ibubapa/penjaga


 Memastikan anak dalam keadaan sihat
 Memaklumkan kepada sekolah tentang taraf kesihatan anak kepada sekolah
 Memastikan terdapat pengesahan doktor jika anak didapati tidak boleh mengikuti
sebarang aktiviti
 Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak mengikuti aktiviti yang dijalankan
oleh pihak sekolah
 Mengetahui masa bermula dan berakhir sesuatu aktiviti
 Memastikan peralatan yang digunakan oleh anak sesuai dan mencukupi
 Mengambil tahu tentang tempat dan guru yang mengiringi anak menjalankan
aktiviti

4.6 KEKANGAN

 Sikap pelajar yang kurang peka dan lalai terhadap peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah dan pihak berkuasa.
 Kurang kerjasama daripada segelintir ibu bapa dan penjaga dalam memastikan
anak-anak mematuhi peraturan yang disediakan.
 Kesukaran untuk pihak sekolah mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah
kesihatan.

4.7 PENUTUP

Kita merencanakan, tuhan yang menentukan namun selaku manusia kita boleh
merancang dan mengambil beberapa langkah perlu agar kemalangan yang tidak
diingini dapat dihindari. Sejauhmana keberkesanan langkah yang diambil adalah

36
bergantung kepada kesediaan diri sendiri untuk mengamalkannya tetapi sekiranya
panduan di atas dilaksanakan dengan jayanya, konsep sekolah selamat yang
disarankan pasti mencapai matlamatnya.

KESELAMATAN MURID MENJALANKAN AKTIVITI LUAR

5.1 PENDAHULUAN

Kegiatan luar ialah aktiviti yang dijalankan di luar daripada kawasan sekolah. Ia
melibatkan agensi luar untuk mengadakan lawatan atau perkhemahan.

5.2 RASIONAL

37
Kegiatan luar adalah perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk mendedahkan ilmu
pengetahuan yang tidak dapat diperolehi di dalam bilik darjah kepada murid. Suasana
pembelajaran perlu diubah supaya murid berminat untuk terus belajar. Sebagai sebuah
sekolah yang aktif pelajar melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan di luar bilik darjah.
Oleh kerana itulah polisi ini digubal untuk memastikan keselamatan pelajar semasa
melakukan aktiviti luar.

5.3 OBJEKTIF

 Membantu pelajar dalam satu proses dan kaedah pembelajaran di luar bilik
darjah.
 Melahirkan para pelajar yang bertanggung jawab berdikari dan berkonsepkan
kendiri yang positif.
 Membentuk dan melahirkan pelajar yang mempunyai semangat kekitaan yang
kuat.
 Dapat mengenalpasti pelajar yang berdaya tahan serta kuat menjalankan latihan
dan akiviti jasmani.
 Membolehkan pelajar mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang
berfaedah.
 Menyemaikan perasaan muhibah,perpaduan,dan orientasi sosial.
 Mengikut tatacara keselamatan yang disediakan apabila menjalankan aktiviti
luar.
5.4 PERANAN

5.4.1 PERANAN PELAJAR

 Anda mesti memastikan persekitaran yang selamat dan kondusif semasa


menjalankan aktiviti luar.
 Mendapatkan kebenaran ibu bapa.
 Memberitahu taraf kesihatan kepada pihak pengurusan.

38
 Membawa peralatan yang diperlukan dengan lengkap.
 Mendengar dengan teliti arahan guru dan mengikut peraturan yang disediakan oleh
guru.
 Sentiasa berada dalam kumpulan yang ditetapkan.
 Anda mesti mematuhi arahan pihak urusetia dan jawatankuasa yang bertugas.
 Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri.
 Anda mesti sedar bahawa :
-kemungkinan berlakunya kemalangan ke atas diri anda.
-melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran seni
pertahankan diri.
 Mengelakkan diri daripada bermain di kawasan aktiviti.
 Menjauhkan diri daripada tempat -tempat yang tinggi dan merbahaya.
 Elakkan diri daripada beseloroh dengan kawan-kawan di tempat-tempat yang
merbahaya seperti tempat tinggi dan lain-lain.
 Mendengar arahan sepenuhnya dan mematuhi arahan urusetia sesuatu program.
 Melaporkan segera kepada kepada pihak yang urusetia sekiranya terdapat
kemalangan yang berlaku semasa melakukan aktiviti luar.

5.4.2 PERANAN SEKOLAH

 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya


keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti luar melalui :
- Poster
- Perhimpunan Mingguan
- Ceramah
- Bengkel
- Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kelas
- Tayangan Video
- Ceramah
- Edaran

39
 Memanfatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan. Jawatankuasa
Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan pelajar semasa
melakukan aktiviti luar.
 Bekerjasama dengan pihak polis dan ibubapa untuk membuat rondaan di
kawasan aktiviti dijalankan.
 Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti luar.
 Aktiviti perkhemahan mesti dirancang pada masa yang bersesuaian
serta mempunyai objektif dan matlamat yang disasarkan.
 Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
 Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki
mempunyai niat jahat.
 Memaklumkan kepada ibubapa dan pihak berkenaan.
 Membuat laporan bertulis, aktiviti perkhemahan.dan laporan akhir
kepada pihak pentadbir sekolah.
 Menganalisis setiap kejadian.

5.4.3 PERANAN IBU BAPA

 Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan menguatkuasakan


keselamatan murid semasa melakukan aktiviti luar.
 Mengambil tahu aktiviti luar yang diikuti oleh anak-anak.
 Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk mengikuti aktiviti.
 Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang
berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
 Bergiat aktif dalam Jawatankuasa Permuafakatan.
 Memastikan anak selamat pergi dan balik semasa aktiviti luar dijalankan.
 Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri .
 Memastikan anak–anak pergi dan balik menjalankan aktiviti luar dengan kawan-
kawan atau dalam kumpulan yang ditentukan.
 Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor
telefon guru berkenaan / pihak sekolah.

40
 Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak
dikenali semasa mengikuti aktiviti luar.

5.5 TATACARA

5.5.1 TATACARA SEKOLAH

Jawatankuasa kokurikulum sekolah dan jawatankuasa pelaksana perlu berganding


bahu bagi melaksanakan kegiatan luar.

a) Berusaha memahami semua siaran,garis panduan yang telah disediakan oleh


pihak Kementerian Pelajaran,
b) Jawatankuasa kokurikulum sekolah perlu mengadakan mesyuarat untuk
merancang aktiviti Di luar sekolah.
c) Guru Penyelaras melaksanakan tugas yang telah disusun atur oleh pihak
petandbir.dan membentuk AJK Program.
d) Sumber dan perala1`tan disemak bagi melaksanakan sesuatu kegiatan itu
disimpan dan ditadbirkan dengan sempurna dan baik.
e) Menyediakan tempat penyimpanan dengan selamat,rekod penggunaan, rosak ,
membaik pulih dan penambahan alatan.
f) Guru Penyelaras dan Guru Penasihat memilih tempat dan lokasi yang sesuai
dan mengutamakan keselamatan Pelajar.
g) Guru Penyelaras dan Guru Penasihat merancang aktiviti luar yang benar-benar
memberi input dan output supaya pelajar mendapat manfaat daripada
penyertaan mereka.
h) Merancang kaedah pengurusan surat kebenaran dan pelepasan daripada pihak-
pihak tertentu.secara rasmi.
i) Menghantar program aktiviti,kepada ibubapa/penjaga pelajar.
j) Peruntukan kewangan.yang terancang dan dikawal.
k) Meminta sumbangan daripada PIBG, komuniti setempat atau
Badan Bukan Kerajaan bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan.

41
l) Guru penasihat menguruskan pengangkutan pelajar ke Tempat perkhemahan.
m) Mesti mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu
aktiviti yang dijalankan.
n) Jika guru tiada mempunyai Sijil Kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar
atau kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti
mempunyai Sijil Kelayakan yang diperlukan.
o) Memohon kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan juga pihak polis
bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan.

5.5.2 TATACARA PELAJAR

Lawatan Sambil Belajar


 Pelajar melengkapkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga yang disediakan
dan menyerahkan kepada guru penasihat.
 Pakai pakaian dan pealatan yang sesuai. Pastikan ada pengenalan sekolah dan
diri masing-masing.
 Bawa peti kecemasan yang lengkap.
 Catat kedatangan dan naik kenderaan yang digunakan dengan mengutamakan
keselamatan.
 Setelah tiba ke tempat yang dituju ikut arahan guru / pemandu pelancong /
peraturan di tempat lawatan.
 Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
 Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik, tunggu di satu tempat dan
minta bantuan sehingga bantuan sampai.

Lokasi Perkhemahan di Kawasan Hutan


 Lengkapkan Borang Kebenaran Ibu Bapa dan serahkan kepada guru penasihat.
 Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.

42
 Persiapan awal pembentukan AJK dan Kem Komander perlu dilakukan sebelum
diadakan sesuatu perkhemahan,pemilihan tempat, peralatan memasak
.peralatan individu, dan peralatan kumpulan,
 Pemilihan tapak perkhemahan yang dapat menjaminkan, keselamatan,dan
keselesaan peserta.
 Elakkan daripada berkhemah di bawah dahan pokok yang tua,di kawasan tanah
yang tinggi rendah sebaiknya cari kawasan sama rata . Keadaan ini penting bagi
mengekalkan kestabilan edaran darah.
 Cari kawasan yang bersih,daripada bebatu,sarang semut, tunggul kayu dan
semak samun.
 Tentukan arah tiupan angin,matahari dan cuaca. Elakkan cahaya matahari
memancar terus ke dalam khemah,dan elakkan berkhemah pada musim hujan.
 Pilih kawasan yang teduh dan selesa,.digalakkan menggunakan khemah pasang
siap (ground sheet).
 Parit kecil dibuat di sekeliling khemah supaya air hujan tidak masuk ke dalam
khemah.
 Jarak di antara khemah jangan terlalu hampir. Jarakkan untuk tujuan
memudahkan pergerakan.
 Serbuk Belerang(Sulfur) perlu ditaburkan di sekeliling khemah untuk
mengelakkan binatang berbisa memasuki khemah,
 Atrucara dan program sepanjang perkhemahan perlu di rancang dan diatur
dengan rapi, aktiviti perlu beraneka dan selaras dengan objektif perkhemahan.
 Beberapa pertimbangan perlu difikirkan dalam program sesuatu perkhemahan.
- Waktu sembahyang
- Syarahan pagi.
- Aktiviti ringan pagi dan petang(riadah)
- Aktiviti sesuai dengan tempat perkhemahan.
- Peralatan mencukupi.untuk menjalankan aktiviti.
- Utamakan keselamatan.aktiviti dalam air.
- Peserta perlu diberi taklimat ringkas.sebelum sesuatu aktiviti
dijalankan.

43
 Peraturan ditapak perkhemahan. Tingkahlaku peserta perlu dikawal sepanjang
masa Perkhemahan.untuk menjamin keharmonian,kelancaran dan
keberkesanan objektif perkhemahan tersebut.
 Peratuaran kem perkhemahan biasanya ditetapkan oleh penganjur perkhemahan
atau Kem komandan berkenaan.
 Beberapa cadangan untuk membuat peraturan perkhemahan.
- Kawasan perkhemahan hendaklah sentiasa bersih.
- Jimatkan penggunaan air dan menjaga alam sekitar.
Pokok tidak perlu ditebang dengan sewenangnya.
- Semua barang disimpan ditempat yang selamat.
- Semasa istiadat rasmi seperti pemeriksaan pagi
dan upacara menaikkan bendera,semua peserta
memakai pakaian seragam.
- Upacara menaikka bendera pada jam 8.30 pagi dan
menurunkannya pada jam 6.00 petang.
- Semua peserta hendaklah sentiasa mengikui aktiviti yang
telah ditetapkan.
- Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan
perkhemahan tanpa kebenaran kem komendan.
- Jika terdapat peserta yang sakit atau tercedera,
hendaklah diberitahu dengan segera kepada pemimpin atau
kem komendan. atau AJK bertugas.
- Undang-undang pergerakan unit berunifrom merupakan
undang-undang asas perkhemahan berkenaan.
- Semua peserta hendahlah senyap apabila lampu
dipadamkan.

 Perkara penting sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan.


- Menyelesaikan semua hutang dan bayaran yang
masih belum selesai kepada pihak yang tertentu.
- menurun dan melipat khemah,meruntuh gejet dan

44
membersihkan kawasan perkhemahan dengan
sebaik mungkin.
- Menyusun dan mengemas peralatan individu, dan
kumpulan disatu tempat kemudian menyemaknya.
- Membuat rondaan ke seluruh kawasan perkhemahan
untuk mencari peralatan yang mungkin tertinggal.
- Memastikan sekali lagi kawasan perkhemahan benar-benar
bersih.
- Berbaris dalam bentuk kumpulan , ketua kumpulan
memastikan bilangan ahli kumpulannya mencukupi dan
laporkan kepada Kem komender
- Membuat laporan bertulis. Mengumpul maklumat
dari awal hingga akhir sesi perkhemahan tamat dan
serahkan kepada Penyelaras , dan Guru penasihat.
- Majlis penutup, ucapan AJK penganjur. berdoa dan bersurai.

 Sekiranya diganggu oleh haiwan liar, jangan panik, menjeritlah minta


pertolongan dan lari selamatkan diri.
 Sekiranya terkena getah beracun, gatal-gatal, gigitan binatang berbisa, gigitan
serangga atau luka, dapatkan pertolongan kecemasan dengan segera.
 Laporkan kepada guru bertugas.
 Sekiranya sakit berterusan, keluar dari kawasan perkhemahan dan dapatkan
rawatan di klinik atau hospital berdekatan.
 Bawa peralatan yang lengkap dan peti kecemasan.

Lokasi Perkhemahan di Kawasan Berair

 Kawasan berair seperti sungai, laut, lombong, tasik, kolam renang, bakau dan
lain-lain.
 Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru penasihat.
 Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru.

45
 Mesti menggunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.
 Dapatkan kebenaran guru untuk sebarang aktiviti.
 Jika ternampak sebarang bentuk kecemasan seperti lemas, menjeritlah minta
tolong.
 Jangan cuba memberi pertolongan kecuali anda mempunyai kelayakan
menyelamat di air.
 Laporkan segera kepada guru / pegawai bertugas / penyelamat kecemasan.

5.5.3 TATACARA IBU BAPA

a) Memberi kebenaran kepada anak jagaan mereka menyertai


perkhemahan dengan melengkapkan borang daripada pihak sekolah.
b) Memastikan kepada anak jagaan mereka menghantar borang
kebenaran kepihak sekolah.
c) Memastikan anak jagaan mereka hadir pada tarikh dan masa
yang telah ditetapkan mengikut program.
d) Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
e) Memaklumkan kepada pihak sekolah taraf kesihatan anak-anak.
f) Memastikan ada surat pengesahan doctor jika anak tidak sesuai untuk mengikuti
sebarang aktiviti.
g) Mengambil tahu tempat aktiviti dijalankan.
h) Mendapatkan maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah
dihubungi.

5.5.4 TATACARA TINDAKAN APABILA BERLAKU KEMALANGAN

Dalam Kawasan Sekolah

 Apabila berlaku kemalangan, terus laporkan kepada guru bertugas. Penuhkan


borang aduan kemalangan.
 Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.

46
 Sekiranya serius, pihak sekolah akan menghantar pelajar ke hospital dan
laporkan kejadian kepada ibu bapa pelajar.
 Sekiranya melibatkan kes polis, guru bertugas membantu membuat aduan ke
balai polis berdekatan.
 Guru segera dapatkan laporan bertulis daripada pihak polis dan hospital untuk
tujuan tuntutan insuran.
 Serahkan ke dua-dua laporan kepada pihak pentadbir untuk memohon tuntutan
insuran selanjutnya.

Di Luar kawasan sekolah

 Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.


 Sekiranya serius, minta bantuan daripada orang yang berhampiran untuk
menghantar pelajar ke hospital dan laporkan kejadian kepada ibu bapa pelajar.
 Dapatkan maklumat ibu bapa, laporkan kemalangan kepada ibu bapa dan pihak
pentadbiran untuk tindakan membuat laporan seterusnya kepada polis.
 Dapatkan laporan bertulis daripada pihak polis dan hospital untuk tujuan tuntutan
insuran.
 Serahkan ke dua-dua laporan kepada pihak pentadbir untuk memohon tuntutan
insuran selanjutnya.

5.6 KEKANGAN

5.6.1 Pelajar kurang berminat untuk menyertai perkhemahan luar


daripada kawasan sekolah.
5.6.2 Kesuntukan masa /bertindih dengan program lain.
5.6.3 Kurang kerjasama daripada segelintir ibubapa/penjaga.
5.6.4 Masalah kewangan perbelanjaan /kos mahal perkhemahan di
luar kawasan sekolah,.

47
5.6 PENYELIAAN

5.7.1 Pemantauan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan oleh pihak


Jawatankuasa.urusetia. kem komendan dan pihak pentadbir sekolah.
5.7.2 Semakan fail-fail.
5.7.3 Mengenalpasti dan menilai kejayaan dan keberkesanan yang dicapai selaras
dengan objektif yang diharapkan.
Hasil pertandingan dari pelbagai katogeri.
- Kumpulan terbaik.
- khemah terbersih.
- peserta terbaik.

5.8 PENUTUP

Diharapkan semoga apa yang dirancang akan terlaksana dengan jayanya. Sokongan
dan komitmen yang padu diperlukan daripada seluruh warga Sekolah, PIBG dan
masyarakat setempat pasti membuahkan hasil yang dapat dibanggakan.

BIDANG BENCANA ALAM


Ketua : Pn.Hjh Shamsiah bt.Mohd Zain

8. Kebakaran
 En.Massrol Hissham b.Hj.Mat Salleh
 Pn.Rosmawati bt.Salleh
 En.Mohd Fairus b.MT.Alin
 En.Mohd Asri b.Khalid

9. Bidang Wabak Penyakit : Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

48
 En.Zulkifli b.Man
 Pn.Rozidah bt.Kamaruddin
 En.Azahar b.Abdul Wahab
 Pn.Mardziah bt.Ramli

6.0 KEBAKARAN FIZIKAL SEKOLAH- LATIHAN KEBAKARAN

6.1 PENGENALAN

Keselamatan merupakan satu amalan penting dalam kehidupan seharian bukan sahaja
di rumah malah di sekolah di mana ianya menjadi tanggungjawab bersama oleh semua
pihak. Ianya menjadi suatu bebola kehidupan yang tidak harus dilihat sebagai element
erasing dari segala perlakuan dan tindak tanduk kita. Perubahan dalam globisasi
Pendidikan kini telah menwajibkan kita bagi mengenalpasti kaedah, strategi dan model
program yang mampu kita bangunkan bagi meningkatkan keupayaan keselamatan
khususnya harta benda kita daripada dimusnahkan oleh punca-punca kebakaran.

Kementerian Pelajaran memandang serius terhadap peningkatan kes kebakaran


yang berlaku di sekolah sejak akhir-akhir ini. Berdasarkan statistik dari Jabatan Bomba
dan Penyelamat yang bertarikh 31 Januari 2000, didapati bilangan kes kebakaran yang
melibatkan sekolah telah meningkat dan punca kebakaran tersebut ilah litar pintas
(short circuit) dan perbuatan vandalisma (vandalism) oleh murid-murid sekolah. Jika hal
ini tidak ditanganni dengan bersungguh-sungguh, kes-kes kebakaran sekolah akan
bertambah serius dan boleh mengakibatkan kerugian harta benda serta kehilangan
nyawa.

Oleh itu, pihak sekolah mengambil langkah-langkah proaktif bagi


menangani masalah kes kebakaran daripada berlaku di sekolah.Antara langkah-
langkah yang di ambil adalah seperti berikut:

49
i. Sentiasa bersedia dalam menghadapi bahaya kebakaran dengan
membuat pemeriksaan rapi akan semua pendawaian di bangunan
sekolah.
ii. Memastikan system dan alat pencegahan kebakaran seperti pili
bomba, pemadam api (fire extinguisher) dan alat pencegah
kebakaran automatic dan manual sentiasa dalam keadaan baik dan
boleh digunakan.
iii. Mengadakan ceramah dan pameran bomba.
iv. Mengadakan demontrasi memadam kebakaran dengan
menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher).
v. Mengadakan Hari/Minggu Pencegahan Kebakaran di sekolah.
vi. Menyedikan pelan keselamatan kebakaran di sekolah.
vii. Melantik Jawatankuasa dan menubuhkan Pasukan Pencegahan
kebakaran di sekolah.
viii. Langkah-langkah lain yang sesuuai seperti mempertingkatkan
keselamatan sekolah agar tidak dicerobohi oleh orang luar,
terutama di luar waktu sekolah.

6.2 RASIONAL

 Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak mememtingkan keselamatan diri bukan


sahaja boleh merosakkan diri individu malah boleh menjejaskan kesejahteraan
kumpulan dan masyarakat.
 Kesilapan atau kegagalan untuk memahami kemungkinan berlakunya kebakaran
dan kemalangan dari perkara-perkara yang dianggap biasa itu perlu
diperbetulkan.

50
 Kesedaran mengenai keselamatan dan mencegahnya dari berlakunya
kebakaran boleh diasuh dan dilatih supanya ianya boleh menjadi sebahagian
dari kehidupan dan menjadi amalan warga sekolah.
 Memastikan persekitaran sekolah bebas daripada punca dan anasir yang boleh
menyebabkan kebakaran.

6.3 MATLAMAT

Menwujudkan tahap kesedaran yang tinggi di kalangan pelajar, guru dan kakitangan
sekolah mengenai keselamatan sewaktu berlakunya kebakaran.

6.4 OBJEKTIF

 Memastikan keselamatan pelajar, guru dan kakitangan sekolah terjamin dan


berada dalam keadaan yang selamat.
 Memastikan papan tanda amaran dan peraturan keselamatan dipatuhi.
 Mendidik pelajar cara-cara menyelamatkan diri sewaktu berlakunya kebakaran.
 Menyedarkan pelajar mengenai kepentingan mematuhi peraturan keselamatan di
sekolah.
 Menjadikan persekitaran sekolah sebagai kawasan selamat.

6.5 POLISI

 Setiap pelajar, guru dan kakitangan sekolah bertanggungjawab ke atas


keselamatan dir apabila berlaku kebakaran.
 Semua arahan keselamatan yang telah ditetapkan mesti dipatuhi dan semua
pelajar dan guru diwajibkan berkumpul di tempat yang telah ditetapkan.
 Guru-guru dan pelajar harus mengetahui perkara-perkara yang perlu dilakukan
dan mengambil tindakan segera apabila berlakunya kebakaran.

51
6.6 PROGRAM DAN AKTIVITI

PROGRAM AKTIVITI
1 Latihan kebakaran peringkat i. Mengedarkan pelan-pelan kebakaran
sekolah kepada semua kelas, bilik-bilik khas
termasuk makmal.
ii. Mengadakan taklimat keselamatan jika
berlakunya kebakaran.
iii. Menandakan tanda arah laluan kecemasan
jika berlakunya kebakaran.
iv. Mengadakan latihan kebakaran.
v. Mengenalpasti kelemahan dan
memperbaikinya(kekangan).
2 Mesra bersama Bomba i. Mengadakan ceramah dan pameran
kebombaan.
ii. Menggadakan demontrasi memadam
kebakaran.
iii. Mengadakan hari/minggu Pencegahan
Kebakaran.
3 Pemantauan Memastikan perkara-perkara berikut dalam keadaan
selamat dan boleh digunakan:
i. Sistem pendawaian elektrik.
ii. Peralatan memadam kebakaran di
kawasan sekolah.
iii. Punca air bomba seperti hos, pam.

6.7 KAWAD KECEMASAN KEBAKARAN DI SEKOLAH (FIRE DRILL)

6.7.1 Membunyikan Loceng Isyarat.

52
 Sesiapa juga sama ada pelajar atau guru setelah nampak kebakaran hendaklah
tanpa ragu-ragu membunyikan loceng isyarat :penggera kebakaran: (fire alarm)
yang berhampiran sekali. Pelajar yang tidak dapat menggunakan penggera
kebakaran hendaklah memaklumkan kepada guru yang berhampiran sekali
dengannya apabila ternampak kejadian kebakaran.
 Loceng penggera kebakaran ialah untuk memberi amaran kepada tiap-tiap orang
dalam bangunan yang berkenaan dan apabila loceng itu dibunyikan bererti satu-
satu kejadian kecemasan atau kebakaran berlaku dalam bangunan itu, dan
dengan bunyi itu pelajar dan kakitangan hendaklah dengan serta merta
mengamalkan perkara-perkara didalam peraturan kawad kecemasan. Isyarat
kecemasan hendaklah berbeza daripada isyarat-isyarat lain yang ada di sekolah
itu supaya dapat tulis mengelakkan kekeliruan.
 Sekiranya isyarat kebakaran tidak boleh didengar atau dilihat oleh pelajar dan
kaitangan yang berada di seluruh bahagian bangunan, maka hendaklah
mengadakan langkah-langkah yang sesuai supaya amaran kecemasan itu boleh
diketahui oleh semua orang yang berada dalam bangunan itu.Oleh itu kerjasama
daripada tiap-tiap bahagian bangunan diperlukan untuk memberi amaran supaya
pengosongan seluruh bahagian bangunan dan bukan sebahagian bangunan itu
sahaja.

6.7.2 Mengosongkan Bangunan

 Apabila loceng kecemasan dibunyikan pelajar-pelajar hendaklah berdiri di sisi


meja masing-masing sementara menunggu arahan daripada guru kelas
berkenaan. Guru memberi arahan tentang lorong, pintu dan tangga yang mesti
digunakan untuk keluar daripada bangunan itu dengan selamat.
 Pelajar-pelajar daripada kelas yang sama mestilah membuat satu barisan (single
line) dan kemudian meninggalkan bilik darjah mengikut arah berdasarkan pelan
kecemasan. Pelajar-pelajar mestilah bergerak dengan senyap dan tidak terburu-

53
buru atau berlari dan tanpa potong memotong sehingga sampai ke tempat
berkumpul yang ditentukan.
 Guru-guru kelas yang berkenaan juga hendaklah mengekori barisan pelajar-
pelajarnya dengan membawa buku daftar kedatangan, sambil menutup pintu bilik
darjah dan lain-lain pintu.
 Setelah mendengar bunyi loceng ini, Pengetua hendaklah pergi dengan serta
merta ke tempat perhimpunan yang telah ditetapkan. Di sana beliau akan berada
di tempat yang mudah dilihat oleh pelajar-pelajar atau guru-guru, supaya mudah
beliau menerima laporan-laporan daripada semua guru-guru tingkatan atau lain-
lain kakitangan sama ada semua pelajar atau kakitangan sudah selamat.
 Guru-guru tingkatan hendaklah dengan segera mendapatkan buku daftar
kedatangan supaya panggilan baris dapat mengesan pelajar-pelajar yang
tertinggal.
 Bercakap dan ketawa tidak di benarkan semasa pengosongan bangunan
dilakukan kerana segala arahan atau hukuman tidak dapat didengari oleh pelajar
dan kakitangan lain.Apabila sampai di tangga bangunan, pelajar daripada kelas
yang sama hendaklah turun di dalam satu barisan supaya barisan pelajar dari
kelas lain dapat menggunakan bersama-sama. Barisan itu hendaklah
menggunakan tepi tangga supaya tengah-tengah tangga dan tepi tangga lagi
satu boleh digunakan oleh barisan pelajar daripada kelas lain. Potong-memotong
dari satu barisan pelajar atau individu tidak dibenarkan sama sekali.
 Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di dalam kelas semasa loceng isyarat
berbunyi contohnya berada di tandas, kelas lain, bilik lain dan di lain-lain tempat
hendaklah mereka itu pergi dengan serta merta terus ke tempat perhimpunan
yang telah di tentukan. Kemudian berada bersama-sama dengan rakan-rakan
sekelasnya.
 Kakitangan/pekerja sekolah apabila mendengar bunyi loceng isyarat, hendaklah
dengan serta merta pergi ke tempat perhimpunan yang dimaksudkan diatas.
Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil
barang-barang seperti baju, buku dan lain-lain sehingga mendapat kebenaran
daripada pegawai bomba atau pengetua.

54
6.7.3 Memanggil Bomba

 Apa juga corak/jenis kebakaran yang berlaku di dalam bangunan itu sama ada
kecil atau besar atau baru hendak bermula, pihak Bomba hendaklah dihubungi
dengan kadar yang segera. Adalah menjadi tugas guru keselamatan pada masa
itu menetukan sama ada bomba telah dihubungi atau tidak. Penyampaian
maklumat-maklumat kepada bomba mengenai kebakaran hendaklah dilakukan
dengan segera.

6.7.4 Tempat Berkumpul

 Tempat berkumpul telah ditentukan mengikut pelan kecemasan.Pelajar-pelajar


berdiri dalam kelas masing-masing dalam keadaan berdiri rapat-rapat dan tidak
berselerak.

6.7.5 Panggilan Baris

 Setelah pelajar-pelajar dan kakitangan sampai di tempat berkumpul itu barulah


panggilan baris dilakukan. Nama-nama pelajar hendaklah dipanggil
menggunakan buku daftar kedatangan. Guru atau kakitangan yang
bertanggungjawab yang membuat panggilan baris hendaklah melaporkan serta-
merta kepada Pengetua sama ada semua pelajar atau kakitangan di bawah
penyeliaannya sudah berada di tempat berkumpul atau tidak.
 Jika ada sesiapa yang diketahui tidak berada di situ, hendaklah dengan serta
merta mencari pelajar atau kakitangan itu di tempat yang mungkin ianya berada.
Pihak sekolah mestilah menemui pegawai bomba yang tiba di situ dan
memberitahu sama ada semua pelajar dan kakitangan sudah berada dengan
selamatnya.

6.7.6 Melawan Kebakaran

55
 Kebakaran yang kecil bolehlah dipadamkan tetapi yang paling utama ialah
melawan kebakaran ialah langkah yang kedua berbanding keselamatan pelajar,
tetapi jika kebakaran itu besar apa yang penting sekali ialah mengosongkan
bangunan/tempat itu dengan serta merta.

6.8 ALIRAN KERJA : KAWAD KECEMASAN/LATIHAN KEBAKARAN

56
MULA

LOCENG DIBUNYIKAN

PELAJAR BERBARIS DALAM


BARISAN

GURU MEMERIKSA BILIK DARJAH

PELAJAR BERGERAK MENGIKUT


PELAN

PELAJAR BERBARIS DI TEMPAT


BERKUMPUL MENGIKUT KELAS

GURU MEMERIKSA KEHADIRAN


PELAJAR MERUJUK DAFTAR
KEDATANGAN

GURU MEMBUAT LAPORAN


KEPADA GURU KESELAMATAN
ATAU PENGETUA

TAMAT

6.9 RINGKASAN LANGKAH-LANGKAH

Guru Tingkatan
6.9.1 Memastikan kehadiran pelajar di tempat berkumpul berdasarkan jadual
kedatangan.
6.9.2 Memberi laporan kepada guru keselamatan atau pengetua.
6.9.3 Memberi penerangan kepada pelajar-pelajar baru tentang tentang laluan dan
cara-cara semasa kecemasan.

Guru yang sedang mengajar


6.9.4 Berhentikan proses pengajaran dan pembelajaran.
6.9.5 Arahkan pelajar bertenang.
6.9.6 Arahkan semua pelajar berbaris dengan pantas diluar kelas dan berjalan pantas
melalui laluan kecemasan.
6.9.7 Pastikan tiada pelajar yang tertinggal dalam kelas.

57
6.9.8 Kenalpasti pelajar yang keluar kelas atau ke tandas
6.9.9 Menutup semua pintu dan merupakan orang terakhir meninggalkan kelas.
6.9.10 Membawa bersama jadual kedatangan pelajar jika ada

Ketua Tingkatan
6.9.11 Bantu guru dalam menjalankan tindakan di atas.
6.9.12 Mengambil alih tugas guru jika tiada guru semasa kejadian.

Pelajar
6.9.13 Jangan panik, ikut arahan guru dan berbaris secara pantas di luar kelas.
6.9.14 Berjalan mengikut laluan kecemasan.
6.9.15 Jangan tolak menolak, bergurau, bercakap atau ketawa.
6.9.16 Berkumpul di tempat berkumpul mengikut kelas masingpmasing.

6.10 PENUTUP

Dengan langkah dan peraturan yang telah ditetapkan diharap dapat memberi panduan
kepada pelajar, guru dan kakitangan sekolah dalam menghadapi situasi yang tak
diduga. Supaya ianya menjadi budaya kerja yang diamalkan secara berterusan dan
ditangani secara bersungguh-sungguh, demi mengelakkan kehilangan nyawa dan
kerugian harta benda.

7.0 BIDANG WABAK PENYAKIT

58
7.1 WABAK PENYAKIT BERJANGKIT

7.1.1 PENDAHULUAN

Bidang wabak penyakit berjangkit merupakan satu persoalan yang mesti diberi
keutamaaan dalam pembentukkan sekolah selamat. Memandangkan sebahagian
pelajar SMK Sultan Muhammad Shah tinggal di asrama, wabak penyakit berjangkit
mesti dihindarkan dari menyerang pelajar-pelajar. Pelajar yang sihat potensi kearah
kecemerlanagan akademik.

7.1.2 RASIONAL

Sekolah selamat adalah satu impian pihak Kementerian. Kita sebagai warga Pelajaran
sepatutnya cuba merealisasikan impian tersebut. Sekolah selamat dari wabak penyakit
berjangkit beerti aspek kebersihan mesti dititikberatkan merangkumi semua aspek
seperti asrama, bilik-bilik asrama, tandas, kantin(penyediaan makanan dan peralatan)
persekitaran asrama dan tahap penjagaan kesihatan/kebersihan diri di kalangan para
pelajar. Rasionalnya, polisi sekolah selamat dari wabak penyakit berjangkit dapat
melahirkan pelajar yang sihat dan bebas dari sebarang penyakit berjangkit. Pelajar
yang sihat dapat menghasilkan kecemerlangan dalam akademik.

7.1.3 OBJEKTIF

 Menyediakan panduan/ peraturan kepada warga sekolah bagi setiap tindakan


yang perlu diambil untuk menjamin keselamatan dan wabak penyakit berjangkit.
 Meningkatkan kefahaman mengenai kebersihan dan kesihatan kepada semua
warga sekolah dalam menjalani kehidupan dengan lebih selesa tenang dan
damai.
 Memastikan warga sekolah terjamin selamat dari sebarang penyakit.

59
 Mewujudkan perhubungan harmoni dan permaufakatan antara warga sekolah
dalam usaha menjadikan persekitaran sekolah selamat dari wabak penyakit
berjangkit.
 Mempraktikkan amalan kebersihan dalam semua aspek kehidupan.

7.1.4 PERANAN UNTUK MENJAGA KESELAMATAN SEKOLAH DARI WABAK


PENYAKIT BERJANGKIT.

7.1.4.1 Peranan Sekolah

 Persekitaran asrama dan sekolah hendaklah dipastikan sentiasa bersih.


 Kebersihan dorm dan kelas hendaklah sentiasa diselia agar kebersihan dan
kemasannya terkawal.
 Penggunaan bilik mandi dan tandas perlu diselia agar kebersihannya terpelihara.
 Kebersihan tempat belajar hendaklah sentiasa diberi perhatrian oleh setiap
pelajar dan warga sekolah supaya dapat melahirlkan suasana bersih, sihat dan
selesa.
 Semua warga sekolah hendaklah didedahkan mengenai penjagaan kesihatan
bagi mengelakkan dari diserang wabak penyakit berjangkit.

7.1.4.2 Peranan Murid

 Dapatkan surat kebenaran mendapatkan rawatan daripada pihak pentadbiran


sekolah. .
 Dapatkan rawatan daripada doktor.
 Dapatkan surat cuti sakit
 Menyerahkannya kepada pihak sekolah.
 Sekiranya murid tinggal di asrama murid akan dihantar balik ke rumah.
 Maklumkan kepada warden asrama.
 Jangan berkongsi pakaian dan peralatan mandi dengan rakan-rakan.

60
7.1.4.3 Peranan Ibu Bapa

 Penjaga wajib memaklumkan taraf kesihatan murid kepada pihak sekolah.


 Dapatkan surat kebenaran mendapatkan rawatan daripada pihak pentadbiran
sekolah. .
 Membawa anak dapatkan rawatan daripada doktor.
 Dapatkan surat cuti sakit
 Menyerahkannya kepada pihak sekolah.
 Jangan berkongsi pakaian dan peralatan mandi dengan rakan-rakan.
 Menasihatkan anak-anak supaya mengutamakan kebersihan diri, pakaian dan
tempat tinggal

7.1.5 TATACARA

7.1.5.1 TATACARA SEKOLAH

 Guru bertugas mingguan memastikan pelajar bertugas mengikut jadual yang


telah ditetapkan samada di sekolah atau asrama.
 Semua guru bertanggungjawab memastikan pelajar sentiasa menjaga
kebersihan dan kekemasan kelas serta dorm.
 Guru bertugas mingguan memeriksa kelas atau dorm berpandukan borang
syarat-syarat keceriaan kelas.
 Guru mengambil tindakan sewajarnya terhadap kelas atau dorm
 Guru membantu dalam membersihkan dan menceriakan kelas atau dorm.

7.1.5.2 TATACARA PELAJAR

 Semua pelajar perlu bertugas mengikut jadual tugas yang ditetapkan.


 Pengawas perlu menjalankan tugas membantu guru mengawal tahap
kebersihan kelas dan dorm.

61
7.1.5.3 TATACARA PEKERJA

 Semua warga sekolah termasuklah guru, pelajar dan pekerja (pejabat,


makmal dan tukang kebun) bekerja sama menjaga kebersihan dan
memastikan keceriaan sekolah terkawal.
 Semua pekerja menjaga kebersihan di ruang kerja masing-masing.

7.1.5.4 TATACARA PEMULIHARAAN

 Mengadakan gotong royong pembersihan kawasan.


 Segala peralatan yang boleh menakung air hendaklah ditanam.
 Longkang perlu dibersihkan secara berkala.
 Membersih dan menceriakan semula kelas dengan pelbagai cara yang sesuai.

7.1.6 KEKANGAN/HALANGAN/ MASALAH

 Kurang kerjasama dari beberapa pihak tertentu.


 Tiada kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan dari warga sekolah
dan ibu bapa yang menziarahi anak-anak.
 Sikap para pelajar yang tidak kisah tentang kepentingan kebersihan di kelas dan
dorm.

7.1.7 PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN

 AJK Kebersihan yang dilantik oleh pentadbir sekolah memantau kebersihan


persekitaran sekolah,kantin ,asrama dan dewan makan.
 Jabatan Kesihatan Daerah Perak Tengah.

62
7.1.8 PENUTUP

Pihak sekolah berharap dengan adanya polisi ini sekolah selamat dari wabak penyakit,
warga sekolah akan berasa selamat di kawasan sekolah dan semua warga sekolah
dapat merasa dan menikmati kehidupan yang selesa dan selamat.

63
7.2 KERACUNAN MAKANAN

7.2.1 PENDAHULUAN

Dewan Makan dan Kantin merupakan lokasi penting di sekolah. Setiap sekolah perlu
mengamalkan dasar dewan makan dan kantin selamat. Selamat ditakrifkan sebagai
lokasi yang bebas daripada sebarang kemalangan, gangguan , kecederaan, keracunan
dan penyakit. Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia yang
memberi tenaga bagi membolehkan aktiviti manusia dijalankan lebih aktifdan produktif.
Makanan yang tidak selamat boleh menyebabkan gangguan kesihatan kepada individu
terlibat. Oleh itu pihak sekolah berharap adanya dewan makan dan kantin sekolah
selamat dapat dapat meningkatkan kebersihan pengendalian makanan

7.2.2 RASIONAL

Sekolah selamat adalah satu impian pihak Kementerian. Kita sebagai warga pendidik
sepatutnya cuba merealisasikan impian tersebut. Kantin selamat tertumpu kepada
semua aspek termasuk pengendalian makanan, kebersihan diri pengendali, alat-
alatan , kelengkapan kantin, premis makanan berdasarkan keadaan bersih dan selamat
sepanjang masa. Rasionalnya polisi kantin selamat dapat mewujudkan masyarakat
yang sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Kantin selamat dapat direalisasikan
dengan adanya kerjasama dari semua pihak, seterusnya ia dapat membentuk interaksi
sosial yang berkesan.

7.2.3 OBJEKTIF

Menyediakan warga sekolah yang perihatin dengan keselamatan kantin, bebas dari
penyakit serta mengutamakan kebersihan dalam segenap aspek kehidupan.
Menyediakan panduan kepada warga sekolah bagi setiap tindakan yang perlu diambil
untuk menjamin keselamatan dewan makan dan kantin.

64
Meningkatkan kefahaman mengenai kebersihan dan kesihatan dalam menjalani
kehidupan di sekolah dengan lebih selesa, tenang dan damai.
Memastikan kesihatan warga sekolah terjamin selamat daripada sebarang penyakit.
Mewujudkan hubungan yang haarmonis dan permuafakatan antara warga sekolah
dalam usaha menjadikan persekitaran kantin selamat.
Mempraktikkan amalan kebersihan dalam semua aspek kehidupan.

7.2.4 PERANAN

7.2.4.1 Peranan Sekolah

 Memastikan pengusaha makanan memberi perhatian terhadap aspek kebersihan


dan keselamatan makanan, semua kakitangan dan pekerja kantin dan alat-alat
kelengkapan kantin.
 Pelajar membeli makanan di kantin mengikut jadual waktu rehat yang telah
ditentukan oleh pihak sekolah.
 Pergerakan pelajar ketika makan di dewan makan diawasi oleh guru bertugas
dan pengawas sekolah

7.2.4.2 Peranan Pelajar

 Pelajar membeli makanan di kantin mengikut jadual waktu rehat yang telah
ditentukan oleh pihak sekolah.
 Pelajar makan di dewan makan mengikut jadual waktu yang telah ditentukan
oleh pihak sekolah.

7.2.4.3 Peranan Pengusaha Dewan Makan / Kantin

 Makanan yang disediakan hendaklah berkualiti, bermutu, berkhasiat dan


menepati ciri-ciri makanan selamat bertepatan dengan peraturan Kementerian
Kesihatan.

65
 Pastikan pelajar membeli makanan di kantin mengikut jadual waktu rehat yang
telah ditentukan oleh pihak sekolah.
 Pastikan pergerakan pelajar ketika mengambil makanan.
 Beri perhatian terhadap aspek kebersihan dan keselamatan makanan, semua
kakitangan dan pekerja kantin dan alat-alat kelengkapan kantin.
 Membuat penilaian terhadap keselamatan kantin berpandukan borang senarai
semak yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan.
 Makanan yang dibekalkan hendaklah sentiasa terlindung dari pencemaran sama
ada kuman bahan kimia, serangga atau bahan asing.
 Pengusaha kantin dan pekerja kantin mengamalkan kebersihan diri termasuk
mendapatkan suntikan TY2 dan berpakaian kemas ( memakai apron, tutup
kepala / topi san kasut ) semasa menyedikan makanan.
 Menggunakan peralatan yang bersih semasa penyediaanmakanan.
 Menggunakan punca air yang bersih dan mencukupi untuk pencucian alat-
alatan.
 Pengaliran air sisa makanan buangan yang sistematik dan lancar.
 Sistem pemasangan paip yang sempurna dan tidak bocor.
 Kemudahan tandas dan alat membasuh tangan yang sempurna dan mencukupi.
 Sistem pembuangan sampah sarap yang teratur, kawalanm terhadap serangga
seperti lalat, nyamuk dan tikus yang memuaskan.
 Penjagaan lantai, dinding dan siling yang sempurna, system pencahayaan serta
pengudaraan yang cukup.
 Tempat memasak yang sentiasa dikawal / selia.
 Pinggan mangkuk kotor tidak boleh dicuci di atas lantai.
 Pinggan mangkuk pelajar yang kotor dimasukan dalam bekas berisi air sabun.
 Alat pemadam api disediakan.
 Stor menyimpan bahan mentah tersusun rapi dan sistematik.

7.2.5 TATACARA

7.2.5.1 Tatacara Sekolah

66
 Guru bertugas mingguan memastikan pelajar keluar membeli makanan pada
masa yang ditetapkan (jadual waktu rehat ).
 Semua guru bertanggung jawab kawal aliran pergerakan pelajar dalam keadaan
selamat.
 Guru bertugas mingguan memeriksa keselamatan kantin berpandukan boring
kawal pandu kantin.
 Guru mengambil tindakan sewajarnya atas sebarang aduan warga sekolah.
 Guru terlibat menceriakan kantin.

7.2.5.2 Tatacara Pelajar

 Semua pelajar tidak berebut di kantin.


 Pengawas yang bertugas membantu guru mengawal pelajar di kantin.

7.2.5.3 Tatacara Pekerja

 Semua pekerja kantin menjaga kebersihan diri semasa bertugas.


 Makanan untuk pelajar mencukupi dan harga berpatutan.
 Pekerja dan kakitangan kantin mestilah memberikan layanan yang baik.
 Pengusaha kantin perlu menyedia dan mempamerkan carta organisasi, jadual
tugasan dan harga barangan.
 Pekerja juga memastikan premis perniagaan dalam keadaan bersih.

7.2.6 PEMULIHARAAN

 Memastikan paip yang rosak dibaiki.


 Poster lama digantikan baru.
 Kerusi meja rosak diperbaiki.
 Tempat membasuh pinggan yang sesuai.
 Ruang tempat masak dikemaskini.

67
7.2.7 KEKANGAN / HALANGAN / MASALAH

 Kurang kerjasama dari semua pihak.


 Pencemaran alam sekitar.
 Sikap dan layanan pekerja kantik yang tidak memuaskan.
 Pelajar kurang berdisiplin.

7.2.8 PENYELIAAN / PEMANTAUAN

AJK kantin perlu memantau keselamatan kantin dan berhubung rapat dengan Jabatan
Kesihatan

7.2.9 PENUTUP

Pihak sekolah berharap dengan adanya polisi ini:


Kesedaran warga sekolah terhadap keselamatan dan kebersihan makanan wajar
diutamakan.
Semua warga sekolah berasa selamat berada di dewan makan dan kantin.
Semua warga sekolah dapat menikmati makanan di kantin dan dewan dengan tenang
dan selamat.

68
BIDANG KESELAMATAN FIZIKAL DAN BANGUNAN SEKOLAH

KESELAMATAN FIZIKAL SEKOLAH

Ketua : En.Yusof Zaki b.Sulaiman

8. Keselamatan Fizikal Sekolah


 En. Ahmad Hafizi b.Saad
 Pn. Siti Salmah bt.Bedin

23. Keselamatan Pendawaian dan Peralatan Elektrik


 En. Ahmad Hafizi b.Saad
 En. Mior Hazrin b.Mior Hamzah
 En.Ahmad Jailani b.Zainuddin

24. Keselamatan Tandas


 En.Mior Raihan b.Shaari
 Cik Nurain bt.Mion Ahmad
 Cleener Sekolah

25. Keselamatan Peralatan


 Pn.Susilawati bt.Bahkuddin
 En.Salim b.Muhamud
 Pn.Wan Fairus bt.Shazila bt.Wan Daud
 Pn.Nora’lia bt.Mohd Yunus
 Pn.Azlina bt.Abdul Aziz

26. Keselamatan Penghuni Asrama


 En.Mohd Eunzaid b.Alias
 Pn.Yuzilawati bt.Abu Hassan
 Pn.Haslina bt.Hashim

69
 Pengawal Keselamatan Sekolah

27. Keselamatan di Makmal Sains


 En.Mohd Fairus b.MT Alin
 Pn.Suhaila b.Mohd Amin
 Pn.Norazlin bt.Zainal Abidin
 Pn.Jannatun Adnin bt.Abdul Malik
 Semua Pembantu Makmal

28. Keselamatan di Bilik Kemahiran Hidup ( Bengkel, Bilik ERT, dan Stor dan Bilik
Pertanian)
 Pn.Nora’lia bt.Mohd Yunus
 En.Ahmad Hafizi b.Saad
 Pn.Azlina bt.Abd Aziz
 Pn.Zuraida Azura bt.Hashim
 Pn.Rosmawati bt.Salleh

29. Keselamatan di Pusat Sumber


 En.Rashdan b.Nuruddin
 Pn.Yuzilawati bt.Abu Hassan
 Pn.Sharifah bt.Puteh Zahari

30. Keselamatan Bilik SPBT


 En.Mior Hazrin b.Mior Hamzah
 Pn.Sahilas bt.Mokhtar
 Pn.Hairul Bariah bt.Yahaya

31. Keselamatan di Padang Permainan


 En. Salim b.Muhamud
 En.Massrul Hisham b.Mat Salleh
 Pn. Maznah bt.Muhammad Yusof

70
 En.Ahmad Jailani b.Zainuddin
 Pn.Norlyza bt.Ismail

Keselamatan Fizikal Sekolah

PENDAHULUAN

Menjadikan sekolah tempat yang selamat. Mewujudkan suasana persekitaran yang


kondusif yang mempunyai peraturan yang dapat mambantu keselamatan semua.Ia
termasuklah pendawaian dan peralatan elektrik di sekolah,kelas,bilik-bilik khas di
sekolah,tandas asrama,gelanggang permainan dan persekitaran dalam kawasan
sekolah berada dalam keadaan baik dan selamat.

RASIONAL

Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama
pertimbangan. Warga sekolah terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal,
sosial,emosi dan teknikal. Kurang kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dari
segi keselamatan. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat
terhad tanpa sokongan keluarga dan komuniti .

MATLAMAT

Mewujudkan budaya di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan


permuafakatan dan sokongan warga sekolah,keluarga dan komuniti setempat.

OBJEKTIF

 Menjadikan kawasan sekolah selamat untuk diduduki oleh semua warga


sekolah.

71
 Bahagian bangunan sekolah sesuai digunakan mengikut fungsi dan
kegunaannya.
 Memastikan sistem perparitan berada dalam keadaan sempurna .
 Memastikan alat pemadam kebakaran mencukupi dan boleh berfungsi dengan
baik.
 Memastikan alatan elektrik dan sistem pendawaian elektrik berfungsi dengan
baik.
 Memastikan bangunan kantin sekolah baik dan sesuai untuk proses penyedian
makanan.

PERANCANGAN DAN TANGGUNGJAWAB

Pihak Sekolah membentuk Ahli Jawatankuasa Kecil di peringkat SMKIS.

Pengerusi - Tuan Pengetua SMKIS


Tn.Hj.Hussain b.Puteh
Naib Pengerusi - P. Kanan HEM
- Tn.Habib Ruslan b.Habib Baharum
Naib Pengerusi - YDP PIBG
Tn.Hj.Mohd Idris b.Ismail
Setiausaha I - Guru Bimbingan dan Kaunseling.
- En.Ahmad Suhaimi b.Yahaya
Setiausaha 2 - Guru Disiplin
-En.Ros Effendee b.Musa
Ahli-Ahli -Ketua warden Asrama
Pn.Yuzilawati bt.Abu Hassan
En.Mohd Eunzaid b.Alias
En. Pn.Haslina bt.Hashim
En.Ahmad Hafizi b.Saad
En.Abdul Karim b.Abd Rani
Pengawal Keselamatan

72
PERANAN

PERANAN SEKOLAH

 Memaparkan dengan jelas perturan yang telah dibuat semua bilik khas.
 Menanam sikap bertanggungjawab dalam diri murid-murid .
 Menerima laporan kerosakan
 Meletakkan papan tanda atau lebel di tempat-tempat yang merbahaya
 dan tidak selamat.
 Mengambil tindakan segera dengan melakporkan kepada pihak
 pengurusan.
 Memeriksa premis dan alatan dari masa kesemasa untuk memastikan ia
 dapat digunakan dengan baik.
 Buat laporan jika berlaku kemalangan.

PERANAN PELAJAR
 Melaporkan kepada guru sekiranya berlaku sebarang masalah kerosakan
Menjauhi kawasan yang merbahaya.
 Tidak menggunkan peralatan yang rosak atau yang merbahaya.
 Ikut keperaturan yang telah ditetapkan .
 Membaca peraturan penggunaan peralatan yang akan digunakan dengan betul
 Dapat khidmat nasihat guru untuk meggunakan sesuatu peralatan.

PERANAN IBU BAPA

 Melaporkan kepada pihak sekolah sebarang kerosakan yang dikesan.


 Menolong pihak sekolah membaiki kerosakan menggunakn kepakaran yang ada.
 Mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah.
 Selalu mengingatkan anak-anak tentang keselamatan diri.

73
KEKANGAN

Apabila berlaku kerosakan proses pemulihan dan penyelenggaraan mengambil masa


yang lama .
Keadaan ini boleh mengganggu keselamatan dan keceriaan

PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya polisi bangunan fizikal selamat, persekitaran


sekolah akan menjadi kawasan yang paling selamat untuk didiami.

74
8.0 KESELAMATAN PENDAWAIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK

8.1 PENDAHULUAN

Keselamatan Elektrik merupakan satu perkara yang penting di sekolah . Ia tidak boleh
di pandang ringan . Ia boleh membawa kepada kebakaran dan penutupan sekolah.
Langkah- langkah keselamatan perlu di titik beratkan kerana ia melibatkan nyawa
pelajar. Ia perlu di selia untuk mengelakkan sebarang kemungkinan seperti litar pintas ,
kerosakan sistem pendawaian dan penggunaan alatan elektrik yang tidak selamat di
dalam kawasan SMK Sultan Muhammad Shah.

8.2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

8.2.1 Peranan Pelajar

1. Jangan menggunakan peralatan –peralatan elaktrik yang tidak di


benarkan oleh pihak sekolah terutama tanpa pengetahuan guru.
2. Jangan cuba untuk mengubahsuai dan memperbaiki atau menguji
peralatan elektrik yang rosak .
3. Jangan cuba membaiki lampu /kipas yang tidak berfungsi
4. Jangan cuba mengusik / mengganggu litar pendawaian sediada
5. Jangan bermain atau menghampiri tempat punca kuasa elektrik yang
bertanda “ BAHAYA / AWAS “ kerana voltan tinggi
6. Memaklumkan segala kerosakan kepada guru tingkatan / warden dengan
kadar yang segera.
7. Peratuhi segala peraturan keselamatan elektrik yang di tetapkan
8. Jauhi tempat –tempat berlakunya kebocoran elektrik dan labelkan
sebagai kawasan larangan.

75
8.2.2 Peranan guru / pihak pentadbir

 Jangan menggunakan peralatan –peralatan elaktrik yang tidak di


 benarkan oleh pihak sekolah terutama tanpa pengetahuan guru.
 Jangan cuba untuk mengubahsuai dan memperbaiki atau menguji peralatan
elektrik yang rosak .
 Jangan cuba membaiki lampu /kipas yang tidak berfungsi
 Jangan cuba mengusik / mengganggu litar pendawaian sediada
 Jangan bermain atau menghampiri tempat punca kuasa elektrik yang
 bertanda “ BAHAYA / AWAS “ kerana voltan tinggi
 Memaklumkan segala kerosakan kepada guru tingkatan / warden
dengan kadar yang segera.
 Peratuhi segala peraturan keselamatan elektrik yang di tetapkan
 Jauhi tempat –tempat berlakunya kebocoran elektrik dan labelkan
 sebagai kawasan larangan.
 Menubuhkan AJK Keselamatan Elektrik di sekolah merangkumi guru ,
kakitangan sekolah dan pelajar.
 Menerima setiap laporan pelajar dan merekodkan dalam buku REKOD KHAS
kerosakan elektrik
 Menyiasat laporan pelajar dan mengambil tindakan segera .
 Setiap rekod kerosakan perlu di kemaskini seperti tarikh aduan , tarikh tindakan
telah diambil terhadap aduan.
 Labelkan kawasan tidak selamat kepada semua
 Pindahkan pelajar ke kawasan selamat jika kerosakan membahayakan.
 Mengadakan penyeliaan berkala
 Mempamerkan poster-poster tentang penggunaan elektrik yang betul dan
selamat.

76
8.2.3 Peranan Ibu Bapa

 Tidak membekalkan barangan elektrik kepada anak mereka


 Menerangkan tentang bahaya penggunaan barangan elaktrik tanpa pengetahuan
guru.
 Sentiasa berunding terlebih dahulu dengan pihak sekolah segala aduan anak-
anak mereka sebelum mengambil tindakan
 Menyumbang kepakaran dalam membaiki perkakasan elaktrik.

8.3 CARTA ALIRAN KERJA

Pelajar / ketua
tingkatan /
pengawas

Guru / guru
tingkatan/
warden

Pihak pentadbir

Juru teknik sekolah


( berunding dengan
Pengetua –
menjalankan baik pulih
)

77
8.4 KEKANGAN

1. Kurang penyeliaan dijalankan


2. Litar elektrik yang terlalu lama
3. Masalah kewangan untuk membaikpulih
4. Mengambil masa yang lama apabila melibatkan tender kerajaan.

8.5 PEMANTAUAN

Boleh di lakukan oleh juruteknik sekolah / AJK yamg dilantik sekurang-kurangnya


sebulan sekali.

8.6 PENUTUP

Diharapkan kepada semua pihak yang mendapat aduan / terjumpa segala masalah
yang melibatkan keselamatan elektrik mengambil tindakan yang sepatutnya untuk
mewujudkan SMKSMS selamat dari segala bahaya elektrik

78
9.0 KESELAMATAN DI TANDAS

9.1 PENDAHULUAN

Aspek keselamatan ketika menggunakan tandas sering diabaikan oleh pelajar kerana
beranggapan bahawa tandas adalah tempat yang tidak boleh menyebabkan
kemalangan kerana jarang digunakan. Oleh itu, konsep sekolah selamat menekankan
bahawa setiap tempat dalam kawasan sekolah perlu diberi perhatian keselamatan
termasuk tandas. Banyak kemalangan boleh berlaku di dalam tandas dan ini perlu
dielakkan dengan perancangan yang teliti oleh pihak sekolah.

9.2 RASIONAL

Keselamatan dan kebersihan dalam tandas menunjukkan keperibadian seseorang.


Oleh itu, sekolah merasakan amat perlu mendidik dan melatih pelajar dari peringkat
sekolah lagi untuk tidak mengabaikan aspek keselamatan dan kebersihan mana-mana
bilik dalam bangunan sekolah terutama tandas. Latihan dan amalan yang dipupuk dari
bangku sekolah dapat melahirkan individu sempurna sahsiahnya apabila dewasa.

9.3 MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang mengamalkan prosedur keselamatan bagi mengelakkan


kemalangan semasa menggunakan tandas sepanjang masa berada di sekolah dan di
luar sekoalah serta bersedia menghadapi kemungkinan kemalangan di bilik tandas.
Selain itu, pelajar juga akan m empunyai kesedaran untuk menjaga kebersihan supaya
bebas dari segala penyakit yang boleh mengganggu tumpuan mereka terhadap
pelajaran.

79
9.4 OBJEKTIF

 Menyediakan panduan yang merangkumi prosedur keselamatan, notis dan


panduan penggunaan tandas.
 Melahirkan pelajar yang bebas dari segala penyakit terutama penyakit berjangkit
yang disebabkan oleh penggunaan tandas yang tidak bersih.
 Menyemai rasa tanggungjawab di kalangan pelajar untuk menjaga kebersihan
diri dan tandas serta memelihara peralatan dalam tandas supaya sentiasa elok.
 Meningkatkan kefahaman pelajar tentang tujuan prosedur keselamatan
diwujudkan.
 Memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar dan pihak sekolah untuk
menjaga keselamatan dan kebersihan tandas.
 Melatih pelajar berdisiplin dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak
pentadbiran sekolah dan mewujudkan budaya pemuafakatan dan gotong royong.

9.5 PERANAN / TANGGUNGJAWAB

9.5.1 PIHAK SEKOLAH

1. Mempamerkan dengan jelas peraturan yang dibuat di semua tandas sekolah.


2. Menanam sikap tanggungjawab dalam diri setiap murid.
3. Menerima laporan kerosakan dan mengambil tindakan segera dengan
melaporkan kepada pihak pengurusan.
4. Memeriksa kemudahan tandas dan alatan dari masa ke masa bagi memastikan
ia dapat digunkan dengan baik.
5. Mengambil tindakan segera dengan melaporkan kepada pihak pengurusan.

80
9.5.2 PELAJAR

1. Melaporkan kepada guru sekiranya berlaku sebarang masalah kerosakan.


2. Tidak menggunakan tandas yang rosak.
3. Mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

9.5.3 IBU BAPA

1. Melaporkan kepada pihak sekolah sebarang kerosakan yang dikesan.


2. Menolong pihak sekolah membaiki tahap kebersihan dan kerosakan tandas
dengan menggunakan kepakaran yang ada.
3. Sentiasa mengingatkan anak-anak tentang kebersihan diri.

9.6 TATACARA

9.6.1 PIHAK SEKOLAH

1. Memaklumkan peraturan penggunaan tandas kepada pelajar


2. Menanam sikap tanggungjawab kepada pelajar tentang kebersihan tandas
3. Memastikan tandas tidak basah, licin serta merbahaya.
4. Mengadakan latihan menggunakan tandas ( masuk dan keluar ) jika perlu.
5. Sebarang kerosakan yang dilaporkan, hendaklah dibaiki dengan segera.
6. Setiap laporan dan tindakan hendaklah direkodkan dari masa ke masa.
7. Memastikan bilik air sentiasa bersih, ceria, selesa dan berkeadan kondusif.

81
9.6.2 PELAJAR

1. Memahami peraturan penggunaan yang telah ditetapkan.


2. Mempastikan pelajar telah menjalani latihan menggunakan tandas ( masuk dan
keluar ) jika perlu.
3. Jika terdapat sebarang kerosakan, pelajar hendaklah melaporkan dengan segera
kepada guru atau pihak pentadbir.
4. Mempastikan tandas digunakan dengan betul dan mengikut peraturan.

9.6.3 IBU BAPA

1. Memberi peringatan kepada anak-anak tentang cara-cara dan aspek


keselamatan yang perlu dititikberatkan semasa menggunakan tandas.
2. Membuat laporan kepada pihak sekolah sebarang kerosakan yang dikesan.
3. Memberikan cadangan yang membina agar dapat meningkatkan tahap
kebersihan di kalangan pelajar.

82
9.7 CARTA ALIRAN
Taklimat kepada pelajar

Pengagihan unit kerja kepada pelajar

Perlantikan AJK keselamatan menggunakan tandas

Merancang program

Jika tidak capai target

Aktiviti

Seliaan

Tamat

9.8 KEKANGAN

 Kurang kerjasama daripada pelajar dan ibu bapa serta masyarakat setempat.
 Kekangan masa untu tugas pemantauan
 Kekangan masa untuk tugas-tugas pembersihan dan gotong royong
 Sikap pelajar yang kurang berdisiplin seperti vandalisme
 Sistem fizikal tandas seperti sistem pengaliran air yang tidak sempurna dan
mudah rosak

83
 Pelajar menyalahgunakan tandas untuk kegiatan melanggar disiplin sekolah
seperti merokok dan ponteng kelas.

9.9 PENYELIAAN / PEMANTAUAN

 Menggalakkan guru-guru menggunakan tandas pelajar untuk tujuan pemantauan


oleh guru.
 Menggalakkan guru-guru membawa pelajar untuk menjalani aktiviti amali
berkenaan pengurusan diri dan menjaga kebersihan tandas. Contoh Kemahiran
Hidup tingkatan satu, Bab pengurusan diri.
 Pemantauan oleh guru bertugas dan pekerja sekolah
 Penyediaan senarai semak.

9.10 PENUTUP

Diharapkan dengan semua perancangan yang dibuat dan dilaksanakan akan memupuk
kesedaran di kalangan warga serkolah bahawa aspek keselamatan tandas tidak boleh
diabaikan. Dengan ini keselamatan para pelajar dan guru akan lebih terjamin ketika
menggunakan tandas dan secara tidak langsung membolehkan matlamat sekolah untuk
menjadi sekolah selamat tercapai.

10.0 KESELAMATAN PERALATAN

10.1 PENDAHULUAN

Keselamatan Peralatan sekolah merupakan satu perkara yang penting di sekolah . Ia


tidak boleh di pandang ringan . Ia boleh membawa kepada kecederaan dan
kemalangan. Langkah-langkah keselamatan perlu di titik beratkan kerana ia melibatkan
nyawa pelajar. Ia perlu di selia untuk mengelakkan sebarang kemungkinan seperti
rosak, berkarat dan sebagainya.

84
10.2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

10.2.1 Peranan Pelajar

1. Jangan menggunakan peralatan –peralatan yang tidak di benarkan oleh pihak


sekolah terutama tanpa pengetahuan guru.
2. Jangan cuba untuk mengubahsuai dan memperbaiki atau menguji peralatan
yang rosak.
3. Jangan bermain atau menghampiri tempat peralatan merbahaya di simpan.
4. Memaklumkan segala kerosakan kepada guru tingkatan / warden dengan kadar
yang segera.
5. Peratuhi segala peraturan keselamatan yang di tetapkan
6. Jauhi tempat –tempat yang dilabelkan sebagai kawasan larangan.

10.2.2 Peranan guru / pihak pentadbir

 Jangan menggunakan peralatan –peralatan yang tidak di benarkan oleh pihak


sekolah.
 Jangan cuba untuk mengubahsuai dan memperbaiki atau menguji
peralatan yang rosak jika tidak tahu mengenainya. .
 Memaklumkan segala kerosakan kepada pengetua dengan kadar yang segera.
 Peratuhi segala peraturan peralatan yang di tetapkan
 Menubuhkan AJK Keselamatan Elektrik di sekolah merangkumi guru ,
kakitangan sekolah dan pelajar.
 Menerima setiap laporan pelajar dan merekodkan dalam buku REKOD KHAS
kerosakan peralatan.
 Menyiasat laporan pelajar dan mengambil tindakan segera .
 Setiap rekod kerosakan perlu di kemaskini seperti tarikh aduan , tarikh tindakan
telah diambil terhadap aduan.
 Labelkan kawasan tidak selamat kepada semua
 Pindahkan pelajar ke kawasan selamat jika kerosakan membahayakan.

85
 Mengadakan penyeliaan berkala
 Mempamerkan poster-poster tentang penggunaan peralatan yang betul dan
selamat.
 Jangan benarkan penggunaan peralatan oleh pelajar tanpa pengawasan guru.

10.2.3 Peranan Ibu Bapa

 Tidak membekalkan peralatan merbahaya kepada anak mereka


 Menerangkan tentang bahaya penggunaan peralatan tanpa pengetahuan guru.
 Sentiasa berunding terlebih dahulu dengan pihak sekolah segala aduan anak-
anak mereka sebelum mengambil tindakan
 Menyumbang kepakaran dalam membaiki perkakasan peralatan.

10..3 TATACARA

10.3.1 Tatacara Pihak Sekolah

 Murid dimaklumkan mengenai bangunan yang mempunyai pemegang besi yang


merbahaya di tangga atau beranda yang belum dibaikpulih.
 Pihak sekolah mestilah meletakkkan tanda BAHAYA/ AWAS pada tempat
tersebut dan jadikan tempat itu sebagai kawasan larangan.
 Pemantauan berjadual perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah.
 Sekiranya didapati murid mendapat cedera akibat pemegang besi yang rosak
atau cermin yang pecah, rawatan segera hendaklah diberikan dan jika serius
hendaklah dibawa berjumpa doktor serta maklumkan waris.
 Setiap laporan dan tindakan hendaklah direkodkan semula.

86
10.3.2 Tatacara Murid

 Murid hendaklah memaklumkan kepada pihak pentadbir, guru, pekerja jika


terjumpa atau mendapati pemegang besi dan tingkap yang pecah atau rosak.
 Murid hendaklah menjauhi kawasan-kawasan yang dikategori sebagai
merbahaya.
 Murid hendaklah mematuhi peraturan dan arahan yang dikeluarkan atau
ditetapkan oleh pihak skolah.
 Murid jangan sentuh dan cuba memperbaiki bahagian yang pecah atau rosak.

10.3.3 Tatacara Ibu bapa

 Ibu bapa hendaklah sentiasa mengingatkan anak-anak mereka tentang


kepentingan menjaga keselamatan diri.
 Ibu bapa hendaklah memberitahu tatacara berhadapan kawasan bahaya atau
barangan bahaya kepada anak-anak mereka.

10.4 KEKANGAN

 Kurang kerjasama daripada pelajar dan ibu bapa serta masyarakat


 setempat.
 Kekangan masa untu tugas pemantauan
 Kekangan masa untuk tugas-tugas pembersihan dan gotong royong
 Sikap pelajar yang kurang berdisiplin seperti vandalisme
 Kawasan sekolah yang luas sukar untuk dipantau keadaan peralatan.
 Pelajar merosakkan peralatan tersebut untuk melepaskan perasaan
 geram.

10.5 PENYELIAAN / PEMANTAUAN

 Menggalakkan guru-guru supaya lebih peka terhadap keselamatan pelajar.

87
 Murid sentiasa diberi penerangan dan peringatan tentang keselamatan sekolah.
 Pemantauan oleh guru bertugas dan pekerja sekolah
 Penyediaan senarai semak.

10.6 PENUTUP

Diharapkan dengan semua perancangan yang dibuat dan dilaksanakan akan memupuk
kesedaran di kalangan warga serkolah bahawa aspek keselamatan pelatan tidak boleh
diabaikan. Dengan ini keselamatan para pelajar dan guru akan lebih terjamin ketika
menggunakan peralatan sekolah dan secara tidak langsung membolehkan matlamat
sekolah untuk menjadi sekolah selamat tercapai.

11.0 KESELAMATAN PENGHUNI ASRAMA

11.1 PENDAHULUAN

Keselamatan pelajar yang tinggal di asrama perlu dititik beratkan oleh pihak sekolah. Ini
memendangkan harapan ibu bapa uyang optimis bahawa anak mereka selamat tinggal
di dalam kawalan pihak sekolah. Maka, langkah-langkah keselamatan ini adalah perlu
supaya pelajar guru, pelajar, dan ibu bapa tahu langkah-langkah keselamatan yang
harus diambil semasa menghadapi apa juga keadaan yang berlaku di asrama sekolah.

11.2 TATACARA

11.2.1 Tatacara Murid

 Murid mestilah menerima dan mematuhi peraturan tinggal di asrama.

88
 Murid hendaklah melaporkan dengan segera kepada warden, penyelia, pekerja
dan ketua pengawas asrama, sekiranya terdapat sesuatu kerosakan atau
perkara yang tidak diingini berlaku.
 Murid jangan mengambil tindakan sendirian untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
 Murid mestilah membuat laporan kepada pengetua atau PK HEM berhubung
dengan aspek keselamatan yang dianggap serius contohnya rogol an
penculikan.

11.2.2 Tatacara Sekolah / Warden

 Warden membuat arahan am kepada semua penghuni asrama berkenaan


dengan peraturan asrama.
 Warden mengedarkan panduan dan peraturan asrama kepada penghuni asrama
dan waris masing-masing.
 Guru memberi taklimat kepada penghuni dan waris masing-masing tentang
peraturan asrama.
 Pemeriksaan berkala perlu dilakukan terhadap penghuni asrama.
 Setiap laporan dan tindakan hrendaklah direkodkan semula.
 Jika berlaku kemalangan patuh pada peraturan dan arahan yang ditetapkan.

11.2.3 Tatacara Ibu Bapa

 Ibu bapa yang ingin berurusan atau berhubung dengan penghuni asrama
mestilah mengikut peraturan asrama yang telah ditetapkan.
 Ibu bapa perlu membuat laporan kepada pengetua atau PK HEM berhubung
dengan aspek keselamatan yang dianggap serius contohnya kecurian dan kes
buli.

89
11.3 PENUTUP

Diharapkan agar penghuni asrama di sekolah ini dapat tinggal di dalam suasana yang
kondusif dan selamat kerana di sini semua pelajarnya mesti tinggal di asrama. Dengan
keselamatan yang diyakini, pelajar akan dapat belajar dengan lebih tenang dan
memastikan kejayaan yang cemerlang di dalam akademik, sahsiah, emosi mahupun
rohani.

90
12.0 KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS

12.1 PENDAHULUAN

Makmal sains ialah sebuah tempat untuk menjalankan eksperimen dan ia juga
berfungsi sebagai pusat sumber yang dapat memberikan maklumat dan membantu
meningkatkan penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir panjang.
Keselamatan di makmal merupakan aspek utama untuk melindungi mereka
(kakitangan,guru pelajar ) yang bekerja dalam makmal sains daripada segala
kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Antara bahaya yang
mungkin berlaku di makmal sains adalah kebakaran,letupan,kejutan elektrik, kebocoran
gas dan kebocoran bahan kimia.Keselamatan dalam makmal sains merupakan
tanggungjawab Pengetua,guru-guru sains, staf sokongan makmal sains dan pelajar
sendiri. Oleh itu,pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk
mengelak, mengawal atau mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden
negatif dikalangan warga sekolah yang terlibat dengan mengadakan peraturan-
peraturan,latihan-latihan dan usaha-usaha mendidik.

12.2 RASIONAL

Polisi yang berterusan perlu diwujud kerana kumpulan pelajar yang kurang
berpengalaman tetapi bersemangat ingin tahu bermungkinan terdedah kepada
kemalangan akibat kecuaian teknikal, kelalaian dan kejadian di luar jangkaan.

12.2 MATLAMAT

Menyediakan pelajar-pelajar,guru-guru ,kakitangan yang peka dan bersedia


menghadapi kemungkinan kemalangan dalam makmal.

91
12.3 TUJUAN POLISI

 Kakitangan/guru/pelajar terhindar daripada kecederaan yang mungkin berlaku


akibat kesilapan teknikal.
 Harta -benda sekolah dapat dielakan daripada sebarang kerosakan.
 Pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

12.4 OBJEKTIF

 Menyediakan panduan maklumat lengkap kepada kakitangan/guru mengenai


peralatan dan bahan sains serta bahayanya.
 Meningkatkan kemahiran asas dalam teknik operasi alatan makmal sains.
 Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi situasi
kecemasan.
 Mengatur langkah aktiviti dengan baik dan mengikut prosedur kerja yang
ditetapkan.
 Mempastikan keselamatan pelajar,guru-guru dan kakitangan terjamin
 semasa kecemasan.
 Mewujudkan permuafakatan dan perasaan tanggungjawab di kalangan pelajar,
guru dan kakitangan.

12.5 STRATEGI

Untuk mencapai matlamat di atas aktiviti seperti berikut akan dijalankan.


PROGRAM AKTIVITI-AKTIVITI
Makmal Selamat 1. Membentuk Jawatan Kuasa makmal ( Rujuk Lampiran 1 )
2. Pengajaran dan pembelajaran dalam makmal.( Rujuk
lampiran 2 )
3. Latihan kecemasan.( Rujuk lampiran 3 )
4. Ceramah pertolongan cemas.
5. Penyenggaraan makmal ( Rujuk lampiran 4 )

92
12.6 TATACARA

12.6.1 Tatacara pentadbiran guru dan kakitangan.

 Memastikan keperluan keselamatan minimun dipenuhi


 Peraturan pengguna makmal dimaklumkan semasa mesyuarat guru dan
kakitangan
 Pentadbir melaporkan kemalangan berlaku kepada JPN,PPD,komuniti
setempat,PIBG,ibubapa/penjaga.
 Guru bertindak rasional mengawal keadaan semasa kemalangan agar
diri,pelajar selamat.
 Mempastikan latihan dalaman pengurusan keselamatan makmal sains di beri
secara berkala.
 Memantau keselamatan mengikut senarai semak keselamatan.

12.6.2 Tatacara pelajar

 Apabila ada isyarat kecemasan semua pelajar hendaklah mendengar arahan


guru untuk mengosongkan bilik makmal dan bergerak ke padang mengikut
laluan kecemasan
 Pelajar dikehendaki melapor sebarang kecederaan atau kemalangan dengan
segera kepada guru terlibat.

Peraturan am.

 Setiap bilik makmal satu petunjuk "JAGALAH KESELAMATAN ANDA'


 NOTIS PENTING seperti Pekeliling bil KP(BS)8600/12/A(7) Keselamatan
Makmal Sekolah bertarikh 8 Jun 1973(lampiran 7) dipamerkan di hadapan setiap
bilik makmal.
 Setiap pelajar di beri taklimat mengenai peraturan am dalam makmal pada awal
setiap tahun dan peraturan am di lekat di dalam buku amali.

93
 Latihan kebakaran hendaklah dijalankan untuk pelajar di makmal pada awal dan
pertengahan tahun serta rekod.
 Satu pelan laluan kecemasan di tampal dan di rekod

Kelengkapan pemadam api

 Alat pemadam api diletak di tempat yang sesuai di setiap makmal dan bilik
persedaiaan.
 Baldi berisi pasir dengan penyodoknya hendaklah diletak pada tempat yang
sesuai di dalam makmal.

Peti pertolongan cemas.

Setiap makmal disediakan dengan kit yang lengkap.

 Rekod kemalangan - hendaklah disediakan di setiap makmal.


 Guru memberi arahan yang jelas dan terperinci mengenai bahaya ekperimen
yang akan dijalankan.
 Guru mengawas semasa pelajar menjalankan ekperimen.
 Jika berlaku kemalangan pelajar dapat mengikut tatacara yang ditetapkan.

12.7 KEKANGAN YANG DIHADAPI

 Sebahagian besar pelajar tidak peka dengan keselamatan diri dalam makmal.
 Kakitangan yang kurang berpengalaman.
 Kekurangan alat-alat keselamatan seperti gogal dan jubah makmal.
 Alat keselamatan yang tidak berfungsi seperti almari wasap
12.8 PENYELIAAN

94
 Semasa latihan kebakaran yang bertujuan untuk melatih pelajar mematuhi
arahan yang diberikan
 Semasa kecemasan sebenar yang bertujuan supaya arahan dan peraturan
sebenar dipatuhi oleh pelajar dan berharap kecederaan yang tidak diingini tidak
berlaku

12.9 PENUTUP

Pihak sekolah berharap dengan adanya panduan sekolah selamat ini menyedarkan
warga sekolah terhadap bahaya yang mungkin dialami jika langkah keselamatan tidak
dipatuhi. Diharapkan juga semua pelajar berasa selamat semasa berada di makmal dan
sentiasa mengikuti peraturan dan arahan.

13.0 KESELAMATAN DI BENGKEL, BILIK ERT DAN BENGKEL PSV..

95
Bengkel ialah sebuah tempat untuk menjalankan aktiviti Kemahiran Hidup dan ia juga
berfungsi sebagai pusat sumber yang dapat memberikan maklumat dan membantu
meningkatkan penguasaan kemahiran hidup pelajar dalam bidang masakan, jahitan
mahupun pertanian. Keselamatan di bengkel merupakan aspek utama untuk melindungi
mereka (kakitangan,guru pelajar ) yang bekerja dalam bengkel daripada segala
kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Antara bahaya yang
mungkin berlaku di bengkel adalah kebakaran, kecederaan dan kebocoran gas.
Keselamatan dalam bengkel merupakan tanggungjawab Pengetua, guru-guru
Kemahiran Hidup, staf sokongan dan pelajar sendiri. Oleh itu,pihak sekolah telah
mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelak, mengawal atau
mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif dikalangan warga
sekolah yang terlibat dengan mengadakan peraturan-peraturan, latihan-latihan dan
usaha-usaha mendidik.

13.1 RASIONAL

Polisi yang berterusan perlu diwujud kerana kumpulan pelajar yang kurang
berpengalaman tetapi bersemangat ingin tahu bermungkinan terdedah kepada
kemalangan akibat kecuaian teknikal, kelalaian dan kejadian di luar jangkaan.

13.2 MATLAMAT

Menyediakan pelajar-pelajar,guru-guru ,kakitangan yang peka dan bersedia


menghadapi kemungkinan kemalangan dalam bengkel.

13.3 TUJUAN POLISI

 Kakitangan/guru/pelajar terhindar daripada kecederaan yang mungkin berlaku


akibat kesilapan teknikal.
 Harta -benda sekolah dapat dielakan daripada sebarang kerosakan.
 Pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

96
13.4 OBJEKTIF

 Menyediakan panduan maklumat lengkap kepada kakitangan/guru mengenai


peralatan serta bahayanya.
 Meningkatkan kemahiran asas dalam teknik operasi alatan.
 Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi situasi
kecemasan.
 Mengatur langkah aktiviti dengan baik dan mengikut prosedur kerja yang
ditetapkan.
 Mempastikan keselamatan pelajar,guru-guru dan kakitangan terjamin semasa
kecemasan.
 Mewujudkan permuafakatan dan perasaan tanggungjawab di kalangan pelajar,
guru dan kakitangan.

13.4 TATACARA

13.4.1 STOR DAN LAMAN SAINS

Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa


menghadapi apa juga keadaan ketika menggunakan stor dan Laman Sains .

TATACARA MURID

 Mendapat kebenaran sebelum menggunakan stor dan Laman Sains .


 Memahami dengan jelas peraturan keselamatan ketika menggunakan peralatan
di Laman.
 Memastikan sebarang peralatan kebun selamat digunakan.
 Menggunakan alatan yang sesuai untuk membuat sesuatu kerja.
 Menggunakan sebarang peralatan mengikut prosedur dan tunjuk ajar guru.

97
 Menyediakan perlindungan diri yang sesuai dan secukupnya seperti pakaian,
sarung tangan dan lain-lain.
 Membersihkan diri selepas kerja-kerja meracun.
 Mengikut arahan dan berhati-hati ketika menggunakan jentera pertanian.
 Melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan tidak berfungsi, rosak,
hilang atau berbahaya untuk digunakan.

TATACARA GURU

 Menerangkan dengan jelas peraturan keselamatan dalam menggunakan


peralatan di kebun.
 Memastikan sebarang peralatan kebun selamat digunakan.
 Menyelenggara jentera pertanian dengan baik.
 Mengambil tindakan segera bagi membaiki peralatan yang rosak

TATACARA PAKAIAN

 PELAJAR MESTI BERPAKAIAN SERAGAM SEKOLAH YANG LENGKAP.


 MEMAKAI KASUT PUTIH.
 MEMAKAI BAJU LENGAN PENDEK SEMASA KERJA AMALI.
 TALI LEHER TIDAK DIBERNARKAN DI DALAM BENGKEL.
 TUDUNG YANG LABUH PERLU DIIKAT.
 PAKAI APRON SEMASA KERJA AMALI.
 RAMBUT PENDEK ATAU DIIKAT DENGAN RAPI.

TATACARA PENGGUNAAN ALATAN TANGAN

 PELAJAR BOLEH MENGGUNAKAN ALATAN TANGAN DENGAN KEBENARAN


GURU.
 GUNAKAN ALATAN TANGAN MENGIKUT JENIS KEGUNAANNYA.

98
 JANGAN GUNAKAN ALATAN TANGAN YANG ROSAK.
 ALATAN TANGAN YANG MEMPUNYAI PEMOTONG YANG TUMPUL
HENDAKLAH DIASAH TERLEBIH DAHULU.
 SELEPAS MENGGUNAKAN ALATAN TANGAN, SIMPAN DI TEMPATNYA
SEMULA.
 GUNAKAN ALATAN TANGAN DENGAN TELITI.
 LAPORKAN SEGALA KEROSAKAN KEPADA GURU SERTA-MERTA.
 ALATAN TANGAN TIDAK BOLEH DIBAWA KELUAR TANPA KEBENARAN
GURU.
 PENYELIA HENDAKLAH MEMERIKSA ALATAN TANGAN SEBELUM
MENINGGALKAN BENGKEL.
 LAPORKAN KEHILANGAN ALATAN TANGAN KEPADA GURU.

TATACARA PENGGUNAAN MESIN

 PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN MESIN GERGAJI.


 MESIN GERUDI, MESIN PEMOTONG SEGI TEPAT, MESIN LIPAT DAN MESIN
CANAI BOLEH DIGUNAKAN DENGAN KEHADIRAN GURU.
 SETIAP KAWASAN MESIN DI BENGKEL DIGARIS MERAH BAGI
MENANDAKAN KAWASAN BAHAYA.
 SEMASA MESIN DIGUNAKAN, HANYA DUA ORANG DALAM KAWASAN
GARIS MERAH.
 GOGAL DIWAJIBKAN SEMASA MENGGUNAKAN MESIN GERUDI DAN
MESIN CANAI.

PERATURAN AM

 BEG SEKOLAH TIDAK DIBENARKAN DIBAWA MASUK KE BENGKEL, HANYA


ALATULIS SAHAJA.

99
 PELAJAR-PELAJAR HENDAKLAH BERATUR SEBELUM MASUK KE
BENGKEL.
 PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MASUK KE BENGKEL TANPA KEBENARAN
GURU.
 GURU HENDAKLAH MEMERIKSA KERJA AMALI DI DALAM BENGKEL
SEBELUM PELAJAR MASUK.
 PASTIKAN ANGIN YANG CUKUP MASUK KE DALAM BENGKEL.
 BERSIHKAN BENGKEL SELEPAS MENGGUNAKANNYA.
 PINTU BENGKEL HENDAKLAH DIKUNCI SELEPAS PELAJAR
MENGGUNAKANNYA.
 LAPORKAN SEGALA KEMALANGAN KEPADA GURU.
 JANGAN BERMAIN-MAIN ATAU BERGURAU SEMASA KERJA.
 LANTAI TIDAK BERMINYAK ATAU LICIN

TATACARA JIKA BERLAKU KEBAKARAN

 PADAMKAN SUIS KECEMASAN.


 GUNAKAN PEMADAM API UNTUK MEMADAM API.
 JIKA API TIDAK TERKAWAL, KELUAR DARI BENGKEL DENGAN TERATUR.
 PATUHI ARAHAN KETUA DAN GURU ANDA.
 JANGAN MEMBAZIR AIR DAN ELEKTRIK

13.4.2 BENGKEL

Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa


menghadapi apa juga keadaan ketika menggunakan bengkel.

TATACARA MURID
 Murid mestilah mendapat kebenaran sebelum menggunakan bengkel
 Makmal hendaklah sentiasa bersih dan teratur
 Pastikan alat kawalan dan perlindungan elektrik di makmal berfungsi.

100
 Pastikan alat pemadam api dan kotak pertolongan cemas ada di
bengkel
 Tutup semua suis sebelum menginggalkan makmal
 Pastikan alatan dalam keadaan selamat untuk diugunakan
 Gunakan alatan yang sesuai untuk membuat sesuatu kerja.
 Laporkan kepada guru serta merta sekiranya terdapat alatan yang rosak, hilang
atau berbahaya untuk digunakan.
 Penggunaan sebarang peralatan, mestilah mengikut prosedur dan tunjuk ajar
guru.
 Murid hendaklah mematuhi arahan dan peraturan dari masa ke semasa.
 Murid hendaklah memastikan tangan bersihkan selepas aktiviti praktikal
dijalankan.
 Murid adalah dilarang sama sekali menyentuh, mengusik dan mengubah alatan
yang sedia ada tanpa kebenaran guru
 Murid juga dilarang bermain dan berkelakuan tidak senonoh semasa di bengkel.
 Jika berlaku kebakaran kecil, murid mestilah menggunakan alat pemadam api
yang disediakan. Sebalikanya jika kebakaran berlaku disebabkan litar pintas,
pelajar hendaklah keluar mengikut laluan kecemasan yang ada dibengkel.
 Apabila masuk bengkel, buka semua tingkap dan pintu.

TATACARA SEKOLAH

 Guru memberi taklimat kepada semua warga sekolah serta memahami undang-
undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah.
 Guru mestilah memastikan system kecemasan di bengkel dipatuhi dan difahami.
 Guru hendaklah memeriksa saluran gas dari masa ke semasa.
 Guru hendaklah memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan baik dan
selamat.
 Jika berlaku kemalangan patuh kepada peraturan dan arahan yang ditetapkan.

13.4.3 BILIK ERT

101
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa
menghadapi apa juga keadaan ketika menggunakan Bilik ERT.

TATACARA MURID

 Sentiasa mematuhi arahan guru.


 Jangan masuk dan keluar bilik tanpa kebenaran guru.
 Letakkan beg di luar atau di tempat yang dikhaskan sebelum masuk ke bilik.
 Pastikan pakaian kemas dan bersessuai semasa bekerja atau memasuki bilik.
 Jangan memakai barang kemas.
 Tumpukan kepada apa yang dilakukan dan jangan lalai.
 Bekerja dengan teratur dan bersistematis.
 Jangan bermain atau bergurau ketika berada di bilik.
 Laporkan semua kehilangan, kerosakan, kemalangan atau kecederaan kepada
guru dengan segera dan catatan hendaklah dibuat di dalam buku yang
dikhaskan bagi setiap bilik.
 Bersihkan segala alatan dan bilik setelah selesai membuat kerja.
 Simpan semua alatan di tempat yang dikhaskan.
 Jika berlaku kebakaran, pelajar perlu mengikut pergerakan pelan
menyelamatkan diri yang disediakan bagi setiap bilik.

TATACARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API.

 Alat pemadam api digunakan untuk memadam kebakaran kecil.


 Pelajar hendaklah mengatahui di mana alat pemadam api di tempatkan supaya
mudah diambil dengan cepat apabila diperlukan.
 Pelajar perlu mengamalkan sikap berwaspada untuk mengelakkan kebakaran.
 Tatacara menggunakan alat pemadam api adalah seperti berikut:
a. Ambil alat pemadam api di lokasi yang disediakan.

102
b. Keluarkan pin picu
c. Pegang tegak alat pemadam api.
d. Halakan muncung pemancut ke dasar api.
e. Tekan tuas rapat kepada pemegang supaya bahan pemadam dapat disembur.

TATACARA MENGGUNAKAN KOTAK / PETI PERTOLONGAN CEMAS.

 Kotak pertolongan cemas perlu ada di bilik bagi merawat luka ringan.
 Baca semua lebal pada ubatan yang disediakan dan pastikan tarikh luputnya.
 Semua senarai ubatan dicatat di kad senarai ubatan di dalam kotak dan perlulah
sentiasa diperiksa.
 Langkah melakukan rawatan luka ringan seperti berikut:
a. Tenangkan pesakit.
b. Bersihkan luka dengan antisaptik.
c. Sapukan luka dengan iodin atau krim antiseptik.
d. Balut luka dengan kain kasa dan plasterkan.

TATACARA DI TEMPAT KERJA.

 Setiap pelajar duduk atau disediakan tempat kerja masing-masing. Pelajar


sentiasa bekerja si tempat sendiri dan tidak bertukar tempat sesuka hati.
 Semua kerja dilakukan di tempat yang telah disediakan atau ditetapkan.

TATACARA PAKAIAN.
 Pelajar perlu memakai pakaian yang sesuai atau yang ditetapkan semasa
berada di bilik ERT.

TATACARA JADUAL TUGASAN.

 Jadual tugasan disediakan mengikut tingkatan yang menggunakan bilik ERT.


Tugasan dilakukan secara bergilir-gilir.

103
 Agihan pelajar mengikut tugasan berikut:
a. Membersih lantai.
b. Memeriksa dan menyimpan alatan.
c. Membuka, menutup dan membersih tingkap.
d. Memadam papan tulis.
e. Menyimpan projek.

TATACARA KESELAMATAN BILIK JAHITAN.

1. Basuh tangan sebelum menjahit


2. Bekerja dengan tepat, kemas dan teratur.
3. Lipatkan dan simpan kerja yang belum siap dengan kemas.
4. Gunakan alatan jahitan dengan betul.
5. Ikut semua arahan guru dengan berhati-hati.

A. Alat-alat Jahitan.

1. Gunakan gunting mengikut kegunaannya.


2. Elakkan daripada menjatuhkan gunting.
3. Minyakkan gunting sebelum menyimpannya.
4. Gunakan pita ukur daripada kain minyak atau plastik.
5. Pembaris kayu berukuran 1 Ela panjang dengan ukuran inci dan cm
6. Gunakan jarum yang sesuai dengan jenis kain.
7. Sematkan jarum pada kusyen jarum.
8. Simpan seterika sejuk ke dalam kotaknya atau tempat menyimpannya.

B. Mesin Jahit.

1. Gunakan jarum yang sesuai dan letakkan sebahagian besar jahitan di sebelah kiri
mesin ketika menjahit.

2. Kesat dan tutupkan mesin selepas digunakan.

104
TATACARA KESELAMATAN DI BILIK MEMASAK.

1. Memakai apron, kep dan kasut yang bersih.


2. Kuku tangan hendaklah pendek dan bersih.
3. Bekerja dengan teratur, jangan mudah berasa gemuruh,

sentiasa bekerjasama dan bertimbangrasa.

4. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkakas.


5. Cuci dan keringkan perkakas dengan cermat dan simpan di tempatnya.
6. Jangan membazirkan bahan api, makanan dan air di dapur.
7. Bungkuskan semua sampah sebelum membuangnya.
8. Laporkan segala kemalangan atau perkakas yang pecah kepada guru dengan
segera.

A. Almari Makanan.

1. Simpan barang-barang yang sejenis bersama.


2. Simpan makanan di dalam bekas yang sesuai, bersih dan kering.

B. Peti Sejuk

1. Simpan makanan mengikut kesejukan yang diperlukan.


2. Makanan hendaklah dibungkus.
3. Jangan memenuhi peti sejuk.
4. Periksa makanan di dalam peti sejuk setiap hari.

C. Sink Dapur

1. Elakkan menuang air berminyak ke dalam sink.


2. Cuci dan keringkan sink setiap kali selesai menggunakannya.

105
TATACARA KESELAMATAN DI BILIK PENGURUSAN DIRI.

1. Pelihara keceriaan dan susun atur peralatan dengan baik.


2. Pastikan penjimatan tenaga elektrik dan air ketika digunakan.
3. Pastikan lantai dan perabot bebas dari kotoran dan habuk.
4. Guna peralatan elektrik dengan betul seperti mesin basuh,

mesin hampa gas dan seterika sebagaimana yang terdapat di


dalam peraturan penggunaan.
5. Simpan alatan elektrik di tempat yang dikhaskan selepas
digunakan.
6. Bersih dan keringkan mop selepas digunakan.
7. Guna bahan pembersih dan detergen dengan cara yang betul
dan jangan membazir.

13.5 KEKANGAN YANG DIHADAPI

 Sebahagian besar pelajar tidak peka dengan keselamatan diri dalam bengkel.
 Pelajar dan guru yang kurang berpengalaman.
 Kekurangan alat-alat keselamatan..
 Alat keselamatan yang tidak berfungsi.

13.6 PENYELIAAN

Penyeliaan oleh pihak pentadbir adalah diperlukan semasa :

 Semasa latihan kebakaran yang bertujuan untuk melatih pelajar mematuhi


arahan yang diberikan
 Semasa kecemasan sebenar yang bertujuan supaya arahan dan peraturan
sebenar dipatuhi oleh pelajar dan berharap kecederaan yang tidak diingini tidak
berlaku

106
13.7 PENUTUP

Pihak sekolah berharap dengan adanya panduan sekolah selamat ini menyedarkan
warga sekolah terhadap bahaya yang mungkin dialami jika langkah keselamatan tidak
dipatuhi. Diharapkan juga semua pelajar berasa selamat semasa berada di dalam
bengkel, bilik ERT dan juga di stor dan bengkel sains pertanian dan sentiasa mengikuti
peraturan dan arahan.

107
14.0 KESELAMATAN PUSAT SUMBER / PERPUSTAKAAN

14.1 PENDAHULUAN

Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa


menghadapi apa juga keadaan, ketika berada dan menggunakan pusat sumber /
perpustakaan.

14.2 TATACARA

14.2.1 Tatacara Pihak Sekolah

 Memaparkan dengan jelas peraturan yang dibuat untuk bilik pusat sumber /
perpustakaan.
 Menanam sikap tanggungjawab terhadap semua peralatan yang terdapat di
dalam pusat sumber / perpustakaan.
 Jika menerima laporan kerosakan pihak pengurusan pusat sumber /
perpustakaan perlu melaporkan segera kepada pihak pengurusan sekolah.
 Memastikan alatan diperiksa dari semasa ke semasa.
 Sekiranya didapati murid mendapat sebarang kecederaan di dalam pusat
sumber / perpustakaa, rawatan segera hendaklah diberikan dan jika serius
hendaklah dibawa berjumpa doktor serta maklumkan waris.
 Setiap laporan dan tindakan hendaklah direkodkan semula.

14.2.2 Tatacara Murid

 Sebarang penggunaan perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu.


 Pastikan peralatan yang digunakan baik dan selamat.
 Laporkan segara kepada guru pusat sumber atau kerani yang bertugas jika
didapati sebarang kerosakan.

108
 Murid mestilah patuh kepada peraturan / penggunaan sedia ada dan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa.
 Jika berlaku sebarang kecemasan, jangan panik, patuhlah kepada peraturan
keselamatan yang telah ditetapkan.
 Jika berlaku kebakaran, murid mestilah menggunakan alat pemadam api yang
tersedia.

14.2.3 Tatacara Ibu bapa

 Ibu bapa hendaklah sentiasa mengingatkan anak-anak mereka tentang


kepentingan menjaga keselamatan diri.
 Ibu bapa hendaklah sentiasa memberitahu anak-anak mereka tentang
kepentingan semua peralatan termasuk bahan bercetak dan bahan bukan
bercetak yang digunakan dalam pusat sumber / perpustakaan.

14.3 KEKANGAN

 Kurang kerjasama daripada murid.


 Kekangan masa untuk tugas pemantauan.
 Sikap pelajar yang kurang berdisiplin seperti vandalisme.
 Kurang pengetahuan dalam penggunaan sesuatu peralatan seperti komputer.

14.4 PENYELIAAN / PEMANTAUAN

 Menggalakkan guru-guru supaya lebih peka terhadap keselamatan pelajar.


 Murid sentiasa diberi penerangan dan peringatan tentang keselamatan sekolah.
 Pemantauan oleh guru pusat sumber dan kerani pusat sumber.
 Penyediaan senarai semak.

14.5 PENUTUP

109
Diharapkan dengan semua perancangan yang dibuat dan dilaksanakan akan memupuk
kesedaran di kalangan warga serkolah bahawa aspek keselamatan di dalam pusat
sumber / perpustakaan tidak boleh diabaikan. Dengan ini keselamatan para pelajar dan
guru akan lebih terjamin ketika menggunakan pusat sumber / perpustakaan dan secara
tidak langsung membolehkan matlamat sekolah untuk menjadi sekolah selamat
tercapai.

15.0 KESELAMATAN PERALATAN PADANG DAN PERMAINAN

15.1 PENDAHULUAN

Polisi sekolah selamat merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian
serius oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian pengurusan perlu merangka strategi dan
langkah-langkah yang berkesan bagi menentukan keadaan sekolah dan peralatan
sekolah benar-benar selamat dari setiap aspek yang menjuruskan ke arah
keselamatan.

15.2 RASIONAL

Program sekolah selamat bertujuan mewujudkan persekitaran sekolah yang bebas


daripada ancaman bahaya yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada pelajar yang
menjadi klien.

15.3 MATLAMAT

Melalui program ini diharapkan akan dapat melahirkan SMK ISKANDAR SHAH sebagai
sebuah sekolah yang benar-benar diyakini oleh pelajar, ibu bapa , dan masyarakat
tentang aspek-aspek keselamatan. Dengan adanya polisi sekolah selamat ini ibu bapa

110
akan merasa tenang dan tenteram serta penuh yakin akan keselamatan anak-anak
mereka ketika berada di persekitaran sekolah terutama di padang permainan.

15.4 OBJEKTIF

 Diharapkan polisi sekolah selamat ini akan dapat mewujudkan Sekolah


Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, 32800 Parit, Perak sebagai sebuah
sekolah yang diyakini oleh pelajar, ibu bapa dan masyarakat dengan :-
 Memastikan peralatan yang digunakan oleh pelajar betul-betul selamat
digunakan.
 Memastikan kawasan padang atau gelanggang permainan selamat digunakan.
 Memastikan stor alatan permainan dan pengurusan dalam keadaan tersusun
dan selamat dan diuruskan dengan efisyen.

15.5 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

15.5.1 Peranan Sekolah

Berdasarkan polisi sekolah selamat ini pihak Jawatankuasa Keselamatan Peralatan


Padang dan Permainan serta pihak sekolah sebagai pihak bertanggungjawab akan
memastikan:-

 Keselamatan pelajar dijamin daripada sebarang ancaman bahaya


 Pihak sekolah menyediakan langkah-langkah keselamatan jika berlaku sebarang
kemalangan atau sesuatu kejadian yang tidak diingini.
 Pihak sekolah atau pihak yang berkaitan memberi penerangan dan nasihat
kepada pelajar tentang risiko bermain dalam keadaan padang dan perlatan
permainan yang tidak terurus.

111
15.5.2 Peranan Pelajar

 Memastikan tahap kesihatan mereka sempurna sebelum menyertai sebarang


aktiviti yang melibatkan penggunaan alatan dan aktiviti permainan atau olahraga.
 Memaklumkan sebarang nasihat doktor yang tidak membenarkan mereka terlibat
sebarang aktiviti permainan atau olahraga kepada pihak berkenaan dengan
kadar segera supaya mereka dikecualikan daripada aktiviti tersebut.
 Memastikan mereka telah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak ibu
bapa sebelum menyertai sebarang aktiviti padang dan permainan.
 Mendengar dengan teliti dan mengikuti sebarang penerangan atau nasihat pihak
yang bertanggungjawab sebelum menggunakan alatan permainan atau sebelum
menyertai sebarang aktiviti olahraga.

15.5.3 Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa pula sebagai penjaga kepada pelajar perlu:-

 Membaca keterangan surat kebenaran sebelum membenarkan pelajar atau anak


mereka menyertai sebarang aktiviti melibatkan peralatan padang, permainan dan
olahraga.
 Memahami bahawa sebarang risiko kemalangan yang berlaku kepada anak
mereka semasa menyertai aktiviti padang dan melibatkan peralatan permainan,
pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab dan mereka tidak akan membawa
kes tersebut ke mahkamah.

15.6 TATACARA PENGURUSAN KESELAMATAN PADANG DAN


PERALATAN PERMAINAN

15.6.1 TATACARA SEKOLAH

i) Langkah-langkah keselamatan peralatan permainan:-

112
 Setiap pembelian peralatan padang dan permainan hendaklah direkodkan dan
disimpan di tempat khas iaitu stor peralatan yang berkunci.
 Memahami peraturan dan tatacara penggunaan peralatan.
 Memastikan peralatan dalam keadaan selamat digunakan dan tidak
mendatangkan bahaya kepada pelajar.
 Peralatan yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi perlu diasingkan daripada
peralatan yang masih elok dan selamat.
 Memastikan stor sentiasa berkunci.

ii) Langkah-langkah keselamatan padang:-


 Memastikan padang sentiasa dalam keadaan baik contohnya rumput dipotong
dari masa ke semasa mengikut keadaan dan keperluan.
 Kawasan sekitar padang perlu dipagar agar tidak diceroboh oleh manusia atau
binatang.
 Peralatan padang yang dipasang secara kekal seperti tiang gol hendaklah
sentiasa diperiksa agar sentiasa dalam keadaan baik dan jika terdapat sebarang
keroskan atau didapati tidak kukuh perlu diganti dengan segera bagi
mengelakkan berlakunya kemalangan.
 Pembaikkan dan pemulihan padang perlu dibuat serta merta sekiranya keadaan
fizikal padang tidak selamat untuk digunakan seperti berlekuk, tidak rata,
keadaan permukaan yang tidak rata dan sebagainya.

16.6.2 TATACARA PELAJAR

 Pelajar mesti selalu mendengar arahan yang diberikan oleh guru bertugas.
 Jangan menggunakan sebarang alatan permainan tanpa kebenaran guru dan
jika menggunakan sebarang peralatan permaian, pastikan ada guru yang akan
mengawasinya.

113
15.7 CARTA ALIRAN KESELAMATAN PADANG DAN PERALATAN
PERMAINAN

PEMERIKSAAN PERALATAN
PERMAINAN DI STOR SUKAN

KEBENARAN
MENGGUNAKAN
PERALATAN

TIDAK DIBENARKAN MEREKODKAN


MENGGUNAKAN PERALATAN PENGGUNAAN
SEKIRANYA PERALATAN PERALATAN DALAM DALAM
KEADAAN YANG BUKU KELUAR/MASUK
TIDAK BAIK

TAMAT REKOD
PEMULANGAN PERALATAN

TAMAT

114
15.8 KEKANGAN YANG DIHADAPI

 Masalah kewangan untuk mendapatkan peralatan yang bermutu.


 Masalah kewangan untuk memperbaiki peralatan yang rosak
 Kerjasama guru-guru permainan dalam memastikan peralatan yang dipinjam
dipulangkan semula ke stor sukan.
 Pelajar tidak bertanggungjawab menjaga peralatan yang dipinjamkan dan tidak
memulangkan semula pada masa yang ditetapkan.
 Masalah stor peralatan permainan ( Stor PJ ) agak kecil untuk menyimpan
peralatan dan terpaksa berkongsi dengan penyimpanan peralatan sukan.
 Masalah kepakaran dalam penyimpanan stok ( Tiada diberi taklimat
pelaksanaan tugas).
 Tugasan yang banyak membebankan guru untuk membuat penyeliaan dan stok.

15.9 PENYELIAAN

Penyeliaan dilakukan setiap awal dan akhir tahun oleh Setiausaha Sukan/
Penyelaras Sukan Permainan, disamping itu dibantu oleh:-
 Guru-guru permainan – setiap kali membuat pinjaman dan semasa membuat
pemulangan peralatan yang dipinjam.
 AJK pelajar yang dilantik oleh guru sukan dan permainan – membantu guru-
guru.

15.10 PENUTUP

Pihak sekolah berharap dengan adanya Polisi Sekolah Selamat ini:-


 Kemalangan semasa sukan dan permainan dapat dielakkan.
 Kerosakan peralatan sukan dan permainan dapat diminimakan.
 Pelajar berasa seronok dan selamat semasa menjalani aktiviti sukan dan
permainan.

115
BIDANG SOSIAL

Ketua : Pn.Norleah bt.Majid

1.0 Keselamatan Dari Gangguan Emosi


 Pn. Norazura bt.Mohamad
 Pn.Puteri A’watif bt.Megat Hassan
 En.Ahmad Suhaimi b.Yahaya
 En.Maktar b.Ahmad
 En.Mohd Asri b.Khalid

2.0 Keselamatan dari Membuli


 En.Ros Effendee b.Musa
 En.Massrol Hisham b.Mat Salleh
 Pn. Rohayu bt.Mohamad
 En.Mohd Asri b.Khalid

16.0 KESELAMATAN GANGGUAN EMOSI DAN ROHANI

16.1 PENDAHULUAN

Kestabilan emosi dapat melahirkan insan yang berfikiran positif.

Gangguan emosi boleh menjadikan seseorang itu berasa dirinya terasing,

tidak berkeyakinan dan tidak selamat. Memandangkan kestabilan emosi

dapat membantu meningkatkan pencapaian dalam pengajaran dan

pembelajaran, diharapkan konsep dan manual ini akan dapat membantu

mereka yang menghadapi gangguan emosi di sekolah. Oleh itu mereka

dapat mengetahui langkah-langkah menghindari gangguan emosi,

116
menghadapi situasi yang sedang berlaku dan tindakan yang perlu diambil

jika situasi telah pun berlaku.

Menurut Rochelle Semmel Albin :

“ Emosi itu ialah perasaan yang kita alami, Contoh - mudah terasa /

sensitif mudah tersinggung cepat marah suka mengelamun mulai tertarik

pada jantina yang lain tidak bergantung pada ibu bapa sahaja malu dan

takut dalam kebimbangan agresif “

“ Rohani pula ialah jiwa atau roh “.

16.2. DEFINISI

Bebas daripada sebarang masalah dalaman diri, yang mengganggu

kestabilan emosi dan rohani. Ketidakstabilan tersebut menjejaskan

keselamatan dan hubungan baik terhadap manusia, alam dan

Penciptanya. Emosi dan rohani yang stabil menjadikan manusia lebih

tenteram dan harmoni dalam kehidupan mereka.

16.3 RASIONAL

Banyak kes-kes keselamatan murid luar dan dalam menjadi perhatian

masyarakat dan media. Ada kes-kes keselamatan disebabkan kecuaian

pihak-pihak tertentu. Kecuaian ini berpunca samada tidak mengetahui dan

memahami prosedur atau manual yang berupa tatacara dalam

117
menguruskan aktiviti-aktiviti yang melibatkan murid. Kecuaian ibu bapa,

guru dan murid-murid disebabkan longgarnya peraturan-peraturan yang

disediakan atau tidak sistematik.

16.4 OBJEKTIF

 Mewujudkan sekolah yang ceria dan damai bagi membantu

 kecemerlangan pendidikan.

Mewujudkan budaya “ Sekolah Penyayang “ sebagai asas

 institusi Masyarakat Penyayang.

Membangunkan potensi insan secara sepadu dan seimbang

 berasaskan pegangan agama.

Mempertingkatkan ketahanan diri warga sekolah melalui nilai-nilai murni.

Mempereratkan hubungan kasih sayang serta mengurangkan

 gejala negatif di kalangan warga sekolah.

16.5 PUNCA – PUNCA MENYEBABKAN GANGGUAN EMOSI DAN

ROHANI

Diri sendiri

- penerimaan diri

- salah mentafsir

- kurang mahir berkomunikasi

- pasif ( selalu mempertimbangkan perasaan orang lain )

- bimbang orang lain akan berasa hati dan lain-lain

118
- kecacatan

- anak angkat ( dari awal mengetahuinya mungkin tidak menjadi

masalah sebaliknya jika lambat akan timbul pelbagai masalah )

Keluarga

- konflik keluarga

- keruntuhan rumahtangga ( broken home )

- kahwin campur

- ekonomi

- penyakit ( mewarisi )

Sekolah

- komunikasi guru – murid kurang lancar

- pentadbiran sekolah

- waktu masuk / balik

- peraturan ketat / longgar

Rakan – Rakan

Perbezaan kemampuan
- ekonomi
- akademik
- material
- kasih sayang
- pengaruh negatif rakan- rakan

119
- rokok
- cinta
- pertentangan nilai

Komuniti sekeliling

-berdekatan dengan pusat-pusat hiburan


- masyarakat industri
- ramai remaja yang tercicir

Baka / keturunan

- penyakit,contoh: mental

Alat Audio / Visual / Media

-televisyen, video, internet, majalah yang banyak mendedahkan unsur


negatif

16.6 TANDA – TANDA GANGGUAN EMOSI DAN ROHANI

-Suka menyendiri.

-Panas baran.

-Murung.

-Ponteng kelas.

-Kekemasan diri yang tidak sempurna.

-Tidak menyiapkan / membuat kerja sekolah.

-Termenung.

120
-Penyakit.

-Merendah diri.

-Meninggi diri.

16.7 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

16.7.1 Peranan Murid

 Anda perlu memahami dan mematuhi ajaran agama.

 Anda perlu berfikiran positif dan menghindari gejala negatif.

 Anda perlu memahami bahawa mental dan rohani yang sihat asas

kecemerlangan.

 Patuhi jadual harian kehidupan anda.

 Kasihi diri orang lain seperti mana anda mengasihi diri sendiri.

 Amalkan gaya hidup yang sihat.

 Tidur dan rehat yang cukup.

 Berfikiran terbuka dan logik.

 Jika anda menghadapi masalah dan gangguan emosi, dapatkan

bimbingan dari rakan sebaya / guru / ibu bapa dan kaunselor

sekolah.

 Libatkan secara aktif dalam kegiatan-kegiatan yang berfaedah.

16.7.2 Peranan Kaunselor / Pihak Sekolah

 Kaunselor sekolah merupakan tempat rujukan dan memberi

bimbingan kepada murid.

121
 Membina emosi dan rohani yang tenteram melalui budaya ilmu.

 Menjadikan diri sebagai contoh dan ikutan yang baik kepada semua.

 Ikhlas membimbing murid.

 Amanah dan bertanggungjawab terhadap rahsia peribadi murid.

 Asas pegangan agama sebagai teras ketahanan diri.

 Sentiasa bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan yang

lain.

16.7.3 Peranan Ibu bapa

 Peka terhadap perubahan sikap dan tingkah laku anak


seperti selalu mengasingkan diri, muram dan bersedih, memberontak, tidak
betah berada di rumah, malas membuat kerja sekolah dan bercakap kasar.
 Menyediakan didikan asas agama yang cukup untuk anak-anak dan

keluarga.

 Memperuntukkan masa yang berkaitan untuk mendampingi anak.

 Bekerjasama dengan kaunselor sekolah, guru dan semua pihak

untuk menyelesaikan masalah anak.

 Menyediakan makanan berzat dan seimbang untuk anak.

 Menyediakan peralatan dan keperluan belajar yang mencukupi.

 Mengenali rakan anak-anak.

16.8 TATACARA

16.8.1 Tatacara Murid

122
 Perlu memahami dan mematuhi ajaran agama.

 Perlu berfikiran positif dan jauhi gejala negatif.

 Memahami bahawa mental dan rohani yang sihat asas

kecemerlangan pendidikan.

 Menyediakan dan mematuhi jadual harian kehidupan.

 Mengasihi orang lain seperti mana mengasihi diri sendiri.

 Mengamalkan gaya hidup yang sihat.

 Tidur dan rehat yang secukupnya.

 Berfikiran terbuka dan logik.

 Elakkan dari menonton, membaca dan melihat bahan- bahan yang

boleh menyebabkan gangguan emosi dan rohani.

 Jika ada masalah gangguan emosi, dapatkan bimbingan dari rakan

sebaya, guru, ibu bapa dan kaunselor sekolah.

 Libatkan secara aktif dalam kegiatan berfaedah.

 Berjumpa dengan orang yang dipercayai seperti guru / ustaz / guru Bimbingan

dan Kaunseling.

 Ceritakan masalah yang dihadapi.

 Ikut nasihat orang yang lebih tua ( guru, ibu dan bapa ).

Luahkan perasaan anda dalam bentuk : -

Tulisan, Lisan ( menjerit, menyanyi, bercerita ), Perbuatan ( menangis, ketawa, dsb ),

 Melakukan aktiviti seperti Aktiviti riadah, Mendengar muzik yang menyenangkan.

 Melibatkan diri dengan ko-kurikulum.

 Pelajar jangan menyendiri.

 Isi borang aduan untuk tindakan selanjutnya.

123
16.8.2 Tatacara Guru / Kaunselor

 Memberi bimbingan kepada murid yang mengalami gangguan emosi dan rohani.

 Membina emosi dan rohani yang tenteram melalui budaya ilmu.

 Role Model ‘ kepada murid-murid yang komuniti.

 Ikhlas membimbing murid.

 Mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan.

 Amanah dan bertanggungjawab terhadap rahsia peribadi murid.

 Merampas bahan-bahan yang tidak sesuai yang boleh menyebabkan

gangguan emosi dan rohani.

 Peka terhadap tingkah laku murid.

 Menerima aduan dan menumpukan perhatian kepada masalah yang diceritakan.

 Menenangkan murid yang dalam keadaan stress / tekanan.

 Memberi nasihat kepada murid berkenaan.

 Jika tidak dapat diselesaikan, rujuk kepada kaunselor.

 Sekiranya kes berat, rujuk kepada pakar psikologi di hospital.

16.8.3 Tatacara Ibu Bapa

 Peka terhadap perubahan sikap dan tingkah laku anak seperti selalu

mengasingkan diri, muram dan bersedih, memberontak, tidak betah berada di

rumah, malas membuat kerja sekolah, dan bercakap kasar.

 Menerapkan didikan asas agama yang sempurna untuk seisi keluarga.

 Memperuntukkan masa bersama keluarga.

 Bekerjasama dengan pihak sekolah.

124
 Mendengar masalah yang dihadapi oleh anak.

 Cuba selesaikan masalah yang dihadapi oleh anak.

 Jika perlu, berjumpa dengan kaunselor sekolah, Ikut nasihat kaunselor sekolah.

Jika kaunselor sekolah tidak dapat selesaikan, bawa berjumpa dengan pakar

psikologi di hospital

16.9 CARTA ALIRAN TATACARA MURID BAGI KES GANGGUAN EMOSI DAN
ROHANI

MULA

BERJUMPA DENGAN ORANG

YANG DIPERCAYAI

LUAHKAN PERASAAN

MENGISI BORANG

GURU MENGAMBIL

TINDAKAN

125
MERUJUK KES KEPADA

KAUNSELOR

PERLU BIMBINGAN DAN

PERHATIAN SETERUSNYA

16.10 PROGRAM DAN AKTIVITI

PROGRAM AKTIVITI CATATAN


1. Keibubapaan 1. Seminar  Tuan Pengetua

2. Dialog  Pengerusi PIBG

3. Pengetua dan guru-guru turun  Ketua Panitia

ke padang.  Guru Bimbingan

 Semua Guru

 Dijalankan

sepanjang tahun.

2. Taklimat & 1. Ceramah dari Jabatan  Tuan Pengetua,

Pendedahan Kesihatan Pk. Tengah. PK 1, PK HEM,

2. Ceramah dari Jabatan Guru Bimbingan &

Kebajikan Masyarakat. Kaunseling,

3. Ceramah dari Jabatan Ustaz / Ustazah

Psikotris. sekolah dan guru-

126
4.Ceramah dari Jabatan guru.

Narkotik  Aktiviti di jalankan

& Dadah / SLAD. dua bulan sekali.

5. Ceramah Agama Jabatan  Bagi pelajar yang

Agama Islam Perak dan beragama Islam.

Ustaz / Ustazah jemputan  Bagi pelajar bukan

Islam.

3. Lawatan 1. Lawatan ke tempat rekreasi.

2. Lawatan ke Rumah Seri

Kenangan, Ipoh..

3. Lawatan sambil belajar.

16.11 PENUTUP / KESIMPULAN

Dengan adanya polisi keselamatan emosi dan rohani ini, maka para pelajar, guru-guru

dan masyarakat sekolah seluruhnya bebas daripada sebarang masalah dalaman diri,

yang mengganggu kestabilan emosi dan rohani. Dari itu, hubungan baik sesama

manusia, alam dan Penciptanya lebih tenteram dan harmoni.

127
17.0 MEMBULI / PELACOAN

17.1 PENDAHULUAN

Sejak akhir-akhir ini tingkahlaku membuli seringkali berlaku di sekolah

yang melibatkan individu atau kumpulan terhadap sasarannya. Perbuatan

ini akan menimbulkan masalah yang lebih besar seperti pergaduhan atau

gangsterisme di kalangan pelajar atau membabitkan ibu bapa pelajar

terbabit.

128
17.2. DEFINISI

Perbuatan membuliu bermaksud percakapan atau perlakuan fizikal yang

tidak disenangi atau tidak diterima.

17.3. OBJEKTIF

 Menyebarkan maklumat keburukan perbuatan membuli kepada

murid dan warga sekolah.

 Menimbulkan kesedaran kepada murid dan warga sekolah agar

menghindari perbuatan membuli.

 Melahirkan generasi muda yang bebas daripada gejala pelacoan.

17.4 JENIS-JENIS PERBUATAN MEMBULI

 Kata-kata , jenaka, symbol, kartun, lukisan, gambar tulisan

 Mengejek

 Peras ugut

 Mengemukakan soalan yang tidak munasabah

 Memaksa melakukan sesuatu kerja

17.5 PUNCA-PUNCA PERBUATAN MEMBULI

 Untuk menunjukkan kuasa

 Pengaruh rakan sebaya

 Memenuhi kehendak dan kepuasan diri sendiri

129
 Pengaruh media massa

17.6 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

17.6.1 Peranan Murid

 Sentiasa berada dalam kumpulan

 Mempunyai kesedaran bahawa dirinya terlibat dengan kes buli atau

tidak.

 Peka terhadap tatacara murid sekiranya anda terlibat dengan kes

ini

 Mempelajari seni mempertahankan diri untuk keselamatan (jika

perlu)

 Menjauhi diri daripada bergaul dengan pelajar yang berisiko tinggi.

17.6.2 Peranan Guru/ Kaunselor / Pihak Sekolah

 Guru/ Kaunselor sekolah merupakan tempat rujukan dan memberi

bimbingan kepada murid.

 Sentiasa peka terhadap tingkah laku murid yang mencurigakan.

 Memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid.

 Sering memberi peringatan kepada murid supaya jangan bertindak

secara bersendirian terhadap sebarang gangguan.

 Guru Berdisiplin dan warden bertugas sentiasa membuat rondaan

dan memastikan persekitaran sekolah adalah selamat.

130
 Membina emosi dan rohani yang tenteram melalui budaya ilmu.

 Menjadikan diri sebagai contoh dan ikutan yang baik kepada semua.

 Ikhlas membimbing murid.

 Amanah dan bertanggungjawab terhadap rahsia peribadi murid.

 Asas pegangan agama sebagai teras ketahanan diri.

 Sentiasa bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan yang

lain.

 Kaunselor mengenalpasti murid yang berisiko.

 Kaunselor membuat sesi dengan murid tersebut dan mengambil

tindakan selanjutnya.

17.6.3 Peranan Ibu bapa

 Peka terhadap perubahan sikap dan tingkah laku anak


seperti selalu mengasingkan diri, muram dan bersedih, memberontak, tidak
betah berada di rumah, malas membuat kerja sekolah dan bercakap kasar.
 Menyediakan didikan asas agama yang cukup untuk anak-anak dan

keluarga.

 Memperuntukkan masa yang berkualiti untuk mendampingi anak.

 Bekerjasama dengan kaunselor sekolah, guru dan semua pihak

untuk menyelesaikan masalah anak.

 Menyediakan peralatan dan keperluan belajar yang mencukupi.

 Mengenali rakan anak-anak.

 Mengamalkan budaya penyayang.

131
 Menyediakan peralatan dan keperluan yang mencukupi untuk

mengelakkan anak-anak meminta atau meminjam dari rakan-rakan.

 Elakkan menggunakan bahasa kasar dan kesat.

 Mendoakan kejayaan dan kebahagiaan ahli keluarga.

17.7 TATACARA

17.7.1 Tatacara Murid

 Perlu memahami dan mematuhi ajaran agama.

 Perlu berfikiran positif dan jauhi gejala negatif.

 Mengasihi orang lain seperti mana mengasihi diri sendiri.

 Mengamalkan gaya hidup yang sihat.

 Berfikiran terbuka dan logik.

 Jika ada masalah gangguan emosi, dapatkan bimbingan dari rakan

sebaya, guru, ibu bapa dan kaunselor sekolah.

 Libatkan secara aktif dalam kegiatan berfaedah.

 Berjumpa dengan orang yang dipercayai seperti guru / ustaz / guru Bimbingan

dan Kaunseling.

 Ceritakan masalah yang dihadapi.

 Melibatkan diri dengan ko-kurikulum.

 Melaporkan kepada guru sekiranya anda mengalami atau melihat sebarang

bentuk perbuatan membuli.

132
 Isi borang aduan untuk tindakan selanjutnya.

17.7.2 Tatacara Guru / Kaunselor

 Menerima aduan

 Memastikan kebenaran aduan.

 Menjalankan siasatan yang rapi terhadap kes yang dilaporkan.

 Mengambil tindakan yang wajar, adil untuk kedua-dia belah pihak yang terlibat

dengan memberi nasihat dan bimbingan.

 Merekod semua kes yang disiasat.

 Memberi bimbingan kepada murid yang dibuli.

 Mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan.

 Amanah dan bertanggungjawab terhadap rahsia peribadi murid.

 Menerima aduan dan menumpukan perhatian kepada masalah yang diceritakan.

 Memberi nasihat kepada murid berkenaan.

17.7.3 Tatacara Ibu Bapa

 Lapor kes kepada pihak sekolah setelah menerima aduan dari sesiapa yang

berkaitan.

 Mengisi borang aduan.

 Jika perlu bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

 Hubungi pihak sekolah untuk memaklumkan tentang anak.

 Buat laporan polis jika perlu setelah berhubung dengan pihak sekolah dahulu.

 Bekerjasama dengan pihak sekolah.

133
17.8 CARTA ALIRAN TATACARA MURID BAGI KES MEMBULI

Kejadian Kes

Buat Laporan Kepada

134
Pengetua PK HEM / Guru/ Rakan/ Ibu

Kaunselor

Bapa/Yang

Dipercayai

Isi Borang

Siasatan Lanjut

Guru Berkenaan

Tindakan kepada

Pemangsa

TAMAT

17.9 PROGRAM DAN AKTIVITI

PROGRAM AKTIVITI CATATAN


1. Keselamatan 1. Seminar  Tuan Pengetua

2. Dialog  Pengerusi PIBG

135
3. Ceramah  Ketua Panitia

 Guru Bimbingan

 Semua Guru

 Dijalankan

sepanjang tahun.

2. Taklimat 1. Ceramah dari Jabatan  Tuan Pengetua,

Displin & Polis. PK 1, PK HEM,

Pendedahan 2. Ceramah dari Jabatan Guru Bimbingan &

Kesalahan Kebajikan Masyarakat. Kaunseling,

3. Ceramah dari Jabatan Ustaz / Ustazah

Psikotris. sekolah dan guru-

4. Ceramah dari Jabatan guru.

Narkotik & Dadah / SLAD.  Aktiviti di jalankan

5. Ceramah Agama Jabatan dua bulan sekali.

Agama Islam Perak dan  Bagi pelajar yang

Ustaz / Ustazah jemputan beragama Islam.

3. Lawatan 1. Lawatan ke Rumah Henry

Gurney, Batu Gajah

2. Lawatan sambil belajar.

17.10 KEKANGAN

136
 Sukar untuk mengenalpasti pelajar yang dibuli kerana pelajar sendiri tidak mahu

membuat laporan.

 Pelajar yang tidak terlibat sukar bekerjasama untuk membuat laporan dan

menjadi saksi.

17.11 PENUTUP

Dengan adanya polisi keselamatan dari membuli dan dibuli ini, maka para pelajar, guru-

guru dan masyarakat sekolah seluruhnya bebas daripada sebarang masalah gangguan

fizikal yang mengganggu kestabilan emosi dan rohani. Dari itu, hubungan baik sesama

manusia, alam dan Penciptanya lebih tenteram dan harmoni.

137
BIDANG PERSEKITARAN DAN LOKASI SEKOLAH

32. Kawasan Air Bergerak(Sungai) / Statik


 En. Rahmat b.Yacob
 Pn.Norhayati b.Slamat
 Pn. Sarimah bt.Mat Amin

33. Kawasan Berhampiran Hutan / Tanah Tinggi


 Pn. Rohayu bt.Mohamad
 En.Mior Raihan b.Ashaari
 En.Mohd Eunzaid b.Alias
 Pn.Rani A/P Anthonisamy

34. Kawasan Berhampiran Jalan Raya


 En. Zulkarnain b.Khairani
 En.Ahmad Subki b.Othman

138
19. KESELAMATAN DI KAWASAN AIR BERGERAK (SUNGAI,TALI AIR) DAN
AIR STATIK (TASIK,LOMBONG,PARIT)

19.0 PENDAHULUAN

Sekolah ialah sebuah institusi di mana para pelajar ingin mencari ilmu pengetahuan.Di
samping itu, para pelajar didedahkan dengan aktiviti luar yang melibatkan kawasan air
bergerak dan air statik.Banyak kemalangan boleh berlaku sekiranya semua pihak
sekadar berpeluk tubuh dan tidak membuat sebarang tindakan untuk mengelakkan
perkara yang tidak diingini terjadi.Oleh itu, satu perancangan yang teliti perlu disediakan
oleh pihak sekolah.

19.1 RASIONAL

Menjadikan sekolah tempat yang selamat dan mewujudkan persekitaran yang kondusif
serta mempunyai peraturan dapat membantu keselamatan semua pihak.Ia termasuklah
para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti luar khususnya di kawasan air.Latihan dan
amalan yang dipupuk sejak di bangku sekolah dapat melahirkan individu yang
mempunyai sahsiah yang sempurna apabila dewasa nanti.

19.2 MATLAMAT

Menjadikan kawasan air bergerak atau air statik selamat untuk digunakan oleh semua
warga sekolah dan mengelakkan sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku
ke atas para pelajar mahupun tenaga pengajar. Serta menyemai rasa tanggungjawab di
kalangan para pelajar tentang keselamatan diri dan orang lain.

19.3 OBJEKTIF

 Menyediakan panduan yang merangkumi prosedur keselamatan ,notis dan


panduan sepanjang berada di kawasan air.

139
 Membolehkan aktiviti yang menggunakan kawasan air dapat dilakukan dengan
sempurna.
 Mengelakkan berlakunya kemalangan atau kecederaan sepanjang aktiviti
dijalankan.
 Memastikan alat keselamatan semasa berada dikawasan air mencukupidan
berfungsi dengan baik.
 Menjadikan aktiviti di luar kawasan sekolah sesuai dilakukan mengikut tempat
dan peranannya.
 Melatih para pelajar berdisiplin dan mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.
 Memupuk semangat kerjasama antara para pelajar dengan pihak sekolah untuk
menjaga keselamatan diri terutamanya di kawasan air.

19.4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

19.4.1 PERANAN PELAJAR

 Anda mesti memastikan kawasan air yang anda pergi adalah selamat.
 Anda mesti mematuhi arahan pihak yang mengawal sekitar kawasan air.
 Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri.
 Anda mesti sedar bahawa :
-kemungkinan berlakunya kemalangan ke atas diri anda.
-melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran berenang.
 Mengelakkan diri daripada pergi ke kawasan air seorang diri.
 Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sesuatu yang
mencurigakan.

19.4.2 PERANAN IBU DAN BAPA.

 Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan menguatkuasakan


keselamatan pelajar.
 Meminta kebenaran pihak sekolah untuk membawa keluar anak ke kawasan air.

140
 Mendidik anak-anak dalam aspek keselamatan diri.
 Memastikan kawasan air yang ingin dilawati oleh anaknya sama ada selamat
atau tidak.
 Menasihati anak-anak yang keluar ke kawasan air supaya tidak pergi ke sana
seorang diri.

19.4.3 PERANAN GURU

 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya


keselamatan.
 Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
 Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden yang berlaku.
 Memaklumkan kepada ibubapa dan pihak berkenaan.
 Menganalisis setiap kejadian.
 Memanfatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan.,Jawatankuasa
Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan pelajar keluar
ke kawasan air .
 Bekerjasama dengan pihak polis dan ibubapa untuk membuat rondaan di
kawasan air yang dikatakan berisiko tinggi.

19.5. TATACARA .

19.5.1 TATACARA PELAJAR

Jika kita keluar ke kawasan air :


 Pastikan pihak asrama atau pihak sekolah serta ibu bapa mengetahui tujuan
sebenar kita.
 Pergi ke kawasan air dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang DENGAN
KEBENARAN.
 Sekiranya berlaku kecemasan jangan panik, jerit minta tolong atau cuba
selamatkan diri.

141
 Laporkan kejadian kepada guru untuk tindakan selanjutnya.

Jika keluar ke kawasan air dengan ibu bapa :


 Pastikan pihak asrama sedia maklum dengan tujuan kita.
 Pastikan anak anda sihat.
 Pastikan cuaca cerah dan sesuai untuk berkelah dan sebagainya.

19.5.2 TATACARA GURU

 Melaksanakan program-program mengenai keselamatan kawasan air seperti


taklimat,ceramah,tayangan video dan mempamerkan poster.
 Memberi penerangan mengenai keselamatan keluar ke kawasan air kepada
ibubapa melalui mesyarat PIBG.
 Menyimpan rekod tentang tujuan pelajar ke ke kawasan air.
 Mengadakan pemeriksaan ke atas kawasan air yang bahaya dengan kerjasama
pihak polis.
 Menyimpan rekod ibubapa supaya mudah dihubungi waktu kecemasan.
 Mengedarkan tatacara polisi dan tatacara keselamatan kepada semua pelajar.

19.5.3 TATACARA IBUBAPA.

 Mengingatkan dan menasihati anak supaya sentiasa berwaspada semasa


hendak ke kawasan air dan berhati-hati sepanjang perjalanan.
 Memastikan anak pergi secara berkumpulan.
 Jika cuaca buruk dan berbahaya jangan benarkan anak keluar ke kawasan air.

19.6 KEKANGAN

 Sikap pelajar yang kurang peka dan lalai terhadap peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

142
 Kurang kerjasama daripada segelintir ibu bapa dan penjaga dalam memastikan
anak-anak yang mempunyai kebenaran pihak sekolah atau warden sahaja
dibenarkan keluar ke kawasan air.

19.7 PENUTUP

Kesedaran akan wujud dikalangan warga sekolah terhadap bahaya yang mungkin
dialami jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Semua pelajar dapat
mengikuti langkah-langkah keselamatan semasa pergi ke kawasan berair dan akan
sentiasa mengikut peraturan dan arahan.

143
20. KAWASAN BUKIT DAN TANAH TINGGI

20.1 PENDAHULUAN

Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi adalah kawasan yang mempunyai kecerunan yang
tinggi berbanding dengan kawasan pamah dan kebanyakanya diliputi oleh kawasan
hutan. Keselamatan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi merupakan aspek utama untuk
melindungi mereka yang berada atau menjalankan aktiviti di kawasan tersebut. Antara
bahaya yang mungkin akan berlaku di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi adalah
kecederaan, kebakaran, kehilangan dll. Keselamatan dalam Kawasan Bukit dan Tanah
Tinggi merupakan tanggungjawap pengetua, guru dan pelajar sendiri. Oleh itu, pihak
sekolah telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelak, mengawal
atau mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negetif di kalangan warga
sekolah yang terlibat dengan mengadakan peraturan-peraturan, latihan-latihan dan
usaha-usaha mendidik.

20.2 RASIONAL

Polisi yang berterusan perlu diwujud kerana kumpulan pelajar yang kurang
pengalaman tetapi bersemangat ingin tahu berkemungkinan terdedah kepada
kemalangan akibat kecuaian teknikal, kelalaian dan kejadian di luar jangka.

20.3 MATLAMAT

Menyediakan pelajar-pelajar, guru-guru yang peka dan bersedia menghadapi


kemungkinan kemalangan Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi.

20.4 TUJUAN POLISI

 Kakitangan, guru dan pelajar terhindar daripada kecederaan yang mungkin


berlaku akibat kesilapan teknikal.

144
 Harta benda sekolah dapat dielakkan daripada sebarang kerosakan.

20.5 OBJEKTIF

 Menyediakan panduan maklumat lengkap kepada kakitangan, guru mengenai


keselamatan di Kawasan bukit dan Tanah Tinggi.
 Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi situasi
kecemasan.
 Mempastikan keselamatan pelajar, guru-guru dan kakitangan terjamin semasa
kecemasan.
 Mewujudkan kemuafakatan dan perasaan tanggungjawab dikalangan pelajar,
guru dan kakitangan.

20.6 STRATEGI

 Membentuk jawatankuasa.
 Perlaksanaaan aktiviti di kawasan bukit dan tanah tinggi.
 Pelajar mematuhi prosedur
 Tindakan semasa berlaku kemalangan.
 Latihan kecemasan.
 Ceramah.
 Penyelenggaraan Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi.

20.7 PROSEDUR KESELAMATAN KAWASAN BUKIT DAN TANAH TINGGI

Mewujudkan tatacara sebelum dan ketika kemalangan.


20.7.1 TATACARA AM

 Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi di pasang dengan papan tanda ‘JAGALAH
KESELAMATAN ANDA’
 NOTIS PENTING dipamerkan di papan kenyataan sekolah.

145
 Taklimat diberikan pada awal tahun dan sebelum melakukan aktiviti di Kawasan
Bukit dan Tanah Tinggi.
 Latihan kecemasan dilakukan 2 kali setahun.
 Peti pertolongan cemas dibawa semasa mengadakan aktiviti di Kawasan Bukit
dan Tanah Tinggi.
 Taklimat guru sebelum melaksanakan aktiviti.
 Pengawasan guru semasa aktiviti dilaksanakan.

20.7.2 TATACARA PENTADBIRAN GURU DAN KAKITANGAN

 Memastikan keperluan keselamatan minimum dipenuhi.


 Peraturan am keselamatan Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi dimaklumkan
dalam mesyuarat guru dan kakitangan.
 Pentadbir melaporkan kepada JPN, PPD, komuniti setempat, PIBG dan ibubapa.
 Guru bertindak rasional mengawal keadaan semasa kemalangan agar diri dan
pelajar selamat.
 Memastikan latihan keselamatan dibuat secara berkala.
 Memantau keselamatan sepanjang masa dan semasa aktiviti dilaksanakan.
 Membuat laporan polis.
 Membuat tuntutan takaful.
 Menyediakan pelajar Ceramah pertolongan cemas.
 Membentuk jawatankuasa Kawasan bukit dan tanah tinggi.
 Penyelenggaraan Kawasan bukit dan tanah tinggi.

20.7.3 TATACARA PELAJAR

 Jangan bermain, berkejaran dan tolak menolak di lereng bukit.


 Gunakan tangga dan jalan yang disediakan.
 Jangan menggunakan jalan pintas yang mungkin merbahaya.
 Jangan tolak menolak ketika naik dan turun bukit.
 Tindakan sekiranya berlaku kemalangan

146
- Pelajar jangan panik.
- Jangan mengejek atau mentertawakan kawan yang terjatuh.
- Pelajar membuat laporan kepada guru.
- Pelajar akan dikawal dan ditenangkan oleh gurua dan akan diberi
bantuan segera.
- Pelajar dihantar segera ke hospital.

147
20.8 CARTA APABILA BERLAKU KEMALANGAN.

148
20.9 KEKANGAN YANG DIHADAPI

 Sebilangan besar pelajar tidak peka dengan keselamatan diri di Kawasan bukit
dan tanah tinggi.
 Guru (GSTT)/kakitangan kurang berpengalaman.

20.10 PENYELIAAN

 Semasa latihan kecemasan.


 Semasa kecemasan sebenar.

20.11 PENUTUP

Kesedaran akan wujud dikalangan warga sekolah terhadap bahaya yang mungkin
dialami jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Oleh itu semua pelajar merasa
selamat berada di Kawasan bukit dan tanah tinggi dan akan sentiasa mengikut
peraturan dan arahan.

149
21. SEKOLAH BERHAMPIRAN JALAN RAYA

Sekolah ialah sebuah institusi di mana para pelajar ingin mencari ilmu pengetahuan.
Oleh kerana itu untuk memudahkan semua pelajar untuk pergi ke sekolah, kemudahan
jalanraya telah disediakan oleh pihak kerajaan. Namun begitu di samping kemudahan
yang disediakan, pelajar ini terdedah pula kepada bahaya di jalan raya. Oleh kerana
itulah keselamatan di jalan raya perlu diambil berat oleh semua pihak. Banyak
kemalangan boleh berlaku sekiranya semua pihak sekadar berpeluk tubuh dan tidak
membuat sebarang tindakan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.Oleh
itu, satu perancangan yang teliti perlu disediakan oleh pihak sekolah.

21.1 RASIONAL

Menjadikan sekolah tempat yang selamat dan mewujudkan persekitaran yang kondusif
serta mempunyai peraturan dapat membantu keselamatan semua pihak. Ia
termasuklah semasa pelajar keluar dari kawasan sekolah menuju ke rumah atau
sebaliknya. Latihan dan amalan yang dipupuk sejak di bangku sekolah dapat
melahirkan individu yang mempunyai sahsiah yang sempurna apabila dewasa nanti.
Sikap pelajar yang cuai serta tidak mementingkan keselamatan menyebabkan mereka
terdedah kepada pelbagai bentuk kecelakaan mahupun kemalangan. Kurangnya
perhatian ibu bapa terhadap keselamatan pelajar sewaktu pergi dan balik dari sekolah
mendedahkan pelajar kepada kemalangan Kurangnya keberkesanan prosedur atau
tatacara menangani kemalangan yang sedia ada menyulitkan pihak-pihak yang terlibat
mengambil tindakan. Pengabaian aspek keselamatan di kalangan masyarakat sebagai
suatu tindakan bersama dalam memastikan keselamatan para pelajar terjamin

21.2 MATLAMAT

150
Menjadikan kawasan jalan raya selamat untuk digunakan oleh semua warga sekolah
dan mengelakkan sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku ke atas para
pelajar mahupun tenaga pengajar. Serta menyemai rasa tanggungjawab di kalangan
para pelajar tentang keselamatan diri dan orang lain. Melatih diri pelajar akan aspek-
aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian agar menjadi panduan pada masa-masa
akan datang.

21.3 OBJEKTIF

 Menyediakan panduan yang merangkumi prosedur keselamatan, notis dan


panduan sepanjang berada di jalan raya.
 Membolehkan pelajar melintas atau menggunakan jalan raya dengan sempurna.
 Mengelakkan berlakunya kemalangan atau kecederaan semasa pelajar
menggunakan jalan raya.
 Menjadikan aktiviti di luar kawasan sekolah sesuai dilakukan mengikut tempat
dan peranannya.
 Melatih para pelajar berdisiplin dan mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah dan pihak berkuasa.
 Memupuk semangat kerjasama antara para pelajar dengan pihak sekolah untuk
menjaga keselamatan diri terutamanya di semasa di jalan raya.

21.4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

21.4.1 PERANAN PIHAK PENTADBIR DAN SEKOLAH

 Bertanggungjawab memberikan kesedaran dan maklumat kepada pelajar


tentang aspek keselamatan diri.
 Menerima dan mengambil tindakan susulan.
 Merekodkan aduan dan maklumat pelajar yang terbabit.
 Menganalisis dan memaklumkan kepada Pengetua atau Bahagian HEM.

151
 Peka kepada persekitaran dan merancang langkah-langkah keselamatan melalui
J/kuasa PIBG , J/kuasa Keselamatan Sekolah dsb.
 Mengadakan aktiviti-aktiviti permuafakatan peningkatan keselamatan pelajar.
 Turut serta dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Kelab
Pencegahan Jenayah di sekolah.

21.4.2 PERANAN PELAJAR

 Mengetahui dan melaksanakan peraturan keselamatan diri sewaktu


mengggunakan jalan raya.
 Peka dan sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan dan suasana persekitaran.
 Sentiasa memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak yang
bertanggungjawab dalam mengendalikan aspek-aspek keselamatan.
 Mengutamakan aspek-aspek keselamatan yang tinggi

21.4.3 PERANAN IBU BAPA

 Bekerjasama dalam merancang dan menguatkuasakan tatacara keselamatan


pelajar.
 Memastikan anak-anak selamat pergi dan balik dari sekolah.
 Mengenalpasti rakan-rakan dalam kumpulan yang bersama-sama pergi dan balik
dari sekolah.
 Memastikan anak-anak tahu menggunakan jalan raya secara berhemat.
 Menasihati anak-anak supaya berhati-hati di jalan raya.

21.5 TATACARA

21.5.1 TATACARA PIHAK SEKOLAH

 Melaksanakan program-program mengenai keselamatan di jalan raya seperti


taklimat,ceramah,tayangan video dan mempamerkan poster.

152
 Memberi penerangan mengenai keselamatan di jalan raya kepada ibubapa
melalui mesyarat PIBG.
 Menyimpan rekod ibubapa supaya mudah dihubungi waktu kecemasan.
 Mengedarkan tatacara polisi dan tatacara keselamatan kepada semua pelajar.

21.5.2 TATACARA PELAJAR

 Jangan bermain/ tolak menolak berhampiran dengan jalan raya.


 Pastikan keadaan selamat ketika hendak menyeberang jalan.
 Melintas di tempat-tempat yang telaah disediakan (jika ada)
 Jangan berlari-lari/ berebut-rebut ketika melintas jalan
 Jalan menunggu di kiri dan kanan bahu jalan ketika pulang
 Berdiri di tempat yang disediakan sahaja
 Mematuhi peraturan jalanraya
 Mengamalkan sikap berhemah ketika berada di jalan raya
 Memulakan perjalanan dengan niat supaya selamat ketika dalam perjalanan.
 Melaporkan sebarang kemalangan yang berlaku atau sebarang gangguan di
jalan raya kepada pihak yang berkenaan

Tatacara Murid Apabila Berlaku Kemalangan

 Jangan panik
 Laporkan kepada guru
 Catat nombor, jenis dan warna kenderaan yang terlibat
 Guru hendaklah telefon pihak polis, bomba dan ambulans
 Hubungi keluarga mangsa yang terlibat
 Guru hendaklah membuat kawalan sementara menunggu polis/bomba
 Guru hendaklah memberi pertolongan cemas
 Guru tenangkan mangsa yang terlibat dan jangan tinggalkan mangsa
 sehingga bantuan tiba
 Guru buat kawalan pemberita

153
21.5.3 TATACARA IBU BAPA

 Memastikan anak-anak mengutamakan keselamatan sebelum atau selepas


mereka ke sekolah
 Berbincang berkaitan keselamatan jalan raya dengan anak-anak
 Mendedah dan melatih anak-anak dengan aspek-aspek keselamatan diri
 Memastikan anak-anak menggunakan jalan atau laluan yang selamat serta
meluangkan masa menemani mereka sekali-sekala
 Memberi kerjasama kepada pihak-pihak berkaitan sekiranya maklumat penting
diperlukan
 Mewujudkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah

21.6 KEKANGAN

 Sikap pelajar yang kurang peka dan lalai terhadap peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
 Kurang kerjasama daripada segelintir ibu bapa dan penjaga dalam memastikan
anak-anak yang mempunyai kebenaran pihak sekolah atau warden sahaja
dibenarkan keluar dari kawasan sekolah.

21.7 PENUTUP

Kesedaran akan wujud dikalangan warga sekolah terhadap bahaya yang mungkin
dialami jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Semua pelajar dapat
mengikuti langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan jalan raya. Kita
merencanakan, tuhan yangmenentukan namun selaku manusia kita boleh merancang
dan mengambil beberapa langkah perlu agar kemalangan yang tidak diingini dapat
dihindari. Sejauhmana keberkesanan langkah yang diambil adalah bergantung kepada
kesediaan diri sendiri untuk mengamalkannya tetapi sekiranya panduan di atas
dilaksanakan dengan jayanya , konsep sekolah selamat yang disarankan pasti
mencapai matlamatnya.

154
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
ISKANDAR SHAH,
32800 PARIT,
PERAK DARUL RIDZUAN.

KESELAMATAN DI
KAWASAN
BERHAMPIRAN JALAN
RAYA

155
MENJADIKAN SEKOLAH,
KOMUNITI DAN
KELUARGA SELAMAT
UNTUK PELAJAR

156
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
ISKANDAR SHAH,
32800 PARIT,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Keselamatan Diri Murid


Semasa Kelas Bimbingan
PMR/ SPM/ STPM & Kelas
Persediaan PREP

157
“KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG”
Rujukan Kami: 02/02/003 Bil.(07)UBK
Kepada: Tarikh : 14 hb. Feb 2009
Tangan Sokongan

Tuan

MESYUARAT PROGRAM SEKOLAH SELAMAT PERINGKAT SEKOLAH 2011

Adalah dengan hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan/ puan taklimat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : Feb 2011
Hari : SELASA
Masa : 2.00 PETANG
Tempat : BILIK GERAKAN

3. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/ puan amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

“BUDI BAHASA BUDAYA KITA”

158
Saya yang menurut perintah

……………………………………
TN.HJ.HUSSAIN B.PUTEH
PENGETUA SMK ISKANDAR SHAH
32800 PARIT

159
MANUAL & ORGANISASI
SEKOLAH SELAMAT

SMK ISKANDAR SHAH,


32800 PARIT
PERAK DARUL RIDZUAN

160
TAHUN 2011

161

You might also like